Showing posts with label Hantu. Show all posts
Showing posts with label Hantu. Show all posts

Saturday, September 2, 2017

Hanya Apabila Aku Bersendiri

Rumah ialah zon selamat bagi hampir semua orang. Sebab di dalamnya ada emak, ayah, adik beradik, suami, isteri, anak-anak etc yang penuh gelak ketawa, seribu satu drama atau paling tidakpun dengan hanya kewujudan mereka mampu membuatkan kita rasa 'hangat' dan selamat. Sehingga apabila mereka semua keluar dan hanya kau seorang diri di sana, barulah ia jadi benar-benar berbeza. Rasa selamat tu dah tak wujud lagi. Dan lebih freak setiap kali apabila kau bersendiri di rumah, kau dapat rasakan yang kau tak pernah benar-benar bersendiri.. 


Aku tak tahu kenapa tapi aku cukup yakin yang ia tak hanya berlaku pada aku je. Memang hampir setiap kali aku seorang diri di rumah, ada je incident sedikit paranormal berlaku. Kalau kau jenis follow post-post aku sebelum ni, aku pernah cerita kes aku sorang diri kat bilik dalam kolej kediaman, siang-siang hari tengah duduk kat meja study dan tiba-tiba ada suara panggil nama aku dari belakang dan tiba-tiba gak beg kecik kat rak atas meja study tu pun boleh melompat jauh atas aku. Or almari dalam bilik aku yang cerminnya sentiasa terconteng dengan bentuk tangan budak kecik yang mula-mula aku fikir ia angkara anak-anak buah aku sehingga suatu hari, selepas aku bersihkan cermin tu dan duduk baca buku sorang diri dalam bilik dan selepas beberapa minit aku toleh: yap, bentuk tangan budak tu boleh muncul sendiri.


Atau perkara biasa berlaku setiap kali aku sorang diri di rumah malam-malam. Waktu tu ar mulai dengar bunyi pintu di ketuk, bunyi kerusi kat dapur di tolak, bunyi barang-barang jatuh (secara logiknya mungkin sebab tikus) tapi bila check tak ada apa-apa pun kat lantai yang jatuh. 






Dan beberapa malam yang lepas, aku sorang diri di rumah, aku tengok cermin muka dalam bilik dan refleksinya aku dalam lihat pintu bilik aku yang membawa kepada ruang tengah rumah (yang gelap sebab lampu semua dah tutup dan yang ada cuma cahaya-cahaya samar dari lampu kecik yang orang selalu guna untuk bilik tidur tu). Mula-mula aku just tengok muka aku je ar dan kemudian sepintas lalu aku toleh ruang tengah dari refleksi cermin dan aku nampak figura sorang budak berbaju tidur putih lengan panjang dengan design kartoon kat depan. So aku terus toleh kat pintu. Tak ada apa-apa kat situ termasuk apa-apa pakaian warna putih. 






Cumanya apa yang berlaku atau bunyi yang aku dengar setiap kali tu tak ar buat aku benar-benar takut. Aku just buat layan tak layan je. Mungkin ia sekadar imaginasi aku je. Lagipun aku seorang penakut yang kuat berimaginasi makanya dalam keadaan sunyi dan setiap bunyi yang kedengaran atau setiap bayang-bayang yang terbentuk dalam gelap akan membentuk imej yang pelik dalam otak aku, Sedangkan realitinya ia tak ada apa-apa pun.


Lagipun aku pernah melalui beberapa episode paranormal yang betul-betul. Dan apabila 'ia' benar-benar ada then persekitaran akan jadi sejuk yang berbeza. 







So untuk yang berseorangan malam ni, selamat berjaya mengharungi malam-malam anda. 

Monday, March 6, 2017

UKM & Hantu

Post Haunted UKM yang aku upload 5 tahun lepas ialah antara post yang menerima paling banyak view permingguan, bulanan & tahunan selain post cara buat ice cream potong & post lelaki gay Melayu (Hmmm..) Even aku masih lagi menerima komen demi komen suruh aku cerita lebih lanjut tentang kes-kes hantu kat UKM (especially tentang perigi misteri tu). Namun disebabkan aku ada masalah ingatan yang agak menyedihkan ditambah pula aku graduated tahun 2008 (sembilan tahun dah berlalu) so apa yang aku ceritakan mungkin dah tak valid lagi kot. Mungkin tempat yang aku cerita kelak dah tak wujud lagi or hantu yang aku maksudkan tu dah graduated dan dah berpindah ke tempat lain. Hahaha.. Lawak sangat hambar.


(imej yang digunakan soo academic laa kan?)


Aku duduk kat Kolej Ungku Omar. Kolej Ungku Omar ialah kolej yang agak kecil tapi berada kira-kira di tengah-tengah UKM so it mostly ialah laluan wajib keluar masuk setiap kereta so ia jarang sunyi menjadikan ia tak seberapa ‘panas’. Makanya selain dari serangan monyet (or jumpa family babi hutan) yang suka curi seluar dalam budak perempuan then mostly tak ada sangat paranormal things happen there. Even rasanya sepanjang 3 tahun aku di UKM, satu kes je yang aku dengar berlaku kat Kolej Ungku Omar tu apabila sorang mamat Cina ni tetiba naik meroyan dan cakap pelik-pelik. Perkara tu pun aku hanya dapat tahu setahun selepas ia berlaku apabila coursemate aku kebetulan duduk bilik tu dan dia cerita pada aku. Apabila aku masuk bilik tu, dindingnya satu bahagian tu kotor (ada yang kata ia kesan darah kering) dan terconteng tulisan pelik-pelik. Urban legendnya kata bilik tu memang dah ‘keras’ dan mamat Cina tu pula tanpa tahu dah terbuat sesuatu yang menimbulkan kemarahan ‘sesuatu’ dalam bilik tu. Kalau korang nak buat rombongan paranormal then korang tak akan dapat nampak apa-apa bukti kesan contengan tu lagi ar sebab pada pertengahan 2007 pihak kolej buat full renovation. Apa yang pasti ia ialah blok lelaki berhadapankan gelanggang, tingkat 3, bilik nombor 3 or 5 tak pasti. Hmmm..

Secara personal pulak, beberapa insident berlaku. Dan ia berlaku hanya pada tahun ketiga dan berlaku pada satu bilik aku duduk ni (hmmm). 1. Apabila aku seorang diri dalam bilik dan tiba-tiba ada suara yang cukup jelas memanggil nama aku cukup dekat dari belakang. 2. Sekali lagi apabila aku seorang diri dalam bilik dan tiba-tiba beg kecil yang aku letak jauh di dalam cabinet atas meja belajar aku (juga di atas aku) tiba-tiba melompat jauh ke belakang aku. 3. Satu pagi (sekitar 2-4am) dalam keadaan separa gelap, jiran sebelah bilik tengok aku berdiri tegak tengok pintu bilik tak buat apa-apa dan dia tegur tapi dia kata aku tak bagi apa-apa respond. Apabila dia nak masuk bilik dia, dia toleh sekali lagi dan ‘aku’ tu dah hilang. The great part dia kata ‘aku’ yang dia nampak tu hitam legam semacam je. Kesimpulannya, Kolej Ungku Omar agak membosankan untuk pencinta alam paranormal. Hmmm..


Kolej-kolej kediaman lain memang ada banyak kes ar. Kolej Keris Mas & Za’aba memang sentiasa aktif ar. Just google then korang passti akan jumpa cerita pengalaman bebudak tentang hantu 2 kolej kediaman tu. Tahun aku, ada kes orang pelajar perempuan terjun bangunan kat Zaaba dengan cerita melibatkan kes paranormal tapi tak ada yang benar-benar tahu apa yang berlaku. Tahun aku jugak, kat kolej Ibrahim Yaakub, kawan kepada kawan rapat aku jumpa Pontianak masa dia tengah nak ke tandas. FYI Kolej Ibrahim Yaakub memang port pontianak untuk berzaman gak ar. Tangga dari FSSK ke Ibu Zain memang ramai sangat yang dah bernasib baik jumpa ‘perempuan’ rambut panjang yang menunggu tengah-tengah perjalanan. Kolej-kolej kediaman lain pula sekadar suam-suam kuku macam Kolej Ungku Omar gak ar.


Fakulti paling horror? Of coz laa Fakulti undang-Undang dan kejuruteraan ar. Kesnya aku tak tahu. Tapi kalau kau pergi ke Fakulti Undang-Undang sorang diri lewat petang then kau akan tahu kenapa ar. Dengan kawasan jauh tersembunyi dari dunia luar, kiri kanan hutan, manusia tak ramai, sunyi etc.


