Showing posts with label 1 Malaysia. Show all posts
Showing posts with label 1 Malaysia. Show all posts

Tuesday, March 24, 2020

Manusia & Covid-19

Ketika dunia dan ketamadunan manusia semakin berada pada tahap kritikal, kau akan sedar wujud beberapa kelompok manusia yang tiba-tiba muncul. Berikut ialah jenis-jenis manusia yang aku perhatikan wujud semasa Covid-19 ni.



1. Manusia kebal (& bebal) penyakit
Golongan ni sejenis yang rasa mereka ialah kanak-kanak terpilih yang tak mungkin akan terkena oleh penyakit ni. Sebabnya dia rasa dia selalu bernasib baik dalam kehidupan, Dia tak pernah terlibat dalam kemalangan jalan raya, rumah dia tak pernah kena pecah masuk, akaun bank dia tak pernah kena godam bla-bla-bla. And even everthing tentang benda nama Covid-19 ni seem too fictional to be true. Ia hanya akan berlaku kepada orang lain dalam TV or internet jer. So dia tak perlu ambil apa-apa langkah keselamatan untuk hindari apa-apa. Dia keluar ke mana sahaja (termasuk luar negara) dia nak tanpa perlu ambil apa-apa langkah keselamatan. Selain fizikal dia kalis dengan penyakit, otak dia juga imun dengan nasihat orang.


2. Manusia yang sentiasa betul.
Golongan ni pulak sejenis keyboard warrior yang bukan sahaja bising online malah juga di offline gak. Dia akan salahkan semua orang selagi mampu. Katanya: Ini salah orang kat China sebab diaorang makan apa sahaja benda yang selagi boleh bergerak, ini salah kerajaan terdahulu sebab tak nak buat tindakan awal-awal, ini salah group tabligh sebab dah tahu sakit tapi masih lagi nak berkumpul ramai-ramai, ini salah Sajad sebab pakai telekung masa pergi umrah, ini salah itu, itu salah ini dan selagi dia boleh salahkan seseorang maka dia akan rasa cukup lega. Sebabnya? Yap, dia sentiasa betul.


3. Manusia yang penuh dengan teori.
Golongan ni pulak sejenis kaki pemikir yang suka buat kajian mostly just google secara random, baca fakta dari twitter or dapat maklumat dari group whatapp. Menurut kajian ilmiah mereka: Covid-19 ni sebenarnya virus yang dihasilkan oleh Amerika disebabkan oleh perang ekonomi dengan China or ia dihasilkan oleh makmal di Israel je satu-satunya negara dalam dunia tak kena serang penyakit ni dan mereka ada vaksin anti Covid-19 ni dan akan jual pada harga mahal pada dunia kelak or ini semua dakyah Freemason dalam proses nak mengawal dunia or teori paling domestik: ini ialah usaha DAP nak pecah belahkan umat Islam kat Malaysia bla-bla bla.


4. Manusia penunggang agama
Golongan ni sejenis yang guna agama sebagai senjata untuk menghalalkan cara. Dia kata takut virus ke takut tuhan? or siapa yang ada kuasa untuk mematikan? Adakah ia virus atau tuhan? Kita tak perlu takut untuk sembahyang Jumaat atau sembahyang jemaah kat masjid sebab kalau dah ditakdirkan kita tak akan mati maka kita tak akan mati juga. Apabila ada mufti atau agamawan besar-besar keluar fatwa berdasarkan dalil zaman nabi dan para sahabat then dia sentiasa ada hujah untuk bidas dan bidas. Maka dengan rasa yakin dia bertawakal kepada tuhan seperti lembu yang tak diikat dengan harapan dia tak akan sesat maka tersebarkan covid-19 dengan jayanya di negara ni. Then dia bidas lagi Covid 19 ni bukan dari tabligh tapi dari China. Tabligh ni mangsa je untuk menutup mulut masyarakat dunia.


5. Manusia positively oportunis
Sewaktu kes Covid 19 kat China masih suam-suam kuku dulu, dia start borong face mask, hand sanitizer banyak-banyak so apabila ia dah merebak teruk so dia jual dengan harga tinggi. Still orang akan beli sebab tak ada orang yang nak mati muda. Kata mereka: diaorang tak buat apa-apa benda salah pun. Dia tak mencuri, bunuh orang etc. Apabila harga tiket kapal terbang ke luar negara murah then mereka antara yang terawal ambil kesempatan. Bukan selalu dapat ke Korea, London etc dengan harga tiket murah. Dia sangat positif yang keadaan amatlah terkawal. Bak kata dia: Kerajaan mesti akan sekat rakyat untuk melancong ke luar kalau kat luar nergara tu teruk. Belum sepat balik dia pon dah positif Covid 19. Tahniah


6. Manusia panik
Berita palsu tersebar dengan cepat dan luas. Kaki panik dengan mudahnya akan bertambah panik. Depan mata aku sendiri nampak after Muhyiddin umum 2 hari before 18th tempohari orang kita dah pun bertukar jadi pak cik mementingkan diri as dalam Train To Busan tu. Dia sorang je dah bawa 2 trolly makanan menggunung. Bekalan makanan tu rasanya cukup untuk berbulan-bulan kot. Bersangka baik je ar mungkin keluarga dia besar or dia nak sedekahkan kepada mereka-mereka yang daif ke. Then paling tak best part mereka ni berhimpit-himpit berebut barang dengan orang lain. Tanpa sedar dia mungkin dah terkena dan jadi agen penyebar virus covid tu.


7. Manusia racist
Part ni aku paling tak boleh tahan. Apabila orang kat China mati sebab Covid-19 then kau kata padan muka, balasan tuhan sebab buat itu ini. Then apabila kat Malaysia yang mati mostly geng tabligh then kau kata mereka syahid akan masuk syurga. Apabila orang bangsa lain suruh sesiapa yang pergi tabligh tu sila dapatkan check up kat hospital, then kau terus jadi hulk marah-marah diaorang balik. Realitinya diaorang cakap atas dasar kemanusiaan tapi yang kau lihat hanya bangsa dan agama. Apabila yang Melayu kena positif then kau upload post suruh doakan, kata ini semua ujian. Tapi bila bangsa lain kat negara lain kena then kau kata itu semua balasan tuhan. Hmmm...










Sebenarnya banyak je jenis manusia yang wujud masa-masa macam ni? Aku pulak jenis yang macam mana? Aku jenis tak kisah pun nak mati cuma aku tak nak menjadi penyebab kematian or kesengsaraan orang lain. Stay safe ya semua

Thursday, May 10, 2018

Untuk Malaysia Baru

Awal pagi tadi air mata aku mengalir tanpa aku sedar. Dah bertahun aku berharap. Akhirnya Barisan Nasional tersungkur juga. Yap, aku happy yang teramat. Walaupun aku bukan team Mahathir (kita kena akui yang Najib dan menteri-menteri tu semua ialah legasi dia) but still dia menyatukan semua untuk merealisasikan kejayaan ni. As Malaysian, korang pun pasti dah naik menyampah dengan pak-pak menteri dengan kenyataan kurang bijak mereka dan memperbodohkan mak cik-pak cik kat kampung dengan satu-satunya sumber maklumat iaitu melalui berita arus perdana dengan rasa kebencian pelbagai. Aku naik sedih bercampur marah bila tengok mak bapak aku setia jam 8 depan TV3 dan kemudian menyumpah seranah dengan cerita yang sah-sah menipu. Anak-anak buah aku yang masih bersekolah bila terdengar nama ahli politik or bangsa or agama tertentu then terus keluar dari mulut mereka akan label-label yang dijaja oleh tv. 

Aku berharap Mahathir benar-benar berubah. Supaya dia tak jadi kuku besi macam masa pemerintahan dulu. Dengan tu media massa tak akan berpihak pada mana-mana parti politik lagi sebaliknya akan jadi medium ilmiah untuk mendidik rakyat. Aku juga tak sabar untuk tengok pak-pak menteri serta isteri mereka diheret ke muka keadilan dengan harta rakyat yang mereka dah makan. Serta lalang-lalang yang ada dalam UMNO untuk berpindah beramai-ramai ke pakatan, masuk TV, memuji kebaikkan pakatan dan mulai menyebar keburukkan parti terdahulu etc.

Dan apa agaknya lakonan terbaru si Jamal dan mamat dengan CGPA tinggi tu lepas ni..





Terlalu banyak harapan...








 Untuk Malaysia baru...

Tuesday, March 28, 2017

Melayu Itu, Cina Ini

Korang tengah duduk-duduk rehat sambil layan Facebook or news paper or berita kat TV dan kemudian ternampak/terbaca part

Seorang perempuan Cina mungkin akan dipenjara atau denda maksima RM20 000 sekiranya didapati bersalah melanggar 9 orang kanak-kanak Melayu yang bermain basikal di laluan tengah lebuhraya pada jam 3 pagi. 

Adakah korang akan:

a. Dasar Cina makan babi. Kau ingat nyawa anak Melayu ni macam anak kucing ke senang-senang kau nak ragut macam tu je? Jangan kasi penjara, terus hukum gantung je. Kalau aku jumpa kau depan-depan, aku rogol kemudian belasah sampai kau mati. Tak pe, aku yakin bebudak tu mati syahid dan akan masuk syurga ar punya.

b. Ini semua salah orang Melayu sendiri ar. Sikit-sikit buat filem ada aksi rempit, gangster, menyundal sana sini. Budak-budak tu layan je. Mula-mula memang ar main basikal, kalau dah besar, garenti akan jadi mat-mat rempit, ambik dadah, meragut, mengandungkan anak dara orang. Memang patut pun diaorang mati awal.

c. Apa yang budak-budak tu main basikal kat tempat tu pagi-pagi buta? Mana mak bapak diaorang? Mereka tak tahu ke apa yang anak-anak mereka buat waktu tu? Kita kena dengar dari kedua-dua pihak sebelum menghukum siapa betul-siapa salah. Dan yang pasti yang salah pasti akan dapat hukuman setimpal. 





