Showing posts with label Israel. Show all posts
Showing posts with label Israel. Show all posts

Monday, April 20, 2015

Sekolah Agama.., Kristian

Aku sampai sekarang sangat cemburu pada budak-budak sekolah agama. Aku selalu terfikir yang kalau parents aku hantar aku ke sekolah agama dulu then pasti aku akan jadi much better then dari aku yang ada sekarang ni. Aku tak ar kata aku teruk mana sangat tapi sekolah yang fokus pada agama kot. Walaupun realitinya lepasan sekolah agama tak semuanya dijanjikan syurga even banyak gak yang lepasan sekolah agama tapi pergi mana-mana just pakai skirt pendek, sembahyang jamak 2-3 tahun ke hadapan etc. Hmmm..


Tapi bila fikir-fikir balik, sebenarnya aku pun pernah belajar kat sekolah agama gak. Dua sekolah agama masa sekolah rendah dulu. Tapi sekolah agama Kristian ar. Beberapa bulan pada darjah 1 kat SRB St Theresa Padungan dan kemudian pindah ke SRB St Anne Sarikei sampai darjah 4. As bila aku kata kat kekawan semenanjung zaman universiti dulu as aku pernah belajar kat sekolah naungan gereja dan mereka punya ar cuak habis (and now I know why). Mereka tanya kenapa naungan gereja? Sebab pihak gereja memberi sedikit sebanyak bantuan kepada sekolah. So technically kedua-dua sekolah memang sebelah gereja jadi ia tempat laluan kami, tempat permainan kami, kat sekolah kita leh jumpa para-para sister, setiap pagi ada morning prayer, habis rehat ada satu lagi prayer, bila dah ada decoration beberapa patung dalam satu pondok kecil ni then kita dah tahu yang Christmas dah dekat etc. 


Then kawan-kawan tanya: Korang tak diajar pelajaran agama Islam ke? Korang ada dipaksa minum Holy Water ke? Korang ada diajar sembahyang cara mereka ke? Korang tak dipaksa murtad ke? Hmmm..


Kat sekolah kami tu ada beberapa orang ustaz dan ustazah, yap memang ada kelas agama Islam, even ada banyak cikgu-cikgu Islam yang lain jadi tak ada sesi memurtadkan sesiapa dengan memaksa mana-mana budak minum apa-apa air and even masa diaorang sembahyang, mereka yang agama lain seperti Islam akan hormat dengan berdiam diri. Malah sejujurnya kata disebabkan pernah bersekolah kat sekolah-sekolah tu menjadikan kita tak terlalu 'fobia' pada perbezaan bangsa dan agama sangat sebab sedikit sebanyak kita tahu basic kepercayaan dan amalan mereka.




...




Hari ni aku terkejut bila jumpa artikel kata sekumpulan Melayu di Semenanjung ni buat demontrasi depan gereja paksa lambang salib besar depan gereja tu diturunkan atas sebab mereka takut ia akan menganggu iman mereka dan seterusnya adalah dakyah Kristian untuk memurtadkan mereka. Duh..!! Seriusly? Ia membuatkan aku rasa yang aku sedang berada di Israel je. Bangsa dan agama kami ialah the choosen one then satu-satunya cara untuk membuktikan agama kami benar ialah kami akan musnahkan kepercayaan agama-agama lain.

Siapa idola mereka yang buat demonstrasi bodoh tu sebenarnya? Kalau Islam then automatically Nabi Muhammad S.A.W laa kan tapi setahu aku nabi kesayangan aku tak pernah kacau penganut agama-agama lain masa beribadah dan amat terkutuk ke atas umat Islam yang merosak rumah ibadah agama lain even masa perang sekalipun. 


