Showing posts with label emak. Show all posts
Showing posts with label emak. Show all posts

Sunday, January 4, 2015

Budak Sekolah Dulu VS Sekarang

Tak lama lagi kat jalan-jalan tertentu akan jam teruk terutama waktu pagi, tengahari dan petang. Parents kena set alarm setengah or sejam lebih awal untuk pastikan semuanya dah sedia. Mereka-mereka yang dah terbiasa tidur lewat-bangun lewat untuk sebulan lebih ni nak tak nak kena paksa bangun awal dan kembali menjalani rutin seperti tahun-tahun sebelumnya. Buat yang pertama kali then semangatnya bukan main hebat lagi. Sebabnya? Cuti sekolah dah nak tamat dan sesi pembelajaran akan bermula. Hmmm..


Teringat dulu-dulu masa sekolah rendah belanja emak bagi 20 sen jer. Imagine selama enam tahun dapat 20 sen sehari tapi itupun aku tak pernah belanja. Salah satu sebabnya ialah 2 sekolah rendah terawal aku tu majoriti non-Muslim. Rasanya dalam kelas aku tak sampai 10 orang Melayu. So kat kantin memang jual makanan non-Halal je ar. (macai UMNO dan PERKASA, tolong jangan jadikan perkara ni issue mainan politik korang ya). Lagipun waktu darjah 1-2 tu aku bawak bekal ke sekolah. Aku ingat lagi bekas makanan zaman tu memang kreatif habis. Aku punya bekas makanan berbentuk rumah. Ha ha ha. Sekolah menengah pun aku rasa duit belanja aku 50 sen jer dan still aku tak guna. Budak zaman sekarang ada yang berbekal RM2-RM5 sehari, itupun hanya dapat sebungkus nasi lemak yang 5 kali suap je. Tak dapat nak salahkan diaorang gak. Harga barang semua dah naik. Emak pun tak sempat nak masak sarapan or buat bekal. And even sekarang ni harga membeli makanan siap adalah jauh lebih murah dari memasak..



Dulu pagi-pagi air memang dimasak dalam kettle khas untuk mandi je. Air panas letak dalam besen, campurkan air paip dan baru boleh mandi. Kalau tak memang membeku sampai tulang temulang ar. Sekolah pertama dulu rumah kat Flat Polis Bintawa (sekarang next to tempat ambik ujian memandu) then ngan emak naik public bas nombor 19 ke SRB St Theresa Padungan. Kalau terlepas bas alamatnya lambar ar masuk kelas. Sekolah kedua firstly duduk kat kampung Melayu Jalan Abdul Rahman (sekarang dah penuh bangunan komersial) dan jalan kaki dengan emak melalui pasar then baru sampai ke SRB St Anne Sarikei. Balik emak ambik jalan kaki balik. Bila fikir-fikir balik sekarang ni, jauh tu wei. Tapi yang bestnya setiap kali balik pasti akan singgah kat satu kedai jual ice-cream local perisa asam boi ni. Kemudian pindah ke flat polis yang seberang jalan je dah sampai sekolah. Lastly pindah ke kampung sekarang ni. Sekolah rendah dekat dan sekolah menengah teramatlah dekat. Pendek kata jarak rumah ke sekolah menengah aku tu berjalan memang tak sempat berpeluh. Terlampau dekat sangat katakan.

Budak-budak sekarang ni, pergi balik naik van or bas sekolah. Bukan parents tak nak hantar tapi parents kerja kat tempat lain, sekolah lak arah lain. Plus kalau semua parents hantar, jalan garenti akan sesak tahap dewataraya ar. At least bila naik bas sekolah leh ambik feel jadi ahlli Geng Bas Sekolah ar kononnya. Hmmm.. 



Aku anak bongsu so bila abang or kakak aku ada beli beg baru so beg lama mereka akan dibagi kat aku. Sama gak baju dan seluar sekolah abang aku masih dalam kondisi yang bagus so ia akan diwarisi kepada aku. Kalau tak pun hujung tahun akan beli baju baru tapi bila dah tengah tahun then baju akan bertukar biru purple (faham kan kenapa) untuk parents yang rajin or kuning untuk parents yang malas. Dulu alat tulis digunakan semaksima mungkin. Aku pun tak tahu kenapa. Kalau pensil kayu tu, hujung pangkal akan disharpener kan. Bila dah pendek sangat then ambik penutup pen murah (batang warna putih, penutup warna biru) letak kat pensel dan masih lagi boleh guna. Pelik. Waktu aku darjah 4 dulu ada permainan getah pemadam. Getah pemadam siapa yang dapat menindih pemadam yang lain then dia owner benda alah tu. Then beberapa tahun kemudian timbul pula getah pemadam kecil bentuknya yang sangat2 comel sehingga tak dapat nak dijadikan pemadam. Dan bekas pensil yang boleh bukak depan belakang yang ada span tu pulak ialah aksesori yang wajib dimilikki.

Budak zaman sekarang (merujuk pada anak buah aku sendiri), baju sekolah, bekas minuman, bekas makanan. bekas pensil, kasut, beg, alat tulis semuanya berganti setiap bulan. Tak pasti sama ada budak sekarang makin aktif ataupun produk-produk sekarang makin tak berkualiti. Aku pun tak tahu. Hmmmm












Post ni aku upload bukan sebab nak kata sekolah zaman dulu lebih jauh best tahap nak mampus dan zaman sekarang haram jadah langsung tak. Tak. Sebaliknya setiap zaman ada pengalaman dan ceritanya yang tersendiri. Kan?












Buat mereka-mereka yang ada anak yang dah bersekolah, aku ucapkan kepada ibu bapa then sila simpan duit banyak-banyak. Jangan asyik nak bertukar smartphone setiap kali keluar model yang baru je. Buat anak-anak yang belajar, sila ke sekolah untuk mendapatkan ilmu agar jadi manusia dan jangan fikir nak cari awek-balak je. Buat kekawan yang jadi cikgu, selamat kembali ke neraka dunia. Wakaka

Friday, October 24, 2014

Hantu Zaman Kanak-Kanak

First time aku tengok cerita Ju-On dulu ialah waktu ia keluar kat TV dan aku layan dalam bilik aku seorang diri dalam keadaan gelap (konon lebih feel ar) dan ia tak berjaya bagi apa-apa mode seram pada aku tapi the second time aku layan cerita tu dalam bilik yang sama, berseorangan dan entah kenapa ia sangat menakutkan aku sehingga last-last aku tak tengok sampai habis plus tidur dengan lampu bilik terpasang. Sama macam first time aku baca novel IT, ia langsung tak menakutkan aku. Malah aku dah baca 3/4 dari novel tu dan aku rasa Stephen King ialah seorang penulis yang membosankan. Tapi the second time aku baca buku tu, semuanya berbeza.


Aku beli novel tu awal tahun 2009 kat kedai buku bundle ni. Waktu tu (waktu aku masih ada duit lagi) aku sentiasa beli 2 bijik buku satu-satu masa. Dan seperti biasa juga, selalunya salah satu buku tu akan jadi lebih best dari the other book dan the other book tu waktu tu ialah novel tu. Seriusly aku beli novel tu sebab ia ialah novel bestseller dari Stephen King yang terkenal sehingga dijadikan filem yang sangat menakutkan waktu zaman kanak-kanak aku dulu. Tapi entah kenapa novel tu sangat membosankan aku waktu tu. Bagi aku Stephen King menulis terlalu melewah-lewah sangat dengan penjelasan cerita yang terlalu jauh sangat lari dari cerita asal. So aku letak penanda buku dan baca second book yang aku beli dan unfortunately ia antara novel terhebat yang still bagi impak besar kepada aku sampai ke hari ni.


Tahun 2014. Aku dah hantar manuskrip penuh kat publisher dan menunggu respond dari diaorang. In a while aku nak baca novel tapi aku tak ada duit nak beli novel baru dan kebetulan aku memang aktif mendownload filem online dan masa tengah layan satu filem biasa-biasa ni then ada scene si pelakon kata dia menanggis pada bab terakhir IT by Stephen King. So disitulah bermulanya moment aku membaca semula novel tu. Dan entah kenapa kali ni novel tu totally freaking hell out of me. Hmmm.. 



Mungkin gak kebetulan pada masa aku start membaca beberapa event membaca kepada mode seram berlaku. Firstly: mak cik aku yang biasa turun kerja 6.30 pagi then turun sejam lebih awal dan  entah macam mana leh terjumpa satu makhluk lookalike manusia berbaju serba putih (kenpaa hantu mesti pakai baju putih je memanjang?) berjalan macam orang tempang melintas jalan raya depan kereta dia di kawasan yang hanya ada hutan je kiri kanan. Secondy kawan selaku jiran yang dah lama tak lepak then datang rumah dan cerita pengalaman dia jadi guard kat sekolah agama ni dan kawan dia jumpa pontianak dan masa kat sekolah Cina lak jumpa hantu pocong (hantu Melayu yang berada kat sekolah Cina? So macai BN). 

Tapi sejujurnya dua cerita tu tak menakutkan aku sikitpun. Ia lebih kepada tipikal cerita hantu yang berlaku kepada orang yang suka layan filem hantu keluaran Metrowealth je. Or may be novel IT tu memang creepy as hell kokt.