ATAU



Bagaimana pula kalau situasinya seperti dibawah:


Seorang perempuan Melayu mungkin akan dipenjara atau denda maksima RM20 000 sekiranya didapati bersalah melanggar 9 orang kanak-kanak Cina yang bermain basikal di laluan tengah lebuhraya pada jam 3 pagi. 


Adakah korang akan:

a. Memang padan muka pun anak Cina makan babi tu kena langgar. Aku yakin perempuan Melayu tu tak bersalah ar punya. Sapa suruh bawak basikal tengah malam kat lebuhraya. Nak praktis jadi gangster Cina bila besar nanti ar tu. Mati awal terus masuk neraka ar korang..

b. Berita apa ni? Boringnya. Lain ar macam kumpulan NGO Melayu berarak memakai tuala di hadapan gereja sebab gusar tanda salib akan melemahkan iman mereka. Berita macam tu ar baru bagus. 

c. Apa yang budak-budak tu main basikal kat tempat tu pagi-pagi buta? Mana mak bapak diaorang? Mereka tak tahu ke apa yang anak-anak mereka buat waktu tu? Kita kena dengar dari kedua-dua pihak sebelum menghukum siapa betul-siapa salah. Dan yang pasti yang salah pasti akan dapat hukuman setimpal. 








Ia berbunyi macam lawak tapi pilihan jawapan kat atas tu ialah komen-komen yang aku baca dan edit based on real comments kat Facebook. Ada banyak lagi komen-komen lain yang buat aku tersentap betapa manusia ni makin kurang ciri kemanusiaannya. Nyawa manusia tetap nyawa manusia dan ia sangat berharga tak kira apa bangsa or agama korang. 

Dan pihak media pulak dengan sewenang-wenangnya guna tiket 'bangsa' untuk menaikkan minat pembaca. Cuba tengok TV or carik news paper dan buang frasa 'bangsa' or 'agama' pada setiap tajuk yang ada kedua-dua tu. 

Seorang perempuan mungkin akan dipenjara atau denda maksima RM20 000 sekiranya didapati bersalah melanggar 9 orang kanak-kanak yang bermain basikal di laluan tengah lebuhraya pada jam 3 pagi. 


Then mungkin pada waktu tu baru kita perasan apa mesej sebenar yang hendak disampaikan. 

Friday, August 19, 2016

Khai Bahar, Sarawak & ...

Mungkin tak ramai yang tahu kes ni, beberapa tahun lepas (agak lama) Nazim Othman keluar statement kat social media ni kata tentang bangunan UKM yang usang & haunted look alike. So bebudak & alumni UKM naik berang lalu serang online kat social media pelakon tu sehingga keluar ayat-ayat tak best. Orang luar yang tahu kes ni pulak naik hairan kenapa mereka-mereka yang sepatutnya ilmuan boleh bertindak macam tu sekali.

Or beberapa tahun lepas (juga agak lama), kita di Malaysia ni hairan apabila kat Indonesia bukan main hebat lagi rally menentang Malaysia dengan membakar bendera, baling telur busuk kat student Malaysia belajar sana dan malah mengancam akan mencederakan rakyat Malaysia dengan buluh runcing lagi. Dan semuanya dikhabarkan hanya disebabkan oleh dakwaan kata kita cuba mencuri tarian pendet milik mereka. Sedangkan realitinya banyak isu-isu lain sebelum ni yang turut membawa kepada insiden tu seperti kes orang gaji Indonesia yang didera malah ada sampai mati, kes kerabat diraja yang kahwin dengan model Indonesia kemudian kena sexual abuse, pertuduhan Malaysia curi lagu dan budaya dari sana etc.

Ataupun apabila seorang pelukis Perancis buat komik tentang Nabi Muhammad s.a.w sehingga menimbulkan kebangkitan tunjuk perasaan aman/separa/ganas hampir di setiap tempat yang ada umat Islam yang tahu tentang kes tu. Ia membuatkan masyarakat luar naik hairan. Sedangkan ia sekadar comic satire je sekaligus membenarkan andaian bahawa umat Islam memang suka keganasan. Hmmm…


Semua kes tu berlaku disebabkan oleh ‘sense of belonging’ yang kuat.




Kalau kau peminat selebriti tu then rasanya korang memang dah  tahu, kalau ialah seorang Sarawakian then korang mungkin tahu or mungkin tak atau mungkin kau ambik peduli or mungkin gak kau tak tapi kalau kau bukan dari dua circle tu then korang mungkin akan kata ‘What the F yang sedang aku baca sekarang ni..’ Hmmm..

Semalam ada satu cebisan video tentang sorang penyanyi nama Khai Bahar (jujur aku tak tahu sapa) ni ditemubual kat rancangan Malaysia Hari Ini dan keluar satu statement yang membuatkan ‘percikkan api’ tu berlaku. Sedangkan semua orang tahu yang dia bukanlah penyanyi yang dilatih professional untuk jadi penyanyi dengan persediaan menghadapi gossip, wartawan, soalan-soalan panas etc. Ditambah pula ia rancangan siaran langsung so apa yang keluar dari mulut ialah benda yang tak dirancang yang keluar secara spontan je. Tapi disebabkan ia melibatkan Sarawak then it became a big deal. Hmmmm..

Macam contoh kes Indonesia tadi, banyak kes-kes lain sebelum issue ‘Khai Bahar’ tu yang membawa kepada kemarahan penduduk Sarawak. Mungkin kalau kau dari Semenanjung then kau tak akan faham situasi tu tapi kalau kau dari Sabah or Sarawak then kau pasti pernah melaluinya. Soalan-soalan macam: Kau duduk rumah panjang ke? Kau duduk atas pokok ke? Kau hari-hari pakai cawat ke? Kau setiap kali berak kena gali lubang ke? Kenapa orang Sarawak suka makan biawak? or statement paling biasa ‘Pertama kali datang Malaysia ke?’ or “Sabah Sarawak masuk Malaysia”. Yap, it does sound ridiculously hilarious tapi aku dan kawan-kawan Sarawak lain pernah kena tanya soalan tu. Lebih teruk apabila soalan-soalan tu bukannya dikeluarkan dari mereka-mereka yang terkandas SPM tapi oleh mereka yang berpendidikan tinggi.


Kalau korang jenis tak tidur masa subjek sejarah sekolah dulu then ada term ‘Bebanan Orang Putih’ which antara sebab kenapa orang putih nak menjajah negara-negara Asia adalah untuk mengajar ketamadunan kepada kita a.k.a in another wordnya: kita tak bertamadun. So dalam kes ni, ia sangat membencikan apabila terjumpa orang-orang dari Semenanjung (bukan semua) yang ke Sarawak atas tiket kerja or melancong datang sekali dengan ‘lagak lebih baik’ mereka tu. Kalau setakat jumpa budak askar (senang sangat nak bezakan askar dari Semenanjung) naik motosikal in group, dengan lagak rempit, parking sesuka hati, cakap besar, ketawa kat orang tempatan dah biasa sangat. Or pelancong dengan muka jelik tengok semua tempat, cakap sikit-sikit nak bandingkan Semenanjung lebih bagus, buang sampah sesuka hati, sikit-sikit tak kena terus kutuk itu ini pun dah biasa.







Masalahnya tak semua orang Semenanjung macam tu. Realitinya sikit je yang berperangai macam tu kot. Cumanya sebab sekor lembu bawak lumpur so semua lembu-lembu lain kat belakang pun terpalit sekali. Ada je orang Semenanjung yang datang bekerja kat Sarawak, kahwin dengan orang Sarawak dan terus menetap kat Sarawak. Even kalau kita dengar cara dia bercakap pun kita tak akan tahu yang dia asal dari Semenanjung. Mereka kata Sarawak lebih tenang, harmony dan tempat yang sesuai untuk membesarkan anak. Bak kata pepatah lagi ‘Kalau masuk kandang kambing then silalah belajar mengembek sekali’ sebab ‘Takkan hilang bisa ular kalau menyusur akar’ kan? (ceh, banyak pulak peribahasa aku pakai dalam post ni). Setiap tempat tak sama, budaya berbeza so sensitivity mereka juga tak sama.



Plus Sarawakian memang punya sense of belonging yang kuat pada Sarawak seperti budak UKM pada universiti mereka or seperti Indonesian pada negara mereka atau seperti umat Islam pada nabi mereka. Disebabkan rasa sayang so mereka mempertahankan negeri mereka.








Cumanya past paling sedih ialah bila baca komen-komen kat FACEBOOK. Orang kita sangat cepat melatah, sumpah seranah sana sini, guna ayat yang kita baca pun seram apatah lagi kalau dengar depan-depan which end up jadi cyber bully yang menyedihkan. Ada yang suka ambik kesempatan siram minyak kat bara api, ada yang komen sebab dahagakan like banyak-banyak, ada yang tanpa usul periksa terus serang dan serang dan ada yang rasa diri tu sempurna tahap tak pernah buat silap langsung dalam hidup. Dear my Sarawakians, apa yang korang buat sangat menyedihkan. Ia totally tak matang dan agak memalukan kot.