Kemudian timbul lagi satu artikel jauh lebih menyakitkan hati apabila keratan akbar ni keluar statment dari sorang pok cik kata rekaan tingkap satu IPD polis ni menyerupai bentuk salib dan ia sekali lagi adalah dakyah Kristian. Tolol punya news paper yang keluarkan cerita ni. Tak cukup menteri-menteri dah bodoh, berita bodoh macam tu pun boleh lepas gak? 

As mungkin diaorang tak tahu, bentuk salib ialah bentuk yang cukup simple. Ia hanya perlukan satu garis vertikal dan satu garis horizontal bertindih je. Semua benda boleh jadi bentuk salib then. Jadi kenapa tak haramkan mata pelajaran math sebab campur (+) pun kalau salah tulis dah nampak macam salib or Malaysia harus haramkan penulisan huruf T kecik sebab dah sebijik macam salib or jangan ajar math part paksi X dan Y sebab ia salib yang disembunyikan etc. Hmmm








Tapi tak dapat nak salahkan mereka sepenuhnya gak. Terlalu banyak yang jadi tukang kipas dan menghasut dengan kepentingan sendiri. Sayangkan bila jadi manusia tapi tak nak guna otak?

Tuesday, November 20, 2012

10 Cara Mati Yang Epik

Kematian kenalan tadi bagi sedikit effect dalam diri aku. Memanglah aku tak sedih mana pun sebab kami tak rapat langsung. As aku kata dalam previous post yang dalam 3 tahun kat universiti, kami bercakap at least 10 patah perkataan jer pun. But still ia buat aku terkejut sebab dia pergi dalam usia semuda tu dengan meninggalkan banyak perkara yang belum selesai such as hutang PTPTN (yang aku yajub dia belum habis bayar penuh), hutang kereta (yang aku yakin dia dah ambik sebijik), hutang rumah (yang ni aku tak pasti), isteri (tak pasti lak dia ada anak) dan banyak lagi. But what to do, ia semua harta dunia. Hmmm..


So post kali ni aku nak share beberapa pilihan mati yang epic tragis dan epic epicness.


A. MATI EPIK TRAGIS

1. Mati Berdarah Atas Jalan Raya
Just imagine ada lori break tetiba atas lebuhraya dan kat belakang lak kebetulan ada sebijik lori lagi. Menjadikan keadaan lebih tak best bila kau just bawak kancil. Ia sangat tragis sebab orang dah tak leh kenal mana kau dan mana kereta. Hmmm.. Tragis.

2. Mati Lemas
Kau pakai baju paling daring versi girl kumpulan K-POP then terpijak kulit pisang lalu tergelincir ke dalam longkang yang airnya deras dan penuh sampah sarap. It takes few day untuk pasukan menyelamat jumpa badan kau yang dah kembong ngan warna biru hitam ngan plastik bekas keropok tersekat antara baju ngan dada dan tak lupa sebelah tangan hilang ngan kesan gigitan biawak. Hmmmm.. Tragis.

3. Mati Tengah Klimaks
Kau ada bini cantik, alim, baik ngan anak berpaku kat belakang then seperti biasa kau bagitau diaorang kau ada meeting tapi sebenarnya kau tengah layan secretary kau kat hotel murah tapi ketika kau dah nak mencapai klimaks then tetiba dada kau sakit sebab kesan terlebih telan viagra dan kebetulan pihak majlis agama, majlis perbandaran ngan krew 999 tengah buat rakaman then esok hari keluar kat TV3: Suami mati ketika menuju klimaks dengan skandal pejabat. Hmmm.. Tragis.

4. Mati Bunuh Diri
Sebab bunuh diri: Gagal SPM, gaduh ngan balak, awek lari ngan mamat Indon, parents tak restui hubungan cinta ngan balak yang sama umur 17 tahun, bapak koyak poster band K-Pop dalam bilik etc. Hmmm.. Tragis dan bodoh kot.

