Showing posts with label TV3. Show all posts
Showing posts with label TV3. Show all posts

Thursday, May 7, 2015

Aku Melukis Lagi dan Lagi

Aku seorang yang easily distracted. Kalau memandu dan kebetulan ada patung kecik yang kepalanya asyik geleng-geleng 24/7 melekat kat ruang depan pemanduan tu then mata aku memang setiap saat akan curi-curi menoleh pada benda tu je memanjang. Tapi ada masanya bila aku buat kerja-kerja tertentu then aku boleh bagi fokus hampir sepenuhnya. Antaranya bila aku melukis. Even bila aku dah start melukis then otak aku tak akan fikir apa-apa (literallynya ar). So that why pernah ada sorang kawan aku ni kata 'Aj, kau nampak sangat lain dan menakutkan bila kau fokus', Hmmm..


Cuma masalahnya aku terlalu choosy bila masuk part melukis. Firstly aku kena ada sumber yang mampu menginspirekan aku sebelum aku dapat melukis. That why ada masa, hati nak melukis tapi duduk sejam lebih dengan kertas lukisan dan pencil di tangan tapi kertas tu masih lagi suci tanpa sebarang calitan karbon ar. Secondly aku kena ada the right mood (part mood ni next entry aku ada cerita best nak share). Walaupun ada orang kata kalau pelukis melukis dengan emosi masa marah, sedih etc then karya yang terhasil akan nampak jauh lebih hebat sebab ia juga akan memaparkan emosi. Unfortunately aku bukan artist sebaliknya sekadar lelaki yang hanya tahu menconteng je. Makanya even though aku dah ada inspirasi tapi disebabkan aku tak ada mood so aku tak melukis. And that the reason why aku jarang-jarang melukis. Hmmm.. 


Dan thanks to technology sedia ada, melukis dah jadi cukup-cukup mudah. Plus as aku selalu kata yang aku yang konon-kononnya quite environmentalist yang setiap kali nak guna sehelai kertas lukisan pun fikir banyak kali then dengan adanya touchscreen notebook computer aku yang murah dan kecik tu bersama stylus murah buatan China harga tak cecah RM3 tu dah boleh buat aku conteng sebanyak mana yang aku nak. Lagipun dengan adanya smartphone yang bermaharajalela sekarang ni, kat mana-mana je pun kalau dah ada inspirasi dan mood then boleh je terus melukis kan?



1.
Emak aku kalau habis maghrib, wirid, baca Yaasin tu semua then dia akan layan Astro Oasis or channel 135. So satu hari ni aku keluar bilik dan dia dah habis awal so dia check-check channel lain-lain dan kebetulan waktu tu dia buka drama jam 7 kat TV3. Drama tipikal orang biasa kawen anak orang kaya yang berlagak dan entah kenapa aku rasa drama tu macam just jual rupa pelakon je (lakonan haru biru je). Kemudian muncul sorang mamat ni dan aku terus mesmerized disebabkan rambutnya yang kerinting habis. 

FYI aku sangat jeles dengan manusia yang punya rambut kerinting. Yap, Fakrurazzy dan Syed Affendi, aku jeles pada rambut korang. Sebabnya rambut aku sangat lurus. Kalau lupa bawak pembaris masa exam then guna rambut aku pun boleh menghasilkan garisan yang betul-betul lurus (persamaan yang melampaukan?). So aku google drama tu, cari nama (namanya Nadzmi Adhwa) dan gambar pelakon tu sebab rambut tu totally menginspiredkan aku. 

Aku masih lagi belum mahir sepenuhnya melukis kat screen komputer jadi muka memang tak sama langsung ar jadi sila fokus pada rambut sahaja. Hasilnya dibawah ni.

(right klik-open link new tab untuk tengok saiz asal kalau klik terus tak berjaya)


2.
Aku suka ambik gambar sebab aku suka tengok gambar yang cantik. So kat mana pada era sekarang ni nak cari gambar-gambar yang cantik dengan mudah? Instagram of coz. The 'pro' sidenya pada Instagram ialah apabila semua orang boleh jadi photographer dan menyerlahkan bakat terpendam, bakat tersembunyi mereka yang mereka sendiri tak tahu selama ni. Then 'con' partnya pula ialah apabila semua orang boleh ambik gambar dan upload sebanyak mana gambar mereka nak so maka makin menggunung ar sampah-sarap (yang mostly adalah selfie) dalam sana.

