Showing posts with label Kristian. Show all posts
Showing posts with label Kristian. Show all posts

Monday, April 20, 2015

Sekolah Agama.., Kristian

Aku sampai sekarang sangat cemburu pada budak-budak sekolah agama. Aku selalu terfikir yang kalau parents aku hantar aku ke sekolah agama dulu then pasti aku akan jadi much better then dari aku yang ada sekarang ni. Aku tak ar kata aku teruk mana sangat tapi sekolah yang fokus pada agama kot. Walaupun realitinya lepasan sekolah agama tak semuanya dijanjikan syurga even banyak gak yang lepasan sekolah agama tapi pergi mana-mana just pakai skirt pendek, sembahyang jamak 2-3 tahun ke hadapan etc. Hmmm..


Tapi bila fikir-fikir balik, sebenarnya aku pun pernah belajar kat sekolah agama gak. Dua sekolah agama masa sekolah rendah dulu. Tapi sekolah agama Kristian ar. Beberapa bulan pada darjah 1 kat SRB St Theresa Padungan dan kemudian pindah ke SRB St Anne Sarikei sampai darjah 4. As bila aku kata kat kekawan semenanjung zaman universiti dulu as aku pernah belajar kat sekolah naungan gereja dan mereka punya ar cuak habis (and now I know why). Mereka tanya kenapa naungan gereja? Sebab pihak gereja memberi sedikit sebanyak bantuan kepada sekolah. So technically kedua-dua sekolah memang sebelah gereja jadi ia tempat laluan kami, tempat permainan kami, kat sekolah kita leh jumpa para-para sister, setiap pagi ada morning prayer, habis rehat ada satu lagi prayer, bila dah ada decoration beberapa patung dalam satu pondok kecil ni then kita dah tahu yang Christmas dah dekat etc. 


Then kawan-kawan tanya: Korang tak diajar pelajaran agama Islam ke? Korang ada dipaksa minum Holy Water ke? Korang ada diajar sembahyang cara mereka ke? Korang tak dipaksa murtad ke? Hmmm..


Kat sekolah kami tu ada beberapa orang ustaz dan ustazah, yap memang ada kelas agama Islam, even ada banyak cikgu-cikgu Islam yang lain jadi tak ada sesi memurtadkan sesiapa dengan memaksa mana-mana budak minum apa-apa air and even masa diaorang sembahyang, mereka yang agama lain seperti Islam akan hormat dengan berdiam diri. Malah sejujurnya kata disebabkan pernah bersekolah kat sekolah-sekolah tu menjadikan kita tak terlalu 'fobia' pada perbezaan bangsa dan agama sangat sebab sedikit sebanyak kita tahu basic kepercayaan dan amalan mereka.




...




Hari ni aku terkejut bila jumpa artikel kata sekumpulan Melayu di Semenanjung ni buat demontrasi depan gereja paksa lambang salib besar depan gereja tu diturunkan atas sebab mereka takut ia akan menganggu iman mereka dan seterusnya adalah dakyah Kristian untuk memurtadkan mereka. Duh..!! Seriusly? Ia membuatkan aku rasa yang aku sedang berada di Israel je. Bangsa dan agama kami ialah the choosen one then satu-satunya cara untuk membuktikan agama kami benar ialah kami akan musnahkan kepercayaan agama-agama lain.

Siapa idola mereka yang buat demonstrasi bodoh tu sebenarnya? Kalau Islam then automatically Nabi Muhammad S.A.W laa kan tapi setahu aku nabi kesayangan aku tak pernah kacau penganut agama-agama lain masa beribadah dan amat terkutuk ke atas umat Islam yang merosak rumah ibadah agama lain even masa perang sekalipun. 


Kemudian timbul lagi satu artikel jauh lebih menyakitkan hati apabila keratan akbar ni keluar statment dari sorang pok cik kata rekaan tingkap satu IPD polis ni menyerupai bentuk salib dan ia sekali lagi adalah dakyah Kristian. Tolol punya news paper yang keluarkan cerita ni. Tak cukup menteri-menteri dah bodoh, berita bodoh macam tu pun boleh lepas gak? 

As mungkin diaorang tak tahu, bentuk salib ialah bentuk yang cukup simple. Ia hanya perlukan satu garis vertikal dan satu garis horizontal bertindih je. Semua benda boleh jadi bentuk salib then. Jadi kenapa tak haramkan mata pelajaran math sebab campur (+) pun kalau salah tulis dah nampak macam salib or Malaysia harus haramkan penulisan huruf T kecik sebab dah sebijik macam salib or jangan ajar math part paksi X dan Y sebab ia salib yang disembunyikan etc. Hmmm








Tapi tak dapat nak salahkan mereka sepenuhnya gak. Terlalu banyak yang jadi tukang kipas dan menghasut dengan kepentingan sendiri. Sayangkan bila jadi manusia tapi tak nak guna otak?

