Showing posts with label Bandar Kuching. Show all posts
Showing posts with label Bandar Kuching. Show all posts

Tuesday, March 24, 2020

Manusia & Covid-19

Ketika dunia dan ketamadunan manusia semakin berada pada tahap kritikal, kau akan sedar wujud beberapa kelompok manusia yang tiba-tiba muncul. Berikut ialah jenis-jenis manusia yang aku perhatikan wujud semasa Covid-19 ni.



1. Manusia kebal (& bebal) penyakit
Golongan ni sejenis yang rasa mereka ialah kanak-kanak terpilih yang tak mungkin akan terkena oleh penyakit ni. Sebabnya dia rasa dia selalu bernasib baik dalam kehidupan, Dia tak pernah terlibat dalam kemalangan jalan raya, rumah dia tak pernah kena pecah masuk, akaun bank dia tak pernah kena godam bla-bla-bla. And even everthing tentang benda nama Covid-19 ni seem too fictional to be true. Ia hanya akan berlaku kepada orang lain dalam TV or internet jer. So dia tak perlu ambil apa-apa langkah keselamatan untuk hindari apa-apa. Dia keluar ke mana sahaja (termasuk luar negara) dia nak tanpa perlu ambil apa-apa langkah keselamatan. Selain fizikal dia kalis dengan penyakit, otak dia juga imun dengan nasihat orang.


2. Manusia yang sentiasa betul.
Golongan ni pulak sejenis keyboard warrior yang bukan sahaja bising online malah juga di offline gak. Dia akan salahkan semua orang selagi mampu. Katanya: Ini salah orang kat China sebab diaorang makan apa sahaja benda yang selagi boleh bergerak, ini salah kerajaan terdahulu sebab tak nak buat tindakan awal-awal, ini salah group tabligh sebab dah tahu sakit tapi masih lagi nak berkumpul ramai-ramai, ini salah Sajad sebab pakai telekung masa pergi umrah, ini salah itu, itu salah ini dan selagi dia boleh salahkan seseorang maka dia akan rasa cukup lega. Sebabnya? Yap, dia sentiasa betul.


3. Manusia yang penuh dengan teori.
Golongan ni pulak sejenis kaki pemikir yang suka buat kajian mostly just google secara random, baca fakta dari twitter or dapat maklumat dari group whatapp. Menurut kajian ilmiah mereka: Covid-19 ni sebenarnya virus yang dihasilkan oleh Amerika disebabkan oleh perang ekonomi dengan China or ia dihasilkan oleh makmal di Israel je satu-satunya negara dalam dunia tak kena serang penyakit ni dan mereka ada vaksin anti Covid-19 ni dan akan jual pada harga mahal pada dunia kelak or ini semua dakyah Freemason dalam proses nak mengawal dunia or teori paling domestik: ini ialah usaha DAP nak pecah belahkan umat Islam kat Malaysia bla-bla bla.


4. Manusia penunggang agama
Golongan ni sejenis yang guna agama sebagai senjata untuk menghalalkan cara. Dia kata takut virus ke takut tuhan? or siapa yang ada kuasa untuk mematikan? Adakah ia virus atau tuhan? Kita tak perlu takut untuk sembahyang Jumaat atau sembahyang jemaah kat masjid sebab kalau dah ditakdirkan kita tak akan mati maka kita tak akan mati juga. Apabila ada mufti atau agamawan besar-besar keluar fatwa berdasarkan dalil zaman nabi dan para sahabat then dia sentiasa ada hujah untuk bidas dan bidas. Maka dengan rasa yakin dia bertawakal kepada tuhan seperti lembu yang tak diikat dengan harapan dia tak akan sesat maka tersebarkan covid-19 dengan jayanya di negara ni. Then dia bidas lagi Covid 19 ni bukan dari tabligh tapi dari China. Tabligh ni mangsa je untuk menutup mulut masyarakat dunia.


5. Manusia positively oportunis
Sewaktu kes Covid 19 kat China masih suam-suam kuku dulu, dia start borong face mask, hand sanitizer banyak-banyak so apabila ia dah merebak teruk so dia jual dengan harga tinggi. Still orang akan beli sebab tak ada orang yang nak mati muda. Kata mereka: diaorang tak buat apa-apa benda salah pun. Dia tak mencuri, bunuh orang etc. Apabila harga tiket kapal terbang ke luar negara murah then mereka antara yang terawal ambil kesempatan. Bukan selalu dapat ke Korea, London etc dengan harga tiket murah. Dia sangat positif yang keadaan amatlah terkawal. Bak kata dia: Kerajaan mesti akan sekat rakyat untuk melancong ke luar kalau kat luar nergara tu teruk. Belum sepat balik dia pon dah positif Covid 19. Tahniah


6. Manusia panik
Berita palsu tersebar dengan cepat dan luas. Kaki panik dengan mudahnya akan bertambah panik. Depan mata aku sendiri nampak after Muhyiddin umum 2 hari before 18th tempohari orang kita dah pun bertukar jadi pak cik mementingkan diri as dalam Train To Busan tu. Dia sorang je dah bawa 2 trolly makanan menggunung. Bekalan makanan tu rasanya cukup untuk berbulan-bulan kot. Bersangka baik je ar mungkin keluarga dia besar or dia nak sedekahkan kepada mereka-mereka yang daif ke. Then paling tak best part mereka ni berhimpit-himpit berebut barang dengan orang lain. Tanpa sedar dia mungkin dah terkena dan jadi agen penyebar virus covid tu.


7. Manusia racist
Part ni aku paling tak boleh tahan. Apabila orang kat China mati sebab Covid-19 then kau kata padan muka, balasan tuhan sebab buat itu ini. Then apabila kat Malaysia yang mati mostly geng tabligh then kau kata mereka syahid akan masuk syurga. Apabila orang bangsa lain suruh sesiapa yang pergi tabligh tu sila dapatkan check up kat hospital, then kau terus jadi hulk marah-marah diaorang balik. Realitinya diaorang cakap atas dasar kemanusiaan tapi yang kau lihat hanya bangsa dan agama. Apabila yang Melayu kena positif then kau upload post suruh doakan, kata ini semua ujian. Tapi bila bangsa lain kat negara lain kena then kau kata itu semua balasan tuhan. Hmmm...










Sebenarnya banyak je jenis manusia yang wujud masa-masa macam ni? Aku pulak jenis yang macam mana? Aku jenis tak kisah pun nak mati cuma aku tak nak menjadi penyebab kematian or kesengsaraan orang lain. Stay safe ya semua

Saturday, March 21, 2020

Awat? Laki Hang Bodoh Piang Sangat Ka Part Shopping Ni?

