Sunday, August 22, 2021

23 Tahun Untuk Selamanya

Pada usia 36 tahun, hidup akan banyak berkisar pada rutin: Bangun - Pergi kerja - Balik kerja - Tidur dan ia akan berulang-ulang sampai abang Jamil mampus. Jadi aku fikir yang aku perlu paksa diri aku buat satu projek bagi mengisi masa aku agar the end of the day, the future me can somewhere somehow will be pround of what me in the past did. Damn.. ayat.


So berdasarkan beberapa insiden yang berlaku dalam hidup aku:

1. Disebabkan aku ada tempoh hypomanic yang panjang dan non stop, aku dah jadi seorang positive toxic. What is positive toxic? Panjang ayat yang dipendekkan ialah apabila sorang tu asyik berkata something yang positif sehingga tanpa ia sedar ia buat others triggered dan akhirnya membawa kepada 'something not good' which is toxic to the listener.

Aku tak sedar betapa toxicnya kata-kata aku (tulisan sebenarnya) kepada 2 kenalan online yang ada mental illness ni. Aku asyik paksa mereka berfikir positive berulang-ulang kali, melampau-lampau tanpa aku berada in their shoes. Hanya setelah aku baca artikle tentang positive toxic tu barulah aku tersedar, damn, that me. So aku berhenti untuk bagi kata-kata positive or memandai nak bagi nasihat pada sesiapa lagi lepas tu.


2. Rashid. Yap, Rashid ialah model/mangsa yang aku paksa/bayar untuk projek buku Lelaki Yang Hidup 21 Hari tu. Entah kenapa once budak tu bagi inspirasi kepada aku, dia keep memberi inspirasi demi inspirasi tanpa henti seperti coklat yang tumpah ke ladang gandum je.


Jadi disebabkan dua perkara tu, aku terfikir satu idea yang membawa kepada sebuah novel graphic yang bertajuk 23 Tahun Untuk Selamanya ni.


Sejujurnya projek ni pada awal-awalnya buat aku ada purpose in life sikit. Sewaktu ada masa lapang kat office, aku melukis, balik rumah aku terus melukis, sebelum tidur aku lukis lagi. So aku cabar diri aku untuk setiap minggu aku akan upload 2 pages dan upload kat sosial media secara percuma ar.


Technically ada beberapa yang tanya "Kenapa tak jual je..?" sebab once aku upload kat group mental illness group aku being a member tu then ada je yang nak beli. Masalahnya benda ni belum siap lagi (dan belum pasti akan siap pun). Sinopsis penuh pun belum ada, plot jalan cerita pun tak ada. Kalau dah siap nanti tu lain cerita ar. Setakat moment ni, baru 8 muka surat je yang dah siap.. Itu pun mood aku dah start ke laut dah. Hahaha


Untuk setakat ni, ini adalah sinopsis cerita ni ar:

Rashid, pada sambutan hari jadinya yang ke 23 tahun memilih untuk membuat satu keputusan yang cukup besar iaitu untuk menamatkan riwayat hidupnya. Lalu semuanya bermula pada 23 hari sebelum kejadian itu berlaku sekaligus menjawab teka-teka: Apakah insiden sebenar yang membawa kepada pemilihan besar tersebut.


Jadi kalau korang nak tahu tentang novel graphic ni, pergi ke Instagran aku: aj_abdullah or pergi ke group LUKIS dan Kami Pelukis Komik Komik kat Facebook