Siapa yang punya ingatan cukup jelas tentang apa yang berlaku sewaktu mereka masih kanak-kanak dulu? Semuanya pasti ingatan yang sedikit sebanyak bercampur imaginasi seterusnya membentuk memori yang samar-samar je. Contoh: Waktu aku kecik dulu aku takut habis dengan satu potret kat rumah arwah nenek aku kat Batu Pahat ni. Aku sampai tak berani nak masuk bilik tidur kami sebab ada potret tu tergantung kat dinding. Technically ia adalah lukisan yang cantik. Lukisan arwah nenek aku masa muda dengan pandangan mata yang sedikit hidup. Bila aku bagitahu emak aku tentang tut then dia just ketawa. Aku tak ingat sangat apa yang sebenarnya dah berlaku tapi rasa takut tu masih ada dalam diri aku sampai sekarang. Tapi what if kalau memang ada sesuatu yang berlaku masa aku  dulu dan potret tu benar-benar hidup sekaligus menjadi punca sebenar kenapa aku betul-betul takut. 


IT ni cerita tentang sekumpulan orang dewasa yang punya memori kanak-kanak yang cukup menggerikan. Mereka tak ingat sangat apa yang dah berlaku sekitar 27 tahun yang lepas tapi rasa takut tu masih lagi terbawak-bawak dalam diri mereka tanpa mereka sedar dan apabila mereka perlu kembali ke tempat tu untuk melalui semula apa yang mereka pernah lalui sebelum ni then ia totally shit creepy ar sehingga salah seorang dari mereka sangat takut dan bunuh diri. Even sejujurnya baca novel ni untuk kali kedua buat aku jadi goosebump je sepanjang masa. 










Imagine suatu hari anak kau mengadu kat kau kata anak jiran sebelah rumah kacau dia then kau jelaskan kat anak kau yang rumah sebelah tu sejak dari kau kecik lagi dah tak berpenghuni dan entah kenapa ia tiba-tiba membuatkan kau teringat balik pada kawan zaman kau kanak-kanak yang selalu main sama dengan kau dulu dan penjelasan anak kau dan memori kau tentang budak tu totally sama. Hmmm..

Wednesday, August 20, 2014

AJ yang Berbasikal

Korang pernah tengok rancangan 'Dengan Basikal Aku Mengembara' kat TV Al-Hijrah tak? Aku sangat jeles dengan mamat tu sebab dia berpeluang mengembara ke pelusuk dunia seorang diri dan berhenti untuk menghayati keindahan alam di sekitarnya. Best apa dengan hanya sebijik basikal dan bekalan terhad dan melancong ke negara asing buat pertama kali bersendirian. Plus setiap kali aku tengok rancangan tu akan buat aku resah gelisah sikit terfikir macam mana ketika dia berkhemah suddenly dia kena patuk ular, ada taufan, kena rompak pelbagai. Dah ar dia berseorangan kat tempat yang mostlynya kiri kanan ialah sama ada hutan, gunung batu, salji je dan jarak dengan penempatan manusia bertamadun pulak adalah jauh. Hmmm..


Waktu tu aku darjah satu lagi. Ketika penghujung zaman di mana perempuan kampung masih lagi pakai baju kurung kat kampung. Masa tu aku dan emak tengah duduk-duduk tengok jalan raya dan kebetulan lalu sorang perempuan ni, pakai baju kurung naik basikal dan tetiba dia terjatuh dengan basikal-basikalnya sekali kat atas jalan. Rupanya ia berpunca dari kainnya yang labuh sehingga termasuk ke dalam rim basikal. Dan akibatnya kainnya terkoyak sehingga menampakkan keseksian kepada perempuan tu. So emak aku tolong dia dan bagi sehelai kain batik. 


...


Basikal pertama aku ialah masa aku sekolah rendah dulu. Basikal 4 roda ar. Aku ni lambat and penakut sikit. Kali pertama aku belajar naik basikal 2 roda ialah darjah 4. Aku belajar guna basikal Uda aku. Memula dia tolong stabilkan kat belakang dan aku kayuh padlenya. Lepas tu dia tolak dan aku terus kayuh dan kayuh sambil feel Sembilu dengan angin sayup-sayup menampar pipi kononnya tapi perjalanan tu tak jauh. Aku mengakhiri perjalanan tu di dalam longkang. Aku nanggis dan marah-marahkan abang aku tu sebab dia tak ajar aku macam mana nak break. LOL kan? Tapi bila kenang-kenang balik, setiap seorang kali adik beradik semuanya pernah merasa masuk dalam longkang dan aku lebih bernasib baik sebab longkang tu kering. Sebab yang lain tu semua balik ke rumah dah macam orang minyak. Ha ha ha..


...


Aku pindah kampung aka rumah aku sekarang ni ketika habis sesi darjah 4. Sebelum tu kami duduk di bandar Sarikei untuk 4 tahun. Masa tu kalau nak bawak basikal masuk kawasan bandar then basikal tu kena register so setiap basikal kena ada macam plat number gak ar. So bila pusing-pusing kampung naik basikal yang ada plat number tu then bebudak kampung naik jakun so aku kena jadi mangsa road bully ar kiranya. Masa tu aku belum daftar masuk ke sekolah kampung tu lagi. Makanya makin syok ar mereka buli aku. Bila sesi persekolahan bermula aku tak dapat nak parking basikal kat sekolah sebab senior (yang juga kaki buli tu) nakal yang teramat. Sentiasa je ada kes tayar pancit, seat tercabut, tayar hilang etc. Angkara diaorang tu ar. 


...


Aku dah lama nak ada basikal. Kali terakhir aku naik basikal ialah masa zaman belajar dulu ke kot. Pusing-pusing UKM naik basikal. Bagi aku feel naik basikal ni lain sangat. Kalau kita naik motorsikal or kereta then ia ialah tentang tempat sampai tapi apabila naik basikal yang rasanya orang berlari pun boleh jauh lebih laju ialah tentang menghayati perjalanan tu. So aku beli ar basikal yang harganya murah je sebenarnya. Yap, sebab aku tak ada kerja dan duit dah makin tak banyak. Basikal ni sebenarnya ialah basikal secondhand dari Jepun. Basikal yang kalau kau tengok yang mak cik tua bawak tu ar yang aku beli tu. Cumanya owner kedai yang import basikal tu dia spray, tambah itu ini sehingga last-last ia nampak sangat rugged dan punya gear untuk naik bukit lagi. 





Hohoho..  

Saturday, August 9, 2014

Blog Update

Aku langsung tak update untuk bulan June dan Julai. Kebarangkalian apa yang dah berlaku kepada aku dalam tempoh tu sehingga aku tak dapat update apa-apa post terbaru ialah sama ada:

a) Aku terlibat dalam kemalangan yang teruk sehingga mengakibatkan keseluruhan jari tangan (dan jari kaki aku) terputus maka apabila dah tak ada jari so aku tak dapat nak taip punat-punat yang ada pada keyboard lagi dan blog tak dapat ditulis ar or

b) Apocalypse suddenly berlaku apabila ada sorang doktor kat US ni yang dah mati dan kemudian hidup semula sebagai satu perisian yang disyakki akan menjejaskan populasi manusia kat dunia ni so satu virus terpaksa dilepaskan sekaligus menjadikan dimana keseluruhan barang elektrik yang ada di muka bumi ni tak dapat berfungsi lagi or

c) Aku dah kahwin, isteri aku disahkan mengandung pelamin so aku yang masih lagi dalam mood honeymoon bertambah terpaksa kerja keras untuk menampung keluarga dan anak yang bakal lahir kelak.


Realitinya tak ada salah satu pun daripada pilihan kat atas tu berlaku. Aku masih lagi lelaki loser yang sama yang start menulis blog ni beberapa tahun lepas kecuali berat badan aku makin bertambah nombornya, rambut aku pun bertambah panjang centimeternya, usia aku pun bertambah yang tak seiring dengan kematangan dan tahap kesuburan aku makin berkurangan disebabkan oleh teknologi dunia pornography. Hmmm..


Post ni aku sekadar nak update kepada mereka-mereka yang masih lagi menjengguk blog aku, yang baru terjumpa blog aku, yang setia bagi komen pelbagai. Walaupun ternyata bilangan viewer aku makin berkurangan tapi setiap hari masih lagi sekitar lebih 50 viewers yang datang. Tak pasti sama ada korang ni memang follower tegar or stalker or meter aku yang rosak etc. But still aku akan update. Hohoho



1. SOCIAL NETWORK
Kehilangan smart phones aku sekitar 3 bulan lepas totally menjadikan aku hilang dari radar dunia. Memulannya aku nak jadi sorang hippies (yang aku tak tahu apa perjuangan mereka sebenarnya) yang tak perlukan teknologi untuk kekal survival dalam dunia ni. Tapi susah orang nak menjejak kewujudan aku so sekarang ni aku just guna handphone yang tak ada peralatan bijak, tak ada skrin sentuh dan tak ada apa-apa. So sure jugak maknanya no Instagram, aku memang dah tak update Facebook dan Blog memang bersarang labah-labah ar.

Adakah aku rindu nak swipe touch screen or ambik gambar, pilih filter dan update dan check sepanjang masa? Naaa.. Sikitpun tak. Aku dah bagitahu korang tak masa aku realize yg masa aku garenti Galaxy Note aku tu sah hilang, aku leh ketawa layan Jack & Jill lakonan Adam Sandler kat AXN? Aku beli benda tu guna gaji kerja terakhir aku dan aku bukan anak orang kaya tapi bila benda tu hilang, aku rasa sangat lega. Feelnya tak sama macam resign dari kerja yang buat ko totally depress. Ia tak sama. Sebab benda nama smart phone ni sama ada kau sedar ataupun tak ia akan  bersama kau since dari kau bangun sampai kau tidur balik. Sekalipun kalau ia tak ada dalam genggaman kau then ia mesti tak akan lari dari pandangan kau. Bila ia habis battery or rosak or jatuh ke lantai dan tak berfungsi then kau start akan jadi resah gelisah, marah, irrational pelbagai. Percayalah yang once kau let go benda tu then kau akan realize betapa leganya kau tak attach pada benda tu lagi.

