Showing posts with label pelik. Show all posts
Showing posts with label pelik. Show all posts

Sunday, March 13, 2016

The Viral 'Ngek'

Kalau korang ialah orang Sarawak or bermastautin lama di Sarawak then korang pasti tahu tentang kewujudan video pendek jenaka sarcasm/troll yang diusahakan oleh NgekTsai Army (search kat Facebook). Dia menggunakan dialek Melayu Sarawak yang agak 'pure & pekat'. Aku ada layan beberapa video dia dan ia totally kelakar tapi ada satu benda ni asyik menghantui kepala hotak aku iaitu frasa yang paling kerap keluar dari mulut dia ialah 'Ngek'. 

Ia membawa kepada kenangan 20 tahun yang lepas.


Aku anak bongsu kepada seorang anggota polis marin dan emak aku pula orang Johor. Yap, bapak aku orang Sarawak tapi sebagai polis marin dia banyak buat kerja out station berbulan, masuk pagi balik malam, bla bla bla. Aku membesar hampir 10 tahun kat flat polis. Kalau sesiapa yang pernah tinggal kat flat polis then mereka tahu yang ia adalah tempat tertutup dan anak polis hanya berkawan dengan anak-anak polis yang lain jer. Dan flat polis waktu aku membesar tu pula mostlynya ialah dari bumiputera Sarawak such as Iban, Bidayuh etc. Kawan-kawan emak selain jiran seflat (yang mostly bumiputera) ialah isteri-isteri polis dari Semenanjung. So bila dah berkumpul memang akan cakap BM Semenanjung ar. Plus aku bersekolah sampai darjah 4 di dua buah sekolah yang majoriti kawan-kawan berbangsa Cina & bumiputera sekali lagi. Kalau tak silap aku kat kelas, bebudak Melayu pun kurang 10 orang kot rasanya.

Then pada usia 11 tahun aku berpindah ke rumah aku sekarang, Santubong di mana majoriti adalah Melayu. Situasinya tak adalah cultural shock mana sangat kecuali part bahasa. Then sekali lagi ia tak adalah feel tengok drama Thai tanpa sarikata yang haram jadah tak paham. Ia lebih kepada tengok drama Indonesia tanpa subtitle je. Most of it aku faham tapi ada certain part tu bila tak faham then aku sesuaikan dengan kontak ayat. Cumanya tak semuanya berjalan lancar ar. Contoh macam tengok sinetron Indonesia tengok couple bercinta bukan main romantis dan tiba-tiba sebut kapan. Aih, ada yang mati perlu dikain kapankan ke?

Aku masih ingat hari pertama sekolah darjah 5 dulu. Cikgu matapelajaran pertama waktu tu (dah arwah dah) tanya kat sorang budak ni (pun dah arwah) tentang aktiviti waktu cuti sekolah dulu. Then dia keluar ayat 'Pergi meranto ka..?'. Meranto ni kalau direct translatenya ialah merantau. Aku gila tergamam, takut plus respect sebab aku membayangkan yang aktiviti cuti sekolah hujung tahun budak kampung sekecik-kecik usia tu ialah merantau. It either mereka sangat miskin or mereka sangat berdikari. Then as time goes by barulah aku tahu yang meranto tu ialah perbuatan menangkap ikan ke laut dan ia dilakukan balik hari je. Hmmm..

Kemudian hari demi hari perbendaharaan kata aku memang bertambah ar. Banyak benda yang aku tak pernah dengar yang bunyik sangat freaky lawak buat aku belajar ar. Tapi waktu darjah 6 tu ada lagi moment yang memang tak akan dapat lupa ar. Mereka asyik-asyik sebut something yang berbunyi macam satu jenama bedak/minyak wangi famous zaman 90-an Gervenne Bouquet ni. Mereka sebut dalam pronunciation tempatan ar. Bouquet tu dah bertukar jadi frasa yang bermula dengan P dan berakhir dengan KEK (kalau kat Semenanjung ia berakhir dengan KI). Budak lelaki asyik sebut, budak perempuan marah then sebut balik dan ia berterusan. It seem macam a secret game je. Dan aku pula masih lagi tak faham apa signifikasi jenama tu sebenarnya. Sehingga satu ketika ni masa iklan Gervenne Bouquet ni keluar kat tv, then aku sebut sebutan budak kat sekolah tu depan arwah nenek aku. Dan reaksi dia hanya tersenyum.

Then kat sekolah budak-budak kelas masih lagi sebut benda yang sama. So lastly aku tanya sorang budak ni tentang apa maksud frasa tu. Dia ketawa dan kata ia merujuk kepada alat sulit perempuan. Hmmm...






Tamat imbas kembali.






Situasi yang sama berlaku lagi selepas 20 tahun bila aku tengok video Ngek tu. Senang-senang je dia sebut ngek itu-ngek ini- ngek sana sini. Sebelum ni aku pernah dengar geng lelaki-lelaki lembut guna frasa tu sesama mereka. Golongan macam tu memang dah biasa ar kita dengar mereka selalu guna ayat lucah-lucah so aku cukup yakin yang Ngek ialah bahasa lucah yang merujuk kepada organ sulit wanita gak. Tapi semalam aku terdengar perbualan romantis satu couple ni dan si lelaki panggil aweknya dengan panggilan Ngek. Dan lebih pelik bila si perempuan tu okey jer. Gosh there something weird sedang berlaku ni. Sebelum tidor malam tadi aku mempersoalkan 'Orang Sarawak ni open minded sangat ke sampai okey je ke untuk pakai ayat lucah secara umum?' or 'Disebabkan aku dah single terlalu lama so ia adalah trend terbaru untuk panggil kekasih guna bahasa lucah?'. Itu belum masuk part aku sedikit emo sebab si lelaki tu guna organ sulit wanita sebagai jenaka. Kita semua lahir dari tempat tu dan anak kau pun akan keluar dari tempat isteri kau.



So awal-awal pagi tadi aku hantar mesej pada sorang kawan ni tanya tentang kekeliruan aku tu ar. Dia ketawa. Aku pun ketawa. Rupa-rupanya ada salah info pada perbendaharaan kata otak aku. Ngek tu rupanya sekadar kata panggilan je. Dan aku pula keliru antara Ngek & Ngeng. Duh...!!!

Saturday, September 26, 2015

Nasib Malang Seorang Pelakon Watak Sampingan

Imagine satu hari, kau bangun awal dan dalam keadaan separa mengantuk kau terpaksa gak mandi air sejuk, sarapan saki baki makanan kau beli kat pasar malam tadi yang tak habis, pakai balik kemeja sama yang kau dah pakai selang dua hari lepas, naik kereta pergi ke tempat kerja dan macam hari-hari yang lain pagi tu kau terperangkap dalam jam teruk, dengar DJ radio membebel dengan pilihan lagu yang entah apa-apa entah dan tiba-tiba kau rasa ada beberapa siri hentakkan yang kuat. Kau tengok orang kat luar menjerit dan berlari lintang pukang. Kau keluar dari kereta dan tengok rerupanya ada seekor raksaksa besar dan Ultraman sedang bergaduh. Dan tak lama lepas tu bangunan sebelah kereta kau mulai condong dan menghempap kau. Kau mati. Tamat imaginasi.


Aku ada satu perangai apabila tengok filem atau drama then aku akan terfikir dan seterusnya bersimpati kepada watak-watak kecil dalam cerita tu. Yap, bayaran mereka sangat ciput plus nyawa mereka pun langsung tak ada makna. Contohnya macam dalam cerita James Bond, Mission Impossible or cerita ada tembak menembak then anak-anak buah penjahat ni sekali tembak oleh hero je terus KO. Sedangkan hero dan ketua penjahat punya ar liat nak mati. Beratus-ratus peluru ditembak guna senjata secanggih mana dengan jarak sedekat mana sekalipun tak ada satu yang akan terkena kat diaorang. Hmmm..