Kesimpulan di sini: 
Stop making stupid people famous a.k.a stop being stupid by making stupid people famous. Hmmm..

Thursday, April 28, 2016

Sarawak, Politik & Pilihanraya

Tak kira siapa kau, apa orientasi politik kau atau di mana korang berada, pastinya korang akan setuju yang pilihanraya ialah aktiviti yang sepatutnya djalankan yearly. Atau paling tak pun buat monthly. Sebabnya? Semasa kempen sedang berlangsung, banyak keajaiban dunia yang berlaku seperti muka-muka pemimpin yang langsung tak pernah nampak batang hidung or jenis pemimpin muka ketat suddenly selalu je turun padang dengan muka tak lekang dengan senyuman memanjang. Itu belum masuk part janji-janji setinggi langit ke tujuh yang ditabur macam effect CGI je. Hmmmm...


Kalau korang seorang rakyat Malaysia yang prihatin then korang pasti dah tahu tapi kalau tak then korang pasti akan mempersoalkan 'Kenapa kebelakangan ni banyak sangat rancangan dan berita tentang Sarawak dan ia tak ada kaitan sedikitpun dengan buaya?'. Kalau kau berada di Sarawak then korang akan mempersoalkan 'Kenapa banyak sangat jalan raya ditar semula ni? Or kenapa khutbah Jumaat asyik-asyik kata jangan khianati pemimpin, kekalkan kepimpianan sedia ada etc?' Hey, itu ialah ciri-ciri biasa menunjukkan yang pilihanraya negeri Sarawak just around the corner. 

Apabila menyentuh tentang politik dan Sarawak, ia agak berbeza (sedikit je kot) dengan politik di Semenanjung (Im not sure tentang Sabah). Ada partnya ia berbunyi kelakar tapi dalam masa sama boleh buat kau geram, marah, kecewa or kelakar balik. Post ni aku dedikasikan untuk semua Malaysians and especially rakyat Sarawak tentang apa yang kita buat tapi kita tak perasan tentangnya (p/s: ia tak merujuk kepada semua rakyat Sarawak tapi it happens). 


1.
Apabila toll jambatan Tun Salahuddin dibuka, antara reaksi pelik yang aku sendiri dengar ialah 'Bestnya, Sarawak sekarang dah ada toll (realitinya ada toll lain lagi sebelum tu). Sekarang Sarawak dah sama maju dengan Semenanjung. Tak sabar ar nak bayar toll bla-bla-bla'. Kemudian as time goes by mereka membebel setiap kali bayar toll dan lastly bila diumumkan semua toll di Sarawak akan dimansuh then ada lagi suara-suara kata 'Eh bestnya dah tak perlu bayar toll lagi. Tok Nan her kami. Sekarang Sarawak bebas toll. Pasti orang Semenanjung cemburu bla-bla-bla..' Masalahnya tak ada sesiapa pun yang nak mempersoalkan kenapa perlunya kewujudan toll tu at the first place? Sungai Sarawak tu kontot je kot. Kalau nak dibandingkan dengan Jambatan Pulau Pinang memang akan jadi bahan gelak je ar. Tak kan ar kerajaan negeri Sarawak miskin sangat sampai tak mampu buat jambatan sehingga terpaksa konsesikan kepada pihak swasta pulak? Hmmm..



2.
Orang Sarawak sangat fobia apabila datang part UMNO akan masuk Sarawak. Aku tak pasti siapa yang start tanamkan culture of fear tu kepada Sarawakian tapi dari aku kecik lagi benda tu dah aku dengar. Konon ceritanya kalau UMNO masuk then orang Sarawak yang berbagai kaum akan berpecah belah disebabkan oleh idealogi UMNO yang radically racist. Cuma masalahnya kenapa tak sokong UMNO tapi support BN sedangkan sudah terang lagi bersuluh yang BN tu dimonopoli dan diketuai oleh UMNO itself? Ia macam orang Melayu yang tak makan babi tapi tak kisah untuk sirup sup babi. Sebabnya? Sup tu air dan Fizikal daging babi tak nampak. Faham tak? Lagipun kalau UMNO masuk Sarawak, penyertaan Melayu akan jadi sikit sebab Melayu di Sarawak around 30% je. Mungkin akan jadi macam di Sabah di mana Bumiputera lain akan diberi pengecualian untuk join sekali. Cuamnya sekali lagi, kalau awal-awal Sarawakian dah rejected UMNO then tak akan ada sesiapa pun yang akan berjaya paksa mereka untuk masuk UMNO, paksa pakai baju Melayu puith dengan samping merah or paksa buat-buat ketawa masa dengar ucapan kat perhimpunan agung UMNO ar kan? 



3.
Part paling taku tak suka setiap kali masuk pilihanraya ialah pada poster-poster yang berselerakkan yang ada kat mana-mana. Simpang jalan, atas pokok, bawah pokok, atas bulatan (yap, Sarawak ada banyak bulatan), kat tiang-tiang, atas bangunan, dindng bangunan bla-bla-bla. Untuk orang yang susah nak fokus macam aku then ia sangat menganggu masa pemanduan aku. Last week aku hampir nak accident melanggar sebijik kereta sebab bendera dipasang kat tempat yang tak sepatutnya. Plus aku selalu terfikir kalau budjet yang diguna untuk print, upah pasang tu semua disalurkan kepada mereka-mereka yang benar-benar memerlukan (paling tak pun untuk selesaikan hutang 1MDB) then pasti kemiksinan di negara ni dah lama selesai. Bagi aku matlamat poster masa pilihanraya ni dah macam sorang perempuan hodoh yang punya perangai buruk yang nak tak nak terpaksa tacap make-up tebal-tebal semata-mata nak dapat satu like kat Instagram. Hmmm...



4.
Part paling lawak apabila masuk pilihanraya pula ialah bila kau dengar or baca statement dari mereka yang tak tahu macam mana sistem piliharaya or kerajaan tu berfungsi. Then it normal setiap kali pilihanraya untuk dengar statement macam 'Kerajaan dah bina hospital, sekolah, jalan raya. Apa pembangkang dah buat selama ni?' Orang-orang jenis tu biasanya tak tahu perbezaan antara parti politik & kerajaan or fikir BR1M ialah duit Najib yang dia sangat baik hati sebab nak bagi kat rakyat etc. Realitinya mereka-mereka tu tak tahupun kuasa sebenar ialah pada tangan mereka. Sebab utama pilihanraya diadakan ialah supaya kita-kita semua boleh pilih sorang mamat yang dipercayai untuk urus wang-wang kita. Yeah, we are the tax payer. Duit kita itulah yang digunakan untuk bina hospital, sekolah tu semua. Malah duit kita itulah yang bayar gaji wakil rakyat (yap wakil kepada rakyat) tu semua supaya mereka berkerja dan bukannya guna duit kita untuk pergi melancong guna jet peribadi untuk beli cincin or beg tangan etc. So kenapa pulak kita nak persoalkan kenapa pembangkang tak buat kerja tu semua?  It seem kita upah A untuk bina rumah kita tapi kita salahkan B sebab tak buat kerja.











Kalau korang baca apa yang tertulis kat atas then nampak sangat aku ni jenis anti-kerajaan ar kan tapi dalam masa yang sama sebenarnanya aku bukan ar pro-pembangkang mana sangat pun. Pembangkang di Sarawak ni macam tangkap muat je. Jenis nak tak nak je. Masalahnya pula pemimpin tempatan sedia ada jenis yang lebih kurang sama. Orang-orang Sarawak kata Tok Nan berbeza berbanding pemimpin sebelum dia (you know who). Bak kata golongan veteran, Taib masa mula-mula jadi Ketua Menteri dulu pun lebih kurang pijak semut tak mati gak.Macam orang dah lama kahwin, baru ar nampak taring masihng-masing. Lagipula kalau kau tengok betul-betul ia dah macam guna psikologi 'Bad Cop, Good Cop'. Ambik contoh: Taib menamatkan legasinya dengan toll dan Tok Nan muncul dengan menghapuskan toll tu lalu menampakkan yang dia ialah hero. Sedangkan realiti mereka ialah satu team dan semuanya dah dirancang jauh lebih awal. Teori konspirasi? Perhap yes perhap not. Who know laa kan?




Jujur cakap Sarawak dah jadi makin tak selamat sejak dua menjak ni. Kecurian, pecah rumah, samun itu ini dah makin kerap. Nak tak nak kena akui gak ekonomi tak stabil, harga barang makin naik, gaji tak naik, kos sara hidup meningkat jadi punca. Walaupun Ahmad Maslan asyik kata GST akan menurunkan beban rakyat tapi kita tahu ia tak. Jadi, jangan pilih lebih banyak menteri dengan CGPA 3.85 tapi hanya tahu buat lawak je kerjanya.







So sure, buat pilihan terbaik masa pilihanraya nanti. 

Wednesday, February 3, 2016

Saat Aku Menjadi Seorang Lelaki Gemuk

Aku pakai baju Melayu mostly hanya pada masa hari raya je. Plus disebabkan aku orang Sarawak dan berada di Sarawak so aku terpaksa pakai baju Melayu tu almost untuk setiap hari selama 30 hari. Gosh orang Sarawak sangat maniac bila masuk part raya (hmmm). Selain dari tu aku sangat jarang pakai baju Melayu. Realitinya ia selesa je, cumanya kalau cuaca kat Malaysia ni macam kat Korea sana so boleh ar pakai hari-hari. Last Friday, aku tetiba teringin nak pakai baju Melayu untuk solat Jumaat. Surprisingly something happen (based on tittle, dah tahu kan endingnya).