Walaupun aku dah tak aktif Instagram tapi aku masih lagi active stalker. Aku masih lagi follow photographer-photographer, pelukis-pelukis, individu-individu yang do arts, or klik nama tu, klik commenter dia, check dan klik followernya secara randomly dan suddenly jumpa satu gambar yang cantik. Then aku terus curi (istilah jahat) gambar tu tapi just untuk simpanan peribadi as inspiration je dan bukan upload balik dan claim aku yang ambik gambar tu or worst jual untuk nama sendiri pulak. Hmmm..

So satu hari klik punya klik aku jumpa satu gambar ni. Bagi aku gambar tu ada 'sesuatu'. Lelaki dalam gambar ni namanya Asyraf Hardy. Sarawak local talent ar. So may be gambar tu untuk cover album kot. Yap, sekali lagi lukisan dan muka memang tak sama. Sebabnya aku tak pandai melukis.

(right klik-open link new tab untuk tengok saiz asal kalau klik terus tak berjaya)


3.
MORIBAYU aka Megat Eusofe aka aku tak ingat nama betul dia ialah seorang individu yang sentiasa menginspirasikan aku. Dia totally an artist ar. Dia punya ayat yang power dalam penulisan, a great photographer, karya lukisan dia totally pure art ar dan pendek katanya setiap apa yang dia sentuh akan jadi 'sesuatu' yang akan menyentuh hati orang lain. Jujur cakap, Megat yang aku selalu curi gambar-gambar yang kau upload dari blog sampai ke Instagram. Tapi aku tak macam 'mereka-mereka' yang tanpa bersalah republish dan salah guna gambar kau tu. Aku just simpan dalam hard drive dan setiap kali tengok gambar tu then aku akan 'rasa sesuatu' tu balik. 

Malah tak salah kalau aku katakan yang banyak lukisan-lukisan dia yang menginspirasikan aku untuk menghasilkan sesuatu (unfortunately ia tak berjaya). Salah satunya ialah gambar dia di bawah ni. 


Walaupun secara harafiahnya ia sekadar nampak macam lukisan seorang perempuan dalam frame dengan medium lukisan kat kiri kanan je tapi bagi aku lukisan dan gambar ni bagi aku satu 'rasa' lain. Rasa yang kalau aku jelaskan dengan kata-kata ia samada akan jadi cukup panjang sekaligus menjelaskan yang aku memang seorang yang gila. Hmmm.

So suatu hari ni entah macam mana aku jumpa satu gambar girl ni dalam google image (ketika aku cari gambar lain). Namanya Syatila Melvin. Katanya seorang pelakon tapi aku tak pernah nampak pun muka dia (sebabnya aku tak layan drama tempatan pun). Tapi gambar dia yang satu tu buat aku terus teringat lukisan Megat Eusofe 'girl in red kebaya' tu dan aku hasilkan versi aku sendiri. Dan hasilnya di bawah ni


(right klik-open link new tab untuk tengok saiz asal kalau klik terus tak berjaya)

Kalau dua kali tengok dah macam perempuan pakai kostum kimono pun ada gak kan? Plus lukisan Megat Eusofe ada ciri kelas dan sophisticated tapi versi aku dah macam ibu Susanti yang kerja spa kat Bali pulak kan? Hmmm..
















Dan disebabkan aku ialah seorang lelaki yang punya otak kuning sebab suka layan movie berwarna biru maka aku hasilkan versi 50 Shades of Grey pulak kat bawah ni. LOL


(right klik-open link new tab untuk tengok saiz asal kalau klik terus tak berjaya)













hmmm

Friday, March 7, 2014

Penonton TV Yang Tipikal

Korang pasti pernah dengar masa dulu-dulu kalau pelakon bawa watak jahat ni masa diaorang tengah jalani kehidupan normal kat luar then akan ada orang yang marah-marah, ludah, tumbuk, sepak terajang or paling dasyat: bagi nasihat supaya insaf. Menunjukan betapa dasyatnya lakonan watak jahat mereka yang sangat hidup. Then korang tengok drama or filem yang dimaksudkan tu dan akhirnya korang tak faham part mana yang hebat sangat tu. But still walaupun masa dah lama berubah, penonton berperangai sama masih wujud lagi hari ni. Hmmmm..