Aku masih lagi check Facebook around 2 kali sehari, nak tahu apa perkembangan kekawan, perkembangan semasa dan like certain update plus jarang-jarang komen tapi most of the time aku rasa sangat tenang. Feelnya macam jadi haiwan yang berada dalam zoo yang pelik melihat perangai manusia banyak-banyak yang hyper jakun plus teruja macam first time tengok porn disebalik pagar or cermin kaca yang memisahkan korang tu. Aku tak pernah nak kata aku ni bagus tapi ambik masa dan lihat post-post or gambar lama kita dan perhatikan betapa desperatenya kita untuk mendapatkan approval dari orang lain bagi membuktikan hidup kita jauh lebih hebat dari hidup mereka-mereka yang lain. Hmmm..



2. RAMADHAN
Ramadhan kali ni jatuh pada musim buah. Along aku saiz XXXL, Angah aku seorang perempuan, Uda pulak di Pahang so harafiahnya aku ialah satu-satunya anak yang akan mengguruskan musim buah kali ni. Plus aku ialah seorang penganggur dan bapak aku dah tua dan sakit-sakit so memang around 97% aku yang handle ar. Kebun buah kami memang besar. Imagine padang bola sepak yang berbukit-curam dengan tanah berbatu keras, semak samun yang dua tiga kali tinggi dari saiz manusia normal, dengan hiasan nyamuk, ular pelbagai. Nak jaga pokok durian pulak banyak songeh. Tanah tak boleh dibiarkan lapang sangat nanti tanah kering so buah pun kering. Tak boleh tebas semak samun tu masa buah masih kecil sebab nanti buah kecik tu akan jatuh so buah tak jadi so pendek katanya kurang seminggu nak puasa baru leh tebas dan aku ar sorang-sorang buat benda tu. 

Bila masuk puasa pun masih menebas, diserang pulak oleh kumpulan penyengat (serangga yang punya sengat) yang aku tak dapat nak kelaskan ia sebagai tebuan, lebah, hornet or horny ke, bertembung dengan ular (bau ular sawa memang mainan setiap hari) then cuaca panasnya lagi. Imagine bawak durian yang berat yang penuh bakul kat belakang dua tiga kali turun melalui kawasan berbukit memang mencabar ar. So kalau beli durian dari owner kebun jangan ar senang-senang nak mintak harga murah je. Plus paling buat aku hangin satu badan ialah bila bulan posa pun ada gak aktiviti pencuri durian. Kebun kami memang durian tanam datuk nenek dulu so rasanya memang lemak berkrim asli dan orang sanggup beli mahal so pencuri lagi ar nak mencuri kan.? Tapi musim buah cuma around 2 minggu je.

Masalahnya kedian cuaca makin panas, so kulit Psoriasis aku makin menjadi-jadi ar. Puasa tak banyak minum air masa sahur dan berbuka so kulit jadi sangat-sangat kering. Aku tak ada apa-apa persamaan nak menjelaskan keadaan ni. Just imagine kalau kulit kau keras, tebal dan kering dan bila kau pakai baju, geresan kain dan kulit kau tu buat effect yang sangat tak selesa, bila kau mandi rasanya sangat pedih sebab sentiasa ada rekahan yang berdarah dan setiap hari kulit mati kau yang disapu boleh muat sebiji balang kuih raya. Dan ia tumbuh dengan banyak dan sangat-sangat gatal sehingga boleh buat kau nak pertimbangkan pilihan untuk bunuh diri. Tapi aku masih bersyukur yang aku berjaya penuhkan sebulan puasa kami ni walaupun kalau dari segi ibadahnya tak adalah sepenuh mana pun but still it better than last year. Cumanya kalau aku tak diberi kesempatan untuk jumpa Ramadhan tahun depan then aku akan sangat-sangat menyesal ar. 



3. FAMILI
Ada masanya aku tak suka merancang apa-apa so aku biarkan semuanya go with the flow itself. Tapi pada masa yang lain apabila aku merancang then aku akan merancang betul-betul dan aku nak setiap apa yang berlaku berjalan sebijik macam apa yang rancangkan. Cumanya manusia hanya mampu merancang dan the end Tuhanlah yang akan menentukan segalanya. Ketika semuanya berjalan sama seperti yang dirancang then suddenly emak kurang sihat. Sebenarnya ia biasa je sebab emak memang selalu kurang sihat. Aku mewarisi part tu dari emak. Kami berdua sangat cepat pening kepala, panas badan, sakit itu, sakit ini. Bapak aku pulak sangat-satngat jarang sakit. Sekadar sakit kaki biasa je laa. So bila emak sakit kali ni, kami tak expect much sehingga ia berlanjutan beberapa hari dan emak menggigil, rebah masa berdiri etc. So kami bawak emak pergi hospital bahagian kecemasan. Dari pagi sampai malam. Lebih 12 jam dengan cucuk sana sini, ambik darah beberapa kali, tukar katil ke katil, bertukar doktor, sehingga masuk bilik kecemasan paling teruk yang perlu cucuk wayar satu badan.   

Memulanya expected denggi. Aku ada dua orang kawan masa belajar dulu yang kena denggi so aku boleh tarik nafas lega sikit sebab ia keadaan yang masih boleh dikawal. Kemudian tukar expected kencing tikus pulak. Dalam otak aku waktu tu terus teringat arwah Din Beramboi. Dan aku hanya ambik tindakkan positif yang pasif: Redha atas apapun yang akan berlaku. Malam tu emak ditahan di wad tanpa diketahui apa sebenarnya yang berlaku. Esoknya emak disahkan menghidap batu karang di buah pinggang. Alhamdulillah, tak ada benda teruk lain yang berlaku. Tapi ia memang menguji keluarga kami ar. Angah dan Uda memang anak yang sangat baik. Aku no komen tentang Along. Dia dah bawak peranan yang dia sendiri tahu. Apa yang pasti aku tak bawak apa-apa peranan dalam kes ni. Aku tak pernah bawak apa-apa peranan dalam keluarga ni. Hmmm..

Sekitar dua minggu lepas pulak suddenly sakit kaki bapak bertambah teruk. Aku tak pernah nampak bapak selemah tu. Duh, betapa emak dan bapak aku dah semakin tua (macam ar aku makin muda kot). 



4. AKU 
Aku beli notebook baru sebab yang lama dah tak dapat nak diselamatkan. Tiga tahun ialah tempoh yang agak lama untuk sesuatu gadjet bertahan dengan aku. Plus laman web porn memang bawak banyak virus. Beberapa hari lepas aku akhirnya telah beli sebijik basikal. Gosh, sangat lama dah aku mengidam nak own sebijik basikal sendiri. Then korang kata "Tiga tahun menganggur dan boleh beli benda alah tu then mesti duit mintak dari emak bapak ar tu..!!". Unfortunately korang salah kali ni. Aku sendiri pun tak tahu macam mana setelah tiga tahun menganggur, aku masih boleh beli barang dengan duit aku sendiri. Hmmmm..

Walaupun most of the time aku seorang yang positive thinker tapi ada masanya aku sangat terasa nak gave up untuk terus hidup. Betapa aku harap bunuh diri ialah satu pilihan yang benar-benar pilihan. Sayangnya bunuh diri tak macam berhenti kerja. Hanya orang berani je yang akan berhenti kerja tapi in this case: hanya penakut je yang akan bunuh diri. Andai kata suatu hari kelak pada masa akan datang keluar kat muka depan koran surat khabar bagitahu aku bunuh diri then percayalah yang ia adalah kes bunuh sebab aku tak akan buat benda pengecut tu. Noktah.

Kalau ikut publisher, novel kedua aku sepatutnnya dah keluar tapi ia tak berlaku seperti yang dirancang. Bila aku tanya lagi, dia kata mungkin  hujung tahun. Aku letak extra big expectation untuk projek kedua ni. Novel untuk projek ketiga pulak dah berkulapok. Sepatutnya ia dah boleh siap tapi aku kurang motivasi. Around kurang 20% je lagi dah siap pun benda tu. Bulan puasa lepas aku memang tak sentuh langsung.














Dan aku jadi makin anti sosial.












Plus disebabkan aku tak suka raya so aku tak nak wish anyone on anything. Bye..

Monday, March 24, 2014

Roti Canai Sarawak

Ketika aku lahir, 3 daripada 4 datuk dan nenek aku dah tak ada. Yang ada sorang pun meninggal sebelum aku masuk tadika lagi. Aku totally tak ada pengalaman dimanjakan or punya tempat nak buat komplen kalau aku tak berpuas hati dengan parents. Oleh sebab tu, aku dan adik beradik menjadikan nenek-nenek saudara sebagai tempat ganti. Even nenek saudara terakhir pun baru meninggal sekitar 3 tahun lepas. Noktah.


Kat kampung ada orang meninggal. Bapak aku pulak antara orang penting yang sentiasa dipanggil untuk majlis kenduri arwah pada malam harinya. Ada masanya kalau balik ada bawak balik makanan. Orang Sarawak panggil ia lampang (tapi most kawan aku kat sini tak tahu term tu) or kat Johor orang panggil ia berkat. Aku tak tahu apa term BM standard untuk makanan yang dibungkus bawa balik. Dan untuk malam tadi bapak bawa balik bihun goreng dan roti bersama kuah kacang.

