Showing posts with label novel. Show all posts
Showing posts with label novel. Show all posts

Sunday, August 22, 2021

23 Tahun Untuk Selamanya

Pada usia 36 tahun, hidup akan banyak berkisar pada rutin: Bangun - Pergi kerja - Balik kerja - Tidur dan ia akan berulang-ulang sampai abang Jamil mampus. Jadi aku fikir yang aku perlu paksa diri aku buat satu projek bagi mengisi masa aku agar the end of the day, the future me can somewhere somehow will be pround of what me in the past did. Damn.. ayat.


So berdasarkan beberapa insiden yang berlaku dalam hidup aku:

1. Disebabkan aku ada tempoh hypomanic yang panjang dan non stop, aku dah jadi seorang positive toxic. What is positive toxic? Panjang ayat yang dipendekkan ialah apabila sorang tu asyik berkata something yang positif sehingga tanpa ia sedar ia buat others triggered dan akhirnya membawa kepada 'something not good' which is toxic to the listener.

Aku tak sedar betapa toxicnya kata-kata aku (tulisan sebenarnya) kepada 2 kenalan online yang ada mental illness ni. Aku asyik paksa mereka berfikir positive berulang-ulang kali, melampau-lampau tanpa aku berada in their shoes. Hanya setelah aku baca artikle tentang positive toxic tu barulah aku tersedar, damn, that me. So aku berhenti untuk bagi kata-kata positive or memandai nak bagi nasihat pada sesiapa lagi lepas tu.


2. Rashid. Yap, Rashid ialah model/mangsa yang aku paksa/bayar untuk projek buku Lelaki Yang Hidup 21 Hari tu. Entah kenapa once budak tu bagi inspirasi kepada aku, dia keep memberi inspirasi demi inspirasi tanpa henti seperti coklat yang tumpah ke ladang gandum je.


Jadi disebabkan dua perkara tu, aku terfikir satu idea yang membawa kepada sebuah novel graphic yang bertajuk 23 Tahun Untuk Selamanya ni.


Sejujurnya projek ni pada awal-awalnya buat aku ada purpose in life sikit. Sewaktu ada masa lapang kat office, aku melukis, balik rumah aku terus melukis, sebelum tidur aku lukis lagi. So aku cabar diri aku untuk setiap minggu aku akan upload 2 pages dan upload kat sosial media secara percuma ar.


Technically ada beberapa yang tanya "Kenapa tak jual je..?" sebab once aku upload kat group mental illness group aku being a member tu then ada je yang nak beli. Masalahnya benda ni belum siap lagi (dan belum pasti akan siap pun). Sinopsis penuh pun belum ada, plot jalan cerita pun tak ada. Kalau dah siap nanti tu lain cerita ar. Setakat moment ni, baru 8 muka surat je yang dah siap.. Itu pun mood aku dah start ke laut dah. Hahaha


Untuk setakat ni, ini adalah sinopsis cerita ni ar:

Rashid, pada sambutan hari jadinya yang ke 23 tahun memilih untuk membuat satu keputusan yang cukup besar iaitu untuk menamatkan riwayat hidupnya. Lalu semuanya bermula pada 23 hari sebelum kejadian itu berlaku sekaligus menjawab teka-teka: Apakah insiden sebenar yang membawa kepada pemilihan besar tersebut.


Jadi kalau korang nak tahu tentang novel graphic ni, pergi ke Instagran aku: aj_abdullah or pergi ke group LUKIS dan Kami Pelukis Komik Komik kat Facebook







Saturday, November 7, 2015

Musykil A Book Review

Doubt by Bissme S ialah antara buku terbaik yang pernah aku baca. Selepas aku buat reviewnya, aku dan author berkenalan dan jadi sahabat kat FACEBOOK. Dia seorang yang baik dan cool. Tapi apabila aku dapat tahu projek buku yang sama akan diterjemahkan ke dalam Bahasa Melayu then aku rasa berbelah bahagi. Feel yang sama berlaku masa aku kat MPH ketika nak cari buku keduanya Bitter yang tak ada sebaliknya buku terjemahan Musykil pula ada. Dan aku cukup berbelah bahagi sama ada untuk beli atau tak. Tapi the end aku beli gak.


Feel baca buku Doubt dulu once aku baca satu-satu bab then aku akan berhenti untuk cooling down period sebab ketakutan dan lepas tu baru boleh baca balik. Tapi untuk Musykil, bila aku baca satu bab then aku berhenti dan nekad tak nak baca lagi tapi of coz aku baca lagi then dalam keadaan tanpa rela aku paksakan diri terus membaca dan membaca. Realitinya ia tak lah seteruk mana sangat pun. Even it not fully catastrophe disaster. Ada dua orang translator which aku tak tahu which one translate which part tapi ada part tu memang boleh buat kita sensara jiwa ar. 

Kau tahu jenis budak universiti (tak tahu sekarang masih buat lagi or tak) yang suka buat assignment last-last minit dan cukup terdesak sehingga copy statement terus dari website dan paste kat mana-mana page yang leh translate BI to BM dan kemudian tanpa edit-edit terus hantar benda tu kepada pensyarah? Or kau pergi Low Yat dan jumpa sorang mamat Cina tengah promote gadjet terbaru diaorang (statement stereotype racist kan?) Kau paham apa isi objektif mereka nak kata tapi ayat yang keluar dari mulut dia either totally terlalu skema or terlalu haru biru. Itulah rasanya aku masa baca certain part dalam buku tu. 

Aku terfikir: Takkan ar tak ada editor yang edit kerja akhir dalam buku ni before print kot sebab banyak typo error berlaku, tatabahasa Bahasa Melayu tak betul, ayat tak gramatis and even ada certain ayat tu langsung tak boleh faham macam guna copy paste kat Google Translate je bla bla bla. Kecewa kot apabila sebuah karya yang hebat bila diterjemah jadi tak ada apa-apa feel. Hmmm..




Mungkin sebab aku seorang berbangsa Melayu yang mother tongue aku ialah Bahasa Melayu dan kebetulan pula aku ambik STPM Bahasa Melayu (yang sangat berbeza dari BM dari darjah 1 hingga form 5) dan kebetulan satu lagi yang aku ada ijazah sarjana muda dalam Linguistik (walaupun realitinya bahasa Melayu aku pun hancus gak). Or atas sebab kedua: aku tak pernah suka buku terjemahan sebab hampir semua buku terjemahan yang aku jumpa mostly sucks..!!

Or mungkin apa yang dilakukan oleh penterjemah tu ialah cara yang betul menterjemah buku sebenar. Aku hampir nak buat minor dalam terjemahan masa universiti dulu tapi tak jadi jadinya aku tak tahu rule and regulation dalam penterjemahan.










Then korang kata "Aj, kenapa kau menulis terlalu kejam, penuh unsur negatif sangat ni? Kau ada big issue ngan penulis tu ke?"