Tuesday, January 13, 2015

Malaysia, K-POP & Islam

Sorang budak baru register darjah satu terus disuruh menjawab kertas peperiksaan UPSR. Hasilnya dia tak dapat jawab satu soalan pun dengan betul. Lepas tu semua cikgu-cikgu dan ahli sekolah tu tuduh dia bodoh nak mampus. Sedangkan A sampai Z pun dia belum hafal. Pelik kan? Tapi realitinya itu ialah benda yang sama ada kita sendiri buat secara sedar ataupunn tak. Kita menghukum orang atas perkara yang mereka tak tahu.


Aku ada baca satu novel tulisan seorang Jews ni. Dia kata tuhan mereka sangat suka menghukum (kalau dia menipu then itu salah dia. Aku just rewrite je). Setiap kesalahan yang dibuat oleh orang Yahudi akan dibalas balik dengan seteruk-teruknya. That why dalam sejarah peradaban dunia, golongan Jews banyak mengalami misfortune. That what their believe ar. Tuhan umat Islam pun Maha Menghukum jugak tapi Dia hanya akan menghukum manusia atas apa yang mereka ketahui sahaja. 


Dua tahun lepas Paul Walker meninggal then ada paranoid Muslim yang keluar statement Paul Walker pasti akan masuk neraka sebab dia bukan Islam (duh, manusia sangat suka ambik alih kerja tuhan kan?) so beberapa orang penceramah agama bidas sekeras-kerasnya. Tak semua yang bukan Islam akan masuk neraka. Sebabnya ada manusia kat dunia ni even pada zaman sekarang ni langsung tak pernah dengar Islam tu apa pun, ada yang pernah dengar tapi maklumat yang mereka dapat tu sama ada terlalu sikit ataupun salah dan ada pula yang tahu tentang Islam tapi tuhan tak bagi syahadah kepada mereka. Plus kau yang Islam sembahyang tunggang terbalik sehari semalam pun belum tentu akan terus masuk syurga. Mungkin orang yang kau rasa cukup teruk dan tak menjalankan cara Islam sebenar tu dulu yang masuk syurga lebih awal dari kau kot. Sebab syurga atau neraka tu tuhan yang tentukan. 



Sorang pelukis bukan Islam melukis kartun menghina Nabi Muhammad S.A.W. Ada kumpulan kecil penganut Islam melatah dengan marah dan carut mencarut sana sini. Kata dia harus direjam dikhalayak ramai, kalau jumpa kat public then dia pasti akan kena bunuh, dah mati pasti akan masuk neraka dan dihukum dengan hukuman paling teruk etc.


Sekumpulan penyanyi bukan Islam buat konsert dan dalam satu part tu mereka peluk peminat dan diantaranya ialah perempuan-perempuan bertudung. Ada kumpulan penganut Islam melatah lagi dan marah, carut mencarut sana sini. Kata merogol perempuan Islam laa, menghina kesucian Islam ar, K pada K-POP tu ialah satu dakyah Kristian nak memurtadkan Islam laa etc.



Mereka bukan Islam, pengetahuan mereka tentang Islam sama ada totally sifar, amat sedikit atapun tak betul. Cukup terkejut apabila mereka-mereka (yang mengaku Islam) yang dengan bangganya kata agama mereka ada agama paling suci, paling mulia, terpilih pelbagai tapi berfikir dan bertindak seperti manusia yang tak ada pendidikan agama langsung.








Tahun lepas or tahun sebelum tu (aku ada masalah ingatan) aku pergi satu ceramah agama ni. Salah seorang penceramah tu ialah seorang muallaf. Dia beri maklumat yang sangat jujur. Dia suka Nabi Muhammad S.A.W (melalui kelas Sejarah STPM) tapi dia tak nak masuk Islam sebab perangai orang Melayu kat Malaysia ni (thanks to our Politicians "sarcasm"). Kemudian bertahu-tahun lepas tu dia masuk Islam dan dia realize teori dan praktikal Islam adalah totally tak sama. Sebabnya orang-orang Melayu yang beragama Islam di sekitar dia masa tu hanya mengamalkan Islam masa kahwin, meninggal, puasa masa Ramadhan dan kemudian raya dengan sakan. Selebihnya mereka sama je macam orang bukan Islam yang lain. Unfortunately ia memang berlaku, Kan?








