Showing posts with label Sembahyang Jumaat. Show all posts
Showing posts with label Sembahyang Jumaat. Show all posts

Friday, March 7, 2014

Penonton TV Yang Tipikal

Korang pasti pernah dengar masa dulu-dulu kalau pelakon bawa watak jahat ni masa diaorang tengah jalani kehidupan normal kat luar then akan ada orang yang marah-marah, ludah, tumbuk, sepak terajang or paling dasyat: bagi nasihat supaya insaf. Menunjukan betapa dasyatnya lakonan watak jahat mereka yang sangat hidup. Then korang tengok drama or filem yang dimaksudkan tu dan akhirnya korang tak faham part mana yang hebat sangat tu. But still walaupun masa dah lama berubah, penonton berperangai sama masih wujud lagi hari ni. Hmmmm..


Tamat Jumaat tadi aku lepak kat rumah mak cik aku. Kebetulan kat TV3 ada Cerekarama. Cerita tu aku kelaskan sebagai cerita tipikal drama Melayu yang korang akan tahu apa akan berlaku seterusnya. Tipikal tahap macam mana? Perempuan Melayu yang miskin duduk kat kampung jatuh cinta dengan anak orang kaya tapi emak dia tak setuju but still diaorang kahwin gak. Kedian emak mertua yang jahat upah bekas awek si suami suruh ngurat si lelaki tu balik dan plan berjaya. Kedian emak mertua kemalangan, mata buta then doktor kata perlukan pembedahan dan cuba teka siapa yang sanggup korbankan mata tu? Siapa lagi kalau tak si menantu yang baik hati kononnya tu. LOL..!!


Tapi masalahnya reaksi mak cik-mak cik aku tengok drama tu seolah-olah itu ialah satu-satunya drama yang wujud di Malaysia dengan jalan cerita serupa. Dengan sumpah seranah pada kejahatan mak mertua dan kebodohan suami, then suruh si suami jangan terpedaya dengan pujuk rayu si bekas awek ar plus suruh si gadis naive tu jangna jadi baik sangat plus cakap padan muka pada emak mertua sebab buta etc. Seolah-olahnya kalau mak cik aku tu kata benda tu then jalan cerita tu akan berubah. Macam mode budak kecik tengok cerita Dora yang minta tolong kat kita suruh tentukan apa mereka perlu buat jer. 


Setiap kali adegan tu berlaku then aku akan tenangkan mak cik-mak cik aku dan kata "Sabar, mak cik. Diaorang tu berlakon jer. Dah pengarah suruh buat then diaorang buat ar.."


Dan diaorang akan ketawa dan kata diaorang tahu cuma terbawak-bawak je. Kemudian dia akan kata itulah suka sangat bawak watak jahat. Suka sangat nak kena sumpah seranah dek penonton. Last-last jadi macam arwah (tak nak sebut nama sebab dia dah meninggal). Selalu sangat berlakon watak jahat. Nanti mati kena makan sumpah.


Waktu tu otak aku akan terfikir betapa doa penonton Cerekarama di Malaysia sangat-sangat makbul. Jauh lebih makbul berbanding doa-doa orang di Palestin yang teraniyaya tu semua. Hmmm..













Teringat masa kegemilangan cerita Nur Kasih dulu. Semua puji Tiz Zaqyah tapi bila tengok dia dalam kehidupan sebenar then ramai penonton yang marah sebab watak dan diri sendiri tu bertentangan jauh. Duh, betapa rakyat kita ni memang tak tahu kerja pelakon ke? Hmmm

Friday, June 22, 2012

Men & Jelly

Kalau korang ialah sorang yang berfikiran kotor then bila aku kata girl and jelly then korang pasti akan tersenyum sesorang sambil jilat lidah. Aaargh, kotornya otak korang. Tapi what if kalu tajuk post aku ni bagitau men and jelly then agaknya adakah korang akan muntah or tak tahu what the fuck sebenarnya aku nak bagitahu nih. Hmmmm..


Aku ada sorang kawan lelaki ni ar. Dia ada satu bad habit di mana most of the time dia tak suka kawal sifat x senonoh pada diri dia. Dia lebih suka bebas jadi diri dia ar kononnya. Contoh dia kalau nak kentut then dia akan lepaskan cam tu jer. Ngan bau dan muka x bersalah slumber jer tu memang annoying ar. Plus muka dia kira leh kategori kacak ar gak then most of kawan kata mesti dia just buat benda tu depan kekawan jer dan depan awek dia sendiri tak. Tapi aku pernah jumpa awek dia dan awek dia kata: dia dah imun ngan bau kentut balak dia. Hampeh..

Back to story, satu hari ni habis solat Jumaat then kekawan ramai-ramai lepas dalam satu kelas ni ar so datang ar sorang kawan laki ni ngan pakai seluar baju Melayu ngan t-shirt. Dan tetiba si kawan bengong ni terus grab punggong laki tu. Kekawan lain terkejut beruk. Nak tahu apa explanation dia? Dia kata "Aku geram ar tengok punggong dia bergerak cam jelly jer..!!" Damn..









...








Setiap kali solat Jumaat antara benda yang selalu ganggu fokus aku ialah bila ada para lelaki yang pakai seluar baju Melayu jenis kain satin (satin kan berat dan jatuh lalu membentuk shape) ngan t-shirt. Bila mereka bergerak then ia akan memperlihatkan adegan Bay Watch versi dada transplants jello mello Pamela Anderson versi jatoh ke ponggong. 