Tamat Jumaat tadi aku lepak kat rumah mak cik aku. Kebetulan kat TV3 ada Cerekarama. Cerita tu aku kelaskan sebagai cerita tipikal drama Melayu yang korang akan tahu apa akan berlaku seterusnya. Tipikal tahap macam mana? Perempuan Melayu yang miskin duduk kat kampung jatuh cinta dengan anak orang kaya tapi emak dia tak setuju but still diaorang kahwin gak. Kedian emak mertua yang jahat upah bekas awek si suami suruh ngurat si lelaki tu balik dan plan berjaya. Kedian emak mertua kemalangan, mata buta then doktor kata perlukan pembedahan dan cuba teka siapa yang sanggup korbankan mata tu? Siapa lagi kalau tak si menantu yang baik hati kononnya tu. LOL..!!


Tapi masalahnya reaksi mak cik-mak cik aku tengok drama tu seolah-olah itu ialah satu-satunya drama yang wujud di Malaysia dengan jalan cerita serupa. Dengan sumpah seranah pada kejahatan mak mertua dan kebodohan suami, then suruh si suami jangan terpedaya dengan pujuk rayu si bekas awek ar plus suruh si gadis naive tu jangna jadi baik sangat plus cakap padan muka pada emak mertua sebab buta etc. Seolah-olahnya kalau mak cik aku tu kata benda tu then jalan cerita tu akan berubah. Macam mode budak kecik tengok cerita Dora yang minta tolong kat kita suruh tentukan apa mereka perlu buat jer. 


Setiap kali adegan tu berlaku then aku akan tenangkan mak cik-mak cik aku dan kata "Sabar, mak cik. Diaorang tu berlakon jer. Dah pengarah suruh buat then diaorang buat ar.."


Dan diaorang akan ketawa dan kata diaorang tahu cuma terbawak-bawak je. Kemudian dia akan kata itulah suka sangat bawak watak jahat. Suka sangat nak kena sumpah seranah dek penonton. Last-last jadi macam arwah (tak nak sebut nama sebab dia dah meninggal). Selalu sangat berlakon watak jahat. Nanti mati kena makan sumpah.


Waktu tu otak aku akan terfikir betapa doa penonton Cerekarama di Malaysia sangat-sangat makbul. Jauh lebih makbul berbanding doa-doa orang di Palestin yang teraniyaya tu semua. Hmmm..













Teringat masa kegemilangan cerita Nur Kasih dulu. Semua puji Tiz Zaqyah tapi bila tengok dia dalam kehidupan sebenar then ramai penonton yang marah sebab watak dan diri sendiri tu bertentangan jauh. Duh, betapa rakyat kita ni memang tak tahu kerja pelakon ke? Hmmm

Friday, January 6, 2012

Dunia Tanpa Teknologi

Korang pasti pernah dengar orang kuar statement cam: Aku nak tutop account FACEBOOK aku sebab ia menjadikan hubungan aku ngan awek aku makin tegang, aku tak dapat fokus pada apa-apa pekerjaan yang aku buat, hal ehwal anak-anak dan suami aku makin terabai aka makan pakai mereka makin tak terjaga, social life aku makin hilang etc. Gosh, apasal manusia mudah sangat salahkan benda lain dan tak ngaku ia salah mereka sendiri? Hmmm..


My 6 years old niece dah ada account FACEBOOK. Dia dah tahu main game kat tenet ngan guna aplikasi-aplikasi lain dalam tenet. Kalau setakat nak guna YOUTUBE dah biasa sangat. Handphone emak dia dah jauh dia explore. Abang dia since dari umor 7 tahun dah ada handphone sendiri. Sekarang umor dah 10 tahun, dah banyak selok belok teknologi yang dia tahu. 

Kalau ingat-ingat balik pada usia sebaya dia dulu, aku masih main tangkap belalang belakang flat polis kami je. (Yap, aku tak tangkap belalang tu. Aku just tengok sebab nak tangkap sekor nyamok pon bukan maen susah inikan pulak belalang yang melompat jauh-jauh). Even first handphone aku dapat pun NOKIA 3315 yang sangat vintage sekarang ni. Itupun waktu aku umor 18 tahun as hadiah untok result SPM aku yang tak seberapa. 