Dua hari ni aku terbaca beberapa post berbaur meme/satire/jenaka tentang para-para lelaki yang mostly berstatus suami orang yang berjuang sehabis daya untuk shopping barang dapur buat keluarga. Siap ada yang buat video call ngan wife kat rumah tanya betul ke sayur yang mereka perlu beli then tak kurang yang kena marah oleh wife etc.


Yap, it does sound funny at first but apabila banyak post-post yang hampir sama keluar then ia bertukar feel. Membuatkan aku terfikir beberapa perkara. Lelaki yang berstatus suami ni memang useless habis ke? Selama ni yang beli barang dapur tu kerja wife dia je ke? Ke masa dia ikut shopping then kerja dia just tolak trolly sambil main phone dan bayar bila sampai kaunter? Like seriously?

Dan sepanjang dia hidup dari kecik sampai kahwin, dia dan seluruh adik beradik lelaki dia just dilayan seperti raja dalam rumah dengan kau tak pernah pergi dapur tengok mak kau masak sebab sedar-sedar je semua makanan dah terhidang dan kau ready nak masuk dalam mulut je. So sampai ke tua kau tak tahu yang mana bawang merah, yang mana kobis, tepung gandum etc? So bila dah kahwin then isteri suruh beli ayam seekor then kau dengan bodohnya tak tahu mana ayam lalu kau beli kambing?



Then hari ni ada minister yang hadkan hanya ketua keluarga je boleh keluar beli barang dapur untuk mengehadkan pergerakkan bagi menghentikan penyebaran covid-19.



So para suami ni makin gelabah. Ada yang dah prepare nak hafal yang mana satu halia, yang mana satu lengkuas, yang mana satu bayam, yang mana satu kang kong etc.




Like seriously?





Then membuatkan aku mempersoalkan IQ para suami bergelar lelaki ni ialah apabila kau shopping barang dapur kat dalam mall kot. Semuanya dah ada label. Sekalipun kau buta warna untuk bezakan antara bawang putih dan bawang merah then memang dah tertulis dengan jelas. Kalau kau buta huruf or lupa bawak cermin mata sekalipun but still kau boleh tanya pekerja. Tak logik kot untuk kau buat video call hanya sebab kau tak tahu beza antara bawang merah dan kau fikir ia labu.


Lain ar kalau wife kau suruh pergi pasar basah then suruh beli rempah ratus yang perlu dicampur berasingan ke or sayur hutan yang orang jarang pernah jumpa ke or paling basic kena pilih ikan ke? It takes a skill sikit ar kot.






Untuk untuk bakal isteri, isteri-isteri, ibu-ibu tolong ajar anak lelaki korang beli barang dapur since dari mereka kecik lagi. Jangan letakkan mindset yang lelaki tak perlu ke dapur, tak perlu buat kerja rumah, tak perlu itu ini sebab ia kerja perempuan. Ajar anak lelaki korang untuk jadi bakal suami yang terbaik. That it sebelum aku mengarut lebih panjang. Hmmm





p/s: tambahan. Aku cakap tentang barang dapur jer. Bukan isteri suruh suami beli tuala wanita, bahan buat kuih-muih etc

Wednesday, January 4, 2017

Hari Pertama Sekolah

Siapa ingat kali pertama korang massuk sekolah dulu sila angkat tangan. Aku? Hell no..!! Aku tak ingat pun apa yang berlaku minggu lepas, inikan pula apa yang dah berlaku lebih 25 tahun yang lepas. Lagipun aku ada 2 buah sekolah untuk darjah satu je dan 3 buah sekolah untuk sekolah rendah secara keseluruhan. Hmmm...


Semalam seperti tahun-tahun sebelumnya, ramai ibu-bapa yang jakun akan upload kat media social gambar anak-anak mereka masuk darjah 1, pra sekolah, rumah jagaan buat kali pertama siap letak lokasi sekolah anak mereka lagi dengan harapan kat Malaysia ni tak ada manusia pedo yang akan buat benda tak baik kat anak mereka yang comel tu or paling tak pun mereka fikir Malaysia ni sangat aman damai dengan sifar kes penculikan untuk dibawak ke Thailand kemudian potong tangan or kaki untuk jadi peminta sedekah or just culik untuk penjualan organ kanak-kanak yang pasarannya cukup tinggi etc. Hmmm..

Tapi aku sangat suka ketika sesi persekolahan bermula setiap kali tahun baru masuk. Jalan raya yang selama ni sunyi sebulan lebih dah kembali sibuk so masa untuk menjadi typical Malaysian yang kuat mencarut dan menjadi pemandu kurang ajar kat atas jalan raya dah bermula semula, rumah yang selama ni gelap gelita pagi-pagi then dah terang seawal yang mungkin dan siap ngan bau masakan enak-enak (bukan emak budak yang masak tapi mak cik-mak cik yang meniaga kuih muih untuk sarapan tepi jalan), tak lupa tokey kedai jual peralatan sekolah akan senyum memanjang manakala ibu-bapa akan mencuka sebab sesi sekolah equal to mini hari raya sebab semuanya nak kena beli baru, ibu bapa kaki pembangkang akan kutuk kerajaan sebab harga barang saban tahun makin naik manakala ibu bapa macai kerajaan akan terus bersyukur sebab Malaysia masih lagi aman (eh?), awal-awal persekolahan si anak sangat teruja sampai bangun lebih awal dari ibu bapa tapi lepas sebulan dua semua semangat dah hilang ke laut etc.



Part yang tak bestnya pulak setiap tahun sebelum sesi persekolahan bermula pasti akan ada je kes budak-budak sekolah mati lemas, mati sebab kena buli oleh senior kat asrama sekolah, kena langgar kereta or lori kat depan pagar utama sekolah, jumpa bayi mati tersekat kat dalam lubang jamban sekolah etc.










Buat anak-anak or adik-adik yang sedang bersekolah, enjoy the moment. Zaman sekolah sekejap je. Jangan asyik nak bercouple sepanjang masa sehingga tak ada masa nak belajar langsung or jangan nak belajar je sepanjang masa sehingga tak ada masa untuk bersosial langsung. Kalau kena buli sebab muka berjerawat, kulit gelap, gemuk then dont worry sebab selepas 5-10 tahun tamat zaman sekolah then 1 per 10 daripada korang yang kena buli tu akan jadi cantik or kacak sehingga ramai yang menyesal tak try tackle kau masa sekolah dulu (9 per 10 still akan hodoh walau guna apa-apa produk sekalipun). Dan ibu-bapa, let kid be kid. Zaman korang dah berlalu, biar mereka jatuh, bangun sendiri dan belajar dari kejatuhhan mereka. Jangan paksa mereka jadi siapa yang kau nak tapi tak dapat masa kat sekolah dulu.