Kedian bila mereka Ruku dan Sujud then satu lagi malapetaka berlaku. Nampak pulak garisan underwear mamat nih. Lagi ar mengharukan keadaan. Jujor cakap kalau girl kita leh layan lagi then baru tegur tapi ni lelaki. Suasananya menyakitkan mata memandang, sakit lagi bahu memikulnya.













Then teringat word kawan aku tu "Geram..." dan "Jelly....". Hmmmmm..

Friday, March 2, 2012

Reason Sembahyang Jumaat

Aku ada 1 soalan yang berbunyi: Apakah sebab sebenar seseorang pergi ke masjid pada hari Jumaat?


a) Untuk merehatkan mata aka tidur
b) Untuk melihat seni reka dan struktur bangunan masjid
c) Untuk bertemu rakan sebaya di samping berkongsi maklumat terkini
d) Untuk mengenalpasti warna dan rekaan baju Melayu yang sesuai untuk raya nanti
e) Untuk mengisi masa lapang sebab masa rehat pada hari Jumaat sangat panjang












or aku rasa sebab utama orang pergi ke masjid pada hari Jumaat ialah sebab datok dia dulu pernah dan selalu pergi  masjid pada Hari Jumaat dan bapak dia pulak selalu suroh pergi masjid hari Jumaat masa kecik-kecik so dia pun perlu pergi masjid gak pada Hari Jumaat supaya dia boleh suroh anak cucu dia jugak untuk pergi ke masjid pada hari Jumaat sebagai satu rutin tipikal generasi lelaki Melayu dalam keluarga tu. Hmmm..


Sebab bagi aku most of orang yang pergi ke masjid hari Jumaat sebenarnya tak tahu kenapa dia perlu berbuat begitu.It seem ia dah ada dalam otak diaorang bahawa setiap kali Jumaat perlu pergi masjid sama cam dalam otak bebudak kecik dah set bahawa setiap hari Sabtu mesti tengok NTV7 start dari jam 7 malam sebab ada Shin Chan dan kemudian Doraemon.

Dibuktikan bila setiap minggu ada je jenis manusia yang datang then terus gi kat dinding or tiang-tiang dan tidur dan bila start sembahyang-mereka sembahyang dan balik or ada yang datang imam baca khutbah mereka tertoleh kiri kanan atas bawah tengok masjid, tengok orang lalu lalang jer or ada gak yang datang untuk berbual-bual luar masjid cam nothing happens inside masjid tu dan hanya masok bila dah nak sembahyang. Dan tak terkecuali mereka-mereka yang datang pada masa dah nak start sembahyang dan masa imam bagi salam then mereka terus blah. Pendek kata mereka ni jenis paling akhir datang dan paling awal balik. 

Jadi apa matlamat sembahyang Jumaat ni sebenarnya? Sekadar nak buang masa dan habiskan minyak kereta jer ker? Sama cam orang-orang yang berpuasa pada bulan Ramadhan tapi tak tahu sebab sebenar mereka perlu berpuasa. So as 1 bulan berakhir apa yang mereka dapat hanya lapar dan dahaga (dan kalau bernasib baik then berat badan bertambah) sahaja.. Rugi kan?













So apa jawapan korang? Please kata korang pilih D as jawapan.

Tuesday, February 14, 2012

How a Muslim Murtad?

My 10 years old nephew baca buku cerita tentang Puteri Santubong-Puteri Sejinjang tentang 2 orang puteri kayangan yang di turunkan ke Bumi untuk menjaga negeri Sarawak. Dipendekkan cerita satu hari kedua-dua puteri ni bergaduh as nenek aku kata disebabkan oleh fakta both x boleh menerima hakikat bahawa yang sorang tu lebih cantik dari yang sorang lagi (meanwhile dalam buku sekarang kata bergaduh sebab berebut lelaki. Hmmm) sehingga last-last both disumpah menjadi Gunong Santubong dan Gunong Sejinjang (tak lupa Pulau Kera) sekaligus menjadi penjaga gunong-gunong lain di Sarawak.


Lastly my nephew buat kesimpulan bahawa cerita tun nonsense. Gosh siapa nak percaya pada puteri kayangan or gunong yang selama ni depan rumah kamiorang ialah seorang puteri yang disumpah? Lain ar kalau ada arkeologi buat cari gali then akan jumpa tulang yang maha besar menyerupai sorang perempuan bersimpuh then it will turn a bit logic gak ar. Buat aku ketawa sebab masa aku kecik dulu aku dan adik beradik bukan main percaya lagi cerita nenek kami tu. Hmmm..

....

Aku pernah cakap-cakap ngan kawan aku kata kalau dia bukan sorang Muslim or dia sekadar Muslim yang hanya pada nama jer then kalau aku kata ada sorang laki ni dia claim dia naik ke langit guna berkepala manusia dan berbadan kuda plus bersayap then dia gak kawen ngan perempuan yang umor 9 tahun bla bla bla then korang akan kata ngan pasti yang lelaki tu bawah pengaruh ganja etc dan seorang pedofilia aka fanatik seks ngan budak-budak bla bla bla.

Then kalau aku kata bahawa lelaki itu ialah Muhammad S.A.W aka Nabi utusan Allah then effectnya either saki baki Iman dalam diri korang yang tipis tu akan terlucut sepenuhnya or Iman korang akan bertambah kuat.