5.Mati Sebab Kebodohan Sendiri
Kau ngan kekawan tengah jalan tetiba tengok sekor ular ni then terus nak ambik. Kawan kata jangan tapi sebab kau punya ego dan nak nampak hebat then siap kuar lawak kata: Apsal lam TV boleh lak? tapi belum sempat kau nak peluk then terus kena sengat then mati ditempat kejadian. Or kau bet ngan kawan sapa leh makan Big Mac Mc D paling cepat so kau ngan slumber jer terus masuk sebijik-sebijik burger tu dalam mulut dan sesah nafas few minutes dan teus kojol. Hmmmm.. Bodoh dan Tragis.



B. MATI EPIC EPICNESS

1. Mati Ketika Tengah Beribadah
Kau tengah solat jemaah dan bila Imam bagi salam then kau perasan yang pak cik sebelah kau masih lagi setia sujud. Dalam hati kau buat lawak kata: Mesti masa muda dulu pak cik ni giler banyak buat dosa so terpaksa ar mintak maaf banyak-banyak. So kau blah. The next day heboh satu kampung berita ada sorang pak cik ni meninggal masa tengah sujud. Then cam ada tamparan kat pipi kau buat kau mengeremang satu badan. Sampai bila-bila ar muka pak cik tu akan menghantui kau. Hmmm.. Epik tu wei

2. Mati Ketika Tengah Menyelamatkan Orang Tengah Kesusahan
Kau ada kawan gemuk yang jobless dan tak ada awek. Kau hari-hari make fun of him then satu hari masa tengah lepak kedai mamak then ada sorang akak sarat mengandung mintak tolong sebab kena ragut. Ketika orang sekitar buat derk then kawan kau tu terus bangkit dari seat dan kejar si peragut tu. Yap, dia dapat beg akak tu but unfortunately peragut tu bawak pisau dan meragut pula nyawa kawan kau tu. So reaksi kau: tergamam? Menanggis? or menyesal sebab hina kawan kau dan sampai mati kau tak akan lupa kawan kau tu ar. Hmmm.. Epic tu wei..

3. Mati Ketika Memperjuangkan Keadilan
Ketika kau ngan awek kau tengah lepak STARBUCKS sambil layan smartphone memasing ngan aktiviti mengelike dan share post tentang kejahatan Rejim Zionist but still kau leh ketawa besar layan online blog yang lawak. Then awek kau tetiba kata "Saya nak join sukarelawan ke Gaza ar" menjadikan gelak ketawa kau makin besar sambil kau kata "Tengok budak sekolah rendah kena buli pun awak tak berani nak tegur inikan nak ke Palestine..?" but bila esok kau pergi rumah dia then parents dia kata memang betul dia gi Gaza sana. Less than a week keluar berita kat TV tentang kapal sukarelawan kena ambush oleh tentera Zionist dan terang-terang muka awek kau tengah diacukan senjata. Awek ku sikitpun tak menanggis sebaliknya dia bertakbir dan kata kuat-kuat: selamatkan Gaza then BUM kena tembak. Girl yang kau perlekehkan tu dah jadi wirawati dunia. Hmmmm.. That is epic wei

4. Mati Ketika Tidur
Kau bangun jam 11 pagi then gi dapur tengok tak ada sarapan atas meja then kau bising-bising, hentak meja etc sambil membebel kata emak kau tu pemalas, tak ada kerja lain selain tidur etc. So kau ketuk pintu bilik mak kau cam nak pecah rumah then masuk dan tengok mak kau tidur sambil tersenyum. Still kau leh membebel kata: mimpi apa entah orang tu ni sampai leh tersemyum cam tu sekali. Then kau cuba bangunkan dia but still dia masih tak ada reaksi. Then kau perasan yang tak ada nafas yang keluar masuk dari hidung dia. Sorry, bro kau dah terlambat. Hmmm.. It is epic

5. Mati Ketika Berusia 27 Tahun
Tak nak cakap panjang-panjang tapi sekadar nak kata yang mati pada usia 27 tahun totally AWESOME..!! Dont worry ada sekitar kurang 2 bulan lagi apa untuk aku menamatkan saki baki forever 27 nih.. Huhuhu..
























