Showing posts with label Yahudi. Show all posts
Showing posts with label Yahudi. Show all posts

Tuesday, January 13, 2015

Malaysia, K-POP & Islam

Sorang budak baru register darjah satu terus disuruh menjawab kertas peperiksaan UPSR. Hasilnya dia tak dapat jawab satu soalan pun dengan betul. Lepas tu semua cikgu-cikgu dan ahli sekolah tu tuduh dia bodoh nak mampus. Sedangkan A sampai Z pun dia belum hafal. Pelik kan? Tapi realitinya itu ialah benda yang sama ada kita sendiri buat secara sedar ataupunn tak. Kita menghukum orang atas perkara yang mereka tak tahu.


Aku ada baca satu novel tulisan seorang Jews ni. Dia kata tuhan mereka sangat suka menghukum (kalau dia menipu then itu salah dia. Aku just rewrite je). Setiap kesalahan yang dibuat oleh orang Yahudi akan dibalas balik dengan seteruk-teruknya. That why dalam sejarah peradaban dunia, golongan Jews banyak mengalami misfortune. That what their believe ar. Tuhan umat Islam pun Maha Menghukum jugak tapi Dia hanya akan menghukum manusia atas apa yang mereka ketahui sahaja. 


Dua tahun lepas Paul Walker meninggal then ada paranoid Muslim yang keluar statement Paul Walker pasti akan masuk neraka sebab dia bukan Islam (duh, manusia sangat suka ambik alih kerja tuhan kan?) so beberapa orang penceramah agama bidas sekeras-kerasnya. Tak semua yang bukan Islam akan masuk neraka. Sebabnya ada manusia kat dunia ni even pada zaman sekarang ni langsung tak pernah dengar Islam tu apa pun, ada yang pernah dengar tapi maklumat yang mereka dapat tu sama ada terlalu sikit ataupun salah dan ada pula yang tahu tentang Islam tapi tuhan tak bagi syahadah kepada mereka. Plus kau yang Islam sembahyang tunggang terbalik sehari semalam pun belum tentu akan terus masuk syurga. Mungkin orang yang kau rasa cukup teruk dan tak menjalankan cara Islam sebenar tu dulu yang masuk syurga lebih awal dari kau kot. Sebab syurga atau neraka tu tuhan yang tentukan. 



Sorang pelukis bukan Islam melukis kartun menghina Nabi Muhammad S.A.W. Ada kumpulan kecil penganut Islam melatah dengan marah dan carut mencarut sana sini. Kata dia harus direjam dikhalayak ramai, kalau jumpa kat public then dia pasti akan kena bunuh, dah mati pasti akan masuk neraka dan dihukum dengan hukuman paling teruk etc.


Sekumpulan penyanyi bukan Islam buat konsert dan dalam satu part tu mereka peluk peminat dan diantaranya ialah perempuan-perempuan bertudung. Ada kumpulan penganut Islam melatah lagi dan marah, carut mencarut sana sini. Kata merogol perempuan Islam laa, menghina kesucian Islam ar, K pada K-POP tu ialah satu dakyah Kristian nak memurtadkan Islam laa etc.



Mereka bukan Islam, pengetahuan mereka tentang Islam sama ada totally sifar, amat sedikit atapun tak betul. Cukup terkejut apabila mereka-mereka (yang mengaku Islam) yang dengan bangganya kata agama mereka ada agama paling suci, paling mulia, terpilih pelbagai tapi berfikir dan bertindak seperti manusia yang tak ada pendidikan agama langsung.








