Showing posts with label Hmmm. Show all posts
Showing posts with label Hmmm. Show all posts

Saturday, September 26, 2015

Nasib Malang Seorang Pelakon Watak Sampingan

Imagine satu hari, kau bangun awal dan dalam keadaan separa mengantuk kau terpaksa gak mandi air sejuk, sarapan saki baki makanan kau beli kat pasar malam tadi yang tak habis, pakai balik kemeja sama yang kau dah pakai selang dua hari lepas, naik kereta pergi ke tempat kerja dan macam hari-hari yang lain pagi tu kau terperangkap dalam jam teruk, dengar DJ radio membebel dengan pilihan lagu yang entah apa-apa entah dan tiba-tiba kau rasa ada beberapa siri hentakkan yang kuat. Kau tengok orang kat luar menjerit dan berlari lintang pukang. Kau keluar dari kereta dan tengok rerupanya ada seekor raksaksa besar dan Ultraman sedang bergaduh. Dan tak lama lepas tu bangunan sebelah kereta kau mulai condong dan menghempap kau. Kau mati. Tamat imaginasi.


Aku ada satu perangai apabila tengok filem atau drama then aku akan terfikir dan seterusnya bersimpati kepada watak-watak kecil dalam cerita tu. Yap, bayaran mereka sangat ciput plus nyawa mereka pun langsung tak ada makna. Contohnya macam dalam cerita James Bond, Mission Impossible or cerita ada tembak menembak then anak-anak buah penjahat ni sekali tembak oleh hero je terus KO. Sedangkan hero dan ketua penjahat punya ar liat nak mati. Beratus-ratus peluru ditembak guna senjata secanggih mana dengan jarak sedekat mana sekalipun tak ada satu yang akan terkena kat diaorang. Hmmm..

Aku selalu terfikir yang anak-anak buah penjahat tu sebenarnya bukannya jahat manapun. Diaorang hanya pekerja kolar biru yang jadi mangsa keadaan je. Aku imagine diaorang tu mesti pelajaran tak setinggi mana, nak kerja ofis tak ada pengalaman or paling komen tak kenal orang dalam, ekonomi negara pulak susah, pemimpin korup, GST buat barang naik sana sini (macam pernah dengar je kes ni kan?), kos sara hidup makin tinggi, anak yang bersekolah ada 2 orang, isteri dah memboyot dan bila-bila masa lahir pulak anak ketiga bla-bla-bla. So jumpa sorang kawan sepermainan masa kecik dulu offer kerja bodyguard jaga boss or jaga gudang, kerja 8 jam sehari, 6 hari seminggu siap boleh buat overtime dengan gaji double lagi. Daripada jual maruah jadi amature porn star so dia terima tawaran tu. Kemudian tiba-tiba hero datang, sekali tembak terus mati katak. Nak claim insurans tak lepas. So apa nasib anak bini diaorang?


Or kau tengok cerita Ultraman. Setiap kali gaduh je mesti buat kat tengah kawasan bandar yang berkepadatan tinggi. Setiap episode pulak tu. Agaknya dah berapa banyak bangunan musnah dan nyawa terkorban setiap kali Ultraman bergaduh? Nak tak nak kerajaan Jepun terpaksa gak buat bangunan baru tinggi-tinggi then gaduh so roboh lagi. Macam dah tak ada tempat lain bergaduh. Tak boleh ke buat kat dalam hutan, padang pasir ke? Still orang Jepun nak agung-agungkan Ultramen anggap dia hero. Sedangkan kalau kau tengok trailer Batman vs Superman then orang kat Metropolis buat demo besar-besaran dengan sepanduk suruh Superman berambus keluar dari situ dan even siap masuk mahkamah suruh ganti balik kemusnahan bandar dan nyawa penduduk yang tak bersalah terkorban dalam perlawanan dia ngan Zod as in Man of Steel dulu. Dasar makhluk asing tanpa izin tak sedar diri. Datang bumi cari gaduh je memanjang. Hmmm









Then kau ketawa seraya berkata "Aj, releks ar bro. Diaorang berlakon je ar tu. Semuanya effect CGI ar.." lalu aku tersenyum balik dengan senyuman seindah suria sambil mengangkat jari tengah aku.










Seriusly, tolong kata korang pun pernah fikir benda yang sama macam aku gak setiap kali layan drama or movie untuk memastikan yang aku bukan satu-satunya manusia pelik yang ada di atas muka bumi ni. Ha ha ha

Monday, February 3, 2014

Cikgu Dulu vs Cikgu Sekarang

Korang pernah tak tengok parents yang marah-marah bila tengok kat berita kes ibu bapa yang saman cikgu sebab hukum anak mereka dan bila anak diaorang sendiri kena hukum cikgu diaorang kat sekolah then merekalah orang pertama yang datang serang sekolah dan nak saman semua cikgu kat sekolah tu. Ooor korang ialah salah seorang daripada parents yang aku maksudkan tu..?LOL aka tolol..!!

Kalau korang tanya pendapat aku siapa yang bersalah then aku salahkan ketiga-tiga mereka: Parents, anak dan cikgu. Hmmm..


Aku ingat cerita emak aku sekolah dulu ada parents memang bagi khas dengan cikgu sebatang rotan dan siap suruh cikgu pukul anak mereka lagi. Zaman aku of coz laa tak ada dengar cerita macam tu tapi aku tak pernah nak report kat parents pun apa yang cikgu dah buat pada aku (macam pelik je bunyi 'apa cikgu dah buat pada aku'). Memanglah aku bukan budak nakal kat sekolah tapi kalau setakat kena rotan kat tangan dan punggong tu biasa ar dah namanya pelajar ada je sebab yang memang patut kena sebat pun. Even kalau aku ringan mulut nak bagitahu pun pasti aku akan kena bising kat rumah. Bukannya nak menyebelahi kita malah leh buat siaran ulangan untuk keberapa kali entah kes zaman diaorang sekolah dulu yang jauh lebih advance. Lagipun dah salah aku pun kot kan?

Tapi seriusly sepanjang berbelas tahun belajar di bangku sekolah hanya ada beberapa orang cikgu je yang aku respect sebagai cikgu. Selebihnya hanya seorang lelaki yang tak diterima untuk berkerja kat tempat lain dan terpaksa jadi cikgu, seorang perempuan yang setiap tahun mengandung dan banyak masa diambil dengan cuti bersalin, seorang perempuan yang ada masalah rumahtangga dan melepaskan rasa tak puas hatinya pada pelajar, sepasang suami isteri yang aku tak tahu apa yang mereka 'buat' kat rumah sehingga setiap hari diaorang nampak letih je memanjang dan bla bla bla. 

Akibatnya korang pasti pernah jumpa cikgu yang setiap kali masuk kelas sekadar duduk kat kerusi dia, suruh kita bukak buku dan pilih sorang demi sorang student baca perengan demi perengan plus sangat enjoy hukum pelajar or cikgu yang masuk untuk kurang 5 minit dalam kelas itupun semata-mata nak bagitahu yang dia ada urusan lain dan suruh korang ulangkaji sendiri dan jangan buat bising or cikgu yang setiap hari dia datang kelas semata-mata untuk membebel benda yang sama berulang-ulang kali tentang tak puas hatinya pada semua perkara or cikgu yang sangat bersemangat untuk mengajar tapi teknik pengajaran dia sangat-sangat membosankan. Hmmm..



But still dalam berpuluh-puluh cikgu yang kureng tu still masih ada cikgu yang layak untuk diberi tabik spring yang aku boleh kira dengan sebelah tangan. Paling aku bagi respect ialah pada cikgu Hazani Mahadi. Dia ialah jenis cikgu yang setiap kali dia masuk kelas then kita akan berpura-pura jadi orang lain semata-mata tak nak dia kesan kesalahan yang kita dah buat. Dan dia ialah cikgu yang kita akan cukup-cukup benci sebab dia tak nak jadi macam cikgu-cikgu biasa. Cikgu-cikgu biasa ialah cikgu yang mudah lentur dengan trick tipikal pelajar. Kita semua pernah jadi pelajar dan kita sendiri pasti pernah buat trick tu yang akhirnya membuatkan cikgu tu terpaksa akur dan terima je. Tapi dia lain ar. 

