Showing posts with label Sarawak. Show all posts
Showing posts with label Sarawak. Show all posts

Tuesday, March 24, 2020

Manusia & Covid-19

Ketika dunia dan ketamadunan manusia semakin berada pada tahap kritikal, kau akan sedar wujud beberapa kelompok manusia yang tiba-tiba muncul. Berikut ialah jenis-jenis manusia yang aku perhatikan wujud semasa Covid-19 ni.



1. Manusia kebal (& bebal) penyakit
Golongan ni sejenis yang rasa mereka ialah kanak-kanak terpilih yang tak mungkin akan terkena oleh penyakit ni. Sebabnya dia rasa dia selalu bernasib baik dalam kehidupan, Dia tak pernah terlibat dalam kemalangan jalan raya, rumah dia tak pernah kena pecah masuk, akaun bank dia tak pernah kena godam bla-bla-bla. And even everthing tentang benda nama Covid-19 ni seem too fictional to be true. Ia hanya akan berlaku kepada orang lain dalam TV or internet jer. So dia tak perlu ambil apa-apa langkah keselamatan untuk hindari apa-apa. Dia keluar ke mana sahaja (termasuk luar negara) dia nak tanpa perlu ambil apa-apa langkah keselamatan. Selain fizikal dia kalis dengan penyakit, otak dia juga imun dengan nasihat orang.


2. Manusia yang sentiasa betul.
Golongan ni pulak sejenis keyboard warrior yang bukan sahaja bising online malah juga di offline gak. Dia akan salahkan semua orang selagi mampu. Katanya: Ini salah orang kat China sebab diaorang makan apa sahaja benda yang selagi boleh bergerak, ini salah kerajaan terdahulu sebab tak nak buat tindakan awal-awal, ini salah group tabligh sebab dah tahu sakit tapi masih lagi nak berkumpul ramai-ramai, ini salah Sajad sebab pakai telekung masa pergi umrah, ini salah itu, itu salah ini dan selagi dia boleh salahkan seseorang maka dia akan rasa cukup lega. Sebabnya? Yap, dia sentiasa betul.


3. Manusia yang penuh dengan teori.
Golongan ni pulak sejenis kaki pemikir yang suka buat kajian mostly just google secara random, baca fakta dari twitter or dapat maklumat dari group whatapp. Menurut kajian ilmiah mereka: Covid-19 ni sebenarnya virus yang dihasilkan oleh Amerika disebabkan oleh perang ekonomi dengan China or ia dihasilkan oleh makmal di Israel je satu-satunya negara dalam dunia tak kena serang penyakit ni dan mereka ada vaksin anti Covid-19 ni dan akan jual pada harga mahal pada dunia kelak or ini semua dakyah Freemason dalam proses nak mengawal dunia or teori paling domestik: ini ialah usaha DAP nak pecah belahkan umat Islam kat Malaysia bla-bla bla.


4. Manusia penunggang agama
Golongan ni sejenis yang guna agama sebagai senjata untuk menghalalkan cara. Dia kata takut virus ke takut tuhan? or siapa yang ada kuasa untuk mematikan? Adakah ia virus atau tuhan? Kita tak perlu takut untuk sembahyang Jumaat atau sembahyang jemaah kat masjid sebab kalau dah ditakdirkan kita tak akan mati maka kita tak akan mati juga. Apabila ada mufti atau agamawan besar-besar keluar fatwa berdasarkan dalil zaman nabi dan para sahabat then dia sentiasa ada hujah untuk bidas dan bidas. Maka dengan rasa yakin dia bertawakal kepada tuhan seperti lembu yang tak diikat dengan harapan dia tak akan sesat maka tersebarkan covid-19 dengan jayanya di negara ni. Then dia bidas lagi Covid 19 ni bukan dari tabligh tapi dari China. Tabligh ni mangsa je untuk menutup mulut masyarakat dunia.


5. Manusia positively oportunis
Sewaktu kes Covid 19 kat China masih suam-suam kuku dulu, dia start borong face mask, hand sanitizer banyak-banyak so apabila ia dah merebak teruk so dia jual dengan harga tinggi. Still orang akan beli sebab tak ada orang yang nak mati muda. Kata mereka: diaorang tak buat apa-apa benda salah pun. Dia tak mencuri, bunuh orang etc. Apabila harga tiket kapal terbang ke luar negara murah then mereka antara yang terawal ambil kesempatan. Bukan selalu dapat ke Korea, London etc dengan harga tiket murah. Dia sangat positif yang keadaan amatlah terkawal. Bak kata dia: Kerajaan mesti akan sekat rakyat untuk melancong ke luar kalau kat luar nergara tu teruk. Belum sepat balik dia pon dah positif Covid 19. Tahniah


6. Manusia panik
Berita palsu tersebar dengan cepat dan luas. Kaki panik dengan mudahnya akan bertambah panik. Depan mata aku sendiri nampak after Muhyiddin umum 2 hari before 18th tempohari orang kita dah pun bertukar jadi pak cik mementingkan diri as dalam Train To Busan tu. Dia sorang je dah bawa 2 trolly makanan menggunung. Bekalan makanan tu rasanya cukup untuk berbulan-bulan kot. Bersangka baik je ar mungkin keluarga dia besar or dia nak sedekahkan kepada mereka-mereka yang daif ke. Then paling tak best part mereka ni berhimpit-himpit berebut barang dengan orang lain. Tanpa sedar dia mungkin dah terkena dan jadi agen penyebar virus covid tu.


7. Manusia racist
Part ni aku paling tak boleh tahan. Apabila orang kat China mati sebab Covid-19 then kau kata padan muka, balasan tuhan sebab buat itu ini. Then apabila kat Malaysia yang mati mostly geng tabligh then kau kata mereka syahid akan masuk syurga. Apabila orang bangsa lain suruh sesiapa yang pergi tabligh tu sila dapatkan check up kat hospital, then kau terus jadi hulk marah-marah diaorang balik. Realitinya diaorang cakap atas dasar kemanusiaan tapi yang kau lihat hanya bangsa dan agama. Apabila yang Melayu kena positif then kau upload post suruh doakan, kata ini semua ujian. Tapi bila bangsa lain kat negara lain kena then kau kata itu semua balasan tuhan. Hmmm...










Sebenarnya banyak je jenis manusia yang wujud masa-masa macam ni? Aku pulak jenis yang macam mana? Aku jenis tak kisah pun nak mati cuma aku tak nak menjadi penyebab kematian or kesengsaraan orang lain. Stay safe ya semua

Saturday, March 21, 2020

Awat? Laki Hang Bodoh Piang Sangat Ka Part Shopping Ni?

Dua hari ni aku terbaca beberapa post berbaur meme/satire/jenaka tentang para-para lelaki yang mostly berstatus suami orang yang berjuang sehabis daya untuk shopping barang dapur buat keluarga. Siap ada yang buat video call ngan wife kat rumah tanya betul ke sayur yang mereka perlu beli then tak kurang yang kena marah oleh wife etc.


Yap, it does sound funny at first but apabila banyak post-post yang hampir sama keluar then ia bertukar feel. Membuatkan aku terfikir beberapa perkara. Lelaki yang berstatus suami ni memang useless habis ke? Selama ni yang beli barang dapur tu kerja wife dia je ke? Ke masa dia ikut shopping then kerja dia just tolak trolly sambil main phone dan bayar bila sampai kaunter? Like seriously?

Dan sepanjang dia hidup dari kecik sampai kahwin, dia dan seluruh adik beradik lelaki dia just dilayan seperti raja dalam rumah dengan kau tak pernah pergi dapur tengok mak kau masak sebab sedar-sedar je semua makanan dah terhidang dan kau ready nak masuk dalam mulut je. So sampai ke tua kau tak tahu yang mana bawang merah, yang mana kobis, tepung gandum etc? So bila dah kahwin then isteri suruh beli ayam seekor then kau dengan bodohnya tak tahu mana ayam lalu kau beli kambing?



Then hari ni ada minister yang hadkan hanya ketua keluarga je boleh keluar beli barang dapur untuk mengehadkan pergerakkan bagi menghentikan penyebaran covid-19.



So para suami ni makin gelabah. Ada yang dah prepare nak hafal yang mana satu halia, yang mana satu lengkuas, yang mana satu bayam, yang mana satu kang kong etc.




Like seriously?





Then membuatkan aku mempersoalkan IQ para suami bergelar lelaki ni ialah apabila kau shopping barang dapur kat dalam mall kot. Semuanya dah ada label. Sekalipun kau buta warna untuk bezakan antara bawang putih dan bawang merah then memang dah tertulis dengan jelas. Kalau kau buta huruf or lupa bawak cermin mata sekalipun but still kau boleh tanya pekerja. Tak logik kot untuk kau buat video call hanya sebab kau tak tahu beza antara bawang merah dan kau fikir ia labu.


Lain ar kalau wife kau suruh pergi pasar basah then suruh beli rempah ratus yang perlu dicampur berasingan ke or sayur hutan yang orang jarang pernah jumpa ke or paling basic kena pilih ikan ke? It takes a skill sikit ar kot.