Honestly aku tak nak tulis pun review ni sebab dia kenalan aku sebaliknya dia sendiri yang nak aku tulis seiklasnya.











So, perlu ke kau beli Musykil? Ya sebab tak semua orang punya pendapat yang sama tentang satu-satu perkara. Mungkin apa yang aku suka ialah apa yang kau tak suka dan sebaliknya.











Wednesday, October 28, 2015

Buaya oleh Aj Abdullah

Teringat zaman universiti dulu, aku ambik satu kelas elektif ni (penulisan kreatif) dan antara berpuluh-puluh budak kelas yang dah 2 tahun belajar kesusateraan Melayu then penulisan aku yang terpilih as terbaik dan disiarkan kat salah satu majalah Dewan Bahasa dan review yang ditulis oleh pensyarah a.k.a juga seorang penulis terkenal negara sebagai seorang yang punya bakat seperti penulis era 70-an negara membuatkan aku rasa 'terbang'. Lepas tu era Blogging muncul dan ada pulak orang yang out of no where yang aku tak kenal follow dan puji gaya penulisan aku so aku makin 'terbang'


Years after, selepas kali terakhir aku berhenti kerja, zaman buku alternatif timbul dan aku cuba kembali nak menulis. Aku hantar manuskrip dan ketiga-tiganya diterima. TAPI novel pertama keluar jadi major disaster, yang kedua selepas setahun baru publisher teringat nak bagitahu yang ia dah kena reject dan ketiga pula kena reject dengan cara yang penuh budiman (which is aku akan promote lepas ni). So ketika aku yang sedang asyik 'terbang' selama ni tadi terus menjunam jatuh ke bumi. Semuanya seolah-olah membuktikan yang aku tak ada apa-apa bakat langsung pun selama ni. Terasa diri ni macam Najib yang berdiri dalam kelompok menteri-menteri pembodek je tanpa ada sesiapa berani bagitahu aku yang rupa-rupanya majoriti rakyat Malaysia langsung tak suka aku pun selama ni. Hmmm..


Then korang kata 'Aj, jangan putus asa. Kau tahu tak J.K. Rowling a.k.a penulis terkenal Harry Potter which is pernah jadi penulis paling kaya di dunia tu pernah kena reject lebih 12 kali. Dia tak putus asa dan kau tengok mana dia sekarang...?"

Jawapan aku 'Talk to the hand, please..' (in annoying English accent)






Btw novel yang kena reject dengan cara budiman tu sekarang dah keluar kat Wattpad. Just search FIXI or buaya or Aj Abdullah or kau klik je link ni: BUAYA. Ia akan diupdate setiap Isnin, Rabu & Jumaat sehingga tamat. 4 novel yang senasib dengan aku dikeluarkan sekali tapi hanya 1 novel yang ada ramai reader, vote, viewer etc sahaja yang akan diterbitkan dalam bentuk buku fizikal. Yap, it does sound like Hunger Game (or worst: Akademi Fantasia). Jadi korang boleh check penulisan aku kat situ dan kalau kau ialah seorang ketua mafia yang punya ramai anak buah then kau boleh paksa diaorang vote novel tu. Paling tidak pun kalau kau budak IT then tolong hacks laman web tu supaya bilangan reader aku naik mendadak. Hmmmm


Friday, October 24, 2014

Hantu Zaman Kanak-Kanak

First time aku tengok cerita Ju-On dulu ialah waktu ia keluar kat TV dan aku layan dalam bilik aku seorang diri dalam keadaan gelap (konon lebih feel ar) dan ia tak berjaya bagi apa-apa mode seram pada aku tapi the second time aku layan cerita tu dalam bilik yang sama, berseorangan dan entah kenapa ia sangat menakutkan aku sehingga last-last aku tak tengok sampai habis plus tidur dengan lampu bilik terpasang. Sama macam first time aku baca novel IT, ia langsung tak menakutkan aku. Malah aku dah baca 3/4 dari novel tu dan aku rasa Stephen King ialah seorang penulis yang membosankan. Tapi the second time aku baca buku tu, semuanya berbeza.


Aku beli novel tu awal tahun 2009 kat kedai buku bundle ni. Waktu tu (waktu aku masih ada duit lagi) aku sentiasa beli 2 bijik buku satu-satu masa. Dan seperti biasa juga, selalunya salah satu buku tu akan jadi lebih best dari the other book dan the other book tu waktu tu ialah novel tu. Seriusly aku beli novel tu sebab ia ialah novel bestseller dari Stephen King yang terkenal sehingga dijadikan filem yang sangat menakutkan waktu zaman kanak-kanak aku dulu. Tapi entah kenapa novel tu sangat membosankan aku waktu tu. Bagi aku Stephen King menulis terlalu melewah-lewah sangat dengan penjelasan cerita yang terlalu jauh sangat lari dari cerita asal. So aku letak penanda buku dan baca second book yang aku beli dan unfortunately ia antara novel terhebat yang still bagi impak besar kepada aku sampai ke hari ni.


Tahun 2014. Aku dah hantar manuskrip penuh kat publisher dan menunggu respond dari diaorang. In a while aku nak baca novel tapi aku tak ada duit nak beli novel baru dan kebetulan aku memang aktif mendownload filem online dan masa tengah layan satu filem biasa-biasa ni then ada scene si pelakon kata dia menanggis pada bab terakhir IT by Stephen King. So disitulah bermulanya moment aku membaca semula novel tu. Dan entah kenapa kali ni novel tu totally freaking hell out of me. Hmmm.. 



Mungkin gak kebetulan pada masa aku start membaca beberapa event membaca kepada mode seram berlaku. Firstly: mak cik aku yang biasa turun kerja 6.30 pagi then turun sejam lebih awal dan  entah macam mana leh terjumpa satu makhluk lookalike manusia berbaju serba putih (kenpaa hantu mesti pakai baju putih je memanjang?) berjalan macam orang tempang melintas jalan raya depan kereta dia di kawasan yang hanya ada hutan je kiri kanan. Secondy kawan selaku jiran yang dah lama tak lepak then datang rumah dan cerita pengalaman dia jadi guard kat sekolah agama ni dan kawan dia jumpa pontianak dan masa kat sekolah Cina lak jumpa hantu pocong (hantu Melayu yang berada kat sekolah Cina? So macai BN). 

Tapi sejujurnya dua cerita tu tak menakutkan aku sikitpun. Ia lebih kepada tipikal cerita hantu yang berlaku kepada orang yang suka layan filem hantu keluaran Metrowealth je. Or may be novel IT tu memang creepy as hell kokt.






