Showing posts with label Cina. Show all posts
Showing posts with label Cina. Show all posts

Friday, March 6, 2015

Pawagam Berhantu

Waktu filem Lelaki Harapan Dunia keluar dulu aku cukup tak puas hati sebab ia tak dimainkan kat mana-mana pawagam di Kuching pun (even perhaps satu Sarawak kot). Kemudian filem Terbaik Dari Langit pula hanya dimainkan kat Samarahan je (punya ar besar Sarawak, hanya 1 pawagam je yang main). Buat yang tak tahu geography, kalau Sarawak ialah Semenanjung then Kuching dan Samarahan ialah dua buah negeri yang berbeza. Nak buat macam mana kalau Melayu hanyalah majoriti ketiga terbesar selepas Dayak dan Cina dan peratusan perbezaan tu pula boleh tahan besarnya. Tapi yang peliknya bila filem-filem melambak keluaran Metrowealth boleh pulak ditayangkan. Hmmm..


Hari ni aku pergi layan Usup Wilca dalam Werewolf Dari Bangladesh. Seperti yang dijangka, hanya 1 pawagam je yang tayangkan filem ni. Dan ia bukan dari pawagam yang besar dan serba canggih. Even masa aku gi pawagam tu, hanya aku sorang je yang ada kat situ. Jangan katakan filem tu, malah semua hall kosong. (yap, aku pergi waktu siang hari masa orang lain tengah kerja). Dan pawagam tu pun guna konsep kalau hanya ada sorang je penonton then filem tak akan main. So buat kali kedua selepas Talentime, aku beli 2 tiket untuk tengok movie kat pawagam. Hmmm..


Tapi buat pertama kali dalam hidup aku apabila aku satu-satunya manusia dalam satu hall. Sebelum ni paling sikit pun 2 orang waktu aku tengok cerita Amir dan Lokman Pergi ke Laut. Hall aku masuk ni saiz sederhana je. Seat bahagi 2 bahagian dan satu baris ada sekitar 5 or 6 seat dan laluan keluar masuk satu kat depan je. Aku sepatutnya duduk 2 seat dari belakang dari rasa macam belakang sangat then aku berganjak ke hadapan sikit dan duduk kat paling tepi tempat laluan. Dan aku masuk masa trailer satu cerita hantu omputeh ni. Belum ada apa-apa lagi berlaku.


Ketika cerita baru start sekitar 15 minit macam tu aku dikejutkan dengan bunyi 'orang' terlanggar tempat letak tangan antara seat. Aku kata terkejut sebab bunyinya agak kuat dan ia betul-betul kat belakang kiri aku. Bunyi tu biasanya kita dengar bila masa cerita dah main, lampu hall dah dipadam dan beberapa kumpulan manusia datang lewat dan terlanggar sana sini. Lagipun masa aku masuk hall memang dah gelap. Selalunya bila iklan or trailer terakhir sebelum cerita nak start then baru mereka padamkan lampu hall tapi sebab aku sorang je so mereka malas nak buat. Tapi sejujurnya aku tak rasa apa-apa sangat lagi.

Kemudian tetiba semerbak timbul bau bunga ros. Ia bukan bau minyak wangi ros. Sebab aku ada Body Shop perfume oil rose. Baunya lain. Kat rumah aku ada banyak pokok bunga ros. Jadi aku tahu bezanya. Bau segarnya lebih kurang sama tapi yang ini semerbaknya lain. Waktu tu aku dah rasa pelik. Tapi aku postitifkan diri kata yang pawagam ni milik orang India jadi mungkin mereka guna air mawar untuk merenjis orang kahwin sebagai penyegar hall je kot. But if in case bau tu tiba-tiba bertukar busuk macam bangkai then aku akan bangun dan blah.


p/s: aku seorang yang penakut. Giler penakut. Plus aku sentiasa ada imaginasi suatu hari masa tengok cerita seram or pembunuhan kejam kat pawagam yang penuh dengan orang dan berlaku aksi menjerit-jerit oleh penonton ketika aksi seram dan dalam masa yang sama ada seorang pembunuh yang ada masalah mental dan bunuh satu persatu manusia dalam hall tu. Namun disebabkan keadaan gelap dan semua asyik menjerit then akhirnya semua dalam hall tu mati. Hmmm..


Tapi disebabkan aku dah bayar extra untuk tiket dan cerita tak sampai setengah jam main then aku tak nak keluar. Melainkan kalau ketika tu ada benda keluarkan nafas sejuk kat leher aku or ada benda main-main ngan rambut aku or paling tak pun ada bunyi benda mengilai-ngilai belakang aku then baru aku berambus. Jadi sepanjang masa tayangan tu mata aku just fokus pada skrin dan ketawa kuat-kuat untuk tenangkan diri aku sendiri. Aku langsung tak toleh kiri kanan. Belakang lagi ar tidak. Tak nak aku tetiba tertoleh dan lihat sorang perempuan muka pucat, rambut panjang, baju putih dan terus ketawa besar. Innalillah ar aku jawabnya lepas tu.