Aku tak tahu entah apsal masa form 6 sikap memberontak aku tu membuak-buak sangat. May be sebab aku masuk form 6 bukan sebab nak belajar dan dalam masa yang sama aku malas untuk kerja. Dia menjadikan tempoh singkat dua tahun tu sebagai masa yang cukup 'menarik' buat aku. Sebabnya? Dia tak fall dengan trick tipikal pelajar tu dan dia..., seorang cikgu yang hebat. Ada satu kem motivasi wajib untuk budak upper six dan aku tak nak pergi. Aku bagi surat dari parent konon bagi support ar tapi dia tak makan saman then dia panggil bapak aku ke sekolah. Bapak aku termakan pujuk rayu tu but still depan-depan kelas aku kata yang aku tak akan pergi. Kedian dia buat private session ngan aku dan ia tegang dan penuh emosi but still aku kata yang aku tak akan pergi. Even ada sorang cikgu Pengajian Am tu siap ugut kata sesapa yang tak pergi kem tu tak akan boleh masuk kelas dia lagi (merujuk pada aku ar tu sebenarnya) sehingga beberapa hari before kem cikgu Hazani ni datang pada aku masa tugas pagi dan tanya baik-baik but still aku reject dan akibatnya aku satu-satunya yang tak pergi kem tu. Wakaka..

Sama macam bila dia paksa seluruh kelas pergi ceramah motivasi Dr Syukri Abdullah dan sekali lagi aku sorang je yang tak nak. Aku sangat yakin yang aku hanya akan membazirkan masa aku di situ sebab aku percaya yang aku tak akan dapat motivasi hanya dengan pergi ke ceramah motivasi. Kemudian dia guna alasan sekolah dah kuar banyak duit untuk jemput penceramah ni jadi aku kata yang aku akan bayar yuran tu tapi aku tak akan datang. Aku tak pasti apa ugutan dia sehingga menjadikan aku terpaksa datang gak ke ceramah tu. Dan bila dia tengok aku pagi tu dia tersenyum puas tapi lepas minum pagi tu aku terus berambus. Esoknya datang sekolah beberapa orang budak kelas kata yang aku akan kena teruk sebab semalam dia asyik cari aku je. Tapi bila dia masuk kelas dia buat tak layan aku je. Kira main psiko ar. Tapi lepas tu dia masih lagi terus menyusahkan hidup aku.





Seriusly cikgu macam tu ar yang kita semua perlukan. Bukan setakat cikgu yang masuk pagi pulang petang dan ambik gaji setiap hujung bulan or cikgu hasil lambakkan siswazah yang terpaksa jadi cikgu hanya sebab dia tak berpotensi untuk diterima di tempat lain. Sejujurnya sebab cikgu Hazani yang muncul pada 2 tahun terakhir persekolahan aku lah menjadikan aku respect pada institusi perguruan, menjadikan aku ambik subjek linguistik di universiti dan aku sendiri pernah jadi cikgu dan terpaksa meletakkan jawatan sebab aku rasa aku tak layak untuk pegang jawatan mulia tu. Kalau andai kata aku tak jumpa cikgu Hazani dalam hidup aku maka aku ialah salah seorang dari mereka yang support tindakan saman ibu bapa tu.

Even aku cukup yakin yang parents yang nak saman cikgu tu ialah pada waktu sekolah dulu mereka ialah pelajar-pelajar yang tak berkesempatan untuk jumpa seorang cikgu yang benar-benar berperanan sebagai seorang cikgu. Sebaliknya mereka hanya berjumpa dengan cikgu-cikgu biasa yang hanya tahu mengandung dan menghukum pelajar je dan mereka percaya yang hukuman tu telah menjadikan mereka berada dalam keadaan yang menyedihkan seperti sekarang ni. Hmmmm..

Saturday, June 1, 2013

KIL a Movie Review

Tahun ini merupakan tahun yang aku cukup banyak layan filem Melayu di pawagam (tolak masa aku kerja cinema dulu ar) dan 'banyak' untuk definisi aku tu merujuk kepada 3 buah filem dalam tempoh 6 bulan pertama tahun ini. Even kalau ikut perancangan aku akan layan 2 buah lagi filem Melayu di pawagam tahun ini kelak. Hmmmm..


Trailer filem ni dah keluar agak lama. Ia menarik perhatian aku sebab cinematografi dan jalan ceritanya totally berbeza dengan filem-filem Melayu yang tipikal. Tapi bila ia tak ada ura-ura nak keluar then aku fikir mesti sebab jalan cerita nak bunuh diri tu agak taboo dalam masyarakat kita so tayangannya digam or etc ar. Dan bila ada tarikh tepat nak keluar so aku happy ar.

Sinopsis:
Kil seorang lelaki yang nak bunuh diri. Dia dah ada beberapa perancangan yang ditulis pada buku nota dan papan hitam di dinding rumahnya tapi each plan tu gagal disebabkan dia tak berani. So one day ni dia terjumpa satu notis yang bagi tahu satu company bernama Life Action Bureau (LAB) menawarkan service untuk mereka yang nak bunuh diri. Selepas dia register then dia terjumpa ngan sorang girl yang akhirnya dia suka tapi masalahnya orang dari LAB tu dah start hunting dia. Hmmm..


Cerita ni berjalan dengan nada monotonous dan mendatar yang bersesuaian dengan emosi down pada filem ni. Tapi masalahnya emosi cerita ini tak stabil ar. Kil nak bunuh diri sebab kemurungan setelah emak dan adik dia mati disebabkan dia (ikut satu blog ni kata jalan cerita tu dah diubah. Sepatutnya emak dan adik dia bunuh diri gak so bawak dia cenderung untuk buat benda yang sama tapi LPF tak bagi lepas), dia anti sosial dan menyendiri kat tempat kerja dan social life dia sangat teruk tapi dia boleh berjenaka dan ramah dengan budak sekolah yang nak bunuh diri sebab lepas break up dan ngan girl yang dia stalk.

Itu belum masuk part lakonan Christina Suzanne dan Redza Minhat yang ada masa macam "Erk.. apa sedang berlaku ini..?" Emosi pelakon ada masanya tak sampai ar menjadikan emosi yang dibawak tu tak berjaya sangat ar. Watak mak cik India ngan Juliana Evans serta Hasnul Rahmat tu macam tak perlu kot. Then ada beberapa watak yang macam patung cendana tengah bercakap macam mak cik yang duduk rumah lama Kil dan wartawan hiburan tu oooh sangat macam budak sekolah dibagi skrip untuk berlakon. Ada 2 scene ni aku perasan yang kamera tu bergetar secara tak sengaja sama ada ditiup angin or oleh komuter yang bergerak. 

The great part pulak ialah disebabkan cerita ni bergerak diluar tipikal cerita tempatan yang asyik-asyik hantu, bohsia, gangster, rempit. Kalau tengok dari awal tu buat aku teringat tentang filem dan komik Jepun yang dark di mana orang yang nak bunuh diri tu gi satu biro rahsia dibawah naungan kerajaan yang akan membunuh orang yang tak berani bunuh diri. Tapi sayang sebab kita ni Malaysia dan kita tak menyokong aktiviti membunuh diri so ending cerita ini terpaksa ditukar menjadi happily ever after dan it look and sound so lame tahap cam tengok cerita Razak Mohidin je pulak.

But still kita akan berterusan tengok filem ni tanpa terdetik nak keluar dan menyelinap masuk ke hall lain disebabkan oleh Christina Suzanne yang cantik, Redza Minhat yang hot dan gandingan mereka berdua sangat comel tahap gwiyomi. Hmmm..

















Next tunggu keluar filem Hanyut lak. hmmm

Wednesday, May 15, 2013

Warm Bodies A Book Review

Bagaimana korang mendefinisikan sebuah cerita sebagai idea yang bijak? Adakah apabila ia sebuah idea baru yang totally complicated macam filem Inception atau sekadar sebuah idea biasa-biasa tapi dihasilkan dari persepsi yang berbeza...? 


Pada tahun 2013 ni zombie ialah satu idea yang boleh katakan terlalu biasa. Sama tahap cam cerita vampire yang jatuh cinta dengan manusia yang berbelah bahagi cinta dengan seekor werewolf. Start dari zombie yang bodoh bodoh cam dalam Zombi Kampung Pisang sehinggalah zombie tahap melampau cam dalam Resident Evil or next World War Z. Dari novel kepada drama menjadi filem. Semuanya zombie. So macam mana nak develop idea baru tentang zombie..?

Zombie yang jatuh cinta dengan seorang girl dan akhirnya kembali jadi manusia balik. Idea oleh Isaac Marion dalam Warm Bodies.

Then korang tanya 'Ni bukan filem keluar tahun ni tadi ke..?" Yap, tapi aku tak tengok pon movie tu kat wayang lagi. Rasanya sebab ia keluar agak lambat berbanding dengan masa tayangan di US. Plus aku yakin ada banyak scene yang akan kena potong so tak berbaloi ar tengok cinema cam tu. So aku pilih untuk tunggu sampai ia keluar versi gambar cantek dan download dan leh tengok banyak kali.