Siapa yang punya ingatan cukup jelas tentang apa yang berlaku sewaktu mereka masih kanak-kanak dulu? Semuanya pasti ingatan yang sedikit sebanyak bercampur imaginasi seterusnya membentuk memori yang samar-samar je. Contoh: Waktu aku kecik dulu aku takut habis dengan satu potret kat rumah arwah nenek aku kat Batu Pahat ni. Aku sampai tak berani nak masuk bilik tidur kami sebab ada potret tu tergantung kat dinding. Technically ia adalah lukisan yang cantik. Lukisan arwah nenek aku masa muda dengan pandangan mata yang sedikit hidup. Bila aku bagitahu emak aku tentang tut then dia just ketawa. Aku tak ingat sangat apa yang sebenarnya dah berlaku tapi rasa takut tu masih ada dalam diri aku sampai sekarang. Tapi what if kalau memang ada sesuatu yang berlaku masa aku  dulu dan potret tu benar-benar hidup sekaligus menjadi punca sebenar kenapa aku betul-betul takut. 


IT ni cerita tentang sekumpulan orang dewasa yang punya memori kanak-kanak yang cukup menggerikan. Mereka tak ingat sangat apa yang dah berlaku sekitar 27 tahun yang lepas tapi rasa takut tu masih lagi terbawak-bawak dalam diri mereka tanpa mereka sedar dan apabila mereka perlu kembali ke tempat tu untuk melalui semula apa yang mereka pernah lalui sebelum ni then ia totally shit creepy ar sehingga salah seorang dari mereka sangat takut dan bunuh diri. Even sejujurnya baca novel ni untuk kali kedua buat aku jadi goosebump je sepanjang masa. 










Imagine suatu hari anak kau mengadu kat kau kata anak jiran sebelah rumah kacau dia then kau jelaskan kat anak kau yang rumah sebelah tu sejak dari kau kecik lagi dah tak berpenghuni dan entah kenapa ia tiba-tiba membuatkan kau teringat balik pada kawan zaman kau kanak-kanak yang selalu main sama dengan kau dulu dan penjelasan anak kau dan memori kau tentang budak tu totally sama. Hmmm..

Tuesday, February 4, 2014

Bissme S Yang Sangat COOL..!!!

Aku seorang lelaki yang ada masanya sangat tak dapat nak sembunyikan perasaan aku. Kalau aku happy then korang dengan mudah akan dapat perasan sebab riak wajah, perbuatan, kata-kata aku memang akan menggambarkan perasaan aku tu. Dan perasaan-perasaan aku yang lain. So bila aku kata aku suka satu buku tu sebab ia sangat best then aku akan menegaskan sepenuhnya yang buku tu sangat best banyak-banyak kali sehingga kalau kau wujud dekat aku sekarang ni then kau akan jadi sangat boring sebab aku akan kata benda tu berulang-ulang kali. Hmmm..


Bissme S ialah seorang penulis yang hebat dan bukunya Doubt ialah buku yang hebat yang aku pernah baca. Ayat dia bila menerangkan scene passionate sehingga boleh buat kau rasa orgasme. Kalau scene tak perikemanusiaannya pulak akan buat kau rasa sangsi pada setiap orang yang ada disekitar kau. Even kalau kau seorang yang fokus membaca dan punya imaginasi hebat then kau mungkin akan kemurungan sebab buku ni totally haunted. Malah aku sendiri masih lagi dihantui oleh idea yang dibawa oleh buku tu walaupun dah setahun kali terakhir aku baca buku tu. That why ada term kata idea ni umpama racun yang boleh bunuh kau perlahan-lahan. Sejujurnya membaca buku ni membuatkan aku percaya yang orang yang digambarkan dalam buku tu sememangnya wujud dalam dunia ni. Cumanya kita tak berkesempatan untuk jumpa je dan kalau kita jumpa then kita sangatlah tak bernasib baik.


Jadi aku kelaskan buku Doubt by Bissme S sebagai buku yang akan buat kau menyesal kalau baca tapi kau akan lebih menyesal kalau tak baca. Hmmmm...




....




Melalui review aku tentang bukunya then kami jadi kawan di FACEBOOK. Aku tak suka judge orang yang aku tak kenal tapi sejujurnya aku takut pada dia. Aku imagine penulis cerita psiko pasti seorang yang agak psiko dan menakutkan jugak in real life. Wakaka. Tapi dia sangat baik dan cool bila tadi dia boleh bagi aku dua cerpen pendek yang belum lagi keluar dalam buku keduanya kelak. How cool is that? Dan aku sangat goosebumps sepanjang tempoh aku log in e-mail, download file word tu sehingga aku baca sepatah demi sepatah perkataan dia. Feelnya sangat menakutkan tapi teruja nak baca lagi dan lagi. Bila dah habis then lega dan sangat puas hati. Then kami berbalas mesej di FB Messenger dan aku a.k.a lelaki yang tak tahu malu telah mintak satu request supaya aku jadi salah satu watak dalam cerpen dia di mana endingnya aku akan mati dengan penuh brutal, epic and tragic. Dan dia yang sangat cool telah setuju.. Gosh, sangat cool rite?



Korang boleh imagine tak baca sebuah buku then nama watak tu sama ngan nama kau sehingga menjadikan imaginasi kau berganda dan kau tak berani lagi keluar rumah sebab takut setiap apa yang berlaku dalam cerita tu akan benar-benar berlaku in real. Wakaka..








Then korang tanya "Kenapa kau nak watak kau mati penuh epic, tragic dan brutal?" Sebabnya ia ialah salah satu ciri yang aku suka pada penulisannya. Dia tak menulis cerita yang ada happy ending. Kalau ada pun then ia akan jadi out of norma. Then setiap ceritanya melanggar semua taboo yang orang tak berani nak buat. Dia langgar part agama, bangsa, umur, pangkat, gender etc. Cumanya part yang aku tak suka pada penulisan dia ialah setiap satu cerpen tu terlalu pendek. Rasa macam tak puas lak. Better kalau dijadikan filem or novel barulah lebih syok.

Sunday, January 26, 2014

Aku Hilang 10 000

Minggu lepas aku baru hantar manuskrip penuh projek kedua aku. Semalam publisher dah pulangkan balik part yang dah diedit dan beberapa part yang perlu aku buang sendiri. Tengok punya tengok hampir 10 000 patah perkataan dah hilang oleh editor. Duh., aku tulis around 70 000 dan sekarang tinggal hampir 60 000 je lagi. Hmmmm..


Memang ar aku akui yang ada part memang patut dibuang sebab tatabahasa aku memang teruk, perbendaharaan kata aku lemah tapi ada part tu memang aku masukkan in out sepenuhnya. Gosh.., 10 000 banyak tu wey. Around 5 chapter (kalau satu chapter ada 2000 patah perkataan ar). Even ada chapter tu sampai 1000 patah perkataan dah dibuang. Apa lagi yang tinggal..? Kalau satu project ni umpama sorang perempuan yang nak jadi cantik tapi apa yang dibuat ialah juru make up tu ialah korek biji mata sebelah, potong sebelah telinga atau patah sebelah kaki. Hmmmm



...