Still aku doakan al Fatihah untuk Hanafee Abdul Rahman dan mereka-mereka yang terkorban di Gaza ketika ni. Al Faithah


Wednesday, December 8, 2010

Robot

Aku ialah seorang lelaki yang berdiri pada prinsip: peraturan ialah something yang dicipta oleh manusia untuk dilanggar either oleh manusia lain or diri dia sendiri. So aku akan sentiasa guna excuse tu setiap kali aku langgar mana-mana peraturan. Realitinya it true what. Ia sama cam burung yang dilahirkan bukan untuk dijadikan hiasan dalam sangkar. Ia ada sayap dan ia perlu terbang melihat dunia seluas yang mungkin. Dan bukan hanya hidup, makan dan mati hanya dalam sangkar sambil diperhati oleh orang ramai then hilang pengertian yang perlu dijalani oleh burung-burung lain. Hmmm..


Hari ni our first OJT aka persediaan tahap awal before kami boleh dibenarkan bebas bersendirian jawab soalan dari customer. Each one of 13 of us ditetapkan bersama seorang MENTOR. Aku diletakan under a young CSR name PIJAN. Dia boleh dikatakan as satu kepala gak r ngan aku. Biasa r orang muda-muda yang kuat memberontak dan akan langgar setiap peraturan. Basic peraturan untok today ialah: no talk between mentor and mentee. So what else can you expect untuk diam dan buat donno pada someone yang duduk disebelah kita untuk masa satu hari? Naaa..

Kami bercakap, make fun about certain customer tertentu yang perangai cam lawak, share some info, tukar maklumat etc. Then bila kena tegur so baik sekejap then cakap-cakap lagi. So kedian kena tegur lagi so kami baik sekejap dan kembali seperti sediakala. Bila difikir-fikir balik kami bukannya talk nonsensely about crabby things pun. And make things SUCKS bila didapati either one of us tersenyum pun terus kena tegur gak. Wooow.. Peraturan kerja mana yang tak membenarkan pekerjanya supaya tak boleh senyum nih? Kerja kat Palestine dibawah cengkaman Israel ka?

Realitinya banyak gak suara-suara kasar aku dengar dari pekerja-pekerja sedia ada. Tapi suara-suara kasar tu tak dibawa jauh sebab mereka hanya pekerja bawahan jer. Peraturan yang extra ketat cam: panggilan tak boleh ada fatal, tak boleh bercakap dalam ruang kerja, tak boleh ada cuti, tak boleh pergi toilet lebih masa, masa makan sekejap, masa sembahyang sekejap, tak boleh itu, tak boleh ini.. Dude.., it seems like the management nak jadikan pekerja manusia ni jadi cam robot dah..


Memang r matlamat utamanya nak memastikan kualiti kerja yang jauh lebih sempurna tapi masalahnya manusia ni tak ada seorang pun yang sempurna. As aku kata manusia ni bukan robot yang tak akan buat salah selagi dah diprogram untuk tak buat salah.









And Im not perfect to and I dont want to be perfect. Plus Im enjoy making a mistake so dont ever-ever try to make me stop from doing it. By doing mistake make me learn better about it...
















Mungkin disiplin mampu menjadikan manusia lebih terlatih tapi aku lebih percaya yang persekitaran yang tenang dan mengembirakan jauh lebih berjaya membentuk kejayaan berbanding persekitaran yang tegang dan penuh tekanan dan rasa marah serta benci... Hmmm..




















I do believe that I will not stay long in this organisation. Jika that organisation cannot change then aku yang akan mengalah. Yang pasti ia bukan pekerjaan pertama yang aku dah pilih untuk berhenti r kan? Hmmm

Monday, January 5, 2009

Pro Israel

Terbaca 1 blog (technically bberapa blogs r) yg leh kuarkn 1 ayat yg chantek cam ni r:

"When Christians kill Muslims, it's the Crusades. When Jews kill Muslims it's
murder, and when Muslims kill Muslims, it's like talking about the weather.
Nobody really cares about it."