Kepada rakan-rakan bukan Islam, aku minta maaf sepenuhnya bagi mewakili mereka-mereka yang pernah bertindak or cakap benda-benda bodoh selama ni. Dan kepada rakan-rakan Islam, tolong guna otak dan jangan jadi bodoh dan kemudian tunjukkan kebodohan tu kepada semua. TQ

Saturday, January 4, 2014

Tuhan & Harga Naik

Imagine kalau kau ialah kumpulan minoriti di tempat kau tinggal. Kau dibenarkan bebas mengamalkan ajaran agama kau dengan syarat-syarat tertentu yang setiap hari semakinditambah dan ia jadi agak ridiculous dan mengarut sehinggalah terkini apabila kau dilarang menyebut nama tuhan kau sendiri di tempat ibadah kau. Pemimpin negara tempat kau tinggal tu bagi pilihan nama-nama lain yang kau boleh guna untuk sebut nama tuhan kau. Atau paling tidak pun kau kena keluar dari negeri tu dan pergi ke negeri lain then barulah kau bebas guna nama tuhan kau tu. But still pemimpin kau dengan muka tersenyum kat TV kata "Bersyukurlah kerana kami masih lagi memberikan anda kebebasan dalam beragama" Bullshit rite?


Pada usia 29 tahun ni (yap, aku dah tua but still muka muda remaja) aku tak nak guna istilah BODOH lagi so aku nak katakan yang betapa pemimpin kita sangat kurang bijak (or berpura je) dan nak sangat rakyat kita join sekali tak bijak bersama mereka. Seriusly kalau aku bukan Islam, apa yang sedang berlaku sekarang ni akan menjadikan aku makin tutup hati nak kenal Islam. Sebabnya orang Melayu ni dengan kurang bijaknya cuba sedaya upaya untuk kata yang Allah ialah tuhan untuk bangsa Melayu. Noktah. Dan bukannya tuhan untuk seluruh alam. Sebab as aku yang agama kurang dan still jahil ni yakin dan beriman sepenuhnya bahawa Allah ialah tuhan yang sama mencipta semua termasuk yang bukan sama agama dengan aku.

Aku teringat sorang pak cik yang tolong atur paip rumah abang aku kata "Kalau semua bangsa ada tuhan mereka sendiri maka atas sana tuhan akan gaduh sesama sendiri. Sebabnya tuhan orang Melayu nak tolong orang Melayu sebab diaorang minta hujan. Tuhan orang Cina pulak tak setuju sebab orang Cina sebelah rumah tu nak hari panas. Gaduh punya gaduh last-last dua tuhan tu setuju bagi hujan untuk rumah orang Melayu dan panas untuk rumah sebelahnya" LOL isnt it?







Sekalipun tuhan mereka sama nama dengan tuhan kita tapi kita tahu konsep tuhan mereka dan tuhan kita tu tak sama. Tapi jangan ar sampai tak boleh sebut nama tuhan kat rumah agama mereka or sampai nak tahan, bakar kitab suci mereka. Then piket sampai menampakkan kekurang bijakkan diri tu sekali. Hmmmm..










Sekali lagi aku nak tegaskan: Menghina agama lain sedikitpun tak membuktikan yang agama kau jauh lebih suci. Sebaliknya ia membuktikan yang agama kau jauh lebih teruk sebab ia dah mengajar benda yang tak betul. 











Dan part harga naik tu pulak, aku malas nak komen. Sebab ada yang kurang bijak dan keluarkan statement yang lebih kurang sama tak bijaknya. Hmmmm

Thursday, January 10, 2013

Isu Tuhan

Sekarang ni keluar lagi issue kalimah Allah tak boleh digunakan oleh penganut agama selain Islam. Lebih teruk bila ada jenis-jenis manusia yang suka forward apa-apa jer yang berkaitan issue ni kat FACEBOOK tanpa usul periksa dan melatah bila ditegur.


Antara tu ada yang kata Allah ialah tuhan umat Islam maka tuhan umat lain ialah bukan Allah.



Jadi adakah mereka cuba nak kata yang Allah hanya menghasilkan manusia yang beragama Islam sahaja manakala tuhan lain pula menghasilkan umat agama lain..? Atau mereka percaya bahawa Allah jugalah yang menghasilkan semua manusia tanpa kira apa agama mereka. Lalu kalau kau percaya statement kedua then kenapa kau tak benarkan mereka percaya sebegitu..?