Spot-spot lain yang panas kat UKM? Firstly: DECTAR/Panggung Seni. Aku ambik subjek teater untuk kokurikulum tahun 1 aku dulu. Kalau ada perjumpaan or latihan garenti balik 12pm sampai 1 pagi lebih ar. So Decktar memang terkenal as tempat permainan hantu jembalang ar. Aku tak ingat kenapa tapi aku punya curiosity yang agak tinggi waktu tu. Aku boleh je jalan sorang-sorang melalui lorong yang berselirat, naik tangga, turun tangga (honestly Dectar punya lorang yang boleh menyesatkan), gelap-gelap guna lampu skrin handphone era tu (smartphone belum wujud lagi yaa) dengan cahaya suram, banyak kali sesat (tempat tu besar kot), ulang balik dan thanks god, nothing happens. Sedangkan kekawan teater lain ada je kes. Nampak bola-bola api ar, dengar orang main kompang tapi of coz bilik tu x da manusia, nampak 'orang'  muka macam sama kawan teater, bila ditegur tak jawab tapi bila toleh dah hilang etc. Cerita dari guard pulak biasanya tengok budak main-main lewat malam sorang diri. Even ada satu urban legend ni kata ada sorang guard baru ni masuk Dectar dan jumpa sorang budak nanggis sorang diri lewat malam dan bila ditanya then dia kata dia hilang emak dia dan guard tu dengan lurusnya percaya dan cari si emak. Tak logic ar kan? Hmmm..

Secondly: Masjid UKM. What masjid pun ada hantu? Mungkin ia jin Islam ke apa ke tak tahu ar tapi geng kaki masjid pernah jumpa or terkena. Aku pernah borak-borak ngan sorang pak cik teksi ni dan dia bagitahu yang banyak kes berdarah berlaku kat masjid tu tapi hanya management UKM je tahu. Tak nak heboh kat orang luar so may be itu punca hantu tu ada kot.


Selain tu? Tun Sri Lanang (hantu ilmiah jenis suka lepak dalam library universiti), Kompleks kat hutan belakang kolej Aminuddin Baki dan selebihnya bebudak UKM sendiri yang perangai macam hantu beromen sama sini pagi-pagi hari kat tempat tersembunyi. Hmmm..








So, yang request dah puas? Kalau belum, korang gi google 'Hantu UKM' then garenti banyak blog or forum yang keluar or paling tak pun kau pergi apply jadi pelajar or pekerja kat UKM terus untuk ambik feel sebenar. Tamat

Saturday, December 24, 2016

Gadis Kecil Tepi Jendela

Kalau baca tajuk post pasti ada terfikir ‘Hey, post ni tentang drama radio RTM zaman awal 90-an ke?’ Naa. Tolak markah. Langsung tak ada kaitan. Hahaha.


Semuanya bermula apabila aku makin gemok dan bila doctor check yang kadar kolestrol dan tekanan darah aku agak tinggi untuk lelaki muda (muda ke) seusia aku. Walaupun realitinya ramai orang yang aku kenal yang dah telan ubat kencing manis, darah tinggi secara berkala sejak dari 10 tahun lepas lagi. So doctor sarankan aku untuk jogging or paling bagus untuk berjalan laju 40 minit sehari. So untuk beberapa bulan kebelakangan ni aku dah start buat rutin dalam seminggu ada ar 3-4 hari berjalan laju or bahasa bebudak wechat as jogging kononnya keliling kampung berjarak masa 30 minit pergi balik. Dan disebabkan aku ada social anxiety yang ada masanya agak merungsingkan so aku pilih masa paling selamat untuk tak terserempak dengan mana-mana manusia iaitu awal pagi selepas waktu subuh sekitar 5.30 macam tu.

Permasalahan awal-awal dulu ialah anjing. Walaupun kampung aku 98% Melayu tapi anjing peliharaan non-Malay yang membiak dan membiak sehingga membentuk kumpulan-kumpulan anjing liar agak bermaharajalela gak ar. Kalau naik basikal memang garenti semput kena kepung ar. At least bila jalan kaki diaorang just menyalak beramai-ramai dalam jarak dekat ar. Menakutkan awal-awal dulu tapi sekarang aku dah jumpa trick and hint bila berjumpa anjing ar. The great part tentang anjing ialah mereka ni tak macam kucing yang main hendap-hendap then terus serang so mereka kalau terkejut or takut baru ar mereka GONG-GONG-GONG. Plus jangan lari sebab mereka akan kejar. Buat donno dan hush kan je diaorang then mereka akan boring dan bila hari-hari dah jumpa kau then mereka dah tak ambik port lagi dah (melainkan kalau mereka ada anak kecik then mereka akan jadi extra garang tanpa henti).

Beberapa bulan berlalu then aku dapat rasa perbezaannya. Berat badan aku tak turun ar malah makin naik sebab bila selera makan makin bertambah bila keletihan. Tapi benda yang aku tak boleh makan dalam kuantiti banyak sebelum ni such as ayam panggang, telur or makanan orang kahwin sebab boleh buat pening satu haru then aku dah boleh  mencekik sepuas hati tanpa apa-apa effect pada kepala hotak aku. Cumanya part tekanan darah tu susah gak ar nak turun. Hmmm..



Then korang tanya ‘So apa kaitan semua ni dengan drama radio RTM zaman awal 90-an tu tadi?’


That the paranormal partnya. Semuanya okey-okey je selama ni sehingga minggu ni tadi. Pagi Isnin lepas, entah kenapa mata aku pandai meliar pulak. FYI, aku seorang lelaki yang agak penakut but at the same time aku suka cabar diri aku buat benda yang aku takut tu. So mata aku tertenggok ar satu bintang ni kat atas bukit depan aku tu. Memang tak ada bintang-bintang lain ar malam tu. Mula-mula ia static tapi tiba-tiba bintang tu bergerak dalam formasi yang tak terkawal macam lalat dan suddenly out of nowhere ia hilang. Aku tak nak fikir pelik-pelik then aku bergerak makin laju walaupun bukit tu memang dah ada sejarah ‘spooky’nya yang tersendiri sebelum ni.

Kemudian pada hari Khamisnya pula another ‘thing’ happen. Tengah aku mengelamun jauh dalam kesejukkan dan kesunyian pagi sambil kaki aku berjalan laju tiba-tiba ada suara budak kecik menegur aku. Memang terkejut aku ar. Aku toleh pada suara tu, tengok ada silhouette sorang budak perempuan dari jendela yang terbuka. Aku tau pemilik rumah tu. Ia milik pasangan yang kiranya dalam list tertua gak ar kat kampung but still kesihatan mereka masih lagi tip-top. So seperti biasa mulut aku berfungsi lebih cepat dari otak so aku berbalas jawab ngan budak tu then blah.

Then aku terfikir, selalunya couple tu just tinggal berdua je. Anak-anak dah besar dan ada rumah sendiri kat bandar. Mungkin sekarang ni cuti sekolah so mungkin anak cucu mereka bermalam kat situ kot (walaupun aku tak nampak mana-mana kenderaan kat rumah tu pagi tu) still aku positifkan diri tak fikir pelik-pelik. Walaupun realitinya memang pelik pun untuk seorang budak kecik umur 4-6 tahun bangun seawal tu, buka tingkap dan menegur stranger yang dia nampak dalam gelap awal-awal pagi. But still ia tak semustahil manapun dalam masa yang sama.

Cumanya apa yang dia kata pagi tu agak creepy bila aku fikir-fikir balik. Dia kata:

“Kitak nak ke seney? Kitak mok ke kedey kah? Iboh jalan laju gilak. Kamek mok ikot..”
(terjemahan Bahasa Melayunya agak kurang creepy)
“Awak nak ke mana? Awak nak ke kedai ke? Jangan ar jalan laju sangat. Saya nak ikut.”






Then otak aku terfikir, kalau buat drama 1 episode or cerpen horror then pasti best kan? Narratornya lelaki yang jogging tu. Mamat tu pun macam kes aku yang obess, social anxiety so jogging awal pagi masa hari masih gelap untuk elak jumpa mana-mana manusia. Semuanya okey sehingga pada satu hari ni dia ditegur sorang gadis kecil di jendela sebuah rumah using ni. Dan kemudian hampir setiap pagi dia jumpa budak tu dan ada masanya dia berhenti, berborak singkat dan berjenaka ngan budak tu. Dan entah kenapa dia tak fikir apa-apa yang pelikpun. Sehingga pada part epilogue dari sudut pandangan ketiga.

Seorang perempuan tua muncul belakang gadis kecil tu tanya ‘Adik cakap ngan siapa tu?’. ‘Tu haa, ngan kawan adik’ Cucunya melambai-lambai ke luar tingkap. Diperhatikan ke luar dan dia tak nampak sesiapa. Hatinya berdebar kencang. Terus dia teringat kes seorang lelaki berjogging pada pagi hari yang dilanggar oleh kereta yang dibawa oleh pemandu mabuk beberapa minggu lepas. Dan ia berlaku kat jalan besar depan rumah tu. Tamat.