As aku tengok anak buah aku yang besar tu hidup dia berkisar pada komputer-tv-komputer-tv jer. Kalau petang-petang kawan dia datang then baru main. Even kalau ada pilihan antara kawan dan komputer dia lebih refer pada komputer. It seems kekanak zaman sekarang tak ada masa nak perkembangkan bakat dalam diri selain dari menghabiskan sisa kanak-kanak mereka di depan kaca tv dan komputer.





Sebagai seorang lelaki yang zaman kanak-kanaknya tak ada teknologi canggih dan rancangan tv yang mostly berkisar hanya pada RTM1, TV3 dan Siri Pendidikan yang berulang-ulang cam Sang Kancil yang selalu bagi warn kat monyet "Jangan Monyet, cili tu pedas" but still monyet tu nak makan sehingga masa lebih dihabiskan ngan apa sahaja perkara cam baca buku, main-main ngan anak-anak jiran, quality time ngan parents dan adik beradik, lepak kat library ngan kekawan sama sekolah etc dan lebih penting ia memberi ruang untok aku mengeluarkan bakat aku dalam melukis.




Then ada masa terluang aku akan ambik kertas dan pencil then melukis dan melukis.





Sehingga wujud tempoh teknologi datang dan yap aku mulai menggunakan adobe photoshop dan game dan perisian-perisian lain yang menjadikan aku stuck 24/7 depan labtop dan internet dan bla bla bla..







Akibatnya lukisan ke mana dan alat-alat lukisan dah hilang. And recently aku check yang acrylic color aku dah keras tak dapat guna dah.









As not so wisdom word dari mat salleh ada kata yang to much porn akan menghapuskan imaginasi lelaki terhadap seks so as ketagihan teknologi juga mampu menghapuskan imaginasi manusia. But aku tak pernah salahkan teknologi sebab teknologi just a thing or a method. Semuanya bergantung pada siapa yang mengendalikannya.














So tadi aku ke bandar Kuching membeli warna acrylic baru ngan charcoal sticks yang aku tak pernah dan cuba nak try melukis balik. Hmmmm..










Plus tak lupa dalam gambar atas ni ialah karya terbaru aku guna paper clay dan aku warnakan guna acrylic. 1 thing about paper clay ni ialah ia more to paper rather than a clay.. Hmmm

Monday, July 4, 2011

Wardina Safiyyah PKR?

Semalam mak aku kata Wardina kena tahan polis sebab sokong perhimpunan BERSIH. Wow. Aku quite terkejut gak ar sebab emak kata fakta tu diambik dari Melodi. So nak tengok balik ulangan Melodi kat tenet tapi entah apsal line jadi slow plak. So search kat Google then keluar suggestion: Wardina Safiyah PKR plak. Hmmm..


So bukak ar beberapa link ni untuk dapatkan kepastian. Baca then baru faham itu rupanya yang berlaku. Kira leh terima ar. Cuma part yang tak leh terima bila ada beberapa bloggers yang aku tak pasti apa matlamat diaorang letakkan gambar Wardina masa belum bertudung dulu as main pictures. So dalam kenyataan video tu ada Wardina kata apsal mesti letak gambar dia masa belum berhijab dulu bila masok issue ni? Sedikit sebanyak memberi kesan kepada dia as Ibu, Isteri dan terutama as an individu yang dah mengamalkan cara hidup berbeza as before ar.

Aku as pembaca jugak rasa sakit hati. Just imagine kalu kita dulu life kita bebas ngan pakai baju kurang kain, terdedah sana kini, ambik gambar tepi kolam renang pakai bikini je tapi kedian bila kita dah berubah cara hidup kepada kehidupan yang lain suddenly beberapa tahun kembali gambar tu dikeluarkan balik dan dijadikan as issue plak.

Bila baca komen daripada pembaca lagi ar sakit hati. Ada yang guna ayat terlebih 18SG. Waktu tu ar nak ungkit balik apa yang orang pernah buat zaman jahiliah dulu. Ada yang suruh hantar balik Wardina ke Acheh (?). Ada yang guna maki-maki anggota badan wanita, guna ayat perempuan jalang etc





Korang gi LINK ni untuk baca sendiri.