Aku tak tahu entah kenapa orang Sarawak agak maniac dengan kuah kacang (or it happen to all kat Malaysia ni). Semuanya nak dicalit dengan kuah kacang. Makan roti dengan kuah kacang. Makan ketupat dengan kuah kacang. Raya puasa masak kuah kacang. Raya haji masak kuah kacang gak. Rasanya semua event mesti akan ada kuah kacang kat rumah. Kecuali kat rumah kami ar. Kalau kat rumah mak cik-mak cik yang lain then ia adalah benda wajib. Sebabnya emak aku a.k.a chef utama dan boss nombor besar nombor dua ialah bukan orang Sarawak. Lagipun setiap kali aku tengok kuah kacang then aku akan teringat benda yang keluar dari mulut orang yang muntah. Hmmmm



Masa first tengok kuah kacang yang bapak bawa balik tu, otak aku terus teringat satu benda yang paling sedap kalau dimakan dengan kuah kacang dan dah lama sangat tak merasa benda tu: Roti Canai Sarawak. Aku cuba search kat GOOGLE tadi tapi buat pertama kalinya aku tak dapat jumpa carian imej yang betul. Kalau roti canai biasa tu warna putih, setiap lapisan tu hampir senipis kertas dan ia masak di atas permukaan kuali rata dengan minyak sedikit tapi roti canai Sarawak ni pula lain. Ia berwarna coklat kekuningan, tebal dan masak guna kuali biasa dengan minyak yang banyak dan ia tak perlu ditebar. Ia seperti doh roti canai biasa yang dipenyekkan dan terus digoreng. Hmmm..


Kalau ditengok dari rupa memang tak menyelerakan. Kalau masuk dalam mulut pun mungkin tak akan dikunyah sebab ia tebal dan rasa kosong. Di situlah muncul kuah kacang untuk menstabilkan rasanya. Tapi seriusly awal-awal dulu pun aku tak suka makan benda tu. Dulu arwah nenek saudara terakhir ni ar yang suka masak roti canai Sarawak tu. Kalau dulu dia akan telefon suruh pergi rumah dia ambik roti canai. Aku sering kali tertipu sebab aku imagine ia roti canai standard sebab aku suka benda alah tu. Kalau pagi raya pulak, rumah dia ialah tempat ahli keluarga kami akan berkumpul dan sekali lagi roti canai Sarawak dengan kuah kacang tu ar antara hidangan wajib dia. Duh, puasa sebulan then of coz laa aku tak akan sentuh benda tu. Kalau makan pun sikit je or makan sebab dah tak ada benda lain yang boleh dimakan lagi.






Sejujurnya hanya selepas dia dah meninggal baru rindu nak makan benda tu. Selama 3 tahun dah pemergian dia memang dah tak pernah lagi makan roti canai Sarawak tu lagi. Sebab ia ialah makanan orang tua dulu-dulu.Even mak cik-mak cik aku yang lain memang tak pernah buat benda tu kot. Malah setiap kali tengok kuah kacang then aku garenti akan mengidam nak makan roti canai Sarawak yang keras tu. Hmmmm








Al-Fatihah untuk arwah nenek. 

Thursday, February 6, 2014

Aku Nak Bagi Nama Anak Aku ....

Semalam kakak ipar melahirkan anak so abang aku, Uda dah jadi bapak kepada dua orang budak dan Adam Zaquan dah officially jadi abang walaupun sah-sah dia sangat cemburu pada kewujudan budak baru yang menjadikan semua orang dah tak fokus pada diri dia je lagi. Dan aku pula menambahkan bilangan anak buah kepada empat orang. Empat orang er...? Hmmm


Aku tak rancang untuk kahwin atau menjalinkan hubungan yang serius dengan sesiapa pllus even andai kata aku kahwen sekalipun then aku dah janji yang aku tak akan reproduce menghasilakn junior me jadi kebarangkalian aku untuk ada anak sendiri tu totally sifar ar (tapi tuhan tu Maha Mengetahui jadi apa-apa yang berlaku pada aku masa hadapan ialah perancangan Dia). But if in case aku ada anak then aku awal-awal dah letakkan specifikasi nama yang aku tak akan bagi pada anak aku kelak. Hmmm..


1. Nama yang terlampau banyak, terlampau panjang & terlampau pelik
Trend orang Melayu di Malaysia recently punya kecenderungan untuk letak nama anak tu panjang-panjang. Kalau setakat dua tiga nama macam Amar Daniel atau Muhammad Farish Haikal tu dah biasa sangat. Jadi now a day parentu tu sampai terlebih kreatif dan mahu letak nama anak sampai lima or enam nama yang setiap nama tu panjang-panjang dan susah nak sebut. Bila tanya then jawab sebab nak anak punya nama yang maksud cantik kononnya. Contoh gambar bawah ni ar:


Seriusly aku tak nak anak aku ambil masa yang panjang untuk tulis nama di setiap muka surat masa exam or aku tak nak bakal suami anak aku susah nak sebut masa akad nikah or menyusahkan imam masa nak baca talkin kat kubur nanti or paling koman tak cukup ruang masa nak isi nama kat borang kerajaan. Hmmm..



2. Nama gabungan emak plus bapak
Aku tak faham macam mana ada orang yang boleh tercetus idea macam ni. Mungkin dia seorang yang minat science yang hybridkan bahan chemistry. Kita boleh detect bina nama anak quite fishy then tengok nama emak bapak then kita akan mengangguk faham. Kemudian dia ada banyak anak sehingga kombinasi yang terhasil seterusnya sangat unik. Bagi contoh nama penuh aku Naziruddin then aku kawen dengan girl nama Siti Nurhaliza. Anak pertama aku akan jadi Siti Naharuza, anak kedua Sinuruddin, anak ketiga Sidihalizin, anak keempat aku dah out of idea.

Memang ar ada masanya kombinasi tu menghasilkan nama yang cantik serta punya makna yang hebat tapi tak semua nama parents mampu membentuk kombinasi tu. What if gabungan nama kau dan isteri menghasilkan bunyi seolah-olah macam penis, vargina, faraj or apa-apa benda yang lucah or taboo? Dah ar dekat sekolah kena main dek budak kelas then satu hari bila dah dewasa jadi orang penting or selebriti then nama Siti Nurvargina. Tak malu ke jadinya? Hmmm..



3. Nama Mix Antarabangsa
Dunia tanpa sempadan menjadikan nama anak-anak kita pun tanpa sempadan jugak. Tak dapat nak salahkan Aaron Aziz gak bila rata-rata baby yang baru lahir setahun dua ni pasti akan ada nama Aaron walaupun muka sah-sah layak untuk nama Salleh or Yaakob. Bila pergi ambik anak buah aku dari sekolah rendah then tengok nama kat tag budak-budak bukan main canggih manggih lagi. Nama mesti ada mix timur plus barat baru havoc. Aku bukan nak mengata or mengkeji or memperkecilkan sebab aku sendiri duduk kampung then bila ada budak kampung yang muka totally kampung yang Christina or Aaron then ia pasti akan buat kita speechless sedangkan minah muka sebijik mat omputeh lak bernama Siti Saleha. Hmmm..

Imagine 30 tahun akan datang, situasi dekat tandas awam ada dua orang mak cik cleaner warga tempatan yang sorangnya nama Britney Zulaika dan sorang lagi Siti Nur Aquilera yang mungkin akan buat kita ketawa terguling-guling kat lantai sekarang ni tapi tak ada sesiapa pun yang ambil peduli sebab pada masa tu ia dah terlalu biasa. Hmmm.. 



4. Ooooor
Or kita tak pernah lagi dengar orang kita yang letak junior pada anak.Contoh anak pertama aku ialah Naziruddin Junior dan anak kedua aku ialah Naziruddin The Second. Or aku patut startkan nama keluarga sendiri macam omputeh or macam orang Cina or macam Ustaz Don. Hmmm..






...



Waktu anak pertama dulu abang aku nak namakannya Malik tapi emak aku tak setuju sebab katanya Malik tu malaikat penjaga pintu neraka nanti mukanya masam je. Sedangkan Malik juga ialah salah satu nama Allah yang maknanya sangat hebat. Akibatnya nama tu jadi Adam Zaquan. Anak kedua ni pulak abang aku nak namakannya Mikail but still emak aku halang dengan sebab yang bagi aku still tak rasional dan abang aku  nak tak nak terpaksa setuju. Technically belum ada nama muktamad lagi ar.

Orang yang kenal family aku tahu yang abang aku ialah anak emas emak so dia memang nak tak nak kena tanya dan dapatkan persetujuan emak. Kesian lak kan? Sedangkan aku pulak anak yang tak ada apa-apa ciri logam plus aku jenis yang tak akan tanya pendapat orang bila buat keputusan so kalau aku ada anak satu hari kelak then aku tak akan tanya pendapat sesapa, just bincang ngan isteri je. Bila dah register nama baru bagitahu kat semua. Aku punya anak then aku punya suka ar. Wakaka..!!!

Saturday, October 19, 2013

Facebook Yang Meng-Annoying-kan

Setiap hari aku mesti buka FACEBOOK at least sekali. Bagi aku FACEBOOK ialah satu medium untuk aku dapat tahu tentang persekitaran aku dengan cara terpantas. Sebab kalau nak cari kat google then kena search satu persatu. Leceh so FACEBOOK boleh dapat tahu apa yang berlaku kepada kekawan aku sama ada mereka masuk hospital, kawen, ada anak, dapat kerja baru sehingga kepada isu trending semasa macam kes bini Mat Yo serang pak guard, apa teknologi terbaru gadjet aku suka bla bla bla. Tapi bagi aku cukuplah aku bukak FACEBOOK sehari sekali je sebab most of the time aku menyesal sebab dah terlog-in dan terbukak benda alah nama FACEBOOK ni. Hmmmm..