Friday, May 27, 2016

Hospital & Hantu

Hospital ialah antara tempat-tempat dalam checklist tertinggi yang cukup terkenal dengan kes paranormalnya. Sebab kat situ banyak berlaku pendarahan sama ada melalui kelahiran, kemalangan, pembedahan or paling koman kematian. Lokasi paling femes pula ialah rumah mayat. Even bak kata orang may be setiap baju or katil kat hospital tu mungkin pernah dipakai oleh orang yang dah mati. So tak hairanlah kalau kita biasa dengar kes-kes orang dengar or jumpa budak kecil main sorang diri seawal jam 2-3 pagi, bunyi orang mandi kat toilet lewat malam tapi bila check kosong or jumpa minah tipikal berbaju putih dengan rambut panjang lurus mengurai dalam lift bla-bla-bla.


Bapak aku masuk emergency Jumaat lepas dan esoknya sehingga lima hari lepas tu ditahan diwad disebabkan kurang garam dan gula dalam darah. Benda pertama yang bermain dalam kepala hotak aku masa tu ialah: Aku nak tidur malam kat hospital. Mungkin atas faktor ubat buat aku jadi hypomanic or it is naturally aku tapi sejujurnya aku memang teruja gila bila dapat peluang keemasan tu. Feelnya macam kau diberi peluang oleh Doraemon untuk masuk dan hidup dalam mana-mana filem yang kau suka dan kau pilih Ju-On. Oh wait, no one survived dalam filem tu. Hmmm.. 

Realitinya kalau kau kenal aku then kau tahu yang aku ialah seorang penakut. Kalau aku layan filem ganas or seram yang aku download then it either aku selalu pause sehingga aku dapatkan balik keberanian aku, aku skip certain part or aku berhenti dan terus tak tengok cerita tu lagi. Tapi ada masanya aku buat sesuatu tanpa aku sedar yang aku sebenarnya takut benda tu. Teringat zamanbelajar UKM dulu, kalau mata tak dapat nak tidur then pagi-pagi jalan sorang diri pergi masuk fakulti itu ini, jalan sana sini sehingga kalau jumpa guard meronda naik motorsikal then bila dia toleh aku then dia akan terus pecut laju. It either dia fikir aku hantu or dia nampak aku bersama hantu. Hmmmm...



Sewaktu kat emergency, malamnya kakak dan abang aku jaga, malam kedua kakak aku jaga dan malam ketiga pula giliran aku. Damn, aku gila teruja. Tengah malam tu bila bapak aku dah lena then aku turun tangga dari tingkat 8, jalan kat bahagian luar bawah, duduk beberapa tempat untuk seketika, naik lift dan balik semula ke katil bapak aku. Pukul 4 macam tu aku turun sekali lagi. Kau nak tahu apa berlaku? OMFG ia sangat membosankan. Hampir setiap tempat ada je orang. Tak ada peluang untuk aku feel seram sejuk. Hospital Umum Sarawak dah terlampau padat ar. 

Malam esoknya pula bapak aku demam panas seabb infeksi kuman so aku memang tak dapat pergi mana-mana. Malam seterusnya pula aku terlebih nyenyak. Esoknya bapak aku discharged.











Kesimpulannya: aku sentiasa kurang bernasib baik dalam hampir setiap perkara termauk part paranormal. Hmmmm

Sunday, August 2, 2015

Aku Hidup Dalam Cerita Hantu

Malam tadi tengok cerita awal 80-an tajuk Rahsia lakonan Noorkumalasari dan arwah Syukry Hashim. Ingat dulu-dulu masa tengok cerita tu kat TV bukan main takut tak senang duduk langsung. Sekarang bila tengok asyik nak ketawa tanpa henti pulak. Tukar topik sekejap: last week aku terbaca kat satu site (yang aku tak ingat namanya) ni tentang perkara yang kita perlu belajar dari filem seram. Tukar topik sekali lagi: Deadpool ialah character komik yang tahu dia berada dalam komik. So imagine kalau kita tahu yang kita berada dalam filem seram (dan of coz kita pernah banyak kali tengok filem seram) so apa langkah bijak yang kita akan lakukan untuk menggelakkan diri kita terkorban.


1. Rumah Berhantu
It either kereta kau dan kekawan yang nak pergi melancong tiba-tiba rosak, or kau camping dan kemudian sesat dalam hutan tengah-tengah malam or parents kau beli rumah yang jauh dari penempatan manusia lain, kiri kanannya hutan, rumah tu pulak besar gila, cat warna putih yang dah usang siap dengan kulapok lagi. First rule yang boleh menyebabkan kau hidup sampai ke anak cucu ialah JANGAN MASUK..!! Tunggu dalam kereta sampai ada kereta lain lalu, merayu parents kau pindah ke rumah lain, kalau diaorang tak nak then kau je yang pindah ke rumah opah kau etc. Kebarangkalian rumah yang sah-sah nampak berhantu akan punya hantu dalam filem hantu ialah 100% dan hantu dalam filem hantu sangatlah merbahaya berbanding hantu dalam kehidupan sebenar. 


2. Barangan Berhantu
Kalau kau dah memang tak ada pilihan selain masuk rumah tu gak then second rulenya ialah: JANGAN KACAU BARANG PELIK-PELIK..!! Kau jumpa anak patung kat rumah yang dah lama ditinggalkan or cermin dengan ukiran tepi design makhluk unik or botol yang nampak pelik yang diikat dengan kain banyak warna or pita video yang tak ada tajuk or bilik yang terkunci yang sah-sah tertulis kat luar: AMARAN: DILARANG MASUK yang siap ditulis dengan darah lagi. Jangan sesekali masuk bilik tu, jangan peluk dan cium patung tu, jangan bukak penutup botol tu, jangan tengok video tu (kalau dah tengok then duplicate dan sila sebarkan kat orang lain secepat mungkin) dan jangan duduk tengah-tengah malam depan cermin, sikat rambut dengan lilin di sebelah. Manusia tangan gatal macam tu biasanya akan jadi orang pertama yang mati. Hmmm..


3. Budak Kecik.
Kalau korang bersama budak kecik then PERCAYA SETIAP APA YANG DIA KATA..!! In film, kids always can see ghost dan entah kenapa tak ada sesiapa yang percaya pada kata-kata mereka (walaupun in realiti bebudak suka buat-buat cerita untuk tarik perhatian orang dewasa). Lagipun kalau dalam cerita, budak kecik either paling akhir mati or diaorang survive. Yap, most adult akan mati dalam filem hantu. So percaya kata anak or adik korang kalau korang nak hidup lama (tapi dalam cerita je ar). 


4. Kawan Gila-Gila
Entah kenapa dalam cerita hantu remaja then pasti akan ada sorang mamat yang hyperactive dan perangai gila-gila, sorang girl yang feeling Paris Hilton, sorang nerd yang penakut dan kebetulan berminat tentang informasi paranormal dan sorang lelaki, sorang perempuan normal yang mostly akan jadi hero heroin dalam cerita. Sedang dalam realiti mereka-mereka tu tak mungkin sefahaman dan boleh jadi kawan. Biasanya hanya yang normal sahaja akan paling bertaha dan selamat. So be normal.


5. Jepun
Jangan pergi Jepun. Hantu Jepun ialah hantu yang paling kejam dan tak berperikemanusian (hmmm). Sebabnya kalau dalam cerita hantu orang puteh then masih ada lagi hero heroin yang terselamat. Tapi dalam cerita Jepun, tak kira betapa penting watak kau sekalipun or tak kira sekacak mana or sejelita mana kau then cukup pasti semua akan terbunuh. Kalau kau pindah Jepun then jangan beli rumah yang harga murah tak tentu pasal or at least buat kaji selidik dulu tentang rumah tu or jangan merajinkan diri jadi sukarelawan yang nak membantu orang tua kat rumah sembarangan melainkan kau berada dalam Scary Movie 4. 


6. The Dont Do List Thing
Jangan mulut cabul, jangan jadi terlalu berani, jangan terlalu nak tahu sangat (selain kucing, curiosity juga membunuh manusia), jangan berpecah dari kumpulan korang, kalau ada bunyi pelik then jangan bodoh nak pergi tempat tu, jangan berada dalam tempat gelap (agaknya semua lampu dalam cerita hantu rosak kot?), jangan mandi sorang diri especially dalam pool lama-lama, jangan ambik apa-apa dari orang mati, kalau kau perempuan then jangan pakai high heels sebab susah nak lari, kalau kunci pintu pastikan ia betul-betul berkunci (wait, macam ar hantu tak dapat tempus dinding), jangan terlampau rajin nak jengguk bawah katil, kalau kau nak guna kereta pastikan kau check seat belakang, mostly sentiasa ada hantu kat situ. Hmmm


7. Watak Sampingan.
Buat research, tengok cerita hantu banyak kali then tak ada watak sampingan yang akan hidup lama. So be hero or heroin of that film. Sama gak dalam realiti, jangan jadi watak sampingan dalam cerita hidup kita sendiri.




















