Showing posts with label Telekom Malaysia. Show all posts
Showing posts with label Telekom Malaysia. Show all posts

Thursday, February 16, 2012

Cool Jobs?

Apa yang menjadikan korang mendefinisikan sesuatu pekerjaan tu as a cool jobs?
a) Pekerjaan yang buat korang bangga ngan pakaian seragam korang dan setiap kali korang dan group of rakan-rakan berjalan satu baris dalam pakaian seragam tu buat orang lain menoleh dan melihat ngan pandangan cemburu.
b) Pekerjaan yang orang sangat jarang-jarang pernah dengar apa nama pekerjaan tu (dan ia sangat susah disebut or nak dieja) dan vacancy kerja tu pulak bukan calang-calang orang leh buat sehingga buat orang lain rasa tergamam dan respect korang.
c) Pekerjaan yang buat korang lebih banyak masa minum kopi, lepak before lunch and after lunch, lepak minum petang, banyak meeting dan banyak makan masa meeting aka pendek katanya 8 jam lebih banyak dihabiskan kat kedai makan daripada di office. Hmmm
d) Pekerjaan yang orang lain tahu yang kerja tu tak bergaji besar, tak ada career masa depan, tapi korang tak pedulik sebab korang rasa kerja tu sangat cool bagi korang..


Bagi aku contoh pekerjaan yang cool ialah cam: vampire assistant (fantasinya),copy writer (yap, Razzy kerja ko sangat cool), coffee barista, baker, graphic designer, pelukis, penulis, assistant kedai buku, assistant kedai cd etc adalah sangat cool.

Then korang persoalkan "Aj, itu cool ker? Pilot, engineer, doktor bedah saraf, angkasawan bla bla bla barulah cool..!!"

Suka hati aku ar, aku punya definisi then aku punya suka ar..

Then korang balas balik "Aj, I tho ko punya previous job dulu as a library assistant, cikgu sekolah swasta, mr operator, penceramah kat PLKN and assistant manager kat cinema tu bukan dalam list cool job ko gak ker...?"



erk, itu...



Korang sambong balik "Ko pun pernah kerja kat Jabatan Ketua Menteri Sarawak gak kan? That cool what?"










Hmmmm..












What can I say? Cool job kekadang cepat membosankan especially bila ia dah terlalu cool sangat.




















BTW hari ni aku memasukkan satu aku kerja as a cool job iaitu TOURGUIDE. Yap, wishing me all the best sebab petang ni aku nak dapatkan kerja tu.. Hohoho

Thursday, February 9, 2012

Customer Are Always SUCK..!!

Korang dah layan video pekerja KFC yang membelasah customer yang lebih kurang situasinya: customer beratur panjang-sampai kaunter pekerja bagitau makanan dah habis-customer membebel-pekerja marah. Realitinya pekerja dan customer tu orang yang baik-baik jer tapi sebab that day ialah bad day diaorang so mereka gadoh ar. Bagi ramai customer akan kata yang ianya salah pekerja tu sebab customer always right.. Bagi aku naaaaa..


Korang pernah kerja customer service yang fokus kerja tu just serve customer either with product or services lebih dari 8 jam sehari, 6 hari seminggu tak?

Kalau korang pernah ada experience tu then korang pasti akan kata yang customer tu or mana-mana customer sangat-sangat SUCK dan deserve diberi layanan sedemikian plus korang sangat berterima kasih pada pekerja KFC tu sebab dah mewakili semua pekerja-pekerja yang hidup mati hanya nak layan perangai sebijik cam setan tu. Hmmm..

Tapi kalau korang tak pernah then apa yang aku leh kata ialah: yap customers are always rite. Hmmm..


...


Aku pernah buat beberapa kerja yang berasaskan customer service nih. Kerja terakhir aku as 'pekerja wayang' yang kekadang kerja 14-15 jam sehari, 6 hari seminggu then ngan moto bahawa we are servant that serve king aka pekerja ni ialah hamba abdi yang melayan karenah dan keperluan raja. Kalau jadi customer of course la happi hapi cuma yang extra merana tu servant laa..

Just imagine kalau kaunter jual tiket jer dalam sehari tu nak serve beratus customer yang setiap satu berperangai pelik nak mampus then emosi kita turut lari sekali ar. Kalau sorang dua je yang mintak diskaun or tanya review filem or kata duit tak cukop or asyik bergayut ngan handphone mahal lah sangat tu or berlagak nak mampus or kata curik duit etc then it still okey tapi masalahnya almost semua perangai sama jer.

Kalau boleh cakap lepas then dah lama keluar word buduh, caki maki, carut marut etc or hentak kepala customer kat dinding or leh pancitkan tayar dia ke.. Hmmm..


...


Previous-previous tu plak pernah kerja jadi 'operator' kat TM. Yap, korang tahu service TM teruk tapi percayalah kalau korang jadi customer service representative TM then korang akan terasa bahangnya bila dalam sehari mesti ada berbelas customer yang kata diri datin or perangai burok cam datin caki maki korang kat telefon. What can u do? Tekan butang mute then makan keropok ke, baca magazine ke or beborak ngan kekawan sampai dia letih.

Plus info tambahan: kalau korang nak letakkan 100% beban kesalahan pada operator tu then korang buta tuli ar. Operator just buat report then hantar pada bahagian yang akan handle aduan tu before assign contractor untuk solve masalah tu. Then korang tanya "So...?". Masalahnya sorang operator sehari dalam jawab around 60-70 calls then buat report yang jumlahnya berganda then dalam sehari keseluruhan operator menghasilkan beribu-ribu report. Fikir sendiri.


(tapi tak dapat dielak gak yang memang ada pekerja TM yang malas buat kerja. Hmmm)


But motto TM are more realistic ar bila mereka kata: customer has a right aka pengguna ada hak untuk tahu apa hak mereka.


...



Bila melibatkan customer service then pendirian aku cuma satu jer: aku nak bagi service sepertimana aku nak aku nak dilayan. Aku nak orang layan aku baik then aku layan orang sebaiknya. Hmmm..














Aku pernah pergi 1 KFC ni, beratur panjang then bila sampai kaunter then aku order dan pekerja tu ngan senyuman kata "Sori encik, kami cuma ada wedges jer lagi. Itu pun satu jer.." Buat aku heran, modus operandi utama KFC bukan jual ayam ker? Naseb baek aku tak lepas mulot then kalau tak mesti  muka aku plak yang kena belasah kang. Hmmmm..

Thursday, January 5, 2012

Review 2011

Aku bukanlah jenis manusia yang mengagung-agungkan saat 11.59 minit malam pada 31 December setiap tahun tanpa tahu sebab musabab untuk aku meraikannya dan few minute after that thing berlalu sama saja seperti hari-hari biasa pada mereka. But still aku masih lagi sambut tahun baru tapi sambutan aku adalah beberapa hari lebih lewat dari hari yang sepatutnya. Whose care? My new year are depend on me laa kan? Hohoho


Tahun 2011 ialah tahun yang agak mendatar bagi aku. Nothing big happen. Tapi still setahun adalah tempoh  masa yang panjang dan kalau aku tak dapat lihat apa yang aku perlu belajar sepanjang tempoh tu or tak ada peningkatan pada diri aku then aku ialah seorang yang rugi. So aku nak buat review tentang graft hidup aku sepanjang setahun yang lepas.


a. KERJA
Aku buat 3 kerja untok tahun ni. First: Customer Service Representative aka mr. Operator di Call Center TM's Malaysia di Kuching selama almost 4 bulan. Second: Penceramah untok Modul Integrasi di PLKN Bintulu selama seminggu. Lastly: Cinema Assistant Manager di Golden Screen Cinema di Kuantan, Pahang selama almost 4 bulan.


