Friday, October 1, 2010

Dunia Orang Normal

Last few week berchat r ngan sorang kawan ni (ya ya ya tru FACEBOOK) cakap-cakap tentang perkembangan kerjaya masing-masing. Then aku kata r ngan jujur yang aku ni menganggur jer. Plus aku kata yang aku perlukan satu motivasi selain duit (before aku as desperate as today r) untuk kerja. Cakap punya cakap then dia buat kesimpulan yang semua punya masalah aku start with one thing: aku x ada cita-cita. Aku akui dia memang benar. Then aku balas ngan dia kata: tak semua orang berhak bercita-cita dan tak semua orang berhak untuk bermimpi.


Seorang saudara tadi datang ke rumah. Mengadu tentang nasib malang anaknya. Anaknya menghidap PSORIASIS sama cam aku. Cuma kini keadaanya dah jauh lebih teruk. Dia dah tak dapat nak berdiri. Dah tak dapat nak berjalan lagi. Sebab kaki dia mengembang dan effect pada tulang dia makin teruk. Dia baru jer resign kerja atas nasihat doktor. Realitinya dia masih muda. Sekitar 40-an. Dia menghidap PSORIASIS seawal usia 13 tahun.

Ketika dia bercerita, aku hanya tersenyum. Selang seketika aku hanya mengangguk, mendengar dan bersetuju pada setiap ceritanya. Sedangkan dalam diri aku sedang ketakutan. Aku hanya menunggu masa untuk menjadi seperti dia. Atau jauh lebih teruk.





Kepada kawan yang aku chat hari tu or kepada sesiapa sahaja yang membaca. Ketahuilah bahawa cita-cita atau impian hanya untuk orang yang normal. Hanya orang normal sahaja yang boleh merancang untuk memiliki kereta mewah, memiliki rumah besar, berpasangan, berkahwin dan berbahagia sehingga ke anak cucu. Sebab dunia ini hanya untuk orang normal.


Then ko akan kata "Aj, jangan putus asa. Jangan fikir negatif. Just jumpa doktor dapatan rawatan.."





What the fuck apa gunanya doktor kalau mereka hanya bagi ubat sapu or bebelas biji pil yang mereka sendiri awal-awal dah bagi warning yang pill tu akan bagi effect pada jantung aku, buat aku mandul etc. Or korang still leh fikir tentang cita-cita or impian tak kalu pada saat ni ko dah tahu yang beberapa tahun akan datang ko mungkin akan bergerak guna kerusi roda or worst korang just terbaring atas katil. Or korang leh terfikir nak beli rumah besar or kereta mewah jika kajian perubatan antarabangsa kata penyakit ko akan buat ko hidup separuh dari hidup manusia normal? Hei, apa yang korang leh buat dalam masa kurang 20 tahun tu ha?



Aku menghidap this PSORIASIS dari usia aku 2 tahun dan sekarang aku dah berusia 25 tahun. It effect most every part of my body. Dah lebih 80% pun. Aku tak pernah lihat perkara ni as negatif. Sebaliknya aku berjaya sehingga tahap sekarang ni ngan fikiran positif aku. Aku sayang kehidupan aku. Aku berdiri pada realiti. Aku pilih untuk tak nak ada cita-cita dan impian. Sebab ia umpama mimpi or fantasi yang kemudian hari akan buat aku jatuh. Lebih baik hidup pada realiti yang menyakitkan dari fantasi yang hanya membuatkan kita terus berharap pada something yang x akan muncul.










Sebab bagi aku, mereka yang abnormal cam aku or mereka-mereka seangkatan ni tak perlukan semua benda tu pun. Sebaliknya kami perlukan satu motivasi: sebab untuk terus hidup pada esok hari. Hmmmm

4 comments:

ajim said...

aku rasa sbenarnye tujuan idop kita mmg jelas kn?idop tuk dibangkitkan di hari kemudian.mcam mane kita nk capai idop di kemudian hari tu,kita yg kena tntukan kn?jd,cita2 n harapan akn terus ada.keperluan,kehendak,tnggngjwb,matlamat.oh aku masih lg jauh dr semua tuh.=)

Anonymous said...

hoo.. aku x brp stuju.. fikiran ko ya normal la utk org yg berpenyakit..kalo aku skt pon aku pke mcm ya juak, but manusia normal pun xsmestinya hidup lama..tup tup, bang! kenak langgar keta, Innalilah...
so cmne la pegi cita2? cne impiannya?
buang masa jak ka mengejar impian? kalo otw da mati..
ya la kita xtauk, apa akn jd dgn nasib kta..bukan kata 10taun, 5minit pun kta cuma dpt jangka, but unexpected thing? of coz la xpat d expect.
just a thought of, u only live once.. so, polah la apa ko suka slagi xbertentang dgn Allah dan agama (w/pun hakikatnya ada juak sik..cehh).. and bila ko mati.. w/pun ko xtcapai pun benda ya.. tp Allah Maha memahami..mst akan ada rasa puas dlm hati kau bl ada imbas smula klak.. w/pun time ya ko da 7kaki dibah tanah..

huu..ngeri juak dgr.
sekian...

Aj Abdullah said...

Tq Ajim sebab mengingatkan aku pada matlamat dan tanggungjawab hidup. Dont worry kita smua masih jauh dari semua tu.. Yg pasti kita berjalan pada laluan yang dah ditentukan oleh-Nya kan..

Aj Abdullah said...

Tq Anonymous sebab mengingatkan aku tentang semuanya. As kita saling setuju: kita hanya hidup sekali. And that why aku always jadikan 'Hei, 1 hari kelak aku akan pasti jadi disable' or 'Hei, survey kata aku akan mati in the age of 40++' as buat yang terbaek selagi aku ada masa, carik kawan yg terbaik selagi ada masa, cipta kenangan terhebat selagi ada masa, perbetulkan setiap kesalahn selagi ada masa etc..

selagi ada masa..
sekian..