Saturday, February 6, 2016

Aku Seekor Kucing

Kalau korang lebih kurang seusia dengan aku then korang pasti pernah mengalami keadaan masa kat sekolah rendah dulu apabila cikgu Bahasa Melayu suruh korang tulis karangan bertajuk 'Aku Sebatang Pensel' or 'Aku sepasang kasut' which is sangat biasa di mana ada ayat-ayat berbunyi: aku dilahirkan di kilang bersama kawan-kawan yang lain, aku disayangi tuan aku sehingga aku rosak or tuan aku tu dah ada penganti baru. Rasanya semua budak sekolah rendah akan tulis karangan yang punya isi lebih kurang sama je kan? Hmmm..


Membuatkan apabila korang dah dewasa lalu korang mulai mempersoalkan kredibiliti cikgu Bahasa Melayu korang tu. Dia dah tak ada idea lain lagi ke nak bagi tajuk karangan selain 'Kemalangan yang saya saksikan' ke? Realitinya masa aku universiti, aku ada ambik elektif, kelas penulisan kreatif dan rerupanya tajuk 'Aku Sebatang Pensel' adalah permulaan untuk melahirkan penulis eksperimental. Penulisan eksperimental ni macam mana? Versi berlawanannya ialah penulisan konvensional seperti novel Suami Aku Ustaz, Suami Aku Playboy, Suami Aku Suamimu Jua etc. Manakala idea penulis eksperimental ni pula kalau diadabtasi akan menjadi filem Toys Story, Bugs Life, Cars, Plans etc yang bertaraf box office. So pengajaran di sini ialah:

a) Cikgu BM kita dulu tu tak ar kering idea mana sangat pun sebenarnya (iyelah tu)
b) Suruh anak korang start tulis karangan dengan idea yang lebih kurang sama.
c) Paling penting: jangan suruh anak korang or bini korang tengok drama Melayu yang mengarut tajuk dan jalan ceritanya tu. Hmmm..






Tamat part mengarut.




Korang ada pet tak di rumah di mana korang sangat suka memanjakan mereka or pernah tak masa korang lepak kat mamak dan tetiba ada segerombolan kucing datang kat kau dengan mata bersinar-sinar mengharap belas ehsan kau untuk bagi tulang ayam kat diaorang lalu terfikir dalam otak korang 'Jadi kucing mesti best kan? Tak perlu pening kepala nak cari duit untuk bayar bill letrik, air, hutang PTPTN, line internet slow tapi bayar mahal, layan karenah boss macam setan dan workmate yang macam anak buah setan, layan karenah mak mertua yang macam ibu mertuaku yang asyik nak bandingkan pekerjaan kau dengan menantu lain, fikir tentang GST, menteri yang suka buat lawak bodoh memanjang etc Sebaliknya just tidur dan bila lapar then mengiaw so akan ada orang yang bagi makan?'


Tapi pernah tak korang benar-benar berfikir yang sebenarnya jadi kucing adalah situasi yang paling tak best?

Kalau korang ialah seekor kucing betina then aktiviti kau sepanjang hayat kau hanyalah mengandung dan beranak je. Imagine korang terpaksa beranak seorang diri (in this term: seekor diri) tanpa ada doktor or bidan yang tolong sambut. Dah ar setiap kali beranak, keluar 4-5 ekor. Manusia kalau beranak sorang pun bukan main perit, inikan pula banyak sekaligus. Lepas tu dah ar suami kau bukannya nak temankan malah kalau jumpa anak, dia nak makan pulak. So nak tak nak terpaksa ar kau jadi ibu tunggal yang asyik nak memindahkan anak je memanjang. Pindah pulak, tak ada tangan nak bawak anak. Sensara kot nak kena guna mulut dalam masa sama takut anak sakit kena gigit. Masalah paling besar, dalam 4-5 ekor anak, ada masanya tak ada sekor pun yang sempat jadi dewasa. Dalam setahun mengandung sekitar empat kali dan unfortunate newsnya apabila tak mampu nak tengok sekor pun anak-anak kau membesar. Sedih kot. Kalau ada yang berjaya membesar pun dan ia jantan maka ia bakal menjadi suami kau pulak. Sumbang mahram tahap apa dah tu kan? Hmmm..


At least jadi kucing jantan senang sikit kot. Macam most dad, kerja diarang hanyalah menyebarkan air mani sebanyak yang mungkin kepada sebanyak mana kucing betina yang boleh. Kemudian kencing merata tempat untuk tanda kawasan dan sekali sekala, kalau jumpa kucing jantan lain then berlawan suara siapa yang punya pitching paling tinggi.






Perumpamaan jadi kucing ialah seperti hidup di Westeros pada era Game of Thrones. You either be a prostitute or not be a prostitute dengan rutin kill or get killed. Hmmm..









Then korang kata 'Kenapa post ni mengarut sangat?' Honestly, setiap kali aku tengok kucing then benda kat atas ni akan bermain dalam otak aku sambil the end aku kata 'At least kau tak perlu kena kencing hari-hari oleh PM kat Malaysia ni..' Hahaha

Tuesday, July 21, 2015

Hari Sarawak Merdeka

Amaran: Post kali ni mungkin berbaur agak racist especially untuk mereka-mereka yang suka berfikiran dan mengamalkan idealogi hidup seorang racist. 
Soalan cepu emas: Bilakah tarikh Sarawak merdeka? Adakah:
a. 31 Ogos 1957
b. 16 September 1963
c. Hey, Sarawak pernah merdeka ke? or
d. Sarawak tu dalam Malaysia ke? 


Usahkan tanya orang Semenanjung, kalau kau tanya secara random pada orang Sarawak sendiri pun garenti ramai yang tak tahu. Setiap tahun anak buah aku yang sekolah rendah bukan main seronok bila sambut tarikh 31 Ogos sebab katanya ia ialah tarikh Malaysia merdeka. Persekutuan Malaysia wujud pada 16 September 1963 so technically Malaysia hanya wujud untuk 52 tahun tapi tengok ar bulan lapan kelak then akan digembar-gemburkan yang Malaysia sambut kemerdekaan yang ke 58 tahun. Macam mana sebuah negara yang hanya wujud untuk 52 tahun boleh sambut kemerdekaan yang ke 58 tahun pulak? 