Untuk untuk bakal isteri, isteri-isteri, ibu-ibu tolong ajar anak lelaki korang beli barang dapur since dari mereka kecik lagi. Jangan letakkan mindset yang lelaki tak perlu ke dapur, tak perlu buat kerja rumah, tak perlu itu ini sebab ia kerja perempuan. Ajar anak lelaki korang untuk jadi bakal suami yang terbaik. That it sebelum aku mengarut lebih panjang. Hmmm





p/s: tambahan. Aku cakap tentang barang dapur jer. Bukan isteri suruh suami beli tuala wanita, bahan buat kuih-muih etc

Friday, August 19, 2016

Khai Bahar, Sarawak & ...

Mungkin tak ramai yang tahu kes ni, beberapa tahun lepas (agak lama) Nazim Othman keluar statement kat social media ni kata tentang bangunan UKM yang usang & haunted look alike. So bebudak & alumni UKM naik berang lalu serang online kat social media pelakon tu sehingga keluar ayat-ayat tak best. Orang luar yang tahu kes ni pulak naik hairan kenapa mereka-mereka yang sepatutnya ilmuan boleh bertindak macam tu sekali.

Or beberapa tahun lepas (juga agak lama), kita di Malaysia ni hairan apabila kat Indonesia bukan main hebat lagi rally menentang Malaysia dengan membakar bendera, baling telur busuk kat student Malaysia belajar sana dan malah mengancam akan mencederakan rakyat Malaysia dengan buluh runcing lagi. Dan semuanya dikhabarkan hanya disebabkan oleh dakwaan kata kita cuba mencuri tarian pendet milik mereka. Sedangkan realitinya banyak isu-isu lain sebelum ni yang turut membawa kepada insiden tu seperti kes orang gaji Indonesia yang didera malah ada sampai mati, kes kerabat diraja yang kahwin dengan model Indonesia kemudian kena sexual abuse, pertuduhan Malaysia curi lagu dan budaya dari sana etc.

Ataupun apabila seorang pelukis Perancis buat komik tentang Nabi Muhammad s.a.w sehingga menimbulkan kebangkitan tunjuk perasaan aman/separa/ganas hampir di setiap tempat yang ada umat Islam yang tahu tentang kes tu. Ia membuatkan masyarakat luar naik hairan. Sedangkan ia sekadar comic satire je sekaligus membenarkan andaian bahawa umat Islam memang suka keganasan. Hmmm…


Semua kes tu berlaku disebabkan oleh ‘sense of belonging’ yang kuat.




Kalau kau peminat selebriti tu then rasanya korang memang dah  tahu, kalau ialah seorang Sarawakian then korang mungkin tahu or mungkin tak atau mungkin kau ambik peduli or mungkin gak kau tak tapi kalau kau bukan dari dua circle tu then korang mungkin akan kata ‘What the F yang sedang aku baca sekarang ni..’ Hmmm..

Semalam ada satu cebisan video tentang sorang penyanyi nama Khai Bahar (jujur aku tak tahu sapa) ni ditemubual kat rancangan Malaysia Hari Ini dan keluar satu statement yang membuatkan ‘percikkan api’ tu berlaku. Sedangkan semua orang tahu yang dia bukanlah penyanyi yang dilatih professional untuk jadi penyanyi dengan persediaan menghadapi gossip, wartawan, soalan-soalan panas etc. Ditambah pula ia rancangan siaran langsung so apa yang keluar dari mulut ialah benda yang tak dirancang yang keluar secara spontan je. Tapi disebabkan ia melibatkan Sarawak then it became a big deal. Hmmmm..

Macam contoh kes Indonesia tadi, banyak kes-kes lain sebelum issue ‘Khai Bahar’ tu yang membawa kepada kemarahan penduduk Sarawak. Mungkin kalau kau dari Semenanjung then kau tak akan faham situasi tu tapi kalau kau dari Sabah or Sarawak then kau pasti pernah melaluinya. Soalan-soalan macam: Kau duduk rumah panjang ke? Kau duduk atas pokok ke? Kau hari-hari pakai cawat ke? Kau setiap kali berak kena gali lubang ke? Kenapa orang Sarawak suka makan biawak? or statement paling biasa ‘Pertama kali datang Malaysia ke?’ or “Sabah Sarawak masuk Malaysia”. Yap, it does sound ridiculously hilarious tapi aku dan kawan-kawan Sarawak lain pernah kena tanya soalan tu. Lebih teruk apabila soalan-soalan tu bukannya dikeluarkan dari mereka-mereka yang terkandas SPM tapi oleh mereka yang berpendidikan tinggi.


Kalau korang jenis tak tidur masa subjek sejarah sekolah dulu then ada term ‘Bebanan Orang Putih’ which antara sebab kenapa orang putih nak menjajah negara-negara Asia adalah untuk mengajar ketamadunan kepada kita a.k.a in another wordnya: kita tak bertamadun. So dalam kes ni, ia sangat membencikan apabila terjumpa orang-orang dari Semenanjung (bukan semua) yang ke Sarawak atas tiket kerja or melancong datang sekali dengan ‘lagak lebih baik’ mereka tu. Kalau setakat jumpa budak askar (senang sangat nak bezakan askar dari Semenanjung) naik motosikal in group, dengan lagak rempit, parking sesuka hati, cakap besar, ketawa kat orang tempatan dah biasa sangat. Or pelancong dengan muka jelik tengok semua tempat, cakap sikit-sikit nak bandingkan Semenanjung lebih bagus, buang sampah sesuka hati, sikit-sikit tak kena terus kutuk itu ini pun dah biasa.







Masalahnya tak semua orang Semenanjung macam tu. Realitinya sikit je yang berperangai macam tu kot. Cumanya sebab sekor lembu bawak lumpur so semua lembu-lembu lain kat belakang pun terpalit sekali. Ada je orang Semenanjung yang datang bekerja kat Sarawak, kahwin dengan orang Sarawak dan terus menetap kat Sarawak. Even kalau kita dengar cara dia bercakap pun kita tak akan tahu yang dia asal dari Semenanjung. Mereka kata Sarawak lebih tenang, harmony dan tempat yang sesuai untuk membesarkan anak. Bak kata pepatah lagi ‘Kalau masuk kandang kambing then silalah belajar mengembek sekali’ sebab ‘Takkan hilang bisa ular kalau menyusur akar’ kan? (ceh, banyak pulak peribahasa aku pakai dalam post ni). Setiap tempat tak sama, budaya berbeza so sensitivity mereka juga tak sama.



Plus Sarawakian memang punya sense of belonging yang kuat pada Sarawak seperti budak UKM pada universiti mereka or seperti Indonesian pada negara mereka atau seperti umat Islam pada nabi mereka. Disebabkan rasa sayang so mereka mempertahankan negeri mereka.








Cumanya past paling sedih ialah bila baca komen-komen kat FACEBOOK. Orang kita sangat cepat melatah, sumpah seranah sana sini, guna ayat yang kita baca pun seram apatah lagi kalau dengar depan-depan which end up jadi cyber bully yang menyedihkan. Ada yang suka ambik kesempatan siram minyak kat bara api, ada yang komen sebab dahagakan like banyak-banyak, ada yang tanpa usul periksa terus serang dan serang dan ada yang rasa diri tu sempurna tahap tak pernah buat silap langsung dalam hidup. Dear my Sarawakians, apa yang korang buat sangat menyedihkan. Ia totally tak matang dan agak memalukan kot.







Kesimpulan di sini: 
Stop making stupid people famous a.k.a stop being stupid by making stupid people famous. Hmmm..

Friday, May 27, 2016

Hospital & Hantu

Hospital ialah antara tempat-tempat dalam checklist tertinggi yang cukup terkenal dengan kes paranormalnya. Sebab kat situ banyak berlaku pendarahan sama ada melalui kelahiran, kemalangan, pembedahan or paling koman kematian. Lokasi paling femes pula ialah rumah mayat. Even bak kata orang may be setiap baju or katil kat hospital tu mungkin pernah dipakai oleh orang yang dah mati. So tak hairanlah kalau kita biasa dengar kes-kes orang dengar or jumpa budak kecil main sorang diri seawal jam 2-3 pagi, bunyi orang mandi kat toilet lewat malam tapi bila check kosong or jumpa minah tipikal berbaju putih dengan rambut panjang lurus mengurai dalam lift bla-bla-bla.


Bapak aku masuk emergency Jumaat lepas dan esoknya sehingga lima hari lepas tu ditahan diwad disebabkan kurang garam dan gula dalam darah. Benda pertama yang bermain dalam kepala hotak aku masa tu ialah: Aku nak tidur malam kat hospital. Mungkin atas faktor ubat buat aku jadi hypomanic or it is naturally aku tapi sejujurnya aku memang teruja gila bila dapat peluang keemasan tu. Feelnya macam kau diberi peluang oleh Doraemon untuk masuk dan hidup dalam mana-mana filem yang kau suka dan kau pilih Ju-On. Oh wait, no one survived dalam filem tu. Hmmm.. 

Realitinya kalau kau kenal aku then kau tahu yang aku ialah seorang penakut. Kalau aku layan filem ganas or seram yang aku download then it either aku selalu pause sehingga aku dapatkan balik keberanian aku, aku skip certain part or aku berhenti dan terus tak tengok cerita tu lagi. Tapi ada masanya aku buat sesuatu tanpa aku sedar yang aku sebenarnya takut benda tu. Teringat zamanbelajar UKM dulu, kalau mata tak dapat nak tidur then pagi-pagi jalan sorang diri pergi masuk fakulti itu ini, jalan sana sini sehingga kalau jumpa guard meronda naik motorsikal then bila dia toleh aku then dia akan terus pecut laju. It either dia fikir aku hantu or dia nampak aku bersama hantu. Hmmmm...



