Apabila kau kata kau cintakan seseorang tapi that person kata tidak then it doesnt mean that person tak suka kau tapi dia tak dapat menerima cinta kau. Aku juga berdiri pada prinsip yang sama: doesnt matter either that person perempuan or lelaki sekalipun, ia akan tetap sama. Apabila aku kata tidak pada sesuatu lamaran, bukan atas sebab aku tak suka kau (or atas apa-apa sebab lain yang boleh terfikir oleh kau) ianya cuma sebab aku tak dapat terima cinta kau.
Aku harap kau ialah seorang lelaki yang matang pada luaran dan dalaman. Then ko leh fikir semuanya ngan penuh keterbukaan. Aku tak menolak ko bukan hanya atas sebab ko seorang lelaki (ya, aku tak pernah ada perasaan cinta ngan lelaki sebelum ni). Sekalipun jika dia ialah seorang perempuan yang melamarkan cinta kepada aku tapi jika aku tak mencintai dia then aku akan kata tak. Atau mungkin aku tak bersedia menerima cinta dari dia or dari sesiapa pun.
Sebab kau bukan lelaki pertama yang pernah menawarkan cinta kepada aku. Ada beberapa orang sebelum kau dan aku yakin ada lagi selepas kau yang akan buat perkara yang sama. Dan mereka semuanya dulu hanya kawan. Kawan berkongsi cerita, kawan gelak ketawa. Sama sahaja seperti kau dan aku. Dan entah bila perasaan mereka mulai berubah kepada cinta. Dan apabila mereka luahkan kepada aku dan aku tolak so mereka tak dapat terima. Jadi aku hilang kawan dan kawan dan lagi dan lagi.
Mungkin semuanya kerana aku akan pentingkan persahabatan lalu aku tak nak hanya kerana aku menolak cinta kau then kita akan putus persahabatan.
Dan semalam aku terfikir, alangkah bagus jika aku mampu mencintai kau dan lelaki-lelaki yang lain then tak akan ada hati-hati yang bakal terluka. Mungkin sekarang aku tak mampu tapi akan datang aku tak tahu.
Maafkan aku sebab menolak cinta kau..
1 comment:
Aku menolak cinta seorang lelaki bukan sebab aku juga seorang lelaki tapi sebab aku x cinta pada dia.. Lol and sound so gay... rite? hmmm..
Post a Comment