Orang kata kalau filem yang diadabtasi dari novel ni biasanya versi novel tu memang best ar. Ternyata bila dah baca memang novel ni best sebab ideanya yang segar dengan jalan cerita yang ringan dan penuh humor. Idea yang segar sebab kita tak pernah lagi dihidangkan dengan cerita dari sudut seorang zombie yang sebenarnya mengalami konflik personal, masalah keluarga dan kawan-kawan. Selalunya kita hanya tahu susah hidup jadi manusia yang minority sebab zombie sangat banyak. Pernah tak kita dengar rungutan seorang bapak zombie yang susah nak cari makanan untuk anak-anak zombie disebabkan oleh populasi manusia yang semakin terhapus sepenuhnya..? Hmmm..

Ringan bagi aku sebab ia tak ada konflik yang perlu buat kau fikir dalam-dalam sehingga kau pening kepala etc. Ia tak macam Inception yang penuh dengan konsep gah dan kau perlu fikir macam-macam cam hero tu sebenarnya dah kembali ke dunia sebenar ke still terperangkap dalam alam mimpi etc. Baca buku ni totally cam air mengalir tanpa halangan. Sedar tak sedar kau dah habis pun baca keseluruhan buku. 

Jenaka pulak sebab ia memang diceritakan dalam keadaan tak serius. Contoh cam kau pernah terfikir tak macam mana zombie nak have a seks ngan another zombie or macam mana dengan majlis kawen zombie diadakan? Or apa perbendaharaan kata zombie selain 'Brain..!!'?


Sinopsis:
Seorang zombie yang bernama R berkawan dengan zombie yang tak banyak cakap bernama M dan kawen dengan zombie perempuan yang dia jumpa kat elevator Airport dan punya 2 anak zombie. Satu hari semasa menyerang group of manusia then si R ni tergamam dengan sorang girl manusia. Dan itulah moment bermula semuanya.Dan sedetik demi sedetik dia menjadi lebih manusia.










Kesimpulannya Warm Bodies ialah satu bahan bacaan ringan yang menghiburkan. Wajib beli..? Naaa.. cukup ar setakat kalau kawan kau dah beli then pinjam ar tapi kalau kau ada extra duit dan tak tahu nak buat apa then aku cadangkan bagi duit tu kat aku. Wakaka

Tuesday, March 5, 2013

Aku Dah Tak Melukis Lagi

Aku ada beberapa pantang larang dalam bab melukis ni. Antaranya aku tak leh melukis dalam tekanan. Antara perkara yang leh membuatkan aku tertekan masa melukis ialah bila orang upah aku yang nak potret diaorang, lukis muka girl yang cantik pada mata aku dan lukis orang yang aku 'suka'. Sebab tu aku dah jarang ambik upah melukis, aku jarang melukis potret perempuan dan aku tak lukis orang yang aku suka. Tekanan utamanya ialah bila hasilnya tak sama dengan diri mereka sebenar. Hmmm..


Sebab biasanya aku melukis aku tak bagi apa-apa expectation akhir pada lukisan tu. Aku main lukis jer. Cincai-cincai jer. So tekanan langsung tak ada dan hasilnya selalu menjadi. Dan bila faktor tekanan tu berlaku so aku dah set dalam otak yang lukisan tu harus perfect. Harus 99.9% sama ngan gambar asal. Walaupun aku sedaya upaya untuk releks tapi aku tak akan berjaya ar. So akibatnya aku akan buat secara berhati-hati. Salah sikit padam. Salah sikit padam. Sedangkan pada lukisan biasa aku mana pernah tahu lokasi benda nama pemadam ni. Tapi situasi sebaliknya berlaku dalam keadaan aku stress melukis. Hmmm..




...




Lukisan terakhir aku bertarikh 23 January. Since tak lama lepas tu there something happen pada aku. Aku jadi anggau. Aku rasa aku suka kat seseorang ni. So aku start melukis muka dia. Hasilnya aku tak puas hati so aku buang. Aku ambik kertas lain lagi dan hasilnya pun lebih kurang. Beberapa keping kertas aku lukis dan semuanya aku buang. 








Kemudian aku ambik masa beberapa hari cool down. Then ambik kertas dan nak lukis potret orang lain tapi aku x dapat. Hati aku nak lukis muka dia jer. Dan anggau aku makin menggila.













Hasilnya sampai sekarang aku dah tak melukis lagi. Hmmm

Monday, March 4, 2013

Tajuk..?

Aku ada satu habit. Sebelum aku nak tulis satu post kat blog ni then perkara pertama yang aku fikirkan ialah tajuk. Selagi aku tak ada tajuk yang aku rasa sesuai or aku suka then selagi tu aku tak akan selesa menulis. Ia akan buat aku resah gelisah tak tentu pasal. Entah apsal aku cukup merasakan yang tajuk tu satu elemen yang cukup penting dalam penulisan. Ia seperti nama pada manusia. Kalau kita baru dapat anak then tak kan ar kita nak bagi nama anak sesukahati kan? Sebab nama tu akan represent si anak secara keseluruhan. Hmmm..


Waktu aku belajar dulu, satu cerpen aku dipublish kat sebuah majalah Dewan Bahasa. Pensyarah kelas elektif aku aka seorang penulis gak: Dr Mawar Shafei sangat happy bila dia dapat tahu aku aka pelajar kelas elektif dia (yang bukan dari program Kesusasteraan Bahasa Melayu dia sendiri) leh publish cerpen under Dewan Bahasa tapi dia jadi marah bila aku bagitahu yang tajuk cerpen tu ditukar oleh editor tanpa pengetahuan aku.

Dr Mawar kata penulis ada ego dia sendiri yang wajib dipertahankan. Walaupun editor ada kuasa nak tukar apa-apa tapi dia kena bagitahu penulis gak tentang pertukaran tu. Sebab dia sendiri pernah alami situasi yang sama masa awal penulisan dia dulu. 







Tajuk yang aku pilih untuk cerpen tu ialah Lari Dan Sembunyi. Cuba teka apa tajuk yang dipilih oleh editor? Dia pilih tajuk Kakiku. Seriously..?Hmmm..










Pagi tadi aku terima sms dari owner publisher ni. Dia bagitahu yang manuskrip aku dulu diterima dan kalau tak ada aral melintang nanti tengah tahun ar publish. Walaupun lambat still aku bersyukur ar. Cuma part yang tak bestnya dia kata yang tajuk pilihan aku terpaksa ditolak dan digantikan ngan tajuk yang lebih sesuai. A bit sedih gak ar. Sebab ia ambik masa yang cukup lama untuk aku pilih tajuk tu then baru aku mulai menulis idea cerita. Tajuk yang bakal diganti tu belum dia bagitahu lagi tapi at least dia bagitahu gak ar kan? 










Hmmm

Tuesday, February 26, 2013

Budak Dirogol Anjing

Aku terjumpa satu lawak ni. Please rujuk gambar ar. Kalau kau tak dapat nak load gambar tu or gambar tu tak jelas then aku bagitau balik ar. Jared ni keluarkan satu soalan: My dog raped me am I pregnant? I was alone in my room and my dog humped my leg and spermed on it and I am a 9 years old boy and I dont want puppies. Dan ada satu jawapan dari Just Me balas: He spermed on your leg? Yeah, you're pregnant. I am nurse. Dan diskusi tu mendapat 4 votes. Hmmm..


Kau pernah baca news tak tentang sorang local girl ni tetiba mengandung sbab dia pakai pad tuala wanita terpakai yang dia tak tahu ada air mani tikus kat situ menjadikan ramai orang cuak or minah yang tonton porn in 3D dan mengandung dan anaknya sebijik cam muka pelakon dalam film tu menjadikan si suami yang baru balik dari perang kat Iraq selama bertahun-tahun terus nak saman penerbit porn tu. 









Korang mungkin leh ketawa besar tapi percayalah yang ada orang kat luar sana yang menganggap benda tu cukup serius. Orang tu ngan berpeluh-peluh simpati pada nasib budak umur 9 tahun yang mengandungkan anak anjing or girl yang mengandungkan anak tikus or isteri yang mengandung sebab menonton porn 3D. Membuatkan kau sangat berhati-hati pada musim haiwan mengawan dan tak nak anjing or kucing kat rumah kau menjadikan anak kecil kau as mangsa atau kau tak nak anak gadis kau yang baru masuk dara pakai tuala wanita terpakai or kau terus tak nak tengok porn takut tetiba kau leh mengandung ngan anak muka sebijik cam porn actor tu etc.














Kita tak perlu belajar tinggi-tinggi untuk menjadi pandai tapi jangan sesekali jadikan alasan yang diri kita tu bodoh hanya sebab kita tak belajar tinggi. Sebab aku pernah jumpa orang yang pandai walau tak belajar tinggi dan aku pernah jumpa orang belajar tinggi tapi bodoh. Cuma jangan sesekali jadi orang bodoh yang tak belajar tinggi.