Membuatkan sesiapa yang pernah baca trilogi novel Hunger Game akan kata "OMFG, kita sekarang ni berada kat Panem ke? Manakala Sabah dan Sarawak pula ialah District 12 & 13(kebetulan?) yang dipaksa sambut 'kemerdekaan' Capitol? Najib pulak ialah President Snow yang mengaut kekayaan dari setiap district untuk kepentingan sendiri(Naa, Taib Mahmud lebih sesuai dengan watak tu sebab rambutnya totally putih)? Dan Akademi Fantasi pula ialah versi tempatan Hunger Game which is 11 tribute akan terkorban dan sorang akan jadi ultimate survivor?" LOL untuk statement terakhir tu.


Antara sebab utama kita tak tahu ialah kita tak dibagitahu. As simple as that. Tengok buku sejarah kita. Aku tak tahu tentang buku sejarah sekarang ni tapi buku sejarah zaman aku dulu memang tak ada sebut tentang part tu langsung. Yang ada tentang batu bersurat Terengganu, Lembah Bujang, Zaman Melaka-Portugis serang Melaka, Jepun masuk-Jepun keluar, Komunis, Onn Jaafar tubuh UMNO-Onn Jaafar keluar UMNO, Tanah Melayu Merdeka bla-bla-bla. Even kita siap belajar dan perlu hafal sejarah kat Eropah, India, China, Arab sana tapi sejarah yang cukup dekat pula diabaikan. Part kemerdekaan Sarawak hanya disebut masa subjek Pengajian Am form 6 je. Itupun beberapa baris ayat je. Persoalannya: Berapa kerat sangat rakyat Malaysia ambik form 6 dan berapa kerat yang ambik form 6 setakat tak nak ambik diploma dan perasan benda tu?

Hasilnya wujud ar sebahagian 'kecil' rakyat Malaysia yang kata Sabah & Sarawak join Malaysia ar or ucap selamat datang ke Malaysia kepada orang Sabah & Sarawak kat Semenanjung or aku sendiri pernah jumpa orang yang masih lagi tak tahu Sabah & Sarawak ialah sebahagian dari Malaysia. Sedih kan?





...





Hari ni tadi aku terbaca kat FACEBOOK satu post ni kata tentang pergerakkan Sarawak for Sarawakians yang buat perhimpunan aman kat Kuching menuntut kerajaan persekutuan untuk menjadikan 22 Julai setiap tahun sebagai cuti umum kepada Sarawak sebagai peringatan hari bersejarah kemerdekaan Sarawak. Dah beberapa tahun mereka mendesak tapi tak dilayan. Sedangkan Malaysia yang dah wujud untuk 52 tahun pun baru diambik peduli dan diberikan cuti umum. 

Aku support sepenuhnya apa yang mereka buat hari ni tadi tapi aku no komen tentang dasar penuh perjuangan Sarawak for Sarawakians yang lain. Aku tak nak jadi macam kes Scotland and United Kingdom tahun lepas. Tapi apa yang menjadikan aku panas ialah post kat FACEBOOK dari Sarawakians yang sangat racist dan kurang bijak. Yap kurang bijak ialah another word untuk the big B. Aku tak nak bagitahu apa yang berlaku secara detail tapi ia lebih kurang sama macam kes umum di Malaysia ar. Secara sarcasmnya ia berbunyi "Aku lebih rela punya pemimpin sama bangsa dengan yang sah-sah bodoh dan memperbodohkan aku serta curi duit aku terang-terangan daripada dipimpin oleh bangsa yang makan babi dan guna tisu lap punggung". Paham kan?






Aku orang Sarawak dan ada masanya aku sangat simpati pada orang Sarawak. Yap, sejarah ditulis oleh mereka yang menang jadi mungkin sebab tu mata kita dikaburkan oleh sejarah kita sendiri. Sewaktu sorang mat salleh dan bawa keluarga dia menjajah tanah ni, sebahagian dari nenek moyang kita sekadar biarkan diri kita dijajah and surprisingly boleh pula mengangkat orang asing menjadi raja. Ya, memang ada yang menentang dan kalah tapi masih ada yang bersatu dan menentang. Golongan ibu-ibu, cikgu-cikgu dan anak-anak muda melawan ketidakadilan pemimpin dengan cara sendiri. Masalahnya siapa antara kita yang tahu tentang kisah mereka? Sememangnya sejarah tak boleh ditipu tapi ia boleh disembunyikan. Menjadikan orang Sarawak yang ada sekarang hanya buat donno, bising mulut membiarkan seorang manusia jadi raja dengan tanah dan rumah sebesar istana ketika beberapa meter darinya rakyat biasa sekadar duduk dalam rumah saiz kotak. 







Paling sedih bila kita selalu kata yang Sarawak menentang racism tapi apa yang aku baca di FACEBOOK hari ni seem like kita sedang enjoy meratap semaian racist yang kita tanam sendiri.









Selamat hari kemerdekaan Sarawak untuk orang Sarawak.

Friday, March 6, 2015

Pawagam Berhantu

Waktu filem Lelaki Harapan Dunia keluar dulu aku cukup tak puas hati sebab ia tak dimainkan kat mana-mana pawagam di Kuching pun (even perhaps satu Sarawak kot). Kemudian filem Terbaik Dari Langit pula hanya dimainkan kat Samarahan je (punya ar besar Sarawak, hanya 1 pawagam je yang main). Buat yang tak tahu geography, kalau Sarawak ialah Semenanjung then Kuching dan Samarahan ialah dua buah negeri yang berbeza. Nak buat macam mana kalau Melayu hanyalah majoriti ketiga terbesar selepas Dayak dan Cina dan peratusan perbezaan tu pula boleh tahan besarnya. Tapi yang peliknya bila filem-filem melambak keluaran Metrowealth boleh pulak ditayangkan. Hmmm..


Hari ni aku pergi layan Usup Wilca dalam Werewolf Dari Bangladesh. Seperti yang dijangka, hanya 1 pawagam je yang tayangkan filem ni. Dan ia bukan dari pawagam yang besar dan serba canggih. Even masa aku gi pawagam tu, hanya aku sorang je yang ada kat situ. Jangan katakan filem tu, malah semua hall kosong. (yap, aku pergi waktu siang hari masa orang lain tengah kerja). Dan pawagam tu pun guna konsep kalau hanya ada sorang je penonton then filem tak akan main. So buat kali kedua selepas Talentime, aku beli 2 tiket untuk tengok movie kat pawagam. Hmmm..