Aku berada kat situ sampai filem habis. Dan bau tu pulak tak ada di situ sepanjang masa. Kalau dalam hall sederhana kecil tu dan beraircond pula then sepatutnya bau akan kekal dari masa aku masuk dan aku keluar ar kan secara logiknya. Dan mungkin memang ada pintu yang aku tak nampak belakang dinding sana dan ada pekerja yang curi-curi masuk nak tengok cerita dan kebetulan dia tertumpah air mawar ketika nak turun kerja tadi tapi kenapa dia langsung tak ketawa sepanjang cerita tu bermain? Hmmmm..










Paling peliknya aku tak rasa sejuk goosebumps. Sebab sebelum ni aku pernah kena kacau dan rasa sejuknya tak sama walaupun waktu tu aku berada dalam bilik air cond kuat. So hantu ke? Perhaps yes or perhaps not. Tak siapa yang tahu. Jadi apa kata kau yang sedang berada di Kuching sekarang ni pergi masuk hall tu tengok movie sorang-sorang pulak. Ada berani?

Friday, May 10, 2013

Gemok & Pendek

Tadi aku ada jumpa sorang mamat Cina (aku yakin dia mix Iban etc sebab muka dia totally Cina tapi kulit dia x macam tipikal Cina) yang dia muka kacak tahap sejuk je mata tengok, body dia giler mantap tahap mengiurkan, perangai punya ar ramah dan berbudi bahasa. Kalau ikut faktor-faktor tu then dia pasti boleh jadi hero filem ar. Tapi masalahnya cuma satu. Dia pendek. So satu-satunya watak dia boleh bawak ialah as salah seorang dwarf dalam Snow White je. Hmmm.. 


Aku sangat jarang mengkelaskan seorang lelaki as kacak. Lebih pasti aku tak akan bersetuju dengan pilihan perempuan-perempuan bila mereka kata Justin Bieber, Tomok or mamat-mamat K-Pop as kacak. Duh, itu bukan kacak tapi itu jenglot ar. Tapi bila once seorang lelaki puji other lelaki kacak then percayalah yang lelaki tu memang kacak. Dan lelaki Cina tadi tu memang kacak. Body dia bootylicious giler. Seriously aku tak pernah fokus pada dada seorang lelaki selama tadi tu. Dan dia sangat ramah. Tapi itulah, Tuhan tu Maha Adil so dia sangat pendek. Just imagine tinggi aku 171cm then dia lebih pendek dari bahu aku. Pendek tu wei.

..

Realitinya aku ada masalah suka memandang rendah pada lelaki-lelaki pendek dan lelaki-lelaki gemuk. Aku tak tahu kenapa. Mungkin sebab ketinggian aku sedikit lebih tinggi dari tahap average standard lelaki Malaysia dan walaupun  setahun kebelakangan ini berat aku agak obess tapi once again ketinggian aku menjadikan aku nampak stabil.

Sejak dari zaman sekolah dulu aku, setiap kali perhimpunan then aku mesti akan berada di belakang sekali (or antara yang belakang), aku tak perlu jengket kaki untuk tengok depan yang crowded or melompat or guna tangga untuk ambik benda tinggi. Duh, aku berbunyi agak kejam kan? Wakaka

Aku tak tahu entah kenapa aku suka sangat make fun pada kekawan lelaki aku yang pendek. Ada tu dah lah pendek then chubby lah pulak so nampak extra comel ar. Aku selalu gelar diaorang as budak kecik or  dwarf as dalam cerita Snow White tu. Tapi aku tak pernah make fun orang kerdil as golongan istimewa itu ar. Aku cuma make fun lelaki normal yang pendek dan chubby je ar. 

The postitif side tentang lelaki pendek ni ialah mereka mostlynya ada daya penarik tersendiri ar. Mostly sebab mereka nampak adorably comel, keyakinan diri tinggi, aktif, berani etc. Ada sorang kawan aku ni dia pendek tapi dia stabilkan saiz badan dia yang kurus so most of the time dia tak nampak pendek. Plus dia leh shopping pakaian kat tempat kanak-kanak lagi. 

Mungkin aku cukup simpati pada lelaki pendek ialah sebab kalau orang gemuk dia leh kurus tapi kalau orang pendek then dia tak akan dapat tinggi sampai bila-bila lagi.










Teringat pada satu statement dari novel Stones From The River ni tentang sorang perempuan kerdil yang ada masalah setiap kali bercakap dengan orang normal lain. Dia akan sakit tengkuk sebab asyik tengok ke atas je. So satu hari dia jumpa sorang lelaki kerdil dari sarkis ni dan lelaki tu bagi nasihat tentang cara nak mengatasi masalah tu. Caranya ialah: cakap perlahan-lahan, then giliran orang tinggi tu pulak akan pendekkan badan mereka untuk dengar cakap korang. Hmmm...















Tuhan ni Maha Adil dan Maha Sempurna. Kesempurnaan hanya milik Dia. Tak kira kita pendek or tinggi or kurus or gemuk, setiap dari kita ada kelebihan dan kekurangan yang tuhan bagi khas untuk kita semua. Kan..?