Korang masih ingat selepas peristiwa Isra dan Mikraj ketika Nabi Muhammad mengumpulkan orang Mekah dan kata bahawa dia baru sahaja naik ke langit ke-7 menaiki seekor Buraq dan pergi ke Masjidil Aqsa dalam tempoh 1 malam dan effectnya ada yang beragama Islam terus murtad sebab merasakan Muhammad adalah penipu tapi sebaliknya Abu Bakar dengan yakin berkata kepada semua bahawa dia percaya dan beriman kepada setiap apa yang dikatakan Nabi Muhammad.


...


Aku terbaca dalam novel American Gods by Neil Gaiman kata kalau Jesus benar-benar turun ke bumi dan berjalan kat jalan kaki di Amerika then percayalah most American tak akan buat apa-apa or tak peduli sedikitpun. Sebab mereka tak akan percaya bahawa that is the real Jesus sebab dah terlalu banyak Jesus look a like yang lain sebelum tu. 


...


1 thing about IMAN is not just only about trust jer or percaya sahaja tapi sebaliknya ia adalah tentang penyerahan diri sepenuhnya kepada apa yang kita percaya.




...




Islam ialah antara agama yang terbanyak bilangan penganutnya di dunia. Tapi antara banyaknya penganut Islam tu berapa banyak yang tahu cara sembahnyang? Dan antara yang tahu sembahyang tu pulak berapa banyak yang sembahyang? Dan dalam yang bersembahyang tu pulak ada berapa yang tahu kenapa dia sembahyang? Yap tak terlupa dalam banyak-banyak umat Islam satu dunia tu berapa ramai pula yang sekadar sembahyang seminggu sekali waktu Jumaat or sekali setahun masa sembahyang Raya Aidilfitri jer? 

Dan bila salah seorang dari mereka itu keluar dari Islam dan menyebar keburukan Islam: tentang lelaki yang berkhayal terbang ke angkasa dan mengahwini kanak-kanak perempuan berumur 9 tahun lalu semua penganut Islam yang hanya sembahyang seminggu sekali or setahun sekali itu pun mengamuk sana sini.








Sedangkan yang keluar itu sekadar Islam pada nama sahaja dan sembahyang entah ada sekali setahun dan tanpa tahu tujuan sebenar dia sembahyang. Hmmm

Wednesday, December 14, 2011

Tempat Jumpa Tuhan

Di negara-negara barat yang maju, agama adalah satu entiti yang cukup terasing dengan gaya hidup sehingga banyak rumah-rumah keagamaan terutamanya gereja ditinggalkan. Disebabkan ramai yang dah tak nak pergi lagi ke gereja-gereja ni so banyaklah gereja-gereja yang kosong di barat dan ia terpaksa dibangunkan semula untuk tujuan lain cam dijadikan, perpustakaan, muzium, kelab malam etc daripada dibiarkan kosong terus. 


Realitinya pun tak jauh beza jer ngan tempat kita. Walaupun Islam adalah agama rasmi dan Melayu tu antara majoriti utama tapi Islam hampir menjadi agama yang dipisahkan dengan cara hidup masyarakat. Tanya pada orang-orang Melayu sekarang ni then ada yang sembahyang setahun sekali jer masa hari raya Aidilfitri or ada yang just seminggu sekali jer yang datang masjid. Itu belum lagi masuk mereka yang bising-bising bila tau ada sausage yang guna usus babi, or tengok minah pakai tudung pegang babi etc lagi. 

Aku tak ar kata yang aku ni Islamic sangat. Kadang kala dalam 5 waktu tu pun ada gak yang termiss. Kalu jalan-jalan then ada masa memang tertinggal sebab itu ini. Tapi most of the time aku memang akan sedaya upaya nak gak mesti buat solat kalau dah masuk waktu. Kalau selagi tak buat then rasa dalam hati rasa gelisah jer. 





Bagi aku kalau fizikal kita perlukan makanan then rohani kita juga perlukan makanan gak. So it unfair kalau aku bagi fizikal aku terlebih makan tapi biarkan rohani aku lapar tanpa sebarang makanan ar. Tapi seperti mana aku ada bagi benda tak berkhasiat untok fizikal aku so aku ada masa gak terbagi benda yang tak berfaedah untok rohani aku.











...












Sebenarnya perkara aku nak share dalam post kali ni ialah tentang surau-surau terdapat kat Malaysia hari ni or lebih specifiknya yang terdapat dalam shopping-shopping complex hari ni. 

Yap, memang ar kita tak datang ke shopping complex nak sembahyang tapi sebaliknya nak shopping barang. Cuma secara kebetulan waktu tu dah masuk waktu solat dan korang plak jenis yang tak nak terlepas waktu solat then korang terpaksa gak cari surau dalam mall tu kan?Dan sejauh mana keadaan surau yang terdapat di mall-mall di Malaysia pada pandangan korang?

Aku tadi baru balik dari Sungai Wang Plaza dan aku nak perform Zohor so aku tanya ar kaunter pertanyaan situ. Dan setelah aku almost sesat nak carik tempat yang dia nyatakan then aku jumpa. Alhamdulillah keadaannya better ar dari tempat-tempat lain.