As antara kata-kata yang selalu orang guna untok menenangkan hati aku setiap kali aku kata aku resign kerja  yang bagi aku a bit lawak ialah "Jangan risau. Yang penting kau boleh dapat pengalaman kerja yang banyak.." Ya ya ya.. And as aku perasan rupanya setiap satu kerja yang aku buat ialah dari bidang yang berbeza. Yap sekaligus aku memang dapat pengalaman kerja yang berbeza plus membuktikan bidang-bidang tu tak sesuai ngan aku. Hmmmm..


Hampeh rite?


b. KAMERA
Tahun ni aku beli 5 bijik camera. First: underwater film toy camera. Second: kamera CANON Powershoot A480 camera digital biasa sebab awal tahun tu kebetolan kamera aku buat hal. Third: CANONET Classic film camera. Keempat: CLAP digital camera. Kelima: FISHEYE2 Lomography camera. Wakaka.. Sesaja membazir duit..


Tahun ni aku mulai mengenali idealogi LOMO aka idea penggunaan filem rosak. Aku rasa ideanya cukup cool when kita akan back to basic aka guna filem tanpa tahu cam mana hasilnya then menimbolkan curiosity yang tinggi untok tengok hasil akhernya masa di cuci kelak tanpa perlu peduli nak buat effect-effect tambahan etc. Plus design-design luarannya sangat lari dari kebiasaan camera-camera biasa yang agak skema dan terkawal yang sangat sesuai ngan sifat diri aku yang agak menentang formality dan ciri-ciri normal.


Tak lupa aku masih lagi sangat anti pada DSLR. huhuhu


c. LOVE
Faezah dan Zack bertunang, Laila dah kahween dan dah mengandung and tunggu beberapa minggu lagi before tukar tittle, Kaspalela Manja dah dirisik, Nazz dan Fressa pun dah start nak beli barang hantaran, Asnida Alwie  yang gila ganas masa sekolah dulu pun dah kahween. Itu belum masuk yang couple sekian lama tapi masih belum lagi tukar-tukar status sebab takutkan komitmen. Even my 17 years old cousin yang belum keluar result SPM pun declare ngan balak dia.



(tak ada gambar)














Dan aku? Menyendiri lagi.. menyendiri lagi pada tahun lalu dan pada permulaan tahun ni lagi.. Hmmmm

Wednesday, July 13, 2011

Soalan Buduh

Korang tahu tak film Malaysia title Penunggu Istana? Ia kisah sekumpulan pelajar yang buat kajian di sebuah istana lama then diganggu oleh entiti penjaga istana tu bla bla bla. Ia sekitar seangkatan film barat cam Blair Witch Project, Paranormal Activities, Cloverfield etc yang menggunakan pendekatan berbeza dari rakaman film biasa di mana mereka guna pendekatan rakaman cam si pelakon sendiri yang rakam guna videocam amature mereka jer. 


Main point aku nak share kali ni ialah each time aku seach review or nak download haram film tu then mostly akan ada comment kat bawah post tu yang buat aku ketawa sendiri. Soalan-soalan tu cam:

Betul ke mamat dalam cerita tu mati the end? 
Dia hilang tak ada usaha mencari ke?
Then sia-sia je ar girl dalam movie tu mati?
Apa kata keluarga mereka yang mati nih?

Membuatkan aku x pasti either mereka betul-betul naif baru keluar dari petapaan di gua then tak tahu or just troll buat-buat tak tahu? Ada lagi ke dalam era 2011 ni yang leh percaya yang betul-betul wujud teens yang buat rakaman video amature then video tu leh dijadikan film dan bab melibatkan orang benar-benar mati ngan mudah  leh lepas oleh tapisan film negara Malaysia? Hmmm...






Kemudian wujud plak kumpulan kedua yang muncul kata mereka dah tahu kebenaran dan rasa tertipu bila dapat tahu pelakon tu hidup dan leh datang kat MHI buat promosi film tu. Aku tak faham bila mereka boleh kata tertipu pada kebenaran sebuah film. Kira mereka ni tertipu dan percayalah yang Dania aka Scha ni betul-betul pramugari yang setiap tahun tukar syarikat penerbangan hanya sebab masalah cinta? Hmmm.. May itu menjelaskan apsal ramai yang melatah dan marah bila tengok gambar Tiz Zakiah yang berbeza berbanding drama Nur Kasih dulu kot..






...








Kalau korang membesar di sekolah yang tipikal ia pasti cukup susah nak tengok ada student angkat tangan dan tanya soalan setiap kali sesi pengajaran tamat. We mostly takut kalu ramai yang tengok kita then fikir: soalan senang aka buduh cam tu pun nak tanya gak ke? membuatkan kita refer simpan soalan tu berlegar-legar dalam otak kita or tanya kawan yang seangkatan tahap IQ tu untuk jawab soalan kita tu. 

Kekadang gak ada masa penjawab soalan tu yang menjadikan kita tak nak tanya soalan. Contoh cam masa sekolah dulu cousin aku ni pernah tanya kat cikgu kami: apa pentingnya belajar math ni? bukannya kita leh guna dalam kehidupan pun teori algebra, sin, kos, tan etc ni masa nak beli ikan ke etc? So cikgu tu bagi jawapan yang kadar inteleknya lebih rendah dari otak kami so kami tak nak tanya soalan lagi pada dia.









Tapi bila tamat zaman universiti aku dah mulai banyak bertanya dan aku sedar walau soalan tu bunyik cam simple tapi kekadang amat bagi effect besar sebenarnya.
















But still pada usia dewasa ni, masih ada jugak org dewasa yang tanya soalan buduh... Hmmm...

Sunday, January 30, 2011

KIV

Kalau korang call 100 akan ada 2 kebarangkalian: either korang akan sangat puas hati dengan service yang diberikan or sebaliknya. Kalau korang ditakdirkan menerima aku or orang-orang cam aku as customer service yang melayan call korang masa tu then korang pasti akan tersenyum untuk beberapa hari sehingga korang call next 3 working day dan korang dapati rrupanya call yang bunyi cam best tu rupanya just a piss aka korang kena kencing ngan ayat yang manis je selama ni. Hmmmm...


Sepanjang aku live jawab call ni boleh dikira berapa kali sahaja ada cust yang marah pada aku. Walau betapa teruk kes yang berlaku pun mostlynya aku mampu handle. Mungkin semuanya start bila aku buat kesalahan pertama tu bila ada sorang customer (yang nama anak dia sama nama aku plak) yang apply dan tunggu 4 bulan and suddenly applicationnya di-BATAL-kan. Dan aku dengan jujornya kata yang application dia BATAL sehingga mak cik yang educated and hidup penuh manner tu suddenly terus mengamuk dan mencarut panjang tanpa henti. Hmmmm..

So after that aku buat kesimpulan yang walaupun technically ianya salah dari segi prinsipnya tapi betul dari apa yang view of what a customer want: mereka lebih suka menerima penipuan daripada kebenaran sebab kebenaran adalah something yang lebih menyakitkan. So aku nak tak nak aku terpaksa menipu: one thing yang aku dh janji yang aku tak nak buat untuk azam 2010 dan 2011 tapi aku terpaksa gak buat sehingga come part Im quite enjoying telling lies because of most people enjoying listen to it. 