Monday, February 11, 2013

Timid Book Review

Soalan: Apa ciri-ciri terawal untuk kau before beli sebuah buku? Adakah:
a) Populariti jualan buku tu membuatkan kau curious nak tahu betapa hebat lak kandungannya.
b) Authornya yang kau memang sediakala minat.
c) Review yang kau baca kat internet promote kata buku tu sangat best dibaca.
d) Sinopsis tertulis kat belakang buku tu cam sangat menarik lak.
e) Muka surat pertama dalam buku tu bila kau baca cam buat kau yakin: this is the one.
f) Cover muka depan buku yang buat kau cinta pandang pertama.
g) Gerak hati kau kata buku tu sangat sesuai untok kau.
h) Kau pejam mata, buat satu pusingan dan tunjok satu buku. Bukak mata dan bayar kat kaunter. Hmmm..


Orang kata: Dont judge a book by it cover. tapi aku tak suka guna teori tu. Cover ialah antara ciri-ciri penting untuk sebuah buku. Ia bagi mood tertentu kepada pembaca. Contoh cam kalau novel seram dan covernya lak ada gambar sebuah rumah usang so sedikit sebanyak ia akan bagi bantuan imaginasi untuk otak ko kata "Ooo aku leh imagine ar ada budak kena sembelih kat rumah ni.." etc or walaupun ada masa cover cam tu leh membunuh mood membaca sorang yang berimaginasi tinggi. Tapi nak tak nak kita kena akui gak yang cover sangat penting untuk sebuah buku. Hmmm..


...


Tamat buku Dari Tanjung Malim Ke KLCC tempohari aku terus gi Times Bookstore nak grab dua lagi buku. Ada beberapa local independence book yang jadi target aku (sebab last time datang tak dapat nak borong semua) tapi bila sampai buku-buku tu dah tak ada lagi. So aku cari ar buku-buku lain. Then sampai satu part ni aku ternampak satu buku yang gila hodoh. Dalam hati aku membebel kata "Haaa ini ar buku tempatan kita. Nak tak nak jer buat cover. Dah cam logo kemerdekaan negara tahun lepas jer. Cover buku ni kalau aku bagi kat anak buah aku yang umor 5 tahun tu then dia pasti leh buat jauh lebih baik. Ini tak. Cam just guna microsoft word jer nak design. Cam mana nak tarik pembaca ni..."

Tapi untuk berlaku adil so aku baca dulu first page. Aku tergamam. Aku pilih satu lagi buku dan aku bayar kat kaunter. Hari yang sama gak aku tengok Hussin, Mon & Jin Pakai Toncet tapi sebab aku datang awal kat mall tu so aku lepak STARBUCKS. Ngan Soy Green Tea dan rokok, aku baca novel Timid by A.B. Hashim ni. Aku enchanted untuk satu ketika. Sedar tak sedar dah almost separuh aku baca. Bagi aku A.B. Hashim ni mencipta ayat yang cukup cantik untuk menggambarkan sesuatu. Paling aku terpesona bila dia menggambarkan Beth ngan senyumannya. Hmmm..


Sinopsis cerita ni:
Putus cinta-mabok-have a sex with stranger-mabok-seks lagi-mabok- sex with other girl-mabok-seks lagi-menang loteri- mabok-seks lagi-mabok- seks ngan another girl-mabok-seks ngan girl pertama-mabok-seks ngan hooker-mabok-seks lagi dan lagi-menang loteri lagi-mabok dan lagi dan lagi dan seks sekali. Hmmm..

Kau tanya "Betol ker apa kau tulis ni, Aj..? Cam melewah-lewah jer.." Yap, cerita ni penuh ngan adegan seks dan mabok jer. Plus it sound cam ganas dan kasar ar tapi A.B. Hashim ni dia menceritakan semuanya ngan keindahan ar.





The not great part about this book ialah cerita ni tak ada klimaks. Segala apa yang berlaku dalam cerita ni bermula ngan baik dan berakhir ngan baik gak. Tak ada part emak bapak si Beth yang kaya menghalang cinta anaknya ngan lelaki selalu mabok yang tak ada kerja tetap or kekasih gelap Angus tu datang balik ke or paling tak Beth tangkap Angus have a seks ngan perempuan lain lalu kerat Angus punya penis ke. Tak ada. Novel ni lebih cam tengok video klip Taylor Swift yang bermula dan berakhir ngan comel. Hmmm..

Walaupun cerita ni tak ada klimaks tapi sedikitpun ia tak akan buat kita memberontak. Mungkin sebab banyak sangat adegan seks yang dijelaskan ngan penuh terperinci ngan scene-scene sekitar sekali. Dan kalau ko ialah seorang lelaki yang berimaginasi tinggi then oops tengok dah ada precum. Hmmm..










Keseluruhannya aku syak yang Lejen Press ni jumpa satu novel best dan dia koyak covernya dan ganti ngan cover ni. Wakaka. Tapi as Wani Ardy kata: Kau ingat kalau aku ceraikan isi buku ngan kulit luarnya, dan aku jual, mana yang lebih mahal? Kau nak beli kulit? Kan..? Plus kalau ko jenis yang tak nak membiarkan otak kau suci dan kekal suci then jangan beli buku ni. Ia tak membantu. Or jangan baca buku ni masa puasa then sia-sia je pahala kau hilang nanti. Wakaka.. Yang pasti aku akan beli buku A.B. Hashim yang lain lagi lepas ni. Hmmm..

Tuesday, February 5, 2013

Laksa

Aku cukup cerewet bab makanan. Kalau korang makan luar ngan aku then once makanan tu dah masuk mulut aku then korang pasti akan dengar aku buat review penuh tentang makanan tu. Mostly bab negatif ar cam: kurang pedas, kurang manis, kurang masam, sejuk, tawar, manis sangat, sikit sangat, harga mahal or kalau makanan tu dah perfect then customer service teruk, kedai kotor, parking susah. Membuatkan aku refer untuk makan kat Mc D jer sebab mana-mana outlet rasa makanan tu sama jer. Hmmm..


Pendek terus kepada cerita. Aku tak suka laksa. Tak kira Laksa Penang, Laksa Johor, Laksa Kedah tetap aku tak suka. Mostly aku tak suka sebab mee putih yang besar tu puncanya. Apa namanya eh..? Sebab bila benda alah tu dicampur ngan kuah laksa tu terasa cam tak bercampur. It seem like aku sedang menelan 2 entiti yang berbeza. Mee laksa tu sejuk. Kuah laksa lak panas. Memang tak menjadi ar.

Then Laksa Sarawak pun aku tak suka gak. Sebab apa? Sebab ia tak guna Mee laksa tu sebaliknya just guna mee hoon jer. Kalau ia guna mee laksa pun aku tak pasti akan suka gak. Wakaka








Biasanya aku hanya merasa Laksa Sarawak bila Angah aka kakak aku merajinkan diri masak. 

















Entah apsal tetiba aku teringin nak makan Laksa Sarawak lak sekarang ni. Tak tahu entah apsal. Baby dalam kandungan tengah mengidam kot.. Wakaka..

Tuesday, January 29, 2013

Alasan Terbaek Kawen

Aku selalu sangat menegaskan bahawa kita-kita ni selalunya tak tahu kenapa kita perlu couple, kawen or ada anak. Mostly kita-kita ni just buat benda tu sebab atok-nenek kita buat, emak-bapak kita buat, orang dalam TV buat, kanan kiri orang buat so kita pun ikut jer lah. Ia semacam naluri semulajadi haiwan ketika musim mengawan lak: mereka tak tahu kenapa tapi mereka mesti buat. Hmmm..


Ada orang couple sebab tak nak jadi loner & looser or sebab tak nak kata dia tak laku or sekadar nak tunjuk bahawa dia pun leh dapat balak/ awek yang hot.

Ada orang kawen sebab nak ada orang jaga dia masa tua kelak (masok rumah orang tua please), or sebab parents dah bising suroh kawen jer memanjang or sebab dia anak tunggal yang perlu meneruskan generasi keluarga tu or  worst sebab kawen tu nampak dalam TV cam best lah sangat. Hmmmm..

Then ada orang yang ada anak sebab secara tak sengaja aka dah kawen so apa lagi: buat anak ar. So sebab tak tahu reason sebenar ada anak so start ar heboh-heboh kat FACEBOOK start dari minggu pertama mengandong sampai hari delivered, majlis sambut anak besar-besar melampau, waktu Maghrib berjemaah tengok drama Melayu kat depan TV satu family, kedian lama sikit anak dah 2-3 orang gi shopping then tinggalkan anak dalam kereta. Tub-tub hilang then heboh baru nak menyesal. Hmmmm..












Aku pada usia 28 tahun ni melihat perkahwinan sebagai sesuatu yang berkali ganda berat dan besar dari gunung yang tak mampu aku tanggung. Solat aku belum lagi sempurna untuk aku sendiri rasa puas then cam mana aku nak meraikan keindahan cinta aku dengan menjadi imam untuk isteri dan anak-anak aku kelak..? Sebab kalau aku gagal bab tu then cam mana aku nak menjawab depan tuhan penghujung hari kelak..?