Tapi buat pertama kali dalam hidup aku apabila aku satu-satunya manusia dalam satu hall. Sebelum ni paling sikit pun 2 orang waktu aku tengok cerita Amir dan Lokman Pergi ke Laut. Hall aku masuk ni saiz sederhana je. Seat bahagi 2 bahagian dan satu baris ada sekitar 5 or 6 seat dan laluan keluar masuk satu kat depan je. Aku sepatutnya duduk 2 seat dari belakang dari rasa macam belakang sangat then aku berganjak ke hadapan sikit dan duduk kat paling tepi tempat laluan. Dan aku masuk masa trailer satu cerita hantu omputeh ni. Belum ada apa-apa lagi berlaku.


Ketika cerita baru start sekitar 15 minit macam tu aku dikejutkan dengan bunyi 'orang' terlanggar tempat letak tangan antara seat. Aku kata terkejut sebab bunyinya agak kuat dan ia betul-betul kat belakang kiri aku. Bunyi tu biasanya kita dengar bila masa cerita dah main, lampu hall dah dipadam dan beberapa kumpulan manusia datang lewat dan terlanggar sana sini. Lagipun masa aku masuk hall memang dah gelap. Selalunya bila iklan or trailer terakhir sebelum cerita nak start then baru mereka padamkan lampu hall tapi sebab aku sorang je so mereka malas nak buat. Tapi sejujurnya aku tak rasa apa-apa sangat lagi.

Kemudian tetiba semerbak timbul bau bunga ros. Ia bukan bau minyak wangi ros. Sebab aku ada Body Shop perfume oil rose. Baunya lain. Kat rumah aku ada banyak pokok bunga ros. Jadi aku tahu bezanya. Bau segarnya lebih kurang sama tapi yang ini semerbaknya lain. Waktu tu aku dah rasa pelik. Tapi aku postitifkan diri kata yang pawagam ni milik orang India jadi mungkin mereka guna air mawar untuk merenjis orang kahwin sebagai penyegar hall je kot. But if in case bau tu tiba-tiba bertukar busuk macam bangkai then aku akan bangun dan blah.


p/s: aku seorang yang penakut. Giler penakut. Plus aku sentiasa ada imaginasi suatu hari masa tengok cerita seram or pembunuhan kejam kat pawagam yang penuh dengan orang dan berlaku aksi menjerit-jerit oleh penonton ketika aksi seram dan dalam masa yang sama ada seorang pembunuh yang ada masalah mental dan bunuh satu persatu manusia dalam hall tu. Namun disebabkan keadaan gelap dan semua asyik menjerit then akhirnya semua dalam hall tu mati. Hmmm..


Tapi disebabkan aku dah bayar extra untuk tiket dan cerita tak sampai setengah jam main then aku tak nak keluar. Melainkan kalau ketika tu ada benda keluarkan nafas sejuk kat leher aku or ada benda main-main ngan rambut aku or paling tak pun ada bunyi benda mengilai-ngilai belakang aku then baru aku berambus. Jadi sepanjang masa tayangan tu mata aku just fokus pada skrin dan ketawa kuat-kuat untuk tenangkan diri aku sendiri. Aku langsung tak toleh kiri kanan. Belakang lagi ar tidak. Tak nak aku tetiba tertoleh dan lihat sorang perempuan muka pucat, rambut panjang, baju putih dan terus ketawa besar. Innalillah ar aku jawabnya lepas tu.






Aku berada kat situ sampai filem habis. Dan bau tu pulak tak ada di situ sepanjang masa. Kalau dalam hall sederhana kecil tu dan beraircond pula then sepatutnya bau akan kekal dari masa aku masuk dan aku keluar ar kan secara logiknya. Dan mungkin memang ada pintu yang aku tak nampak belakang dinding sana dan ada pekerja yang curi-curi masuk nak tengok cerita dan kebetulan dia tertumpah air mawar ketika nak turun kerja tadi tapi kenapa dia langsung tak ketawa sepanjang cerita tu bermain? Hmmmm..










Paling peliknya aku tak rasa sejuk goosebumps. Sebab sebelum ni aku pernah kena kacau dan rasa sejuknya tak sama walaupun waktu tu aku berada dalam bilik air cond kuat. So hantu ke? Perhaps yes or perhaps not. Tak siapa yang tahu. Jadi apa kata kau yang sedang berada di Kuching sekarang ni pergi masuk hall tu tengok movie sorang-sorang pulak. Ada berani?

Friday, December 28, 2012

Shopping Mode

Dalam tempoh kurang sebulan ni ada dua shopping mall baru dibuka di bandaraya Kuching. Plaza Merdeka yang terletak kat Kuching Utara dan CityOne kat Kuching Selatan. Kalau termasuk dua mall tadi maknanya dah ada 5 pusat beli belah baru kat Kuching dalam tahun ni jer. Hmmm..


Aku sangat suka ngan idea Plaza Merdeka yang terletak kat bandar lama Kuching Utara ngan senibina seakan-akan bangunan era kolonial British dulu-dulu. Malah kiri kanan dan depan belakang nya pun memang bangunan lama iaitu Old Court House, Pos Office Besar, Balai Polis Central dan Padang Merdeka. Cuma part yang tak bestnya dalam tu masih lagi ada Parkson dan kedai-kedai yang dah ada kat mall-mall lain sebelum ni. Part yang aku suka mall ni ialah Starbucks nya yang berhadapankan Padang Merdeka yang nampak sangat mendamaikan dan ada Mc D gak. Plus kalau betul ura-ura kata akan bukak Subway. Huhuhu

Hari ni tadi CityOne lak bukak. Aku tak sabar mall ni bukak sebab First Metrojaya and first Golden Screen Cinema di Sarawak akan dibukak kat mall ni. Walaupun hari ni cuma Metrojaya jer yang bukak but still aku suka satu brand under diaorang iaitu East India Company yang bagi aku cukup exotic dan sesuai ngan citarasa pelik aku. Dan hari ni tadi balik jumaat aku secara tak sengaja tersinggah ar kat sini. Ngan berbekalkan duit kurang RM100 dan debit card yang berbaki gaji kerta terakhir tu aku masok ar mall tu. 


As aku kata tadi yang aku baru balik solat Jumaat so pakaian aku cukup sopan dan Islamik gak ar. Tapi selamat aku tak ikut gerak hati nak pakai jubah hari ni tadi. Kalau tak then mesti orang kiri kanan akan tengok aku jauh lebih pelik. 


Aku yakin korang mesti pernah alami scene cam: korang satu hari gi bandar ngan pakaian selekeh sikit da secara tak dirancang korang masuk mall dan ada jualan murah kat kedai baju ni then ko masuk dan belek-belek baju. Kedian tetiba owner or jurujual tu ikut kau ke mana je kauu gi ngan muka syak kau akan curik baju tu or worst fikir kau tak mampu nak beli baju tu. Sedangkan previous tu kau pernah datang ke kedai yang sama ngan pakaian lebih smart dan kau dilayan ngan baik. Pernah tak kau alami scene tu..?