So aku bagitahu customer yang application mereka still in status tunggu, in waiting list, I will sent a report to processing team, they will call you back in 3 working day for the feedback, this report is urgent, pihak contractor akan datang install itu ini, bagi contractor number yang what the fuck realitinya itu semua just a  lie yang customer suka dengar dan yang customer service addicted cakap.





It seems penipuan adalah harapan bagi mereka yang tak sanggup menerima hakikat kebenaran. 


















Aku ada seorang kawan yang hidup dengan prinsip "Dengar boleh tapi percaya jangan". Awal-awalnya aku fikir dia hanya akan menipu orang lain dan bukan aku. Sehingga lama-kelamaan aku mulai perasan yang ayat dia semakin pelik dan dia rumahnya telah menipu aku dan kawan-kawan lain. Sehingga aku tak tahu yang mana aku boleh percaya dan yang mana ialah penipuan dia. 

May be that why dari tahun lepas sehingga tahun ni aku berniat untuk tak nak menipu lagi. Aku terlalu hebat dalam membuat penipuan dan aku tak nak addicted to it then enjoying it then aku tak nak jadi macam dia. 



Sebab aku lebih refer untuk menerima kebenaran walaupun ia menyakitkan. 
















Semalam aku terima surat dari last interview yang aku attend. Sejujornya itu adalah interview yang paling berjaya yang pernah aku hadiri. Cuma masalahnya taraf pendidikan aku terlalu tinggi untuk post yang mereka tawarkan. Mereka kata mereka akan rasa bersalah jika terima aku untuk post tu sebab gaji yang ditawarkan terlalu kecik berbanding taraf pendidikan aku. Then mereka tanya apa post yang aku mahu yang mereka akan cuba letakkan aku dalam company tu nanti. So aku pilih untuk satu post nih dan technically department itu pun tak wujud dalam company tu dan mereka kata akan bincang ngan pihak atasan supaya akan buat that department dan aku akan menerajui that department sebab mereka sangat yakin dengan kebolehan aku present myself at that time. So mereka akan hubungi aku balik in next 3 month. 







Sebulan dah almost berlalu dan satu-satunya yang datang dari company tu hanya surat yang kata:

"We will keep your application in view should there be any openings in our company that fits to your qualification and experience."









I dont know either it a HOPE or just a piece of LIE.. Hmmmm...

Sunday, January 23, 2011

Breaking Da Rule

Kekawan yang kenal aku akan judge aku either as seorang yang sangat patuh dengan peraturan or seorang yang sangat tak suka ikut peraturan. It seems kalau dalam 1 institusi tu ada banyak peraturan then aku akan patuh ngan certain peraturan dan akan langgar the rest of it. Then akan ada yang kuar statement yg sering aku kuarkan: peraturan yang dicipta adalah untuk dilanggar. Kan..? Hmmm..


Korang mesti pernah berada kat mana-mana tempat yang ada peraturan yang sangat pelik dan tak masuk akal. Sehingga korang tak leh jumpa rasional kenapa peraturan cam tu boleh wujud. Ada peraturan tu memang quite pelik tapi ada matlamat disebaliknya tapi ada peraturan memang tak ada matlamat langsung. Contoh cam kat negara barat ada peraturan cam boleh pukul isteri tapi tak boleh melebihi sekali sebulan, tak boleh pelihara buaya dalam bathtub, dilarang mengambil gambar beruang sedang tidur etc.

Post kali ni tak ada kaitan pun nak menceritakan penuh detail tentang what ever peraturan pelik-pelik yang ada diseluruh dunia tu cuma nak kembali share pada realiti yang sebenarnya wujud gak peraturan pelik-pelik dalam keadaan sedar tak sedar korang ada disekeliling korang.

Korang pasti tahu issue yang berlaku baru-baru ni kat satu negeri tu bila ada certain golongan masyarakat nak request jangan laungkan Azan guna speaker untuk sembahyang Subuh atas alasan ia terlalu bising dan menganggu masyarakat yang nak tidur. Realitinya banyak dah berlaku di negara-negara luar sana even negara yang majoriti Islam dan di bawah kepimpinan Islam pun menghalang laungan Azan atas alasan nak jaga keharmonian hidup bermasyarakat bersama penganut agama lain.

Teringat zaman Universiti dulu ada sorang jiran Cina ni dia sangat-sangat tak suka bila part ada Azan ni. Dia selalu membebel ngan aku kata Azan akan menganggu tidur pagi dan tidur petang dia. Ada satu hari tu dia tanya aku apa fungsi Azan ni? Then aku jawab r untuk menyeru masyarakat Islam ke arah kejayaan dan mengerjakan solat. Then secara intelektualnya dia menjawab "Lu orang Islam dah tahu lu punya waktu sembahyang kan then kenapa mesti bising-bising mau ingatkan haa?"

Selamat r apek tu bukan 'the believer' kalau tak mesti aku dah lempang se-das tembakan. So dengan senyuman aku jawab "Manusia ni fitrahnya pelupa then mesti diingatkan selalu..." dan dengan segeranya dia menjawab balik "Kalau tak bising-bising ini kamu orang Islam ni tak akan ingat sembahyang ka?" Ada betul gak apa dia maksudkan. Tak kan perlu Azan jer baru kita ingat nak sembahyang sebab agak ramai yang dalam IC tulis status ISLAM tapi masih lepak-lepak makan kat cafe, main bola, tengok TV etc. So Azan yang kuat tu tak bagi effect pada korang pun sebaliknya hanya pada yang non Muslim jer: kebisingan.





Kembali pada cerita asal: Aku bekerja dalam persekitaran masa ialah sesuatu yang tersangat bernilai. So kami ditetapkan ngan berapa jam bekerja, berapa jam rehat dan minit-minit yang selebihnya: toilet 5 minit yang had sehari cuma 30 minit, tulis report sekitar 2 minit, etc dan kalau lebih masa akan ada surat kaunseling menunggu. So last month report keluar menunjukan yang aku antara paling tinggi terlebih masa. Bila fikir-fikir balik aku  masuk kerja on time, rehat keluar-masuk balik on time, aku tak ambik rehat toilet, then rupa-rupanya ia dikira dari masa sembahyang aku. 

Masa had sembahyang untuk lelaki ialah 5 minit. Aku perlu turun tangga 3 tingkat, ambik wudhu, sembahyang, naik balik tangga 3 tingkat dan ia lebih dari 5 minit. Dan mostly setiap kali aku masuk balik office then garenti akan tengok Operation Manager kuar dari bilik dia (mostly dia hanya akan keluar bila ada orang yang terlebih guna masa r) dan pergi jumpa team leader aku. Ttiba last Friday kuar 1 peraturan baru: sesiapa beragama Islam yang nak bersembahyang perlu pelaporkan diri ngan orang-orang tertentu untuk setkan masa sembahyang mereka. 

Aku sedaya upaya fikir kalau aku tak guna rehat toilet then aku leh guna lebih masa nak sembahyang tetapi tak boleh rupanya. Entah apsal tetiba aku merasakan sedang berada di Palestin jer apabila hanya dengan kebenaran rejim Zionis sahaja masyarakat Islam di sana dibenarkan sembahyang. Itupun penuh dengan peraturan-peraturan yang hyper ketat baru leh lepas. 



