(http://www.jihadwatch.org)


Blog 2 antara salah 1 blog yg korang akan mudah jumpa kat tenet. Skarang ni dunia tgh hangat ngan issue Hamas, Palestine, Israel, blog hina Nabi Muhammad S.A.W, hina Islam etc. Dan aku rasa dh tiba masa aku bwat KERJA SOSIAL ngan memaparkan pandangan aku atas apa yg berlaku dlm DUNIA vs ISLAM. Kalau korang klik2 kat dlm tenet cari issue2 cam ni dari pelbagai sudut then korang pasti akan bukak mata besar2. Laen r kalu korang still rasa selesa fikir dunia ni hanya ada di Malaysia dan issue paling hangat hnya pilihanraya kat Terenganu jer tanpa nak fikir apa belaku kat luar.

Korang leh tau betapa ada certain masyarakat dunia sangat2 x suka Islam. Boleh bwat komuniti on line discuss perkara2 orang Islam bwat as buduh piang r, itu ini r. Blom lagi bab bila masa Isreal keluar statement yg diaorg jadi mangsa kekejaman dan tersepit oleh kuasa2 jahat negara2 Arab. So diaorg melancarkan serangan hanya setelah bersabar untk tempoh yg lama hingga membunoh banyak warga awan yahudi so diaorg berjuang atas dasar mempertahankan diri. Dan bila ada masyarakat luar yg terima teros fakta2 cam ni teros bwat spekulasi masing2. (lihat plak dari perspektif kita)

Imbas kembali ayat kat atas tadi bagitau betapa kita hanya nampak apa kejahatan orang laen bwat pada masyarakat Islam kita. Tp kita buat2 x nampak apa kekejaman dan kejahilan yg masyarakat Islam kita sendiri bwat pada diri masyarakat Islam kita sendiri. Nak x nak kita kena trima gak hakikat yg kita betangongjwb atas apa yg kita pernah bwat. As cartoons & gambar2 kat bawah ni try nak bagitau:






WE’RE RIGHT, EVERYELSE IS WRONG, WE’RE BETTER THAN YOU
Ada 1 blog ni ditulis oleh sorang India (http://surind.blogspot.com/) yg menulis komen dia ttg ketidakbijaksanaan penganut Islam dlm certain issues. Perkara 2 bagi aku x penting pon cuma baby g bwat aku terkezot ialah bila yg bagi komen (mostlynya Melayu) bwat kenyataan yg sepenohnya macam setan. Ada yg mengugut nak membunoh, sepak terajang, dan seribu 1 lagi sikap kurang ajar. Then aku mempersoalkan orang2 Melayu (yg kata Islam ni) yg bangga mmbuat statement 2, ‘Itu ker agama korang ajar cara menyelesaikan masalah?’. Kalu aku ni org bukan Islam, aku akan jadi lebih FOBIA pd Islam.

Ingat masa kecik2 dulu, emak aku lebeh suka cerita kisah2 nabi drpd cerita cinderela (itu nenek n aunt aku r suke crita). Bila dah besar mmula rajin baca kisah2 para nabi. Masih ingat 1 kisah bila ada sorang mak cik ni benci sangat pada Nabi Muhammad S.A.W sampai buang taik kat depan rumah or kat tempat laluan Baginda. Tp Baginda ttp layan mak cik 2 baek2 sampai r 1 masa mak cik 2 x sihat dan Baginda melawat dia. Akhernya mak cik 2 insaf dan memelok Islam.