Aku rasa orang kita sekarang ni tak faham matlamat sosial network ni. Aku tak adalah kata yang hanya benda penting je boleh dipost. Cuma jangan ar post setiap perkara yang terlintas dalam otak kau. Kau nak tidur, kau post. Perut sakit, kau post. Tak tahu nak masak apa pun kau post. Sekurang-kurangnya simpanlah sebahagian emosi dan benda dalam otak kau tu dalam diri sendiri. Tak perlu ar share kepada semua ahli dunia. Ada masanya ia hanya menjadikan kau as bahan lawak orang je. Akibatnya FACEBOOK dah macam pusat longgokkan sampah. Hmmm..


Aku annoying recently pada gambar-gambar yang makin banyak dalam FACEBOOK  Salah satu ni mungkin disebabkan oleh rakan-rakan seusia dah melalui frasa-frasa lain. Dari single then kawen dan ada anak. Bermula dari gambar pasangan masa dating, keluar makan, dalam kereta, tengok wayang then jadi gambar masa majlis kawen dari sebelah lelaki, sebelah isteri, tukar baju itu ini then tukar frasa gambar baby, umur seminggu, umur sebulan, setahun bla bla bla. Akibatnya setiap hari gambar-gambar yang lebih kurang sama je yang aku tengok. Memula memanglah nampak comel. Lebih-lebih lagi parent yang baru kawen dan dapat anak pertama then mesti excited habis cumanya longgokkan gambar tu semua membuatkan aku rasa 'I dont want to live on this planet any more..!!!'


Itu belum masuk kekawan yang baru kawen tak sampai 5 tahun asyik nak heboh-hebohkan betapa bahagianya perkahwinan mereka. So mulai ar upload post itu ini, post forward mesej dari ustaz itu ini cerita tentang rahsia perkahwinan, apa kesalahan suami selalu buat bla bla bla dan siap leh bagi nasihat kat kawan yang belum kawen lagi. Betapa mereka anggap usia perkahwinan semuda tu dah macam syurga. Duh, mereka tak pernah tengok rancangan Kisah Benar ke or buat research statistik penceraian ke..? Aku tak ar sampai doa korang ni bercerai berai, cumanya berpijak di dunia yang nyata ar. Jangan berfikiran macam budak lepas SPM yang anggap balaknya yang muka macam Tomok tu as cinta sejatinya dan bila parents tak suka so nanggis dan ugut nak bunuh diri. Hmmm..


FACEBOOK vs realiti. Korang pasti pernah jumpa orang-orang tertentu ni yang punya page FACEBOOK cukup ceria dan asyik upload post bahagia memanjang. Bagi nasihat tentang perkahwinan, upload gambar masak untuk suami dan anak-anak tapi in real life dia totally berbeza. Setiap hari pasti gaduh ngan suami, anak-anak jadi bahan caki maki, keluarga terabai. Membuatkan kita yakin yang FACEBOOK ni totally tak realistik.








Emak aku pantang betul kalau orang yang baru kawen 2-3 tahun dah leh kongsi rahsia perkahwinan. Dia kata usia tu tak tahu lagi apa sebenarnya makna sebenar sesebuah perkahwinan tu. Sebab masa tu semuanya nampak indah-indah je. Tunggu ar 10-20 tahun kemudian baru tahu apa yang sebenarnya berlaku. Hmmm 







As aku upload status berkaitan post ni beberapa minit lebih awal so aku dapat beberapa komen. Salah satunya: nak buat macam mana kalau FACEBOOK memang tempat untuk menunjuk-nunjuk bahagia. Dan aku dapat komen sama seperti yang dijangka. Simpati kan..?

Tuesday, October 15, 2013

Ayam Kampoooong

Walaupun aku duduk kampung tapi rumah aku tak ada ayam. Sebab emak aku tak suka benda kecik yang bergerak dan berak merata (kecuali kalau benda tu ialah cucu-cucu dia). Plus kampung yang aku duduk sekarang ni pun cukup susah nak tengok ayam kampung yang betul-betul sooooo kampong. Mungkin sebab kampung kami ni dah kira sub-urban so ayamnya pun dah tak ada ciri-ciri kampung yang jelas kot. Mungkin. Hmmmm..


Kali pertama aku tengok ayam kampung yang betul-betul kampung ialah masa aku kanak-kanak dulu kat kampung emak aku kat Batu Pahat sana. Waktu tu aku sangat hairan, taksub dan sedikit takut sebab ayam-ayam peliharaan mak cik-mak cik aku semuanya tidur atas pokok. Mereka tak ada reban. Ayam kampung sooooo indiependence ar. Mereka boleh berdikari tanpa bantuan tuan mereka untuk bagi makan ar.

Aku suka makan ayam part tulang. Kalau setakat ayam KFC, aku akan makan licin ngan tulang-tulang sekali. Tapi bila emak aku masak ayam kampung tu. Dah ar dagingnya sikit, rasanya pulak liat dan tulangnya memang tak tersentuh sikit pun. Keras tahap besi. Bila nak buat telur masak mata lembu then kuning telur yang keluar jauh lebih besar dan warnanya merah hingga buat naik geli. Even arwah Mak Cik Mas aku sampai ke tua tak makan telur ayam sebab pernah satu hari masa nak pecah telur buat telur mata lembu yang keluar anak ayam terkulai yang siap berbulu lagi.







As time goes by ayam kampung dah tak macam dulu lagi. Last year rasanya ada orang kampung bagi beberapa ekor ayam kampung yang dah disembelih. Tapi bila makan, rasanya lebih kurang sama jer ngan ayam biasa. Mungkin sebab ayam kampung sekarang ni semuanya duduk reban dan makanan pun dibagi je so ayam-ayam ni just duduk goyang kaki tunggu makanan served jer. Hmmmm..








Semalam aku dan bapak gi pasar beli bekalan ayam untuk masak raya ni. Bapak aku beli 3 ekor ayam pencen. Mode nak merasa ayam kampung ar kiranya. Tapi beberapa kali beli memang fail ar. Pagi ni bangun awal sebab nak raya, tengok emak masih masak ayam. Tunggu setengah jam, api masih belom padam. Emak kata dah masak cuma ayamnya belum empuk. Aku seperti biasa tak mampu bersabar so aku tery ar makan. Memang rasa ayam kampung...!!! Hmmmm...










Selamat Hari Raya Aidiladha, Babe...!!

Tuesday, September 10, 2013

Anak-Anak Pak Dollah

Memandu ialah satu saat yang membosankan bagi aku sebab tak banyak aktiviti yang boleh dibuat. Kalau memandu kereta at least aku leh bukak radio valume besar-besar then nyanyi kuat-kuat sambil menari ikut rentak muzik tapi kalau bawak motosikal lebih terhad aktiviti aku. So aku lebih banyak berfikir masa bawak motosikal (duh, bunyik cam bahaya je kan?). Satu hari ni aku terfikir: What if kalau abang-abang dan kakak aku bukan adik beradik aku tapi ialah rakan sekelas. Apa akan jadi?


Setiap kelas mesti ada watak-watak yang lebih kurang sama. Sebab aku pernah pindah beberapa sekolah so walaupun muka tak ada yang sama tapi perangai dua kali lima jer. So ALONG aku kiranya ialah ahli pak lawak dalam kelas. Alaa group of mamat yang selalu menceriakan keadaan kelas. Cikgu buat satu lawak then diaorang akan sambung 10-20 lawak sehingga seluruh kelas akan ketawa. Kalau mereka tak hadir sehari ke sekolah then kelas akan rasa sunyi. Aku kira allies je ar ngan diaorang sebab diaorang ni jenis yang tak kisah duduk ngan sesapa then ada je benda yang diaorang leh share nak cerita dan pasti akan buat kita tak kering gusi. Kalau dalam kelas lokasi diaorang kat seat tepi tingkap or tengah kelas dalam group 4-5 orang. So sure aku bukan satu group ngan mereka. 


ANGAH aku lak pasti satu group ngan girl yang kita tak nak carik pasal. Kalau dalam filem omputeh, diaorang cukup pasti bukan dalam team cheerleader tapi dalam kelompok yang paling anti ngan cheerleader. Kalau satu hari korang tertoleh lebih 5 saat kat mereka then diaorang akan datang dekat kau dan serang kau sehingga kau hilang keyakinan diri untuk bersekolah di situ lagi tapi kalau korang baik ngan mereka then mereka lah orang yang pertama akan pertahankan kau dari kaki buli yang nak buli kau. Dalam kelas diaorang akan duduk belakang sekali ngan group 3-4 orang. Masa cikgu mengajar biasanya mereka akan buat hal sendiri, cakap-cakap ngan group members sehingga cikgu pun dah gave up nak tegur. Aku just neutral je ngan diaorang sebab kalau duduk semeja, kami pasti tak akan bercakap sepanjang sesi kelas berlangsung. Hmmmm..