Marry-D is not just about menghalalkan seks or untuk mendapatkan sorang baby comel jer. Ia tentang amanah dan tanggungjawab.













Or baca alasan terbaek untuk kawen dalam news paper ni lak: Untuk atasi masalah kekurangan pelajar.









Hmmm..

Thursday, January 17, 2013

Listen


Semua orang ada telinga tapi tak semua boleh mendengar.




















Kan...?
(yap, otak aku tepu. Aku x ada idea nak tulis apa)

Thursday, December 13, 2012

The Hobbit Film Review

Kalau korang ialah kipas susah mati trilogi Lord Of The Ring (LOTR) then kemunculan The Hobbit pasti akan mengubat kembali kerinduan korang pada Gandalf The Grey, komuniti Hobbits, Elves, Dwarves dan Middle Earth ngan keseluruhan mahkluk-makhluk yang mendiaminya. 


One thing yang aku leh kata tentang The Hobbit ialah ia seperti Star Wars versi Middle Earth. Sebab kalau korang tahu cam mana idea cerita Star Wars dimana ia bermula ngan episode 4-5-6 dan berbelas tahun kemudian then ia berakhir ngan episode 1-2-3. Kita sememangnya dah tahu yang Anarkin Skywalker ialah Darth Vader yang kata "Im you father..!!" cuma kita tak tahu bagaimana ia benar-benar bermula.

Sama gak cam The Hobbit gak. Ia dikatakan berlaku 60 tahun sebelum Fellowship Of The Ring dibentuk. Tapi masa permulaan cerita ni kat perkampungan Hobbit tu it totally ialah scene yang sama ngan permulaan Fellowship Of The Ring yang kalau korang ingat part Gandalf masuk kampung tu untuk celebrate birthday Bilbo Baggins cuma kali ni ia dinyatakan dalam perspektif yang berbeza ngan cameo Frodo. Plus cerita ni lak ialah tentang perjalanan Bilbo Baggins masa masih muda.

Disebabkan ia berlaku jauh lebih awal sebelum Middle Earth dihancurkan oleh Saruman dan tentera-tentera jahatnya so Middle Earth kali ni masih terlalu aman tenteram lagi. Even Orcs yang ada pun tak seganas Orcs yang dah dimodifikasi oleh Saruman dalam Trologi LOTR tu. 

Plus moment yang paling dinanti-nantikan mestilah part kemunculan Gollum yang asyik kata 'My Precious ...' tu.








Secara keseluruhan kalau korang peminat LOTR then korang pasti akan minat sekali ngan The Hobbit sehingga rasanya 2 jam setengah tu cam berlalu ngan sangat pantas dan buat korang tak sabar-sabar nak tahu apa yang akan berlaku pada filem-filem seterusnya kelak. Even kalau korang tak pernah layan LOTR sebelum ni pun still korang akan faham apa yang sedang berlaku disebabkan jalan ceritanya yang mudah dan terpesona ngan keindahan Middle Earth.

Memang ar tak banyak aksi or part-part yang mampu membuatkan hati korang keluar dari badan etc sebab ia masih lagi filem pengenalan lagipun aku rasa tak ada kesan kemusnahan besar sangat ar dalam next filem sebab kita tahu ketika permulaan Fellowship Of The Ring pun dunia masih lagi aman damai. Hmmm.












Pada part penghujung filem ni nanti korang pasti akan bersetuju ngan aku pada part burung garuda, rajawali, jentayu ke apa nama spesies tu bawak group diaorang ke satu tempat tinggi tu then korang pasti akan tanya apsal burung tu tak dari awal-awal lagi dari kampung Hobbits tu terus je bawak mereka ke Lonely Mountain then kan ke pendek jer cerita ni. Tak ar susah-susah nak perang-perang lawan pedang ngan lalui lokasi yang extra bahaya tu. Pelik

Monday, December 3, 2012

Tranny

Last night aku tengok filem Korea kat TV9 tajuk Lady Daddy. Sinopsis secara ringkas cerita tu ialah sorang girl cantik ni ada boyfriend kacak then suddenly satu hari ada sorang budak kecik datang rumah girl tu cari bapak kandungnya then perkara yang pelik berlaku ialah bila si girl menyamar jadi lelaki untuk berlakon jadi bapak budak tu. Korang keliru? Aku pun keliru sama gak sehinggalah teka-teki tu terjawab. Rerupanya girl tu ialah used to be lelaki. Aaaaaargh...!!!


Korang mesti pernah dengar kisah sorang tranny Melayu yang kawen ngan laki omputeh ni or kisah 2 perempuan kawen yang pak imam yang akad nikahkan pun tak tahu rerupanya lelaki tu ialah perempuan or recently sorang pok cik US bercerai ngan wife Indonesia yang dia kahwin lebih 19 tahun sebab dia baru tahu rerupanya wife dia used to be lelaki. Hmmmm..

Aku bukannya nak make fun of them. I do respect them sebab itu ialah pilihan mereka tentang apa mereka nak jadi cuma ia a bit creepy. Yap, memang ar perkahwinan ialah tentang meraikan cinta dan bukannya semata-mata kerana seks or just nak having a kid jer. But still ia masih creepy.

Aku pernah baca satu artikel internet ni tentang sorang bapak yang umur 50 lebih yang punya isteri dan anak dah besar-besar suddenly nekad nak tukar jantina but still nak meneruskan kehidupan family tu. Ia cam aku pernah baca buku kat library tentang siput bulan yang selepas mengawan then mereka boleh bertukar jantina. Ridiculous rite? Buat aku terfikir what if aku kawen dan few years after wife aku kata dia dah bosan jadi wanita sebab nalurinya lebih kepada lelaki so dia tukar jantina. So literallynya aku berkahwin ngan lelaki dan anak aku ada 2 ayah dan salah seorang ayahnya melahirkannya. Hmmm..

















Tapi bab peleraian filem tu suddenly sorang kawan si tranny girl tu kata: Kalau kita betul-betul mencintai seseorang then apa bentuk fizikal luaran tu tak bawak apa-apa perubahan pun pada rasa cinta kita kan? Hmmmm

Tuesday, November 27, 2012

Cinderella's Stepsister Review

Aku pasti semua orang pasti pernah tahu kisah Cinderella (alaa cerita Bawang Puteh Bawang Merah versi omputeh tu) tentang anak tunggal sorang orang kaya yang kehilangan emak since dari kecik lalu kedian bapaknya kawen baru ngan janda yang beranak dua tapi tak lama pas tu si bapak meninggal dan Cinderella jadi mangsa buli emak dan kakak tirinya until dia jumpa Prince Charmingnya. Pernah tak korang imagine kalau cerita tu tak fokus pada Cinderella sebaliknya pada si kakak tirinya lak..? Hmmm..


Waktu first time aku tengok iklan drama series Cinderella's Stepsister kuar (rasanya sekitar 2010) then aku yakin cerita ni pasti different and special. Even bila dah tengok then aku jadikan ia sebagai cerita Korea paling best pernah aku layan setakat ni (tak termasuk bahagian ending). Kedian korang tanya "Aj, cerita tu tahun 2010 kan so apsal lak nak buat review sekarang..?" Sebab ia dah start rerun balik kat ASTRO channel 391 jam 3.20 pm dan ulangan 11.30 pm. Hmmmm..

Bagi aku cerita ni best disebabkan oleh kombinasi jalan cerita yang bijak dan lakonan pelakon yang mantap (kecuali oleh watak hero dan pembantu hero) plus rumah diaorang yang sangat magnificently sangat cantek. Hmmm..

Dan kalau korang tengok cerita ni then walau sebagaimana korang benci pada certain watak tapi nak tak nak korang akan kata bahawa semua watak dalam cerita ni ialah mangsa keadaan yang cuba untuk lakukan apa saja untuk kekal survive.Start dari watak emak tiri Cinderella yang kawen ngan ramai lelaki demi lelaki untuk memastikan kehidupan dia dan anaknya terpelihara. Plus korang akan muak ngan Cinderella lak sebab dia such a spoil rich kid. Hmmmm..







Tapi watak paling best mestilah si kakak tiri lakonan Moon Geun Young yang dark and dingin. Disebabkan cara dia membesar pada apa dia lihat-dengar-rasa-experience menjadikan dia tak mudah percaya pada kebaikkan orang ngan mudah. Totally so sure emosi dia akan buat kita tersentuh ar. Bagi aku bab yang paling aku tersentuh sampai mengalir gak air mata jantan aku ialah masa bapak tiri dia meninggal dan dia first time panggil 'appa'. Tapi emosi-emosi dia lain memang leh rasa ar.














Or may be aku suka tengok cerita ni sebab aku rasa watak kakak tiri ni lebih dekat ngan aku kot.



