Majoriti yang publish blog cam tu include yang kaki komen tu siapa?
Melayu yang beragama Islam. Membuatkan aku persoalkan: Ini ke agama korang ajar korang? Sumpah seranah, maki hamun etc ni? Once again kalau bukan Islam memang dah lama aku judge Islam ni agama terrorist, agama sukakan kekejaman, hasutan etc. 








































Teringat satu kisah tentang 2 orang lelaki: sorang ni mentakwakan seluruh hidup beribadah kepada Allah dan seorang lagi menghambakan diri dengan jalan maksiat. So 1 hari datang syaitan kepada lelaki yang bertakwa. So ditiupkan si syaitan dalam bentuk suara kepada lelaki tu: buatlah satu dosa then mohonkan keampunan sebab org yg pernah melakukan dosa then bertaubat akan lebih kuat taubatnya dan tuhan itu maha pengampun atas setiap apa dosa sekalipun. So lelaki beriman tu pun pergi berjumpa seorang perempuan, dirogolnya lalu disebabkan rasa takut lalu dibunuhnya perempuan tu. 

Manakala dalam masa yang sama lelaki yang kuat bermaksiat tu ditiupkan Nur untuk bertaubat. Dipendekkan cerita ketika lelaki yang beriman keluar dari rumah perempuan dibunuhnya itu, dia terjatuh tangga dan menimpa lelaki yang kuat bermaksiat tu maka matilah kedua-duanya. Maka pada hari pembalasan, si kuat berzina dimasukkan ke dalam syurga sebab dia sempat bertaubat manakala si beriman masuk ke neraka kerana mati dalam kekufuran.

Kesimpulannya, manusia ni diadili bukan atas siapa dia pernah jadi tapi pada penghujung perjalanan kita nanti. Dan jangan tanam niat hanya nak berubah last-last minit sebab kita tak tahu bila masa kita akan tamat nanti. Kan?

Thursday, June 16, 2011

Retorik Islam

Walaupun aku tak tahu makna retorik tapi sebab ia bunyi cam hebat jer so aku guna dan aku bagi soalan bonus:

Apakah ciri-ciri yang menjadikan sebuah cerita leh dilabelkan as cerita Islamik?
a) Bila heroinnya pakai tudung dan si lelaki plak pakai kopiah or serban ngan jangut sejemput?
b) Bila lokasi pengambaran dilakukan di Mekah, Madinah or other wordsnya negara pak Arab?
c) Bila pelakon-pelakonnya selalu guna hadis, terjemahan surah al-Quran or sunah-sunah as dialog?
d) Bila ia ditayangkan pada malam Jumaat pada slot yang dikhaskan untok rancangan islamik?


Bila episodes Nur Kasih menjadi kegilaan ramai rakyat Malaysia then tak lama pass tu keluar plak gambar-gambar Tiz Zakiah ngan aksi model Carlsberg beliau then makin ramai ar yang melatah tak tentu pasal mempersoalkan kewajaran pelakon tu. Ada yang kutuk, ada yang maki siap ada yang suruh Tiz Zakiah pakai tudung balik cam dalam series tu pulak pun ada jugak. Pelik.

Reaksi aku sangat hairan mempersoalkan either kita sekarang ni berada pada era 30-an dulu lagi ke bila Siput Sarawak bawak watak jahat then bila dia keluar pasti akan kena ludah oleh orang ramai sebab rasa dia adalah perempuan yang betul-betul mother fucker jahat. LOL. Realitinya masyarakat kita terlampau terbawak-bawak ngan keberkesanan lakonan mereka jadi mereka nak pelakon tu betul-betul sama cam lakonan mereka. Sedangkan ramai kita nak pelakon-pelakon jadi profesional tapi kita sendiri tak leh jadi profesional dalam bab-bab cam nih. Kita kena accept realiti bahawa lakonan itu ialah kerjaya mereka. So kalu kita minat kat pelakon tu it refer kita respect kerjaya dia dan kehidupan luar lakonan tu hak milik pelakon tu sendiri secara pribadi ar. 




Okey, aku dah start melencong.




Sejujurnya series Nur Kasih memang cerita yang best sebab pengarahan dia berjaya, pelakon dia berjaya, penghayatan watak berjaya, skrip dia cantik, cinematography dia cantik so gabungan tu semua menjadikan ia cerita yang berjaya.