Sebab previous day before aku gi Central Market then waktu tu Asar 1/2 jam lagi nak tamat so aku ikut ar sign surau dalam tu then lastly aku dibawa ke satu tempat yang jauh dan terasing. Suraunya agak daif (walaupun ada feel nostalgic dan photogenic) dan berada pada ruang luar atas Cenral Market. 











Memanglah it not fair tapi at least biarlah ada usaha nak menjadikan surau yang bagi most of as tak penting tu kalau tak sama cantik at least cantiklah sama taraf ngan mall tu. Sebab as aku dengar dan baca ada mall yang cukup hebat di Malaysia ni tapi jadikan ruang bawah tangga as surau. Then apa pandangan orang bukan Islam or pelancong Islam dari negara luar terhadap negara yang bertunjangkan Islam ni?















Tapi it better punya surau daif tapi masih dikunjungi daripada masjid cantik berjuta-juta ringgit tapi kosong kan?

Sunday, January 23, 2011

Breaking Da Rule

Kekawan yang kenal aku akan judge aku either as seorang yang sangat patuh dengan peraturan or seorang yang sangat tak suka ikut peraturan. It seems kalau dalam 1 institusi tu ada banyak peraturan then aku akan patuh ngan certain peraturan dan akan langgar the rest of it. Then akan ada yang kuar statement yg sering aku kuarkan: peraturan yang dicipta adalah untuk dilanggar. Kan..? Hmmm..


Korang mesti pernah berada kat mana-mana tempat yang ada peraturan yang sangat pelik dan tak masuk akal. Sehingga korang tak leh jumpa rasional kenapa peraturan cam tu boleh wujud. Ada peraturan tu memang quite pelik tapi ada matlamat disebaliknya tapi ada peraturan memang tak ada matlamat langsung. Contoh cam kat negara barat ada peraturan cam boleh pukul isteri tapi tak boleh melebihi sekali sebulan, tak boleh pelihara buaya dalam bathtub, dilarang mengambil gambar beruang sedang tidur etc.

Post kali ni tak ada kaitan pun nak menceritakan penuh detail tentang what ever peraturan pelik-pelik yang ada diseluruh dunia tu cuma nak kembali share pada realiti yang sebenarnya wujud gak peraturan pelik-pelik dalam keadaan sedar tak sedar korang ada disekeliling korang.

Korang pasti tahu issue yang berlaku baru-baru ni kat satu negeri tu bila ada certain golongan masyarakat nak request jangan laungkan Azan guna speaker untuk sembahyang Subuh atas alasan ia terlalu bising dan menganggu masyarakat yang nak tidur. Realitinya banyak dah berlaku di negara-negara luar sana even negara yang majoriti Islam dan di bawah kepimpinan Islam pun menghalang laungan Azan atas alasan nak jaga keharmonian hidup bermasyarakat bersama penganut agama lain.

Teringat zaman Universiti dulu ada sorang jiran Cina ni dia sangat-sangat tak suka bila part ada Azan ni. Dia selalu membebel ngan aku kata Azan akan menganggu tidur pagi dan tidur petang dia. Ada satu hari tu dia tanya aku apa fungsi Azan ni? Then aku jawab r untuk menyeru masyarakat Islam ke arah kejayaan dan mengerjakan solat. Then secara intelektualnya dia menjawab "Lu orang Islam dah tahu lu punya waktu sembahyang kan then kenapa mesti bising-bising mau ingatkan haa?"

Selamat r apek tu bukan 'the believer' kalau tak mesti aku dah lempang se-das tembakan. So dengan senyuman aku jawab "Manusia ni fitrahnya pelupa then mesti diingatkan selalu..." dan dengan segeranya dia menjawab balik "Kalau tak bising-bising ini kamu orang Islam ni tak akan ingat sembahyang ka?" Ada betul gak apa dia maksudkan. Tak kan perlu Azan jer baru kita ingat nak sembahyang sebab agak ramai yang dalam IC tulis status ISLAM tapi masih lepak-lepak makan kat cafe, main bola, tengok TV etc. So Azan yang kuat tu tak bagi effect pada korang pun sebaliknya hanya pada yang non Muslim jer: kebisingan.





Kembali pada cerita asal: Aku bekerja dalam persekitaran masa ialah sesuatu yang tersangat bernilai. So kami ditetapkan ngan berapa jam bekerja, berapa jam rehat dan minit-minit yang selebihnya: toilet 5 minit yang had sehari cuma 30 minit, tulis report sekitar 2 minit, etc dan kalau lebih masa akan ada surat kaunseling menunggu. So last month report keluar menunjukan yang aku antara paling tinggi terlebih masa. Bila fikir-fikir balik aku  masuk kerja on time, rehat keluar-masuk balik on time, aku tak ambik rehat toilet, then rupa-rupanya ia dikira dari masa sembahyang aku. 

Masa had sembahyang untuk lelaki ialah 5 minit. Aku perlu turun tangga 3 tingkat, ambik wudhu, sembahyang, naik balik tangga 3 tingkat dan ia lebih dari 5 minit. Dan mostly setiap kali aku masuk balik office then garenti akan tengok Operation Manager kuar dari bilik dia (mostly dia hanya akan keluar bila ada orang yang terlebih guna masa r) dan pergi jumpa team leader aku. Ttiba last Friday kuar 1 peraturan baru: sesiapa beragama Islam yang nak bersembahyang perlu pelaporkan diri ngan orang-orang tertentu untuk setkan masa sembahyang mereka. 

