Monday, March 19, 2012

Reason Orang Pergi Haji

Soalan Cepu Emas hari ni berbunyi:
Agak-agak korang ar apakah matlamat sebenar orang-orang Melayu kita pergi Haji or Umrah dewasa ini? Adakah:


a) Percutian ke tempat bersejarah. Gosh, it not like everyday korang leh gi ke negara pak Arab yang banyak peradaban awal dunia bermula. Selama ni just tengok TV or baca buku jer. So bila dah sampai apa lagi, ambik gambar banyak-banyak then post kat FACEBOOK (include upload status setiap kali ko gi satu lokasi ke lokasi lain), try naik unta, makan ayam golek. Plus jangan lupa pakai sun block lotion banyak-banyak.

b) Shopping. Malaysian sangat suka bab ni. Buktinya sebelum kemuncak haji bermula or dalam ayat yang lebih specifiknya baru 2-3 hari sampai negara pak Arab dah berkotak-kotak parcel untuk dibawak balik ke Malaysia. Dalamnya ada apa? Jubah dan jubah lagi (pak Arab kan x pakai baju lain selain jubah), tasbih, sejadah, kurma, kekacang etc. Gosh, benda tu mana ada jual kat Malaysia so borong ar banyak-banyak..

c) Tittle Haji or Hajjah. Untuk mendapatkan tittle Datok di Malaysia seorang tu perlu memberi sumbangan yang besar kepada negara (or at least punya sejumlah wang yang besar untuk membeli tittle tu). Tapi untuk tittle Haji /Hajjah plak mudah. Just pergi negara pak Arab masa musim haji then x peduli sepanjang tempoh tu korang just tidor dalam bilik hotel then bila balik ke Malaysia then semua orang akan panggil korang Haji/Hajjah. Penting tu.

d) Pergi Haji ialah must do thing oleh Orang Melayu. Kalau korang dah berumur 60 tahun ke atas but still tak pergi haji it seem like ia adalah satu kejanggalan dan boleh mengakibatkan korang dipandang serong oleh masyarakat. Orang akan kata korang tu ada duit banyak tapi kedekut nak mampos or korang takot setiap kejahatan korang akan berulang balik sampai negara pak Arab nanti. It a must do thing dalam masyarakat Melayu ar wei. Mana leh x buat..


...



Korang mesti setuju or a bit marah kalau aku katakan yang pergi Haji now a day buat masyarakat kita adalah lebih kepada satu pakej lawatan sosial yang berbentuk pelancongan berbanding perjalanan spiritual seorang Muslim untuk mendapat keredhaan dan keberkatan dari tuhanNya.

Aku tak tahu di mana punca matlamat utama Haji dah terpesong jauh dari yang sepatutnya. Mungkin sebab pergi Haji sekarang ni dah terlalu mudah: daftar Tabung Haji, ada certain amount of money, naik kapal terbang, dudok hotel, makanan dah sedia, ikut tour guide, balik. Or mungkin atas dasar sebab atok nenek aku pergi, mak bapak aku pergi so aku pun perlu pergi gak ar. 

Dibuktikan apabila mereka yang balik dari Haji atau Umrah masih lagi tak berubah sikap. Masih dengan perangai lama memasing.

Or worst bila ada yang asyik nak uplaod gambar dan status siap leh chat lagi all the time kat FACEBOOK sepanjang di sana. Buat aku nak mempersoalkan matlamat mereka ke sana.













Even kalau kita tengok Mekkah melalui pembacaan pun dah berubah status dari sebuah rumah ibadat suci kepada perlumbaan di kalangan ahli negara-negara Arab yang kaya untuk merebut status banggunan termahal, tertinggi, tercanggih di bina di keliling rumah ibadah. Hmmmm..









...




Everything started bila emak kata malam tadi: kalau diaorang dapat gi Haji tahun nanti-nanti mereka nak bawak aku untuk menemani diaorang. Yap mereka dah tua untuk bergerak dan mengharungi lautan manusia di sana nanti. Dah ready ke aku ni? Dah tetapkan matlamat sebenar nak ke sana? Hmmm..

2 comments:

MORIBAYU said...

Mecca sudah jadi budaya 'Pop'.
Sama serupa macam Vatican.
Orang pergi dan balik,kerna tuntutan budaya dan semuanya sudah mudah sekarang.

Dulu orang simpan duit bertahun-tahun.Bila dah cukup duit,umur pun dah tua.Pergi pula naik kapal laut.Entah sampai entahkan tidak.Itu sebab orang dulu...kalau pergi haji,mmg macam nak mendaki langit.Sebab tak mudah nak pergi haji,tok nenek kita...lebih bersyukur dan redha dalam membuat perjalanan menuju ke mecca.

sekarang ?

Haji itu dah macam sembahyang raya.Semua orang pergi,tapi tak semua benar-benar menghayati.

Aj Abdullah said...

kan? sama cam kes orang buang anak. sebab senang sangat nak buat then tak tahu nak menilai dah.. so haji dan umrah pun dah jadi budaya ikut-ikutan tanpa tahu kenapa mesti buat..hmmm...