Cuma aku tak leh terima beberapa perkara lagi ar cam after tamat jer cerita tu then berbaris-baris ar cerita yang bertemakan Islamik ni timbul. Aliff Firdaus ar, Ustaz Amirul ar dan banyak lagi ar. Pendek kata ada jer watak ustaz dalam mana-mana drama after that. Apa matlamat cerita ni semuanya? Nak memperkembangkan drama Islamik or nak mengikuti kejayaan series Nur Kasih? Plus Nur Kasih ni cerita Islamik ke? Hmmm...

Second tentang cerita Islamik mesti ada perempuan bertudung je ke? Sama cam bila Yuna muncul dalam industri muzik negara dulu ramai yang tak leh nak terima penampilan dia ngan tudung dia tu sebab previous singer bertudung cam Waheeda and Bienda (hmmmm) bawak tema Islamik ngan muzik unta padang paseeer. Bila artis dah bertudung then kena tukar jadi pengacara rancangan Islamik ar lagi sehingga ada sorang kawan aku yang non Muslim ni pasti akan tukar channel each time tengok girl bertudung sebab dalam mind set dia dan most of Malaysian kata: bertudung=Islamik.

Realitinya tudung bukan makna baiknya seseorang tu. Tapi thanks to Shiela Rusdy ngan kreativiti dia ngan suami yang buat drama yang menjadikan orang bertudung as sama je cam orang biasa. Ia leh jadi ibu mertua yang kejam, minah kuat mengumpat etc.












So apa cerita Islamik ni? Aku pun tak tahu sejujurnya. Tapi bagi aku cerita Islamik yang baik akan membawa penonton melihat dunia dari perspektifnya yang tersendiri. Sebab bagi aku dah tiba masa untuk kita sedar bahawa musuh sebenar bukan apa yang ada di luar tapi sebaliknya kelemahan yang ada dari dalam. 

Sama cam jatuhnya kerajaan Melaka dulu bukan disebabkan kuatnya serangan pihak Portugal tapi disebabkan pepecahan yang berlaku dalam kerajaan Melaka itu sendiri. Kalau korang tak faham moral values ni then percayalah yang aku sendiri pun tak tahu apa yang jari aku sedang taipkan sekarang ni. Hmmm..

Monday, May 2, 2011

Lurus

Soalan Bonus:
Apa perkara annoying selain dari tengok iklan shampoo di mana each time orang tanya either dia buat rawatan minyak panas dari saloon yang hyper mahal or dia anak orang kaya disebabkan rambutnya yang sangat lurus sehingga setiap kali ada angin kuat, bukak helmet or balak dia tertanggalkan sanggul rambut dia ketika jumpa bakal mak mertua tapi still rambut nampak okey lalu kemudian that girl kata "Saya guna shampoo jer..."

What the FUCK rite?


Aku dilahirkan dengan naturally rambut yang lurus. Bila aku katakan lurus then ia sangat-sangat lurus. Ia tak berombak sedikitpun. Makin panjang aku keep my hair grow then makin luruslah ia. Yaa aku bersyukur sebab masih mempunyai rambut ketika orang lain ada yang tak berambut. Tapi sejujurnya aku agak jeles ngan rambut sesapa yang kerinting cm rambut Razzy, Fendi or Aket aka orang-orang dipersekitaran aku yang lahir ngan rambut kerinting.









Pihak shampoo pulak sedaya upaya membentuk mind set manusia seluruh dunia bahawa rambut lurus adalah rambut yang cantik. So kalau girl nak cantik so mereka harus pakai shampoo jenama mereka untuk dapatkan rambut yang lurus. So orang cam Aket, my cousin cuba pakai banyak kali shampoo tu still tak lurus-lurus lagi rambut dia. Last-last dia gi saloon luruskan rambut kerintingnya yang cantik tu..

















Dan entah kenapa each time aku tengok girl walau muka cantik cam mana sekalipun kalu rambut diluruskan secara tak semula jadi then mereka nampak cam 'tak menyelerakan'...




















Dan aku gunting rambut aku yang used to like rambut noh hujan... Hmmm...



