Hari ni dunia melihat Islam as: menyelesaikan masalah ngan menahan org then pancong, kkejaman ialah cara undang2 Islam, Jihad ialah alasan untok Islam menghalalkan perang, Islam disebarkan melalui mata pedang, kahwen ramai cara lelaki Islam memuaskan nafsu diri, wanita Islam akan dikongkong dalam hijab 24/7/365 dan akan jadi abdi kepada suami, peraturan Islam menyekat kebebasan & banyak lagi. Kenapa mereka fikir cam 2 then bertindak menentang Islam? Sbb mereka jahil dan mereka takut pd sesuatu yg mereka x tahu. Selain drpd dsbbkan ada certain org2 bodoh dan bertindak bodoh then diaorg beragama Islam. Then 1 dunia akan label hitamkan semua masyarakat Islam hanya sbb sekor lembu bawak lumpor.


Tp kalu dah sampai bab penghinaan terhadap Nabi Muhammad S.A.W, terhadap Islam, terhadap al Quran, penghapusan etnik yg pernah belaku kat BOSNIA dulu or as wat happens sekarang ni, kita x leh r just still nak pelok tuboh, x melawan. Semua kena bertindak r. Jangan hanya berharap pd keajaiban.

Kadang2 kita menjadikan org luar sebagai target musuh utama tp kita lupa diri kita ialah musuh yg paling besar yg perlu ditentang. Situasi yg lebeh mmihak kpd Israel sekarang bukan dssbkan olek kkuatan diaorg tp dsbbkan oleh kelemahan dan pepecahan dlm khalayak umat Islam sendiri. Dalaman kita sangat kosong. Kosong ngan amalan dan kosong ngan ilmu. Then menentang buta tuli tanpa guna otak. Mudah sangat melenting x tentu pasal. Mudah terikut2. Org menentang so kita nak menentang tp x ada basic apa2.

Kita harus belajar dari sejarah. Bagaimna yg dah belaku dulu akan belaku lagi. Sejarah mmg akan berulang. Masyarakat Islam yg pecah belah dan berkabilah. Memilih kepentingan politik dan ekonomi dari agama. Ketua2 dan raja Islam berperang sesama sendiri dan bmegah2 dgn membesarkan empayar dengan kemewahan dan menolak keagamaan. Dan monopoli dan pengaruh besar ekonomi oleh golongan minoriti Yahudi etc. Gosh betapa aku x suka subjek sejarah dulu tp skarang aku boleh lihat apa yg aku belajar.

Saat masyarakat dunia mengutok Israel dengan caki maki then aku berdiri sorang2 cakap satu yg berbeza. Korang jangan kata aku ni PRO ISRAEL plak dah. Kenapa kita harus mengutok sedangkan kita boleh mendoakan sesuatu yg lebeh indah. Why not kita berdoa agar Allah bagi Nur dan Hidayah kepada mereka yg jahil. Amin.




Dan kita sebagai an individual kena bawak peranan masing2 as a duta untok agama mmasing x kira Christians ker, Jews ker, Budhist ker, Hindu ker. Stiap ajaran seru kepada kebaekan. Selagi kita amalkan ajaran agama kita selagi 2 r aku yakin x akan ada peperangan...!!




Aku bukan r menganut Islam yg baek so aku minta map kalu apa yg aku tulis boleh bawak tersalah fakta ker.

Site yg best untok bacaan:
http://surind.blogspot.com/
http://drsaravananr.blogspot.com/
http://pedestrianinfidel.blogspot.com/
http://ibloga.blogspot.com/
http://sciencereasonrationality.blogspot.com/
http://www.jihadwatch.org/
http://islamtheenemy.com/
http://www.islamanazi.com/
http://baconeatingatheistjew.blogspot.com/
http://www.bidstrup.com/bible.htm
http://exposingislam.blogspot.com/
http://kakisyurga.blogspot.com/
http://www.faithfreedom.org/
http://www.wikiislam.com/wiki/Main_Page
http://www.prophetofdoom.net/
http://sheikyermami.com/
http://www.masada2000.org/islam.html

Wei, aku tulis panjang2 ni ada ker org yg baca?