Sunday, October 3, 2010

As Freak As Schmucks

Ikut teori PSIKOLOGI, it is normal untuk satu individu menandakan satu ruang khas dalam satu tempat as 'ruang selamat' untuk mereka. Contoh masa korang kuliah universiti dulu-dulu, korang akan duduk kat satu seat tu boleh kata sepanjang tempoh korang belajar kat situ. It seems korang dah menandakan seat tu as seat khas ko. But ttiba satu hari sorang budak lain duduk situ then ko terpaksa dudok seat lain. Akibatnya korang akan rasa gelisah, tak dapat fokus dan seribu satu feel yang tak best lagi. Dont worry. Korang bukan FREAK hanya kerana korang rasa cam tu. It is normal (as psikologi yang kata).


Nilaikan situasi di bawah then katakan yang aku betul untuk berfikir sedemikian.

Dia: Aku lebih cenderung untuk berada di sebelah kanan in most event. Waktu belajar dulu pun duduk kat sebelah kanan dewan kuliah.

Aku: Sama r. Aku kalau sembahyang Jumaat kat Jamek pun duduk sebelah kanan de...

Dia: Sebelah kanan, depan, dekat dengan tiang. (jawab ngan selamba)

Aku: Ha? (hairan)

Dia: Aku tahu sebab aku sembahyang betul-betul di belakang ko setiap minggu. .!! 

Aku: (start rasa FREAK) Hei aku cam kenal r perempuan tu (try mengalih cerita.. wakaka)



Aku rasa FREAK semacam sebab:
Wei, dia selama ni di belakang aku, setiap minggu tapi tak pernah sekali pun dia try nak tegur aku. It still okey sebab orang pergi masjid untuk beribadah bukan untuk berbual-bual. But still ia rasa agak pelik bila ada someone yang dikenali duduk secara bersembunyi (aka kita tak tahu kwujudan mereka) dan dia berada dibelakang kita setiap minggu. Then timbul soalan cam penuh curiga 'Apa yang dia buat belakang aku selama ni? Apa yang dia lihat pada aku dari belakang ni?' Hmmm..


Walaupun aku yakin dia bukan GAY dan tak akan terfikir untuk buat 'something bad' to me (lurusnya aku). And even kalu dia dare untuk berfikir 'something kotor' kat rumah tuhan then memang terlaknat r dia. Cuma aku agak kurang selesa bila ia melibatkan lelaki. Yaa.. that FREAK..!!

I know it sound stupid apabila ada seorang lelaki boleh fobia (tak r sampai tahap tu) bila ada lelaki yang aku kurang kenal then cuba rapatkan badan ngan aku or mengesel-geselkan diri ngan aku. Ingat lagi last year ada satu event tu, ada r beberapa orang lelaki tu ngan ttiba jer terus peluk aku. Aku terus bertukar jadi patung cendana: jadi kayu ngan dalam hati sangat... hanya tuhan sahaja r yang tahu. Sama gak kalu ko (lelaki r) try jalan pegang bahu aku then korang tengok r betapa leher aku akan bertukar jadi leher kura-kura.. wakaka...




Then korang pun tanya ngan ayat super duper jahat "Aj, ko musti pernah kena liwat lelaki and that why r ko fobia ngan lelaki..!!" What The Fuck..!!!







Dan untuk kawan yang aku maksudkan di atas tadi, andai ko terbaca then aku nak ko please jangan pergi tempat lain. Just stay situ sampai bila-bila. Ia masih 'tempat selamat' aku dan akan kekal malah jadi jauh lebih selamat apabila ada kau kat situ. Sebab aku yakin pada ko. Yakin 200%. Sekurang-kurangnya aku akan rasa jauh lebih selamat apabila aku tahu yang ko akan sentiasa ada di belakang aku sama ada aku sedar ataupun tak either di masjid ni or kat mana-mana sekalipun.. Hmmm...













And even aku tak kisah kalu ko pilih untuk tikam aku dari belakang. Sekurang-kurangnya ia dari engkau, bukan dari orang lain yang aku tak kenal..

No comments: