Thursday, February 23, 2012

Haunted UKM

Setiap tempat punya cerita sendiri. Kadang-kadang ia just sebuah cerita yang direka but bila ia disebar oleh ramai orang dari satu generasi ke generasi yang lain ngan usur penambahan dan pengurangan pada bab-bab tertentu lastly ia menjadi sebuah urban legend yang creepy dan cam real. So kali ni aku nak share about a ridiculous horror story yang terletak di Bandar Baru Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.


Kalau korang pernah jejak kaki ke UKM then korang pasti tahu yang UKM ni berada dalam sebuah kawasan bukit hutan yang masih besar dan bangunanya sangat-sangat klasik. Yap, ia disebabkan ia dibina bertahun-tahun lama yang dulu. Mana taknya ia adalah antara universiti terawal yang ada di Malaysia. Dan kalau korang ialah salah seorang pelajar di sini then korang pasti tahu mana port-port yang dikatakan keras di UKM ni kan?

Antaranya cam kat Dectar, jalan belakang Kolej Ibrahim Yaakub ke Kolej Zaaba (even 2 kolej ni pun orang kata masih keras lagi), Fakulti Undang-Undang (yang sangat terasing dari tempat lain), Bangunan Library Tun Seri Lanang, tangga naik Kolej Ibu Zain or pendek kata setiap satu bangunan di UKM sangat haunted dan ada cerita sendiri kan?

Tapi cerita hantu paling best kat UKM yang bagi aku paling realistik tapi tak masuk akan ialah tentang Bas UKM tu. Budak UKM mesti pernah dengar cerita nih. Dan bebudak yang bakal masok intake baru nanti mesti baca dulu cerita nih.

Disebabkan UKM ni saiz dia sangat besar so pihak pentadbiran menyediakan perkhidmatan bas dalam UKM untuk memudahkan pergerakan pelajar dari kolej kediaman ke fakulti-fakulti memasing. Tapi aku mostly jalan kaki je ar sebab bab menunggu bas ni sangat hazab ar: Bila tunggu x ada tapi bila x tunggu then berkoyan-koyan ar bas datang. Dan around pukol 10 cam tu bas terakhir akan beroperasi sebab ada pensyarah memang memandai or rajin sangat nak buat kelas-kelas malam nih.

Tapi aku agak pelik memula bila selepas jam 11 malam pun bus UKM tuh masih ada lagi kelihatan kekadang sehingga jam 1 pagi sedangkan kalau ikut akal yang waras akan fikir: Siapa yang nak naik bus memalam cam nih sebab memang sepanjang masa ia kosong jer. Yap, mestilah pemandu dia ada kalau tak bas memang tak akan bergerak ar.




Sehinggalah ada sorang kawan ni dia share cerita yang urban legend nih. Dia kata sebelum kawasan UKM tu dibuka ia adalah penempatan kumpulan orang asli dan mereka buat perjanjian bahawa nanti bila UKM ni dah siap nanti pihak pentadbiran harus menyediakan pengangkutan untuk roh-roh nenek moyang yang pernah bersemadi di situ bergerak dari satu tempat ke tempat lain dalam kawasan tu. 

Bergerak dari mana ke mana? Kawan ni kata kat UKM ni ada 7 buah perigi lama dan disitulah hentian-hentian bas tu. Buat aku teringat plak pada perigi-perigi tertentu yang ridiculously cam pelik plak tentang kewujudan perigi kat tempat pelik.





Bagi aku urban legend ni lebih dekat ngan students sebab mereka leh lihat dan relate dan mempersoalkan sendiri kesahihan dan kelogikan untuk perkara tu berlaku berbanding cerita jumpa pontianak kat tangga before naik ke Kolej Ibu Zain or jumpa budak main-main sesorang dalam Dectar etc.




And even sepanjang 3 tahun aku di UKM aku bersyukur sebab aku tak berkesempatan lagi terjumpa ngan benda-benda tu walaupun aku selalu jalan sorang-sorang dalam UKM tengah malam or awal pagi sehingga pak guard yang buat check pun tak berani nak tegur dan malah kalau terjumpa students yang dating or beromen lebih banyak plak.









Mungkin hantu-hantu tu jauh lebih educated as ditempatkan di sebuah institusi pelajaran sebaliknya manusia yang ada plak perangai jauh lebih teruk dari hantu. Kan?

10 comments:

moots said...

sesungguhnya cerita hantu bas itu benar. pernah member aku naik bas sorang - sorang dari za'ba nak ke KKM, pastu pakcik tu berhenti kat KTHO, sedangkan dia nak ke KKM. so member aku tanya, " pakcik kenapa berneti sini..? saya nak ke KKM.."

pak cik jawab " kamu x pyh turun, yg nak turun blkg kamu tu.."

this is real bro. real.

Aj Abdullah said...

seriously shit? i tho bus tu memang x akan ambik penumpang apa. Pasal pernah dengar cerita student dia try nak tahan bas tu tapi ia tak nak dan x kan berhenti..



UKM seriously haunted ar kan? wakaka

Unknown said...

kite penah dengar kul 3 pagi ade bunyi bas, mase tu duk fak kejut...salah denga kot..huhu

Aj Abdullah said...

buat apa kat fac kejut jam 3 pagi..? curious betol.. tp rasanya memang ada jer bas pagi-pagi cam tu ar sebab ada masa aku aka mewakili bbudak ukm mostly mereka x tidur malam so memang akan ada jer bas yang jalan sekitar cam tu. pelik kan?

Unknown said...

Hurm.. kdg2 tak pelik la kalau ada bas 2-3 pagi sebab mungkin bas tu bas program mana2 kelab . saya pn kdg2 balik dr program 2-3 pagi baru smpy. tp pernah je alami tahan bas tapi bas tu ;laju sgt..drebar ada ke ta tak prasan tp bas tu gelap sgt2.

Aj Abdullah said...

ieja rosli, itulah kekadang benda yang kita tak tahu tu dengan mudah je kita judge pelik2 tapi kekadang tu memang pelik gak bila sesuatu tu tak dapat nak dijelaskan kan? hmmmm

kucing said...

aku duduk kat kab.bilik dok sorang..biasa stay up sampai 3 pagi..pernah gak dengar bunyi brek bas di tengah kedinginan malam di bas stop depan FEP

Ahmad Asyraf said...

so mane perigi yg dikatakn tmpat roh tu trun? Bleh tlong poskan ke blog x?

Anonymous said...

it really have the perigi I saw , coz within the 3rd semester I ride motor bike alone, I lost in UKM but suddenly I accidently went into a very very old style kampong, It should not exist in ours century, I keep sesak jalan, I so scare n I stop at a place praying to god, luckily I get out from that kampong, how can I can go in to another Kampung just lost in UKM without passed out the guard house

Aj Abdullah said...

Freaky Awesome. Your story could be made into a movie or something. Even tho Im totally a super penakut but I wish I could be you at that time. As old Malay people refering that as perkampungan bunian which not every one a.k.a only the chosen one that can experience it. Cool laa