Percaya r most of the time aku langgar peraturan tertentu sebab peraturan tu tak masuk akal. 












Tapi keseluruhannya aku langgar peraturan sebab peraturan tu membosankan aku. Hmmm..

Tuesday, January 18, 2011

16 Tahun Kemudian

She looks at me seriously then tanya betul ke aku akan berhenti. Then aku yjawab: ya, aku akan resign bulan ni. Dia buat muka masam. Aku hanya tersenyum.


Bagaimana korang melihat kematian? Adakah ia sebagai tanda berakhirnya sebuah kehidupan atau permulaan kepada kehidupan baru?

Hari ini dari bermulanya hari sehingga berakhirnya waktu bekerja dalam otak aku hanya berlegar aku nak resign kerja. As workmate: WINNIE (not the pooh) kata kerja ni dah tak bagi apa-apa motivasi lagi untuk kami teruskan perjuangan di dalamnya. Plus aku dah jadi someone yang aku tak nak jadi : 1)Aku menipu dan enjoy dengan penipuan aku tu setiap hari 2) aku turun kerja dan balik hanya menunggu gaji pada hujung bulan jer. Hmmm..
.
Then the other workmate: SUZY bagitahu siapa nak nak bagi RMxxxx dengan mudah? Then aku persoalkan dia balik: berbaloi ker gaji RMxxxx tu dengan apa yang kita lalui setiap hari? Then dia mengaku yang setiap pagi ketika dia bangun dia almost bersedih tak nak pergi kerja, then nak tak nak dia pergi gak dan harungi perkara yang sama setiap hari. Then aku mempersoalkan dia balik: dia boleh teruskan perkara tu setiap hari lagi ker untuk mingu-bulan dan tahun yang mendatang nanti?

Then makin ramai yang keluarkan pendapat masing-masing yang tak nak suruh aku berhenti dan dalam masa yang sama realitinya mereka pun nak berhenti gak.




Mungkin semuanya berbeza kerana aku seorang yang positif. Then korang tanya apa yang positifnya dengan resign tu? Resign seems loser what? Kemudian aku ngan garu-garu kepala reply: bukan ker korang sendiri yang negatif sebab fikir resign for looser only kan? Sebab bagi seorang yang positif (cam aku yang perasan ni) akan kata pengecut tak akan berani untuk resign. Pengecut akan fikir walaupun kerja ni gaji kurang besar dan tekanan besar tapi kat luar sana tekanan kerjanya lebih teruk. That how a loser think. Looser tak berani nak berhenti dari their safety zone. So hanya orang berani akan pilih untuk berhenti dan sahut cabaran di luar. 





Apabila aku baca artikel PSORIASIS yang severe akan hidup separuh dari kehidupan manusia normal, at that time Im quite shock. God make me sakit, aku berpotensi besar untuk lumpuh then He make me hidup separuh dari hidup normal person? Yaa, at first I think it not adil (nak adil join KEADILAN r) He make me that way. Tapi as time goes by I think hey no one know apa akan berlaku pada mereka dan sekurang-kurangnya aku tahu apa akan berlaku pada aku penghujung hidup aku nanti. Dan sekarang aku ada sekitar 16 tahun before aku mencapai umur 43 tahun yang dikatakan dalam artikel tu. It seems tuhan bagi aku ruang untuk aku hargai masa yang masih ada. Sama seperti kalau korang tahu kiamat ialh pada bulan depan then you will do the best sepanjang masa before seminggu tu tiba kan?

16 tahun ialah tempoh yang panjang untuk mereka yang mahu anggap ia sebagai masa yang panjang. Bagi aku 16 tahun itu ialah tempoh masa yang pendek. Aku hargai setiap hari aku bangun sebagai anugerah. Dan jika aku nak stay dengan pekerjaan ni then cukup pasti banyak perkara yang aku akan terlepas kelak. Aku masih lagi nak berjumpa banyak orang. Aku masih nak buat banyak kawan baru (dan kemudian jadikan mereka as musuh) sebab aku masih belum jumpa 'that one person' yang akan jadi kawan sejati, akan jadi cinta, sejati akan jadi kekasih sejati pada aku. Aku masih nak cari pengalaman suka, duka etc. Aku masih nak jelajah dunia puas-puas. Aku masih nak buat banyak perkara yang ada dalam list aku lagi.






Then korang kata ngan simpatinya "Aj, berpijak pada bumi nyata. Dunia tak akan berputar hanya dengan mimpi dan khayalan. Hidup perlukan duit. Stay pada 1 kerja, buat simpanan, cari back-up kerja, live as a normal person..!!"







Then aku tengok ko ngan nada simpati "Jangan terlalu berpijak pada realiti. Kadang kala ko perlu menari pada rentak angin yang bersamanya ada irama. Kau tak boleh terus hidup dengan perancangan terperinci ko sahaja sebab ia boleh membuatkan kau terjatuh. Plus Im not the average normal Joe. Im different and Im proud of my differences.."


























Jika aku ialah seekor haiwan then aku ialah seekor kuda liar. Kau mungkin boleh mengurung aku tapi sekalipun kau tak akan berjaya untuk menjinakkan aku. 













Then teringat puisi AKU by CHAIRIL ANWAR:

Kalau sampai waktuku
‘Ku mau tak seorang kan merayu
Tidak juga kau

Tak perlu sedu sedan itu

Aku ini binatang jalang
Dari kumpulannya terbuang

Biar peluru menembus kulitku
Aku tetap meradang menerjang

Luka dan bisa kubawa berlari
Berlari
Hingga hilang pedih peri

Dan aku akan lebih tidak perduli


Aku mau hidup seribu tahun lagi





Maret 1943

Friday, January 14, 2011

Lesson Of The Day

Korang mesti agree with me kalu aku kata most of apa yang kita hadapi dalam kehidupan sebenar bukanlah something yang kita belajar dari zaman sekolah melalui buku etc. My cousin, ALAN waktu sekolah dulu always mempersoalkan cikgu math kami kenapa kami perlu belajar LOGARITMA, PERSAMAAN LINEAR, PUNCA KUASA dan seangkatan yang kami tak akan dan tak pernah guna sekalipun dalam kehidupan sebenar kami diluar sana. Bukannya tengah kita pergi pasar beli ikan kita tanya penjual tu Then pak cik tu terkesima kehairanan tengok korang. Hmmm...

As ada 1 blog ni kata tentang stuff that no one never ever told me not to do so or what to do so but I learn it from what I see, hear and experience sepanjang hari sejak hidup last few year. Everyone told you guys kalau ada orang buat baik pada korang then korang perlu buat baik balik pada dia as rasa terhutang budi. Tapi as pengalaman hidup korang yang pelbagai buat korang belajar yang tak semua orang buat baik perlu dibalas semula sebab kadang-kadang orang buat baik pada korang hanya semata-mata nak suruh korang rasa terhutang budi sahaja sehingga sampai part korang terpaksa tergadai body untuk balas balik what his or her favor pernah buat dulu. 
.
.
Aku ada few lesson pf the day yang aku yakin aku pernah buat, korang pernah buat dan semua pernah buat untuk survive dalam dunia yang penuh mencabar hari ni.
.
.
1. Manusia yang tunding kesalahan pada orang lain semata-mata tak nak diri dilabel as bersalah.
Korang pasti pernah dengar statement dari orang-orang tertentu yang kata: sebab dia r kita semua kena, kalau dia bagitahu kita awal-awal then pasti benda ni tak berlaku, dia kata benda ni betul then aku buat r then mana aku tahu ia salah, kenapa dia buat boleh tapi aku tak, dia tak ajar aku then mana aku tahu, dia buat cam tu then kami ikut r etc.