Dalam masa yang sama aku pun dah start buat project ke tiga. Proposal yang aku hantar dulu dapat beberapa komen yang aku setuju so aku buat baru. Dah around 10 000 patah perkataan gak. Tapi.., ada tapi lagi. Labtop yang aku guna sekarang ni agak uzur sedikit. Ada masanya ia akan tertutup itself sehingga menjadikan kerja aku terhenti. Tapi thanks goodness ia boleh recover itself. Dan entah macam mana aku rasa semuanya okey sehingga lepas aku terima email yang menyedihkan tentang kehilangan 10 000 patah perkataan tu then aku bukak ar project ke tiga ni dah aku penuh in shock ia hanya sehelai blank page. Aku ingat aku pernah select all dan save tapi aku tak ingat yang aku tertekan backspace or space or apa-apa entah between it. Menjadikan aku dah kehilangan 10 000 lagi patah perkataan. Hmmm..









Sejujurnya aku sangat sedih dan gave up. Hmmm..

Saturday, November 30, 2013

Roman Berahi

Dear followers and readers,
Roman Berahi aka novel pertama aku dah officiallynya dijual kepada umum. Korang yang ikut blog aku diwajibkan membeli benda alah tu. Macam mana nak dapatkan sebijik ?(or aku cadangkan setiap sorang wajib membeli sepuluh bijik untuk bagi kat kekawan, jejiran dan kerabat keluarga). Once again korang gi FACEBOOK dan search Darma Press. Korang boleh beli online di situ.


Ataupun kalau korang jenis yang setiap kali nak beli buku kena pegang benda tu seketul-seketul so korang boleh pergi ke kedai-kedai buku terpilih (haa, betapa specialnya buku aku sehingga hanya dijual kat kedai buku terpilih jer tau) seperti di bawah.





Dan sekali lagi, korang diwajibkan membeli bukan satu tapi sepuluh bijik seorang.














Sekian. Wassalamu.

Friday, November 22, 2013

Update

Aku mintak maaf sangat-sangat pada mereka-mereka yang masih lagi check blog aku walaupun aku dah lama sangat tak update. Aku akui yang orang yang singgah ke blog aku dah merundum lebih 50% but still masih ada lagi yang sudi melawat dan mengharap akan ada post baru. Tapi malangnya tak. Asyik-asyik post aku dan berak tu je lagi. Wakaka.


Post kali ni pun sebenarnya bukan post sebenar. Sekadar nak update untuk memastikan korang tahu yang aku masih lagi hidup dalam keadaan waras. Hmmm.. Dalam otak aku memang ada banyak issue yang nak dishare macam isu result UPSR, SPM or sunat etc tapi aku tak ada masa nak update blog. Bunyik macam tipu jer sebab semua tahu kot yang aku ni mengganggur sepanjang masa. Tak kan tak ada sekelumit masa pun untuk update blog. Tengok porn sambil melakukan aktiviti 18SX boleh je memanjang. Ops..!!


1.
Memang lah aku ada masa tapi most of the time otak aku dah macam span yang dah diperah sekuat-kuatnya. Otak aku dah letih nak menghasilkan ayat-ayat baru. Sebab manuskrip untuk novel ke dua dah almost 80% siap. Plan kalau boleh sebelum 2013 ni tamat aku habiskan keseluruhan manuskrip.Masalahnya nak menghabiskan setakat berbelas ribu patah perkataan tu sangatlah hazab. Aku rasa aku dah asyik ulang balik perkataan yang sama jer. Perbendaharaan kata dalam leksikal otak aku dah muflis dah kot. Akibatnya aku memang sangat stress. Menghadap labtop hampir satu hari tapi perkataan yang ditaip tu berapa patah jer. Hmmmm..


2.
Last week aku bukak email. Aku sangat terkejut sebab proposal yang aku pernah hantar sekitar 4 bulan lepas yang aku fikir tak ada jawapan sampai sekarang rupanya dah beberapa kali direply. Mati-mati aku fikirkan yang idea tu ditolak. Rerupanya email balasan tu secara automatik telah dimasukkan ke bahagian spam. Duh, selamatlah company tu sentiasa bagi update tanya. Kalau tak mesti aku dah terlepas job ni. Aku sangat bersyukur ar. Betapa rezeki tu tangan tuhan. So lepas tamat manuskrip novel kedua ni makanya aku akan fokus untuk manuskrip novel ke tiga pulak. So makin ar aku tak ada masa nak update blog yaaa.. Hmmm




3. 
Novel pertama aku: Roman Berahi akan start dijual pada Sabtu ni di program Eksotikata kat Rumah Pena. Kalau korang nak tahu maklumat lanjut just pergi page FACEBOOK diaorang dengan carian Darma Press. Aku tak pasti sama ada ia dah dibuka untuk jualan on-line. Check update bagi penerbitan tu sendiri. Aku cukup teruja sebab baby pertama dah keluar. Cuma peringatan yang cerita ni ideanya agak berat dan 18SX tapi ia diterjemahkan dalam bahasa yang cukup ringan. Ia lebih kurang macam menulis blog yang punya jalan cerita. So kalau korang suka gaya aku bercerita dalam blog so lebih kurang sama gak ar aku bercerita dalam novel tu. Jangan lupa beli yaaa..


4. 
Dua tahun melalui era pengangguran bukan benda yang mudah. Banyak benda yang aku tak dapat buat. Aku tak dapat nak enjoy makan luar, minum Starbucks, jalan malam-malam, hisap rokok, beli itu ini. Lebih teruk lagi bila jam aku patah (sangat awkward bila tak pakai jam), high cut sneaker aku hilang (aku yakin ia kena curik), kamera aku hilang etc. Waktu ada duit awal-awal dulu, dengan senang je aku ganti baru tanpa peduli harga. Lebih teruk bila benda yang remeh temeh yang kita nampak macam murah tu sebenarnya menghakis duit kita dengan banyak. Tapi bila tengok dari part positifnya: aku lebih menghargai nilai duit.

Antara benda yang aku paling rindu ialah mode membeli dan membaca buku. Buku terakhir aku beli ialah Ilusaniti oleh Adib Zaini. Rasanya setengah tahun gak dah berlalu. So pagi ni tadi aku ternampak iklan kawan kat FACEBOOK tentang satu jualan buku ni. Al kononnya diskaun sekitar 70-90 %. So habis solat Jumaat aku terus jer pergi Hock Lee Centre dengan niat nak tengok-tengok je dulu. Kalau jumpa buku bagus ngan harga bagus so mungkin akan rempat sebijik dua. 

Banyak gak buku diletakkan dekat area lobi shopping mall tu. Beribu ada gak ar. Masalahnya ia tak diatur secara sistematik. Pergi satu meja jumpa satu buku ni then pergi meja lain pun jumpa buku yang sama. Buat kepala pening ar. Tengah belek-belek buku then terjumpa satu kupon ni. Aku tanya pekerja. Diaorang kata kupon tu diletakkan secara random so aku boleh beli mana-mana buku maksimum 5 dengan setiap satu buku dengan nilai RM1 jer. Just imagine kalau satu buku tu standard harga RM35 then diskaun jualan ni RM8 tapi kupon aku tu menjadikan harga buku tu RM1 jer. 