Baju Melayu direka longgar dan besar dari saiz badan seseorang. Itu tak termasuk kes untuk mamat hipster or lelaki perasan badan sado yang akan pakai rekaan baju Melayu ketat-ketat or sleeveless etc. So baju Melayu yang aku pakai Jumaat tu technically dah aku pakai since aku dari form 5 or form 6 lagi (konon cuba nak bagitau betapa fizikal badan aku tak banyak sangat berubah ar). Plus ia dari kain yang berkualiti, emak aku sendiri jahit dan dijaga dengan baik. Lagi pula aku bukan jenis yang sibuk 2-3 bulan sebelum puasa dah siap baju Melayu 3-4 pasang, pagi raya kena melaram habis, nak sedondon etc. Bagi aku, selagi ia masih muat, dalam kondisi yang bagus, so aku okey jer. TAPI... Jumaat tu, baju yang sama aku pakai untuk 10 tahun tiba-tiba ketat kat bahagian lengan. OMFG, itu petandanya yang aku sangat gemuk. Hmmm..


...


Seperti mana-mana rakyat Malaysia yang tipikal (gemuk tapi malas bersenam), permulaan tahun baru juga menjadikan aku untuk memasang niat untuk kurus. So aku download beberapa apps yang berkaitan (which end up dah bersarang labah-labah sekarang), jaga pemakanan bla-bla-bla and surprisingly sehingga 3 minggu terawal, aku kurang beberapa kg dan berat aku kembali di bawah 90kg. Sekali lagi cabaran paling genting ialah apabila kau pandai masak (or at least kau fikir kau pandai masak) ialah bila kau tahu definisi makanan yang sedap. Hmmm..

Thanks to rancangan realiti masakan plus Asia Food Channel yang menyiarkan makanan yang mengiurkan tanpa henti, so penghujung tahun lepas aku try nak grill steak, Disebabkan aku jobless, moneyless so aku tak pernah lagi merasa steak. Makanya aku tak tahu the proper taste of a real steak tapi based on percubaan pertama aku menghasilkan medium rare steak hingga seterusnya mengakibatkan penambahan dua saiz pada baju aku. Dari saiz M, next 2 weeknya aku hanya dapat pakai XL. Aku makan steak setiap selang seminggu. Sebab ia sangat sedap. Steak ialah penciptaan makanan yang paling agung sepanjang peradaban manusia. Luarnya yang panas, daging merah yang mencair dalam mulut, darah yang manis, Duh, setiap kali aku makan benda alah tu, aku rasa sangat barbarian. Betapa aku faham feel haiwan karnivor or raja bersiong masa tu.


Tapi as tahun baru, azam baru bermula, aku plan untuk mengehadkan kemasukan daging lembu tu ke dalam badan aku. Dari seminggu sekali, sekarang ni aku hanya boleh makan steak sebulan sekali je. Cumanya aku manusia yang lemah. Aku buat peraturan then aku sendiri langgar peraturan aku buat tu. Bulan Januari lepas, aku masak steak 2 kali dan pada hari ketiga bulan Februari ni tadi aku beli daging lagi dan aku tak pasti ia akan terhenti di situ je.









Maka pada saat ini, aku mendeclarekan bahawasanya aku ialah seorang lelaki gemuk yang akan bertambah kegemukkannya. Hmmm..

Sunday, September 13, 2015

Pola Kaki Hutang

Gosh betapa lately ni aku makin tak aktif mengupdatekan diri kat blog. Sehingga bulan Ogos yang lepas aku hanya upload purata 3 post je sebulan. Tapi it much better dari tahun lepas which aku upload purata 2 post je sebulan. Sejujurnya blog aku yang hidup segan mati malu-malu kucing ni tak adalah sehebat mana tapi miraclely (wujud tak ejaan ni?) masih sentiasa ada visitor (or word lebih eloknya - Stalker) kat blog aku ni. Walaupun bilangannya semakin merundum jatuh seperti Ringgit Malaysia tapi ia tetap masih ada. Sedikit sebanyak (sikit sebenarnya) ia membuatkan rasa bersalah timbul dalam hati hitam aku ni. Sebab ia membuatkan aku teringat betapa terseksanya menanti your favourite former porn star untuk kembali buat comeback. Jadi aku uploadkan post baru. Hmmm..


Recently sorang mamat ni upload post kat FACEBOOK. Beberapa malam lepas tu aku termimpi another mamat ni (bukan mimpi basah). Dan kedua-dua mereka mengingatkan aku kepada another makhluk tuhan ni. Persamaan antara mereka bertiga? HUTANG.


Alhamdulillah sehingga pada usia 30 tahun ni aku tak pernah berada dalam posisi aku  benar-benar 'tak cukup duit'. Mungkin ia bermula dari parents aku yang punya sistem pengurusan kewangan sendiri yang agak stabil jadi aku applied teori yang sama. As emak aku pernah kata ia bukan tentang banyak mana duit kau dapat tapi banyak mana kau mampu kawal duit tu or in other word jangan sampai duit tu yang kawal kau. So bila aku ada duit then aku dah set sebanyak mana yang tak boleh disentuh, sebanyak mana boleh belanja dan sampai part mana aku kena stop berbelanja. Tapi aku tak nak besar cakap ar, masa depan tak siapa tahu ar kan? Kot-kot esok lusa keluar paper muka aku terpampang dengan tajuk besar lelaki perut boroi ditemui mati dalam keadaan berbogel dipercakai hutang along. Waktu tu baru kau boleh gelak besar pulak kan? Hmmm..


So berbalik kepada topik asal, kaki hutang ni ada pola-pola yang agak ketara tau. Dibawah aku buat senarai pendek dengan ulasan konon-kononnya ada ciri-ciri ilmiah. 

1. Mula-mula mereka cakap baik-baik nak pinjam RM50 dengan alasan itu ini. Lepas tu dia datang balik selepas seminggu tak nampak muka dan bayar RM10 dan kata itu je dia mampu bayar masa tu, nak bayar ansur-ansur dan dia cakap baik-baik lagi dan nak pinjam another RM50. Seminggu lepas tu dia datang dan bayar RM20 dan nak pinjam RM100 pulak. Yap dia bayar tapi jumlah yang dia hutang makin bertambah. Logik disebalik kaedah tu?


2. Kaki hutang ni biasanya berbelanja lebih mewah dari kau sendiri (dan of coz laa menggunakan dari sumber duit kau tu). Dia bawak awek makan order mahal-mahal (peliknya dia bawak kau dan kawan-kawan lain lepak semeja sekali), aksesori pada motosikal dia pulak sentiasa bertambah, check FACEBOOK tengok gambar dia beli itu ini, makan itu ini, melancong sana sini. Kau yang tak pernah berhutang pulak tengah layan FACEBOOK sambil makan mee maggie untuk kali ke berapa bulan tu sambil fikir bila seluar dalam kau yang dah berlubang tu akan bertukar ganti. 


3. Dia selalu buat muka sedih depan kau kata dia sentiasa ada masalah duit. Bila kau nak kongsi petua pengurusan kewangan then dia buat-buat tak layan. Kau siap kata kau sanggup jadi advisor percuma untuk dia dan reaksi dia hanya ketawa acuh tak acuh. Bila keluar dia nak beli itu ini  which is jauh di luar kemampuan dia, kau nasihat then dia melenting dan marah 'Aku bukannya tak ada duit pun..!!' dan kau telan air liur sambil berkata dalam hati 'Masalahnya duit tu duit aku..!!' Hmmm


4. Bila lepak dengan another kawan lain rerupanya bukan kat sorang je dia hutang duit. Malah duit yang kau leburkan tu tak seberapa dengan jumlah kawan-kawan lain yang dia dah pau. Dan disaat tu juga kau mulai sedar bahawasanya kau sememangnya tak akan dapat duit tu balik sampai bila-bila. No wonder Along tu semuanya marah-marah belaka. Nak pinjam senang tapi part bayar.., haram.




TAMAT.




p/s: Masalah utama pemuitang pulak? Kita terlalu typical Malaysian yang punya rasa malu setiap kali nak tuntut hutang. Punya ar kita dah susun ayat berbunga-bunga nak cakap depan dia tapi last-last dia pulak yang berjaya pau duit kau lagi untuk sekian kalinya. Reaksi kau? Redha sambil tersenyum lalu dalam hati berkata 'Aku tak sabar kat akhirat kelak tengok muka kau terbakar dalam api neraka sebab jangan harap aku nak halalkan semua duit tu.!!' or paling tak kau berharap agar waktu ajal dia kelak then semua yang berlaku dalam series Tanah Kubur akan menimpa dia. HAHAHA..!!!

Tuesday, July 21, 2015

Hari Sarawak Merdeka

Amaran: Post kali ni mungkin berbaur agak racist especially untuk mereka-mereka yang suka berfikiran dan mengamalkan idealogi hidup seorang racist. 
Soalan cepu emas: Bilakah tarikh Sarawak merdeka? Adakah:
a. 31 Ogos 1957
b. 16 September 1963
c. Hey, Sarawak pernah merdeka ke? or
d. Sarawak tu dalam Malaysia ke? 