Post ini didedikasikan kepada rambut kembang Razzy yang dah lama aku tak tengok kat TV3 melainkan kat iklan JOM HEBOH. Hmmmm

Monday, April 4, 2011

Reality

Kalau korang fikir post kali ni aku akan mencemar duli untuk buat khas bersempena Akademi Fantasi musim terakher yang dipengetuai oleh Amy Search plus WTF apsal Pak Nil dijemput as pengecara sekali lagi then aku akan balas balik kat korang sambil tengok korang sebelah mata sambil kata "Ya ya ya.. aku kuarkan post tentang Akademi Fantasia.." Huhuhu..


Realitinya aku bukan ikut sangat pun benda alah Akademi Fantasia ni pun. Aku cuma layan start season Hafiz jadi juara jer. Before that rumah belum ada ASTRO dan bila ada plak aku masih belajar kat UKM lagi. Teringat zaman U dulu every Saturday nite garenti kat kafe and foyer kolej akan penuh sebab kumpulan kipas susah mati AF dah awal-awal book seat. Aku pulak: tak peduli sedikit pun.

So akibatnya aku langsung tak kenal siapa-siapa artis lepasan AF ni. Then bila ada kekawan yang sibuk-sibuk cerita siapa akan menang then aku langsung tak masuk line mereka. Dan mereka pasti akan tanya aku "Aj, siapa ko fikir akan menang season ni nanti r?" dan sekali lagi aku tak haram dapat masuk line diaorang sikit pun. Kedian aku cari sorang geng susah mati AF ni dan aku tanya dia siapa yang berpotensi menang besar ngan cerita tambahan tentang celeb tu r so nanti-nanti ada gak r aku idea apa nak cerita.

Dan waktu tu pulak zaman Faizal yang menang dan oh What the fuck lelaki tu sangat menakutkan sewaktu bercakap, menyanyi yang langsung sepatah haram tak paham dan senyuman yang erk no komen..

Then bila dah tamat belajar jer baru suai kenal ngan benda bernama AF ni dan kebetulan season tu ramai yang hebat-hebat dan terutama si mamat rambut kembang Hafiz.



...



Last nite layan AF selang seli layan RED EYE kat TV2 dan drama kat TV3 yang titlenya ada nama Ahad. Entah apsal banyak part dalam AF malam tadi sangat meloyakan. Antaranya bab bila part tanya kenapa mereka nak jadi artis then ada yang jawab sebab nak bantu keluarga yang susah, then bila kata mereka akan dikeluarkan then menanggis bagai dunia nak kiamat jer esok plus ada sorang minah tu sempat merayu kata family dah gadai rumah and tanah semata-mata nak jadikan dia juara AF ni.

Membuatkan aku terfikir apa yang mulia sangat AF ni sampai emak bapak sangup gadai tanah semata-mata nak tengok anak mereka jadi artis rancangan realiti ni? Mulia sangat ker jadi artis ni?








Mungkin sepanjang mereka dalam rancangan realiti ni or mana-mana rancangan realiti sekalipun, detik macam realiti yang manis hanya tempoh dalam tu jer. Realiti sebenar apabila dah keluar kelak. Kalau korang dapat top 5 then peluang korang mungkin lebih cerah r. Mungkin dalam tempoh 2-3 tahun orang still leh ingat korang lagi r. Tapi what if korang terkeluar awal? Sebulan dua or nasib baek setahun orang dah leh lupa r muka korang. Korang berlakon jadi pelakon sampingan 2-3 drama satu tahun. Then korang nak tebus balik tanah and rumah yang dah digadaikan parents korang untuk undi korang tu ker?
















Dan dalam banyak-banyak rancangan realiti kat Malaysia ni dan dalam tempoh bertahun-tahun ia ada di Malaysia ni aku hanya pernah undi 2 kali jer: pertama kali untuk Dina in Malaysian Idol pada sesi separuh akhir dan Hafiz in AF pada konsert akher.. Hmmm.. So cuma belanja 1 ringgit jer.. Tak perlu gadai apa-apa..

Monday, March 28, 2011

Tudong

Ada satu hari tu aku gi hantar emak aku gu satu kenduri kahwin kat area kampung aku ni. Then on the way kami terlimpas sorang mak cik pakai tudung ngan baju kurung ni. Both aku dan emak aku tak kenal dia siapa. Tak mungkin outsider kot. Last-last bila balik kenduri emak aku bagitahu perempuan tu ialah nenek kawan aku: kawan iban aku yang beragama Kristian. Hairan gak kenapa dia pakai tudung. Jawapan dia: tudung are today trend. Hmmm...