Aku selalu terfikir yang anak-anak buah penjahat tu sebenarnya bukannya jahat manapun. Diaorang hanya pekerja kolar biru yang jadi mangsa keadaan je. Aku imagine diaorang tu mesti pelajaran tak setinggi mana, nak kerja ofis tak ada pengalaman or paling komen tak kenal orang dalam, ekonomi negara pulak susah, pemimpin korup, GST buat barang naik sana sini (macam pernah dengar je kes ni kan?), kos sara hidup makin tinggi, anak yang bersekolah ada 2 orang, isteri dah memboyot dan bila-bila masa lahir pulak anak ketiga bla-bla-bla. So jumpa sorang kawan sepermainan masa kecik dulu offer kerja bodyguard jaga boss or jaga gudang, kerja 8 jam sehari, 6 hari seminggu siap boleh buat overtime dengan gaji double lagi. Daripada jual maruah jadi amature porn star so dia terima tawaran tu. Kemudian tiba-tiba hero datang, sekali tembak terus mati katak. Nak claim insurans tak lepas. So apa nasib anak bini diaorang?


Or kau tengok cerita Ultraman. Setiap kali gaduh je mesti buat kat tengah kawasan bandar yang berkepadatan tinggi. Setiap episode pulak tu. Agaknya dah berapa banyak bangunan musnah dan nyawa terkorban setiap kali Ultraman bergaduh? Nak tak nak kerajaan Jepun terpaksa gak buat bangunan baru tinggi-tinggi then gaduh so roboh lagi. Macam dah tak ada tempat lain bergaduh. Tak boleh ke buat kat dalam hutan, padang pasir ke? Still orang Jepun nak agung-agungkan Ultramen anggap dia hero. Sedangkan kalau kau tengok trailer Batman vs Superman then orang kat Metropolis buat demo besar-besaran dengan sepanduk suruh Superman berambus keluar dari situ dan even siap masuk mahkamah suruh ganti balik kemusnahan bandar dan nyawa penduduk yang tak bersalah terkorban dalam perlawanan dia ngan Zod as in Man of Steel dulu. Dasar makhluk asing tanpa izin tak sedar diri. Datang bumi cari gaduh je memanjang. Hmmm









Then kau ketawa seraya berkata "Aj, releks ar bro. Diaorang berlakon je ar tu. Semuanya effect CGI ar.." lalu aku tersenyum balik dengan senyuman seindah suria sambil mengangkat jari tengah aku.










Seriusly, tolong kata korang pun pernah fikir benda yang sama macam aku gak setiap kali layan drama or movie untuk memastikan yang aku bukan satu-satunya manusia pelik yang ada di atas muka bumi ni. Ha ha ha

Friday, September 25, 2015

Selamat Tinggal Enche Misai

Aku seorang lelaki yang punya kadar pertumbuhan misai yang agak subur berbanding dengan bulu-bulu aku yang lain. Ia agak mengannoyingkan apabila aku terpaksa cukur misai sehingga 3-4 kali seminggu. Sehingga aku pernah terfikir nak makan pill hormon perempuan untuk memperlahankan pertumbuhan misai tu (just kidding).  So last pagi raya Aidilfitri lalu ialah kali terakhir aku guna pencukur. Sebulan berlalu, misai aku dah hampir sama tebal ngan kening aku (yap, kening aku tebal tahap Hagemaru). 2 bulan berlalu, aku either boleh menyamar jadi anak Datuk K or adik kepada Wak Doyok walaupun realiti sebenar misai aku tak ar tebal mana sangat pun. Tapi disebabkan ini kali pertama aku tak cukur misai untuk lebih 2 bulan then rasanya lain sikit.

(pedulikan rambut rosmah mansur tersebut)

Macam mana rasanya ada misai panjang? Imagine setiap kali cakap then akan ada je bulu-bulu kasar masuk sekali ke dalam mulut tapi of coz laa tak tertelan or kalau naik motorsikal atau ada angin kuat then selain rambut kau sesekali akan menampar manja pipi kau then bulu di atas bibir kau tu pun nak main sama. Ataupun setiap kali kau makan ice cream or makan benda-benda berkuah then misai kau akan bertukar warna dan rasa sekali. Paling aku suka ialah tangan dan bibir-bibir aku akan sentiasa gagal je nak main dengan misai tu. Untuk perempuan yang tak faham situasi tu then imagine waktu korang suka pintal-pintal hujung rambut korang yang panjang tu tapi kali ni aktiviti tu bertukar kepada misai. Hmmm..


Dan sepertimana tajuk post kali ni, setelah 2 bulan 12 hari berlalu, aku akhirnya mengalah dan menggunakan pencukur untuk menghapuskan misai tu walaupun niat dalam hati nak simpan sampai tamat tahun ni. Sebabnya? Bukan aku dah dipinang tapi atas beberapa faktor ar. Beberapa hari lepas selepas shopping untuk persiapan raya, aku terserempak dengan seorang lelaki kurang siuman yang rambutnya lebih kurang sama panjang rambut aku, misai dan janggutnya pun hampir gak ngan misai dan janggut aku dan bila aku tengok cermin kat rumah betapa rumah aku sangat kurang human friendly or in other wordnya kalau berlaku kes pecah rumah, rogol, liwat bersiri then tanpa soal siasat then aku garenti akan terus kena sumbat dalam penjara. Hmmm..




Setelah proses pencukuran penuh berlaku (sebelum tu aku cukur bahagian tepi dan tinggalkan yang tengah buat ala-ala Hitler dan ia nampak sangat lawak sehingga aku ketawa sorang-sorang, emak aku kehairanan tapi aku tak nak tunjuk gambar tu, takut nanti korang akan peras ugut aku pada masa depan masa aku jadi artis popular kelak) so aku nampak sangat suci seperti seorang lelaki yang langsung tak pernah tengok porn selama hidup 30 tahun di dunia yang fana ni. Hmmm..

Monday, June 15, 2015

Penceramah Kaki Putar Belit Alam

Semalam aku pergi satu event ni. Ia sepatutnya satu talk about art and etc tapi entah kenapa ia dimulakan dengan seorang lelaki jenis yang kita selalu jumpa kat program MLM pulak (aku tak pernah join apa-apa MLM tapi aku dah biasa sangat dengar ayat klise diaorang). Sebabnya korang pasti dah biasa sangat dengar statement macam "Saya dulu tak pandai masa sekolah, waktu universiti dulu pun berhenti tengah jalan, keluarga pula miskin, dengan bermodalkan duit yang sikit saya buat semua kerja dari bawah, malah pernah ada malam-malam hari saya geledah tong sampah untuk cari barang yang boleh saya guna, saya korbankan masa lepak-lepak malam hari dengan kawan kat kedai mamak dan akhirnya saya dah berjaya hari ni bla bla bla" Klise kan?


Yap, kita kena akui yang Mark Zuckerberg memang bagi banyak pengaruh besar kepada dunia tapi disebabkan dah ramai sangat tahu siapa mamat tu plus dah tengok filem The Social Network then statement 'tak tamat universiti tapi boleh kaya dan berjaya' tu totally dah basi kot especially bila ceramah tu melibatkan manusia-manusia yang hidup mereka tak pernah berenggang dengan teknologi. Lain ar kalau ayat yang sama digunakan untuk mak cik-mak cik kampung yang fanatik dengar ceramah Ustaz Kazim Elias then barulah ia akan berjaya kot. 

Plus satu perkara tentang manusia yang banyak cakap ni ialah mereka biasanya akan terkehel lidah. It either statement mereka kedengaran boleh dipertikaikan or dua statement sama yang bercanggah. Aku referring ayat bro tu semalam. Dia kata dia tak pandai masa sekolah, selalu gagal ujian dan kemudian berhenti tengah jalan masa universiti. Ia membuatkan aku terfikir: Kenapa seorang yang selalu gagal ujian masa sekolah boleh terfikir untuk masuk universiti dan berfikir yang dia tak akan gagal lagi masa unversiti kelak? Ooh wait manusia macam tu memang wujud kat dunia ni sebab aku sendiri pernah jumpa. Mereka dengan yakin kata 'Aku Melayu dan UiTM sentiasa terbuka untuk orang-orang macam aku' Ayat kejam tapi aku no komen. Hmmm..