Sewaktu kat emergency, malamnya kakak dan abang aku jaga, malam kedua kakak aku jaga dan malam ketiga pula giliran aku. Damn, aku gila teruja. Tengah malam tu bila bapak aku dah lena then aku turun tangga dari tingkat 8, jalan kat bahagian luar bawah, duduk beberapa tempat untuk seketika, naik lift dan balik semula ke katil bapak aku. Pukul 4 macam tu aku turun sekali lagi. Kau nak tahu apa berlaku? OMFG ia sangat membosankan. Hampir setiap tempat ada je orang. Tak ada peluang untuk aku feel seram sejuk. Hospital Umum Sarawak dah terlampau padat ar. 

Malam esoknya pula bapak aku demam panas seabb infeksi kuman so aku memang tak dapat pergi mana-mana. Malam seterusnya pula aku terlebih nyenyak. Esoknya bapak aku discharged.











Kesimpulannya: aku sentiasa kurang bernasib baik dalam hampir setiap perkara termauk part paranormal. Hmmmm

Thursday, April 28, 2016

Sarawak, Politik & Pilihanraya

Tak kira siapa kau, apa orientasi politik kau atau di mana korang berada, pastinya korang akan setuju yang pilihanraya ialah aktiviti yang sepatutnya djalankan yearly. Atau paling tak pun buat monthly. Sebabnya? Semasa kempen sedang berlangsung, banyak keajaiban dunia yang berlaku seperti muka-muka pemimpin yang langsung tak pernah nampak batang hidung or jenis pemimpin muka ketat suddenly selalu je turun padang dengan muka tak lekang dengan senyuman memanjang. Itu belum masuk part janji-janji setinggi langit ke tujuh yang ditabur macam effect CGI je. Hmmmm...


Kalau korang seorang rakyat Malaysia yang prihatin then korang pasti dah tahu tapi kalau tak then korang pasti akan mempersoalkan 'Kenapa kebelakangan ni banyak sangat rancangan dan berita tentang Sarawak dan ia tak ada kaitan sedikitpun dengan buaya?'. Kalau kau berada di Sarawak then korang akan mempersoalkan 'Kenapa banyak sangat jalan raya ditar semula ni? Or kenapa khutbah Jumaat asyik-asyik kata jangan khianati pemimpin, kekalkan kepimpianan sedia ada etc?' Hey, itu ialah ciri-ciri biasa menunjukkan yang pilihanraya negeri Sarawak just around the corner. 

Apabila menyentuh tentang politik dan Sarawak, ia agak berbeza (sedikit je kot) dengan politik di Semenanjung (Im not sure tentang Sabah). Ada partnya ia berbunyi kelakar tapi dalam masa sama boleh buat kau geram, marah, kecewa or kelakar balik. Post ni aku dedikasikan untuk semua Malaysians and especially rakyat Sarawak tentang apa yang kita buat tapi kita tak perasan tentangnya (p/s: ia tak merujuk kepada semua rakyat Sarawak tapi it happens). 


1.
Apabila toll jambatan Tun Salahuddin dibuka, antara reaksi pelik yang aku sendiri dengar ialah 'Bestnya, Sarawak sekarang dah ada toll (realitinya ada toll lain lagi sebelum tu). Sekarang Sarawak dah sama maju dengan Semenanjung. Tak sabar ar nak bayar toll bla-bla-bla'. Kemudian as time goes by mereka membebel setiap kali bayar toll dan lastly bila diumumkan semua toll di Sarawak akan dimansuh then ada lagi suara-suara kata 'Eh bestnya dah tak perlu bayar toll lagi. Tok Nan her kami. Sekarang Sarawak bebas toll. Pasti orang Semenanjung cemburu bla-bla-bla..' Masalahnya tak ada sesiapa pun yang nak mempersoalkan kenapa perlunya kewujudan toll tu at the first place? Sungai Sarawak tu kontot je kot. Kalau nak dibandingkan dengan Jambatan Pulau Pinang memang akan jadi bahan gelak je ar. Tak kan ar kerajaan negeri Sarawak miskin sangat sampai tak mampu buat jambatan sehingga terpaksa konsesikan kepada pihak swasta pulak? Hmmm..



2.
Orang Sarawak sangat fobia apabila datang part UMNO akan masuk Sarawak. Aku tak pasti siapa yang start tanamkan culture of fear tu kepada Sarawakian tapi dari aku kecik lagi benda tu dah aku dengar. Konon ceritanya kalau UMNO masuk then orang Sarawak yang berbagai kaum akan berpecah belah disebabkan oleh idealogi UMNO yang radically racist. Cuma masalahnya kenapa tak sokong UMNO tapi support BN sedangkan sudah terang lagi bersuluh yang BN tu dimonopoli dan diketuai oleh UMNO itself? Ia macam orang Melayu yang tak makan babi tapi tak kisah untuk sirup sup babi. Sebabnya? Sup tu air dan Fizikal daging babi tak nampak. Faham tak? Lagipun kalau UMNO masuk Sarawak, penyertaan Melayu akan jadi sikit sebab Melayu di Sarawak around 30% je. Mungkin akan jadi macam di Sabah di mana Bumiputera lain akan diberi pengecualian untuk join sekali. Cuamnya sekali lagi, kalau awal-awal Sarawakian dah rejected UMNO then tak akan ada sesiapa pun yang akan berjaya paksa mereka untuk masuk UMNO, paksa pakai baju Melayu puith dengan samping merah or paksa buat-buat ketawa masa dengar ucapan kat perhimpunan agung UMNO ar kan? 



3.
Part paling taku tak suka setiap kali masuk pilihanraya ialah pada poster-poster yang berselerakkan yang ada kat mana-mana. Simpang jalan, atas pokok, bawah pokok, atas bulatan (yap, Sarawak ada banyak bulatan), kat tiang-tiang, atas bangunan, dindng bangunan bla-bla-bla. Untuk orang yang susah nak fokus macam aku then ia sangat menganggu masa pemanduan aku. Last week aku hampir nak accident melanggar sebijik kereta sebab bendera dipasang kat tempat yang tak sepatutnya. Plus aku selalu terfikir kalau budjet yang diguna untuk print, upah pasang tu semua disalurkan kepada mereka-mereka yang benar-benar memerlukan (paling tak pun untuk selesaikan hutang 1MDB) then pasti kemiksinan di negara ni dah lama selesai. Bagi aku matlamat poster masa pilihanraya ni dah macam sorang perempuan hodoh yang punya perangai buruk yang nak tak nak terpaksa tacap make-up tebal-tebal semata-mata nak dapat satu like kat Instagram. Hmmm...



4.
Part paling lawak apabila masuk pilihanraya pula ialah bila kau dengar or baca statement dari mereka yang tak tahu macam mana sistem piliharaya or kerajaan tu berfungsi. Then it normal setiap kali pilihanraya untuk dengar statement macam 'Kerajaan dah bina hospital, sekolah, jalan raya. Apa pembangkang dah buat selama ni?' Orang-orang jenis tu biasanya tak tahu perbezaan antara parti politik & kerajaan or fikir BR1M ialah duit Najib yang dia sangat baik hati sebab nak bagi kat rakyat etc. Realitinya mereka-mereka tu tak tahupun kuasa sebenar ialah pada tangan mereka. Sebab utama pilihanraya diadakan ialah supaya kita-kita semua boleh pilih sorang mamat yang dipercayai untuk urus wang-wang kita. Yeah, we are the tax payer. Duit kita itulah yang digunakan untuk bina hospital, sekolah tu semua. Malah duit kita itulah yang bayar gaji wakil rakyat (yap wakil kepada rakyat) tu semua supaya mereka berkerja dan bukannya guna duit kita untuk pergi melancong guna jet peribadi untuk beli cincin or beg tangan etc. So kenapa pulak kita nak persoalkan kenapa pembangkang tak buat kerja tu semua?  It seem kita upah A untuk bina rumah kita tapi kita salahkan B sebab tak buat kerja.











Kalau korang baca apa yang tertulis kat atas then nampak sangat aku ni jenis anti-kerajaan ar kan tapi dalam masa yang sama sebenarnanya aku bukan ar pro-pembangkang mana sangat pun. Pembangkang di Sarawak ni macam tangkap muat je. Jenis nak tak nak je. Masalahnya pula pemimpin tempatan sedia ada jenis yang lebih kurang sama. Orang-orang Sarawak kata Tok Nan berbeza berbanding pemimpin sebelum dia (you know who). Bak kata golongan veteran, Taib masa mula-mula jadi Ketua Menteri dulu pun lebih kurang pijak semut tak mati gak.Macam orang dah lama kahwin, baru ar nampak taring masihng-masing. Lagipula kalau kau tengok betul-betul ia dah macam guna psikologi 'Bad Cop, Good Cop'. Ambik contoh: Taib menamatkan legasinya dengan toll dan Tok Nan muncul dengan menghapuskan toll tu lalu menampakkan yang dia ialah hero. Sedangkan realiti mereka ialah satu team dan semuanya dah dirancang jauh lebih awal. Teori konspirasi? Perhap yes perhap not. Who know laa kan?