Usahkan tanya orang Semenanjung, kalau kau tanya secara random pada orang Sarawak sendiri pun garenti ramai yang tak tahu. Setiap tahun anak buah aku yang sekolah rendah bukan main seronok bila sambut tarikh 31 Ogos sebab katanya ia ialah tarikh Malaysia merdeka. Persekutuan Malaysia wujud pada 16 September 1963 so technically Malaysia hanya wujud untuk 52 tahun tapi tengok ar bulan lapan kelak then akan digembar-gemburkan yang Malaysia sambut kemerdekaan yang ke 58 tahun. Macam mana sebuah negara yang hanya wujud untuk 52 tahun boleh sambut kemerdekaan yang ke 58 tahun pulak? 

Membuatkan sesiapa yang pernah baca trilogi novel Hunger Game akan kata "OMFG, kita sekarang ni berada kat Panem ke? Manakala Sabah dan Sarawak pula ialah District 12 & 13(kebetulan?) yang dipaksa sambut 'kemerdekaan' Capitol? Najib pulak ialah President Snow yang mengaut kekayaan dari setiap district untuk kepentingan sendiri(Naa, Taib Mahmud lebih sesuai dengan watak tu sebab rambutnya totally putih)? Dan Akademi Fantasi pula ialah versi tempatan Hunger Game which is 11 tribute akan terkorban dan sorang akan jadi ultimate survivor?" LOL untuk statement terakhir tu.


Antara sebab utama kita tak tahu ialah kita tak dibagitahu. As simple as that. Tengok buku sejarah kita. Aku tak tahu tentang buku sejarah sekarang ni tapi buku sejarah zaman aku dulu memang tak ada sebut tentang part tu langsung. Yang ada tentang batu bersurat Terengganu, Lembah Bujang, Zaman Melaka-Portugis serang Melaka, Jepun masuk-Jepun keluar, Komunis, Onn Jaafar tubuh UMNO-Onn Jaafar keluar UMNO, Tanah Melayu Merdeka bla-bla-bla. Even kita siap belajar dan perlu hafal sejarah kat Eropah, India, China, Arab sana tapi sejarah yang cukup dekat pula diabaikan. Part kemerdekaan Sarawak hanya disebut masa subjek Pengajian Am form 6 je. Itupun beberapa baris ayat je. Persoalannya: Berapa kerat sangat rakyat Malaysia ambik form 6 dan berapa kerat yang ambik form 6 setakat tak nak ambik diploma dan perasan benda tu?

Hasilnya wujud ar sebahagian 'kecil' rakyat Malaysia yang kata Sabah & Sarawak join Malaysia ar or ucap selamat datang ke Malaysia kepada orang Sabah & Sarawak kat Semenanjung or aku sendiri pernah jumpa orang yang masih lagi tak tahu Sabah & Sarawak ialah sebahagian dari Malaysia. Sedih kan?





...





Hari ni tadi aku terbaca kat FACEBOOK satu post ni kata tentang pergerakkan Sarawak for Sarawakians yang buat perhimpunan aman kat Kuching menuntut kerajaan persekutuan untuk menjadikan 22 Julai setiap tahun sebagai cuti umum kepada Sarawak sebagai peringatan hari bersejarah kemerdekaan Sarawak. Dah beberapa tahun mereka mendesak tapi tak dilayan. Sedangkan Malaysia yang dah wujud untuk 52 tahun pun baru diambik peduli dan diberikan cuti umum. 

Aku support sepenuhnya apa yang mereka buat hari ni tadi tapi aku no komen tentang dasar penuh perjuangan Sarawak for Sarawakians yang lain. Aku tak nak jadi macam kes Scotland and United Kingdom tahun lepas. Tapi apa yang menjadikan aku panas ialah post kat FACEBOOK dari Sarawakians yang sangat racist dan kurang bijak. Yap kurang bijak ialah another word untuk the big B. Aku tak nak bagitahu apa yang berlaku secara detail tapi ia lebih kurang sama macam kes umum di Malaysia ar. Secara sarcasmnya ia berbunyi "Aku lebih rela punya pemimpin sama bangsa dengan yang sah-sah bodoh dan memperbodohkan aku serta curi duit aku terang-terangan daripada dipimpin oleh bangsa yang makan babi dan guna tisu lap punggung". Paham kan?






Aku orang Sarawak dan ada masanya aku sangat simpati pada orang Sarawak. Yap, sejarah ditulis oleh mereka yang menang jadi mungkin sebab tu mata kita dikaburkan oleh sejarah kita sendiri. Sewaktu sorang mat salleh dan bawa keluarga dia menjajah tanah ni, sebahagian dari nenek moyang kita sekadar biarkan diri kita dijajah and surprisingly boleh pula mengangkat orang asing menjadi raja. Ya, memang ada yang menentang dan kalah tapi masih ada yang bersatu dan menentang. Golongan ibu-ibu, cikgu-cikgu dan anak-anak muda melawan ketidakadilan pemimpin dengan cara sendiri. Masalahnya siapa antara kita yang tahu tentang kisah mereka? Sememangnya sejarah tak boleh ditipu tapi ia boleh disembunyikan. Menjadikan orang Sarawak yang ada sekarang hanya buat donno, bising mulut membiarkan seorang manusia jadi raja dengan tanah dan rumah sebesar istana ketika beberapa meter darinya rakyat biasa sekadar duduk dalam rumah saiz kotak. 







Paling sedih bila kita selalu kata yang Sarawak menentang racism tapi apa yang aku baca di FACEBOOK hari ni seem like kita sedang enjoy meratap semaian racist yang kita tanam sendiri.









Selamat hari kemerdekaan Sarawak untuk orang Sarawak.

Monday, June 15, 2015

Penceramah Kaki Putar Belit Alam

Semalam aku pergi satu event ni. Ia sepatutnya satu talk about art and etc tapi entah kenapa ia dimulakan dengan seorang lelaki jenis yang kita selalu jumpa kat program MLM pulak (aku tak pernah join apa-apa MLM tapi aku dah biasa sangat dengar ayat klise diaorang). Sebabnya korang pasti dah biasa sangat dengar statement macam "Saya dulu tak pandai masa sekolah, waktu universiti dulu pun berhenti tengah jalan, keluarga pula miskin, dengan bermodalkan duit yang sikit saya buat semua kerja dari bawah, malah pernah ada malam-malam hari saya geledah tong sampah untuk cari barang yang boleh saya guna, saya korbankan masa lepak-lepak malam hari dengan kawan kat kedai mamak dan akhirnya saya dah berjaya hari ni bla bla bla" Klise kan?


Yap, kita kena akui yang Mark Zuckerberg memang bagi banyak pengaruh besar kepada dunia tapi disebabkan dah ramai sangat tahu siapa mamat tu plus dah tengok filem The Social Network then statement 'tak tamat universiti tapi boleh kaya dan berjaya' tu totally dah basi kot especially bila ceramah tu melibatkan manusia-manusia yang hidup mereka tak pernah berenggang dengan teknologi. Lain ar kalau ayat yang sama digunakan untuk mak cik-mak cik kampung yang fanatik dengar ceramah Ustaz Kazim Elias then barulah ia akan berjaya kot. 

Plus satu perkara tentang manusia yang banyak cakap ni ialah mereka biasanya akan terkehel lidah. It either statement mereka kedengaran boleh dipertikaikan or dua statement sama yang bercanggah. Aku referring ayat bro tu semalam. Dia kata dia tak pandai masa sekolah, selalu gagal ujian dan kemudian berhenti tengah jalan masa universiti. Ia membuatkan aku terfikir: Kenapa seorang yang selalu gagal ujian masa sekolah boleh terfikir untuk masuk universiti dan berfikir yang dia tak akan gagal lagi masa unversiti kelak? Ooh wait manusia macam tu memang wujud kat dunia ni sebab aku sendiri pernah jumpa. Mereka dengan yakin kata 'Aku Melayu dan UiTM sentiasa terbuka untuk orang-orang macam aku' Ayat kejam tapi aku no komen. Hmmm..

Kemudian ada part dia kata keluarganya sangat miskin tapi dia sangat bersyukur yang keluarga mereka bertutur dalam bahasa Inggeris di rumah dan ia sangat membantu proses komunikasi dalam perniagaannya. Waktu tu teringin je aku nak angkat tangan dan tanya "Define miskin please.." Mungkin ia wujud dalam dunia zaman sekarang ni tapi miskin yang aku pernah nampak ialah bila si bapak keluar ketika dunia masih gelap dan terpaksa balik sebelum air surut dengan rumah mereka dari papan nipis dengan satu bilik yang dikhaskan untuk anak yang dah kahwin yang kalau ada anak lain lagi yang akan kawen then the previous one akan tidur bersama ahli keluarga lain sama-sama di ruang tamu dan lokasi dan permainan anak-anak kecil mereka bermain ialah sampah sarap yang ada disekitar rumah. That is miskin..!! Tapi siapalah aku nak mempersoalkan apa kemiskinan dah memberi effect kepada keluarga dia kan? Mungkin parentnya sangat positif dan punya visi dan misi yang jauh dan melihat betapa bahasa Inggeris (dan universiti) mampu mengubah kemiskinan yang sedia ada kan? 