Kemudian ada part dia kata keluarganya sangat miskin tapi dia sangat bersyukur yang keluarga mereka bertutur dalam bahasa Inggeris di rumah dan ia sangat membantu proses komunikasi dalam perniagaannya. Waktu tu teringin je aku nak angkat tangan dan tanya "Define miskin please.." Mungkin ia wujud dalam dunia zaman sekarang ni tapi miskin yang aku pernah nampak ialah bila si bapak keluar ketika dunia masih gelap dan terpaksa balik sebelum air surut dengan rumah mereka dari papan nipis dengan satu bilik yang dikhaskan untuk anak yang dah kahwin yang kalau ada anak lain lagi yang akan kawen then the previous one akan tidur bersama ahli keluarga lain sama-sama di ruang tamu dan lokasi dan permainan anak-anak kecil mereka bermain ialah sampah sarap yang ada disekitar rumah. That is miskin..!! Tapi siapalah aku nak mempersoalkan apa kemiskinan dah memberi effect kepada keluarga dia kan? Mungkin parentnya sangat positif dan punya visi dan misi yang jauh dan melihat betapa bahasa Inggeris (dan universiti) mampu mengubah kemiskinan yang sedia ada kan? 

Kemudian dia kata "Saya masih ingat lagi sewaktu saya berumur 6 tahun, ayah saya pernah berkata kepada saya bla-bla-bla.." Ooh seriusly? Korang masih ingat apa serious talk yang bapak kau pernah kata kat kau masa umur kau 6 tahun dulu? Aku dah lupa apa yang bapak aku pernah bagitahu minggu lepas. Yap, aku different case tapi korang pernah tak cuba buat serious talk dengan anak or anak buah korang yang umur 6 tahun dengan harapan dia akan duduk diam, buat muka serius dan kemudian hadam satu persatu ayat yang keluar dari mulut kau. Naa sebab pada usia 6 tahun setiap benda yang ada disekitar kau akan ganggu fokus dia. Hmmm




Tapi part tak boleh blah (selain dia tunjuk beberapa slide gambar dia shirtless angkat barang kononnya dia juga boleh buat kerja orang bawahan walaupun dah kaya) ialah bila dua statement yang sama bercanggah. Salah satunya ialah bila dia kata dia bukak business muzik tanpa dia tahu apa-apa tentang muzik malah langsung tak tahu bermain apa-apa instrument muzik. Dia terpaksa belajar dari Youtube cara main gitar untuk tarik orang masuk studio dan beli gitar dari dia. Kemudian dia bla-bla-bla cakap puji-puji diri dan  dia keluar statement kata dia mulai main gitar pada usia 18 tahun (disebabkan dia sama umur aku then macam mana dia boleh belajar dari Youtube kalau Youtube belum lagi wujud pada zaman tu?) dan dia tubuhkan band dan disitu dia mulai ada minat nak buat business muzik. Tapi bukan ke sebelum tu dia kata dia mulai business muzik tanpa tahu apa-apapun tentang muzik? Hmmm.







Realitinya mungkin dia seorang manusia jujur yang bernasib baik sebab walaupun miskin tapi still boleh masuk universiti walaupun result sekolah tak bagus (still English dia boleh bunyi cam mat salleh habis) kemudian buat business tanpa pernah mengalami muflis sekalipun dan dia punya ingatan yang cukup bagus. It could happen. Dan aku pula sekadar salah seorang dari jutaan tipikal Malaysian yang ada masanya memang gemar berfikiran negatif. Mungkin sebab aku dah biasa sangat jumpa manusia-manusia jenis yang banyak mulut, sikit-sikit nak up diri sendiri puji kata itu ini, tapi last-last tin kosong. Or individu yang gelar diri jutawan muda yang nak kongsi petua jadi kaya kepada orang ramai tapi realitinya korang yang bayar beratus-ratus ringgit untuk hadir event tu lah yang menjadikan dia sebenarnya kaya. No komen ar kan?

Monday, March 16, 2015

Tipikal Kedai Makan Di Malaysia

Aku suka makan tapi aku cukup selektif apabila masuk part makan kat luar. Sentiasa ada je benda yang tak betul kat kedai makan-kedai makan tu sehingga mostly aku gave up dan lebih refer untuk makan kat rangkaian kedai makan segera je. So kat bawah ni aku buat senarai situasi-situasi yang biasa berlaku kat kedai-kedai makan di Malaysia dan andaikata kau tak pernah mengalami situasi seperti berikut then it either kau bukan Malaysian or kau memang punya kesabaran yang maha hebat. Hmmm..


1.
Kau masuk kedai, kau duduk dan dalam masa 10-15 minit, tak ada sorang pun pekerja sana ambik order dari kau. Nak kata diaorang sibuk, pelangan dua-tiga orang je pun. Tengok kat kaunter bayar then ada beberapa orang pekerja tengah borak-borak sesama mereka dan sorang dua tengah layan smartphone memasing. Kau panggil then mereka angguk but still tak ada sorang yang datang. Dekat nak setengah jam berlalu baru sorang minah datang dengan muka masam. Kau buat order dan dia blah. 15 minit berlalu, air baru datang. Itupun apa yang kau order tadi tak sama macam apa yang datang. Kau nak perbetulkan tapi takut next air yang sampai ada timbul buih kena ludah pulak. Setengah jam berlalu makanan kau masih lagi belum datang. Bila datang memang mengejutkan ar. Presentation memang sah-sah tak kan lepas penilaian Masterchef dan bila masuk mulut rasa mcam dah tertelan segenggam Ajinomoto pulak. Hmmm.


2. 
Tengok dari luar kedai punya ar cantik hiasan. Pekerja kemas dengan seragam masing-masing. Buku menu pun dah buat air liur meleleh sebab cantik punya pasal. Pekerja datang sambut dengan mesin order kat sebelah tangan. Canggih tu wei. So kau start order dan selesai si pekerja pun blah. 15 minit lepas tu dia datang balik dengan budi bahasa minta maaf sebab apa kau kau order tu dah habis. 'Ooh.., it okey' kau kata sambil tersenyum. So kau buat second order dan dia blah sekali lagi. 15 minit lepas tu dia datang lagi dan mintak maaf sekali lagi. Disebabkan kau manusia yang bertamadun, walaupun mood kau dah terjejas but still kau okey dan tanya dia baik-baik 'Apa makanan yang ada dalam menu ni yang korang ada sebenarnya..?' Surprisinglynya lebih 3/4 makanan dalam menu tu tak ada. Jadi kau order je apa yang ada. Dan seperti yang dijangka ia ambik masa setengah jam juga untuk dimasak. Air yang kau dah order dah habis dan terpaksa order baru lagi. Bila sampai, kau makan perasan yang ia rupa-rupanya sekadar dipanaskan dalam mikrowave je pun. Part paling best ialah bila bayar. Harga bukan main mahal lagi. Membuatkan kau terfikir yang kau hanya bayar untuk hiasan kedai, baju pekerja dan buku menu yang cantik je.


3. 
Belum masuk kedai lagi kau dah disambut mesra oleh pemilik kedai. Makanan yang kau order datang cepat dan rasanya memang sedap tak tipu. Masalahnya kat kaki kau ada beberapa ekor kucing yang sebahagian bulunya dah tanggal mengiau-ngiau menggesel-gesel kat kaki kau dan setiap kali kau makan, kau perlu halau lalat-lalat yang gemuk-gemuk yang nak menjamu selera sekali ngan kau dan kau tepi dinding tu pulak ada sekumpulan anak-anak lipas yang bermain polis senti sesama mereka. Itu belum masuk part abang yang buat roti canai yang setiap kali dia menebar canainya maka akan bertebaran sekali ar peluh kat dahinya or mak cik yang buat air yang mulut merah dengan sugi dan cakap bersembuk air liur or rambut (or bulu pendek yang kau tak pasti dari anggota badan yang mana) yang kau jumpa kat celah-celah mee goreng kau makan tu. Haa.. cam ner tu?


4. 
Hari ni kau datang kedai tu makanan dia punya ar sedap. Esoknya kau datang, order makanan yang sama tapi rasanya dah lain, kuantitinya dah berkurangan dan harga dia pun naik sikit. Lusanya kau datang, masih lagi order makanan yang sama tapi rasanya dah tak sama macam semalam atau tempohari, bahan-bahan dalam makanan tu pun lain, kuantitinya jauh lebih banyak dan harganya murah sikit pulak. Pendek kata kalau kau makan kat kedai tu dan order makanan yang sama setiap hari, rasanya memang tak pernah kekal sama seolah-olah kedai tu ada 365 tukang masak yang berbeza setiap hari. Hmmm..


5.
Kedai tu makanannya sedap, customer service mantap, harga berpatutan. Masalahnya hari ni buka, esok tutup, lusa buka tapi tutup setengah hari, hari lepas tu pulak tutup seminggu. Buka dua tiga hari dan tutup untuk sebulan. Hmmm...