Selamat hidup dalam cerita hantu. hohoho

Friday, March 6, 2015

Pawagam Berhantu

Waktu filem Lelaki Harapan Dunia keluar dulu aku cukup tak puas hati sebab ia tak dimainkan kat mana-mana pawagam di Kuching pun (even perhaps satu Sarawak kot). Kemudian filem Terbaik Dari Langit pula hanya dimainkan kat Samarahan je (punya ar besar Sarawak, hanya 1 pawagam je yang main). Buat yang tak tahu geography, kalau Sarawak ialah Semenanjung then Kuching dan Samarahan ialah dua buah negeri yang berbeza. Nak buat macam mana kalau Melayu hanyalah majoriti ketiga terbesar selepas Dayak dan Cina dan peratusan perbezaan tu pula boleh tahan besarnya. Tapi yang peliknya bila filem-filem melambak keluaran Metrowealth boleh pulak ditayangkan. Hmmm..


Hari ni aku pergi layan Usup Wilca dalam Werewolf Dari Bangladesh. Seperti yang dijangka, hanya 1 pawagam je yang tayangkan filem ni. Dan ia bukan dari pawagam yang besar dan serba canggih. Even masa aku gi pawagam tu, hanya aku sorang je yang ada kat situ. Jangan katakan filem tu, malah semua hall kosong. (yap, aku pergi waktu siang hari masa orang lain tengah kerja). Dan pawagam tu pun guna konsep kalau hanya ada sorang je penonton then filem tak akan main. So buat kali kedua selepas Talentime, aku beli 2 tiket untuk tengok movie kat pawagam. Hmmm..


Tapi buat pertama kali dalam hidup aku apabila aku satu-satunya manusia dalam satu hall. Sebelum ni paling sikit pun 2 orang waktu aku tengok cerita Amir dan Lokman Pergi ke Laut. Hall aku masuk ni saiz sederhana je. Seat bahagi 2 bahagian dan satu baris ada sekitar 5 or 6 seat dan laluan keluar masuk satu kat depan je. Aku sepatutnya duduk 2 seat dari belakang dari rasa macam belakang sangat then aku berganjak ke hadapan sikit dan duduk kat paling tepi tempat laluan. Dan aku masuk masa trailer satu cerita hantu omputeh ni. Belum ada apa-apa lagi berlaku.


Ketika cerita baru start sekitar 15 minit macam tu aku dikejutkan dengan bunyi 'orang' terlanggar tempat letak tangan antara seat. Aku kata terkejut sebab bunyinya agak kuat dan ia betul-betul kat belakang kiri aku. Bunyi tu biasanya kita dengar bila masa cerita dah main, lampu hall dah dipadam dan beberapa kumpulan manusia datang lewat dan terlanggar sana sini. Lagipun masa aku masuk hall memang dah gelap. Selalunya bila iklan or trailer terakhir sebelum cerita nak start then baru mereka padamkan lampu hall tapi sebab aku sorang je so mereka malas nak buat. Tapi sejujurnya aku tak rasa apa-apa sangat lagi.

Kemudian tetiba semerbak timbul bau bunga ros. Ia bukan bau minyak wangi ros. Sebab aku ada Body Shop perfume oil rose. Baunya lain. Kat rumah aku ada banyak pokok bunga ros. Jadi aku tahu bezanya. Bau segarnya lebih kurang sama tapi yang ini semerbaknya lain. Waktu tu aku dah rasa pelik. Tapi aku postitifkan diri kata yang pawagam ni milik orang India jadi mungkin mereka guna air mawar untuk merenjis orang kahwin sebagai penyegar hall je kot. But if in case bau tu tiba-tiba bertukar busuk macam bangkai then aku akan bangun dan blah.


p/s: aku seorang yang penakut. Giler penakut. Plus aku sentiasa ada imaginasi suatu hari masa tengok cerita seram or pembunuhan kejam kat pawagam yang penuh dengan orang dan berlaku aksi menjerit-jerit oleh penonton ketika aksi seram dan dalam masa yang sama ada seorang pembunuh yang ada masalah mental dan bunuh satu persatu manusia dalam hall tu. Namun disebabkan keadaan gelap dan semua asyik menjerit then akhirnya semua dalam hall tu mati. Hmmm..


Tapi disebabkan aku dah bayar extra untuk tiket dan cerita tak sampai setengah jam main then aku tak nak keluar. Melainkan kalau ketika tu ada benda keluarkan nafas sejuk kat leher aku or ada benda main-main ngan rambut aku or paling tak pun ada bunyi benda mengilai-ngilai belakang aku then baru aku berambus. Jadi sepanjang masa tayangan tu mata aku just fokus pada skrin dan ketawa kuat-kuat untuk tenangkan diri aku sendiri. Aku langsung tak toleh kiri kanan. Belakang lagi ar tidak. Tak nak aku tetiba tertoleh dan lihat sorang perempuan muka pucat, rambut panjang, baju putih dan terus ketawa besar. Innalillah ar aku jawabnya lepas tu.






Aku berada kat situ sampai filem habis. Dan bau tu pulak tak ada di situ sepanjang masa. Kalau dalam hall sederhana kecil tu dan beraircond pula then sepatutnya bau akan kekal dari masa aku masuk dan aku keluar ar kan secara logiknya. Dan mungkin memang ada pintu yang aku tak nampak belakang dinding sana dan ada pekerja yang curi-curi masuk nak tengok cerita dan kebetulan dia tertumpah air mawar ketika nak turun kerja tadi tapi kenapa dia langsung tak ketawa sepanjang cerita tu bermain? Hmmmm..










Paling peliknya aku tak rasa sejuk goosebumps. Sebab sebelum ni aku pernah kena kacau dan rasa sejuknya tak sama walaupun waktu tu aku berada dalam bilik air cond kuat. So hantu ke? Perhaps yes or perhaps not. Tak siapa yang tahu. Jadi apa kata kau yang sedang berada di Kuching sekarang ni pergi masuk hall tu tengok movie sorang-sorang pulak. Ada berani?

Tuesday, November 18, 2014

Dear Useless Parents

Antara perkara dalam senarai yang mampu membuatkan aku marah dan moody sepanjang hari selain daripada tengok orang buang sampah sesuka hati diaorang ialah apabila terjumpa parents yang hanya pandai buat anak tapi tak tahu nak jaga anak. Jenis suami yang hanya tahu nak menyebarkan benih je memanjang dan jenis isteri yang hanya tahu nak upload gambar anak masa masih cute dan forward mesej-mesej nasihat tentang panduan membentuk keluarga bahagia kat page FACEBOOK diaorang je. Hmmmm..


Buktinya korang pasti pernah tengok bapak or emak yang dengan slamber je merokok sebelah anak diaorang or parents yang ada kereta yang biarkan tingkap terbuka luas dan anak yang kecil keluar hampir setengah badan yang bila-bila masa je boleh tercampak keluar dari kereta or anak-anak dibiarkan bermain sedangkan parents sedang leka dengan smartphone etc. 


Yap, aku tak nak cakap part bapak rogol anak yang usia tak sampai setahun dengan alasan si emak budak tak ada masa nak 'layan' dia or anak kena culik masa berjalan sorang diri pergi kedai or anak mati lemas dalam kereta ketika si emak sedang sakan shopping etc.




Anak manusia ni bukan macam anak kucing yang kalau mati kali ni then beberapa bulan lepas tu emaknya dah mengandung sekali lagi dan lagi. Yap, aku tahu yang buat anak ni sangat mudah. Just keluar masukkan P ke dalam V then next nine month BUMP!! ia keluar. Nak menjadikan ia berjaya jadi manusia itulah part yang tak mudah. 







Petang tadi aku tengok sorang bapak muda ni bawak anak yang rasanya tadika or darjah 1 naik motosikal. Anak tu sah-sah masih kecil dan dibiarkan duduk kat belakang dengan keadaan ada beg diantara si bapak dan anak plus si anak nampak sangat mengantuk so pelukkan yang jauh tu jadi ar renggang dan si bapak boleh pulak bawak motosikal tu laju macam pelesit. Kalaulah aku ada pistol masa tu then aku akan tembak pada tempat pembiakkan 'berudu'nya tu dan kata dengan gaya hip hop 'Please stop reproduce..!!'







Then korang kata Aj, kau belum kahwin dan tak ada anak sendiri lagi. Kau tak tahu kepayahan bila dah jadi ibu bapa. Dan mamat mungkin tu tak ada duit jadi tak mampu nak beli kereta. Kau perlu tah yang dia dah cuba sedaya upaya untuk bagi yang terbaik untuk anak dia dengan cara dia sendiri. So aku pun ketawa seraya berkata 'Kau fikir aku ni lahir-lahir je dah ada sudu perak kat mulut (yap, direct translation) aku ke? Keluarga aku bukannya kaya raya mana pun dan bila aku waktu kecik dulu naik motosikal dan mengantuk (which is ia selalu berlaku) then bapak aku akan pegang kuat tangan aku yang peluk dia dari belakang dan dia yang memang bawak slow tu akan bawak jauh lebih slow dari biasa. Plus ya, aku memang tak ada anak sendiri tapi aku ada otak untuk fikir yang mana betul dan yang mana tak.."













Sebelum kita nak menjadikan seseorang tu manusia, kita perlu jadi manusia terlebih dahulu. Noktah.