Pengalaman aku tak pernah lupa masa gi satu kedai ni. As aku kata tadi aku memang tak ada plan nak beli baju tapi tengok luar cam best lak baju tu so aku masuk dan tengok ar. Then ngan tak semena-mena tokey kedai tu ikut aku ngan muka curiganya. Then aku pilih satu baju ni dan nak try. Tahu apa reaksi dia? Dia kata baju tu tak sesuai ngan aku. So aku jawab balik ngan baik-baik kata aku nak try ar dulu then baru aku tahu ia sesuai ke tak. Then dia balas balik ngan statement sakit hati: you tak ada duit nak bayar baju ni ar. Duh, harga RM50 lebih tu tahap aku tak mampu ker? Duh, marah. Sedih. Kecewa. Sedangkan few month sebelum tu aku pernah beli satu t-shirt kedai tu dan disebabkan pakaian aku jauh lebih proper then dia layan aku punya ar baik. Hampeh...













Tapi situasi tu tak berlaku hari ni tadi ar. Aku sempat tukar banyak kali baju kat fitting room dan pekerja tu senyum jer ngan aku. Huhuhu.











Aku banyak gila shopping bulan ni tapi aku masih tak ada kerja. So cam mana tu..?Hmmmmm

Wednesday, July 25, 2012

Belajar Cakap Sarawak 2

Hohoho. Sambungan edisi kedua belajar cakap Sarawak dah kembali lagi. Seriously aku x tau apa nak update so aku nak share once again dialek Melayu Sarawak yang rasanya best gak sebenarnya kalau korang ada kawan Sarawak then nak mengata kawan yang x paham sepatah haram apa korang umpatkan aka kira secret language among korang ar or korang nak melancong ke Sarawak then tak nak kena tipu dek local citizen or korang suka bab dialek-dialek yang pelbagai di Malaysia ni.


Kali ni aku nak share tentang haiwan-haiwan dalam sebutan dialek Melayu Sarawak. Secara keseluruhan tu, ada sebahagian yang rasanya x da beza pun cam cicak, monyet burung, ikan etc yang still dipanggil guna kata nama yang sama but still ada sebahagian yang totally lari tahap kita tak dapat nak teka sikit pun. Berikut ialah apa yang aku nak ajar korang but try teka first before baca penjelasan:


1) PUSAK
Kalau korang melancong ke Kuching then first thing yang akan terfikir dikepala hotak korang pasti akan kata: Pasti bandaraya ni dinamakan sempena haiwan kuching. Hmmmm.. Aku tak boleh nak setuju sepenuhnya sebab orang Sarawak tak menggelar haiwan mengiaw tu as kucing sebaliknya as pusak so pastinya Bandaraya Kuching akan menjadi Pusak ar kan? Hmmmm.


2) BOYAK
Kalau korang ada kawan Sarawak then may be korang le figure ar sebab selain bermakna haiwan ia guna ada konotasi yang lain yang diguna sehari-harian. Even dalam Bahasa Melayu and English pun guna konotasi yang sama gak. Contoh aku bagi ayat "Orang laki ya boyak koh...!!" Agak-agaknya apa maksud boyak tu yea? Please jangan kata yang boyak tu botak ar sebab boyak tu ialah buaya. Hmmmm.


3) KELONTET
Gosh, aku hanya tahu frasa ni masa aku pindah kampung aka rumah aku sekarang ni jer. First time dengar dulu even sampai sekarang pun aku masih lagi beranggapan yang ia berbunyi sangat lucu. Ia cam kalau kita tengok cerita P. Ramlee then bila ada part orang tu terkena something but ia lawak then ada ar bunyik latar yang cam toteet toteeet yang hampir cam kelontet ni.Btw makna or haiwan tu tak lah selucu mana pun sebab kelontet ialah pepatung/ dragonfly.


4) CEKELIR
Haaa ini lagi satu frasa yang aku dapat tahu masa pindah kampung. Waktu tu aku sekolah rendah then bila bebudak kelas cakap cekelir then aku fikir ia sesuatu yang lucah sebab ia berbunyi hampir cam satu organ yang hanya dimilikki oleh lelaki. Plus family aku ada nama lain yang digunakan untuk panggil serangga ni iaitu BUYAH. Then buat korang tension "Apa cekelir dan buyah ni...?" Wakaka. Cekelir ini ialah kelkatu. Hmmmm


5) AMPAK-AMPAK
Term ni pulak antara paling latest aku dengar iaitu masa sekolah menenggah dulu. Rasanya ramai orang muda yang tak tahu pun apa ke benda ar haiwan ni sebab ia cukup jarang didengar but still sebab aku dudok kampung aku pernah ar dengar gak ia keluar dari mulut generasi muda usia-usia aku ar. Even aku sendiri pun tak guna istilah ni. Just sekadar info untuk perbendaharaan kata aku cukup je ar. Ampak-Ampak ialah labah-labah.


6) BESUT
Disebabkan kampung aku dudok sekarang ni used to be berasaskan kampung nelayan dan haiwan ni pulak dulu sangat banyak dan sekarang dah hampir pupus sepenuhnya dan aku selalu gak share kata aku selalu tengok besut ni melompat atas air dari tingkap rumah arwah nenek aku dulu. Honey, besut tu bukan busut ya sebab busut tu statik dan tak mungkin akan melompat atas air. Besut tu ialah ikan lumba-lumba ar. Hmmmm..


















So itu jer untuk hari ni. Dan kalau korang nak pikat sorang girl dari Sarawak ni then kuar ar statement cam "Muka kitak kejawak kedak pusak jak.." or translationnya: muka awak comel cam kucing ataupun korang ada musuh then bagi ar codename cam "Miss Kelontet.." Hmmmm

Thursday, June 28, 2012

No More Shopping Complex please

BB Plaza bakal dirobohkan pada penghujung tahun ni untuk pembinaan satu system transit baru di Kuala Lumpur. Once aku dengar berita tu, duh rasa a bit sedih gak ar. Walaupun berbanding Sungai Wang, BB Plaza seem lebih sunyi dan old school tapi duh, ada beberapa kedai kat situ ialah antara lokasi tempat yang aku banyak taburkan duit aku. Wakaka..