6.
Haaa apa lagi karenah kedai makan kita?

























Hmmmm

Friday, March 13, 2015

Aku Tanpa Psoriasis

Sekarang ni dah hampir nak masuk 5 bulan aku makan pill yang dibagi doktor. Sebelum ni Psoriasis covered around 90% of my body dan disebabkan aku makan dos yang agak besar then seminggu dua je ia dah berkurang dan sehingga sekarang hanya tinggal 20% je lagi. Effect yang paling pelik bagi aku ialah bila aku sentuh kulit aku dan ia rasa lain. Lain dalam erti kata sebelum ni kulit aku kasar dan keras tapi kali ni ia rasa lain. Sebabnya aku dah lama hidap Psoriasis sehingga dah lupa macam mana rasa kulit manusia sebenar. Hmmm..

Adakah aku merindui Psoriasis? Yap, sangat-sangat rindu. Dulu aku special tapi sekarang ni aku dah biasa-biasa je. Sama macam korang yang biasa je. Dan as orang-orang tua selalu kata 'Kita tak akan menghargai seseorang (or sesuatu) sehingga kita kehilangannya'. Ada beberapa part aku rindukan Psoriasis aku.


1. PARUT
Aku tak perasan yang aku tak ada parut (melainkan parut effect accident kena langgar kereta masa form 5 dulu je) sehingga Psoriasis tak ada pada aku lagi. Aku start makan ubat tu sewaktu musim durian nak start. So aku tebas semak samun yang jauh lebih tinggi dari aku dan tiba-tiba parang yang aku guna tu terkena dagu aku dan bagi effect lebih kurang 1 cm gak ar. Lepas tak lama lepas tu terkena kat tangan pulak. As time goes by luka tu lambat sembuh dan masih tak hilang-hilang sehingga meninggalkan parut. Kemudian otak aku yang berkarat tu pun terfikir, aku bukan seorang yang aktif tapi aku selalu luka-luka sana sini  Yap, sentiasa ada je sebab musabab untuk menjadikan aku berdarah, lebam, luka sana sini. Hmmm..

Then baru sel-sel otak aku bersambung dan aku jumpa jawapannya. It a basic Psoriasis. Kulit biasa ambil masa sekitar 28-30 hari untuk penghasilan kulit baru, kulit matang, kulit jadi tua, mati dan tumbuh kulit baru balik. Tapi untuk Psoriasis, proses tu ambik masa 4 hari je. Dan disebabkan pill yang aku ambik tu so sekarang kulit aku ialah kulit biasa macam korang je. So that why ia lambat sembuh dan disebabkan Psoriasis tak tumbuh kat tempat luka tu untuk menghasilkan kulit baru maka terhasillah parut. 

Makanya sekarang pada usia 30 tahun aku dah ada 2 kesan parut kekal dan aku perlu lebih berhati-hati dari hari ni. Hmmmm..



2. TANNING
Aku jenis manusia tak suka tengok kulit putih sebab bagi aku ia nampak pucat dan lemah tak bermaya. Aku lebih sukakan kulit yang gelap. Kalau ada produk Qu Puteh versi menghitamkan kulit then dah lama aku telan. Unfortunately tak. Plus waktu kecik-kecik dulu aku paling hitam dalam adik beradik (sampai sekarang pun sebenarnya) tapi as time goes by aku jadi makin putih sehingga banyak gak event berlaku sampai orang Cina fikir aku Cina. Jadi aku sedaya upaya untuk menjadikan kulit aku gelap. Aku naik motosikal pakai baju lengan pendek tengah hari buta dan hasilnya terjadilah tanning yang cantik macam ayam yang dibakar sempurna. Sayangnya ia tak kekal lama. Dan sekali lagi Psoriasis menjadikan pertukaran kulit baru berlaku dengan cepat. So aku kembali cerah balik. Hmmm..

Tapi sekarang ni, aku keluar rumah tak sampai 10 minit ambik anak buah aku balik sekolah 5 kali seminggu pun dah boleh menjadikan aku nampak seiras macam mat Bangla. Yap..



3. DARK SPOTS
Satu perbezaan yang nyata selepas Psoriasis skin aku menyusut ialah bila timbulnya tompok-tompok hitam. Mula-mulanya aku fikir tahi lalat. Sebab dah lama aku tak nampak kulit sebenar aku then mungkin tali lalat tu wujud disebalik Psoriasis Skin tu. Macam freckles pun ada gak. Tapi lama kelamaan lebih banyak dark spot tu muncul. Seolah-olah ada beribu-ribu lalat berak kat kulit aku tanpa aku sedar. Sehingga satu ketika aku perasan yang kulit aku nampak macam kulit arwah nenak sedara aku dulu masa hidupnya. Kulit aku dah macam kulit orang-orang tua. 

Mungkin pill tu berfungsi untuk melambatkan penghasilan kulit baru pada badan aku or persamaan linearnya penghasilan kulit baru oleh orang pula memang sangat perlahan. So aku ialah lelaki muda yang punya kulit jauh lebih tua dari usia sebenar aku. Hmmm..











So life with or without Psoriasis yang mana are much better? Aku tak tahu. Yap, luka yang sangat sembuh sehingga menghasilkan kesan parut adalah tak best tapi kulit kering sehingga merekah dan berdarah pula adalah jauh lebih tak best. Tapi sejujurnya aku rindu pada kulit Psoriasis aku dulu. But thanks tuhan tak ambik sepenuhnya kulit tu dan arthritis pun masih lagi kekal setia bersama aku. Hmmm

Tuesday, February 24, 2015

Membuat Potret Diri

Dalam previous post aku ada lukis satu watak dalam Big Hero 6 ni then beberapa hari kemudian aku edit dan reedit dan edit lagi dan menghasilkan beberapa sketch baru yang aku sendiri rasa much better than the original one. Even lastly aku decide untuk buat versi muka aku sendiri based dari sketch asal. So sila layan.


Atas ni ialah versi asal yang aku kurangkan bentuk bujur muka dan tukar mulut terngaga tu kepada mulut duck face. Yap, nampak muda dan cute sikit ar kan daripada asyik terkejut sepanjang masa.



Kemudian aku tambah cermin mata besar nerd macam yang aku punya. Mata besar dan pakai pulak cermin mata besar. Hmmm..



Apakah nerd kalau tak pakai smart-smart ar kan? So aku tukar pakaian dan biar nampak bijak pandai sikit. Dan tambah sejemput janggut sikit. Tengok sketch ni ingat muka aku zaman belajar dulu. Yap, aku nerdy (dan comel) dan naive habis. LOL



So terfikir aku nak buat sketch kartoon muka sendiri. Rambut aku panjang sikit then aku pun lukis rambut ar.

Kemudian aku tengok-tengok dan aku tak rasa ia macam aku sebab aku sekarang ni banyak grumpy dan moody sepanjang masa so aku tukar emosi muka dan terhasillah sketch terakhir yang aku gelar sebagai potret diri. 











Haaa.. amacam..? Klik gambar untuk tengok saiz sebenar dan detail.

Thursday, January 22, 2015

Mari Melukis Bersama Enche AJ 2

AMARAN: Post ini mengandungi klausa-klausa yang banyak memuji diri sendiri. Jika anda mudah loya dan muntah-muntah jadi sila berhenti membaca. Penulis  tak ada masa nak melayan masalah mental ada sekiranya berlaku apa-apa di kemudian hari. Wassalamu.

AKU tak ingat sejak bila aku 'tahu' melukis. Aku ingat satu hari sewaktu aku darjah 3 masa matapelajaran seni lukis then ada 2 meja yang dikerumuni oleh budak kelas. Meja pertama milik sorang budak Cina yang atas mejanya ada Staedtler Luna saiz besar (benda yang sangat mewah waktu dulu-dulu), gelas berisi air dan beberapa batang berus (sebab magically Luna leh guna dengan air) dan dia ada ambik kelas melukis kat luar so of coz laa lukisan dia gempak. Dan meja kedua pula ialah meja aku. Aku pula sekadar budak hingusan yang hanya melukis apa yang aku nampak kat depan je. Dan aku ingat lagi tugasan lukisan hari tu. Cikgu bawak jug air kaca lutsinar berisi separuh air dan dia suruh kami lukis. Hmmmm..