Tahun lepas or tahun sebelum tu (aku ada masalah ingatan) aku pergi satu ceramah agama ni. Salah seorang penceramah tu ialah seorang muallaf. Dia beri maklumat yang sangat jujur. Dia suka Nabi Muhammad S.A.W (melalui kelas Sejarah STPM) tapi dia tak nak masuk Islam sebab perangai orang Melayu kat Malaysia ni (thanks to our Politicians "sarcasm"). Kemudian bertahu-tahun lepas tu dia masuk Islam dan dia realize teori dan praktikal Islam adalah totally tak sama. Sebabnya orang-orang Melayu yang beragama Islam di sekitar dia masa tu hanya mengamalkan Islam masa kahwin, meninggal, puasa masa Ramadhan dan kemudian raya dengan sakan. Selebihnya mereka sama je macam orang bukan Islam yang lain. Unfortunately ia memang berlaku, Kan?








Kepada rakan-rakan bukan Islam, aku minta maaf sepenuhnya bagi mewakili mereka-mereka yang pernah bertindak or cakap benda-benda bodoh selama ni. Dan kepada rakan-rakan Islam, tolong guna otak dan jangan jadi bodoh dan kemudian tunjukkan kebodohan tu kepada semua. TQ

Friday, August 27, 2010

Kristinisasi

(Post kali ini mungkin akan membuatkan aku direjam guna batu or worst case scenario: di panah kilat. Hmmm)

Bila aku bagitau kkawan semenanjung di universiti dulu yang aku pernah bersekolah di sekolah naungan gereja then masa tu mereka sangat shock: either mereka fikir aku just main2 or aku tersalah sebut tentang gereja. Realitinya most kawan aku di Sarawak and even my sis and bro(s) memang pernah bersekolah di sekolah naungan gereja. And aku sendiri pernah bersekolah di 2 buah sekolah naungan gereja: SRB St Theresa Padungan dan SRB St Anne Sarikei.


Sekolah naungan gereja cukup sinonim di Sabah dan Sarawak. Korang perlu baca buku sejarah sekolah menengah dulu untuk tahu asal usulnya. Dah nama pun naungan gereja then dekat sekolah mesti r ada gereja. So gereja dah kira jadi tempat permainan kami sejak kecik2 dulu. Not such a big deal pun. Dengan sister2 yang selalu masuk sekolah pun dah kenal beberapa org antara mereka. Dan di Sarikei dulu, setiap pagi musti ada morning prayer before start belajar. Mintak terang hati dan berkat katanya. Then setiap Ahad, sebab duduk rumah flat paling atas dan dekat plak ngan sekolah then tengok ramailah yang berkunjung untuk Sunday Prayer.

Kkawan sekolah majoriti ialah Cina and Bumiputra (yang beragama Kristian r). Bukannya x ada students Melayu cuma mereka agak kekwat sikit. Jejiran di Flat Polis (Bintawa & Sarikei) pun banyak yang Kristian then setiap kali Kristmas musti datang ziarah rumah mereka. Makanan yang dihidang tu memang khas ditempah dari orang Melayu khas untuk tetamu Melayu yang datang. Kat sekolah menengah plak pernah baca Bible kepunyaan kawan Iban beberapa kali. So pendedahan awal sejak dari kecik menjadikan budaya dan agama berlainan bukan satu kejutan budaya baru untuk aku dan keluarga.





Then teringat tentang sejarah perkembangan awal Islam di Madinah. Masyarakat di Madinah lebih mudah dan terbuka menerima kedatangan Islam berbanding di Mekah disebabkan di Madinah disebabkan telah berlaku pendedahan awal oleh masyarakat di situ terhadap agama-agama wahyu terawal: Yahudi dan Nasrani (Kristian).











(bersambung)














Episode akan datang:
Tapi bagi orang laen, pendedahan awal aku memperlihatkan impak negatif terhadap cara pemikiran aku. Yap, aku akui setiap perkara sentiasa akan memberi kesan pro dan kontra. Ia menjadikan aku agak liberal dalam hal2 agama. Tapi kemudian Allah swt dengan kuasanya meniup satu seruan suci ke telinga aku. What the hack aku cakap ni, baca r post sambungan. Hmmmm

Monday, January 5, 2009

Pro Israel

Terbaca 1 blog (technically bberapa blogs r) yg leh kuarkn 1 ayat yg chantek cam ni r:

"When Christians kill Muslims, it's the Crusades. When Jews kill Muslims it's
murder, and when Muslims kill Muslims, it's like talking about the weather.
Nobody really cares about it."