Cerita ni best cuma part ending yang so happy ending tahap fairy tale kecuali si Charming tak pilih Cinderella ar. Hmmmm..

Tuesday, November 20, 2012

10 Cara Mati Yang Epik

Kematian kenalan tadi bagi sedikit effect dalam diri aku. Memanglah aku tak sedih mana pun sebab kami tak rapat langsung. As aku kata dalam previous post yang dalam 3 tahun kat universiti, kami bercakap at least 10 patah perkataan jer pun. But still ia buat aku terkejut sebab dia pergi dalam usia semuda tu dengan meninggalkan banyak perkara yang belum selesai such as hutang PTPTN (yang aku yajub dia belum habis bayar penuh), hutang kereta (yang aku yakin dia dah ambik sebijik), hutang rumah (yang ni aku tak pasti), isteri (tak pasti lak dia ada anak) dan banyak lagi. But what to do, ia semua harta dunia. Hmmm..


So post kali ni aku nak share beberapa pilihan mati yang epic tragis dan epic epicness.


A. MATI EPIK TRAGIS

1. Mati Berdarah Atas Jalan Raya
Just imagine ada lori break tetiba atas lebuhraya dan kat belakang lak kebetulan ada sebijik lori lagi. Menjadikan keadaan lebih tak best bila kau just bawak kancil. Ia sangat tragis sebab orang dah tak leh kenal mana kau dan mana kereta. Hmmm.. Tragis.

2. Mati Lemas
Kau pakai baju paling daring versi girl kumpulan K-POP then terpijak kulit pisang lalu tergelincir ke dalam longkang yang airnya deras dan penuh sampah sarap. It takes few day untuk pasukan menyelamat jumpa badan kau yang dah kembong ngan warna biru hitam ngan plastik bekas keropok tersekat antara baju ngan dada dan tak lupa sebelah tangan hilang ngan kesan gigitan biawak. Hmmmm.. Tragis.

3. Mati Tengah Klimaks
Kau ada bini cantik, alim, baik ngan anak berpaku kat belakang then seperti biasa kau bagitau diaorang kau ada meeting tapi sebenarnya kau tengah layan secretary kau kat hotel murah tapi ketika kau dah nak mencapai klimaks then tetiba dada kau sakit sebab kesan terlebih telan viagra dan kebetulan pihak majlis agama, majlis perbandaran ngan krew 999 tengah buat rakaman then esok hari keluar kat TV3: Suami mati ketika menuju klimaks dengan skandal pejabat. Hmmm.. Tragis.

4. Mati Bunuh Diri
Sebab bunuh diri: Gagal SPM, gaduh ngan balak, awek lari ngan mamat Indon, parents tak restui hubungan cinta ngan balak yang sama umur 17 tahun, bapak koyak poster band K-Pop dalam bilik etc. Hmmm.. Tragis dan bodoh kot.

5.Mati Sebab Kebodohan Sendiri
Kau ngan kekawan tengah jalan tetiba tengok sekor ular ni then terus nak ambik. Kawan kata jangan tapi sebab kau punya ego dan nak nampak hebat then siap kuar lawak kata: Apsal lam TV boleh lak? tapi belum sempat kau nak peluk then terus kena sengat then mati ditempat kejadian. Or kau bet ngan kawan sapa leh makan Big Mac Mc D paling cepat so kau ngan slumber jer terus masuk sebijik-sebijik burger tu dalam mulut dan sesah nafas few minutes dan teus kojol. Hmmmm.. Bodoh dan Tragis.



B. MATI EPIC EPICNESS

1. Mati Ketika Tengah Beribadah
Kau tengah solat jemaah dan bila Imam bagi salam then kau perasan yang pak cik sebelah kau masih lagi setia sujud. Dalam hati kau buat lawak kata: Mesti masa muda dulu pak cik ni giler banyak buat dosa so terpaksa ar mintak maaf banyak-banyak. So kau blah. The next day heboh satu kampung berita ada sorang pak cik ni meninggal masa tengah sujud. Then cam ada tamparan kat pipi kau buat kau mengeremang satu badan. Sampai bila-bila ar muka pak cik tu akan menghantui kau. Hmmm.. Epik tu wei

2. Mati Ketika Tengah Menyelamatkan Orang Tengah Kesusahan
Kau ada kawan gemuk yang jobless dan tak ada awek. Kau hari-hari make fun of him then satu hari masa tengah lepak kedai mamak then ada sorang akak sarat mengandung mintak tolong sebab kena ragut. Ketika orang sekitar buat derk then kawan kau tu terus bangkit dari seat dan kejar si peragut tu. Yap, dia dapat beg akak tu but unfortunately peragut tu bawak pisau dan meragut pula nyawa kawan kau tu. So reaksi kau: tergamam? Menanggis? or menyesal sebab hina kawan kau dan sampai mati kau tak akan lupa kawan kau tu ar. Hmmm.. Epic tu wei..

3. Mati Ketika Memperjuangkan Keadilan
Ketika kau ngan awek kau tengah lepak STARBUCKS sambil layan smartphone memasing ngan aktiviti mengelike dan share post tentang kejahatan Rejim Zionist but still kau leh ketawa besar layan online blog yang lawak. Then awek kau tetiba kata "Saya nak join sukarelawan ke Gaza ar" menjadikan gelak ketawa kau makin besar sambil kau kata "Tengok budak sekolah rendah kena buli pun awak tak berani nak tegur inikan nak ke Palestine..?" but bila esok kau pergi rumah dia then parents dia kata memang betul dia gi Gaza sana. Less than a week keluar berita kat TV tentang kapal sukarelawan kena ambush oleh tentera Zionist dan terang-terang muka awek kau tengah diacukan senjata. Awek ku sikitpun tak menanggis sebaliknya dia bertakbir dan kata kuat-kuat: selamatkan Gaza then BUM kena tembak. Girl yang kau perlekehkan tu dah jadi wirawati dunia. Hmmmm.. That is epic wei

4. Mati Ketika Tidur
Kau bangun jam 11 pagi then gi dapur tengok tak ada sarapan atas meja then kau bising-bising, hentak meja etc sambil membebel kata emak kau tu pemalas, tak ada kerja lain selain tidur etc. So kau ketuk pintu bilik mak kau cam nak pecah rumah then masuk dan tengok mak kau tidur sambil tersenyum. Still kau leh membebel kata: mimpi apa entah orang tu ni sampai leh tersemyum cam tu sekali. Then kau cuba bangunkan dia but still dia masih tak ada reaksi. Then kau perasan yang tak ada nafas yang keluar masuk dari hidung dia. Sorry, bro kau dah terlambat. Hmmm.. It is epic

5. Mati Ketika Berusia 27 Tahun
Tak nak cakap panjang-panjang tapi sekadar nak kata yang mati pada usia 27 tahun totally AWESOME..!! Dont worry ada sekitar kurang 2 bulan lagi apa untuk aku menamatkan saki baki forever 27 nih.. Huhuhu..
























Still aku doakan al Fatihah untuk Hanafee Abdul Rahman dan mereka-mereka yang terkorban di Gaza ketika ni. Al Faithah


Monday, November 12, 2012

Tips Menjadi Pencuri Terhebat

Aku pandai mencuri tapi aku tak suka mencuri sama seperti aku pandai menipu tapi aku tak suka menipu. Kiranya cam aku kira pandai ar melukis tapi aku tak pernah sedetikpun terfikir untuk menjadikan lukisan tu as punca kerjaya aku. Hmmm..


Rumah aunt aku kena pecah semalam. Waktu tu tak ada orang kat rumah dan tak ada barang berharga yang hilang (sebab memang tak ada benda berharga pun dalam rumah tu) jadi benda yang diambik sekadar  tong gas masak, jus oren, paket besar kopi 3 in 1, sabun dan serbuk cuci, gula jer rasanya ar. Bunyik memang cam lawak tapi part yang tak best bila satu rumah diselongkar. Setiap almari, rak, kabinet semua kena geledah. Dan disebabkan tak jumpa emas or duit so dia pecahkan banyak telur kat lantai dan tuang susu kat baju tu. Hmmm..

Bagi aku pencuri tu tak ada etika pencuri dan dia bukan pencuri yang bijak. Setakat pencuri tak lepas SPM dan buat kerja kampung jer. So hari ni topik aku ialah: Tip menjadi pencuri yang hebat. Hmmm..


1. REKOD BERSIH
Aku bagi satu perbandingan ni. Lelaki A sorang penganggur, selekeh, kaki rempit, pernah kena tahan polis sebab mencuri, merompak etc manakala lelaki B sorang yang mesra ngan semua orang, well manner, educated bla bla bla. So one fine day ni ada kecurian berlaku dalam kejiranan so agak-agaknya siapa ar orang pertama yang dituduh..? So sure bukan lelaki B ar kan..?