Aku sentiasa percaya ada 2 jenis bakat kat dunia ni. Pertama: bakat yang diperolehi dari kelas di mana dia perlu belajar dari A sampai Z dan kedua: bakat semulajadi yang entah macam mana ia memang dah ada di situ. Yap, aku ada beberapa bakat semulajadi cumanya keyakinan diri aku macam roller coaster. Ada ketikanya aku cukup yakin yang aku cukup berbakat apabila pensyarah (yang juga penulis) kata penulisana aku ada gaya penulis ternama era 70-an, ada orang sanggup upah aku untuk design poster, kad kawin, baju or bila ada beberapa orang kawan still nak upah aku ambik gambar kahwin mereka walaupun aku kata aku hanya ambik gambar guna kamera compact dan handphone je tapi ada ketika lain aku langsung tak rasa aku berbakat dan apa yang aku ada hanyalah benda common yang orang-orang common ada especially bila first novel aku ialah major failure dan 2nd and 3rd novel aku tak ada apa-apa khabar berita sampai sekarang dan bla bla bla. 



Dan ada masa yang lain aku tak yakin yang aku ada bakat sebab aku tak ada sijil untuk mengesahkan bakat aku tu. Hmmm..




...




Abang aku pernah kata yang dia cemburu pada bakat yang aku ada yang dia tak ada. Aku tak perlu belajar untuk mastering in sesuatu dan aku tak perlukan benda-benda hebat untuk memberi hasil-hasil yang hebat. Entah kenapa aku masih lagi percaya ayat tu. Kau ingat era ketika budak-budak remaja suka gantung DSLR kat leher kat mana-mana mereka berada dan bila kat tengok gambar yang mereka ambik ia lebih kurang sama macam gambar yang diambik oleh pak cik yang ada parkinsen je. Membuktikan yang kau tak perlu kamera hebat hanya untuk ambik gambar cantik kan? Dan bila semua dah mampu milik smartphone then semua gambar jadi cantik sebab guna filter. Hmmmm..



...



Aku dah lama dan jarang melukis. Sejujurnya aku tak tahu kenapa. Mana ada orang menganggur busy ar kan? Check buku lukisan kali terakhir aku melukis ialah pada 23 December yang lepas. Sebulan dah kot.  Dulu masa ada Galaxy Note selalu gak menconteng. Dengan mudah je leh sketch, padam, warna, padam balik dan save. Tapi lepas phone tu hilang then bila nak melukis balik kat kertas memang kena fikir betul-betul. Firstly sebab aku environmental friendly sikit (resit after shopping pun aku tak buang dan reuse untuk melukis dan kemudian recycle) dan kedua ia tak economical. Ambik contoh aku mewarna guna acrylic, hampir separuh dah kena buang sebab keras, saki baki macam ubat gigi yang kena picit betul-betul dan kalau nak beli baru harganya boleh tahan. Nak guna oil painting jangan harap. Aku hanya melukis guna satu halaman je (ada ke orang lukis depan belakang?) etc.


Tahun lepas lepas phone hilang, labtop lama rosak then aku kumpul duit beli labtop baru yang touch screen. Beberapa minggu lepas aku beli stylus murah yang harganya tak sampai RM3 yang rupanya macam pemadan yang ada pada pencil kayu murah (benda alah tu masih ada lagi ke pada zaman sekarang ni?) dan aku cuba melukis pada Photoshop, Illustrator, Fresh Paint tapi hasilnya tak memuaskan aku. So semalam aku download Autodesk Sketchbook dan dibawah ni ialah langkah-langkah dan hasil pertama aku. Hohoho. Puas hati wey..!!


1.



2,



3.



4.



5.



6.



7.



8. Hasilnya. Click gambar untuk tengok saiz sebenar.





Macam mana feel melukis guna stylus murah? Ia macam tulis dengan pensel dan guna pemadam kat atasnya dan ia menghasilkan lebih banyak lagi kesan pensel. Hmmm..

Walaupun ia sekadar muka kartoon jer tapi aku sangat enjoy dan next project nak lukis muka manusia betul lak kot. Hnnnn 

Tuesday, November 18, 2014

Dear Useless Parents

Antara perkara dalam senarai yang mampu membuatkan aku marah dan moody sepanjang hari selain daripada tengok orang buang sampah sesuka hati diaorang ialah apabila terjumpa parents yang hanya pandai buat anak tapi tak tahu nak jaga anak. Jenis suami yang hanya tahu nak menyebarkan benih je memanjang dan jenis isteri yang hanya tahu nak upload gambar anak masa masih cute dan forward mesej-mesej nasihat tentang panduan membentuk keluarga bahagia kat page FACEBOOK diaorang je. Hmmmm..


Buktinya korang pasti pernah tengok bapak or emak yang dengan slamber je merokok sebelah anak diaorang or parents yang ada kereta yang biarkan tingkap terbuka luas dan anak yang kecil keluar hampir setengah badan yang bila-bila masa je boleh tercampak keluar dari kereta or anak-anak dibiarkan bermain sedangkan parents sedang leka dengan smartphone etc. 


Yap, aku tak nak cakap part bapak rogol anak yang usia tak sampai setahun dengan alasan si emak budak tak ada masa nak 'layan' dia or anak kena culik masa berjalan sorang diri pergi kedai or anak mati lemas dalam kereta ketika si emak sedang sakan shopping etc.




Anak manusia ni bukan macam anak kucing yang kalau mati kali ni then beberapa bulan lepas tu emaknya dah mengandung sekali lagi dan lagi. Yap, aku tahu yang buat anak ni sangat mudah. Just keluar masukkan P ke dalam V then next nine month BUMP!! ia keluar. Nak menjadikan ia berjaya jadi manusia itulah part yang tak mudah. 







Petang tadi aku tengok sorang bapak muda ni bawak anak yang rasanya tadika or darjah 1 naik motosikal. Anak tu sah-sah masih kecil dan dibiarkan duduk kat belakang dengan keadaan ada beg diantara si bapak dan anak plus si anak nampak sangat mengantuk so pelukkan yang jauh tu jadi ar renggang dan si bapak boleh pulak bawak motosikal tu laju macam pelesit. Kalaulah aku ada pistol masa tu then aku akan tembak pada tempat pembiakkan 'berudu'nya tu dan kata dengan gaya hip hop 'Please stop reproduce..!!'







Then korang kata Aj, kau belum kahwin dan tak ada anak sendiri lagi. Kau tak tahu kepayahan bila dah jadi ibu bapa. Dan mamat mungkin tu tak ada duit jadi tak mampu nak beli kereta. Kau perlu tah yang dia dah cuba sedaya upaya untuk bagi yang terbaik untuk anak dia dengan cara dia sendiri. So aku pun ketawa seraya berkata 'Kau fikir aku ni lahir-lahir je dah ada sudu perak kat mulut (yap, direct translation) aku ke? Keluarga aku bukannya kaya raya mana pun dan bila aku waktu kecik dulu naik motosikal dan mengantuk (which is ia selalu berlaku) then bapak aku akan pegang kuat tangan aku yang peluk dia dari belakang dan dia yang memang bawak slow tu akan bawak jauh lebih slow dari biasa. Plus ya, aku memang tak ada anak sendiri tapi aku ada otak untuk fikir yang mana betul dan yang mana tak.."













Sebelum kita nak menjadikan seseorang tu manusia, kita perlu jadi manusia terlebih dahulu. Noktah.

Saturday, October 18, 2014

My Ramona Flowers

Michael Cera mostly dalam semua filem yang dia berlakon akan bawa watak seorang lelaki yang cukup cool bagi aku. Contohnya macam dalam Scott Pilgrim vs The World, Superbad, Young in Revolt, Juno, Nick & Jonah bla-bla-bla, Sejujurnya kalau aku perempuan dan watak-watak tu real dan bukannya fictional characters then aku akan bercouple dengan dia. Hmmm..


Versi cool untuk perempuan bagi aku pula ialah Ramona Flowers dalam Scott Pilgrim vs The World (dan tak lupa Emma Stone). Yap, Im in love with fictional character tapi Ramona Flowers ialah ciri-ciri checklist perempuan yang tersangat cool bagi aku. Tolak part dia ada 7 evil ex-boyrfriend (include sorang girlfriend) dia memang cool habis. Dia tak peduli tentang rambut dia, tentang pakaian dia, tentang apa orang nak kata tentang dia etc dan dia hanya jadi diri dia sendiri.


