Saturday, November 27, 2010

Gaji Pertama

Aku yakin korang mesti masih ingat dengan jelas apa perkara pertama (kedua, ketiga sehingga korang secara tak sedar yang gaji bulan tu dah habis) yang korang beli dengan gaji pertama korang. Mesti lah korang akan ingat sebab ia adalah hasil usaha titik peluh (yang berasa masin plus ngan bonus daki sekali) korang sendiri r kan..


Aku masih ingat kerja pertama aku yang rasmi ialah as pembantu perpustakaan kat PUSTAKA NEGERI SARAWAK selama 3 bulan kontrak jer. Waktu tu tak lama lepas habis STPM dan masa kerja tu jugak r result STPM kuar. Gaji kerja tu pun setakat RM700 jer tapi kira besar gak r untuk aku masa tu. Dan benda pertama yang aku beli guna gaji pertama ialah MINYAK motosikal berjumlah RM2 kalu tak silap. Wakaka. Nak wat cam ner masa tu minyak dalam tangki dah nak kering so fill in je r kan. Tapi lepas tu gi beli PIZZA kat local piza made ni kat PIZZA RIA untok kongsi ngan family.

Then masuk U dan keluar buat beberapa kerja dan kerja dan sehingga sekarang pada pekerjaan yang ke 5 pada usia 25 tahun (and almost 26 technically). Dan minggu depan plak akan merasa gaji yang pertama dari pekerjaan ni. Walaupun gajinya tak sebesar mana tapi aku bersyukur sebab ia adalah duit hasil yang halal dari tenaga aku sendiri. Sekurang-kurangnya aku tak perlu jual badan sendiri or jual badan orang lain untuk dapat duit r kan? 

Bila fikir-fikir balik kekawan yang tak sempat merasa masuk U sekarang ni ramai yang dah berjaya jauh dari kekawan yang sesama masuk U dulu. Some dah kerja tetap pun sedangkan aku dan yang seangkatan still merangkak ngan kerja kontrak yang bertukar ganti lagi. Ada yang dah punya kereta dan ada yang berganti ngan kereta baru lagi ketika aku masih bawak motosikal yang bapak aku bayar. Ada yang dah kahwin dan punya anak 1-2 orang. Jangan masuk bab simpanan mereka lagi memang banyak dah r. Hmmm..













Tapi aku sangat yakin dan percaya yang rezeki tu ada di tangan tuhan. Mungkin 4 pekerjaan sebelum ni bukan rezeki aku. Dan mungkin bukan juga yang ini. Dan aku juga sentiasa melihat setiap perkara yang aku lakukan punya sebab dan musabab kena tuhan mahu ia berlaku pada aku. Aku kenal kenalan baru,yang perangai pelbagai, aku tanggani masalah baru dan belajar dan belajar dari setiap satu apa yang berlaku


















Cuma gaji pertama kali ni dah tak boleh r buat cam gaji pertama kerja pertama dulu lagi. Dah tak boleh nak guna enjoy-enjoy kuar malam-malam cam gaji-gaji sebelum ni lagi. Kena fikir cara nak selesaikan pinjaman PTPTN dan hutang-hutang lain juga. Tanggung jawab pada parents lagi. Itu ini lagi. Hmmmm..




















Tapi gaji kali ni tetap gak nak beli kamera LOMO baru... wakaka

2 comments:

eiymnajmie said...

x sabarnyela nk keje..penat la plak blaja niey..

Aj Abdullah said...

Zumiela: jom kita kerja then ada duit then leh sambung belajar lagi... wakaka

Aida: Hahaha.. setiap satunya ada memori tersendiri yang x akan dilupak sampe bila-bila. Plus mesti r bagi parents untok berkat maaa... wakaka