Contoh cam kes Scha al-Yahya mencuri baju tempohari. Suami dia ada kedai baju sendiri kat Curve, gaji berlakon, mengacara, jadi duta tu besar wei dan muka secomel tu? So possibility untuk orang percaya dia mencuri totally sifar ar kan? So tip pertama: Rekod bersih dan muka baik.


2. REACT NORMAL
Bagi aku kelemahan yang selalu ditunjukkan oleh pencuri ialah apabila pasca kecurian dah berlaku. Selalu sangat berlaku. Contoh: Satu bilik dorm ni kena pecah, banyak barang hilang, so semua orang simpati sehingga ada sorang mamat aka kawan si mangsa ni ngan penuh emosi marah, sedih, simpati yang teramat-amat. Even dia kata kalau dia jumpa si pencuri nanti dia akan belasah hebat-hebat lagi.

Last-last bila check punya check rerupanya mamat tu yang curik. It happens a lot. Jangan katakan benda tu just happen dalam Detective Conan jer even dalam real life gak wei. Sebab pencuri amature ni dia ada rasa insecure dan rasa orang mungkin akan syak dia kalau dia buat biasa. So tip nombor dua: buat cam kau pada hari-hari biasa, jangan terlalu terkejut bila dengar berita, buat lawak cam nothing happens. Hmmm..


3.POLIS SCENE INVESTIGATION
Sebelum mencuri, kau perlu tahu tahap keselamatan kat tempat korang tu. Kau perlu tanya soalan cam rumah tu ada security system ke or kawasan tu ada group RELA yang aktif meronda ke or polis situ cam SCI ke? Sebab buat apa kau nak ambik risiko yang tinggi semata-mata untuk mendapatkan sesuatu yang kau lom pasti berjaya dapat kan?

Tapi thanks goodness kita berada kat Malaysia di mana polisnya lebih kurang sama cam polis dalam cerita Tamil kecuali part baju yang lebih cantik. Contoh cam kes aunt aku semalam, masa nak buat report polis lebih 3 jam (lebih kepada menunggu sebenarnya sebab ada polis tu datang lewat sambil bawak news paper jer melengang jalan) tapi bila dah datang ke rumah tak sampai 5 minit, sekadar snap beberapa gambar jer then blah. Hmmm..


4. ALIBI
Kekadang pencuri amature ni membuat perancangan terlalu detail. Ada masa tu orang tak tanya apa-apa lagi then dia sendiri dah create alibi dia sendiri ngan kata 'Tadi masa kecurian ni berlaku aku tak ada dalam bilik sebab aku pergi Mc D hujung tu gila ramai orang rerupanya ada birthday party tapi selamat ada seat kosong satu ni tepi tingkap kat tingkat atas kalau kau tak percaya aku terjumpa mamat satu kelas aku masa tadika dulu dia leh jadi saksi..'

Daripada orang tak syak apa-apa then kau lak yang jadi tertuduh utama. So guna pendekatan ni: less is better. Kira cam ujian lisan kat sekolah dulu ar: makin banyak kau cakap then makin besar kesalahan grammer kau yang dikesan. So tip nombor 4: Jawab bila ditanya dan jawab ngan jawapan ngan seringkas mungkin.


5. SAHABAT BERSUBAHAT
Kalau kau ada geng yang setiap sorang ada kelebihan sendiri then ia cam best jer. Kira cam dalam Ocean Eleven gak ar. Tapi realitinya makin kurang bilangannya lebih better ar. As orang puteh kata: Too much chief may spoil the cake. Sebab mungkin dalam ramai-ramai tu tetiba ada sorang ni clumsy or penakut or tak setia or berpaling tadah or mulut lepas cakap or accident that day or insaf that day dan dedahkan plan tu pada semua orang.

So tip kelima: the less the merrier.


6. SENI MENCURI
Setiap kerja yang kita buat pasti dan mesti ada nilai seni yang tersendiri termasuklah mencuri. Pencuri yang hebat bagi aku tak akan menjadikan kecurian yang dilakukan tu terlalu bersih sehingga tak ada sorang pun tahu benda tu hilang or kecurian pernah berlaku kat situ. Feelnya cam kau seorang pelukis tapi tak ada sorang pun tahu yang kau pelukis sebab tak ada sesiapa pernah nampak kau melukis or mana-mana hasil lukisan kau.

So selalunya pencuri yang hebat akan bagitahu pada seseorang yang tahu menilai seni mencurinya yang akan kata WOW or Fuyooo setiap kali dengar kejayaan pencuri tu. Hmmm..



































Akhir kata, aku tak kata aku suroh kau mencuri cam selamat mencuri etc tapi sebaliknya aku nak kata kalau kau tak nak benda yang kau susah payah berusaha kumpul duit beberapa tahun nak beli then senang-senang jer dicuri just like that jer then jangan curi barang orang lain. Plus kalau kau curi guna tip aku ni then dosa tu terpalit sekali dalam buku merit dimerit aku nanti. Hmmmm

Friday, November 2, 2012

Skyfall Film Review

Agent 007 James Bond bukanlah spy perisik yang aku suka. Bagi aku dia agent yang poyo sebab kat mana-mana mesti nak pakai suit penuh. Then gila kaki perempuan sebab setiap filem mesti ada aksi ranjang ngan random hot girl yang dia jumpa (tapi part yang adil bagi dia ialah dia loner sebab menyendiri jer all the time). Tu belum lagi masuk part gadjet yang melampau pelik. So aku lebih refer Jason Bourne, Ethan Hunt & even Jefrey dan Nora Zain. Hmmmm..


Akibatnya aku x layan pun kebanyak filem-filem James Bond especially era Pierce Brosnan sebab semuanya nampak komical sangat ngan misi penyelamatkan dunia dari kemusnahan then penjahat lak nampak sangat tipikal. Mesti either Jerman, Rusia etc ngan slang cakap yang annoying  then memang membencikan ar. Then bila masuk era Daniel Craig lak still aku tak layan sebab entah ar, aku x suka mamat tu. Sehingga ar filem Skyfall ni yang aku cukup-cukup yakin ia akan jadi berbeza. Dan bila aku dah layan tapi ia totally berbeza.

Walaupun still James Bond masih lagi pakai suit mostly sepanjang masa sehingga ada part korang akan sangat menyampah dan persoalkan: duh, tak kan ar kat tempat tu pun nak pakai suit gak or kalau kau pakai suit then pasti ar orang tahu yang kau buat tu spy or sapa yang tolong setereka baju tu all the time sebab nampak licin jer sepanjang masa. Tapi nak tak nak korang kena akui gak yang suit tu ialah uniform buat James Bond. Tapi aku nak persoalkan apsal agent Eve tu pakai sesuka hati dia jer. Dia x ikut protokol pemakaian spy company tu ker?

Tapi yang paling best James Bond kali ni lebih realistik ar. Or at least tak ada lagi gadjet yang pelik-pelik. Tapi ada beberapa scene yang kalau korang dah tengok then korang akan kata "Oooooh okey..." cam part biawak komodo yang rasanya sangat bodoh. Tapi ada beberapa scene yang tak realistik tapi still buat ko leh kata "Fuyooooo" panjang-panjang cam part James Bond melompat masuk train or dia mengelungsor dari elevator dan dia leh landing ngan stabil. Even sempat betulkan butang kat lengan baju lak. Hmmm..

Dan kali ni juga dalam Skyfall memperlihatkan emosi personal James Bond bila dia dah tua dan pihak atasan suruh rehat dan buat kerja pejabat jer or tahap kecergasan dia dah lemah or dia tired being spy or marah pada agensi or zaman silam James Bond as kanak-kanak. Paling tak leh blah, bila balik kat rumah keluarga dia then baru tahu yang parents Bond ni gila kaya and siap ada butler lagi. So kesimpulan di sini yang James Bond punya persamaan besar ngan Batman. Hmmmm..


















Dan tak lupa bila ada beberapa part di mana pengarah cuba untuk mengekalkan unsur-unsur klasik or vintage pada episode kali ni. Plus musik latar yang sangat best terutama lagu by Adele tu. Memang layan ar. 

So apa yang aku leh kata ialah Skyfall totally tak mengecewakan. Even tak ada ruang kosong  yang besar yang leh buat korang keluar jap nak beli popcorn or ruang masa untuk korang buat filem sendiri dalam wayang tu. Hmmmm..

Monday, October 1, 2012

Sitora Harimau Jadian Review

Hari ni aku akan buat review tentang Sitora. Sitora bukan Tora Datang Lagi aka kawan seangkatan Ding  Dang yang kita beli era 90-an dulu semata-mata untuk dapatkan mainan  (kotak bukan main besar lagi) dan bukan bola biskut bersalut coklat yang rasanya entah apa-apa entah tu. Sebaliknya Sitora ialah title sebuah buku. Hmmmm..