Nowaday semua orang nak jadi cool tapi genuine cool sangat susah nak cari. Lebih banyak wanna be je yang ada. Sebab zaman sekarang ni semua gaya ada panduan senarai pakaiannya tersendiri. Kalau nak nampak nerd then pakai cermin bingkai plastik tebal, baju kemeja tuck in, rambut kena licin berminyak etc. Sedangkan dulu nerd ialah kaki buku yang selalu jadi bahan ketawa kat sekolah tapi sekarang ni semua nak jadi nerd sebab ia ialah fashion statement. Sama gak macam gaya vintage, hippies pelbagai. Artis barat pakai then artis sini pakai so semua orang nak pakai sebab nak nampak cool. Plus kat kedai dah melambak pakaian-pakaian yang ada ciri-ciri tu. So orang yang genuinely cool tu totally sangat rare nak jumpa.





...




Dan semalam aku jumpa my Ramona Flowers. Aku keluar dari satu klinik ni, naik motosikal, pakai helmet dan aku nampak dia. Perkara yang dah lama tak berlaku dah berlaku pada aku semalam. Aku tengok dia dalam keadaan tergamam (dan dia pun tengok aku) dan aku berterusan tengok dia sehingga dia masuk dalam klinik tu. Imagine tengok F1 secara langsung di mana part kepala kita bergerak 180 darjah seiring pergerakkan kereta tu. So macam tu gak ar kepala aku berpusing. Betapa menunjukkan betapa aku ialah seorang lelaki yang sangat desperate dan dia mungkin berfikir aku ialah seorang lelaki gatal. Dan tak lupa part ialah ialah perempuan yang sangat cool aku pernah nampak dan dia berjaya buat aku anggau sampai saat dan ketika ni.

Kalau korang pernah tengok filem Submarine then rambut dia lebih kurang macam Jordana Bevan tapi tak setebal tu ar. Dan dia cantik. Plus cara dia tengok aku dengan muka mencuka tu totally membuatkan aku feel kena panah cupid ar. Waktu tu aku totally tak tahu nak buat apa. Aku terus hidup enjin dan senyum sorang-sorang sepanjang perjalanan.










Aku bukan seorang lelaki yang cool. Tak ada apa-apa sebahagian dari diri aku yang dapat dikelaskan sebagai cool. Kalau nak menyamakan aku dengan mana-mana character then aku ialah Mindy Lahiri dalam The Mindy Project versi lelaki. Aku clumsy, otak penuh fictional dan aku emosi tak tentu pasal. Lagi pula kau memang tak merancang untuk berada dalam mana-mana bentuk relationship dengan sesiapa pun. Tapi kalau suatu hari kelak aku terjumpa dia lagi then aku akan tegur dia and give it a try. Sebab dia bukan seorang perempuan yang akan datang setiap hari dan mampu bagi effect yang sama pada hati aku.









Kehadapan my Ramona Flowers,
Kalau awak si gadis yang berambut aras atas bahu dengan potong depan atas keniing berbaju magenta muda bersama ibu or nenek di hadapan klinik Chen Batu Lintang Hari Jumaat 17 Oktober sekitar masa 2.45 pm dan terbaca post ni then tolong tinggalkan pesanan untuk saya. 

Friday, September 12, 2014

The Cool Guy That Die Young

Korang pernah tak jumpa manusia yang sedaya upaya untuk nampak cool?  Dia ambil masa yang lama untuk pilih pakaian, masa yang lama di hadapan cermin, akan jadi marah kalau ada orang usik rambutnya yang 'kemas', cuba hafal banyak fakta-fakta cool, banyak baca majalah tentang trending fashion semasa sehingga the end dia nampak terlalu 'mencuba' sedangkan ada orang lain pula dia hanya perlu jadi diri dia sendiri dan dia totally so cool. Hmmm..


Aku bukan seorang yang cool. Aku seorang lelaki pelik yang clumsy plus moody. Mencuba untuk jadi cool? Naa, aku dah melepasi era tu kot. Sekarang ni aku lebih enjoy menjadi diri aku sendiri. Tapi sejujurnya aku ada Cool & Not So Cool's List aku sendiri. Of coz laa aku tak tulis semua benda mengarut tu dalam buku khas sebaliknya ia ada dalam jurnal otak aku ar. Contohnya bila masuk part mati. Antara mati yang cool ikut spesifikasi aku ialah:

1. Mati pada usia 27 tahun (cool tahap penghabisan).
2. Mati muda akibat sakit bukan jangkitan. (contoh macam kanser)
3. Mati mengorbankan diri supaya orang lain terselamat (contoh sewaktu zombie apocalypse)


Contoh mati yang tak cool pulak ialah:

1. Mati dalam keadaan berbogel (melainkan kalau body kau sangat hot as hell).
2. Mati dalam keadaan tak cukup anggota (kena culik oleh penjual organ haram or kena baham binatang buas or terendam dalam air terlalu lama).
3. Mati pada usia tua ketika pasangan masih hidup (melainkan mati sama berdua adalah cool habis).


Korang mungkin kata cara aku klasifikasikan mati cool or tak ni macam mempermainkan cara orang mati tapi sejujurnya tak. Aku memang seorang manusia yang pelik. Kalau aku sharekan semua list-list yang ada dalam file otak aku sekarang ni then korang akan memperakui kepelikkan aku.






....





Pagi tadi aku dikejutkan dengan berita tentang seorang kawan yang meninggal dunia. Aku kenal dia pada tahun 2009 apabila kami belajar sijil safety untuk beberapa bulan. Dia ialah antara lelaki yang paling cool yang aku pernah jumpa in real life. Dia dari hujung rambut ke hujung kaki totally naturally cool. Dia kurus, rambut serabut effect pakai helmet, hoodie jumper, skinny jeans, dan most of the time headphone yang sentiasa melekat kat kepala dia. Kalau satu group ni berborak-borak then dia just tak peduli. Dia just main phone or dengar music guna headphone dia je. Dia jarang-jarang bercakap tapi once dia bukak mulut then banyak fakta-fakta yang kau tak pernah dengar akan buat kau buat tabik spring kat dia ar. Dia totally sangat cool guy ar.


Sejujurnya sepanjang beberapa bulan kelas tu berjalan, aku hanya cakap dengan dia kurang 50 patah perkataan je dengan dia. Malah setelah kelas tu tamat, aku memang tak pernah in contact dengan dia langsung. Tapi bila dapat tahu dia meninggal, aku rasa sangat terkejut. So aku tanya sorang kawan ni yang lebih rapat dengan dia rerupanya baru 4 hari yang lepas dia disahkan menghidap leukimia tahap 4. Selama ni dia fikir it just gastric biasa-biasa je. 2 hari lepas dia koma dan pagi ni tadi dia meninggal dunia. 







Boleh tak korang imagine kalau anak kau meninggal lebih awal dari kau or pasangan kau yang baru je kahwin beberapa bulan suddenly meninggal etc? Dia baru kahwin beberapa bulan yang lepas, emaknya juga baru meninggal beberapa bulan yang lepas. Imagine kalau kau berada di tempat ayahnya? Hmmmm..










Aminur Zachary seorang yang sangat cool pada hayatnya. Namanya je dah cukup cool dan dia meninggal dalam keadaan yang bagi aku adalah terlalu cool. Semoga semuanya juga mudah dan senang di alam yang seterusnya dan dia ditempatkan bersama golongan yang beriman. Al Fatihah.

Thursday, September 11, 2014

Aku Melukis

Dah lama aku tak melukis. Rasanya kali terakhir aku melukis ialah bulan 6 yang lepas bila aku ambik upah bila sorang kawan ni mintak aku lukis sesuatu untuk business dia. Dah 3 bulan berlalu wei. Aku langsung tak sentuh pensel dan kertas untuk melukis. Orang kata kalau bakat ni dibiarkan tak buat apa-apa, nanti lama-lama tumpul dan berkarat. Bila dah berkarat then nak asah balik jadi susah pulak. Tangan dah keras lalu semuanya tak menjadi. Itu orang yang kata ar. Bagi aku ia tak pernah berlaku kepada aku sekalipun. Sebab aku seorang yang terlalu meletakkan banyak syarat untuk melukis dan ada masanya aku sengaja buat banyak alasan untuk tak melukis sehingga akhirnya buku lukisan aku tu dah tertimbun disebalik gunung-ganang atas meja aku but still bila aku melukis balik, semuanya okey jer. Wakaka. Ketawa orang berlagak habis..!!