Jujur cakap Sarawak dah jadi makin tak selamat sejak dua menjak ni. Kecurian, pecah rumah, samun itu ini dah makin kerap. Nak tak nak kena akui gak ekonomi tak stabil, harga barang makin naik, gaji tak naik, kos sara hidup meningkat jadi punca. Walaupun Ahmad Maslan asyik kata GST akan menurunkan beban rakyat tapi kita tahu ia tak. Jadi, jangan pilih lebih banyak menteri dengan CGPA 3.85 tapi hanya tahu buat lawak je kerjanya.







So sure, buat pilihan terbaik masa pilihanraya nanti. 

Sunday, March 13, 2016

The Viral 'Ngek'

Kalau korang ialah orang Sarawak or bermastautin lama di Sarawak then korang pasti tahu tentang kewujudan video pendek jenaka sarcasm/troll yang diusahakan oleh NgekTsai Army (search kat Facebook). Dia menggunakan dialek Melayu Sarawak yang agak 'pure & pekat'. Aku ada layan beberapa video dia dan ia totally kelakar tapi ada satu benda ni asyik menghantui kepala hotak aku iaitu frasa yang paling kerap keluar dari mulut dia ialah 'Ngek'. 

Ia membawa kepada kenangan 20 tahun yang lepas.


Aku anak bongsu kepada seorang anggota polis marin dan emak aku pula orang Johor. Yap, bapak aku orang Sarawak tapi sebagai polis marin dia banyak buat kerja out station berbulan, masuk pagi balik malam, bla bla bla. Aku membesar hampir 10 tahun kat flat polis. Kalau sesiapa yang pernah tinggal kat flat polis then mereka tahu yang ia adalah tempat tertutup dan anak polis hanya berkawan dengan anak-anak polis yang lain jer. Dan flat polis waktu aku membesar tu pula mostlynya ialah dari bumiputera Sarawak such as Iban, Bidayuh etc. Kawan-kawan emak selain jiran seflat (yang mostly bumiputera) ialah isteri-isteri polis dari Semenanjung. So bila dah berkumpul memang akan cakap BM Semenanjung ar. Plus aku bersekolah sampai darjah 4 di dua buah sekolah yang majoriti kawan-kawan berbangsa Cina & bumiputera sekali lagi. Kalau tak silap aku kat kelas, bebudak Melayu pun kurang 10 orang kot rasanya.

Then pada usia 11 tahun aku berpindah ke rumah aku sekarang, Santubong di mana majoriti adalah Melayu. Situasinya tak adalah cultural shock mana sangat kecuali part bahasa. Then sekali lagi ia tak adalah feel tengok drama Thai tanpa sarikata yang haram jadah tak paham. Ia lebih kepada tengok drama Indonesia tanpa subtitle je. Most of it aku faham tapi ada certain part tu bila tak faham then aku sesuaikan dengan kontak ayat. Cumanya tak semuanya berjalan lancar ar. Contoh macam tengok sinetron Indonesia tengok couple bercinta bukan main romantis dan tiba-tiba sebut kapan. Aih, ada yang mati perlu dikain kapankan ke?

Aku masih ingat hari pertama sekolah darjah 5 dulu. Cikgu matapelajaran pertama waktu tu (dah arwah dah) tanya kat sorang budak ni (pun dah arwah) tentang aktiviti waktu cuti sekolah dulu. Then dia keluar ayat 'Pergi meranto ka..?'. Meranto ni kalau direct translatenya ialah merantau. Aku gila tergamam, takut plus respect sebab aku membayangkan yang aktiviti cuti sekolah hujung tahun budak kampung sekecik-kecik usia tu ialah merantau. It either mereka sangat miskin or mereka sangat berdikari. Then as time goes by barulah aku tahu yang meranto tu ialah perbuatan menangkap ikan ke laut dan ia dilakukan balik hari je. Hmmm..

Kemudian hari demi hari perbendaharaan kata aku memang bertambah ar. Banyak benda yang aku tak pernah dengar yang bunyik sangat freaky lawak buat aku belajar ar. Tapi waktu darjah 6 tu ada lagi moment yang memang tak akan dapat lupa ar. Mereka asyik-asyik sebut something yang berbunyi macam satu jenama bedak/minyak wangi famous zaman 90-an Gervenne Bouquet ni. Mereka sebut dalam pronunciation tempatan ar. Bouquet tu dah bertukar jadi frasa yang bermula dengan P dan berakhir dengan KEK (kalau kat Semenanjung ia berakhir dengan KI). Budak lelaki asyik sebut, budak perempuan marah then sebut balik dan ia berterusan. It seem macam a secret game je. Dan aku pula masih lagi tak faham apa signifikasi jenama tu sebenarnya. Sehingga satu ketika ni masa iklan Gervenne Bouquet ni keluar kat tv, then aku sebut sebutan budak kat sekolah tu depan arwah nenek aku. Dan reaksi dia hanya tersenyum.

Then kat sekolah budak-budak kelas masih lagi sebut benda yang sama. So lastly aku tanya sorang budak ni tentang apa maksud frasa tu. Dia ketawa dan kata ia merujuk kepada alat sulit perempuan. Hmmm...






Tamat imbas kembali.






Situasi yang sama berlaku lagi selepas 20 tahun bila aku tengok video Ngek tu. Senang-senang je dia sebut ngek itu-ngek ini- ngek sana sini. Sebelum ni aku pernah dengar geng lelaki-lelaki lembut guna frasa tu sesama mereka. Golongan macam tu memang dah biasa ar kita dengar mereka selalu guna ayat lucah-lucah so aku cukup yakin yang Ngek ialah bahasa lucah yang merujuk kepada organ sulit wanita gak. Tapi semalam aku terdengar perbualan romantis satu couple ni dan si lelaki panggil aweknya dengan panggilan Ngek. Dan lebih pelik bila si perempuan tu okey jer. Gosh there something weird sedang berlaku ni. Sebelum tidor malam tadi aku mempersoalkan 'Orang Sarawak ni open minded sangat ke sampai okey je ke untuk pakai ayat lucah secara umum?' or 'Disebabkan aku dah single terlalu lama so ia adalah trend terbaru untuk panggil kekasih guna bahasa lucah?'. Itu belum masuk part aku sedikit emo sebab si lelaki tu guna organ sulit wanita sebagai jenaka. Kita semua lahir dari tempat tu dan anak kau pun akan keluar dari tempat isteri kau.



So awal-awal pagi tadi aku hantar mesej pada sorang kawan ni tanya tentang kekeliruan aku tu ar. Dia ketawa. Aku pun ketawa. Rupa-rupanya ada salah info pada perbendaharaan kata otak aku. Ngek tu rupanya sekadar kata panggilan je. Dan aku pula keliru antara Ngek & Ngeng. Duh...!!!

Wednesday, February 3, 2016

Saat Aku Menjadi Seorang Lelaki Gemuk

Aku pakai baju Melayu mostly hanya pada masa hari raya je. Plus disebabkan aku orang Sarawak dan berada di Sarawak so aku terpaksa pakai baju Melayu tu almost untuk setiap hari selama 30 hari. Gosh orang Sarawak sangat maniac bila masuk part raya (hmmm). Selain dari tu aku sangat jarang pakai baju Melayu. Realitinya ia selesa je, cumanya kalau cuaca kat Malaysia ni macam kat Korea sana so boleh ar pakai hari-hari. Last Friday, aku tetiba teringin nak pakai baju Melayu untuk solat Jumaat. Surprisingly something happen (based on tittle, dah tahu kan endingnya).


Baju Melayu direka longgar dan besar dari saiz badan seseorang. Itu tak termasuk kes untuk mamat hipster or lelaki perasan badan sado yang akan pakai rekaan baju Melayu ketat-ketat or sleeveless etc. So baju Melayu yang aku pakai Jumaat tu technically dah aku pakai since aku dari form 5 or form 6 lagi (konon cuba nak bagitau betapa fizikal badan aku tak banyak sangat berubah ar). Plus ia dari kain yang berkualiti, emak aku sendiri jahit dan dijaga dengan baik. Lagi pula aku bukan jenis yang sibuk 2-3 bulan sebelum puasa dah siap baju Melayu 3-4 pasang, pagi raya kena melaram habis, nak sedondon etc. Bagi aku, selagi ia masih muat, dalam kondisi yang bagus, so aku okey jer. TAPI... Jumaat tu, baju yang sama aku pakai untuk 10 tahun tiba-tiba ketat kat bahagian lengan. OMFG, itu petandanya yang aku sangat gemuk. Hmmm..


...


Seperti mana-mana rakyat Malaysia yang tipikal (gemuk tapi malas bersenam), permulaan tahun baru juga menjadikan aku untuk memasang niat untuk kurus. So aku download beberapa apps yang berkaitan (which end up dah bersarang labah-labah sekarang), jaga pemakanan bla-bla-bla and surprisingly sehingga 3 minggu terawal, aku kurang beberapa kg dan berat aku kembali di bawah 90kg. Sekali lagi cabaran paling genting ialah apabila kau pandai masak (or at least kau fikir kau pandai masak) ialah bila kau tahu definisi makanan yang sedap. Hmmm..