Wednesday, May 8, 2013

Apa Lagi Cina Mahu

Aku dah janji yang aku tak akan upload status yang berbaur pilihanraya di FACEBOOK. Yap, aku masih lagi mempertahankannnya. Tapi aku tak janji untuk tak upload post pilihanraya di blog aku ni so kali ni aku nak suarakan rasa tak puas hati aku pada tajuk utama Utusan Malaysia yang sangat-sangat racist 'Apa lagi Cina Mahu..?' yang dikeluarkan oleh beberapa pemimpin negara yang tak puas hati sebab majoriti orang Cina di Malaysia tak support diaorang. Hmmm


Aku nak tanya korang satu soalan: Adakah korang yakin bahawa kerajaan yang sedia ada ni ialah sebuah kerajaan yang matang?

Bagi aku certain pemimpin dalam kerajaan kita lebih seperti seorang kanak-kanak yang akan menanggis, meraung, hentak kaki kalau kehendak mereka tak dituruti. Then bila mereka buat salah, mereka akan tunjuk jari pada orang lain. Sedangkan salah satu ciri dalam demokrasi ialah kebebasan memilih jadi kalau seseorang Cina itu memilih untuk undi Pakatan then adakah dia seorang yang tak tahu bersyukur, tak punya semangat nasionalisme, cintakan kemusnahan, pro-komunis, berpaksi Tanah Besar China etc? Dan kalau dia sokong BN sebaliknya dia akan jadi rakyat cintakan keamanan, tahu balas budi, nasionalisme 1 Malaysia etc lak? Duh, itu bukan demokrasi namanya. 

Sedangkan kerajaan yang dipilih ni baru jer berusia beberapa hari tapi penyemaian untuk baja racism ni sangat hebat. Baca status-status rakan, kenalan FACEBOOK yang pro-BN dah start kuar post yang seolah-olah dah macam nak bagitahu 'Hey, pulang ke Negara China ar..'. Duh, apa sedang berlaku ni..? Or salah siapa sampai semuanya teruk jadi macam ni sekali..?




Masalah perkauman bukanlah issue besar di Sarawak. Mungkin sebab rata-rata semua sekolah di Sarawak terdiri daripada banyak kumpulan kaum. Jadi sebab dah terdedah dengan semua tu so racism tu tak wujud sangat. Tapi sewaktu aku belajar dan bekerja di Semenanjung then ia agak terasa gak ar. Terutama bab layanan sebelum dan selepas mereka mengetahui bahawa aku bukan Cina or bila mereka tengok aku banyak habiskan masa lepak dengan kawan Cina etc. So banyak ar suara-suara sumbang yang timbul cam aku kurang Melayu, aku makan babi sekali etc yang totally mengarut tahap bullshit.

Sedangkan bila aku berkawan dengan seseorang then apa yang aku lihat ialah diri dia as an individual dan ciri-ciri persamaan yang ada antara kami. Bukan pada bangsa dia, apa bahasa dia, mana origin dia, warna kulit dia, etc. Seriously kalau korang kenal aku then korang akan tahu betapa aku bila berkawan then aku tak akan perasan apa bangsa aku waktu tu sama seperti aku tak akan perasan apa bangsa kau waktu tu. Sebab kau ialah kawan aku.

Aku rasa racism timbul bila kita takut pada sesuatu yang kita tak tahu. Disebabkan kita lahir dan membesar dalam satu tempat yang hanya ada 1 bangsa sahaja then bersekolah rendah dan menengah dalam sekolah yang hanya ada 1 bangsa saja. So kawan, jiran, komuniti kita hanya bangsa kita tu saja. Kita tak kenal bangsa lain pun. Menambahkan keadaan lebih teruk bila pemimpin totally tak membantu sebaliknya menyebarkan benih-benih perkauman dengan mewujudkan stereotype bangsa. Akibatnya bila keluar dari kelompok komuniti tu then jumpa group of bangsa lain tengah cakap-cakap cong-ceng-cong-ceng dan ketawa besar then timbul hasad dengki dalam hati kata "Mengata aku lah tu..!! Dasar berak tak basuh..!!"

...

Aku tak tahu apa yang Najib or Muhamad Ali Rustam nak bagitahu bila mereka keluarkan statement "Apa Lagi Cina Mahu..?" pada ruang-ruang depan news paper. Sedangkan semua orang tahu bahawa bukan sahaja bangsa Cina, malah India, Melayu, Iban dan seluruh rakyat Malaysia mahu iaitu no more rasuah, kroni, keadilan, media massa yang saksama, salah guna duit rakyat, penipuan etc.













Benda yang kami cakap ialah benda yang sama orang lain cakap.Tentang masalah peribadi, kewangan, cinta, group of mamat Melayu yang sangat membencikan or kami make fun of muka mamat-mamat Cina yang pelik kat kolej. Kekadang kami cakap issue yang cukup serius sehingga dia pernah kata yang dia tak pernah share perkara yang sama dengan kekawan Cina dia. Then dia kata mungkin sebab aku Melayu kot tapi aku kata tak. Sebab aku ialah aku seperti dia ialah dia. Bukan sebab aku Melayu dan dia Cina. Noktah.