UDA aku lak so sure ialah mamat popular kelas yang disukai oleh budak-budak perempuan, disayangi cikgu cikgi dan seluruh ahli sekolah include tukang kebun. Diaorang biasanya duduk paling belakang kelas ngan kawan-kawan lelakinya yang poyo. Bila duduk sekali ngan group member pasti akan cerita tentang perempuan then ketawa besar-besar. Setiap kali mereka lupa buat kerja pasti diaorang akan bagi alasan yang membuatkan ahli-ahli kelas rasa menyampah tapi cikgu kasi lepas. Group ni pasti hanya akan datang pada aku bila subjek lukisan or diaorang nak mintak pertolongan aku buat itu ini tapi last-last semua credit letak atas nama diaorang balik. Kalau diaorang buat hal ngan aku then kami ialah enemy tapi mostly just neutral je kot. 


AKU lak ialah nerd dalam kelas yang duduk depan sekali (realitinya 5 tahun sekolah menengah aku duduk paling belakang kecuali form 6 sebab cikgu tu Islamik sikit), pelajar yang paling rajin salin nota, siapkan kerja rumah, tolong bagi jawapan pada kekawan masa exam dan sentiasa dengan rekod bersih setiap kali sesi sekolah tamat setiap tahun. Aku tak nak jelaskan lebih lanjut sebab korang dah tahu tentang orang-orang macam ni dalam kelas korang kan? Wakaka










Bila tengok-tengok balik, kami 4 beradik totally dari 4 kumpulan latar belakang yang berbeza yang in reality tak mungkin akan jadi kawan. Tapi sebab kami adik beradik, perbezaan tu tak nampak ketara. May be sebab tu ada pepatah orang tua kata setandan kelapa (or pisang. Aku x pasti) hasilnya tak sama. Walaupun dari ibu bapa yang sama tapi tak ada sorang pun yang sama. Plus air dicinang tak akan putus ar kan? Hmmmm

Monday, August 12, 2013

The Guy That Hates Raya

Kalau ada orang kata kat kau yang aku seorang yang sangat suka hari raya then orang tu ialah penipu besar sebab sesungguhnya lelaki bernama Naziruddin Abdullah aka AJ ni sangat-sangatlah tak suka kewujudan hari raya. Hari yang paling aku tak tunggu-tunggu kedatangannya aka hari yang paling aku tak suka ialah hari raya. Pendek katanya aku ialah The Grinch versi hari hari raya. Hmmm


Ada beberapa sebab kenapa aku x suka raya. Antaranya:

1. Ramadhan Vs Syawal
Tarikh yang paling aku tunggu-tunggu dalam setahun ialah bila diumumkan bila tarikh 1 Ramadhan. Betapa aku x sabar untuk kedatangan Ramadhan, aku buat persiapan 2 bulan awal untuk menyambutnya. So technicallinya 1 Syawal bermakna berakhirnya bulan yang aku suka tu. Even aku sangat moody bila Ramadhan baru je start ada orang yang dah tak sabar dan mengharap agar Ramadhan tu cepat-cepat tamat. Lebih suck bila minggu terakhir puasa, semua dah tak peduli sikitpun tentang Ramadhan. Hmmm..


2. Matlamat Raya
Ramai orang sambut raya tapi tak tahu apa yang mereka sambut. Buktinya bila ada orang yang tak puasa 1 hari pun dalam Ramadhan tapi beraya 30 hari tanpa henti. Bila tanya orang kenapa sambut raya then mereka kata untuk merapatkan siraturahim, bermaaf-maafan, menghias rumah, beli kueh etc. Duh, 1 Syawal tu ialah  hari untuk meraikan kemenangan mengharungi ujian sebulan puasa Ramadhan. So kalau kau tak berjaya semasa Ramadhan so apa yang kau raikan sakan-sakan sangat tu? Seriusly, I dont get it..!!


3. Channel Raya
Aku mostly dengar radio sewaktu memandu. Tapi 2 minggu before & 2 minggu after raya ialah moment aku paling tak suka dengar radio. 1st) Lagu raya yang sama dimain berulang-ulang, 2nd) Lagu raya baru yang mengarut entah apa-apa entah 3rd) Buka channel ni lagu tu, bukak channel lain pun lagu tu gak. Program raya kat TV pun lebih kurang sama. Cerita raya lebih kurang sama jer: Sikit-sikit anak tak dapat balik kampung, anak derhaka, kantoi tak puasa dan last-last insaf salam-salam mintak maaf. Buka channel lain program artis nyanyi, channel lain: konsert K-pop. At least selamat tak ada Sarkas. 


4. Makanan Raya
Sejujurnya aku hanya makan lemang pada hari raya jer. Walaupun lemang leh dapat kat mana-mana tapi lemang hanya ada feel kalau makan masa raya jer. So raya pertama ada lemang, ketupat, nasi himpit, rendang, ayam masak itu ini. Pergi rumah mak cik 1 pun makan lebih kurang sama. Rumah mak cik 2 pun sama. Rumah mak cik 3 pun sama gak. No big deal sebab setahun sekali je makan benda alah ni. Balik rumah-tidur-bangun-check dapur. Emak memang tak akan masak apa-apa sebab makanan semalam masih banyak dan ok lagi. Maka biasanya raya kedua-ketiga dan kalau nasih baik keempat kita akan makan benda yang sama untuk sarapan, tengahari dan malam. Naik muak wei makan benda berlemak tu semua..!! Itu belum masuk kuih, kek raya lagi. Hmmm..


5. Tetamu Raya.
Raya ialah hari yang cukup ramai orang datang ke rumah. As mak aku kata: Family hanya akan berkumpul masa 2 perkara jer: Raya or kalau ada kematian. So kalau familly kau besar so banyak ar rumah yang mesti kau pergi dan lebih ramai orang yang akan datang ke rumah kau. Thanks goodness family bapak aku kira still boleh diterima akal yang waras ar. Raya pertama aku terpaksa dan dipaksa untuk bersama adik beradik gi rumah family terdekat satu kampung. Itu still okey lagi sebab hubungan keluarga masih rapat lagi. Cumanya sebab bapak aku anak sulong dan quite dihormati among relative & orang kampong so ramai ar yang datang ke rumah. Disebabkan kakak aku ada rumah sendiri dan kakak ipar lah hanya beraya selang setahun, Along aku lah ada banyak masa keluar beraya so aku je lah yang tertinggal di rumah. So ada masanya aku tolong hidang air, duduk sekali, rupa-rupa senyum. Tapi most of the time aku sembunyi dalam bilik. Lebih sucks bila ada budak-budak kecik yang entah dari mana entah datang rumah, buat perangai macam kat rumah sendiri dan bila bagi duit terus blah. Hmmmm..



6.  Sarawak Beraya
Sarawakians sangat passionate bila it come part to raya. Aku pun tak tahu kenapa diaorang sangat melewah-lewah bila masuk bab raya ni. Orang Semenanjung pasti cultural shock ar bila tengok orang Sarawak beraya. Dari rumah, makanan, pakaian etc. FYI orang Sarawak ni menyambut raya selama 7 hari secara official. Maksudnya kalau korang berada di Sarawak pada hari ke tujuh so feelnya masih lagi macam raya hari pertama. Ke mana-mana je lelaki muda still akan pakai baju melayu lengkap dengan samping dan songkok, hiasan rumah ngan makan masih lagi sama dan tetamu yang datang tu still tak henti-henti. Dari hari ke 8 sampai 30, semuanya dah reda but still kuih masih ada atas meja dan tetamu still berkunjung. Imagine aku yang sangat tak suka raya perlu mengharungi 30 hari tanpa henti dengan siksaan ni semua. Hmmm..
















BTW selamat hari raya.. Kalau korang bukan friend aku di FACEBOOK so aku buat kad ucapan ni. Hmmm


Wednesday, July 10, 2013

Ramadhan Datang Lagi

Alhamdulillah, aku masih lagi diberi kesempatan untuk hadir dalam bulan Ramadhan kali ni lagi. Sebab bila fikir-fikir balik, ramai yang ada pada puasa lepas tapi tak dapat untuk bersama lagi pada Ramadhan kali ni. Even aku ada sorang saudara dekat yang tengah-tengah masak untuk sahur pada hari pertama Ramadhan, rebah dan terus meninggal dunia. 


Cerita-cerita tentang Ramadhan ni, bila kali pertama korang puasa penuh satu hari dan bila korang puasa penuh satu bulan full? Pertama kali aku puasa penuh satu hari ialah waktu aku darjah 4. Waktu tu punya ar hazab nak penuhkan sehari. Even kalau tak silap aku, tahun tu aku puasa penuh tak sampai 10 hari pun kot. Lagipun parents tak ketat dan tegaskan sangat untuk puasa penuh. So banyak gak ar hints and trick berlaku waktu tu. Selalu mandi dan gosok gigi setiap sejam rasanya. Tu belum masuk part tertelan air paip dan sengaja telan. Wakaka..

First time aku puasa penuh sebulan ialah sewaktu darjah 5. Faktor persekitaran memang sangat-sangat membantu ar. Sebab waktu tu kami sekeluarga dah pindah kampung. Kampung lak majoritinya Melayu. Budak-budak kampung ni dah start puasa penuh since dari tadika lagi. Sedangkan sekolah sebelum ni dalam kelas tak sampai 10 orang pun muslim so setiap kali waktu rehat tu memang terliur ar tengok kekawan non Muslim melahap makanan tengahari mereka. Bila di sekolah majoriti Melayu so semuanya baik-baik jer masa bulan Ramadhan. Hmmm..