Malam tadi tetiba aku kata pada diri aku yang aku nak melukis. Realitinya bukan malam tadi je. Sepanjang 3 bulan lepas memang banyak kali aku kata benda tu cuma itulah aku letak banyak sangat syarat dan alasan macam aku nak melukis tapi tak ada mood, aku dah ada mood tapi tak tahu nak lukis apa, aku dah tahu nak lukis apa tapi mood tetiba hilang entah ke mana bla bla bla. 

Tapi malam tadi lain sikit keadaannya. Bila aku kata aku nak melukis, aku terus ambik kertas, tajamkan pensel dan melukis. Aku tak fikir apa-apa dan aku terus melukis. Aku tak peduli hasil akhir lukisan tu macam mana jadinya, tak pedulik pada kaedah apa yang aku akan guna, tak peduli pada style yang aku selalu guna selama ni dan dalam tempoh kurang 20 minit, sketch tu pun siap. 



Ada masanya apabila aku tamat melukis aku akan stress apabila hasilnya tak sama seperti mana yang aku nak or ada kecacatan sana ni or sentiasa ada benda yang buat aku tak puas hati. Tapi kali ni tak. Aku rasa sangat lega. Lega macam lepas berak keras dan kau rasa badan kau sangat ringan sehingga mampu terbang ditiup angin. 












Dan aku tak pasti sama ada feel aku ni berlaku kepada aku sahaja atau ia juga kepada orang-orang yang suka melukis yang lain iaitu aku selalu rasa tak percaya yang lukisan tu dihasilkan oleh aku sehingga membuatkan aku totally tergamam  dan jatuh cinta dengan lukisan tu. Wakaka..













Ini ialah sketch tu:




p/s: aku seorang yang pelik.!!!

Thursday, August 28, 2014

Malaysians & Internet

Tadi aku terima satu personal message (PM) kat Facebook. Di atas dasar anti sosial yang aku dah amalkan ni so aku memang jarang terima PM dari sesiapa. Mostly ia adalah jemputan kahwin yang aku tak dapat pergi sebab terlalu jauh, spam sorang minah salleh yang nak berkenalan tapi berakhir dengan banyak virus menyerang komputer kau or message dari orang yang aku kenal yang aku tak dapat nak share sebab ia ialah a part of aku punya phobia. Sejujurnya aku agak takut sikit setiap kali aku tahu ada sesuatu dalam inbox PM aku tu. Hmmmm..

Tadi ada seorang kawan hantar PM kat aku. Ia adalah satu print screen dari smartphone. Memula aku tengok satu gambar yang aku pernah guna untuk satu post kat blog ni ar. Kedian aku tengok post yang dia upload. Then aku search nama page tu dan aku jumpa post tu. Ia baru je diupload 22 jam yang lepas (dari masa aku upload post ni) ada 49 like, 12 share dan 80 komen. Kalau kau kenal aku personally or pernah ikut dan baca blog aku or that post then kau akan perasan betapa lawak ar komen-komen yang diberikan tu. Dalam masa yang sama juga kau pasti akan sedih sebab betapa rakyat Malaysia sangat mudah melatah, sangat malas nak buat reseach (sedangkan terpampang dengan jelas link page aku kat gambar tu kot), mulut jahat, otak kotor plus ada anak polis sendiri yang bagi komen yang sekaligus membuktikan 'perangai' sebenar mereka sehingga 'disukai' ramai. Hmmmm..






Kat bawah ni ialah gambar print screen tu dan bawahnya pulak ialah link post yang diaorang ambik gambar tu. 






So sila pergi ke page mereka KAMI TABIK PDRM dan baca komen aku. 














Btw username Facebook aku ialah Nazir Abdullah. Hmmmm













LOL

Friday, May 23, 2014

H'29'B N'DD'YNLYL

Ada masanya kita kena lepaskan apa yang kita patut lepaskan pada masa yang sepatutnya kita lepaskan. Hmmmm..

Friday, March 7, 2014

Penonton TV Yang Tipikal

Korang pasti pernah dengar masa dulu-dulu kalau pelakon bawa watak jahat ni masa diaorang tengah jalani kehidupan normal kat luar then akan ada orang yang marah-marah, ludah, tumbuk, sepak terajang or paling dasyat: bagi nasihat supaya insaf. Menunjukan betapa dasyatnya lakonan watak jahat mereka yang sangat hidup. Then korang tengok drama or filem yang dimaksudkan tu dan akhirnya korang tak faham part mana yang hebat sangat tu. But still walaupun masa dah lama berubah, penonton berperangai sama masih wujud lagi hari ni. Hmmmm..


Tamat Jumaat tadi aku lepak kat rumah mak cik aku. Kebetulan kat TV3 ada Cerekarama. Cerita tu aku kelaskan sebagai cerita tipikal drama Melayu yang korang akan tahu apa akan berlaku seterusnya. Tipikal tahap macam mana? Perempuan Melayu yang miskin duduk kat kampung jatuh cinta dengan anak orang kaya tapi emak dia tak setuju but still diaorang kahwin gak. Kedian emak mertua yang jahat upah bekas awek si suami suruh ngurat si lelaki tu balik dan plan berjaya. Kedian emak mertua kemalangan, mata buta then doktor kata perlukan pembedahan dan cuba teka siapa yang sanggup korbankan mata tu? Siapa lagi kalau tak si menantu yang baik hati kononnya tu. LOL..!!


Tapi masalahnya reaksi mak cik-mak cik aku tengok drama tu seolah-olah itu ialah satu-satunya drama yang wujud di Malaysia dengan jalan cerita serupa. Dengan sumpah seranah pada kejahatan mak mertua dan kebodohan suami, then suruh si suami jangan terpedaya dengan pujuk rayu si bekas awek ar plus suruh si gadis naive tu jangna jadi baik sangat plus cakap padan muka pada emak mertua sebab buta etc. Seolah-olahnya kalau mak cik aku tu kata benda tu then jalan cerita tu akan berubah. Macam mode budak kecik tengok cerita Dora yang minta tolong kat kita suruh tentukan apa mereka perlu buat jer. 


Setiap kali adegan tu berlaku then aku akan tenangkan mak cik-mak cik aku dan kata "Sabar, mak cik. Diaorang tu berlakon jer. Dah pengarah suruh buat then diaorang buat ar.."


Dan diaorang akan ketawa dan kata diaorang tahu cuma terbawak-bawak je. Kemudian dia akan kata itulah suka sangat bawak watak jahat. Suka sangat nak kena sumpah seranah dek penonton. Last-last jadi macam arwah (tak nak sebut nama sebab dia dah meninggal). Selalu sangat berlakon watak jahat. Nanti mati kena makan sumpah.


Waktu tu otak aku akan terfikir betapa doa penonton Cerekarama di Malaysia sangat-sangat makbul. Jauh lebih makbul berbanding doa-doa orang di Palestin yang teraniyaya tu semua. Hmmm..













Teringat masa kegemilangan cerita Nur Kasih dulu. Semua puji Tiz Zaqyah tapi bila tengok dia dalam kehidupan sebenar then ramai penonton yang marah sebab watak dan diri sendiri tu bertentangan jauh. Duh, betapa rakyat kita ni memang tak tahu kerja pelakon ke? Hmmm

Monday, January 27, 2014

Petua Menjadi Lelaki Gemuk

Menjadi seorang manusia berfizikal ideal ialah cogankata utama produk-produk yang ada di pasaran hari ni. 
Seseorang tu harus kulit putih, rambut lurus, muka licin, perempuan ngan badan ramping dan lelaki pulak mesti six pack. Menjadikan mereka-mereka yang tak ada ciri-ciri tu jadi tak tentu arah dan akan buat apa sahaja asalkan dapat bentuk manusia ideal tu. Ada yang telan ubat itu ini, sapu krim itu ini, pergi gym, habis duit beratus ribu operate itu ini, cucuk itu ni bla bla bla. Jangan sampai jadi macam Korea Selatan ar apabila cantik tu dah ada patern tersendiri: mata besar, hidung mancung, rahang tirus etc sehingga menjadikan semua orang cantik tapi tampak sama. Sebabnya? Kita tak ajar benda yang sepatutnya: Sayang diri sendiri seadanya. Hmmmm..