Tengah-tengah nak cari 5 buku tu aku terjumpa lagi another kupon. Akhirnya aku telah merembat 10 buah buku dan hanya perlu bayar RM10 jer. Duh betapa nilai sepuluh bijik buku dan nilai RM10 untuk seorang penganggur ni sangat besar dan bermakna. Ia buat aku sangat-sangat happy.

Sunday, October 20, 2013

Aku Nak Promo Roman Berahi Wey..

Selama ni asyik nak ulas dan komen novel orang je. Membaca dan bagi komen yang tak puas hati itu, tak puas hati ni memang senang ar. Sekarang ni aku bakal menerima nasib yang sama apabila novel pertama aku akan keluar Insya-Allah dalam bulan sebelas ni. Sebab semalam salah sorang ahli Darma Press (publisher) aku dah totally confirmed dan dah kata aku boleh buat promo awal before novel tu betul-betul keluar. Hmmmm..


Atas ni ialah cover depan dan belakang. Roman Berahi ialah tajuk yang disuggest oleh editor sebab tajuk asal aku agak tak menepati kehendak penerbitan. Sinopsis belakang bukunya pulak kat bawah ni. 


Kalau tak dapat baca then klik gambar tu. Untuk dapatkan maklumat lanjut tentang bila ia officially keluar dan di mana or macam mana korang boleh dapatkan novel ni kelak then gi FACEBOOK dan search Darma Press. 








Kalau korang baca post ni nasihat aku jangan bagi apa-apa big expectation sangat pada novel ni ar. Takut nanti bila korang dah baca then korang akan down pulak sebab tak mencapai ekpektasi korang. Lagipun ini novel pertama. Banyak kurang itu ini. Plus bagi hint sikit: kalau korang follower blog aku then korang pasti boleh relate certain post dengan novel tu.












Seriusly aku sangat teruja plus happy sebab baby pertama aku dah keluar officially. Novel kedua pulak around 70% siap dan insyallah next year keluar. So menganggur untuk 2 tahun tapi mampu menghasilkan 2 novel tak adalah sound cam aku menghabiskan saki baki usia remaja dengan sia-sia ar kan..?














dan pesanan terakhir:
KORANG MESTI BELI ROMAN BERAHI..!!

Monday, July 1, 2013

Earn & Manage

Sorry banyak-banyak sebab dah lama tak upload post baru. Nak check blog pun sangat jarang. Kau tanya aku dah bekerja ke..? Naa, aku masih lagi setia dengan kerjaya pengangguran aku. Cuma recently ni aku ada projek yang aku dah set kan due datenya yang perlu aku kejar. Projek apa..? Kalau korang follow Instagram (search aj_abdullah) aku then korang dah tahu ar tapi bagi yang tak tahu lagi tu, nanti kalau dah siap aku bagitahu ar.


Projek ni memerlukan aku menulis around 60 000 patah perkataan. Dan aku set dalam sebulan setengah, semuanya dah ready. Untuk menjayakan misi tu aku cuba paksa diri aku menulis 2000 patah perkataan sehari. Kalau ikut rasional matematik then ia memang logik untuk terlaksana ar tapi masalahnya aku ni manusia yang hidup based on mood. 

Imagine dalam satu hari ada 24 jam tapi aku hanya ada mood menulis pada waktu malam sekitar dari jam 9 hingga 12 malam jer. Itupun aku menulis depan TV so alamatnya hanya ketika iklan je lah baru aku start menulis. Itu belum lagi berlaku part otak jam tak dapat nak tulis sepatah haram. Sepanjang 3 hari lepas aku tak sentuh langsung penulisan tu. Jadi alamatnya macam mana aku selesaikan semua benda tu dalam sebulan setengah yang aku dah set kan tu..? Haram jawabnya.

Cumanya mood aku ni senang dibentuk. Aku boleh menulis dengan lancar plus panjang lebar pada waktu siang tapi pada tempat-tempat tertentu jer. Library..? HELL NO..!! Aku tak boleh buat apa-apa pun dalam keadaan yang terlampau sunyi termasuk baca buku. Library akan buat aku ngantok dan hilang fokus. So antara tempat yang cukup sesuai untuk aku menulis ialah di STARBUCKS Kuching International Airport. Tempat tu ramai orang lalu lalang, bising dan manusia buat perangai pelik-pelik. Di tempat macam inilah idea aku akan mengalir macam waterfall masa musim hujan. Hasilnya dari jam 9 sampai 1 petang tu menjadikan aku menulis lebih 3000 patah perkataan. 

Then kau tanya "3000 patah perkataan jer dalam 4 jam tu..?" So aku jawab: Bro, benda nama penulisan ni tak sama macam kau kena denda zaman sekolah dulu. Cikgu suruh tulis 'Saya berjanji tidak akan ponteng sekolah lagi' sampai penuh buku latihan sekolah tu tak sama, bro. Kau pejam mata sambil tidur pun boleh tulis lagi. 3000 patah perkataan dalam 4 jam tu macam kau nak keluarkan setitik air dari baju yang dah kering. Hmmm..





Tamat menulis, aku tengok jam: hari masih awal lagi so aku jalan-jalan ar. For your information, aku ni seorang yang kuat berbelanja. So recently bila aku masuk dan keluar dari satu kedai tanpa beli apa-apa then aku sangat berbangga dengan diri aku. Kiranya aku berjaya menolak godaan membeli belah ar. Tapi masalahnya ia tak berlangsung dengan jayanya ar. Contoh: bila masuk kedai pertama then aku berjaya tapi bila masuk kedai kedua pulak then mata jadi rambang dan aku beli lebih banyak. Just imagine je lah yang minggu lepas aku terbeli 2 t-shirt. Bila fikir-fikir balik, ada banyak t-shirt di rumah kot. Even ada baju yang tahun lepas aku beli tapi aku baru pakai sekali jer. 

Sama macam hari ni tadi. Masuk beberapa kedai (dengan matlamat just nak cuci mata tengok-tengok jer) then keluar tangan kosong. Bangga wei. Tapi masuk satu kedai lain lagi then terus sambar satu topi, gi depan cermin dan nampak cantik dan terus gi kaunter dan bagi duit. Bila dah dapat duit baki then waktu tu lah baru keluar dalam otak aku: Gosh, apa yang aku dah buat ni tadi? Apa faedah aku beli straw hats ni? Bila masa aku nak pakai benda alah ni? Walaupun harganya sekadar RM19.90 tapi aku dah menganggur lebih setahun setengah ni wei...












Menganggur untuk lebih setahun setengah dan kau masih lagi boleh shopping then ia adalah sesuatu yang hebat tapi tak ada sumber kewangan langsung untuk setahun setengah ialah super disaster...!!










Then aku realize yang Im good in money management but Im worst in earning it.. Hmmmm..

Monday, March 4, 2013

Tajuk..?

Aku ada satu habit. Sebelum aku nak tulis satu post kat blog ni then perkara pertama yang aku fikirkan ialah tajuk. Selagi aku tak ada tajuk yang aku rasa sesuai or aku suka then selagi tu aku tak akan selesa menulis. Ia akan buat aku resah gelisah tak tentu pasal. Entah apsal aku cukup merasakan yang tajuk tu satu elemen yang cukup penting dalam penulisan. Ia seperti nama pada manusia. Kalau kita baru dapat anak then tak kan ar kita nak bagi nama anak sesukahati kan? Sebab nama tu akan represent si anak secara keseluruhan. Hmmm..


Waktu aku belajar dulu, satu cerpen aku dipublish kat sebuah majalah Dewan Bahasa. Pensyarah kelas elektif aku aka seorang penulis gak: Dr Mawar Shafei sangat happy bila dia dapat tahu aku aka pelajar kelas elektif dia (yang bukan dari program Kesusasteraan Bahasa Melayu dia sendiri) leh publish cerpen under Dewan Bahasa tapi dia jadi marah bila aku bagitahu yang tajuk cerpen tu ditukar oleh editor tanpa pengetahuan aku.

Dr Mawar kata penulis ada ego dia sendiri yang wajib dipertahankan. Walaupun editor ada kuasa nak tukar apa-apa tapi dia kena bagitahu penulis gak tentang pertukaran tu. Sebab dia sendiri pernah alami situasi yang sama masa awal penulisan dia dulu. 







Tajuk yang aku pilih untuk cerpen tu ialah Lari Dan Sembunyi. Cuba teka apa tajuk yang dipilih oleh editor? Dia pilih tajuk Kakiku. Seriously..?Hmmm..










Pagi tadi aku terima sms dari owner publisher ni. Dia bagitahu yang manuskrip aku dulu diterima dan kalau tak ada aral melintang nanti tengah tahun ar publish. Walaupun lambat still aku bersyukur ar. Cuma part yang tak bestnya dia kata yang tajuk pilihan aku terpaksa ditolak dan digantikan ngan tajuk yang lebih sesuai. A bit sedih gak ar. Sebab ia ambik masa yang cukup lama untuk aku pilih tajuk tu then baru aku mulai menulis idea cerita. Tajuk yang bakal diganti tu belum dia bagitahu lagi tapi at least dia bagitahu gak ar kan? 










Hmmm

Friday, September 7, 2012

Memoir Of An Imaginary Friend Review

Korang ada imaginary friend tak masa kecik dulu? Kalau jawapan korang ya then it is biasa lah kot tapi kalau jawapan korang 'Yaa, ia masih kekal bersama aku sampai sekarang (sekarang merujuk usia korang dah 20++ ar)' then there must be something wrong with you. Hmmm..


Aku tak pasti sama ada aku pernah ada imaginary friend tak pada masa aku kecik dulu. Sebab rasanya aku anak bongsu dan aku sentiasa ada abang dan jiran-jiran anak polis masa kecik dulu so aku rasa imaginary friend tak pernah sempat wujud kot. Sebab mostly bebudak yang either anak tunggal, kejiranan x ada bebudak seusia, or punya imaginasi tahap hebat jer yang mampu menghasilkan imaginary friend. Plus aku punya masalah sukar menghasilkan imaginasi sehebat tu even sampai sekarang. Hmmmm..

..

Masa aku gi bookstore last Monday nak carik novel untuk dibaca then bila aku ternampak buku ni terus pandangan aku stop kat situ buat seketika. Entah apsal aku sangt tertarik ngn buku yang punya tajuk yang amat panjang recently. Mungkin sebab kalau satu novel ni tajuknya sangat pendek then kita leh fikir banyak kebarangkalian apa yang leh berlaku sepanjang novel tu tapi once tajuk novel tu sangat panjang cam novel ni: Memoir Of An Imaginary Friend then kita tahu yang ia ialah tentang Imaginary Friend tu jer. Hmmmm..

Walaupun cover novel ni rasanya sangat ringkas cam logo kemerdekaan Malaysia yang ke-55 lepas but still aku  terus nak beli buku ni (walaupun reality aku dah aim awal-awal 2 novel lain nih. Hmmm). Balik rumah aku terus baca dan semalam (Khamis) baru tamat. Then korang leh agak ar kot yang novel ni biasa-biasa jer sebab kalau novel yang best then it takes less than a day ar untuk aku tamatkan. Then aku leh kata yang prediction korang tak sepenuhnya betul ar. Wakaka

Novel ni bermula ngan agak perlahan tapi tak lah sampai tahap membosankan. Ia lebih kepada cam korang sedang mendengar anak buah korang yang baru jer masuk tadika tengah cerita tentang kawan dia kat sekolah, apa cikgu dia ajar bla bla bla. Walaupun ia comel tapi it seem like korang dah alami benda yang sama cam last 20 years. Effectnya tak sama berbanding kalau kawan seusia korang cerita benda yang berlaku in their life yang korang terus leh relate ngan life ko gak.

Cerita ni narratornya ialah BUDO iaitu imaginary friend kepada MAX. Max is a special kid yang masih bersekolah rendah yang mengimaginasikan yang imaginary friendnya tua beberapa tahun dari dirinya so most all of this story lebih kepada bagaimana persepsi kanak-kanak melihat dunia. Dan ada beberapa part ar yang akan buat korang tersenyum sendiri sebab ada words yang as an adult ia adalah biasa tapi big deal for the kids. One thing yang akan buat korang tabik spring pada penulis buku ni ialah sebab dia dengan berjayanya menghasilkan penulisan yang seolah-olah ia memang kanak-kanak yang menulis. Hmmmm..

Penulis gak ngan bijaknya menghasilkan dunia imaginary friend ni ngan rapi dan terancang seolah-olah dunia tu memang wujud dia sekeliling kita. And each and everyone of us mungkin pernah ada imaginary friend sendiri tapi as kita do not believe in them anymore then 'mereka' poop dan hilang. It hard untuk aku jelaskanlah sebab korang kena baca ar. Plus penulis ni jugak akan buat korang terfikir: just because korang tak nampak sesuatu tu then tak makna ia tak wujudkan? Hmmmm

Then bila ia dah masuk konflik utama dalam cerita ni bila there an accident happen to Max dan start dari bab tu aku yakin korang akan terus baca novel ni terus sehingga ke penamat. Aku cukup yakin once korang masuk bab tu then korang tak akan senang dudok ar. Ia akan jadi sangat-sangat mencemaskan. Korang akan sumpah seranah dan dalam masa sama may be korang akan respect pada penjahat dalam novel ni. Aku tak nak bagitahu what happens sebab nanti akan menspoilkan minat korang baca gak. 
























Dan aku pulak ialah seorang yang tak suka happy ending pada sesebuah cerita dan novel ni totally menepati kehendak aku. So kalau korang nak tahu what happen to Max and Budo then dapatkan buku ni. Cukup pasti aku bagi hint yang memoir ialah perjalanan hidup seseorang since dari lahir hingga endingnya so someone memang akan mati pada ending buku ni tapi siapa dan kenapa ia tak happy ending bagi aku? Baca sendiri. Hohoho














Cukup pasti buku ni tak bermula ngan bab 1 dan aku tak tahu kenapa.

Thursday, August 30, 2012

Aku Menulis

Aku x tahu kenapa Tuhan bagi aku bakat melukis. Aku hanya tahu setiap aku pegang sebatang pencil mekanikal dan melakar pada sehelai kertas putih lalu menghasilkan satu bentuk muka manusia. Sedangkan ada manusia lain yang sanggup menghabis ratusan ringgit untuk menghadiri kelas-kelas tertentu semata-mata untuk menghasilkan satu bentuk lukisan yang sama. Dan aku x mahu menjadi seorang pelukis. Lalu kenapa Tuhan memberikan aku secebis bakat tersebut? Hmmmm


Pada usia 27 tahun, aku menganggur lebih separuh dari tahun ini untuk mencari sesuatu: bukan kerja dan bukan juga duit tapi sesuatu. Kalau aku kata aku masih lagi mencari diri sendiri pada usia 27 tahun then may be ada kebenaran gak di situ sebab perjalanan mencari diri sendiri ialah life time journey yang hanya akan tamat bila kehidupan kita dah tamat aka mati. Bagi aku kehidupan ialah seperti satu buku di mana dalam babak demi babak kita mulai faham teka-teki yang cuba disampaikan oleh si Penulis. Lalu pada usia 27 tahun ni babak dalam buku cerita aku sedang mencari kepuasan hidup. Hmmm..




Aku mengkelaskan diri aku sebagai seorang lelaki yang pendiam. Yap, walaupun bila bersama kawan-kawan aku agak banyak bercakap tapi ia sekadar satu special mode. Sebab bila di luar kelompok kawan-kawan aka bila di rumah bersama keluarga, aku seorang anak yang lebih gemar berdiam dan berada di dalam bilik. Aku x suka bercerita tentang apa yang berlaku dalam hidup aku atau apa masalah yang sedang berlaku pada aku kepada family members aku. As aku selalu terfikir: kalau aku mati then aku akan jadi seperti satu teka-teki yang tak ada jawapan dan tak ada soalan untuknya. Hmmmm..

Aku bukannya x percayakan family aku, I do believe them cuma aku seorang anak yang berbeza. Berbeza dari bentuk muka ngan adik beradik lain dan berbeza dari segi perangai. It seems like adik beradik aku ialah cerita Ahmad Idham yang penuh dengan skrip humor meanwhile aku ialah cerita Yasmin Ahmad yang most of the scene kosong tanpa kata-kata. I just dont talk.













I used to have few journal dan diaries before aku start blogging. Diari tu dulu aku x suka diari yang dibeli sebab ruang menulisnya sikit. Diari aku pulak biasanya sangat penuh. Rasanya aku berhenti menulis di diari bila aku dah start berblogging. Kira tiga/empat tahun lepas gak ar. Bagi aku blogging lebih kepada diari yang lebih bersifat komersial, x dapat nak tulis perkara rahsia sangat sebab ia leh dibaca oleh seluruh manusia di dunia dan di boleh dikomen. Tak berbeza gak ngan diari ar sebab masa aku universiti dulu, sorang roomate aku ni suka baca diari aku secara sembunyi-sembunyi tapi dia selalu bising "Aj, apsal ko tulis sikit jer tentang aku ar...?" LOL









Bagi aku menulis ialah satu kepuasan. Walaupun aku nak sangat menulis dengan pendek tapi punya makna besar dan hebat cam Megat Eusofe menulis dalam blognya tapi aku x dapat. Im not as wise as him. Aku perlu menulis dengan detail untuk menjelaskan sesuatu yang detail. Itu cara aku nak berkongsi cerita aku. Hmmmm..















...










Last May aku menulis satu proposal kepada satu syarikat penerbitan buku ni. Setiap hari aku check e-mail dengan harapan there will be a reply tapi hari berganti minggu berganti bulan. As a writter ni pernah kata: kalau 3 bulan x ada jawapan that mean dah tiba masa untuk gi ke syarikat penerbitan lain. Tapi bila fikir-fikir balik, x mungkin ada syarikat penerbitan lain nak terima proposal tu sebab hanya penerbitan tu saja yang cukup gila untuk mempublishkan cerita segila tu. Hmmm..

Yap, aku gave up sehingga aku check e-mail seminggu sekali jer itupun untuk membuang spam e-mail yang asyik nak membesarkan penis  or ada putera raja Afrika yang nak bagi duit free jer. Until pagi tadi aku dapat 2 reply.

Reply yang pertama tu ialah dari syarikat penerbitan tu yang bila aku baca ia totally buat aku terkesima sambil azan Suboh sayup-sayup kedengaran. Walaupun ia x bagi apa-apa waranty yang proposal aku tu totally akan dipublishkan as a book tapi ia sangat-sangat buat aku gembira sebab ia kata penerbit akan call me soon. Oooh, happynyer.

Second reply pulak dari orang yang pernah upah aku untok tulis tessis master dia dulu. Yap, aku dapat A untuk tessis master tu sehingga buat dia nak ambik PHD pulak dan suroh aku buat tessis PHD untuk dia lagi. Gila ke apa? Dah ar bayaran ciput then streesnya besar. Bagus aku sendiri jer yang ambik PHD kalau cam tu. 















Btw doakan aku agar aku dapat hasilkan sebuah novel sendiri. Huhuhu.

Monday, June 18, 2012

My Unborn Grandchildren

Mimpi kekadang sangat-sangat menarik dan leh capai box office kalau ditranskripkan ke dalam bentuk filem or drama sebab ia mostly sangat kreatif dan berbeza (walaupun kekadang mengarut). Yap, aku juga maksudkan selain dari Inception atau lagu Umpama Mimpi Dalam Mimpi (as kami adik beradik waktu kecik dulu kata Umpama Mimpi Coco Jelly). Cumas as kajian kata average manusia akan lupa separuh mimpi tu dalam kurang 3 minit after terjaga dan akan lupa keseluruhan selepas 5 minit berlalu. Hmmmm.


Contoh cam mimpi aku tadi yang bagi aku sangat menyentuh hati ar dan penuh sentimental value ar. It started apabila aku didatangi oleh 2 orang teens: sorang girl dan sorang boy. Based on pemerhatian aku that 2 teens tu cam adik beradik sebab muka satu acuan jer dan ompuan tu kakak ar sebab nampak lebih matang dan berkeyakinan diri. 

Kedian both kuar satu statement yang x leh blah kata "Kami cucu atok dari masa depan.." sedangkan umor aku still sama cam sekarang iaitu 27. Kalau standard cerita biasa then pasti aku akan terkejut tak percaya dan persoalkan itu ini tapi sebaliknya dalam mimpi tu pulak aku sangat cool. Mungkin sebab aku dah biasa sangat menjamukan otak aku ngan cerita science fiction cam tu selama ni kot. So aku balas balik kata:


"Kamu anak Iman atau Nurul Iman...?"
(sebab aku ada imaginasi kata kalau aku ada anak lelaki then aku namakannya Iman meanwhile kalau girl aku bagi nama Nurul Iman)

"Nurul Iman, atok..."

So aku panggil mereka dekat dan aku peluk dan cium fore head mereka. So yang lelaki tu pun terus jer lap dahinya lalu kata:

"Atok ni memang tak pernah berubar ar. Dari muda sampai tua asyik nak cium orang jer.." Then kami bertiga terhenti, saling memerhati dan ketawa besar.

Kemudian kami terus bercerita. Disebabkan aku x pernah plan untuk kahwin atau milikki keluarga sendiri so aku pun cuba nak korek cerita dari cucu-cucu aku dari masa depan ni. Aku nak tahu siapa isteri aku, cam mana  or kat mana kami berjumpa, dia apa khabar etc tapi both of mereka pilih untuk tak nak komen. Mereka kata takut nanti aku akan cuba mengubah masa depan. Entah apsal jauh dalam hati aku tahu apa sebenarnya yang berlaku even tho it not happen yet. So aku kuar statement kata:

"Korang tak nak komen apa-apa sebab korang tak pernah berkesempatan nak jumpa opah korang kan...?"

Mereka just mengangguk. Muka pun dah start nampak sedih so aku alihkan cerita. Aku tanya tentang ibu dan pak cik mereka. Apa khabar mereka, apa yang mereka buat etc. So mereka terangkan:

"Emak sihat-sihat jer. Dia jadi suri rumah sepanjang masa. Emak selalu kata jasa terbesar atok yang dia tak mampu nak bayar balik pada dia ialah mengajarnya ilmu agama.." waktu tu aku rasa terharu sangat. Sebab utama aku bagi nama anak-anak aku Iman ialah kerana walau ia pendek tapi maknanya cukup hebat. Aku mahu anak-anak aku jadi seorang yang beriman. Dan based on cerita mereka buat aku bertambah tenang. Kemudian si kakak meneruskan ceritanya:

"Tapi emak tak mewarisi bakat atok. Emak selalu kata dia nak pegang pencil pun tak mampu. Hanya Pak Ngah dan Pak Usu jer yang ...."

"Pak Usu...?" aku potong kata si kakak. Aku tak tahu rerupanya ada yang ketiga. Dia just menangguk.

"Cuba teka namanya...?"

Dalam otak aku terfikir beberapa nama. Cukup pasti bukan nama yang panjang-panjang dan susah disebut. Aku hanya pentingkan makna disebalik nama tu jer.

"Islam...?"

Kedua-duanya menangguk. So kami berterusan bercerita dan ketawa sehingga aku tanyakan satu soalan terakhir sebelum aku beralih ke mimpi yang lain. Aku tanya mereka berdua:

"Kenapa kamu berdua datang jumpa atok hari ni yaa?"

It takes few minit untuk mereka berdua tergamam tanpa sebarang kata. Ia buat aku faham. So aku terus saja memeluk mereka. Dan kucium fore head mereka. Kali ni si kecik tu dah tak mengelapnya lagi. Sebaliknya dia yang selamanya berdiam akhirnya bersuara:






"Abang rindukan atok..."




Aku just senyum.

Thursday, April 26, 2012

Aku Menulis

Setiap kali baca novel yang best akan buat aku fikir cam nak buat benda yang sama gak. Tapi setiap kali baca novel yang tak seberapa nak best or memang tak best akan membuatkan rasa membuak-buak nak menghasilkan novel yang jauh lebih best dari tu sambil dalam otak kata "Novel tak best cam ni pun leh publish ?". Tapi bila dah start nak menulis then tak ada motivasi. Hmmm..


Aku nak menulis. Aku nak menulis satu novel yang lucah sepertimana ia menggambarkan otak aku yang lucah. Aku nak menulis menggunakan gaya bahasa yang berterabur, rojak, bercampur, rendah, hina, dina sama seperti ia menggambarkan otak aku gak. Aku nak menulis tanpa mempeduli sikitpun pada rumus tatabahasa Bahasa Melayu yang rumit lagi merumitkan. Aku nak menulis apa yang hati aku nak aku tulis so apabila orang baca then mereka akan faham apa yang aku rasa.

Dan apabila aku nak gambarkan sau scene tu then ia akan jadi satu yang sangat detail. Kalau satu adegan lucah tu then ia akan jadi betul-betul lucah. Aku akan gambarkan setiap anggota badan, setiap pergerakan, setiap bunyi yang terhasil, setiap titik peluh. Biar pembaca yang membaca scene tu jadi benar-benar ghairah dan berakhir dengan mandi wajib.. Hahaha..






























Tapi masalahnya aku tak ada motivasi nak menulis novel... Wakaka

Thursday, April 5, 2012

Hunger Gmae: Book Review

Last 2 day aku baru tamatkan pembacaan buku Hunger Game. Yap, pengaruh dari movie yang buat aku terfikir cam mana lah agaknya ia dari versi buku sebab most of the time filem remake based on buku akan dapat down thumb by book fan ar. Plus second reason sebab jalan ceritanya yang berbeza sikit. It not an everyday event korang leh tengok rancangan realiti yang memerlukan someone to kill someone else untuk survive dan totally pemenang kan? Hmmm..


Firstly ia adalah sebuah cerita remaja. Yap, literally aku seorang remaja tua yang membaca novel remaja. At least aku tak ar rasa buduh sangat cam masa baca buku Harry Potter and The Deathly Hallows bab terakhir dan aku realize yang rerupanya aku sedang membaca buku kanak-kanak. Aku definisikan ia sebagai buku remaja sebab ia sekadar sebuah bahan bacaan ringan yang menggunakan bahasa yang ringan tapi menghiburkan dan paling penting: bermesej.

Sejujornya pengarah berjaya mengadaptasi buku tu ke dalam bentuk filem. Around 80% ia diterjemahkan dengan jayanya. 20% plak ialah imaginasi tambahan pengarah yang dia rasakan sesuai untuk filem tu walaupun dirasakan x seberapa penting sangat kot. Plus certain part yang aku rasa cam perlu dipanjangkan pada filem ialah part Katniss dan Rue sebab rasanya ia perlu melibatkan emosi yang panjang sikit kot. Plus perasaan yang ditunjukkan oleh Katniss pada Peeta dalam buku dan filem adalah berbeza sangat-sangat.


















Dan tadi aku tersecara separa sengaja dan tak telah tercheck apa yang akan ada dalam buku ke-2: Catching Fire dan ke-3: Mockingjay dan ia membuatkan aku tak sabar untuk tunggu filem yang seterusnya. Dan aku akan beli buku tu gak dulu. Huhuhu..