Kemudian dia kata "Saya masih ingat lagi sewaktu saya berumur 6 tahun, ayah saya pernah berkata kepada saya bla-bla-bla.." Ooh seriusly? Korang masih ingat apa serious talk yang bapak kau pernah kata kat kau masa umur kau 6 tahun dulu? Aku dah lupa apa yang bapak aku pernah bagitahu minggu lepas. Yap, aku different case tapi korang pernah tak cuba buat serious talk dengan anak or anak buah korang yang umur 6 tahun dengan harapan dia akan duduk diam, buat muka serius dan kemudian hadam satu persatu ayat yang keluar dari mulut kau. Naa sebab pada usia 6 tahun setiap benda yang ada disekitar kau akan ganggu fokus dia. Hmmm




Tapi part tak boleh blah (selain dia tunjuk beberapa slide gambar dia shirtless angkat barang kononnya dia juga boleh buat kerja orang bawahan walaupun dah kaya) ialah bila dua statement yang sama bercanggah. Salah satunya ialah bila dia kata dia bukak business muzik tanpa dia tahu apa-apa tentang muzik malah langsung tak tahu bermain apa-apa instrument muzik. Dia terpaksa belajar dari Youtube cara main gitar untuk tarik orang masuk studio dan beli gitar dari dia. Kemudian dia bla-bla-bla cakap puji-puji diri dan  dia keluar statement kata dia mulai main gitar pada usia 18 tahun (disebabkan dia sama umur aku then macam mana dia boleh belajar dari Youtube kalau Youtube belum lagi wujud pada zaman tu?) dan dia tubuhkan band dan disitu dia mulai ada minat nak buat business muzik. Tapi bukan ke sebelum tu dia kata dia mulai business muzik tanpa tahu apa-apapun tentang muzik? Hmmm.







Realitinya mungkin dia seorang manusia jujur yang bernasib baik sebab walaupun miskin tapi still boleh masuk universiti walaupun result sekolah tak bagus (still English dia boleh bunyi cam mat salleh habis) kemudian buat business tanpa pernah mengalami muflis sekalipun dan dia punya ingatan yang cukup bagus. It could happen. Dan aku pula sekadar salah seorang dari jutaan tipikal Malaysian yang ada masanya memang gemar berfikiran negatif. Mungkin sebab aku dah biasa sangat jumpa manusia-manusia jenis yang banyak mulut, sikit-sikit nak up diri sendiri puji kata itu ini, tapi last-last tin kosong. Or individu yang gelar diri jutawan muda yang nak kongsi petua jadi kaya kepada orang ramai tapi realitinya korang yang bayar beratus-ratus ringgit untuk hadir event tu lah yang menjadikan dia sebenarnya kaya. No komen ar kan?

Tuesday, April 21, 2015

Malaysia. 2020

Waktu budak-budak dulu, kalau ada yang sebut 2020 je then terus akan imagine zaman tu Malaysia dah pakai kereta terbang. Yap, terima kasih kepada filem Back To The Future 2 sebab bagi pengaruh besar kepada otak budak-budak zaman kami. Tak macam budak zaman sekarang yang tak tahu menahu sikit pun tentang Wawasan 2020. Apa yang mereka tahu hanya BR1M, KR1M, BB1M, kedai makan 1Malaysia, klinik 1Malaysia, kedai buku 1Malaysia, kedai kain 1Malaysia, 1Malaysia itu, 1Malaysia ini, GST 6% dan hutang 1MDB. Hmmm..


By the way, for your information post ni tak ada kaitan dengan kes TEAM MAHATHIR vs TEAM NAJIB sebab tak ada Bella Swan dalam cerita ni yang keliru nak pilih mamat mana jadi suami eh. Plus as para-para pejuang BN selalu guna frasa 'Melayu sama Melayu gaduh nanti Cina tepuk tangan' so dalam situasi ni 'BN sama BN gaduh then PKR tepuk tangan' dan aku pun kongsi tepuk tangan sekali. Sebaliknya bila nama Mahathir muncul balik then otak aku terus ingat dasar besar dia iaitu Wawasan 2020. Yap, 5 tahun lagi kita akan masuk 2020 dan tak ada sebarang petanda yang kereta terbang akan wujud. Even tak ada sebarang penciptaan benda-benda kecil walau sebesar kereta mainan hot wheels yang mampu terapung lagi. Malah tak salah kalau aku katakan yang ciptaan paling canggih yang boleh dibanggakan yang membezakan sekarang dan 20 tahun lepas ialah smartphone je kot. LOL..


Sekali lagi by the way, selain trilogy Back To The Future, ada satu lagi sumber yang mempengaruhi otak aku zaman budak-budak dulu yang membuatkan aku sangat tak sabar untuk hidup pada zaman 2020 kelak. Pada tahun 1997 ada sebuah komik yang bertajuk 2020 dari majalah RILEKS! ni. Lukisan ia sangat cantik, jalan cerita sangat best tapi sayang waktu tu aku just darjah 6 dan harga majalah tu pulak RM5.++ (harga Sabah Sarawak). Sangat sayang apabila majalah berkualiti tu hanya bertahan beberapa terbitan je. Ia keluar pada zaman yang tak betul kot. Kalau ia keluar sekarang then pasti top-top meletop.

Jadi hari ni aku nak share beberapa idea pelukis tentang zaman 2020 (yang so sure tak akan menjadi realiti).


1. Kapal Terbang MAS Airline
Waktu tu Malaysia masih lagi zaman monopoli MAS. Air Asia masih belum wujud lagi. Plus MAS lah kebanggan rakyat Malaysia selain Proton kan? Jadi komik tu hanya menunjukkan kapal terbang MAS je ar.


Tengok design luar punya ar mantap. Dah tak ada sayap lagi ar. Sebaliknya macam bentuk ikan pulak. Kemudian pramugari masih lagi pakai baju batik yang sama macam sekarang. Bezanya diaorang dah tak berdiri kat laluan tengah sebaliknya muncul skrin hologram.




Gambaran dalam pulak memang melampau-lampau ar. Tingkap cinonet dah tak ada sebaliknya memang kaca sepenuhnya ar. Punya ar besar sehinggakan ada 36 line kerusi dan sapa-sapa boleh jalan dalam kapal terbang tu. Hmmm 




Teknik pendaratan pulak punya ar cool habis. Dah tak perlu landasan pendaratan yang panjang-panjang hanya sebab nak landing. Kemudian lorong pejalan kaki masuk tapi kita tak perlu jalan sebab seat kita tu yang akan bergerak bawak kita pergi ke next destination. Jadi tak perlu lagi berebut-rebut, tolak-tolak macam orang jakun ar nak keluar dari kapal terbanng.




2. Kuala Lumpur International Airport.
Sekali lagi, Air Asia belum wujud so KLIA 2 mahupun LCCT memang tak ada ar.


Aku tak suka sangat design KLIA ni. Ia terlalu modern sangat. KLIA sekarang dengan tema lapangan terbang dalam taman ar much better. Tapi yang cantiknya design airport atas ia ikut logo MAS iaitu wau bulan. Hmmm




Design dalamnya biasa-biasa je ar.


3. Kuala Lumpur
Kalau cakap tentang 2020 then mesti ar bandar pertama muncul dalam otak ialah Kuala Lumpur. Tak kan ar Jerantut, Kuala Kubu Bharu or Yong Peng pulak kot. 


Aku suka idea ni apabila bandar mengalami pemodenan tapi bukit bukau tak ditoreh jadi tanah rata. Dalam gambaran pelukis siap ada air terjun lagi tepi highway. Melampau ar tapi yang pasti tengok kereta-kereta tu semua walaupun tak terbang but still terapung. Wakaka


Ini lagi best. Dari hutan batu dah kembali jadi hutan semulajadi balik. Lebih banyak pokok hijau dari bangunan-bangunan. Pelik kan? Tapi part tak pelik pula ialah tak kira betapa besar jalan raya or betapa canggih kereta leh terapung but still KL masih jam teruk pada 2020. Hmmm.


Gambaran dalam KL Sentral. Sekali lagi the best partnya bangunan dalam bukit.


Kuala Lumpur dari pandangan udara. Yap, benda kecik tu ialah KLCC tower. Pada masa tu ada banyak lagi bangunan yang jauh leih tinggi tapi paling best, tinggi-tinggi then atasnya ada pokok-pokok, taman, even siap ada stadium sukan lagi, 


Last but not least KL sekali lagi dan kali ni ada kereta terbang bagi melengkapi syarat zaman 2020.






Itu baru episode pertama. Even dalam episode pertama tu pun banyak gambar yang malas aku nak scan dan upload. Ada future LRT, future Proton etc. Sayangnya aku cuma ada 3 copy je majalah tu. Itupun melangkau. Episode seterusnya ia ada tunjuk Sunway Lagoon versi 2020 yang sangat extra super dooper cool. So kalau nak tahu apa berlaku kepada komik tu dan imaginasi 2020 lain oleh pelukis then sila cari sapa-sapa yang ada koleksi semua majalah tu dan tak lupa share kat aku gak kelak..

Monday, March 16, 2015

Tipikal Kedai Makan Di Malaysia

Aku suka makan tapi aku cukup selektif apabila masuk part makan kat luar. Sentiasa ada je benda yang tak betul kat kedai makan-kedai makan tu sehingga mostly aku gave up dan lebih refer untuk makan kat rangkaian kedai makan segera je. So kat bawah ni aku buat senarai situasi-situasi yang biasa berlaku kat kedai-kedai makan di Malaysia dan andaikata kau tak pernah mengalami situasi seperti berikut then it either kau bukan Malaysian or kau memang punya kesabaran yang maha hebat. Hmmm..