Korang pernah tak tengok budak kecik yang buat salah contoh kalu dia menyebabkan cermin tingkap rumah pecah sebab main bola then tuan rumah tanya siapa yang akibatkan kepecahan tu then group of kid tu akan tunding jari pada satu sama lain ngan bunyi lalat kata: dia sepak bola kuat sangat sebab tu cermin tu pecah, dia tak pandai tangkap bola then sebab tu pecah, dia yang ajak main bola kat sini then dia r punca pecah, dia yang ajak main bola then salah dia r, dia yang punya bola then dia r punca etc sehingga tuan punya rumah pun dah naik pening dengar alasan mereka.

Memang r senang jer nak menunding jari pada semua orang as bersalah tapi korang pernah terfikir ke apa yang membezakan korang ngan bebudak kecik tu? Hari ni korang buat salah then korang kata dia yang buat then korang terlepas. Tapi next day orang lain buat salah plak then dia tunding ko plak then turn ko r plak yang jadi mangsa. So itu ke matlamat game ni? Siapa yang malang dan lemah akan jadi mangsa?





Dude, jadi dewasa r. Mengaku salah dan jangan tunding jari pada sesiapa pun.. Tamat.




2. Manusia yang rela mencederakan diri sendiri supaya nampak jadi mangsa dan terlepas dari tuduhan.
Hidup adalah permainan survival. A psikologi mengkelaskan manusia as haiwan sosial so kita tak ada beza sangat ngan haiwan dengan prinsip simple basic rule: pemangsa akan menang dan mangsa akan kalah. Cuma manusia ada otak untuk main game yang lebih rumit: kadang-kadang menjadikan dirisebagai  mangsa keadaan akan menjadikan kita pemenang.

Some people were born innocence and some were born ngan muka yang cam innocence. Ada manusia yang lahir menjadi seorang jujur dan ada yang lahir dengan bakat semulajadi nampak cam jujur. Some liar are born but most are created.

Tak faham? Korang pernah tengok budak kecik yang menanggis tak. Then korang rasa kasihan pada dia dan terus timbul dalam kepala hotak korang terasa jer nak bagi sebijik das tumbukan pada sesiapa yang buat seorang budak yang sangat naif dan tak bersalah tu untuk menanggis. Realitinya kid cry most all of the time tanpa ada sebab yang musabab pun. Dia tak dapat candy pun dia leh menanggis. Dia bergaduh ngan adik beradik dia dan walaupun dia bersalah pun dia menanggis. Cuma react dari orang pada dia sahaja yang menjadikan lakonan tanggisan dia nampak lebih menjadi. Kalau tak ada sesiapa layan dia then dengan sendiri dia akan berhenti menanggis dan kembali bermain.

So dont be a kids. Jangan pretend jadi mangsa hanya sebab korang tak nak orang lain sabitkan korang bersalah. This kin of game only for kids or looser only.





Dude, be an adult. Berdepan other adult profesionaly.





3. Manusia yang sentiasa betul. 
Ada mutiara kata berkata jika bercakap ialah emas then diam ialah berlian. As pepatah lama berkata gak diam-diam ubi berisi tapi diam-diam besi berkarat. Tapi aku nak kata pulak most of people yang banyak cakap ni either dia cakap sangat berguna or mostly just a piece of nonsense. Mereka cakap cam tahu semua perkara, dia mahir semua perkara dan lebih hebat dia sentiasa betul. Then bila kita suarakan pendapat kita sedikit then dia akan balas dengan 3500 patah perkataan tanpa henti seolah-olah kita sangat salah (sekali lagi dan lagi) dan dia sangat-sangat betul.

Bila melayan ngan karenah manusia cam ni kekadang terasa teringin jer nak ambik solotape then tutup mulut mereka. Mereka tak nak dengar pendapat orang lain, mereka tak nak dengar jawapan orang lain sebab mereka ada sahaja jawapan nak bidas balik. Mereka tak respect pendapat korang, jawapan korang or what ever thing yang keluar dari mulut korang sehingga korang nak sahaja menjerit kata "Kau cakap aku dengar, aku tak komen, aku terima openly then bila aku cakap then ko plak dengar and turn ko plak terima ngan openly..."

One advice: dont argue with this tye of person sebab korang akan tahu endingnya: korang memang akan kalah dan terus kalah sebab dia sentiasa betul.






















Aku sangat malas layan manusia-manusia perangai cam ni. Cuma mendengar dan memerhati sahaja sejauh mana mereka akan bawak sikap kanak-kanak mereka ni. Hmmmm
























Penutupnya: Dude, be an adult r.

Friday, January 7, 2011

Quit From Quiting

Berhenti ialah tindakan yang paling berani yang boleh dilakukan oleh seorang individu apabila dia boleh berkata tidak kepada sesuatu perkara yang tak ada pilihan. Dan berhenti juga ialah tindakan yang paling pengecut yang boleh dilakukan oleh seorang individu yang tak berani dilalui pilihan yang ada di depan dia.

Aku nak berhenti.


Then korang tanya "Aj, kalu tak silap aku bukan ke ko baru je kerja ni?". Aku mengangguk. "Then previous month before that pun kau baru resign kerja gak kan?" Aku mengangguk lagi. "And a year before that pun ko resign kerja gak kan?" Aku yang serba malas terus mengangguk lagi dan lagi. Then aku jawab balik "Salah ke kalu aku nak berhenti kerja  ni? Aku ada ganggu anak bini orang ker? Aku ada mengandungkan anak gadis orang ker? Or ada orang mati ke kalu aku pilih untuk resign nih? Ada bencana alam ke akan effect dari pemberhentian aku nanti? Haaa?"

Aku terfikir jika aku berhenti dalam tempoh sekarang ni then ianya bermaksud purata aku bertahan dalam sesebuah kerja ialah 3 bulan sahaja dan aku dah berhenti 3 dari 5 kerja yang aku pernah buat. First job aku berhenti sebab aku rasa that jobs doesnt fit me. Second job aku quit sebab that work's environment doesnt fit me. Aku this third job Im quit for what reason next? Im not fit with these job? Alasan yang rubbish...

Kenapa aku nak berhenti kali ni?
Literallynya aku seorang yang sangat mudah berasa bosan ngan kerja rutin: answering a phone, entertaint customer, solve customer problems, write a report, then kembali semula answering a phone balik. Setelah 8 hari menjawab telefon: mendapat 5 compliment dan 4 customer marah dan tak termasuk ratusan report dan pangilan yang fatal dan sejujurnya aku rasa aku tak membantu customer sedikitpun.

Aku masih ingat lagi customer tu yang nama anak dia sebijik cam nama aku yang dia menjerit tak tentu pasal sebab order dia dah tunggu lama or pak cik dari Utara yang sumpah seranah kat aku sebab dia tak bayar bill dia 2-3bulan tertunggak or tadi ada sorang mak datin yang speaking London mencarut tak tentu pasal disebabkan streamyx yang dia langgan guna agent tu tak sampai ke meja processing, or minah kerani yang gedik tak tentu pasal meraung, merengek bunyik cam girl in porn video sebab services diberi lambat sikit sehingga membuatkan each time aku dengar deringan telefon dah buat aku jadi sedikit fobia.