Aku sedaya upaya fikir kalau aku tak guna rehat toilet then aku leh guna lebih masa nak sembahyang tetapi tak boleh rupanya. Entah apsal tetiba aku merasakan sedang berada di Palestin jer apabila hanya dengan kebenaran rejim Zionis sahaja masyarakat Islam di sana dibenarkan sembahyang. Itupun penuh dengan peraturan-peraturan yang hyper ketat baru leh lepas. 



















Percaya r most of the time aku langgar peraturan tertentu sebab peraturan tu tak masuk akal. 












Tapi keseluruhannya aku langgar peraturan sebab peraturan tu membosankan aku. Hmmm..

Sunday, October 3, 2010

As Freak As Schmucks

Ikut teori PSIKOLOGI, it is normal untuk satu individu menandakan satu ruang khas dalam satu tempat as 'ruang selamat' untuk mereka. Contoh masa korang kuliah universiti dulu-dulu, korang akan duduk kat satu seat tu boleh kata sepanjang tempoh korang belajar kat situ. It seems korang dah menandakan seat tu as seat khas ko. But ttiba satu hari sorang budak lain duduk situ then ko terpaksa dudok seat lain. Akibatnya korang akan rasa gelisah, tak dapat fokus dan seribu satu feel yang tak best lagi. Dont worry. Korang bukan FREAK hanya kerana korang rasa cam tu. It is normal (as psikologi yang kata).


Nilaikan situasi di bawah then katakan yang aku betul untuk berfikir sedemikian.

Dia: Aku lebih cenderung untuk berada di sebelah kanan in most event. Waktu belajar dulu pun duduk kat sebelah kanan dewan kuliah.

Aku: Sama r. Aku kalau sembahyang Jumaat kat Jamek pun duduk sebelah kanan de...

Dia: Sebelah kanan, depan, dekat dengan tiang. (jawab ngan selamba)

Aku: Ha? (hairan)

Dia: Aku tahu sebab aku sembahyang betul-betul di belakang ko setiap minggu. .!! 

Aku: (start rasa FREAK) Hei aku cam kenal r perempuan tu (try mengalih cerita.. wakaka)



Aku rasa FREAK semacam sebab:
Wei, dia selama ni di belakang aku, setiap minggu tapi tak pernah sekali pun dia try nak tegur aku. It still okey sebab orang pergi masjid untuk beribadah bukan untuk berbual-bual. But still ia rasa agak pelik bila ada someone yang dikenali duduk secara bersembunyi (aka kita tak tahu kwujudan mereka) dan dia berada dibelakang kita setiap minggu. Then timbul soalan cam penuh curiga 'Apa yang dia buat belakang aku selama ni? Apa yang dia lihat pada aku dari belakang ni?' Hmmm..


Walaupun aku yakin dia bukan GAY dan tak akan terfikir untuk buat 'something bad' to me (lurusnya aku). And even kalu dia dare untuk berfikir 'something kotor' kat rumah tuhan then memang terlaknat r dia. Cuma aku agak kurang selesa bila ia melibatkan lelaki. Yaa.. that FREAK..!!

I know it sound stupid apabila ada seorang lelaki boleh fobia (tak r sampai tahap tu) bila ada lelaki yang aku kurang kenal then cuba rapatkan badan ngan aku or mengesel-geselkan diri ngan aku. Ingat lagi last year ada satu event tu, ada r beberapa orang lelaki tu ngan ttiba jer terus peluk aku. Aku terus bertukar jadi patung cendana: jadi kayu ngan dalam hati sangat... hanya tuhan sahaja r yang tahu. Sama gak kalu ko (lelaki r) try jalan pegang bahu aku then korang tengok r betapa leher aku akan bertukar jadi leher kura-kura.. wakaka...




Then korang pun tanya ngan ayat super duper jahat "Aj, ko musti pernah kena liwat lelaki and that why r ko fobia ngan lelaki..!!" What The Fuck..!!!







Dan untuk kawan yang aku maksudkan di atas tadi, andai ko terbaca then aku nak ko please jangan pergi tempat lain. Just stay situ sampai bila-bila. Ia masih 'tempat selamat' aku dan akan kekal malah jadi jauh lebih selamat apabila ada kau kat situ. Sebab aku yakin pada ko. Yakin 200%. Sekurang-kurangnya aku akan rasa jauh lebih selamat apabila aku tahu yang ko akan sentiasa ada di belakang aku sama ada aku sedar ataupun tak either di masjid ni or kat mana-mana sekalipun.. Hmmm...













And even aku tak kisah kalu ko pilih untuk tikam aku dari belakang. Sekurang-kurangnya ia dari engkau, bukan dari orang lain yang aku tak kenal..

Wednesday, August 25, 2010

Lim Guan Eng & Sembahyang Jumaat

Recently heboh gak kat media massa tentang issue LIM GUAN ENG (selain issue bapak yang gila penggal kepala anak) pasal nama dia mengantikan AGONG dalam bacaan doa masa SEMAYANG JUMAAT. So ini komen aku...


Issunya sama cam issue ada orang ambik video MALAIKAT landing atas KAABAH. So korang2 yang taksud lalu ngan bangga kata inilah MALAIKAT sebenar2nya pasal ia landing kat tempat suci umat ISLAM. So korang sebar2 r video ni kat FACEBOOK dan makin bertambah r kkawan korang yang taksub ngan benda ni. 