A day before aku baru gi satu shopping complex baru kat Kuching. Sebenarnya ia tak lah baru sangat pun cuma ia penambahan bangunan baru and even banyak kedai pun still lom bukak lagi. So still leh dikira as baru gak ar. Boulevard ni ialah shopping complex kedua dalam tahun ni yang dah dibukak di Kuching. Last few month Kuching Sentral. Hujung tahun ni pulak ada satu lagi kat Jalan Song. Next year pulak rasanya projek Merdeka Plaza akan bukak. Not including The Summer (sebab ia kat Kota Samarahan) yang akan menjadi shooping complex ngan taman tema air sendiri nanti. So kalau kira ngan shopping complex sedia ada dah kira terlebih banyak dah tu.

Kedian kat Boulevard ni ura-uranya akan bukak TGV Cineplex dan kat Jalan Song pulak memang pasti akan bukak GSC (aku pasti sebab aku pernah kerja sini ar). So tambah 3 cineplex sedia ada maknanya kat Bandaraya Kuching ni jer akan ada 5 panggung wayang in the end of this year.

Buat aku fikir cam mana pulak ngan jumlah dan kuasa beli penduduk kat bandaraya Kuching ni sebenarnya dibandingkan ngan wujudnya shopping complex besar-besar ni? Rakyat Kuching ni ada banyak sangat duit ke nak ditaburkan kat shopping complex semata-mata or rakyat Kuching ni kuat sangat tengok wayang ker?









Then aku bandingkan pulak nasib shopping-shopping complex terdahulu cam Tun Jugah yang sekarang ni rasanya hanya level Popular Bookstore jer yang hidup dan selebihnya either dah tutup or tunggu masa jer lagi nak tutop or Kuching Plaza yang dah bertahun tutup sepenuhnya dan sekarang ni tengah renovate untuk re-openig. Tapi akan berjaya ker or ia hanya jadi projek gajah puteh jer? Dan apa nasib shopping complex cam The Spring etc nanti? Hmmmm

















Ia buat aku teringat pada bandar Kuantan (dan Kota Kinabalu) yang rasannya banggunan Shopping Complex  cukup banyak tapi mostly either dah tutup or bernyawa dalam lumpur. Ia seperti ada pola apabila buka Shopping Complex baru then semua akan tertumpu ke situ sehingga automaticallynya yang lama akan hilang tumpuan dan gulong tikar. So kalau korang gi Kuantan then korang pasti setuju kalu aku kata rasanya dalam seluruh bandar Kuantan hanya perlu ada 1 shopping complex jer iaitu East Coast Mall.























Aku cukup yakin penduduk Kuching x perlukan banyak shopping complex sebaliknya mereka lebih refer untuk lebih banyak variasi kedai. Sebab kalau gi mana-mana shopping complex kat Kuching ni then mostly korang akan jumpa kedai yang sama di setiap shopping complex. Hmmmm..

Monday, May 14, 2012

There Something About Mc D

Semalam tengok TV ada iklan Mc D ngan Foldover Ayam yang kembali. Duh, rasanya kali terakhir Mc D ada foldover either penghujung 2007 or awal tahun 2008 aka waktu tu aku masih tahun 3 kat UKM sebab kalau aku gi Mc D then Foldover ialah benda yang aku akan request tapi after Foldover dah tak de then aku dah beralih arah pada Big Mac. Hmmm...


Aku punya sejarah yang banyak ngan Mc D.Even ada kekawan yang kata kalau diaorang gi Mc D then benda pertama yang terlintas dikepala hotak diaorang ialah aku. I dont know laa tapi I used to sangat-sangat suka ngan Mc D dulu so kalau x ada apa-apa event so aku akan ajak kekawan lepak sana, Malah aku pon berjaya merecruit beberapa orang yang tak suka Mc D previously kedian dah jadi gian Mc D afterward. Wakaka..

Aku pernah makan Mc D 2 minggu berturut-turut tanpa henti sekaligus menjadikannya as cam makanan ruji ar pulak. Waktu zaman belajar dulu-dulu ar. Tak ada aktiviti nak dibuat malam-malam so ajak sorang kawan ni then lepak Mc D berjam-jam. Cerita ar banyak benda. Kalau zaman belajar UKM dulu then pasti kuar ngan Ence Isyraf aka rumate either kat Mc D kat warta or Mc D kat Kajang. Aku suka feel Mc D Warta sebab ia cam warm sikit plus kami ada port sendiri. Waktu tu memang both akan order Foldover ar. Dia jugak yang mempengaruhi aku guna blackpaper dan word dia mempersoalkan Mc D as '100% Daging Lembu Asli..' Maknanya ada daging lembu x asli ke?

Cuma yang tak bestnya Mc D warta cuma bukak untill 11pm jer so kena berambus awal ar berbanding Mc D Kajang 24 jam. Masalahnya Mc D Kajang jauh, jalan berlobang-lobang, lampu jalan banyak x da. Hmmm..


Then masa di GEMs pulak selalu lepak ngan geng satu kumpulan. Kalau diaorang tak nak then lepak ngan Koland aka rumate gak dalam masa memang setiap malam ar. Destinasi either Mc D Airport or Mc D Tun Jugah sana.


Kedian masa kerja kat Pahang tempohari still kalau tak Mc D then KFC ar makanan utama aku. Sebab tempoh masa kerja aku panjang menjadikan aku malas nak ambik tengahari. Balik kerja around 2-3 pagi then gi Teluk Cempedak dan beli ar makanan tu. Aku makan separuh then separuh lagi aku simpan untuk sarapan. Hasilnya almost 4 bulan sana aku dapat kurangkan berat badan hampir 10 kg. Hmmm..
















Hanya sebuah restoran makanan segera mampu menyimpan banyak kenangan. Hmmm. Korang..?

Saturday, April 28, 2012

Kuching 3.0

Seperti yang aku bagitahu in previous post, so hari ni 28.04.2012 aku join BERSIH 3.0 di Kuching, Sarawak. Memula datang kat area Waterfront around 1.30pm tu aku tengok cam sangat sedikit ar orang yang join. Around 50 orang cam tu jer so aku jalan-jalan ambik gambar dulu dan balik sana semula sekitar 2 pm. Dan jumlahnya berganda as time goes by. Memang ar tak sampai seribu tapi untuk permulaan, it a great things. Cuma part yang mengecewakan ialah golongan bumiputera Sarawak cam Iban, Bidayuh etc sangat sedikit sedangkan mereka ialah majoriti penduduk tanah Sarawak ni. Mungkin mereka lebih refer beg percuma Program Jelajah Janji Ditepati kot.