1.
Kau masuk kedai, kau duduk dan dalam masa 10-15 minit, tak ada sorang pun pekerja sana ambik order dari kau. Nak kata diaorang sibuk, pelangan dua-tiga orang je pun. Tengok kat kaunter bayar then ada beberapa orang pekerja tengah borak-borak sesama mereka dan sorang dua tengah layan smartphone memasing. Kau panggil then mereka angguk but still tak ada sorang yang datang. Dekat nak setengah jam berlalu baru sorang minah datang dengan muka masam. Kau buat order dan dia blah. 15 minit berlalu, air baru datang. Itupun apa yang kau order tadi tak sama macam apa yang datang. Kau nak perbetulkan tapi takut next air yang sampai ada timbul buih kena ludah pulak. Setengah jam berlalu makanan kau masih lagi belum datang. Bila datang memang mengejutkan ar. Presentation memang sah-sah tak kan lepas penilaian Masterchef dan bila masuk mulut rasa mcam dah tertelan segenggam Ajinomoto pulak. Hmmm.


2. 
Tengok dari luar kedai punya ar cantik hiasan. Pekerja kemas dengan seragam masing-masing. Buku menu pun dah buat air liur meleleh sebab cantik punya pasal. Pekerja datang sambut dengan mesin order kat sebelah tangan. Canggih tu wei. So kau start order dan selesai si pekerja pun blah. 15 minit lepas tu dia datang balik dengan budi bahasa minta maaf sebab apa kau kau order tu dah habis. 'Ooh.., it okey' kau kata sambil tersenyum. So kau buat second order dan dia blah sekali lagi. 15 minit lepas tu dia datang lagi dan mintak maaf sekali lagi. Disebabkan kau manusia yang bertamadun, walaupun mood kau dah terjejas but still kau okey dan tanya dia baik-baik 'Apa makanan yang ada dalam menu ni yang korang ada sebenarnya..?' Surprisinglynya lebih 3/4 makanan dalam menu tu tak ada. Jadi kau order je apa yang ada. Dan seperti yang dijangka ia ambik masa setengah jam juga untuk dimasak. Air yang kau dah order dah habis dan terpaksa order baru lagi. Bila sampai, kau makan perasan yang ia rupa-rupanya sekadar dipanaskan dalam mikrowave je pun. Part paling best ialah bila bayar. Harga bukan main mahal lagi. Membuatkan kau terfikir yang kau hanya bayar untuk hiasan kedai, baju pekerja dan buku menu yang cantik je.


3. 
Belum masuk kedai lagi kau dah disambut mesra oleh pemilik kedai. Makanan yang kau order datang cepat dan rasanya memang sedap tak tipu. Masalahnya kat kaki kau ada beberapa ekor kucing yang sebahagian bulunya dah tanggal mengiau-ngiau menggesel-gesel kat kaki kau dan setiap kali kau makan, kau perlu halau lalat-lalat yang gemuk-gemuk yang nak menjamu selera sekali ngan kau dan kau tepi dinding tu pulak ada sekumpulan anak-anak lipas yang bermain polis senti sesama mereka. Itu belum masuk part abang yang buat roti canai yang setiap kali dia menebar canainya maka akan bertebaran sekali ar peluh kat dahinya or mak cik yang buat air yang mulut merah dengan sugi dan cakap bersembuk air liur or rambut (or bulu pendek yang kau tak pasti dari anggota badan yang mana) yang kau jumpa kat celah-celah mee goreng kau makan tu. Haa.. cam ner tu?


4. 
Hari ni kau datang kedai tu makanan dia punya ar sedap. Esoknya kau datang, order makanan yang sama tapi rasanya dah lain, kuantitinya dah berkurangan dan harga dia pun naik sikit. Lusanya kau datang, masih lagi order makanan yang sama tapi rasanya dah tak sama macam semalam atau tempohari, bahan-bahan dalam makanan tu pun lain, kuantitinya jauh lebih banyak dan harganya murah sikit pulak. Pendek kata kalau kau makan kat kedai tu dan order makanan yang sama setiap hari, rasanya memang tak pernah kekal sama seolah-olah kedai tu ada 365 tukang masak yang berbeza setiap hari. Hmmm..


5.
Kedai tu makanannya sedap, customer service mantap, harga berpatutan. Masalahnya hari ni buka, esok tutup, lusa buka tapi tutup setengah hari, hari lepas tu pulak tutup seminggu. Buka dua tiga hari dan tutup untuk sebulan. Hmmm...


6.
Haaa apa lagi karenah kedai makan kita?

























Hmmmm

Thursday, March 5, 2015

Telefon Pintar vs Manusia Pintar

Soalan cepu emas:
Apa akan terjadi pada kau sekiranya satu hari masa pergi kerja, jalan-jalan etc dan kau realize yang kau terlupa bawak smartphone kau or tiba-tiba bateri smartphone kau kosong? Adakah:

a) Kau tiba-tiba berpeluh dan resah gelisah tak tentu pasal. Kau asyik memikirkan macam mana kalau ada kawan Whatapp kau or macam mana kalau masa lunch kelak kau jumpa makanan yang cantik dan kau tak dapat nak snap gambar dan upload kat Instagram or macam mana kalau kau tak puas hati dengan boss or workmate dan kau tak dapat nak luahkan ketidakpuasan hati kau tu kat Facebook sehingga membuatkan kau terus tergesa-gesa balik semula ke rumah.

b) Kau terfikir "Oooh ok. Biarkan je lah.." dan kau terus sambung buat kerja.


Last week aku pergi satu kenduri ni, duduk kat satu kumpulan manusia ni dan hampir sepanjang masa aku kat situ, mereka-mereka yang ada tu semuanya tertumpu pada smartphone masing-masing je. Bila part baca doa, mereka tadah tangan dan still the other hand sibuk dengan skrin sentuh mereka. Membuatkan aku teringat pada last few month masa gi solat Jumaat ni then duduk dekat dengan sorang mamat ni. Since dari moment aku masuk masjid, azan, khutbah, dia hanya tunduk dengan smartphone dia je. Masa sembahyang, dia sembahyang dan bila habis dia dah hilang. Matlamat sembahyang Jumaat ni just ambik kehadiran tubuh badan je ke? Hmmm..

Korang mesti pernah lepak sama kawan-kawan dan berada dalam situasi kat kedai makan dan mereka snap gambar makanan, snap wefie dan kemudian semuanya sibuk dengan smartphone masing-masing sehingga membuatkan kau rasa hanya kau sorang je yang berada kat situ or kemudian pergi tengok wayang dan mata naik silau sebab masing-masing sibuk layan smartphone dalam hall serba gelap tu dan bila kau tengok sekeliling dan kau realize yang rupa-rupanya manusia-manusia lain dalam hall tu pun punya perangai lebih kurang sama macam kawan-kawan kau tu je. Then bila sampai rumah kau check media sosial dan kau perasan yang kat page kawan-kawan kau tu ada tag nama kau plus mereka upload gambar seolah-olah memperlihatkan betapa meriahnya dinner dan moment tengok wayang bersama kau tadi. Sedangkan realitinya hanya kau je yang tahu. Hmmm..


So adakah smartphone punca kepada perangai nok harom manusia ni? Naa. Sebelum ada smartphone dulu lagi perangai manusia dah macam tu. Kau masih ingat zaman Blackberry dan BBM? Yap, aku punya kawan yang setiap kali aku keluar dengan dia buat aku bercakap sorang diri je sepanjang masa. Even zaman SMS dulu pun manusia dah berperangai sama sehingga tipu kata kalau orang yang ada handphone zaman tu pasti hujung ibu jari diaorang keras sebab asyik tekan punat kekunci phone sepanjang masa. Even tanpa perlu tengok phone pun boleh taip. Malah pada zaman dunia masih hitam putih dulu pun ada yang kata masa era buku baru dihasilkan then orang kata ia adalah punca manusia jadi anti-sosial sebab mereka hanya tengok buku je sepanjang masa sehingga tak peduli manusia kiri kanan. So kalau ia bukan berpunca dari smartphone jadi ia salah manusialah kan? Hmmm..



But honesrly disebabkan fungsinya menyeluruh then smartphone bagi impak yang cukup menakutkan. Dari muda sampai ke tua. Semua mata tertumpu pada benda tu je sepanjang masa. Tengok manusia-manusia berjalan sana sini semunya tengok smartphone mereka je, couple keluar dating pun masing-masing lebih penting layan smartphone daripada layan kekasih, family keluar makan bersama pun semuanya sibuk dengan smartphone masing-masing. Seolah-olah ada satu jampi dikenakan ke atas satu dunia ni dan satu-satunya yang terlepas dari sumpahan tu ialah kau. Or macam dalam filem fiction di mana setiap baby yang keluar datang bersama mereka satu smartphone yang mereka akan melekat bersama sampai moment mereka mati. It freaking freak, man. No wonder ada yang kata kalau nak tengok live zombie senang je sekarang ni kan? Tengok kiri kanan. Mereka ada disekitar kita jer. Hmmm..



Aku sangat bersyukur yang smartphone aku hilang tahun lepas. Hampir 2 tahun aku own Galaxy Note tu dan apabila ia hilang, suprizinglynya aku tak rasa apa-apa sangat pun. Aku boleh je beli smartphone baru sebaliknya aku beli labtop baru (kebetulan yang lama buat hal) dan sebiji basikal. Jujur aku katakan yang aku tak jumpa kepentingan aku untuk terus attached pada phone tu. Sebab fungsi smartphone tu pada aku mostly untuk kamera, alarm (yap), game (aku cuma main Sudoku je) dan terpaling penting sketch. Yap, aku paling suka part tak kira ke mana aku pergi, kalau tetiba aku ada idea so aku terus keluarkan stylus dan start lukis. Tapi bila phone tu hilang then aku dengan tenangnya kata pada diri aku sendiri 'Dah hilang so hilanglah..' Hmmm..