Tudung used to be satu era orang kata: fikiran kolot, kampung, tak dapat cari rezeki, maniac agama, anti sosial etc. Ingat lagi era early 90's bukan main susah nak tengok selebriti pakai tudung. Bila ada pembaca berita TV3 pakai tudung masa baca berita then semua orang jadikannya issue. Sama gak bila Wardina Safiah choose to pakai tudung, ia jadi fenomena besar tapi tak lama lepas tu wujud plak era tudung Wardina, tudung Wahida, tudung Ekin, tudung angkasawan (haa?) etc yang stail ada yang sejuk mata memandang dan ada jugak yang berbelit mata memandang.

As time goes by most everywhere we go most Malay girl akan pakai tudung. Nak tak nak kita kena akui yang ia memang trend yang sedikit sebanyak ada bawak faedah kepada si pemakai. Cuma yang tak bestnya ialah ada yang pakai tudung tanpa tahu kenapa dia perlu pakai tudung. So akibatnya ada yang pakai tudung tapi guna singlet dan mini short, ada yang pakai tudung tapi 'puncak lurah dendam' nampak sebab nak tunjuk rantai emas yang tebal, ada yang pakai tudung- kulit badan memang tak nampak tapi baju ketat yang membuatkan bentuk badan memang sebijik cam undress sedikitpun dan etc lagi.

So as lelaki aku imagine apa agaknya sebab perempuan bertudung sekarang ni:

a) Sebab dah jadi isteri orang.
b) Sebab umur dah lanjut. 
c) Sebab bentuk muka nampak lebih kurus guna tudung
d) Sebab pulang dari Haji or Umrah
e) Sebab mimpi suroh pakai tudung
f) Sebab bad hair day all day
g) Sebab faktor pekerjaan yang bila pakai tudung nampak profesional
h) Sebab banyak tudung kat pasaran then kalu tak beli siapa lagi yang nak beli..
i) ....

















Aku no komen...

Monday, February 21, 2011

Anugerah Seri What?

Aku bukanlah seorang lelaki yang suka layan rancangan anugerah-anugerah ni. Sejujornya ia adalah antara rancangan yang cukup membosankan sebab just tengok artis-artis berlawan ngan pakaian yang paling mahal ngan stail tak lebih kurang cam Lady Gaga dan menerima hadiah yang mostly kita dah boleh jangka awal siapa pemenangnya. Hmmmm..


Last few day ada satu rancangan anugerah ni. Even aku tak tahu pun rancangannya ialah pada malam tu. Then bila ada family member yang tanya dan aku jawab mereka langsung cam tak pernah dengar pun tentang anugerah tu. So aku check google r tentang anugerah ni. Rrupanya ia dah ditayangkan since 1972 dan entah kenapa malam tu aku tengok (setengah jam sahaja sebab terpaksa sebab emak aku nak tengok gak) ia seems masih berada cam pada tahun 1972 dan tak berubah langsung. Ngan pentas, muzik tema, video cam erk jer.

Beberapa soalan jujor dari aku yang aku nak korang jawab ngan jujor:
1) Kalau korang diberi pilihan untuk bekerja di stations di Malaysia then korang pilih akan pilih:
a) RTM
b) Media Prima
c) ASTRO
d) So desperate nak kerja dan tak peduli apa-apa stations sekalipun

2) Kalau korang nak jadi artis realiti then program mana korang akan joins:
a) RTM: Bintang RTM, Pilih Kasih etc
b) Media Prima: One In A Millions, Malaysian Idol etc
c) ASTRO: Akademi Fantasi, Raja Lawak etc
d) So desperate nak popular dan tak peduli apa-apa stations sekalipun. 

3) Berita dari stations mana yang korang paling percayai?
a) RTM: (tak tahu nama berita)
b) Media Prima: Buletin Utama etc
c) ASTRO: Awani 7.45 etc
d) Tak peduli apa-apa stations pun



















So what ever jawapannya sekalipun aku yakin korang faham makna apa yang cuba aku sampaikan kali ni kan? Sebab matlamat tahun baru aku tak nak mengata sesapa lagi so that it. Hmmm.. Tak bestnya