2 tahun lepas berat aku sekitar 60 kg. Sekarang berat aku sekitar 90 kg. 2 tahun lepas aku dengan selesa pakai baju saiz S dan sekarang aku agak sendat dan ketat pakai baju saiz L. Jobless untuk tempoh tu menjadikan aku hanya makan dan makan jer sepanjang masa (sebab setiap kali aku kerja: selain kerja government then berat aku akan kurun 20 kg dalam sekitar 3 bulan. Sebab purata aku tahan satu-satu kerja ialah 3 bulan jer). Orang sekitar yang jarang tengok aku pasti akan terkejut dan kata aku gemuk habis. Aku pulak rasakan yang aku belum cukup gemuk lagi. Aku kena tambah 10 kg sehingga berat aku jadi 100 kg then baru aku kelaskan diri aku gemuk. Then kalau korang nak cadangkan aku guna produk itu ini then percayalah yang aku akan tolak penuh berbudi bahasa. Sebab there nothing wrong by being gemuk.



...


Aku agak berbeza berbanding dengan adik beradik yang lain. Abang-abang dan kakak aku macam muka emak aku manakala emak dan bapak aku pulak muka memang macam-macam sama jer. Aku pulak lain. Itupun bukan aku yang kata tapi orang-orang disekitar yang confirmkan. Aku pernah berkerja dengan kakak aku dan abang aku pernah mengajar sekejap kat sekolah aku dan kalau tak ada sesiapa yang bagitahu then tak akan ada sesiapa yang tahu kami adik beradik. Even kami family pernah keluar dinner dengan sorang saudara yang jarang jumpa dan sepanjang sesi makan tu dia fikir yang aku ialah kawan kepada abang aku je sehingga emak aku bagitahu hal sebenarnya. Selain tu kulit aku lebih gelap dan saiz badan aku tak besar berbanding keseluruhan keluarga. Menjadikan keadaan lebih berbeza ialah bila aku satu-satunya dalam keluarga yan ada Psoriasis.

Menjadi satu-satunya entiti yang berbeza dalam satu kelompok menjadikan kita rasa cukup terasing. Disebabkan aku (dan kita semua) tak diajar untuk menerima dan meraikan kepelbezaan jadi aku pernah sedaya upaya untuk jadi macam mereka. Especially pada usia remaja, ketika semua orang nak berada dalam kumpulan yang sama macam mereka dan aku pulak satu-satunya yang berbeza then it suck laa. Ingat aku lagi pada sorang classmate ni anak angkat. Dia ni aku rasa asalnya bangsa India ar (sah-sah kot) dan diangkat family Melayu dan aku pernah tengok dia satu Fair & Lovely banyak-banyak kat muka, tangan sebab nak nampak sama macam family dia. Walaupun kulit aku tak sehitam dia tapi aku pun gunakan teknik yang serupa atas alasan nak nampak sama. Hmmm..









Aku tak tahu kenapa tak ada sesiapa yang nak ajar kita semua agar menerima dan meraikan kepelbezaan. Michael Jackson sampai bedah kulit sebab malu jadi orang kulit hitam. Tengok iklan shampoo bila rambut gugur lalu hilang keyakinan diri. Kemudian dekat magazine keluar statement suami kutuk sebab saya gemuk. Semua orang tergila-gilakan saya sebab saya dah kurud. Oooh shut up. Mengarut dan tak memberi nilai yang positif langsung. Kemudian iklan, filem, drama, majalah semuannya putih, kurus dan lelaki lak asyik-asyik nak bukak baju tayangkan six pack je. 







Petua menjadi seorang yang gemuk, terlebih kurus, muka berjerawat, kepala botak, payudara besar sebelah (hmmm) atau apa-apa yang orang lain kata sebagai berbeza atau abnormal atau weirdo or apa-apa ayat yang tak best untuk didengar then tipsnya ialah satu je: sayangi diri sendiri. Then korang akan kata klisenya. Untuk mereka-mereka yang keluarkan statement tu then korang setakat cakap benda tu kat mulut je. Korang tak masukkannya ke dalam hati lagi. Bila ia dah menyerap dalam diri kau then setiap apa yang kau tengok akan jadi sangat berbeza. Seolah-olah kau berada disebuah tempat baru yang indah-indah jer. Malah kau akan confident dengan ciri-ciri kepelbezaan kau tu. Plus kata-kata yang menyakitkan sebelum ni hanya akan muncul macam angin yang menyapa telinga kau je. Ia tak akan berjaya masuk sikit jer. Even kau akan bersimpati pada mereka-mereka yang telah jadi mangsa produk sebab nak jadi kurus dan cantik tu pulak.






Kalau kau gemuk percayalah yang menjadi gemuk tu tak salah sikitpun. Kesalahannya ialah bila kau tak sayang diri kau hanya sebab kau gemuk. Lebih suck bila ada pasangan yang tak dapat nak terima pasangan mereka seadanya. Ada isteri yang nak suami six pack ar, ada suami yang nak isteri nampak cantik memanjang ar. Hey, kalau kau nak dia berubah then kenapa nak kawen dia awal-awal. Nanti kalau dia dah six pack dan terlebih cantik then dia cari yang lain baru padan muka. Wakaka










Dan untuk mereka yang kurus yang kata ia cukup menyedihkan bila tengok orang gemuk yang melahap makanan macam babi setahun tak kasi makan dan kediam menanggis depan cermin salahkan diri sendiri then percayalah yang ia lebih menyedihkan bila tengok orang kurus yang sanggup buat apa sahaja: tak makan or kalau makan then muntah balik, bersenam sepanjang masa, operate nak buang lemak etc semata-mata sebab takut jadi gemuk. Hmmm..

Tuesday, January 21, 2014

Lelaki Yang Terlebih Bijak

Aku ada seorang jiran yang among tetangga cukup dikenali sebagai 'terlebih bijak'. Biasanya orang suruh berfikir di luar kotak tapi dia pula mampu berfikir terlalu jauh dari kotak. Dia seorang yang ramah dan ringan mulut so dia selalu je tak kedekut untuk berkongsi ideanya yang 'terlebih bijak' tu. (p/s: aku bukan nak making fun of him tapi it a fun story to share laa). Dipendekkan cerita hari ni tadi dia lepak-lepak kat rumah dan borak-borak ngan parents aku. Aku lak just pasang telinga dari dalam bilik ar. So cakap punya cakap then emak aku keluarkan topik tikus yang sangat banyak kat rumah. Hampir setiap hari pasti ada je tikus yang masuk perangkap. Maka disitulah dia start bagi idea bernasnya.


Dia bagitahu yang dia ada buat kajian sendiri dan dapat tahu yang tikus ni rupa-rupanya sangat suka makan makanan kucing. Jadi apa yang dia buat ialah dia tabur makanan kucing di sekeliling rumah. Katanya: bila makanan dah ada di luar rumah so tikus tak akan masuk rumah lagi. Maka selesailah masalah tikus bermaharaja lela di rumah. Malah membuktikan dia sangat komited dengan projeknya tu dalam setiap bulan dia berbelanja banyak untuk beli makanan kucing dalam karung besar. 

Korang faham apa yang sedang dia maksudkan kan? Dia bukannya letak makanan kucing keliling rumah supaya tikus jadi takut sebab kucing dah jaga sekeliling rumah sebaliknya dia beli makanan kucing banyak banyak dan letakkanya di sekeliling rumah supaya tikus tak akan masuk rumah lagi sebab di luar dah ada banyak makanan yang diaorang suka..








Waktu tu aku dah memang tak tahan ar. Aku memang nak ketawa besar tapi nanti parents aku kata aku kurang hajar lak. So aku diam je ar ketawa dalam hati. Idea dia memang tersangat tak tercapai dek akal manusia yang biasa-biasa. Dia memang tahap genius habis ar. 
















Bila fikir-fikir balik, orang macam dialah yang perlu kita bawa ke tengah untuk jadi pemimpin negara. Sebab kita tak cukup Ibrahim Ali dan Bung Mokhtar serta menteri-menteri lain yang boleh keluarkan idea 'terlebih bijak' untuk mewarnai alam Maharaja Lawak's Malaysian Leaders Edition. Tak kering gusi waa cakap sama luu..