Realitinya aku jadi hairan either korang ni buat2 buduh or korang memang extra buduh baghral dalam bab2 berfikir guna otak. MALAIKAT umat ISLAM dicipta dari cahaya dan ia adalah makhluk ghaib. So ia bergerak ngan kelajuan cahaya dan ia x akan nampak oleh mata manusia yang zahirnya dicipta dari tanah. And even digambarkan kalu JIBRAIL bukak separuh kepak dia then gelaplah bumi betapa mengambarkan betapa besarnya makhluk MALAIKAT ni. Plus yang menambahkan keBENGONGan aku ialah cam ne manusia2 yang taksub ni leh yakin sangat bahawa 'kamera buatan manusia' ngan senang2 jer leh rakam makhluk ghaib ALLAH tu?

Kedian bila korang tahu yang video tu diedit oleh sorang NON-MUSLIM then korang ngan taksub plak nak tuduh itu ini. Korang kata ia cara mereka nak KAFIRkan korang. Dey tambey, yang korang awal2 taksub x tentu pasal awal2 dulu tanpa fikir panjang bwat apa? Nak salahkan orang plak. Salahkan diri sendiri r yang x guna otak berfikir.

So kesimpulan dalam bab ni ialah korang kena beriman ngan MALAIKAT tanpa perlu taksub nak tahu cam ne rupa zahir dia sebab ISLAM suruh kita beriman aka yakin kepada antara benda2 ghaib cam ni. Betulkan aku kalu aku salah.












Then bab LIM GUAN ENG plak. Korang taksub2 sangat nak pi kutuk and salahkan dia bwat apa? Dia bukannya ISLAM pun then dia bukannya tahu hukum hakam ISLAM. Kalu dia nak letak nama dia ganti AGONG pun bukan salah dia pun. Kalu korang nak cari someone untuk disalahkan untuk pastikan parti politik tertentu lebih nampak ISLAMIK then salahkan r orang2 ISLAM yang jadi penasihat dia or salahkan r IMAM yang baca khutbah JUMAAT tu. Sebab mereka2 ni r yang jauh lebih tahu yang masa HAK dan yang mana BATIL. Kan?


Or kalu nak tengok in sudut yang lebih kecilnya cam aku ngan kkawan NON-MUSLIM aku. They keep asking me sampai bila aku nak puasa pasal x boleh lepak2 makan or tenggok wayang as usual tapi aku keep saying ini ialah tanggungjawab aku as an ISLAM tapi ada gak kkawan ISLAM yang laen tanpa segan silu makan lunch ngan mereka. So korang nak salahkan kkawan NON-MUSLIM aku atas alasan mempengaruhi kawan ISLAM aku suroh ponteng puasa or korang patut blame kawan MUSLIM aku yang x kuat pegangan agamanya?





Plus x salah pun rasanya untuk umat ISLAM nak doakan kesejahteraan yang bukan ISLAM kan? Dalam doa aku after sembahyang aku keep mengharapkan ALLAH agar sentiasa memberi kesejahteraan and iman kepada semua kkawan aku either yang ISLAM or not. 









So may be dengan doa2 yang diameenkan ini akan leh bwat LIM GUAN ENG lebih terbuka dan menerima ISLAM ngan ikhlas. Dan untuk parti2 politik tertentu ni (either KERAJAAN or PEMBANGKANG) please r jangan guna issue agama as korang punya reason untuk menarik pengaruh pengundi. Al maklum masyarakat kita ni cukup taksub bila masuk hal agama. BABI haram tapi ARAK dan RIBA boleh plak. Kan?

Sunday, August 8, 2010

Re-Schedule RAMADHAN

RAMADHAN ialah bulan yang paling aku nanti2kan dalam tempoh setahun. Betapa kedatangan RAMADHAN dah start terasa 2 bulan sebelum RAMADHAN lagi bwat aku try nak puasa sunat sepanjang REJAB & SYA'BAN. Sekarang it just around the corner. Sebab RAMADHAN ialah bulan mulia umat ISLAM yang dijanjikan oleh ALLAH SWT ngan banyak PAHALA yang melimpah ruah. So sangat rugi bagi orang yang x merebut peluang ni dan sangat terkutuk bagi orang yang rasa RAMADHAN ialah bulan yang membebankan. Hmmmm..


It seems everything seperti dah dirancang.Tuhan meletakkan aku pada 1 perancangan yang aku sendiri x tahu endingnya. Cukup pasti aku berjalan pada laluan yang dah ditentukan olehNya. Banyak events2 tersirat yang seterusnya membawa aku lebih dekat kepadaNya. Mungkin Dia telah memberikan aku Nur Hidayah disebalik segala2nya. Mahukan aku duduk lebih erat di sisiNya. Mahu aku sedar bahawa Dia sentiasa dekat pada aku. Malah ngan hidup as penanggur sekarang ni aku boleh fokus lebih kepada Dia.

Dan berikut ialah plan and janji2 aku pada diri untuk memastikan bahawa RAMADHAN kali ni x kan berakher ngan kegagalan sebaliknya akan jadi permulaan RAMADHAN yang paling berjaya dalam hidup aku. InsyaALLAH..

1. No more outing, happy hour, movie-nite, lepak2, quality time at Mc-D or what ever nama seangkatan sekalipun yang digunakan untuk keluar malam lagi. Yap, I did promised to some fellow friends akan berbukak puasa sesama but lepas makan sikit semayang MAGHRIB dulu baru sambong makan. Hmmmm...