Yap, memang Allah mereka dan Allah kita adalah berbeza. Unsur tuhan mereka ada tiga (trinity) tapi kita pula satu. Sama seperti Isa pada mereka adalah anak tuhan namun bagi kita pula adalah antara rasul utusanNya. Dan pemahaman kita terhadap agama masing-masing juga tak sama. Tapi kalau kita hanya melihat perbezaan semata-mata then kita tak akan jumpa sebarang baris persamaan sikitpun.















Sorang uncle India ni pernah cakap ngan aku "Kalau tuhan tu banyak then pasti diaorang akan gaduh tentang follower mana yang lebih banyak menyembah siapa.." Hmmm..












Harus sentiasa ingat bahawa agama Islam itu liberal tapi Islam Liberal itu bukan Islam yang sebenarnya.

Wednesday, October 24, 2012

Aku Gi Majlis Ilmu

Korang mesti pernah dengar orang kata "Kalau buku ilmiah penuh ngan gambar mesti best. Tak cam yang ada sekarang ni. Penuh ngan ayat demi ayat jer. Sooo boring..!!" Kan? Rasanya kalau buku ilmiah penuh ceria then pasti rakyat kita dah jadi masyarakat bijak pandai sekarang ni (hmmmm). Sama cam ceramah agama or majlis ilmu gak. Terlalu banyak ruang  'abstrak' yang tak leh nak relate ngan realiti oleh masyarakat. Akhirnya masyarakat kita jadi kaki angguk-buat ibadah jer tanpa banyak soal.


Aku bukan orang yang percaya bahawa motivasi boleh didapati dari motivator or program motivasi. Waktu form 6 dulu aku pernah argue ngan cikgu kelas aku bila dia paksa seluruh ahli kelas gi kursus motivasi yang diadakan di sekolah. Motivator yang dijemput lah motivator yang cukup famous satu Malaysia ar. Tapi aku satu-satunya student yang bantah tak nak pergi. Last-last dia kata kalau tak nak gi gak then aku tak akan masuk kelas dia lagi. So akhirnya aku mengalah. Aku bayar duit dan hari tu aku datang tapi 2 jam cam tu jer aku terus blah. Hmmm..




Hari ni pada usia 27 tahun aku leh gi 2 majlis ilmu dalam satu hari tanpa sebarang paksaan oleh sesiapa pun. Majlis ilmu tu lak dianjurkan oleh pertubuhan agama. So ia 2 benda yang aku tak akan buat in realitinya tapi kalau ko nak kata aku dah kembali ke pangkal jalan then nasihat aku: please gi hentak kepala korang dalam mesin basuh ar.

Sarawak Islamic Information Center (IIC) ialah agensi kerajaan yang berperanan menyebarkan maklumat tentang Islam terhadap masyarakat bukan Islam (bukan nak convert non Muslim to Muslim ar). Kalau tengok senibina bangunannya ada ciri-ciri Cina dan pribumi Sarawak. Even sana pun ada masjid yang menjalankan Solat Jumaat di mana setiap minggu khutbahnya menggunakan bahasa selain bahasa Melayu.

So 2 program yang berlangsung hari ni pun antara nak menjayakan matlamat IIC. Walaupun tajuknya Al Quran dan second topicnya: Jesus in Islam tapi pengunjung yang datang sebahagiannya non-Muslim. Sebab matlamat 2 majlis ilmu ni ialah untuk memberi maklumat yang benar tentang Islam. Sebab masyarakat kita lebih suka dengar dari sumber ketiga yang tak sahih faktanya so event ni try nak bagitahu maklumat dari sumber fakta yang sahih terus dari mulut ke mulut.

Menjadikan majlis ilmu ni lebih best ialah apabila penceramahya ialah Bro Shah Kirit. Dia sorang penceramah yang sangat open. Akibatnya aku sangat banyak tanya soalan. Even rasanya aku yang paling banyak tanya soalan kot. Soalan yang kalau manusia tipikal akan kata as soalan bodoh tahap budak darjah satu or kalau kita tanya soalan tu kat parents kita then mereka akan syak kita nak murtad or kalau kita tanya ustaz ustazah kat sekolah then kita akan kena hukum berdiri atas meja sambil dia membebel kata "Kamu nak jadi kafir laknatullah ke tanya soalan cam tu...?"

Realitinya soalan aku tanya tu soalan logik yang rasanya dah tiba masa untuk kita bukan sekadar ikut bulat-bulat sesuatu tanpa mempersoalkannya. Soalan yang kita nak tanya tapi tak berani. Contohnya masa part Nabi Muhammad mungkin individu yang menulis Al-Quran. Tapi salah satu ciri yang menidakkannya ialah apabila Nabi Muhammad tak pandai menulis or membaca. Then aku mempersoalkan kerasulan Nabi Muhammad bermula pada usia 40 tahun dan meninggal pada usia 63 tahun, para sahabat tahu membaca dan menulis then tak kan tak ada para sahabat yang nak mengajar nabi menulis or membaca sikit pun? Nabi Muhammad tu? Bukannya orang biasa-biasa. 