(http://www.jihadwatch.org)


Blog 2 antara salah 1 blog yg korang akan mudah jumpa kat tenet. Skarang ni dunia tgh hangat ngan issue Hamas, Palestine, Israel, blog hina Nabi Muhammad S.A.W, hina Islam etc. Dan aku rasa dh tiba masa aku bwat KERJA SOSIAL ngan memaparkan pandangan aku atas apa yg berlaku dlm DUNIA vs ISLAM. Kalau korang klik2 kat dlm tenet cari issue2 cam ni dari pelbagai sudut then korang pasti akan bukak mata besar2. Laen r kalu korang still rasa selesa fikir dunia ni hanya ada di Malaysia dan issue paling hangat hnya pilihanraya kat Terenganu jer tanpa nak fikir apa belaku kat luar.

Korang leh tau betapa ada certain masyarakat dunia sangat2 x suka Islam. Boleh bwat komuniti on line discuss perkara2 orang Islam bwat as buduh piang r, itu ini r. Blom lagi bab bila masa Isreal keluar statement yg diaorg jadi mangsa kekejaman dan tersepit oleh kuasa2 jahat negara2 Arab. So diaorg melancarkan serangan hanya setelah bersabar untk tempoh yg lama hingga membunoh banyak warga awan yahudi so diaorg berjuang atas dasar mempertahankan diri. Dan bila ada masyarakat luar yg terima teros fakta2 cam ni teros bwat spekulasi masing2. (lihat plak dari perspektif kita)

Imbas kembali ayat kat atas tadi bagitau betapa kita hanya nampak apa kejahatan orang laen bwat pada masyarakat Islam kita. Tp kita buat2 x nampak apa kekejaman dan kejahilan yg masyarakat Islam kita sendiri bwat pada diri masyarakat Islam kita sendiri. Nak x nak kita kena trima gak hakikat yg kita betangongjwb atas apa yg kita pernah bwat. As cartoons & gambar2 kat bawah ni try nak bagitau:






WE’RE RIGHT, EVERYELSE IS WRONG, WE’RE BETTER THAN YOU
Ada 1 blog ni ditulis oleh sorang India (http://surind.blogspot.com/) yg menulis komen dia ttg ketidakbijaksanaan penganut Islam dlm certain issues. Perkara 2 bagi aku x penting pon cuma baby g bwat aku terkezot ialah bila yg bagi komen (mostlynya Melayu) bwat kenyataan yg sepenohnya macam setan. Ada yg mengugut nak membunoh, sepak terajang, dan seribu 1 lagi sikap kurang ajar. Then aku mempersoalkan orang2 Melayu (yg kata Islam ni) yg bangga mmbuat statement 2, ‘Itu ker agama korang ajar cara menyelesaikan masalah?’. Kalu aku ni org bukan Islam, aku akan jadi lebih FOBIA pd Islam.

Ingat masa kecik2 dulu, emak aku lebeh suka cerita kisah2 nabi drpd cerita cinderela (itu nenek n aunt aku r suke crita). Bila dah besar mmula rajin baca kisah2 para nabi. Masih ingat 1 kisah bila ada sorang mak cik ni benci sangat pada Nabi Muhammad S.A.W sampai buang taik kat depan rumah or kat tempat laluan Baginda. Tp Baginda ttp layan mak cik 2 baek2 sampai r 1 masa mak cik 2 x sihat dan Baginda melawat dia. Akhernya mak cik 2 insaf dan memelok Islam.