2. No more smoking, blue-ing or what ever gejala kurang sihat yang berakhir ngan -ing. Ya..ya..ya... including masturbating, dildo-ing, fucking, licking, cumming, deep throat-ing in car, public toilet or bla bla blaa..
.
3. Each nite after MAGHRIB then baca YAASIN sehingga ISYAK guna masa untok tamatkan pembacaan AL-QURAN sepanjang RAMADHAN ni.

4. Semayang 5 waktu jangan perlambat2kan. Banyakkan solat sunat gak.

5. Meninggalkan larangan or perkara yang boleh membawa kepada kurangnya pahala puasa dan mengamalkan perkara sunat yang boleh menambahkan pahala puasa.







Tak nak r janji banyak2 tapi last2 x menjadi. So korang itu ini tolong bagi bantuan ek..!! Aku sangat2 wishing RAMADHAN ni akan jadi sangat2 berjaya. Wassalamu






p/s: Based on pengalaman RAMADHAN silam, biasanya sepanjang bulan ni aku akan cepat MOODY n tahap KESABARAN aku sangat tipis then jangan carik pasal ngan aku r. Antara perkara yang paling bwat aku sakit hati ialah bila korang maen lagu RAYA pasal it seems korang sangat2 x sabar RAMADHAN ni nak berakher. Sedangkan aku wishing sesanggat agar RAMADHAN ni akan kekal sepanjang tahun. Hmmm

Wednesday, July 14, 2010

Raya?

Kalu aku kuar post pasal RAYA seawal ni then pasti akan ada yang kuar statement "Wei Aj dah x sabar nak sambut RAYA r even puasa pon lom start lagi" kata mereka sambil ketawa besar dan aku plak tengah check either masih ada peluru lagi x dalam pistol cabok aku pasal aku nak bwat pembunuhan jarak dekat secara sengaja.. Hmmm...


Orang yang kenal aku pasti tahu bahawasanya aku bukanlah antara makhluk Tuhan yang tak sukakan Raya or apa2 events sekalipun. Pasal bagi aku ia sama sahaja ngan hari2 biasa. Cuma hari tu orang pakai cantik2, kemas rumah hebat2 dan makan makanan yang x ada pada hari biasa. Even realitinya dah 2 tahun aku x ada baju RAYA baru dan x terfikirpun nak ada untok tahun ni. 

Plus RAYA gak adalah satu moment sedih pasal berakhernya tempoh sebulan RAMADHAN. Aku x tahu kenapa moment ni sangat sedih.Then teringat last year punya KHUTBAH JUMAAT masa bulan RAMADHAN lepas. The Imam asked "What if kita x buat betol2 RAMADHAN tahun ni dan kita x sempat lagi berjumpa the next RAMADHAN? Betapa banyak kerugian yang telah kita bazirkan"  May be sebab RAMADHAN ialah bulan yang dianugerahkan oleh Tuhan penoh ngan rahmat untuk kita  ngan mudah untuk dapat pahala. Bwat apa2 benda baek then pahalanya berlipat kali ganda berbanding pada hari2 biasa. Then sangat rugi kalu kita x buat apa2 (or worst thing: bwat dosa) sepanjang RAMADHAN.

Rugi aku kata pasal kalu korang gi mana2 or even tengok kat TV or RADIO sekarang ni then garenti dah ada banyak iklan RAYA yang kuar. Wei, hari ni baru 2nd day of SYAABAN. Tapi iklan RAYA dah kuar cam esok lusa nak RAYA. Jualan sana sini ngan harga murah terlampau. Apa matlamat di sini? Nak bagitahu bahawa SYAWAL adalah matlamat sebenar dan bukannya RAMADHAN? Wei, SYAWAL adalah hari kemenangan untuk mereka yang berjaya menempuhi dugaan sebulan di RAMADHAN r. Duh..!! 

So akibatnya ada r sorang jiran aku ni: puasa cuma 2-3 hari jer kedian haram x bwat lagi. Alasan nak siapkan kuih2 raya, nak persiapan jahit langsir, baju etc. Plus ada je alasan x dapat berpuasa. Sakit itu ini r tapi persiapan raya awal dah ready. Mak aku tegor pun dia IMUN jer. Nak bwat cam ner. Dia dah tua pon. Dah jadi emak orang pon. Then anak2 dia pun ikot r dan cucu2 dia dan generasi seterusnya.. Hmmmm...



Terfikir balik, kenapa x ada plak nak promosi suroh bwat PUASA SUNAT sebagai persediaan menghadapi puasa sebenar aka RAMADHAN? Or untok akak2 dan mak cik2 yang x mampu penuhi puasa last year supaya ganti puasa diaorang pasal kurang 4 minggu lagi nak RAMADHAN. Mana boleh puasa x diganti ni? Tahu ke x hukum hakamnya? Plus mana leh guna fatwa sendiri bab ni wahai KAUM HAWA sekalian..

Terbaca 1 blog last night bila bulan RAMADHAN kat USA orang ISLAM sana terpaksa bayar USD300 semalam untok sewa ruang kat KUIL JEWS ORTODOKS semata2 nak dapat pahala jemaah TARAWIH sesama. Kita sini plak berhabis duit untok beli barang RAYA jer. Sama ke nilainya? Lu fikir sendiri r..