Then bro Shah explain ngan jawapan yang sangat-sangat jelas. Buat aku cukup-cukup respek kat dia sebab dia sentiasa ada jawapan untuk setiap soalan aku. Sebab bagi aku hanya 2 orang je yang leh bagi jawapan sehebat tu. Either dia seorang yang penuh ngan ilmu or dia penuh ngan kelentong.














Event kedua lak tentang Isa al-Masih. Part ni lebih panas sebab lebih ramai yang datang even Pastor Kristian pun ada gak. Akibatnya ruang untuk non-Muslim tanya soalan sangat banyak dan aku cuma sempat tanya 1 soalan jer. Tapi informasi event kedua ni lebih mantap dan aku sangat-sangat suggest tipikal Malaysian untuk dengar. Sebab orang Melayu kat Malaysia ni sangat fobia bila perkara melibatkan Jesus. Seolah-olah ia leh harm korang. Even bila Jacqueline Victor nyanyi with phrase Jesus pun leh buat korang nak sambung perang salib lagi. It seem like orang Melayu kita ni sangat menganaktirikan Jesus. Sedangkan beriman kepada para nabi dan rasul ialah salah satu rukum iman then korang nak excludekan Jesus lak ke? Hmmmm

Friday, August 27, 2010

Kristinisasi

(Post kali ini mungkin akan membuatkan aku direjam guna batu or worst case scenario: di panah kilat. Hmmm)

Bila aku bagitau kkawan semenanjung di universiti dulu yang aku pernah bersekolah di sekolah naungan gereja then masa tu mereka sangat shock: either mereka fikir aku just main2 or aku tersalah sebut tentang gereja. Realitinya most kawan aku di Sarawak and even my sis and bro(s) memang pernah bersekolah di sekolah naungan gereja. And aku sendiri pernah bersekolah di 2 buah sekolah naungan gereja: SRB St Theresa Padungan dan SRB St Anne Sarikei.


Sekolah naungan gereja cukup sinonim di Sabah dan Sarawak. Korang perlu baca buku sejarah sekolah menengah dulu untuk tahu asal usulnya. Dah nama pun naungan gereja then dekat sekolah mesti r ada gereja. So gereja dah kira jadi tempat permainan kami sejak kecik2 dulu. Not such a big deal pun. Dengan sister2 yang selalu masuk sekolah pun dah kenal beberapa org antara mereka. Dan di Sarikei dulu, setiap pagi musti ada morning prayer before start belajar. Mintak terang hati dan berkat katanya. Then setiap Ahad, sebab duduk rumah flat paling atas dan dekat plak ngan sekolah then tengok ramailah yang berkunjung untuk Sunday Prayer.

Kkawan sekolah majoriti ialah Cina and Bumiputra (yang beragama Kristian r). Bukannya x ada students Melayu cuma mereka agak kekwat sikit. Jejiran di Flat Polis (Bintawa & Sarikei) pun banyak yang Kristian then setiap kali Kristmas musti datang ziarah rumah mereka. Makanan yang dihidang tu memang khas ditempah dari orang Melayu khas untuk tetamu Melayu yang datang. Kat sekolah menengah plak pernah baca Bible kepunyaan kawan Iban beberapa kali. So pendedahan awal sejak dari kecik menjadikan budaya dan agama berlainan bukan satu kejutan budaya baru untuk aku dan keluarga.





Then teringat tentang sejarah perkembangan awal Islam di Madinah. Masyarakat di Madinah lebih mudah dan terbuka menerima kedatangan Islam berbanding di Mekah disebabkan di Madinah disebabkan telah berlaku pendedahan awal oleh masyarakat di situ terhadap agama-agama wahyu terawal: Yahudi dan Nasrani (Kristian).











(bersambung)














Episode akan datang:
Tapi bagi orang laen, pendedahan awal aku memperlihatkan impak negatif terhadap cara pemikiran aku. Yap, aku akui setiap perkara sentiasa akan memberi kesan pro dan kontra. Ia menjadikan aku agak liberal dalam hal2 agama. Tapi kemudian Allah swt dengan kuasanya meniup satu seruan suci ke telinga aku. What the hack aku cakap ni, baca r post sambungan. Hmmmm