Thanks to rancangan realiti masakan plus Asia Food Channel yang menyiarkan makanan yang mengiurkan tanpa henti, so penghujung tahun lepas aku try nak grill steak, Disebabkan aku jobless, moneyless so aku tak pernah lagi merasa steak. Makanya aku tak tahu the proper taste of a real steak tapi based on percubaan pertama aku menghasilkan medium rare steak hingga seterusnya mengakibatkan penambahan dua saiz pada baju aku. Dari saiz M, next 2 weeknya aku hanya dapat pakai XL. Aku makan steak setiap selang seminggu. Sebab ia sangat sedap. Steak ialah penciptaan makanan yang paling agung sepanjang peradaban manusia. Luarnya yang panas, daging merah yang mencair dalam mulut, darah yang manis, Duh, setiap kali aku makan benda alah tu, aku rasa sangat barbarian. Betapa aku faham feel haiwan karnivor or raja bersiong masa tu.


Tapi as tahun baru, azam baru bermula, aku plan untuk mengehadkan kemasukan daging lembu tu ke dalam badan aku. Dari seminggu sekali, sekarang ni aku hanya boleh makan steak sebulan sekali je. Cumanya aku manusia yang lemah. Aku buat peraturan then aku sendiri langgar peraturan aku buat tu. Bulan Januari lepas, aku masak steak 2 kali dan pada hari ketiga bulan Februari ni tadi aku beli daging lagi dan aku tak pasti ia akan terhenti di situ je.









Maka pada saat ini, aku mendeclarekan bahawasanya aku ialah seorang lelaki gemuk yang akan bertambah kegemukkannya. Hmmm..

Tuesday, July 21, 2015

Hari Sarawak Merdeka

Amaran: Post kali ni mungkin berbaur agak racist especially untuk mereka-mereka yang suka berfikiran dan mengamalkan idealogi hidup seorang racist. 
Soalan cepu emas: Bilakah tarikh Sarawak merdeka? Adakah:
a. 31 Ogos 1957
b. 16 September 1963
c. Hey, Sarawak pernah merdeka ke? or
d. Sarawak tu dalam Malaysia ke? 


Usahkan tanya orang Semenanjung, kalau kau tanya secara random pada orang Sarawak sendiri pun garenti ramai yang tak tahu. Setiap tahun anak buah aku yang sekolah rendah bukan main seronok bila sambut tarikh 31 Ogos sebab katanya ia ialah tarikh Malaysia merdeka. Persekutuan Malaysia wujud pada 16 September 1963 so technically Malaysia hanya wujud untuk 52 tahun tapi tengok ar bulan lapan kelak then akan digembar-gemburkan yang Malaysia sambut kemerdekaan yang ke 58 tahun. Macam mana sebuah negara yang hanya wujud untuk 52 tahun boleh sambut kemerdekaan yang ke 58 tahun pulak? 

Membuatkan sesiapa yang pernah baca trilogi novel Hunger Game akan kata "OMFG, kita sekarang ni berada kat Panem ke? Manakala Sabah dan Sarawak pula ialah District 12 & 13(kebetulan?) yang dipaksa sambut 'kemerdekaan' Capitol? Najib pulak ialah President Snow yang mengaut kekayaan dari setiap district untuk kepentingan sendiri(Naa, Taib Mahmud lebih sesuai dengan watak tu sebab rambutnya totally putih)? Dan Akademi Fantasi pula ialah versi tempatan Hunger Game which is 11 tribute akan terkorban dan sorang akan jadi ultimate survivor?" LOL untuk statement terakhir tu.


Antara sebab utama kita tak tahu ialah kita tak dibagitahu. As simple as that. Tengok buku sejarah kita. Aku tak tahu tentang buku sejarah sekarang ni tapi buku sejarah zaman aku dulu memang tak ada sebut tentang part tu langsung. Yang ada tentang batu bersurat Terengganu, Lembah Bujang, Zaman Melaka-Portugis serang Melaka, Jepun masuk-Jepun keluar, Komunis, Onn Jaafar tubuh UMNO-Onn Jaafar keluar UMNO, Tanah Melayu Merdeka bla-bla-bla. Even kita siap belajar dan perlu hafal sejarah kat Eropah, India, China, Arab sana tapi sejarah yang cukup dekat pula diabaikan. Part kemerdekaan Sarawak hanya disebut masa subjek Pengajian Am form 6 je. Itupun beberapa baris ayat je. Persoalannya: Berapa kerat sangat rakyat Malaysia ambik form 6 dan berapa kerat yang ambik form 6 setakat tak nak ambik diploma dan perasan benda tu?

Hasilnya wujud ar sebahagian 'kecil' rakyat Malaysia yang kata Sabah & Sarawak join Malaysia ar or ucap selamat datang ke Malaysia kepada orang Sabah & Sarawak kat Semenanjung or aku sendiri pernah jumpa orang yang masih lagi tak tahu Sabah & Sarawak ialah sebahagian dari Malaysia. Sedih kan?





...





Hari ni tadi aku terbaca kat FACEBOOK satu post ni kata tentang pergerakkan Sarawak for Sarawakians yang buat perhimpunan aman kat Kuching menuntut kerajaan persekutuan untuk menjadikan 22 Julai setiap tahun sebagai cuti umum kepada Sarawak sebagai peringatan hari bersejarah kemerdekaan Sarawak. Dah beberapa tahun mereka mendesak tapi tak dilayan. Sedangkan Malaysia yang dah wujud untuk 52 tahun pun baru diambik peduli dan diberikan cuti umum. 

Aku support sepenuhnya apa yang mereka buat hari ni tadi tapi aku no komen tentang dasar penuh perjuangan Sarawak for Sarawakians yang lain. Aku tak nak jadi macam kes Scotland and United Kingdom tahun lepas. Tapi apa yang menjadikan aku panas ialah post kat FACEBOOK dari Sarawakians yang sangat racist dan kurang bijak. Yap kurang bijak ialah another word untuk the big B. Aku tak nak bagitahu apa yang berlaku secara detail tapi ia lebih kurang sama macam kes umum di Malaysia ar. Secara sarcasmnya ia berbunyi "Aku lebih rela punya pemimpin sama bangsa dengan yang sah-sah bodoh dan memperbodohkan aku serta curi duit aku terang-terangan daripada dipimpin oleh bangsa yang makan babi dan guna tisu lap punggung". Paham kan?






Aku orang Sarawak dan ada masanya aku sangat simpati pada orang Sarawak. Yap, sejarah ditulis oleh mereka yang menang jadi mungkin sebab tu mata kita dikaburkan oleh sejarah kita sendiri. Sewaktu sorang mat salleh dan bawa keluarga dia menjajah tanah ni, sebahagian dari nenek moyang kita sekadar biarkan diri kita dijajah and surprisingly boleh pula mengangkat orang asing menjadi raja. Ya, memang ada yang menentang dan kalah tapi masih ada yang bersatu dan menentang. Golongan ibu-ibu, cikgu-cikgu dan anak-anak muda melawan ketidakadilan pemimpin dengan cara sendiri. Masalahnya siapa antara kita yang tahu tentang kisah mereka? Sememangnya sejarah tak boleh ditipu tapi ia boleh disembunyikan. Menjadikan orang Sarawak yang ada sekarang hanya buat donno, bising mulut membiarkan seorang manusia jadi raja dengan tanah dan rumah sebesar istana ketika beberapa meter darinya rakyat biasa sekadar duduk dalam rumah saiz kotak. 







Paling sedih bila kita selalu kata yang Sarawak menentang racism tapi apa yang aku baca di FACEBOOK hari ni seem like kita sedang enjoy meratap semaian racist yang kita tanam sendiri.









Selamat hari kemerdekaan Sarawak untuk orang Sarawak.

Thursday, May 7, 2015

Aku Melukis Lagi dan Lagi

Aku seorang yang easily distracted. Kalau memandu dan kebetulan ada patung kecik yang kepalanya asyik geleng-geleng 24/7 melekat kat ruang depan pemanduan tu then mata aku memang setiap saat akan curi-curi menoleh pada benda tu je memanjang. Tapi ada masanya bila aku buat kerja-kerja tertentu then aku boleh bagi fokus hampir sepenuhnya. Antaranya bila aku melukis. Even bila aku dah start melukis then otak aku tak akan fikir apa-apa (literallynya ar). So that why pernah ada sorang kawan aku ni kata 'Aj, kau nampak sangat lain dan menakutkan bila kau fokus', Hmmm..


Cuma masalahnya aku terlalu choosy bila masuk part melukis. Firstly aku kena ada sumber yang mampu menginspirekan aku sebelum aku dapat melukis. That why ada masa, hati nak melukis tapi duduk sejam lebih dengan kertas lukisan dan pencil di tangan tapi kertas tu masih lagi suci tanpa sebarang calitan karbon ar. Secondly aku kena ada the right mood (part mood ni next entry aku ada cerita best nak share). Walaupun ada orang kata kalau pelukis melukis dengan emosi masa marah, sedih etc then karya yang terhasil akan nampak jauh lebih hebat sebab ia juga akan memaparkan emosi. Unfortunately aku bukan artist sebaliknya sekadar lelaki yang hanya tahu menconteng je. Makanya even though aku dah ada inspirasi tapi disebabkan aku tak ada mood so aku tak melukis. And that the reason why aku jarang-jarang melukis. Hmmm.. 