Friday, October 24, 2014

Hantu Zaman Kanak-Kanak

First time aku tengok cerita Ju-On dulu ialah waktu ia keluar kat TV dan aku layan dalam bilik aku seorang diri dalam keadaan gelap (konon lebih feel ar) dan ia tak berjaya bagi apa-apa mode seram pada aku tapi the second time aku layan cerita tu dalam bilik yang sama, berseorangan dan entah kenapa ia sangat menakutkan aku sehingga last-last aku tak tengok sampai habis plus tidur dengan lampu bilik terpasang. Sama macam first time aku baca novel IT, ia langsung tak menakutkan aku. Malah aku dah baca 3/4 dari novel tu dan aku rasa Stephen King ialah seorang penulis yang membosankan. Tapi the second time aku baca buku tu, semuanya berbeza.


Aku beli novel tu awal tahun 2009 kat kedai buku bundle ni. Waktu tu (waktu aku masih ada duit lagi) aku sentiasa beli 2 bijik buku satu-satu masa. Dan seperti biasa juga, selalunya salah satu buku tu akan jadi lebih best dari the other book dan the other book tu waktu tu ialah novel tu. Seriusly aku beli novel tu sebab ia ialah novel bestseller dari Stephen King yang terkenal sehingga dijadikan filem yang sangat menakutkan waktu zaman kanak-kanak aku dulu. Tapi entah kenapa novel tu sangat membosankan aku waktu tu. Bagi aku Stephen King menulis terlalu melewah-lewah sangat dengan penjelasan cerita yang terlalu jauh sangat lari dari cerita asal. So aku letak penanda buku dan baca second book yang aku beli dan unfortunately ia antara novel terhebat yang still bagi impak besar kepada aku sampai ke hari ni.


Tahun 2014. Aku dah hantar manuskrip penuh kat publisher dan menunggu respond dari diaorang. In a while aku nak baca novel tapi aku tak ada duit nak beli novel baru dan kebetulan aku memang aktif mendownload filem online dan masa tengah layan satu filem biasa-biasa ni then ada scene si pelakon kata dia menanggis pada bab terakhir IT by Stephen King. So disitulah bermulanya moment aku membaca semula novel tu. Dan entah kenapa kali ni novel tu totally freaking hell out of me. Hmmm.. 



Mungkin gak kebetulan pada masa aku start membaca beberapa event membaca kepada mode seram berlaku. Firstly: mak cik aku yang biasa turun kerja 6.30 pagi then turun sejam lebih awal dan  entah macam mana leh terjumpa satu makhluk lookalike manusia berbaju serba putih (kenpaa hantu mesti pakai baju putih je memanjang?) berjalan macam orang tempang melintas jalan raya depan kereta dia di kawasan yang hanya ada hutan je kiri kanan. Secondy kawan selaku jiran yang dah lama tak lepak then datang rumah dan cerita pengalaman dia jadi guard kat sekolah agama ni dan kawan dia jumpa pontianak dan masa kat sekolah Cina lak jumpa hantu pocong (hantu Melayu yang berada kat sekolah Cina? So macai BN). 

Tapi sejujurnya dua cerita tu tak menakutkan aku sikitpun. Ia lebih kepada tipikal cerita hantu yang berlaku kepada orang yang suka layan filem hantu keluaran Metrowealth je. Or may be novel IT tu memang creepy as hell kokt.






Siapa yang punya ingatan cukup jelas tentang apa yang berlaku sewaktu mereka masih kanak-kanak dulu? Semuanya pasti ingatan yang sedikit sebanyak bercampur imaginasi seterusnya membentuk memori yang samar-samar je. Contoh: Waktu aku kecik dulu aku takut habis dengan satu potret kat rumah arwah nenek aku kat Batu Pahat ni. Aku sampai tak berani nak masuk bilik tidur kami sebab ada potret tu tergantung kat dinding. Technically ia adalah lukisan yang cantik. Lukisan arwah nenek aku masa muda dengan pandangan mata yang sedikit hidup. Bila aku bagitahu emak aku tentang tut then dia just ketawa. Aku tak ingat sangat apa yang sebenarnya dah berlaku tapi rasa takut tu masih ada dalam diri aku sampai sekarang. Tapi what if kalau memang ada sesuatu yang berlaku masa aku  dulu dan potret tu benar-benar hidup sekaligus menjadi punca sebenar kenapa aku betul-betul takut. 


IT ni cerita tentang sekumpulan orang dewasa yang punya memori kanak-kanak yang cukup menggerikan. Mereka tak ingat sangat apa yang dah berlaku sekitar 27 tahun yang lepas tapi rasa takut tu masih lagi terbawak-bawak dalam diri mereka tanpa mereka sedar dan apabila mereka perlu kembali ke tempat tu untuk melalui semula apa yang mereka pernah lalui sebelum ni then ia totally shit creepy ar sehingga salah seorang dari mereka sangat takut dan bunuh diri. Even sejujurnya baca novel ni untuk kali kedua buat aku jadi goosebump je sepanjang masa. 










Imagine suatu hari anak kau mengadu kat kau kata anak jiran sebelah rumah kacau dia then kau jelaskan kat anak kau yang rumah sebelah tu sejak dari kau kecik lagi dah tak berpenghuni dan entah kenapa ia tiba-tiba membuatkan kau teringat balik pada kawan zaman kau kanak-kanak yang selalu main sama dengan kau dulu dan penjelasan anak kau dan memori kau tentang budak tu totally sama. Hmmm..

Sunday, June 9, 2013

Langit Nan Gelap A Book Review

Biasanya before aku nak beli mana-mana novel tempatan then aku buat research dulu. Aku cari-cari review pembaca lain tentang buku tu. Tujuannya bukan untuk aku tahu macam mana ending cerita tu ke etc tapi sebaliknya sama ada berbaloi untuk aku aka seorang penganggur menghabiskan RM20 untuk buku tu. Tapi ada masanya aku tak sempat buat research dan terus beli sehingga mengakibatkan buku tu sekadar jadi bahan untuk aku hantar ke pusat kitar semula jer. Hmmm..


Sama seperti Langit Nan Gelap oleh Resmanshah ni. Memulanya aku suka tajuk dan genre seram yang dibawa so aku search on internet. Rata-rata kata bahawa buku ni sebenarnya ialah seram komedi. Dan ditambah pula ia adalah antara buku bahasa Melayu yang quite hangat dipasaran so sampai kedai aku terus sambar satu.

...

Korang pernah baca majalah Ujang tak? Aku tak pasti sama ada ia masih wujud lagi tak sekarang ni. Dulu abang-abang dan kakak aku selalu sangat beli majalah komik tu. Aku just tukang bacanya jer. Dan salah seorang pelukis yang aku suka ialah Lambok sebab lukisan dia tentang cerita hantu tu sangat dark dan realistik tapi sebab komik Ujang ni ialah bergenre lawak so cerita hantu dia akan berakhir lawak tahap sengal. But still kita akan suka gak.

Baca novel ni sama je mood baca kolum lukisan Lambok dalam Ujang. Ia bermula dengan adegan seram yang melampau tapi bila ending then ia di-spin jadi lawak. Baca cerpen pertama memang kelakar. Baca cerpen kedua then rasa dah a bit imun but still ada unsur humor lagi. Baca cerpen ketiga dan seterusnya dah boring habis sehingga kau hilang mood nak membaca. 







Lejen Press ialah satu jenama buku independent yang boleh dipercayai. Aku ada 4 novel by Lejen before. 2 dari Nami Cob Nobbler dan 2 dari A.B. Hashim dan keempat-empat novel  tu sangat hebat.  Tapi bila baca Langit Nan Gelap ni buat aku tak tahu apa yang sedang berlaku. 











Kesimpulannya: kalau kau jenis orang yang mudah ketawa oleh lawak yang dibuat oleh Amir Rajalawak then buku ni memang sesuai untuk engkau. Tapi kalau kau jenis muka ketat dan perlukan lawak bijak then buku ni rasanya kau tak perlu toleh sikitpun. Hmmm..

Tuesday, May 21, 2013

Asrama Book Review

Imagine sebuah buku bertajuk Asrama dengan muka depan seorang budak perempuan membelakangkan sebatang pokok besar then pasti dalam kepala otak semua orang akan timbul kenangan pernah duduk asrama sekolah yang cukup pasti ada kisah-kisah pelik sendiri dan dengan harapan yang sama buku tu akan membantu korang goosebumps ingat balik kisah ngeri kau di zaman persekolahan dulu. But unfortunately buku ni tak membantu sikitpun.


Mungkin sebab aku bagi expectation yang terlalu besar sangat kot untuk buku ni. Plus aku tak merancang nak beli buku ni so aku tak baca lagi free chapter on FIXI pages dan semua buku ni yang ada kat MPH masa tu lak semuanya berbalut plastik so aku tak dapat nak bagi penilaian awal. Tapi bila aku dah beli dan baca mukasurat pertama then hati aku hancur berkecai. Aku aka lelaki yang menganggur setahun setengah dengan kewangan  hampir mencecah sifar telah membazirkan RM19.90 untuk something yang sia-sia (aku nak guna ayat yang effect lebih gramatis tapi tak yah ar kot). Hmmm..