Itu belum lagi masuk bab jenis yang termakan ayat-ayat janji manis aku sebab permohonan mereka lambat, status tunggu or order tak ada walau dah apply lebih 3 bulan then aku janji nak tolong itu ini tapi realitinya each of the report yang aku hantar tu tak ada respond pun sama cam report-report lain yang dihantar oleh operator lain. Aku hanya leh bagi janji-janji yang bunyi cam manis di dengar oleh telingga jer sedangkan ia hanya janji harapan kosong jer. It seems sejak aku jawat jawatan ni aku dah jadi seorang yang hebat menipu dan memberi harapan-harapan kosong pada orang yang sangat mudah percaya pada janji seorang operator lepasan Ijazah. Sedangkan aku sendiri tak suka orang menipu dan suka memberi janji kosong but now I have become one of them.

Belum lagi masuk bab management lagi. Ngan mata yang tengok semacam, bila kita senyum then jangan harap mulut tu nak balas balik, then ngan certain senior yang mintak tolong sikit pun tak nak bagi pertolongan, mengata dari belakang pulak ada. Sehingga ada gak kkawan yang menanggis makan hati. Membuatkan aku terfikir mereka lepas training dulu terus jadi perfect ker? Tak ada buat mistake langsung sehingga ngan mudah jer mereka persalahkan kami yang fresh ni each time kami tak tahu or buat silap. Dude,Im not robot r. I do make mistake r..




Kenapa aku perlu berhenti?
Sebab aku tak boleh bekerja dalam keadaan setiap minit aku berada di tempat kerja aku akan dihantu dengan rasa takut, aku jadi someone else that Im not dan persekitaran yang tak lihat aku sebagai individu yang sama nilai manusia seperti mereka. And lebih hebat menjadikan sebab aku perlu berhenti ialah sebab aku tak nak jadi cam certain senior-senior kat tempat tu. Aku tak nak jadi cam mereka yang terpaksa buat kerja ni sebab tak ada kerja lain lagi kat luar untuk mereka. Mengakibatkan mereka buat kerja nak tak nak jer. Datang pulang then mengharapkan gaji hujung bulan jer. And jika aku teruskan sehingga bulan February nanti then aku akan masuk jam 8.30 pagi dan balik 7.00 malam dan aku tak akan ada sosial life any more...!!!
















Rezeki tu di tangan tuhan. Aku sangat yakin pada frasa tu. Aku masih muda untuk mencari dan terus mencari ruang rezeki lain kan?




















Cuma aku terfikir sejauh mana aku boleh terus berhenti kerja setiap kali ada masalah? Bukankah setiap kerja ada cabarannya. Mungkin ia tak sama tapi ia tetap ada. So mampukah aku memilih untuk berhenti dari berhenti kerja?
















Plus berhenti bukan bermakna aku give-up kan?

Tuesday, January 4, 2011

Immortal

Last few day Im make a jock ngan one of our trainee: KAK LIN yang comment ngan nada separa kecewa betapa umur manusia akan meningkat setiap tahun baru bermula. So aku balas r ngan jenaka advice supaya dia leh cari mana-mana vampire untuk bite and turn her into a immortal. Then dia balas balik: kat mana nak cari ek? Wakaka..


Soalan bonus 01:
Apa yang korang akan buat jika korang memang benar-benar immortal yang akan kekal ngan usia dan tenaga yang sedia ada seperti sekarang? Adakah korang akan plan pada usia 30 tahun korang akan buat itu, pada usia 60 tahun akan buat ini, 90 tahun akan pergi sana, 120 tahun akan pergi sini etc sehingga hari dunia ini berakhir bersama berakhirnya tempoh riwayat hidup engkau sekali? Atau korang akan enjoying korang punya life tanpa plan yang teratur: jumpa orang tu then having SEKS ngan dia, tak ada duit then rompak kedai, bila nak kahwen then kahwen then bila dah bosan then cerai then cari baru lagi, ada party then layn dan menikmati perubahan dunia yang berlaku dan ko tak terjejas sedikitpun. Atau korang nak beribadah dan menyerahkan diri sepenuhnya kepada yang Maha Kuasa atas anugerah tu?

Soalan bonus 02:
Apa yang korang akan buat jika korang tahu yang korang hanya ada masa yang sedikit sahaja lagi untuk hidup? Adakah korang akan plan esok perlu buat apa, lusa perlu buat apa pulak dan hari-hari seterusnya sehingga sebelum korang melabuhkan nafas yang terakhir-korang dah achieve apa yang korang nak. Atau korang akan enjoy FUCK-ing, muck-ing or what ever sekalipun semata-mata nak menikmati semua perkara before korang mati dan tak dapat buat apa-apa sekalipun? Atau korang nak beribadah sepenuhnya dengan sisa-sisa masa yang terluang sebelum diri ko dijemput untuk bertemu Dia?














Mungkin kerana aku memang tak akan hidup buat selama-lamanya menjadikan aku menghargai setiap kali aku terbangun dari tidur setiap pagi. Kerana setiap hari adalah anugerah. Anugerah yang jarang kita sedari. Kite lebih rela untuk mengeluh sebab terpaksa bangun untuk kerja and more refer untuk sambung tidur balik. Tetapi kenapa kita tak pernah bersyukur sebab tuhan bagi kita satu lagi peluang untuk hidup di bumi-Nya lagi?

Aku ada anak buah yang meninggal beberapa hari sebelum dia sempat melihat dunia. Aku ada kawan yang meninggal pada ketika kami masih sama-sama di tadika. Aku ada kawan yang meninggal sebelum tamat lagi zaman sekolah menenggah kami. Mati ialah kepastian untuk setiap perkara yang hidup. Cuma kita tak pernah akan tahu bila masa seruan kita untuk menghadap Yang Maha Pencipta.

















Aku tak nak jadikan post kali ni sebagai satu ceramah agama or kelas pendidikan moral or siviv or etc pada masa tahun baru aku yang sebenar akan bermula. Cuma disebabkan aku tak suka ketika aku jatuh, tiada tangan yang sedia untuk membantu aku bangun semula. Lalu aku mahu jadi tangan yang akan sedia membantu ketika korang terjatuh.

Mungkin semuanya bermula semalam apabila ada seorang rakan bertanyakan aku tentang waktu sembahyang Maghrib. Tempohari dia bertanyakan waktu sembahyang Jumaat. Kedua-dua tempoh waktu yang dianggarnya salah. Dan tadi ketika aku Zuhur, tiba-tiba ada tangan menyentuh bahu kiri aku. Seorang makmum lelaki sembahyang di sebelah kiri aku. That mean either dia memang tak pernah sembahyang or dia tak pernah tengok orang terdekat dia sembahyang. Aku tergamam lalu aku tegur dirinya. Aku menegur dia bukan sebab aku cuba bertindak terlebih pandai atau apa. Sebab jika aku buat salah then aku mahu someone tegur aku so sebab tu aku tegur dia apabila dia buat salah.