Dan thanks to technology sedia ada, melukis dah jadi cukup-cukup mudah. Plus as aku selalu kata yang aku yang konon-kononnya quite environmentalist yang setiap kali nak guna sehelai kertas lukisan pun fikir banyak kali then dengan adanya touchscreen notebook computer aku yang murah dan kecik tu bersama stylus murah buatan China harga tak cecah RM3 tu dah boleh buat aku conteng sebanyak mana yang aku nak. Lagipun dengan adanya smartphone yang bermaharajalela sekarang ni, kat mana-mana je pun kalau dah ada inspirasi dan mood then boleh je terus melukis kan?



1.
Emak aku kalau habis maghrib, wirid, baca Yaasin tu semua then dia akan layan Astro Oasis or channel 135. So satu hari ni aku keluar bilik dan dia dah habis awal so dia check-check channel lain-lain dan kebetulan waktu tu dia buka drama jam 7 kat TV3. Drama tipikal orang biasa kawen anak orang kaya yang berlagak dan entah kenapa aku rasa drama tu macam just jual rupa pelakon je (lakonan haru biru je). Kemudian muncul sorang mamat ni dan aku terus mesmerized disebabkan rambutnya yang kerinting habis. 

FYI aku sangat jeles dengan manusia yang punya rambut kerinting. Yap, Fakrurazzy dan Syed Affendi, aku jeles pada rambut korang. Sebabnya rambut aku sangat lurus. Kalau lupa bawak pembaris masa exam then guna rambut aku pun boleh menghasilkan garisan yang betul-betul lurus (persamaan yang melampaukan?). So aku google drama tu, cari nama (namanya Nadzmi Adhwa) dan gambar pelakon tu sebab rambut tu totally menginspiredkan aku. 

Aku masih lagi belum mahir sepenuhnya melukis kat screen komputer jadi muka memang tak sama langsung ar jadi sila fokus pada rambut sahaja. Hasilnya dibawah ni.

(right klik-open link new tab untuk tengok saiz asal kalau klik terus tak berjaya)


2.
Aku suka ambik gambar sebab aku suka tengok gambar yang cantik. So kat mana pada era sekarang ni nak cari gambar-gambar yang cantik dengan mudah? Instagram of coz. The 'pro' sidenya pada Instagram ialah apabila semua orang boleh jadi photographer dan menyerlahkan bakat terpendam, bakat tersembunyi mereka yang mereka sendiri tak tahu selama ni. Then 'con' partnya pula ialah apabila semua orang boleh ambik gambar dan upload sebanyak mana gambar mereka nak so maka makin menggunung ar sampah-sarap (yang mostly adalah selfie) dalam sana.

Walaupun aku dah tak aktif Instagram tapi aku masih lagi active stalker. Aku masih lagi follow photographer-photographer, pelukis-pelukis, individu-individu yang do arts, or klik nama tu, klik commenter dia, check dan klik followernya secara randomly dan suddenly jumpa satu gambar yang cantik. Then aku terus curi (istilah jahat) gambar tu tapi just untuk simpanan peribadi as inspiration je dan bukan upload balik dan claim aku yang ambik gambar tu or worst jual untuk nama sendiri pulak. Hmmm..

So satu hari klik punya klik aku jumpa satu gambar ni. Bagi aku gambar tu ada 'sesuatu'. Lelaki dalam gambar ni namanya Asyraf Hardy. Sarawak local talent ar. So may be gambar tu untuk cover album kot. Yap, sekali lagi lukisan dan muka memang tak sama. Sebabnya aku tak pandai melukis.

(right klik-open link new tab untuk tengok saiz asal kalau klik terus tak berjaya)


3.
MORIBAYU aka Megat Eusofe aka aku tak ingat nama betul dia ialah seorang individu yang sentiasa menginspirasikan aku. Dia totally an artist ar. Dia punya ayat yang power dalam penulisan, a great photographer, karya lukisan dia totally pure art ar dan pendek katanya setiap apa yang dia sentuh akan jadi 'sesuatu' yang akan menyentuh hati orang lain. Jujur cakap, Megat yang aku selalu curi gambar-gambar yang kau upload dari blog sampai ke Instagram. Tapi aku tak macam 'mereka-mereka' yang tanpa bersalah republish dan salah guna gambar kau tu. Aku just simpan dalam hard drive dan setiap kali tengok gambar tu then aku akan 'rasa sesuatu' tu balik. 

Malah tak salah kalau aku katakan yang banyak lukisan-lukisan dia yang menginspirasikan aku untuk menghasilkan sesuatu (unfortunately ia tak berjaya). Salah satunya ialah gambar dia di bawah ni. 


Walaupun secara harafiahnya ia sekadar nampak macam lukisan seorang perempuan dalam frame dengan medium lukisan kat kiri kanan je tapi bagi aku lukisan dan gambar ni bagi aku satu 'rasa' lain. Rasa yang kalau aku jelaskan dengan kata-kata ia samada akan jadi cukup panjang sekaligus menjelaskan yang aku memang seorang yang gila. Hmmm.

So suatu hari ni entah macam mana aku jumpa satu gambar girl ni dalam google image (ketika aku cari gambar lain). Namanya Syatila Melvin. Katanya seorang pelakon tapi aku tak pernah nampak pun muka dia (sebabnya aku tak layan drama tempatan pun). Tapi gambar dia yang satu tu buat aku terus teringat lukisan Megat Eusofe 'girl in red kebaya' tu dan aku hasilkan versi aku sendiri. Dan hasilnya di bawah ni


(right klik-open link new tab untuk tengok saiz asal kalau klik terus tak berjaya)

Kalau dua kali tengok dah macam perempuan pakai kostum kimono pun ada gak kan? Plus lukisan Megat Eusofe ada ciri kelas dan sophisticated tapi versi aku dah macam ibu Susanti yang kerja spa kat Bali pulak kan? Hmmm..
















Dan disebabkan aku ialah seorang lelaki yang punya otak kuning sebab suka layan movie berwarna biru maka aku hasilkan versi 50 Shades of Grey pulak kat bawah ni. LOL


(right klik-open link new tab untuk tengok saiz asal kalau klik terus tak berjaya)













hmmm

Friday, March 6, 2015

Pawagam Berhantu

Waktu filem Lelaki Harapan Dunia keluar dulu aku cukup tak puas hati sebab ia tak dimainkan kat mana-mana pawagam di Kuching pun (even perhaps satu Sarawak kot). Kemudian filem Terbaik Dari Langit pula hanya dimainkan kat Samarahan je (punya ar besar Sarawak, hanya 1 pawagam je yang main). Buat yang tak tahu geography, kalau Sarawak ialah Semenanjung then Kuching dan Samarahan ialah dua buah negeri yang berbeza. Nak buat macam mana kalau Melayu hanyalah majoriti ketiga terbesar selepas Dayak dan Cina dan peratusan perbezaan tu pula boleh tahan besarnya. Tapi yang peliknya bila filem-filem melambak keluaran Metrowealth boleh pulak ditayangkan. Hmmm..


Hari ni aku pergi layan Usup Wilca dalam Werewolf Dari Bangladesh. Seperti yang dijangka, hanya 1 pawagam je yang tayangkan filem ni. Dan ia bukan dari pawagam yang besar dan serba canggih. Even masa aku gi pawagam tu, hanya aku sorang je yang ada kat situ. Jangan katakan filem tu, malah semua hall kosong. (yap, aku pergi waktu siang hari masa orang lain tengah kerja). Dan pawagam tu pun guna konsep kalau hanya ada sorang je penonton then filem tak akan main. So buat kali kedua selepas Talentime, aku beli 2 tiket untuk tengok movie kat pawagam. Hmmm..


Tapi buat pertama kali dalam hidup aku apabila aku satu-satunya manusia dalam satu hall. Sebelum ni paling sikit pun 2 orang waktu aku tengok cerita Amir dan Lokman Pergi ke Laut. Hall aku masuk ni saiz sederhana je. Seat bahagi 2 bahagian dan satu baris ada sekitar 5 or 6 seat dan laluan keluar masuk satu kat depan je. Aku sepatutnya duduk 2 seat dari belakang dari rasa macam belakang sangat then aku berganjak ke hadapan sikit dan duduk kat paling tepi tempat laluan. Dan aku masuk masa trailer satu cerita hantu omputeh ni. Belum ada apa-apa lagi berlaku.


Ketika cerita baru start sekitar 15 minit macam tu aku dikejutkan dengan bunyi 'orang' terlanggar tempat letak tangan antara seat. Aku kata terkejut sebab bunyinya agak kuat dan ia betul-betul kat belakang kiri aku. Bunyi tu biasanya kita dengar bila masa cerita dah main, lampu hall dah dipadam dan beberapa kumpulan manusia datang lewat dan terlanggar sana sini. Lagipun masa aku masuk hall memang dah gelap. Selalunya bila iklan or trailer terakhir sebelum cerita nak start then baru mereka padamkan lampu hall tapi sebab aku sorang je so mereka malas nak buat. Tapi sejujurnya aku tak rasa apa-apa sangat lagi.