Sejujornya kita boleh tahu satu karya penulisan ni bagus or tak hanya based on muka surat pertama jer. Yap, tak semua buku kita boleh nilai macam ni tapi ada masa ia membantu. Bahasa penulisan Asrama oleh Muhammad Fatrim adalah agak lemah bagi aku. Aku pernah jadi cikgu yang mengajar budak form 1 and 2 dan buku ni seolah-olah ditulis oleh budak sekolah yang berumur 13 or 14 tahun yang duduk asrama dan bercerita dengan kita tentang kisah hantu kat hostel diaorang dengan gaya bahasa mereka yang mudah, terlalu santai dan straight forward. Tak ada bunga-bunga langsung.

Imaginelah kalau ada orang bercerita dengan kau "Tadi aku pergi toilet then aku dengar bunyi ada orang cuci baju then aku toleh tak ada orang so aku blah. Tamat cerita" Kau tergamam sebab kau tak sempat nak timbul rasa takut sikitpun then cerita tu dah habis. Cerita Asrama ni tak ada emosi takut or sedih or marah or apa-apa, tak ada adegan suspen yang leh buat kau nak terus baca, terlalu banyak watak yang tak penting dengan aktiviti tak penting, mesej kebudayaan Sabah yang cuba diserap tu totally sangat tak berjaya, masa berjalan dengan sangat cepat tanpa bagi apa-apa effect sedikitpun kepada pembaca, cerita ni tak ada gambaran detail untuk pembaca maacm besar macam sekolah tu, sekolah tu dan cukup pasti cerita ni tak ada unsur psiko dan ia tak menakutkan langsung.

Sejujornya aku sangat kecewa. Realitinya dengan tajuk yang kukuh dan mukadepan yang cantik but creepy tu, ia sepatutnya boleh bagi effect epik untuk FIXI. Then bila boleh baca novel macam ni buat aku terfikir: Macam mana idea ni boleh lepas saringan untuk dijadikan buku..? Sayang sebab penulisnya tak memanfaatkan ciri-ciri kekuatan tu sikitpun. Mungkin kalau bagi penulis lain macam Syaihan Syafiq ke then may be buku ni akan berjaya ar kot. Paling koman aku imagine before aku baca buku ni ia at least bagi effect yang lebih kurang sama macam filem Histeria lakonan LJ, Scha, Yana Samsudin dulu tu ar. Tapi hancus..!!











Bila baca biodata penulis then dia seorang siswazah lepasan jurusan penulisan kreatif UiTM dan dah beberapa kali ada pengalaman menulis. Sepatutnya karya dia gempak tapi mana silapnya? Sebab dia orang Sabah ke...? Naaa..

Friday, September 7, 2012

Memoir Of An Imaginary Friend Review

Korang ada imaginary friend tak masa kecik dulu? Kalau jawapan korang ya then it is biasa lah kot tapi kalau jawapan korang 'Yaa, ia masih kekal bersama aku sampai sekarang (sekarang merujuk usia korang dah 20++ ar)' then there must be something wrong with you. Hmmm..


Aku tak pasti sama ada aku pernah ada imaginary friend tak pada masa aku kecik dulu. Sebab rasanya aku anak bongsu dan aku sentiasa ada abang dan jiran-jiran anak polis masa kecik dulu so aku rasa imaginary friend tak pernah sempat wujud kot. Sebab mostly bebudak yang either anak tunggal, kejiranan x ada bebudak seusia, or punya imaginasi tahap hebat jer yang mampu menghasilkan imaginary friend. Plus aku punya masalah sukar menghasilkan imaginasi sehebat tu even sampai sekarang. Hmmmm..

..

Masa aku gi bookstore last Monday nak carik novel untuk dibaca then bila aku ternampak buku ni terus pandangan aku stop kat situ buat seketika. Entah apsal aku sangt tertarik ngn buku yang punya tajuk yang amat panjang recently. Mungkin sebab kalau satu novel ni tajuknya sangat pendek then kita leh fikir banyak kebarangkalian apa yang leh berlaku sepanjang novel tu tapi once tajuk novel tu sangat panjang cam novel ni: Memoir Of An Imaginary Friend then kita tahu yang ia ialah tentang Imaginary Friend tu jer. Hmmmm..

Walaupun cover novel ni rasanya sangat ringkas cam logo kemerdekaan Malaysia yang ke-55 lepas but still aku  terus nak beli buku ni (walaupun reality aku dah aim awal-awal 2 novel lain nih. Hmmm). Balik rumah aku terus baca dan semalam (Khamis) baru tamat. Then korang leh agak ar kot yang novel ni biasa-biasa jer sebab kalau novel yang best then it takes less than a day ar untuk aku tamatkan. Then aku leh kata yang prediction korang tak sepenuhnya betul ar. Wakaka

Novel ni bermula ngan agak perlahan tapi tak lah sampai tahap membosankan. Ia lebih kepada cam korang sedang mendengar anak buah korang yang baru jer masuk tadika tengah cerita tentang kawan dia kat sekolah, apa cikgu dia ajar bla bla bla. Walaupun ia comel tapi it seem like korang dah alami benda yang sama cam last 20 years. Effectnya tak sama berbanding kalau kawan seusia korang cerita benda yang berlaku in their life yang korang terus leh relate ngan life ko gak.

Cerita ni narratornya ialah BUDO iaitu imaginary friend kepada MAX. Max is a special kid yang masih bersekolah rendah yang mengimaginasikan yang imaginary friendnya tua beberapa tahun dari dirinya so most all of this story lebih kepada bagaimana persepsi kanak-kanak melihat dunia. Dan ada beberapa part ar yang akan buat korang tersenyum sendiri sebab ada words yang as an adult ia adalah biasa tapi big deal for the kids. One thing yang akan buat korang tabik spring pada penulis buku ni ialah sebab dia dengan berjayanya menghasilkan penulisan yang seolah-olah ia memang kanak-kanak yang menulis. Hmmmm..

Penulis gak ngan bijaknya menghasilkan dunia imaginary friend ni ngan rapi dan terancang seolah-olah dunia tu memang wujud dia sekeliling kita. And each and everyone of us mungkin pernah ada imaginary friend sendiri tapi as kita do not believe in them anymore then 'mereka' poop dan hilang. It hard untuk aku jelaskanlah sebab korang kena baca ar. Plus penulis ni jugak akan buat korang terfikir: just because korang tak nampak sesuatu tu then tak makna ia tak wujudkan? Hmmmm

Then bila ia dah masuk konflik utama dalam cerita ni bila there an accident happen to Max dan start dari bab tu aku yakin korang akan terus baca novel ni terus sehingga ke penamat. Aku cukup yakin once korang masuk bab tu then korang tak akan senang dudok ar. Ia akan jadi sangat-sangat mencemaskan. Korang akan sumpah seranah dan dalam masa sama may be korang akan respect pada penjahat dalam novel ni. Aku tak nak bagitahu what happens sebab nanti akan menspoilkan minat korang baca gak. 
























Dan aku pulak ialah seorang yang tak suka happy ending pada sesebuah cerita dan novel ni totally menepati kehendak aku. So kalau korang nak tahu what happen to Max and Budo then dapatkan buku ni. Cukup pasti aku bagi hint yang memoir ialah perjalanan hidup seseorang since dari lahir hingga endingnya so someone memang akan mati pada ending buku ni tapi siapa dan kenapa ia tak happy ending bagi aku? Baca sendiri. Hohoho














Cukup pasti buku ni tak bermula ngan bab 1 dan aku tak tahu kenapa.

Thursday, July 19, 2012

Mata Aku Lihat Sesuatu

Recently ada sekor anjing liar melahirkan babies area kejiranan kami. So setiap petang aka heboh bunyi si anak-anak anjing dan ibunya melolong bersama suara gelak ketawa anak-anak jiran mengejar dan membaling kumpulan anjing tu ngan batu dan kayu. Entah apsal dalam bulan-bulan kebelakangan ni banyak betul anjing liar yang berkeliaran kat kampung ni. Setiap malam aku keluar dan setiap pagi aku balik semula ke rumah, anjing-anjing dan anjing di mana-mana. Tapi pagi ni tadi berbeza.


Entah apsal pagi tadi berbeza. Aku x nampak sekor ajing pun yang bersantai kat simpang jalan besar or sepanjang jalan seperti pagi-pagi biasa. Aku x ambik port pun even aku rasa lega sebab aku takut-takut gak kalau ada-ada anjing yang gila dalam big group tu yang suddenly menyerang aku. Sehingga selekoh nak masuk ke rumah suddenly aku tengok ada bayang-bayang sekor anjing.