Perkara paling aku ingat puasa masa kecik dulu ialah masa bangun sahur. Aku sangat senang part bangun tidur. Panggil aku sekali je aku dah terjaga. Berlawanan lak ngan Uda dan Angah aku. Panggil sekali, diaorang jawab tapi 5 minit berlalu still berdengkur atas katil. Beberapa kali panggil, still x ada effect. Patut ar sekarang ni anak Angah aku: Habeeb & Puteri tu susah giler nak bangun. Setiap pagi, masa nak kejutkan diaorang gi sekolah dah macam orang bergaduh kat rumah aku. Sahur pagi ni tadi dah berlaku peristiwa air mata di meja makan. Hmmm.., tu baru hari pertama.

Masa universiti pulak, before Ramadhan gelanggang basketball depan hostel kami akan di conquer oleh budak-budak lelaki Melayu untuk main futsal. Orang lain jangan harap leh guna gelanggang tu untuk tujuan lain ar. Tapi bila tiba bulan puasa then keadaan gelanggang tu jadi sunyi. Sebab diaorang ni tadi semuanya sedang berehat dalam bilik. Tapi ada gak manusia di gelanggang iaitu pelajar-pelajar dari Indonesia main basketball. Betapa prestasi kita menurun pada bulan puasa tapi mereka pulak still kekal or bertambah. Satu perkara yang patut dicontohi kan?

Apakah Ramadhan tanpa bazaar kan? Tapi setiap kali aku pergi bazaar Ramadhan then aku pasti akan pulang dengan tangan kosong. Sebabnya bila time Ramadhan ni biasanya aku tak ada selera nak tengok makanan pelbagai rupa tu. Lebih tak menyelerakan bila tengok manusia-manusia yang rakus macam tak pernah jumpa makanan. Tapi seriusly moment paling best masa bulan Ramadhan ialah moment family members duduk satu meja dan makan sama-sama. Seriusly ia susah nak berlaku pada hari-hari biasa.



























What happens after Ramadhan? Tentulah Syawal atau raya. Duh, aku sangat tak nak Ramadhan berakhir.  Sebab bulan ni bulan umat Islam berebut-rebut untuk buat amal kebajikan dan setiap amalan yang dibuat akan digandakan ganjarannya. Plus aku bukannya tak suka Syawal tapi aku lebih tak suka orang yang tak sabar untuk kedatangan Syawal terutama ketika Ramadhan baru jer bermula.. Hmmm..

Friday, May 31, 2013

Boroi & Kuat Makan

Hubungan simbiosis antara kau dan makanan ialah:
a) Kau makan 2-3 suap je kau dah rasa kenyang yang melampau tahap ular sawa telan sekor lembu.
b) Motto hidup kau ialah makan untuk hidup so kau makan dengan seadanya dan makanan kau sihat-sihat belaka.
c) Motto hidup kau ialah hidup untuk makan disebabkan selera makan kau sangat besar dan saiz badan kau tak pernah naik-naik so makin hebat ar selera kau untuk makan.
d) Setiap kali kau makan orang fikir ia adalah untuk buat kenduri. Hmmm..


Perut aku boroi so ada orang fikir yang aku ni kuat makan. Ditambah pula yang family aku rata-ratanya boolat-boolat. Tapi seriuslynya aku dan family aku tak ar kuat makan kot (kecuali Along aku ar). Emak aku selalu bising-bising kata nasi yang dia masak tak sampai separuh dari rice cooker saiz sederhana kecil tu pun tak pernah habis setiap hari menjadikan ada masa dia sangat malas masak on weekend. Menjadikan aku yakin yang family aku tak kuat makan ialah bila aku bandingkan dengan family lain yang kuat makan.

Aku tak buat perbandingan jauh ar. Aku bandingkan ngan family pak cik aku sorang ni. Setiap kali aku bermalam rumah dia then aku tak akan sempat lapar ar. Sarapan, minum pagi, lunch, minum petang, dinner, supper semuanya lengkap dan setiap sesi include minum pagi, minum petang dan supper tu pun ialah makanan berat. Memang ular sawa gila ar setiap kali gi sana. Hmmm..

Or satu family mak cik aku ni. Setiap kali bulan puasa mereka akan ada dua meja. Satu meja untuk juadah masa azan dah berbunyi dan satu meja lagi khas untuk kuih muih dan jajan lain-lain. Gila kan..? Itu bukannya makan tapi melahap. Sedangkan kalau family kami beli kuih kat bazaar Ramadhan then garenty akan jumpa balik masa sahur laa..




 
Tengok aku sendiri ar. Kawan ajak makan buffet all you can eat. Aku satu round je dah kenyang sedangkan kawan lain 5-6 round ngan full plate masih berselera makan macam orang Afrika yang tak pernah jumpa makanan lagi. So setiap kali aku gi tempat macam ni aku akan ambik sikit-sikit satu plate so leh nampak macam normal sikit. Or kalau lepak Mc D, aku beli satu set makanan tapi makan fries je pun aku dah kenyang. Hmmm..













Minggu ni tadi family dari Johor gi bercuti kat rumah kami. Family ni pun kuat makan gak ar. Dan kebetulan sekarang ni dah bulan Rejab so aku as usuallynya berpuasa ar. So semalam masa berbuka, salah seorang dari mereka perhatikan aku yang berbuka dengan mee goreng yang tak habis masa sarapan paginya. Dia terkejut ar. Dia persoalkan "Kenapa makan mee goreng. Sikit pulak tu..? Kenyang ke..? Makan lah nasik, baru kenyang..!!".. Itu baru berbuka, belum lagi sahur. Aku just makan segelas oat jer kot..





By the way, habis tu kenapa aku boroi..? sebab aku malas bersenam. Noktah.

Thursday, May 9, 2013

Makanan Pedas-Pedas

Aku sangat maniac pada makanan yang pedas-pedas. Tolong jangan tanya pedas tu macam sos pencicah keropok lekor Kelantan tu ker? Duh, benda tu tulis je kat botol pedas tapi rasa manis macam masok sesudu gula dalam mulot jer. Bila aku maksodkan pedas then ia betul-betul pedas.


Aku kelaskan makanan pedas kepada beberapa tahap.

1. PEDAS TAHAP MULOT
Start korang masok makanan tu dalam mulut then start korang akan rasa macam korang tengah kulum vibrator aka bibir rasa bergetar, lepas tu korang rasa bibir korang umpama tengah terbakar sebab panas sangat dan lastnya korang yakin yang bibir korang dah kembang dan kebas dek serupa kena botox.


2. PEDAS TAHAP KEPALA
Pedas tahap kedua berlaku bila korang dah melepasi tahap pertama. Makanan tu dah tak bagi effect pada bibir korang lagi so ko dah berevolusi pada tahap kedua. Once korang makan then tanpa sedar dahi kau dah mengeluarkan cecair. Sedar tak sedar satu muka kau dah basah dengan peluh effect macam orang lepas mandi. Then muka akan ada effect kemerah-merahan. Dan kalau aku lak ada effect 2.0 iaitu garu kepala. So kalau aku dah garu kepala then ia pedas advance lagi ar.


3. PEDAS TAHAP PERUT
Tahap seterusnya ia dah tak bagi apa-apa effect pada kepala korang sebaliknya ia dah pergi jauh lebih dalam iaitu perut. Pada saat-saat ni korang rasa macam ada alien yang sedang menjadikan kau sebagai host. Ciri-cirinya ialah perut korang akan sentiasa bergerak-gerak dengan bunyi pelik-pelik. Cukup pasti ia akan buat ko rasa sangat tak selesa. Setiap kali aku berada pada tahap ni then otak aku mesti akan automatically terfikir: macam ni agaknya feel perempuan sengugut or mengandong kot. Hmmm


4. PEDAS TAHAP PUNGGONG
Pedas tahap penghabisan ialah pada tahap punggong. Bahananya cukup terasa waktu-waktu ini. Makanan pedas yang punya ar sedap tapi dah berakhir dengan separa penyesalan apabila dekat toilet then ia keluar dengan sangat panas sehingga rasa cam lobang punggong ko tengah mengalir keluar najis separa pepejal separa cecair yang sangat panas. Effect kemudian ialah punggong ko rasa cam terbakar. Pedas tahap punggong ni leh bahagi kepada 2 bahagian kecil lak iaitu:

4.1 Tak lama lepas kau makan then terus je kau berlari ke toilet. Pedas betul-betul tu

4.2 Ia tersimpan lama dalam perut, menjadikan perut kau tersimpan larva gunung berapi dan ia boleh keluar bila-bila masa secara mengejut. So waktu ni kau harap tak ada sesiapa di tandas sebab serangan tiba-tiba ni boleh buat kau hilang rasional. Hmmm..















Pagi tadi emak buat sambal untuk ubi kayu. Pedasnya setakat tahap 3 jer.

Friday, April 5, 2013

Shampoo Tak Pedihkan Mata

Apa bahan kosmetik yang korang guna sehari-harian? Kalau aku:
1- Shampoo Clear
2- Conditioner Rejoice
3- Sabun Healin
4- Cream Rambut Elite
5- Deodorant Nivea
6- Pelembap Bibir Nivea
7- Body Lotion Vaseline
8 -Ubat Gigi Fresh & White

Duh, giler banyak bahan kimia yang secara tak langsung aku applied pada diri aku. Tak lama lagi aku leh berevolusi jadi X-Men ar. Korang lak..?


Kalau korang membesar era 90-an then korang pasti familiar ngan iklan shampo Johnson & Johnson kalau tak silap kuar statement 'Tak pedihkan mata..". Rasanya effect statement tu sangat kuat sebab masa kecik dulu waktu emak nak menshampo rambut ialah moment yang sangat tak best sebab setiap kali nak shampoo rambut then setiap kali tu gak ar buih shampoo tu akan jatuh dan masok dalam mata. Duh, punya ar pedih penangan benda nama shampo masa tu sehingga dapat ingat still sekarang.