Kemudian tetiba semerbak timbul bau bunga ros. Ia bukan bau minyak wangi ros. Sebab aku ada Body Shop perfume oil rose. Baunya lain. Kat rumah aku ada banyak pokok bunga ros. Jadi aku tahu bezanya. Bau segarnya lebih kurang sama tapi yang ini semerbaknya lain. Waktu tu aku dah rasa pelik. Tapi aku postitifkan diri kata yang pawagam ni milik orang India jadi mungkin mereka guna air mawar untuk merenjis orang kahwin sebagai penyegar hall je kot. But if in case bau tu tiba-tiba bertukar busuk macam bangkai then aku akan bangun dan blah.


p/s: aku seorang yang penakut. Giler penakut. Plus aku sentiasa ada imaginasi suatu hari masa tengok cerita seram or pembunuhan kejam kat pawagam yang penuh dengan orang dan berlaku aksi menjerit-jerit oleh penonton ketika aksi seram dan dalam masa yang sama ada seorang pembunuh yang ada masalah mental dan bunuh satu persatu manusia dalam hall tu. Namun disebabkan keadaan gelap dan semua asyik menjerit then akhirnya semua dalam hall tu mati. Hmmm..


Tapi disebabkan aku dah bayar extra untuk tiket dan cerita tak sampai setengah jam main then aku tak nak keluar. Melainkan kalau ketika tu ada benda keluarkan nafas sejuk kat leher aku or ada benda main-main ngan rambut aku or paling tak pun ada bunyi benda mengilai-ngilai belakang aku then baru aku berambus. Jadi sepanjang masa tayangan tu mata aku just fokus pada skrin dan ketawa kuat-kuat untuk tenangkan diri aku sendiri. Aku langsung tak toleh kiri kanan. Belakang lagi ar tidak. Tak nak aku tetiba tertoleh dan lihat sorang perempuan muka pucat, rambut panjang, baju putih dan terus ketawa besar. Innalillah ar aku jawabnya lepas tu.






Aku berada kat situ sampai filem habis. Dan bau tu pulak tak ada di situ sepanjang masa. Kalau dalam hall sederhana kecil tu dan beraircond pula then sepatutnya bau akan kekal dari masa aku masuk dan aku keluar ar kan secara logiknya. Dan mungkin memang ada pintu yang aku tak nampak belakang dinding sana dan ada pekerja yang curi-curi masuk nak tengok cerita dan kebetulan dia tertumpah air mawar ketika nak turun kerja tadi tapi kenapa dia langsung tak ketawa sepanjang cerita tu bermain? Hmmmm..










Paling peliknya aku tak rasa sejuk goosebumps. Sebab sebelum ni aku pernah kena kacau dan rasa sejuknya tak sama walaupun waktu tu aku berada dalam bilik air cond kuat. So hantu ke? Perhaps yes or perhaps not. Tak siapa yang tahu. Jadi apa kata kau yang sedang berada di Kuching sekarang ni pergi masuk hall tu tengok movie sorang-sorang pulak. Ada berani?

Monday, March 24, 2014

Roti Canai Sarawak

Ketika aku lahir, 3 daripada 4 datuk dan nenek aku dah tak ada. Yang ada sorang pun meninggal sebelum aku masuk tadika lagi. Aku totally tak ada pengalaman dimanjakan or punya tempat nak buat komplen kalau aku tak berpuas hati dengan parents. Oleh sebab tu, aku dan adik beradik menjadikan nenek-nenek saudara sebagai tempat ganti. Even nenek saudara terakhir pun baru meninggal sekitar 3 tahun lepas. Noktah.


Kat kampung ada orang meninggal. Bapak aku pulak antara orang penting yang sentiasa dipanggil untuk majlis kenduri arwah pada malam harinya. Ada masanya kalau balik ada bawak balik makanan. Orang Sarawak panggil ia lampang (tapi most kawan aku kat sini tak tahu term tu) or kat Johor orang panggil ia berkat. Aku tak tahu apa term BM standard untuk makanan yang dibungkus bawa balik. Dan untuk malam tadi bapak bawa balik bihun goreng dan roti bersama kuah kacang.

Aku tak tahu entah kenapa orang Sarawak agak maniac dengan kuah kacang (or it happen to all kat Malaysia ni). Semuanya nak dicalit dengan kuah kacang. Makan roti dengan kuah kacang. Makan ketupat dengan kuah kacang. Raya puasa masak kuah kacang. Raya haji masak kuah kacang gak. Rasanya semua event mesti akan ada kuah kacang kat rumah. Kecuali kat rumah kami ar. Kalau kat rumah mak cik-mak cik yang lain then ia adalah benda wajib. Sebabnya emak aku a.k.a chef utama dan boss nombor besar nombor dua ialah bukan orang Sarawak. Lagipun setiap kali aku tengok kuah kacang then aku akan teringat benda yang keluar dari mulut orang yang muntah. Hmmmm



Masa first tengok kuah kacang yang bapak bawa balik tu, otak aku terus teringat satu benda yang paling sedap kalau dimakan dengan kuah kacang dan dah lama sangat tak merasa benda tu: Roti Canai Sarawak. Aku cuba search kat GOOGLE tadi tapi buat pertama kalinya aku tak dapat jumpa carian imej yang betul. Kalau roti canai biasa tu warna putih, setiap lapisan tu hampir senipis kertas dan ia masak di atas permukaan kuali rata dengan minyak sedikit tapi roti canai Sarawak ni pula lain. Ia berwarna coklat kekuningan, tebal dan masak guna kuali biasa dengan minyak yang banyak dan ia tak perlu ditebar. Ia seperti doh roti canai biasa yang dipenyekkan dan terus digoreng. Hmmm..


Kalau ditengok dari rupa memang tak menyelerakan. Kalau masuk dalam mulut pun mungkin tak akan dikunyah sebab ia tebal dan rasa kosong. Di situlah muncul kuah kacang untuk menstabilkan rasanya. Tapi seriusly awal-awal dulu pun aku tak suka makan benda tu. Dulu arwah nenek saudara terakhir ni ar yang suka masak roti canai Sarawak tu. Kalau dulu dia akan telefon suruh pergi rumah dia ambik roti canai. Aku sering kali tertipu sebab aku imagine ia roti canai standard sebab aku suka benda alah tu. Kalau pagi raya pulak, rumah dia ialah tempat ahli keluarga kami akan berkumpul dan sekali lagi roti canai Sarawak dengan kuah kacang tu ar antara hidangan wajib dia. Duh, puasa sebulan then of coz laa aku tak akan sentuh benda tu. Kalau makan pun sikit je or makan sebab dah tak ada benda lain yang boleh dimakan lagi.






Sejujurnya hanya selepas dia dah meninggal baru rindu nak makan benda tu. Selama 3 tahun dah pemergian dia memang dah tak pernah lagi makan roti canai Sarawak tu lagi. Sebab ia ialah makanan orang tua dulu-dulu.Even mak cik-mak cik aku yang lain memang tak pernah buat benda tu kot. Malah setiap kali tengok kuah kacang then aku garenti akan mengidam nak makan roti canai Sarawak yang keras tu. Hmmmm








Al-Fatihah untuk arwah nenek. 

Monday, August 12, 2013

The Guy That Hates Raya

Kalau ada orang kata kat kau yang aku seorang yang sangat suka hari raya then orang tu ialah penipu besar sebab sesungguhnya lelaki bernama Naziruddin Abdullah aka AJ ni sangat-sangatlah tak suka kewujudan hari raya. Hari yang paling aku tak tunggu-tunggu kedatangannya aka hari yang paling aku tak suka ialah hari raya. Pendek katanya aku ialah The Grinch versi hari hari raya. Hmmm


Ada beberapa sebab kenapa aku x suka raya. Antaranya:

1. Ramadhan Vs Syawal
Tarikh yang paling aku tunggu-tunggu dalam setahun ialah bila diumumkan bila tarikh 1 Ramadhan. Betapa aku x sabar untuk kedatangan Ramadhan, aku buat persiapan 2 bulan awal untuk menyambutnya. So technicallinya 1 Syawal bermakna berakhirnya bulan yang aku suka tu. Even aku sangat moody bila Ramadhan baru je start ada orang yang dah tak sabar dan mengharap agar Ramadhan tu cepat-cepat tamat. Lebih suck bila minggu terakhir puasa, semua dah tak peduli sikitpun tentang Ramadhan. Hmmm..


2. Matlamat Raya
Ramai orang sambut raya tapi tak tahu apa yang mereka sambut. Buktinya bila ada orang yang tak puasa 1 hari pun dalam Ramadhan tapi beraya 30 hari tanpa henti. Bila tanya orang kenapa sambut raya then mereka kata untuk merapatkan siraturahim, bermaaf-maafan, menghias rumah, beli kueh etc. Duh, 1 Syawal tu ialah  hari untuk meraikan kemenangan mengharungi ujian sebulan puasa Ramadhan. So kalau kau tak berjaya semasa Ramadhan so apa yang kau raikan sakan-sakan sangat tu? Seriusly, I dont get it..!!


3. Channel Raya
Aku mostly dengar radio sewaktu memandu. Tapi 2 minggu before & 2 minggu after raya ialah moment aku paling tak suka dengar radio. 1st) Lagu raya yang sama dimain berulang-ulang, 2nd) Lagu raya baru yang mengarut entah apa-apa entah 3rd) Buka channel ni lagu tu, bukak channel lain pun lagu tu gak. Program raya kat TV pun lebih kurang sama. Cerita raya lebih kurang sama jer: Sikit-sikit anak tak dapat balik kampung, anak derhaka, kantoi tak puasa dan last-last insaf salam-salam mintak maaf. Buka channel lain program artis nyanyi, channel lain: konsert K-pop. At least selamat tak ada Sarkas. 