Hari ni dunia melihat Islam as: menyelesaikan masalah ngan menahan org then pancong, kkejaman ialah cara undang2 Islam, Jihad ialah alasan untok Islam menghalalkan perang, Islam disebarkan melalui mata pedang, kahwen ramai cara lelaki Islam memuaskan nafsu diri, wanita Islam akan dikongkong dalam hijab 24/7/365 dan akan jadi abdi kepada suami, peraturan Islam menyekat kebebasan & banyak lagi. Kenapa mereka fikir cam 2 then bertindak menentang Islam? Sbb mereka jahil dan mereka takut pd sesuatu yg mereka x tahu. Selain drpd dsbbkan ada certain org2 bodoh dan bertindak bodoh then diaorg beragama Islam. Then 1 dunia akan label hitamkan semua masyarakat Islam hanya sbb sekor lembu bawak lumpor.


Tp kalu dah sampai bab penghinaan terhadap Nabi Muhammad S.A.W, terhadap Islam, terhadap al Quran, penghapusan etnik yg pernah belaku kat BOSNIA dulu or as wat happens sekarang ni, kita x leh r just still nak pelok tuboh, x melawan. Semua kena bertindak r. Jangan hanya berharap pd keajaiban.

Kadang2 kita menjadikan org luar sebagai target musuh utama tp kita lupa diri kita ialah musuh yg paling besar yg perlu ditentang. Situasi yg lebeh mmihak kpd Israel sekarang bukan dssbkan olek kkuatan diaorg tp dsbbkan oleh kelemahan dan pepecahan dlm khalayak umat Islam sendiri. Dalaman kita sangat kosong. Kosong ngan amalan dan kosong ngan ilmu. Then menentang buta tuli tanpa guna otak. Mudah sangat melenting x tentu pasal. Mudah terikut2. Org menentang so kita nak menentang tp x ada basic apa2.

Kita harus belajar dari sejarah. Bagaimna yg dah belaku dulu akan belaku lagi. Sejarah mmg akan berulang. Masyarakat Islam yg pecah belah dan berkabilah. Memilih kepentingan politik dan ekonomi dari agama. Ketua2 dan raja Islam berperang sesama sendiri dan bmegah2 dgn membesarkan empayar dengan kemewahan dan menolak keagamaan. Dan monopoli dan pengaruh besar ekonomi oleh golongan minoriti Yahudi etc. Gosh betapa aku x suka subjek sejarah dulu tp skarang aku boleh lihat apa yg aku belajar.

Saat masyarakat dunia mengutok Israel dengan caki maki then aku berdiri sorang2 cakap satu yg berbeza. Korang jangan kata aku ni PRO ISRAEL plak dah. Kenapa kita harus mengutok sedangkan kita boleh mendoakan sesuatu yg lebeh indah. Why not kita berdoa agar Allah bagi Nur dan Hidayah kepada mereka yg jahil. Amin.




Dan kita sebagai an individual kena bawak peranan masing2 as a duta untok agama mmasing x kira Christians ker, Jews ker, Budhist ker, Hindu ker. Stiap ajaran seru kepada kebaekan. Selagi kita amalkan ajaran agama kita selagi 2 r aku yakin x akan ada peperangan...!!




Aku bukan r menganut Islam yg baek so aku minta map kalu apa yg aku tulis boleh bawak tersalah fakta ker.

Site yg best untok bacaan:
http://surind.blogspot.com/
http://drsaravananr.blogspot.com/
http://pedestrianinfidel.blogspot.com/
http://ibloga.blogspot.com/
http://sciencereasonrationality.blogspot.com/
http://www.jihadwatch.org/
http://islamtheenemy.com/
http://www.islamanazi.com/
http://baconeatingatheistjew.blogspot.com/
http://www.bidstrup.com/bible.htm
http://exposingislam.blogspot.com/
http://kakisyurga.blogspot.com/
http://www.faithfreedom.org/
http://www.wikiislam.com/wiki/Main_Page
http://www.prophetofdoom.net/
http://sheikyermami.com/
http://www.masada2000.org/islam.html

Wei, aku tulis panjang2 ni ada ker org yg baca?