Tapi yang peliknya benda tu tak berlaku lagi masa dewasa. Tak pasti sama ada bahan chemical dalam shampoo dah tak sedasyat dulu or kita lebih berhati-hati masa nak shampoo rambut. Hmmm..

Cukup pasti shampo yang selalu digunakan oleh family kami ialah shampoo Indonesia yang sekarang dah tak ada lagi yang guna urang aring or lidah buaya tu.













 
Beberapa hari lepas masa tengah layan TV sambil baring-baring then aku main-main rambut ar. Kemudian aku terhenti tetiba. Rasa cam ada kemunculan bendasing pada rambut aku. Rasa cam bencolan pada rambut. Aku ambik gunting then cantas ar rambut tu. Tengok rerupanya rambut aku dah berbuah sebelum musim buah sebenar tiba. Duh...

Rambut aku bukan jenis rambut bermasalah ar. Rasanya tak pernah lagi sebelum ni ia berbuah or bercabang di hujung or kering or berkutu etc. 







So paginya aku gi cuci rambut. Masa tu tetiba otak aku fikir: Cam mana kalau aku letakkan buih shampoo ni masok dalam mata. Agak-agaknya pedih tak..?

Thursday, March 28, 2013

Makan & Makan Lagi

Dulu kalau kekawan tengok potret keluarga aku then mereka pasti tak akan percaya yang aku ialah a part of the family. Selain dari muka aku yang berbeza ngan family members lain then saiz badan aku yang agak 's' berbanding family aku yang agak 'L'. 'XL' dan 'XXL'. Even ada sorang kawan tu berjenaka kata "Aj, family kau tak bagi kau makan ke...?" tapi itu dulu. 4-5 tahun lepas. Sekarang saiz badan aku dah upgrade to 'M' dan berganjak ke 'L'. Hmmm...


Realitinya aku bukan jenis orang yang kuat makan. Aku jenis yang cepat kenyang. Kalau beli Mc D satu set tu then biasanya aku just makan fries jer itupun dah cukup mengenyangkan. So aku bawak balik jer burger tu untuk makan kat rumah. Even rasanya start dari sekolah rendah dulu lagi, aku bukan jenis kuat makan. Aku jenis tak makan sarapan, tak bawak bekal, tak makan masa rehat then balik tengahari jer baru makan. Plus kalau aku kerja (selain kerja kerajaan) then berat badan aku garenti akan susut sebab aku memang jarang makan melainkan kalau lapar betol-betol.

Cam kerja terakhir dulu, sebab masa kerja tu agak padat dan panjang menjadikan masa makan aku sangat tak teratur dan sihat. Mostly setiap hari makan KFC dan Mc D jer sebab aku balik kerja jam sekitar 2-3 pagi so kedai makan banyak dah tutop ar plus aku makan tu sehari sekali jer so berat aku turun hampir 10 kg gak.












Hasilnya aku quite rasa pelik bila tengok orang yang kuat makan. Contoh cam sorang kawan aku ni. Badan dia lebih kepada kurus gak ar tapi selera makan macam orang saiz XXXL. Dia suka gi satu kedai steamboat kat Kuching ni yang bayar sekitar RM19.00 tapi leh makan sebanyak mana yang korang nak. So setiap kali dia ajak aku temankan dia makan then aku just makan satu round jer tapi dia sampai 5-6 round dan tak kenyang-kenyang. Hmmm..

Or family pak cik aku kat Kota Tinggi ni. Keluarga dia semuanya saiz XXL kecuali wife pak cik aku ar. Itupun sebab dia masih baru lagi dalam family tu. Family tu semua pandai masak dari pak cik aku, wife dia dan semua anak-anak dia yang sorang chief kat sebuah resort, sorang lagi jual makanan kat pasar malam sekitar Felda, Kota Tinggi dan Mersing dan selebihnya masak untuk family. Kalau aku ada kat rumah tu, memang tak ada masa yang tak ada makanan. Sarapan pagi: makan, jam sepuloh makan lagi, tengah hari makan lagi, minum petang makan lagi, dinner makan then lastly supper pun makan gak. Memang ikut English manner ar family tu.

Masalahnya setiap kali sesi makan tu then diaorang masak benda lain dan bukannya repeat saki baki yang tak habis in sesi sebelumnya. Akibatnya mereka ada meja kedua untuk letak makanan yang tak habis dalam previous session. Pendek kata: kat rumah tu, memang tak akan sempat lapar ar. Hmmmm












Tapi setelah setahun lebih mengganggur then segalanya berubah. Dah namanya dudok rumah then kejap-kejap bukak peti sejuk, bukak tudung saji, bukak kabinet carik jajan. Kekadang tu makan bukan sebab lapar tapi sebab tak tahu nak buat apa. Hasilnya: perut aku dah cam orang mengandung 4 bulan dan seluar aku sebelum ni semuanya dah tersekat kat bahagian paha aku yang dah cam drumstik ayam KFC yang menyelerakan tu. Hmmmm..








Hari ni entah apsal family aku buat festival makan kat rumah. Diaorang beli Mee Jawa ngan nasi ayam untuk lunch. Kedian kakak aku masak lagi Laksa Sarawak. May be just sound cam 3 dish jer tapi percayalah yang aku dah tak mampu nak bernafas sebab baby lam perut aku dah cam nak meletop. By the way kalau ini kali pertama kau baca blog aku then aku nak bagitau yang aku ni lelaki. Hmmmm

Thursday, January 31, 2013

Hitam & Manis

Aku selalu kata yang muka aku dan adik beradik aku yang lain agak berbeza. Mostlynya aku tak perasan melainkan kalau ada orang yang start kuar statement tu. Cam kalau aku tunjokkan portait family aku ngan kekawan then mereka akan persoalkan apsal muka aku jer yang berbeza (even parents aku pun muka cam sama gak) or sekali tu masa kuar ngan adik ipar tiri (complicatednya) emak aku then lepas makan-makan then dia tanya "Yang ni (tunjok aku) sapa..? Kawan anak ke (merujok Uda)..?" Buat aku persoalkan: aku anak angkat ker.... or tertukar bayi kat hospital..? Hmmm


Even dalam adik beradik aku ar paling hitam. Even putihnya kakak dan abang-abang aku, since dari kecik sampai sekarang masih ramai lagi yang kata diaorang ni Cina. Sehinggakan masa kecik dulu ada sorang saudara bapak aku ni kata: dalam adik beradik aku, aku sorang jer yang cam muka orang Melaya. Melaya tu ialah istilah yang digunakan oleh orang Sarawak untuk merujuk orang Semenanjung. Mungkin dulu-dulu orang Semenanjung yang datang Sarawak punya kulit hitam-hitam kot. Tapi bila fikir balik: Hei, emak aku orang Johor then apsal dia putih lak? Hmmm..

Rerupanya dia sekadar nak sedapkan hati aku sebab family members aku dari 2-2 keluarga semuanya putih-putih. Tup-tup keluar sorang anak kulit hitam. Maka ramai ar sedara-sedara lain tiap kali tengok aku kata aku ni hitam manis etc. 


...


Korang pernah tak tengok satu filem Korea yang based on reality events ni bila ada sorang budak Korea diambik anak angkat leh sorang American. Disebabkan semua family angkat tu berambut blond dan dia berambut hitam so one day dia ambik cat kuning dan cat rambutnya. Ia bunyik cam lawak tapi realitinya itu feelnya kalau kau satu-satu yang berbeza dalam satu kumpulan. Kau akan sedaya upaya untuk jadi sama cam mereka gak.

Waktu tu aku belom matang lagi (cam ar sekarang matang sangat) so ia menimbulkan stress. Aku guna apa saja produk untuk punya kulit putih sama cam family member aku. Ia sound cam lawak tapi percayalah yang ia sangat suck menjadi sesuatu yang berbeza. Seperti cerita The Ugly Duckling: seekor anak angsa yang tersesat dalam kumpulan itik. 


















Tapi as time goes by, entah apsal aku tak sehitam dulu lagi. Still aku tak ar seputih siblings aku yang lain but sekarang ni orang Melayu kata aku Cina, orang Cina kata aku Cina even orang negara China pun kata aku Cina gak. Hmmm..












Aku seorang lelaki yang belajar dari apa yang aku lihat-dengar-rasa. As masa demi masa berlalu aku belajar bab demi bab tentang kehidupan. Penghujung tahun lepas aku belajar bahawa kesempurnaan itu hanya milik tuhan dan ketidaksempurnaan tu terlalu cantik untuk tak dihargai. Hasilnya aku dah tak menyembunyikan kulit Psoriasis aku lagi. Aku dah tak peduli pada sesiapa yang takut atau benci atau memandang kulit aku yang bagi mereka cukup hodoh atau menggelikan. Sebab kalau mereka mahu aku jadi apa yang mereka nak so mereka pasti akan menyesal sebab tak pernah kenal siapa aku sebenarnya.










The ugly duckling atau The ugly Betty harus kekal ugly. Mereka tak seharusnya bertukar menjadi angsa yang putih atau perempuan metropolitan yang bersembunyi disebalik make-up tebal dan baju berjenama. Sama seperti Dayang Senandong yang seharusnya kekal bersama kulitnya yang hitam dan manis. Jangan sampai menjadi Ariel si little mermaid yang berubah menjadi manusia semata-mata mahu mendambarkan cinta tapi akhirnya menjadi buih-buih pantai. 













Dan aku sedang dalam proses untuk kembali menjadi lelaki yang hitam dan manis. Hmmm..