4. Makanan Raya
Sejujurnya aku hanya makan lemang pada hari raya jer. Walaupun lemang leh dapat kat mana-mana tapi lemang hanya ada feel kalau makan masa raya jer. So raya pertama ada lemang, ketupat, nasi himpit, rendang, ayam masak itu ini. Pergi rumah mak cik 1 pun makan lebih kurang sama. Rumah mak cik 2 pun sama. Rumah mak cik 3 pun sama gak. No big deal sebab setahun sekali je makan benda alah ni. Balik rumah-tidur-bangun-check dapur. Emak memang tak akan masak apa-apa sebab makanan semalam masih banyak dan ok lagi. Maka biasanya raya kedua-ketiga dan kalau nasih baik keempat kita akan makan benda yang sama untuk sarapan, tengahari dan malam. Naik muak wei makan benda berlemak tu semua..!! Itu belum masuk kuih, kek raya lagi. Hmmm..


5. Tetamu Raya.
Raya ialah hari yang cukup ramai orang datang ke rumah. As mak aku kata: Family hanya akan berkumpul masa 2 perkara jer: Raya or kalau ada kematian. So kalau familly kau besar so banyak ar rumah yang mesti kau pergi dan lebih ramai orang yang akan datang ke rumah kau. Thanks goodness family bapak aku kira still boleh diterima akal yang waras ar. Raya pertama aku terpaksa dan dipaksa untuk bersama adik beradik gi rumah family terdekat satu kampung. Itu still okey lagi sebab hubungan keluarga masih rapat lagi. Cumanya sebab bapak aku anak sulong dan quite dihormati among relative & orang kampong so ramai ar yang datang ke rumah. Disebabkan kakak aku ada rumah sendiri dan kakak ipar lah hanya beraya selang setahun, Along aku lah ada banyak masa keluar beraya so aku je lah yang tertinggal di rumah. So ada masanya aku tolong hidang air, duduk sekali, rupa-rupa senyum. Tapi most of the time aku sembunyi dalam bilik. Lebih sucks bila ada budak-budak kecik yang entah dari mana entah datang rumah, buat perangai macam kat rumah sendiri dan bila bagi duit terus blah. Hmmmm..



6.  Sarawak Beraya
Sarawakians sangat passionate bila it come part to raya. Aku pun tak tahu kenapa diaorang sangat melewah-lewah bila masuk bab raya ni. Orang Semenanjung pasti cultural shock ar bila tengok orang Sarawak beraya. Dari rumah, makanan, pakaian etc. FYI orang Sarawak ni menyambut raya selama 7 hari secara official. Maksudnya kalau korang berada di Sarawak pada hari ke tujuh so feelnya masih lagi macam raya hari pertama. Ke mana-mana je lelaki muda still akan pakai baju melayu lengkap dengan samping dan songkok, hiasan rumah ngan makan masih lagi sama dan tetamu yang datang tu still tak henti-henti. Dari hari ke 8 sampai 30, semuanya dah reda but still kuih masih ada atas meja dan tetamu still berkunjung. Imagine aku yang sangat tak suka raya perlu mengharungi 30 hari tanpa henti dengan siksaan ni semua. Hmmm..
















BTW selamat hari raya.. Kalau korang bukan friend aku di FACEBOOK so aku buat kad ucapan ni. Hmmm


Saturday, July 6, 2013

Shit Semenanjungs Say About Sarawak

Aku pernah belajar dan bekerja di Semenanjung. Walaupun ramai tak berjaya detect yang aku ni Sarawakian but still aku masih mendengar suara-suara sumbang yang berbunyi agak lawak and a bit sedih yang dikeluarkan oleh sebahagian kecil orang di Semenanjung tentang Sarawak. Plus aku separa Sarawak and separa Semenanjung. So aku dapat banyak soalan dan statement yang lebih 'jujur' dikeluarkan depan-depan. So hari ni aku nak keluarkan list of shit yang Semenanjung selalu cakapkan tentang Sarawak. Ia mungkin sound ridiculous tapi percayalah yang ia berlaku dan ia melibatkan orang muda. Hmmm..


A. Orang yang tak pernah pergi Sarawak:

1. Korang duduk rumah panjang eh? Or atas pokok? Or dalam gua?
2. Macam mana kalau korang nak berak eh? Korang gali lubang dalam tanah ke?
3. Korang hari-hari pakai cawat je ke?
4. Bila kali terakhir korang datang Malaysia (tak tahu yang Sabah & Sarawak ialah a part of Malaysia)?
5. Macam mana korang bergerak ke mana-mana sana eh? (tak tahu yang di Sarawak ada kereta)
6. Kenapa semua orang Sarawak suka makan biawak?
7. Kau ni bukan Cina ke..? (refer orang Melayu Sarawak)
8. Semua barang di Sarawak mesti mahal-mahal kan? (sebab tengok price kat majalah dan kos penghantaran)
9. Korang mandi dekat sungai ke? Tak takut buaya?
10. Kat Sarawak mesti ada banyak buaya kan..?
11. Kau dekat Sarawak ada elektik ngan bekalan air paip bersih tak?
12. Kat Sarawak ada panggung wayang tak? or TV at least?



B. Orang yang pertama kali datang Sarawak:

1. Korang pun ada bangunan tinggi-tinggi juga eh?
2. Banyak jugak kereta di Sarawak ni yaa?
3. Mana rumah panjang yaa? (sebab fikirkan yang rumah panjang ada di mana-mana di Sarawak)
4. Rumah ni mesti rumah Dato kaya kan? (sedangkan rumah orang biasa jer)
5. Mana buaya ni? (cari setiap kali jumpa sungai tapi tak nampak sekor pun)
6. Kat Sarawak tak ada roti Gardenia eh?










Dan statement terakhir yang aku baru dengar tadi ialah:

"Jam di Sarawak pun sama dengan jam di Semenanjung juga eh..?" Dia fikirkan yang selama ni kalau nak pergi Sarawak kena adjust jam setengah jam lebih awal. Duh, macam mana dia baru tahu benda tu sekarang..? Selama ni dia bersembunyi dalam gua ke..?









Moral value di sini: Sarawak bukanlah negeri yang sempurna plus Sarawak memanglah tak semaju Kuala Lumpur, Selangor, Johor, Penang etc tapi selain negeri tu rasanya Sarawak setara or jauh lebih maju kot. Aku kata macam tu sebab aku dah pergi ke setiap negeri di Malaysia dan orang yang percaya orang Sarawak still duduk atas pokok tu pulak hanya masih terperap di tanah Semenanjung jer. Plus aku bukan nak mengeluarkan statement membenci kepada kumpulan-kumpulan tertentu tapi just jangan jadi kolot sangat ar. Aku tak marah cuma aku simpati pada kekolotan kau tu. Hmmm

Tuesday, July 2, 2013

Aku & Muka Belagak

Post terakhir aku mendapat 2 komen. Salah satu komen tu ialah dari seorang follower yang tanpa dirancang melancong last minute ke Kuching last week dan entah apsal dia yakin dia jumpa seorang macam owner blog ini. Yap, itu bukan kembar aku tapi that me..!!


Perkara pertama yang muncul dalam otak aku bila baca komen itu ialah: macam manalah agaknya muka aku waktu tu. Ooh please jangan salah tafsir dan kata 'Apsal Aj sangat berbeza dalam blog ngan in real life..? Sah-sah pakai Photoshop untuk menutup cela..'. Ooh sorry, rakyat Malaysia. Aku x main Photoshop untuk bagi effect hidung mancung, pipi tersorong-sorong tu ek. Secomel mana korang tengok aku dalam blog then lebih comel lagi aku in real life.

Apa yang aku maksudkan dengan 'muka aku' tu ialah bila aku jalan sorang-sorang diri, aku lebih refer buat muka serius Gila apa kalau aku nak tersengih-sengih sorang diri kan? Cumanya muka serius tu akan bagi effect muka macam belagak pada diri aku. Buktinya ramai kawan-kawan yang kata: awal-awal dulu aku fikir kau ni belagak giler or aku tak fikirpun dulu yang kau nak kawan dengan orang macam aku sebab kau macam muka orang yang hanya nak berkawan dengan orang-orang macam kau jer etc.

Kekadang tu aku sangat enjoy buat muka belagak. Sedangkan dalam hati aku tengah ketawa besar sambil nyanyi lagu M. Daud Kilau. Sapa tau..












Agaknya macam manalah muka aku hari tu masa dia jumpa aku ek..? Dah ar dia nampak aku kat kedai makan. Mesti aku sedang makan dengan penuh lahap sambil gosok-gosok perut aku yang bulat or paling tak aku sedang buat muka yang cukup layak untuk ditampar. Wakaka










BTW macam manalah agaknya reaksi aku kalau aku terjumpa dengan blogger yang aku follow? Mesti aku happy tapi dalam masa yang sama rasa resah gelisah sebab terfikir: nak tegur ke tak. Last-last mesti aku tak berani nak tegur. Hmmmm..