Btw orang Kuching sangat-sangat supportive. Mereka berkumpul dalam panas tanpa mempedulikan perbezaan warna kulit, bangsa or agama. Dan ini adalah sebahagian gambar-gambar yang aku ambik sepanjang 2 jam lebih tadi:









Friday, January 6, 2012

Dunia Tanpa Teknologi

Korang pasti pernah dengar orang kuar statement cam: Aku nak tutop account FACEBOOK aku sebab ia menjadikan hubungan aku ngan awek aku makin tegang, aku tak dapat fokus pada apa-apa pekerjaan yang aku buat, hal ehwal anak-anak dan suami aku makin terabai aka makan pakai mereka makin tak terjaga, social life aku makin hilang etc. Gosh, apasal manusia mudah sangat salahkan benda lain dan tak ngaku ia salah mereka sendiri? Hmmm..


My 6 years old niece dah ada account FACEBOOK. Dia dah tahu main game kat tenet ngan guna aplikasi-aplikasi lain dalam tenet. Kalau setakat nak guna YOUTUBE dah biasa sangat. Handphone emak dia dah jauh dia explore. Abang dia since dari umor 7 tahun dah ada handphone sendiri. Sekarang umor dah 10 tahun, dah banyak selok belok teknologi yang dia tahu. 

Kalau ingat-ingat balik pada usia sebaya dia dulu, aku masih main tangkap belalang belakang flat polis kami je. (Yap, aku tak tangkap belalang tu. Aku just tengok sebab nak tangkap sekor nyamok pon bukan maen susah inikan pulak belalang yang melompat jauh-jauh). Even first handphone aku dapat pun NOKIA 3315 yang sangat vintage sekarang ni. Itupun waktu aku umor 18 tahun as hadiah untok result SPM aku yang tak seberapa. 

As aku tengok anak buah aku yang besar tu hidup dia berkisar pada komputer-tv-komputer-tv jer. Kalau petang-petang kawan dia datang then baru main. Even kalau ada pilihan antara kawan dan komputer dia lebih refer pada komputer. It seems kekanak zaman sekarang tak ada masa nak perkembangkan bakat dalam diri selain dari menghabiskan sisa kanak-kanak mereka di depan kaca tv dan komputer.





Sebagai seorang lelaki yang zaman kanak-kanaknya tak ada teknologi canggih dan rancangan tv yang mostly berkisar hanya pada RTM1, TV3 dan Siri Pendidikan yang berulang-ulang cam Sang Kancil yang selalu bagi warn kat monyet "Jangan Monyet, cili tu pedas" but still monyet tu nak makan sehingga masa lebih dihabiskan ngan apa sahaja perkara cam baca buku, main-main ngan anak-anak jiran, quality time ngan parents dan adik beradik, lepak kat library ngan kekawan sama sekolah etc dan lebih penting ia memberi ruang untok aku mengeluarkan bakat aku dalam melukis.




Then ada masa terluang aku akan ambik kertas dan pencil then melukis dan melukis.





Sehingga wujud tempoh teknologi datang dan yap aku mulai menggunakan adobe photoshop dan game dan perisian-perisian lain yang menjadikan aku stuck 24/7 depan labtop dan internet dan bla bla bla..







Akibatnya lukisan ke mana dan alat-alat lukisan dah hilang. And recently aku check yang acrylic color aku dah keras tak dapat guna dah.









As not so wisdom word dari mat salleh ada kata yang to much porn akan menghapuskan imaginasi lelaki terhadap seks so as ketagihan teknologi juga mampu menghapuskan imaginasi manusia. But aku tak pernah salahkan teknologi sebab teknologi just a thing or a method. Semuanya bergantung pada siapa yang mengendalikannya.














So tadi aku ke bandar Kuching membeli warna acrylic baru ngan charcoal sticks yang aku tak pernah dan cuba nak try melukis balik. Hmmmm..










Plus tak lupa dalam gambar atas ni ialah karya terbaru aku guna paper clay dan aku warnakan guna acrylic. 1 thing about paper clay ni ialah ia more to paper rather than a clay.. Hmmm

Monday, August 8, 2011

Baju Raya

Gosh aku rasa sangat malas nak menekan-nekan punat pada keyboard labtop komputer sepanjang Ramadhan ni. (But still aku leh main game plus menyiapkan salah satu tessis master tu) Aku lebih refer untuk berbaring dalam bilik sambil menyerap kesejukkan lantai. Tapi Ramadhan bukan masa bermalas-malas. So dalam tempoh minggu pertama aku jalani kehidupan yang sama gak include ambik niece-nephew balik sekolah, gi kebun tebang pokok hutan etc. Hmmmm...


Hari ni tadi aku ke bandar Kuching. Matlamat asal just nak photostate beberapa dokumen ni. Tapi bila selesai rasa cam sangat cepat berlalu so takan ar terus nak balik. Dan kebetulan plak aku tertengok ada fishtail iklan rebate until 90% discount buku kat Popular. So pergi je ar. Kot-kot jumpa buku best-best ker. 

Yap, bila masok Popular Book Store kat Tun Jugah tu memang jadi rambang mata. Aku syak kedai tu dah nak tutop so sebab tu ia buat clearance sale yang terlampau-lampau. Ada novel tu discount sampai jadi RM3 lebih jer. So hours ar aku dalam tu tapi last-last beli 2 buah buku sekaligus menjadikan dalam tempoh sebulan ni aku dah beli 4 buah buku yang 3 darinya aku belum sentuh lagi. Hmmm..

Turun dari escalator plak melimpasi area baju. Dan tertarik plak ngan satu baju ni. Try beberapa helai, then tengok sale 50%. So rembat ar satu baju East Indian Company nih yang sebijik leh jadi cam Baju Melayu sekaligus leh jadi baju raya aku.. Wakaka..


...


Fikir-fikir balik dah lama aku tak ada Baju Melayu baru nih. Rasanya masa masok form 6 emak dah tak buat lagi Baju Melayu untuk aku. Sepanjang zaman universiti pun ada 1 pasang sebab family angkat dari Kelantan bagi kain Baju Melayu. Kalau tak then jangan harap aku akan ada Baju Melayu. Kedian Baju Melayu aku yang terakhir sekali ialah Baju Melayu untuk majlis resepsi Uda. Dan kebetulan waktu tu aku jadi pengapit. It was in 2008.




Aku sejujornya suka pada Baju Melayu tapi aku sangat-sangat jarang pakai Baju Melayu. It seems aku cuma pakai masa hari raya or kalau ada kematian jer. Sembahyang Jumaat pun dah jarang nak pakai Baju Melayu.  









Sayangkan kalau budaya yang ada pada pakaian tu hilang as masa berlalu.. 












hmmmmm