Jarak kami just kurang 3 meter. Based on lampu jalan yang warna oren tu aku boleh anggarkan yang ia sekor anjing dewasa. Sekor jer dan bila berdekatan pintu pagar rumah ia menghilang. Aku anggarkan ia dari jalan besar menggunakan corridor jalan kaki ke rumah jiran sebelah. Before aku matikan enjin aku pastikan yang ia tak ada disebalik pokok-pokok bunga besar dan rendang yang ditanam emak kat situ. Mati aku kalau anjing tu rerupanya just bersembunyi jer kat situ. 

Bila aku dah yakin ia tak ada so aku matikan enjin. Aku search kunci pagar rumah yang melekat sekali ngan kunci motosikal. Rumah cukup gelap. Tapi sebab aku dah terbiasa so aku just main raba-raba jer dan cari satu bentuk kunci yang ganjil sehingga suddenly mata aku melihat ke dinding rumah dalam kepekatan pagi tu. Cahaya lampu dari rumah depan jiran membiaskan satu bentuk bayang-bayang:


Anjing tadi ada dalam kawasan dalam rumah..!!


Aku tergamam seketika. Otak aku cuba berfikir sewaras yang mungkin. Cam mana ia leh masuk dalam? Sedangkan pagar rumah aku yang vertikal tu terlalu kecil untuk saiz anjing tu. Cam mana ia leh masuk...? Serentak bulu-bulu sekitar leher dan tengkuk aku goosebumps. Dalam ingatan aku terfikir dua perkara: satunya sewaktu masa zaman belajar dulu ada jiran bilik aku bernama Ali yang before masuk bilik satu awal pagi around 4 am tu terlihat bayang aku kat luar bilik, melihat dia. Waktu tu dia heran apsal aku just pegun dan tampak cukup gelap. Sekali lagi dia menoleh, bayang tu hilang..










Aku yakin apa yang aku lihat tadi tu anjing. Dan pagar rumah aku terlalu kecil untuk anjing sebesar tu masuk.  Hmmmm..














Then korang tanya apa benda kedua yang aku fikir tadi? Aku terfikir word yang keluar dari mulut chef Michael masa chef Zubir dan chef Jo tanya resepi ayam yang sedap tu. Aku tak tahu kenapa benda tu leh keluar dari otak aku waktu secemas tu. Hmmm..

Sunday, June 3, 2012

Only When You're Alone

Family aku aka not including me sekarang sedang bercuti di KL-Pahang-Johor so meninggalkan aku sorang diri sebagai penjaga rumah. Realitinya it not such a real big deal pun sebab ini bukan kali pertama pun aku sorang-sorang duduk kat rumah ni. Tapi kalau cerita ni just berakhir cam ni jer then ia tak akan jadi menarik ar so aku masukkan unsur creepy sikit on apa yang selalunya berlaku hanya ketika korang berseorangan..


Korang pernah tak mengalami situasi cam waktu bateri korang habis bateri or habis kredit then waktu tu ar kereta or motosikal korang buat hal kat sebuah kawasan kiri kanan hutan yang tak ada sebijik kenderaan pun lalu kawasan tu plus hari almost nak malam? Shit right sehingga korang mempersoalkan: kenapa mesti ia berlaku waktu-waktu cam ni.

...

Ini adalah catatan hari ke 8 aku berseorangan di rumah. Next 2 day baru ar family aku balik. The creepy sidenya bermula waktu malam-malam then akan dengar bunyi cam orang ketuk dinding kayu. Rumah aku part kayunya cuma dalam dan pintu jer. Selebihnya batu. Aku x ambik port sangat ar sebab ia mungkin tikus ar yang tengah lapar sebab rumah x ada makanan so langgar kayu entah kat mana pun.

Kedian disebabkan rumah agak sunyi, dan aku malas tengok TV so masa aku just guna layan tenet tanpa ada muzik latar so bunyi-bunyi yang aku x pernah dengar start muncol. Korang pernah dengar bunyi nyamuk cam totally bunyi orang menanggis x? Aku yakin ia bunyi nyamuk tapi ia sangat mendayu. So aku spray Ridsect satu kawasan but still nyamuk tu x mati. 

Last few day, aku sangat yakin ia bukan sekadar pandangan anak mata aku melihat ada bayangan hitam besar melalui pintu bilik parents aku. So aku masuk dan of coz laa ia tak ada.

Then benda yang paling sucks yang buat aku rasa bahawa aku bukan satu-satunya penghuni rumah ni ialah bila things move dari tempat yang sepatutnya. Memula baldi kat toilet yang always aku letak kat bawah paip then one morning aku perasan apsal pulak ia berada kat tengah-tengah toilet. Dan baru beberapa minit tadi satu benda lagi teralih. Cermin besar (mirror) kat dinding dalam bilik aku tetiba aku sedar ia tertukar depan belakang aka bahagian yang kita leh nampak tu menghadap dinding.





















Kekadang tu kita selalu lupa yang kita tak pernah bersendiri. Sentiasa ada sahaja yang setia menemani kita tanpa sedar. Hmmmm..

Sunday, April 22, 2012

Mencipta Hantu Rumah

Ahli rumah aku ada satu tabiat yang agak pelik dan kalau silap haribulan leh bawak kepada unsur kurafat. Kami mencipta satu watak daripada perkara yang tak wujud. Andai 'ia' wujud sekalipun, kami telah memperakui kewujudannya dengan memberikannya nama. Apa yang kami cipta? HANTU RUMAH.


Sewaktu anak buah pertama aku masih kecik dulu, waktu dia baru-baru mula bercakap then dia tetiba bagi satu nama sewaktu one of family member kehilangan satu barang. Nama yang di bagi anak buah aku waktu tu ialah Dayang Kocong. We dont have any idea where he got an idea untuk nama tu. So kami gurau-gurau menyeru "Hei, Dayang Kocong. Tolong cari -----.." 

Dan bila kami teruskan carian then terjumpa benda yang dicari tu ditempat yang cukup mudah untuk dinampak.


Tak pasti sama ada ia secara kebetulan kami tak cari betul-betul or memang ada 'sesuatu' yang mencari dan menemuinya..














Orang tua-tua kata bebudak nampak benda yang orang dewasa tak akan nampak. Jadi mungkin Dayang Kocong tu wujud atas sebab kami yang menyeru dan mewujudkannya: penjaga rumah. Hmmm..













Tetiba dapat idea nak menulis cerita seram pulak..

Thursday, February 23, 2012

Haunted UKM

Setiap tempat punya cerita sendiri. Kadang-kadang ia just sebuah cerita yang direka but bila ia disebar oleh ramai orang dari satu generasi ke generasi yang lain ngan usur penambahan dan pengurangan pada bab-bab tertentu lastly ia menjadi sebuah urban legend yang creepy dan cam real. So kali ni aku nak share about a ridiculous horror story yang terletak di Bandar Baru Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.


Kalau korang pernah jejak kaki ke UKM then korang pasti tahu yang UKM ni berada dalam sebuah kawasan bukit hutan yang masih besar dan bangunanya sangat-sangat klasik. Yap, ia disebabkan ia dibina bertahun-tahun lama yang dulu. Mana taknya ia adalah antara universiti terawal yang ada di Malaysia. Dan kalau korang ialah salah seorang pelajar di sini then korang pasti tahu mana port-port yang dikatakan keras di UKM ni kan?

Antaranya cam kat Dectar, jalan belakang Kolej Ibrahim Yaakub ke Kolej Zaaba (even 2 kolej ni pun orang kata masih keras lagi), Fakulti Undang-Undang (yang sangat terasing dari tempat lain), Bangunan Library Tun Seri Lanang, tangga naik Kolej Ibu Zain or pendek kata setiap satu bangunan di UKM sangat haunted dan ada cerita sendiri kan?

Tapi cerita hantu paling best kat UKM yang bagi aku paling realistik tapi tak masuk akan ialah tentang Bas UKM tu. Budak UKM mesti pernah dengar cerita nih. Dan bebudak yang bakal masok intake baru nanti mesti baca dulu cerita nih.

Disebabkan UKM ni saiz dia sangat besar so pihak pentadbiran menyediakan perkhidmatan bas dalam UKM untuk memudahkan pergerakan pelajar dari kolej kediaman ke fakulti-fakulti memasing. Tapi aku mostly jalan kaki je ar sebab bab menunggu bas ni sangat hazab ar: Bila tunggu x ada tapi bila x tunggu then berkoyan-koyan ar bas datang. Dan around pukol 10 cam tu bas terakhir akan beroperasi sebab ada pensyarah memang memandai or rajin sangat nak buat kelas-kelas malam nih.

Tapi aku agak pelik memula bila selepas jam 11 malam pun bus UKM tuh masih ada lagi kelihatan kekadang sehingga jam 1 pagi sedangkan kalau ikut akal yang waras akan fikir: Siapa yang nak naik bus memalam cam nih sebab memang sepanjang masa ia kosong jer. Yap, mestilah pemandu dia ada kalau tak bas memang tak akan bergerak ar.