Semuanya membuatkan aku sedar bahawa aku selama ini telah tersasar dari jalan-Nya. Walaupun aku tidak sesat tapi aku hampir keluar dari jalan yang sepatutnya. Namun sesungguhnya aku bersyukur yang aku tidak pergi jauh. Lalu aku tak mampu untuk pura-pura tak melihat, pura-pura tak mendengar dan pura-pura tak mampu bercakap jika memang benar aku melihat kejahilan, mendengar kejahilan dan mampu menegur kejahilan itu. Kerana manusia bukan hidup sendiri sahaja. So jangan mementingkan diri sendiri. Jangan hanya nak masuk SYURGA sorang diri sahaja. As BIBLE said: treat others the way you want others to treat you... rite?














I do make mistake sebab aku tak sempurna tapi aku mahu jadi orang baru. Orang baru yang bukan orang lain tapi masih lagi aku. Aku mahu menjadi seorang aku yang baru yang akan lebih menghargai kehidupan sebab aku tahu hidup aku tak akan lama.













Selamat Datang Tahun Baru....

Saturday, January 1, 2011

Rumusan 2010

Technically aku bukanlah seorang lelaki yang celebrate 1 January as a tahun baru sebab bagi aku ia sama sahaja cam hari-hari yang terdahulu dan hari-hari yang terkemudian: nothing much different. Tapi tahun baru aku hanya akan bermula a few day after that day. Then korang kehairanan ngan statment tersebut seraya bertanya "Apsal ko celebrate new year few day late? Ko ni ada fahaman idealogi SATANIC ker (frasa import dari blogger Muhammad), Aj?" Then aku tengok muka ko semacam sambil jawab dengan separa sedar "Suka hati aku r. Tahun baru aku then aku punya suka r..!!"


1. MUKADIMAH
So post kali ni (and may be few others in the future ni) sehingga tahun baru aku bermula aku akan cuba nak recap balik apa yang berlaku dalam episode aku pada 2010 yang lepas aka apa yang aku lihat, dengar dan belajar sepanjang tempoh tu.

Keseluruhannya jika 2010 ini digambarkan dalam bentuk graf garis then ia akan ada pola naik turun naik turun yang quite ketara dan ada part ia mendatar sahaja terutama pada penghujung tahun berbeza berbanding 2009 yang mostlynya grafnya naik ngan kadar tinggi (kecuali suku yang terawal r yang gila jatuh). Then korang pun start mempersoalkan balik "Apa yang Aj sedang mengarut tulis sekarang ni?".. Hmmm..


2. AZAM
Aku masih ingat khutbah Jumaat last2 year kalau tak silap bagitahu kenapa pentingnya tahun baru aka hari ni berbeza than a day before ialah sebab ia boleh jadi penanda aras untuk kita yang kita dah bertambah usia dan kalau kita tak berubah daripada sebelum ni then kita ialah orang yang rugi. Hmmm..

Azan tahun lepas walaupun tak berjaya sepenuhnya tapi aku rasa aku dah berjaya achieve sekitar more than 70% of it. Sebab aku masih lagi menipu dan mengata keburukan orang dari belakang mereka. Tapi sekurang-kurangnya ia dah berkurangan dengan besar. Bila aku teringat aku nak berubah then aku tahan jer dalam hati tak nak buat perkara tu.

So technically bila tahun baru ni start balik then aku akan proceed ngan azam yang sama untuk menjadikan ia berjaya. Hmmm..



3. KERJAYA
Pada tahun 2010 aku menambahkan rekod terbaru kerja aku apabila aku ada buat 3 pekerjaan yang berbeza dalam masa setahun menjadikan kerja sekarang ni ialah kerja yang ke-5 yang aku lakukan pada usia 25 tahun. 2 Government sector, 1 GLC sector dan 2 sector Swasta. Setiap persekitaran yang berbeza memberi impak mood yang berbeza tapi sejujurnya aku sangat mudah bosan ngan kerja rutin yang berulang. Kekadang everything dah seem okey tapi ada jer a bit part yang buat aku rasa that jons SUCKS.

Dan purata tempoh masa aku bertahan bekerja dalam sesebuah institusi sebelum decide untuk berhenti ialah selama 3 bulan sahaja. That mean pekerjaan ke-5 aku ni dah almost nak sampai tarikh tamat dan kebetulan on 6hb January ni kelak ada 1 interview dan aku harap aku akan berjaya sekaligus menambahkan koleksi pekerjaan aku untuk pekerjaan ke-6 pada usia 26 tahun. Hmmm..


4. RELATIONSHIP
Pertengahan 2010 aku banyak buat kawan baru. I dont know why aku jadi sangat MESRA ALAM dengan semua orang dan aku dengan mudah buat kawan ngan sesiapa sahaja. Berbaris masa beli nasi ayam pun aku dah boleh buat kawan ngan orang yang berada depan aku just cuma tak sempat tanya FACEBOOK add dia jer.

Dalam bab kawan plak ada kawan tahap biasa-biasa, ada yang leh masuk tahap berkualiti dan ada yang nampak cam berkualiti tapi sekadar hiasan pakej luaran jer. Dan aku selalu kena tegur oleh FIONA yang kata aku ni terlalu LURUS BENDUL dalam persahabatan. She rite. Aku sangat-sangat tak tahu membezakan dan tak pernah dapat membezakan which one is a real gold dan yang mana sekadar batu jalan yang dibungkus guna kertas logam emas pembalut coklat CADBURY.

Im not in any serious relationship ngan sesiapa gak pada 2010. Ada MODE ANGGAU gak pada few ladies tapi pada penghujung 2010 aku decide I dont want to be in any relationship sebab tindakan tu terlalu MEMENTINGKAN DIRI SENDIRI.

+Plus aku dah kembali ngan tabiat lama iaitu suka cari pasal ngan kawan(s) aku sendiri. Hmmm...

5. FAITH
Ramadhan tahun ni aku leh kategorikan as bulan Puasa yang paling berjaya sejak aku mengelarkan diri aku as dewasa. Sebab ia banyak membawa perubahan besar kepada aktiviti semasa dan selepasnya. Before Ramadhan start lagi aku dah pasang niat tak nak hang-out pada waktu malam, semayang jangan tinggal, baca YAASIN lepas Maghrib dan baca Al-Quran sepanjang Ramadhan. Alhamdulillah ia berjaya dilaksanakan. dan berkesan juga sehingga tamat Ramadhan (walaupun setan dah dilepaskan balik and aku kekadang ternoda gak ole pujuk rayu setan yang gilaa manis dan menggoda-goda..)


6. HOPE
Perkara terakhir yang aku belajar sepanjang tahun 2010 dan aku nak kongsi ngan korang untuk korang fikir-fikirkan dan selamat beramal ialah: betapa pentingnya harapan perlu wujud dalam diri individu walaupun sebenarnya ia hanya harapan palsu. That why orang selalu jata jangan bersama orang yang tak ada harapan sebab ia akan beri effect negative pada diri korang.

Pernah tak ada sesiapa yang bagi janji-janji manis pada korang yang akhirnya buat korang melayang-layang diawangan hanya kerana kata-kata yang at the end dia sendiri tak pernah ingat pun yang dia pernah keluarkan statment tu dari mulut dia sendiri? Walaupun ia tak berlaku but still it better than dia terus terang kata something yang teruk dan buat korang putus harapan, bersedih sepanjang hidup kan?