Korang tau tak apa-apa tajuk buku bacaan klasik dalam bahasa Melayu yang ada di Malaysia? Ada tak novel-novel klasik tempatan yang ada di pasaran cam novel klasik barat such as Pride and Prejudice, Sense and Sensibility, The Adventure of Tom Sawyer, Huckleberry Finn, To Kill A Mocking Bird etc yang rasanya sentiasa akan ada kat rak-rak di kedai buku. Even dah dicetak dalam berapa kali entah sesi cetakkan dah. Persoalannya ada ke novel klasik tempatan cam tu..? Hmmmm..

Sitora Harimau Jadian ialah satu lagi buku keluaran FIXI under label retro ar. Retro sebab ia adalah karya asal P.Ramlee yang diadaptasi dari filem yang sama judulnya. Then kalau korang tanya "Apsal tak pernah tengok or dengar pun filem ni kat TV ?". Reasonnya: First ia adalah filem yang dihasilkan di Kuala Lumpur di mana era P.Ramlee dah a bit tua dan ceritanya dah suram and Second ia tak dimainkan kat TV sebab roll cerita tu dah hilang. So that one of the reason novel ni dihasilkan iaitu kira usaha pemuliharaan agar kita still leh tahu tentang kewujudan filem tu walaupun hanya dalam bentuk sebuah buku jer.

Novel Sitora Harimau Jadian adalah sebuah novel yang cukup pendek. It takes just few hour jer untuk tamat baca buku ni. Sinopsisnya kira: Sebuah kampong kena serang harimau jadian - hero tak percaya such nonsense datang kampong tu - then dia kena serang dan jadi weretiger. Ia cuba mengekalkan gaya bahasa dan gaya penulisan era zaman tu yang setiap kali aku baca buat aku terngiang-ngiang gaya orang dulu-dulu cakap cam Nyonya Mansur cakap dalam Ibu Mertuaku jer. Jalan cerita pun cukup ringkas untuk difahami. Imaginasi aku bila baca buku ni pulak lebih terarah kepada filem Kala Malam Bulan Mengambang dimana Sitora tu pulak cam watak Farid Kamil as harimau jadian dalam filem tu.


Sejujornya aku cukup respek pada usaha penghasilan buku ni.Walaupun as pembaca muda, gaya bahasa  dan jalan cerita dalam buku ni agak membosankan but still aku leh baca tu sekaligus sampai habis. As aku kata earliar, waktu aku baca buku ni antara perkara yang aku fikir ialah apa yang berlaku kepada penulisan-penulisan era as early as 40-an dalam negara kita? Mesti ada bahan tulisan zaman tu kan as kita baca buku sejarah dulu kata penulis era tu giat menulis cerpen-cerpen yang berbentuk nasionalisme menentang jepun dan penjajah barat. What happens to those penulisan? Adakah ia dah reput ditelan zaman?











Bapak aku pada era mudanya suka membaca di mana aku rasa habit tu turun kepada aku (emak aku pulak versi berlawanan sebab dia suka bakar buku tu. Hmmmm). Aku masih ingat beberapa novel-novel dalam koleksi bapak aku dulu yang sekarang ni entah di mana dah cam Tengelamanya Kapal Van Der Wijck, Bulan Dan Juga Angin, Bujang Selamat etc. Walaupun aku yakin yang most of it ialah karya penulis Indonesia but still gaya bahasanya lebih kurang sama jer ngan bahasa kita masa tu. Even aku pernah baca buku Tengelamnya Kapal Van Der Wijck (yang aku rasa ia pernah diadaptasi ke dalam bentuk drama bersiri oleh Erma Fatimah) waktu sekolah menengah dulu. Yap, feelnya berbeza cam baca classic barat punya novel gak cuma kali ni versi tempatan.














Dan as aku kata earlier tadi, novel-novel klasik barat pulak cukup mudah didapati malah dijual ngan harga yang cukup murah agar ia mampu menarik minat generasi muda untuk memahami nilai karya lama. Ngan nilai RM9.90 leh dapatkan bacaan tu. Yap, aku dah beli beberapa. Even bila fikir-fikir balik kita (or even aku) lebih banyak didodoikan ngan karya klasik dan fairy tales dari barat berbanding dari dalam negeri kita sendiri. Hmmm..



















So aku sangat-sangat berharap agar FIXI or mana-mana penerbitan tempatan menerbitkan semula or at least menghasilkan novel berdasarkan karya klasik. Jangan remake cam Malaysian Tales: Retold & Remake tu tapi buat cam gaya Sitora ni tapi ngan idea yang lebih segar. Dalam otak aku dah leh imagine kalu filem Madu Tiga or Ali Baba Bujang Lapok diadaptasikan ke dalam bentuk novel pulak lepas ni. Mesti feelnya cam dengar lagu Yuna- Terukir Di Bintang yang moden tapi klasik. Hmmmm 

Monday, September 24, 2012

The Innocence Of Mc D

Sewaktu penonton Innocence of Muslim kat Youtube, aku sikitpun tak terdetik rasa marah. Even bagi aku ia satu video yang sangat lawak ngan cinematography yang sangat teruk. Bagi aku orang yang buat video tu totally tak represent Christianity, Jews or American sikitpun. Yang menjadikan aku tak paham dan marah ialah melihat reaksi certain masyarakat Islam seluruh dunia yang demonstasi bakar sana sini, rosak sana sini sampai ada yang nak bunuh orang Amerika or fasiliti Amerika. Sedangkan kita tau yang video tu totally tak represent Muhammad S.A.W dan Islam sikitpun tapi cara kita melatah cam membuktikan tuduhan tu memang benar pulak. Hmmmm..


Tapi bila ada sorang mahasiswa UKM dalam debatnya kata yang Mc D adalah punca Sarawak maju buat aku rasa marah pulak. Mungkin sebab waktu issue tu kuar sakit aku membuatkan emosi aku tak stabil tapi mungkin gak sebab dia guna status mahasiswa untuk kuarkan statement kurang bijak tu then ia start jadi issue.

Aku kalau di Semenanjung orang jarang dapat guess aku as a Sarawakian so kekawan mostly akan diajukan ngan soalan-soalan yang mencabar tahap cipan ar cam: Korang kat Sarawak dudok atas pokok or dalam gua ke? Korang hari-hari pakai cawat ker? Korang kalau nak berak then perlu gali lobang dalam tanah ke? Bunyi soalan tu sangat cam lawak sangat tapi kalau korang nak tahu soalan tu ialah jenis soalan yang ditanya oleh mahasiswa universiti waktu aku belajar dulu. Hmmmm..

Or waktu aku kerja kat Pahang last year masa ada sorang pekerja ni setelah dia tahu aku orang Sarawak then dengan penuh curious dan yakin dia tanya "Apsal korang (orang Sarawak) suka sangat makan biawak ek?" Biawak..? Seriously? 




Buat aku teringat masa emak aku nak resign kerja around 40 tahun dulu then boss dia sangat-sangat halang. P/s: emak aku orang Johor. Boss emak aku kata Kat Sarawak perlu duduk dalam hutan dan mereka potong kepala.










Hei, lebih 40 tahun dah berlalu rerupanya soalan dan pandangan certain masyarakat tentang Sarawak masih tak beruah lagi kan?









Ia buat aku terfikir: cam mana lah agaknya dalam kepala hotak diaorang imagine Sarawak ni ek? Mesti Sarawak ni keseluruhannya adalah hutan tebal yang masyarakatnya hidup cam masyarakat Pandora dalam filem Avatar dan 2 pembangunan yang ada di Sarawak ialah statue kucing anak beranak (yang selalu kuar kat TV) dan Mc D jer kot. Hmmm..














Aku bukan seorang yang bersifat abbasiah, berkalibah or bangga pada bangsa atau asal tempat aku. Tapi bila benda cam ni leh berlaku then ia buat aku rasa sedih, kecewa, marah, dikhianati jer. Sedangkan aku dah pergi ke setiap negeri di Malaysia dan aku lihat miskin dan kaya tu ada disetiap tempat. Dan kalau nilai kekayaan tu hanya dinilai melalui berapa banyak duit yang kau ada or betapa mewah rumah kau then aku mengaku kalah. Hmmm





...





Last week aku kuar dinner ngan kekawan aku kat open space kedai makan ni ar. Kebetulan meja sebelah kami ada group of budak semenanjung yang totally belagak hebat sebab dalam kumpulan yang besar. Waktu tu issue ni masih panas lagi dan emosi aku tak terkawal so aku bertindak irrational dengan mengeluarkan issue Mc D dan semenanjung ni dengan kuat-kuat sehingga diaorang dengar dan terdiam.

Bila fikir-fikir balik aku sama jer cam certain Muslim yang bertindak ganas atas issue video Innocence of Muslim tu kan? Hmmmm..