Aku kuar post ni sekadar untuk saling memperingati diri aku sendiri r. Bukan tujuan untok kuar KHUTBAH syok sendiri r.



Plus RAYA ni pasti x meriah lagi pasal geng yang selalu keluar jalan2 ada yang dah KAHWIN, yang kerja jaoh2 etc. Hmmmm

Saturday, July 10, 2010

Jumaat

Ari ni tadi aku Semayang JUMAAT cam biasa kat Masjid Jamek Kuching. Sebab perkara yang aku nak share ni dah jadi cam rutin masyarakat kita yang x biasa berlaku tapi x ada yang try ambik peduli. So bagi sesapa yang beragama ISLAM (tanpa mengira bangsa) yang boleh paham setiap apa yang aku tulis ni.., please r DO SOMETHING WITH IT..!!


1. PAKAIAN
Bwat para2 kaum ADAM ni pasti dah paham sangat pakaian yang biasa orang pakai masa semayang JUMAAT r kan. Bwat kaum HAWA plak korang tengok little/big bro korang, bapak korang, balak korang or paling koman bukak jer RTM1 ari JUMAAT jam 1 cam tu garenti korang leh tengok gak tema2 pakaian diaorang. Memang r x ada sunnah pon kata wajib guna BAJU MELAYU ngan SONGKET  ker untok semayangkan. Aku pon mostly just pakai kemeja and jeans yang x ketat. Then paling hangit bila ada 'orang kampung' punya statement kuar x boleh sembahyang kalu x pakai SONGKOK. Pulok.. Ajaran WAHABI ke ni?

Tapi based on pemerhatian aku ni r ada makhluk2 tertentu ni sangat2 jadikan ruang semayang JUMAAT ni tempat melaram. Pasal ada part korang leh tengok r cam band2 indie tengah bwat show plak. Hei, itu macam NOH HUJAN, hei itu SAM BUNKFACE, hei itu FAIZAL TAHIR etc. Ngan rambut tutop mata r, rambot blond, then ada style terpacak and even ada g ngan spec RAYBAN hitam. Panas sangat ker dalam masjid ni kalu berbanding panas akhirat kelak. Hmmmm...

Then ada gak mamat2 yang pakai baju CAP AYAM yang tulis pelik2 cam SAYA SAYANG MAK SAYA or AWEK AWAK SAYANG SAYA etc. Pakai T-shirt plak tahap SS or baby T then pakai seluar Baju Melayu. Dah r kain Baju Melayu ni jenis satin or lembut so adegan BAYWATCH yang kurang senang r mata yang memandang pon berlaku. Then teringat kata kawan ni: each time dia tengok lelaki pakai seluar Baju Melayu then dia pasti akan teringat JELLY. Kemudan bila rukuk plak ngan baju saiz mini tu nampak r underwear mereka ni. Ada SPONGEBOB, ada jenama SCUBA (?) or paling nasib baek korang leh nampak plak lurah2 cam hmmmm.. Pepaham jer r...


2. KHUTBAH
Aku sejujornya ialah seorang yang sangat suka layan khutbah. Tapi mostlynya aku akan terganggu oleh certain2 even yang kalu leh teringin aku nak tegor tapi sepatah jer ayat kuar dari mulot aku then x da fungsi JUMAAT aku ari tu plak. Yang pertama ni jenis bapak yang sangat sayangkan anak2 mereka. Aku x paham kenapa r dalam banyak2 masa 24/7/365 ni dia still nak bergurau2 ngan berjenaka ngan anak2 mereka masa imam tengah berkhutbah. 

Then golongan belia plak tengah lepak2 kat luar masjid tengah bincang2 issue dunia. Macam hal dalam masjid ngan luar masjid tu 2 dunia yang berbeza plak. Kedian dah start sembahyang baru terhegeh2 nak masok masjid. Heran aku. Tak ambik kelas PENDIDIKAN AGAMA ISLAM masa sekolah dulu ke bang? Dah khutbah tu salah satu rukun dalam Sembayang JUMAAT r. Kalu setakat nak semayang 2 rakaat tu jer apa  maknanya r? Hmmmm...



3. SEMBAHYANG
Then masa sembayang ni lagi pening. Bapak2 budak ni ada yang main lepas jer anak sesukati. Ada yang berlari2 ngan menjerit2 dalam masjid. Then yang bawak anak umor 4-5 tahun sembahyang sama saf baris2 depan ni apa kes bro? Memang r niat ko tulus suci tapi kalu kat rumah ko x semayang then anak ko apa cerita?

Kedian ada plak pak cik2 jenis yang baca surah kuat2. Dia hentam rukuk, sujud dan semuanya ngan nada kuat. Sehingga aku punya fokus bacaan sangat2 lari. Encik ni pasti jenis yang x belajar pasal bacaan dia jaoh  kuat dari bacaan iman (pasal aku sebelah dia)








PENUTUP
Then pasti akan tanya "Apsal ko x tegor je diaorang, AJ?"  Aku ni kira dah selemah2 manusia. Memang ada masa aku tegor yang leh aku tegor tapi mostly aku x kuat untok betolkan semua orang. Aku pon bukannya perfect gak dalam hal agama ni. Solat 5 waktu pon ada masa terlepas gak. Lom leh lagi nak dapat title IMAM MUDA. Cuma saling berpesan2 dan memperingati satu sama laen dan still cuba membetolkan diri sendiri gak... So fikir2kan dan selamat beramal