Monday, October 4, 2010

How Does It Feel To Be A Gay?

Ketika kau mempersoalkan yang aku tak akan faham sedikitpun bagaimana perasaan kau ketika tu, aku just tergamam. Tergamam bukan kerana tak mampu menerima pilihan kau (sebab aku boleh menerima orang lain sebelum kau atas pilihan yang sama) tapi tergamam sebab aku tak dapat nak faham perasaan kau masa tu. Aku rasa sangat bodoh yang teramat sangat sebab ketika ko tengah bergelut ngan emosi ko tapi aku langsung tak mampu nak faham how does it feel to be a gay. Sorry....


Aku boleh jer kiss a guy passionately or aku tak kisah pun untuk having a seks ngan lelaki (being top or bottom) tapi still aku tak dapat paksa perasaan aku untuk mencintai mana-mana lelaki. Aku ada ramai kawan dan kenalan lelaki tapi semuanya aku anggap as kawan and even perasaan yang paling jauh aku boleh bawak pun ialah setakat brotherhood. Tak pernah lagi sepanjang 25 tahun aku hidup aku pernah jatuh cinta ngan salah seorang dari mereka. Walau betapa orang lain kata mereka as kacak or hot cam mana sekalipun still aku hanya lihat mereka as lelaki sama cam aku. Jujur, aku tak tahu perasaan ko tu macam mana.

As aku kata: kalau perasaan kekasih tu (no matter lain or sesama jantina sekalipun) jauh lebih kuat daripada rasa sayang aku cam abang pada sorang as adik cam ko then aku tak dapat nak buat apa-apa. Sama cam kalau ko memang dah nekad nak kekal jadi gay then aku tak dapat nak buat apa-apa. Aku hanya leh respect dan terima setiap keputusan ko seadanya. Aku tetap akan anggap ko as lelaki yang sama yang aku hanya kenal untuk masa yang singkat tu. Aku akan layan ko sama as aku layan kawan-kawan lelaki lain. Tak akan ada diskriminasi hanya kerana pilihan ko. Aku tak akan benci ko walau sedikitpun.

Tapi kau sendiri gak yang kata yang kau tak selesa ngan diri ko. Ko sendiri gak kata yang kalu boleh ko operate ko akan buang that gay part. Ya, aku tak akan faham sebab aku tak pernah mencintai lelaki tapi then apa yang kau nak sebenarnya? It seems ko belum lagi muktamad ngan pilihan ko sendiri: you r not yet choose either wanna be a gay or neither be a straight. Mungkin kerana tu kau tak rasa selesa.








Aku boleh bersumpah atas nama tuhan kau jika ia sama dengan tuhan aku yang air mata aku mengalir, tangan aku mengeletar dan hati aku sangat takut bila kau kata kau pilih untuk jadi gay. Aku tak tahu kenapa perasaan tu boleh muncul sedangkan ketika kawan-kawan lain memberitahu perkara yang sama, aku leh terima mereka dengan tangan yang terbuka.

Mungkin semuanya kerana kau berbeza sebab kau seorang yang ada masa depan, kau ada pelajaran tinggi dan paling penting, kau ada agama. Kau bukan seorang yang liar or hidup bebas bersosial. Sebaliknya kau boleh jadi modal insan yang bawak perubahan besar pada orang lain. Sedikitpun aku tak berniat nak bebankan kau ngan rasa bersalah or tanggungjawab tapi aku takut bila memikirkan betapa besar dugaan yang Allah swt berikan kepada kau dan andai kau tersasar dan gagal.....









Plus aku rasa cam sangat-sangat bodoh dan tak berguna sebab aku tak dapat nak buat apa-apa. Or at least aku tak mampu pun nak meringankan bebanan dan kekusutan yang ada dalam otak ko sekarang ni. Tak sedikitpun. Dan aku menyesal sebab aku tak pernah sempat kenal kau benar-benar dahulu. Maafkan aku sebab tak membantu.













Tapi aku nak kau tahu yang what ever sekalipun pilihan kau, aku akan sentiasa ada di sini. Mungkin aku tak mampu membantu apa-apa tapi at least aku boleh berkongsi dan mendengar. Hmmm...

No comments: