Showing posts with label blogger. Show all posts
Showing posts with label blogger. Show all posts

Tuesday, July 2, 2013

Aku & Muka Belagak

Post terakhir aku mendapat 2 komen. Salah satu komen tu ialah dari seorang follower yang tanpa dirancang melancong last minute ke Kuching last week dan entah apsal dia yakin dia jumpa seorang macam owner blog ini. Yap, itu bukan kembar aku tapi that me..!!


Perkara pertama yang muncul dalam otak aku bila baca komen itu ialah: macam manalah agaknya muka aku waktu tu. Ooh please jangan salah tafsir dan kata 'Apsal Aj sangat berbeza dalam blog ngan in real life..? Sah-sah pakai Photoshop untuk menutup cela..'. Ooh sorry, rakyat Malaysia. Aku x main Photoshop untuk bagi effect hidung mancung, pipi tersorong-sorong tu ek. Secomel mana korang tengok aku dalam blog then lebih comel lagi aku in real life.

Apa yang aku maksudkan dengan 'muka aku' tu ialah bila aku jalan sorang-sorang diri, aku lebih refer buat muka serius Gila apa kalau aku nak tersengih-sengih sorang diri kan? Cumanya muka serius tu akan bagi effect muka macam belagak pada diri aku. Buktinya ramai kawan-kawan yang kata: awal-awal dulu aku fikir kau ni belagak giler or aku tak fikirpun dulu yang kau nak kawan dengan orang macam aku sebab kau macam muka orang yang hanya nak berkawan dengan orang-orang macam kau jer etc.

Kekadang tu aku sangat enjoy buat muka belagak. Sedangkan dalam hati aku tengah ketawa besar sambil nyanyi lagu M. Daud Kilau. Sapa tau..












Agaknya macam manalah muka aku hari tu masa dia jumpa aku ek..? Dah ar dia nampak aku kat kedai makan. Mesti aku sedang makan dengan penuh lahap sambil gosok-gosok perut aku yang bulat or paling tak aku sedang buat muka yang cukup layak untuk ditampar. Wakaka










BTW macam manalah agaknya reaksi aku kalau aku terjumpa dengan blogger yang aku follow? Mesti aku happy tapi dalam masa yang sama rasa resah gelisah sebab terfikir: nak tegur ke tak. Last-last mesti aku tak berani nak tegur. Hmmmm..

Thursday, August 30, 2012

Aku Menulis

Aku x tahu kenapa Tuhan bagi aku bakat melukis. Aku hanya tahu setiap aku pegang sebatang pencil mekanikal dan melakar pada sehelai kertas putih lalu menghasilkan satu bentuk muka manusia. Sedangkan ada manusia lain yang sanggup menghabis ratusan ringgit untuk menghadiri kelas-kelas tertentu semata-mata untuk menghasilkan satu bentuk lukisan yang sama. Dan aku x mahu menjadi seorang pelukis. Lalu kenapa Tuhan memberikan aku secebis bakat tersebut? Hmmmm


Pada usia 27 tahun, aku menganggur lebih separuh dari tahun ini untuk mencari sesuatu: bukan kerja dan bukan juga duit tapi sesuatu. Kalau aku kata aku masih lagi mencari diri sendiri pada usia 27 tahun then may be ada kebenaran gak di situ sebab perjalanan mencari diri sendiri ialah life time journey yang hanya akan tamat bila kehidupan kita dah tamat aka mati. Bagi aku kehidupan ialah seperti satu buku di mana dalam babak demi babak kita mulai faham teka-teki yang cuba disampaikan oleh si Penulis. Lalu pada usia 27 tahun ni babak dalam buku cerita aku sedang mencari kepuasan hidup. Hmmm..




Aku mengkelaskan diri aku sebagai seorang lelaki yang pendiam. Yap, walaupun bila bersama kawan-kawan aku agak banyak bercakap tapi ia sekadar satu special mode. Sebab bila di luar kelompok kawan-kawan aka bila di rumah bersama keluarga, aku seorang anak yang lebih gemar berdiam dan berada di dalam bilik. Aku x suka bercerita tentang apa yang berlaku dalam hidup aku atau apa masalah yang sedang berlaku pada aku kepada family members aku. As aku selalu terfikir: kalau aku mati then aku akan jadi seperti satu teka-teki yang tak ada jawapan dan tak ada soalan untuknya. Hmmmm..

Aku bukannya x percayakan family aku, I do believe them cuma aku seorang anak yang berbeza. Berbeza dari bentuk muka ngan adik beradik lain dan berbeza dari segi perangai. It seems like adik beradik aku ialah cerita Ahmad Idham yang penuh dengan skrip humor meanwhile aku ialah cerita Yasmin Ahmad yang most of the scene kosong tanpa kata-kata. I just dont talk.













I used to have few journal dan diaries before aku start blogging. Diari tu dulu aku x suka diari yang dibeli sebab ruang menulisnya sikit. Diari aku pulak biasanya sangat penuh. Rasanya aku berhenti menulis di diari bila aku dah start berblogging. Kira tiga/empat tahun lepas gak ar. Bagi aku blogging lebih kepada diari yang lebih bersifat komersial, x dapat nak tulis perkara rahsia sangat sebab ia leh dibaca oleh seluruh manusia di dunia dan di boleh dikomen. Tak berbeza gak ngan diari ar sebab masa aku universiti dulu, sorang roomate aku ni suka baca diari aku secara sembunyi-sembunyi tapi dia selalu bising "Aj, apsal ko tulis sikit jer tentang aku ar...?" LOL









Bagi aku menulis ialah satu kepuasan. Walaupun aku nak sangat menulis dengan pendek tapi punya makna besar dan hebat cam Megat Eusofe menulis dalam blognya tapi aku x dapat. Im not as wise as him. Aku perlu menulis dengan detail untuk menjelaskan sesuatu yang detail. Itu cara aku nak berkongsi cerita aku. Hmmmm..















...










Last May aku menulis satu proposal kepada satu syarikat penerbitan buku ni. Setiap hari aku check e-mail dengan harapan there will be a reply tapi hari berganti minggu berganti bulan. As a writter ni pernah kata: kalau 3 bulan x ada jawapan that mean dah tiba masa untuk gi ke syarikat penerbitan lain. Tapi bila fikir-fikir balik, x mungkin ada syarikat penerbitan lain nak terima proposal tu sebab hanya penerbitan tu saja yang cukup gila untuk mempublishkan cerita segila tu. Hmmm..

Yap, aku gave up sehingga aku check e-mail seminggu sekali jer itupun untuk membuang spam e-mail yang asyik nak membesarkan penis  or ada putera raja Afrika yang nak bagi duit free jer. Until pagi tadi aku dapat 2 reply.

Reply yang pertama tu ialah dari syarikat penerbitan tu yang bila aku baca ia totally buat aku terkesima sambil azan Suboh sayup-sayup kedengaran. Walaupun ia x bagi apa-apa waranty yang proposal aku tu totally akan dipublishkan as a book tapi ia sangat-sangat buat aku gembira sebab ia kata penerbit akan call me soon. Oooh, happynyer.

Second reply pulak dari orang yang pernah upah aku untok tulis tessis master dia dulu. Yap, aku dapat A untuk tessis master tu sehingga buat dia nak ambik PHD pulak dan suroh aku buat tessis PHD untuk dia lagi. Gila ke apa? Dah ar bayaran ciput then streesnya besar. Bagus aku sendiri jer yang ambik PHD kalau cam tu. 















Btw doakan aku agar aku dapat hasilkan sebuah novel sendiri. Huhuhu.

Wednesday, February 22, 2012

Blog Review: Megateusofe

Apa ciri-ciri yang menjadikan korang menjadi pengikut aka Follower sesebuah blog? 
a) Blog tu memaparkan info-info yang pelik dari serata dunia
b) Blog tu share minat yang sama ngan korang as hobi, politik, fashion etc
c) Blog tu entah ar.. got x factor yang x dapat nak dijelaskan.

From now on aku akan create a new segment share about blog yang aku minat. First: Megateusofe


Megateusofe ialah satu blog yang bagi aku sangat jujor dalam penulisan dan dalam setiap gambar yang dia ambik. Kalau korang pernah pergi ke blog dia then korang just tengok pada gambar yang dia ambik and it will seems like gambar tu lebih banyak bercerita tentang post tu berbanding ayat yang dia tulis. Yap, dia punya ayat sangat pendek, mostly and literally but ianya sangat lengkap dan padat dan full of makna. Contoh cam word dari post terbaru dia Jika:


"Jika kamu ada bakat~tumpahkan kesemuanya,biar orang peduli.
Jika kamu tiada punya,walau satu~carilah dan semoga terjumpa.
Jika kamu sudah berjaya~tumpahkan kesemuanya,biar aku peduli."



Buat aku sangat jeles dan mempersoalkan diri aku: apsal aku x leh buat post as Me (aku panggil dia Me) buat ngan just upload satu gambar dan kuarkan satu caption yang cukup-cukup ringkas tapi leh buat kita terdiam dan terfikir betapa dalamnya makna ayat tu sepanjang hari? Sedangkan plak ayat-ayat aku sangatlah panjang lebar tanpa noktah. Aaarghhh..!!!



Dan as aku kata awal yang dia sangat jujor dalam penulisan dan gambar dia. Karya yang jujor bagi aku ialah satu karya yang dibuat dan pembaca or orang yang melihat mampu share the same feel yang pengkarya tu buat. Disebabkan itu pernahlah berlaku peristiwa ada penciplak yang create a blog yang ciplak 100% apa yang dikeluarkan oleh Me dalam Megateusofe ni siap ngan gambar dan words sebijik-sebijik sama lagi. Apa celop nih..?











Back to history cam mana aku leh jumpa blog ni. One day ni aku dapat beberapa komen pada beberapa post aku dalam tahun lepas. Aku balas dan dia balas lagi. Dan dari link tu aku mula memijakkan kaki ke blog dia. Dan ia sangat best. Dan kami berkawan di FACEBOOK sekaligus menjadikan dia satu-satunya kawan yang lahir hasil perkenalan melalui blog. Hmmm..
















Yap, dia ada 1 blog lagi tentang lukisan dia yang super great too




















Blog yang mesti layan bagi aku. Hmmmm..

Sunday, August 21, 2011

Blog Kamu Menyakitkan Mata Saya

Im a blogger. I love to write posts in a blog and I love to read other blogs too. Rulesnya sangat simple. Ada blogger tu cuma perlu tulis sebaris dua ayat dalam satu post mereka tapi boleh buat pembaca rasa sangat enjoy. Ada just perlu upload satu pics then tulis 1-2 patah perkataan pun dah buat kita rasa 'x-factor' dalamnya. Ada jugak yang  perlu tulis panjang-panjang baru kita rasa kepuasan tu. Even ada yang tulis caki maki pun boleh jadi hiburan buat kita.


Tapi selain tu ciri-ciri hiasan yang ada dalam blog pun menarik minat pembaca selain isinya. So yang tak bestnya, ada blog yang sangat menyakitkan mata dan hati hati kita..Berikut ialah ciri-ciri blog yang sangat menyakitkan jiwa dan raga aku:

1. Warna yang SANGAT TERANG
Latar belakang dah lah bling-bling dengan corak bukan main penuh lagi then color screen behind word plak warna UNGU terang dan tulisan plak warna KUNING or HIJAU terang. It seems like kalau kita bawak labtop then bukak blog dia sambil memandu motosikal, ia leh jadi penyelamat kita sebab ia bertindak as pakaian keselamatan jalan raya yang sangat menonjol. Aku tak pasti either blogger ni ada masalah buta warna yang terlampau or dia memang ada masalah dengan warna. Erk...


2. Pemilihan Font 
Ada blogger yang punya masalah penglihatan kritikal sehingga mereka guna font yang SANGAT BESAR or ada yang punya penglihatan tahap superman yang pilih font yang sangat kecil. Kedua-duanya buat otak aku jadi gila. Itu belum masuk guna font dari jenis yang terlampau susah nak dibaca. Italic yang terlampau italic or font yang dah macam tulisan ibunda Thailand pun ada. Erk..


3. Hiasan terlampau
Ada blogger yang nak saratkan blog mereka dengan semaksima mungkin. Kiri kanan penuh gadget. Dari atas sampai bawah. Then ada lagi animasi yang ttiba muncul yang menutup 1/4 pandangan apa yang mereka postkan. Kedian cursor plak ada yang cam langsuir bergerak sama ikut kita. Kalau blog tu gambaran pribadi blogger then aku yakin individu tu ialah pokok kristmas yang bergerak. Or kalau dia ada set makeup then muka dia penuh warna warni sebab dia nak masukan semua warna tu pada muka dia sekaligus. Heran aku. Mereka fikir padat tu cantik ke?


4. Music yang stuck
Aku jenis yang baca blog penuh konsentrasi. Tapi ada blogger yang nak tenangkan pembaca dengan music tapi masalahnya lagu yang dipilih plak sangatlah hinggar binggar, merosakkan mode membaca. Kedian plak terhenti-henti. Last-last aku tutopkan je site tu. Malas dah.


5. Follow follower
Ini tak ada kaitan sangat tapi cukup penting. Aku paling tak suka blogger yang tulis: done following you so follow me back. Apakah anda cukup desperate nak orang follow you dalam jumlah yang banyak tapi realiti x ada follower sebenar? Kuantiti vs kualiti. Pun buat aku benggang gak..























WTF