Sehinggalah ada sorang kawan ni dia share cerita yang urban legend nih. Dia kata sebelum kawasan UKM tu dibuka ia adalah penempatan kumpulan orang asli dan mereka buat perjanjian bahawa nanti bila UKM ni dah siap nanti pihak pentadbiran harus menyediakan pengangkutan untuk roh-roh nenek moyang yang pernah bersemadi di situ bergerak dari satu tempat ke tempat lain dalam kawasan tu. 

Bergerak dari mana ke mana? Kawan ni kata kat UKM ni ada 7 buah perigi lama dan disitulah hentian-hentian bas tu. Buat aku teringat plak pada perigi-perigi tertentu yang ridiculously cam pelik plak tentang kewujudan perigi kat tempat pelik.





Bagi aku urban legend ni lebih dekat ngan students sebab mereka leh lihat dan relate dan mempersoalkan sendiri kesahihan dan kelogikan untuk perkara tu berlaku berbanding cerita jumpa pontianak kat tangga before naik ke Kolej Ibu Zain or jumpa budak main-main sesorang dalam Dectar etc.




And even sepanjang 3 tahun aku di UKM aku bersyukur sebab aku tak berkesempatan lagi terjumpa ngan benda-benda tu walaupun aku selalu jalan sorang-sorang dalam UKM tengah malam or awal pagi sehingga pak guard yang buat check pun tak berani nak tegur dan malah kalau terjumpa students yang dating or beromen lebih banyak plak.









Mungkin hantu-hantu tu jauh lebih educated as ditempatkan di sebuah institusi pelajaran sebaliknya manusia yang ada plak perangai jauh lebih teruk dari hantu. Kan?

Tuesday, February 21, 2012

Rumah Tinggal

Aku sekarang ni (pada masa aku tengah type post ni) tengah layan cerita Haunted Changi, sebuah filem bertemakan paranormal yang dibikin around 2011 di Singapura. Yap, Changi tu terletak di Singapore okey. Ia mengisahkan a group of teenagers yang merakam perjalanan pengembaraan paranormal mereka di Hospital lama Changi yang cukup terkenal serata Asia as a haunted place ar. Hmmm..


Kalau orang yang kenal aku pasti tahu bahawa aku ialah seorang lelaki yang penakot nak mampos tapi dalam masa sama aku suka mencabar sisi penakut aku tu. Contoh cam aku takut pada ketinggian so aku selalu cabar diri aku untok naik bangunan tinggi guna laluan yang merbahaya or aku takut pada paranormal stuff but aku leh jer pergi 'tempat-tempat' yang orang tak berani nak pergi sebab ramai yang kata tempat tu ada 'something'..

I dont know why aku suka cabar diri aku pada perkara cam tu. It seems kalau kita berada kat satu tempat asing then kita perlu sesat dulu untuk tahu tempat tu secara keseluruhan then kalau kita tak berani nak sesat then selamanya kita akan stuck di situ jer.


...


Aku suka pada rumah lama yang ditinggalkan terutama jenis rumah zaman British dulu-dulu disebabkan rekaan seni bina dia sangat vintage yang cool. Ada 1 tempat di Kuching ni namanya Jalan Bukit Hantu (dude, nama tempat pun dah bagitahu apa yang ada kat situ rite?) di mana zaman dulunya ia menempatkan rumah-rumah pekerja kerajaan tapi as time goes by ia dah ditinggalkan.

Pemandangannya sangat cantik. Just imagine kawasan berbukit bukau most permukaanya hanya pokok-pokok besar dan rumput permaidani (tak ada kawasan semak samun or lalang sangat) yang selang beberapa meter ada rumah-rumah lama tu secara berasingan. 

Most of the time aku mempersoalkan gak dalam diri apsal rumah-rumah tu masih cukup terjaga ngan dinding still ngan cat putih bersih, tak ada sampah sarap dan kawasan sekitar rumah tu terpelihara sangat sedangkan tak mungkin pihak pembandaran ada masa nak bersihkan sebab kawasan tu hutan dan tak didiami sesiapa.



...



Setiap kali aku masuk rumah tinggal ni then otak aku pasti terfikir: rumah ni mesti ada cerita sendiri aka it seem cam cuba nak bagitahu kita sesuatu (or at least otak aku je cuba nak buat-buat cerita). Mana taknya kekadang kalau masok satu rumah tu it seems like apsal pemilik rumah ni cam berebut sangat nak pindah ngan banyak lagi barang-barang berguna ditinggalkan or apsal satu bilik ni cam terbakar ngan kesan hitam asap memenuhi ruang bilik dan kat center tu ada meja kecil dan di atasnya ada bible?

Ada satu hari ni aku dan sorang kawan ni gi satu tempat ni ar. Kat tempat tu ada beberapa blok hostel dan satu blok tu dikosongkan. Siap setiap pintu masok each dorm dipaku ngan kayu palang. Even dari luar blok tu dah tulis besar-besar dilarang masok. Ada urban legend kata pernah ada student bunuh diri dari tingkat atas blok tu. Dan bila kami masok dan rasa goosebumps memang ada. Bila kuar dari tempat tu kami share kata kalau kami tak dengar cerita pelik-pelik orang tentang blok tu then mesti kami tak akan fikir dan takut kan?





Or otak kotor aku pun selalu fikir gak what if kalau ada 'sesuatu' yang ikut sekali aku balik nanti? Wakaka




















Teringat aku Malaysia pernah kuarkan filem tajok Misteri Istana Lama yang guna pendekatan paranormal ngan video cam amature then ada ar beberapa rakyat Malaysia ni marah-marah bagi komen kat satu blog ni "Kata cerita realiti, dalam filem tu ada yang mati tapi apsal mamat tu leh kuar tv plak tadi? Dasar penipu filem Melayu nih..!!"

Buat aku terfikir either rakyat Malaysia tersebut sangat BODOH or dia sangat-sangat BODOH...!!

Tuesday, January 17, 2012

Aliens Are Cumming..!!

Apa yang jauh lebih WORST daripada dunia dikuasai oleh mahkluk yang dah mati tapi masih boleh bergerak dan nak makan otak manusia hidup-hidup aka zombie or a group of brutal vampires kepung tempat kediaman korang ngan semua pengangkutan dan telekomunikasi terputus dari dunia luar (tak termasuk hari kiamat ar)? To me of course laa ALIEN INVASION. Cool isnt it?


Kalau benar-benarlah dunia ni diserang oleh zombie cam dalam Resident Evil or Zombieland or mana-mana filem melibatkan zombie yang tak termasok Zombie Kampung Pisang then aku adalah antara mangsa terawal yang akan terkorban dan seterusnya menjadi zombie yang paling awal dibunuh balik. Or sama gak kalau life ni cam 30 Days of Night then nasib aku pun 2 kali 5 gak. Sedih kan? Hmmm...

Entah apsal aku agak cuak masa layan cerita benda alah zombie-zombie ni tapi still aku leh layan berbanding cerita kejam cam SAW, HOSTEL etc yang brutal potong tangan sendiri guna gergaji etc ker. Lebih-lebih lagi cerita 30 Days of Night yang buat aku terfikir what if that situation benar-benar berlaku? 


...


Recently kalau korang selalu update ngan cerita-cerita terkini then korang pasti tahu tentang cerita ada bunyi pelik yang bergema di langit malam di sebuah kampung di Kota Samarahan, Sarawak. Bunyiknya cam orang berdengkur yang panjang sepanjang malam tanpa ada sesiapa leh dapat tahu bunyik tu bunyik apa sebenarnya dan ia berpunca dari apa etc?

Dan menjadikan situasi lebih best ia tak hanya berlaku secara domestik di Sarawak jer sebaliknya di sebahagian tempat-tempat lain di seluruh dunia start 2011 lagi. Bunyinya tak sepenuhnya sama then ada yang buat penilaian awal kata yang ada orang just buat copycat aka cuba tiru based on event pertama ngan rakamkan video dan bunyik then upload internet or ada yang kata ia adalah rakaman daripada filem Alien Invasion lain or ada yang kata ia adalah satu projek sulit sebuah kerajaan besar dunia etc.




Then ada yang cuba kaitkan ngan dakwaan ramalan 2012 ialah dunia akan kiamat laa





Ada gak yang kata ia adalah monster dalam bumi yang dah nak keluar






Or maniac agama akan kata Dajjal etc dah nak keluar











Then yang paling cool ialah Alien nak datang dan menawan bumi. Bagi aku teori tu lebih cool dan dramatik. Just imagine cam alien dalam War of The World ker. Tapi alien cam dalam District 9 tu tak best ar.. Hmmmm












But still apa-apa cerita alien sekalipun still aku akan mati awal gak. Dont know why..
























Tapi bunyik-bunyik tu mesti bawak tanda ada sesuatu yang bakal berlaku kan...? Kalau tanda-tanda awal kiamat pun x apa pun kan? Kita kita berkesempatan jadi ahli akher zaman yg bakal menyaksikan that BIG DAY ar kan? Hmmmm































p/s: then salah sorang korang kata "Haei Aj, there something wrong ngan title post ko hari ni ar. Typo kot.."



Then aku kata "Sah, otak kotor..!!"