Bila smartphone tak ada so automatically fungsi Instagram aku pun terhenti sekali. Kebetulan tahun lepas juga aku punya misi tahun 2014 untuk tak nak hidup dalam dunia maya jadi aku berhenti untuk mengeluarkan apa-apa post di Facebook. Aku memang ada akaun Twitter tapi haram jadah aku tak tahu nak guna sampai sekarang. Even aku pun dah menggurangkan keaktifan aku di dunia blogging ni. Tahun 2013 aku keluarkan 112 post tapi tahun lepas hanya 33 je yang diupload. Aku pun dah start kembali menulis diari balik. Yap, it does sound awkward pelik untuk tulis diari pada era modern ni tapi untuk lelaki yang punya internal hard disc yang cukup terhad untuk simpan memori dalam otak plus untuk terapi diri..., trust me it work. Aku masih lagi ambik gambar macam biasa guna kamera lama. Gambar yang aku ambik dan aku rasa cantik then aku print dan lekatkan kat bilik or depan pintu peti sejuk untuk tontonan ahli keluarga je. Jadi aku tak perlu peduli sedikitpun untuk mendapatkan like or comment or approval dari sesiapapun.








Kesimpulan apa yang aku nak katakan dalam post yang serba panjang lebar ni ialah machine just a macchine. Telefon tu just a telefon je pun. Yap, ia pintar sebab dihasilkan oleh orang yang pintar. Cumanya jangan jadikan diri anda berada dibawah level kepintaran smartphone tu. Tuhan bagi otak kepada manusia untuk berfikir makanya jangan letak otak tu kat kepala lutut. Sekian.

Tuesday, January 13, 2015

Malaysia, K-POP & Islam

Sorang budak baru register darjah satu terus disuruh menjawab kertas peperiksaan UPSR. Hasilnya dia tak dapat jawab satu soalan pun dengan betul. Lepas tu semua cikgu-cikgu dan ahli sekolah tu tuduh dia bodoh nak mampus. Sedangkan A sampai Z pun dia belum hafal. Pelik kan? Tapi realitinya itu ialah benda yang sama ada kita sendiri buat secara sedar ataupunn tak. Kita menghukum orang atas perkara yang mereka tak tahu.


Aku ada baca satu novel tulisan seorang Jews ni. Dia kata tuhan mereka sangat suka menghukum (kalau dia menipu then itu salah dia. Aku just rewrite je). Setiap kesalahan yang dibuat oleh orang Yahudi akan dibalas balik dengan seteruk-teruknya. That why dalam sejarah peradaban dunia, golongan Jews banyak mengalami misfortune. That what their believe ar. Tuhan umat Islam pun Maha Menghukum jugak tapi Dia hanya akan menghukum manusia atas apa yang mereka ketahui sahaja. 


Dua tahun lepas Paul Walker meninggal then ada paranoid Muslim yang keluar statement Paul Walker pasti akan masuk neraka sebab dia bukan Islam (duh, manusia sangat suka ambik alih kerja tuhan kan?) so beberapa orang penceramah agama bidas sekeras-kerasnya. Tak semua yang bukan Islam akan masuk neraka. Sebabnya ada manusia kat dunia ni even pada zaman sekarang ni langsung tak pernah dengar Islam tu apa pun, ada yang pernah dengar tapi maklumat yang mereka dapat tu sama ada terlalu sikit ataupun salah dan ada pula yang tahu tentang Islam tapi tuhan tak bagi syahadah kepada mereka. Plus kau yang Islam sembahyang tunggang terbalik sehari semalam pun belum tentu akan terus masuk syurga. Mungkin orang yang kau rasa cukup teruk dan tak menjalankan cara Islam sebenar tu dulu yang masuk syurga lebih awal dari kau kot. Sebab syurga atau neraka tu tuhan yang tentukan. 



Sorang pelukis bukan Islam melukis kartun menghina Nabi Muhammad S.A.W. Ada kumpulan kecil penganut Islam melatah dengan marah dan carut mencarut sana sini. Kata dia harus direjam dikhalayak ramai, kalau jumpa kat public then dia pasti akan kena bunuh, dah mati pasti akan masuk neraka dan dihukum dengan hukuman paling teruk etc.


Sekumpulan penyanyi bukan Islam buat konsert dan dalam satu part tu mereka peluk peminat dan diantaranya ialah perempuan-perempuan bertudung. Ada kumpulan penganut Islam melatah lagi dan marah, carut mencarut sana sini. Kata merogol perempuan Islam laa, menghina kesucian Islam ar, K pada K-POP tu ialah satu dakyah Kristian nak memurtadkan Islam laa etc.



Mereka bukan Islam, pengetahuan mereka tentang Islam sama ada totally sifar, amat sedikit atapun tak betul. Cukup terkejut apabila mereka-mereka (yang mengaku Islam) yang dengan bangganya kata agama mereka ada agama paling suci, paling mulia, terpilih pelbagai tapi berfikir dan bertindak seperti manusia yang tak ada pendidikan agama langsung.








Tahun lepas or tahun sebelum tu (aku ada masalah ingatan) aku pergi satu ceramah agama ni. Salah seorang penceramah tu ialah seorang muallaf. Dia beri maklumat yang sangat jujur. Dia suka Nabi Muhammad S.A.W (melalui kelas Sejarah STPM) tapi dia tak nak masuk Islam sebab perangai orang Melayu kat Malaysia ni (thanks to our Politicians "sarcasm"). Kemudian bertahu-tahun lepas tu dia masuk Islam dan dia realize teori dan praktikal Islam adalah totally tak sama. Sebabnya orang-orang Melayu yang beragama Islam di sekitar dia masa tu hanya mengamalkan Islam masa kahwin, meninggal, puasa masa Ramadhan dan kemudian raya dengan sakan. Selebihnya mereka sama je macam orang bukan Islam yang lain. Unfortunately ia memang berlaku, Kan?








Kepada rakan-rakan bukan Islam, aku minta maaf sepenuhnya bagi mewakili mereka-mereka yang pernah bertindak or cakap benda-benda bodoh selama ni. Dan kepada rakan-rakan Islam, tolong guna otak dan jangan jadi bodoh dan kemudian tunjukkan kebodohan tu kepada semua. TQ

Friday, March 7, 2014

Penonton TV Yang Tipikal

Korang pasti pernah dengar masa dulu-dulu kalau pelakon bawa watak jahat ni masa diaorang tengah jalani kehidupan normal kat luar then akan ada orang yang marah-marah, ludah, tumbuk, sepak terajang or paling dasyat: bagi nasihat supaya insaf. Menunjukan betapa dasyatnya lakonan watak jahat mereka yang sangat hidup. Then korang tengok drama or filem yang dimaksudkan tu dan akhirnya korang tak faham part mana yang hebat sangat tu. But still walaupun masa dah lama berubah, penonton berperangai sama masih wujud lagi hari ni. Hmmmm..


Tamat Jumaat tadi aku lepak kat rumah mak cik aku. Kebetulan kat TV3 ada Cerekarama. Cerita tu aku kelaskan sebagai cerita tipikal drama Melayu yang korang akan tahu apa akan berlaku seterusnya. Tipikal tahap macam mana? Perempuan Melayu yang miskin duduk kat kampung jatuh cinta dengan anak orang kaya tapi emak dia tak setuju but still diaorang kahwin gak. Kedian emak mertua yang jahat upah bekas awek si suami suruh ngurat si lelaki tu balik dan plan berjaya. Kedian emak mertua kemalangan, mata buta then doktor kata perlukan pembedahan dan cuba teka siapa yang sanggup korbankan mata tu? Siapa lagi kalau tak si menantu yang baik hati kononnya tu. LOL..!!


Tapi masalahnya reaksi mak cik-mak cik aku tengok drama tu seolah-olah itu ialah satu-satunya drama yang wujud di Malaysia dengan jalan cerita serupa. Dengan sumpah seranah pada kejahatan mak mertua dan kebodohan suami, then suruh si suami jangan terpedaya dengan pujuk rayu si bekas awek ar plus suruh si gadis naive tu jangna jadi baik sangat plus cakap padan muka pada emak mertua sebab buta etc. Seolah-olahnya kalau mak cik aku tu kata benda tu then jalan cerita tu akan berubah. Macam mode budak kecik tengok cerita Dora yang minta tolong kat kita suruh tentukan apa mereka perlu buat jer. 


Setiap kali adegan tu berlaku then aku akan tenangkan mak cik-mak cik aku dan kata "Sabar, mak cik. Diaorang tu berlakon jer. Dah pengarah suruh buat then diaorang buat ar.."


Dan diaorang akan ketawa dan kata diaorang tahu cuma terbawak-bawak je. Kemudian dia akan kata itulah suka sangat bawak watak jahat. Suka sangat nak kena sumpah seranah dek penonton. Last-last jadi macam arwah (tak nak sebut nama sebab dia dah meninggal). Selalu sangat berlakon watak jahat. Nanti mati kena makan sumpah.


Waktu tu otak aku akan terfikir betapa doa penonton Cerekarama di Malaysia sangat-sangat makbul. Jauh lebih makbul berbanding doa-doa orang di Palestin yang teraniyaya tu semua. Hmmm..













Teringat masa kegemilangan cerita Nur Kasih dulu. Semua puji Tiz Zaqyah tapi bila tengok dia dalam kehidupan sebenar then ramai penonton yang marah sebab watak dan diri sendiri tu bertentangan jauh. Duh, betapa rakyat kita ni memang tak tahu kerja pelakon ke? Hmmm