Aku kini bekerja di contact centre yang kalau korang ada masalah dan korang hubungi 100 dan technically korang terima aku as penjawab masalah korang then korang akan sedar yang aku sebenarnya sedang memberi harapan palsu pada korang. Jika pemohonan korang dibatalkan, or streamys korang ada masalah and even banyak sangat pelanggan yang ada masalah besar yang dijawab oleh aku yang sepatutnya mereka jadi marah gila baboon then sejuk sebab words aku penuh harapan. Aku janji akan cuba selesaikan masalah mereka, janji hantar itu ini dan kemudian mereka sangat-sangat berterima kasih sebab aku tolong mereka. Sedangkan aku hanya bagi harapan kosong jer.

Berapa menunjukan in reallife harapan itu sangat perlu. Walaupun banyak events yang tak best berlaku in 2010 yang berpunca dari orang-orang yang bagi harapan yang the end mereka tak ingat pun janji mereka pada aku dan sangat marah tapi kemudian aku sedar ia adalah antara harapan yang mereka perlu bagi kepada orang lain supaya hari orang tu better





So korang semua, untuk tahun yang baru ini sentiasa jangan biarkan hidup korang kosong dengan harapan. Sentiasa letak harapan biar sekecil mana sekalipun. Letak harapan bahawa hari esok akan jadi jauh lebih baik daripada hari ini walaupun realitinya tidak..



















Selamat tahun baru..




Daripada Aku

Wednesday, December 22, 2010

Minor Injury

Hari ni tadi aku kemalangan motosikal. Just a self-accident. Hujan lebat, jalan licin dan aku bawak kelajuan yang kurang sesuai untuk kawasan selekoh. Syukur sebab tak ada major injury. Sekadar luka pada telapak tangan, lebam pada kedua-dua belah kaki dan sakit-sakit sendi sikit jer. Then aku teringat pepatah Melayu lama: tempat jatuh lagikan dikenang inikan pula tempat ketawa. Membuatkan aku tersenyum sesorang..

Technically-nya aku dah lama tak accident. Jujur aku kata aku agak sedikit merindui 'that feel' kemalangan tu. Rasa yang membuatkan hati korang berdegup dengan kencang sama cam effect main roller coaster (bukan di Genting r). Cuma bab yang tak best ialah kecederaan yang sedikitpun tak sedap cam ayam KFC. Kali terakhir kalau tak silap sekitar akhir 2007 apabila ada kereta langgar belakang kereta UDA yang aku bawak. Then sepanjang tempoh tu hanya ada near miss almost purata setiap kali aku menaiki kenderaan bermotor. Hmmm..

Sejujurnya aku seorang yang agak POSITIF bila handling unfortunate events cam ni. Contoh macam masa accident form 5 dulu yang membuatkan aku cuti dari sekolah sekitar 2 bulan. Aku boleh berfikir ngan waras dengan bersyukur pada tuhan sebab membuatkan aku sedar yang tuhan sebenarnya sedang memberi aku peluang kedua untuk cover balik kesalahan aku before. Sebab ada beberapa rakan sebaya yang accident dan sekarang cacat otak, cacat fizikal and worst: MATI.

Tapi my COUSIN plak anggap perkara yang sama as sebaliknya. Dia pernah kemalangan masa tamat paper STPM pada bulan RAMADHAN (yang dia tak nak puasa hari tu). Dan dia persalahkan tuhan sebab buat dia accident plak. Hmmm...






Mungkin korang persoalkan apa motif sebenar aku upload post kali ni? Aku nak korang fikir in horizon yang lebih besar. Sama ada ia kesakitan luaran or kesakitan dalaman. Pernah tak ada orang yang cuba sakitkan hati korang? Apa tindakan korang? Contoh korang pernah couple ngan mamat or minah ni. Bercinta bukan main hebat lagi. Tapi suddenly break-up. Dia did something SUCKS pada korang. Apa tindakan korang? Adakah korang ambil tindakan yang POSITIF or tindakan yang sama yang cousin aku buat: membenci setiap lelaki or perempuan or worst tak percaya lagi cinta?











Kemalangan tadi membuatkan aku tersedar beberapa inciden lepas yang membuatkan aku quite terluka dari dalaman. Betapa SUCKS manapun dia buat, aku mulai sedar yang aku tak pernah membenci dia. May be terlintas di hati aku untuk tak suka dia lagi tapi HATES and DISLIKE are two different things rite?

Dan aku bersyukur sebab berkenalan dengan dia adalah satu hadiah yang cukup hebat yang tuhan pernah berikan. Aku tak anggap ia sebagai satu kesilapan yang kalu boleh aku nak erase dari hidup aku. Sebaliknya disebabkan berjumpa dia r aku belajar macam mana nak handle person like that. Yaaa.., may be kalau aku terjumpa dia satu hari kelak still dalam hati aku akan sumpah seranah dia tapi hey... dia ialah kenangan silam dan aku sedang melihat hadapan.. pada masa depan..








Bak kata pepatah omputeh plak: it better untuk jatuh lebih awal then kita leh ready untuk mengelak dari jatuh lain kali nanti. Hmmm..

Monday, December 20, 2010

Gaya

Korang mesti setuju kalu aku kata penampilan sesorang akan membuatkan korang ngan mudah judge yang sorang tu kerja as apa dan sorang ni pulak kerja as apa r kan. Tak paham? Just imagine satu hari ni korang pergi shopping then terjumpa sorang pak cik ni. Ngan kemeja tag-in, perut boroi, muka bersih tanpa sebarang bulu kat pipi, seluar warna biru gelap ngan kasut kulit, jam tangan etc then ngan mudah jer ko kata dalam hati: pak cik ni mesti kerja as a policeman tanpa dia perlu pakai uniform pun. Sebab dia pakai pakaian yang memang tipikal untuk setiap polis dulu-dulu pakai. Im judging that sebab bapak aku dan semua rakan seangkatan dia memang pakai pakaian cam tu.. huhuhu..


Hari ni tadi aku duduk di antara 2 orang senior. Memasuk jer sorang senior ni tadi terus dia tegur the other senior (both r male r). Dia tegur r "Baju ko ni beli kat SEED kan? Sebijik cam baju PADINI aku" kedian dia tegur pulak seluar the other kawan ni yang koyak "Seluar tu mesti seluar murah. Cepat koyak. Seluar mahal lain r" (merujuk pada diri sendiri).. Dan kemudian dia merujuk plak pada vest, baju dia etc.



Aku just dengar penuh kehairanan.



Dia pakai pakaian penuh bergaya, branded, mahal-mahal ni apa matlamat dia? Mana dia bekerja? Apa jawatan dia kat tempat kerja ni? Berapa gaji dia sehingga dia pakai baju mahal-mahal ni?









Jawapannya mudah: Aku dan dia kerja as an OPERATOR. Duduk kat seat untuk almost 9 jam menjawab call pelanggan tanpa pelanggan tahu pun either korang pakaian mahal or korang just berbogel. Mereka hanya dengar suara korang jer... Hmmmm...






















Kita berpakaian mesti bersebab r kan? Aku pakai pakaian cam pelajar masa aku belajar, pakaian cam cikgu masa aku mengajar, pakaian office wear masa kerja pejabat dan seterusnya. Aku tak pakai pakaian pejabat masa belajar, or pakaian pelajar masa jadi cikgu sebab ia sangat menzalimkan diri sendiri dan mata yang memandang.








Ingat lagi masa first day masuk kerja ni dulu. Emak aku hairan sebab aku tak pakai pakaian biasa masa kerja office dulu. Sebab aku kerja as an OPERATOR jer. So aku pakai pakaian operator je r kan? Plus kedian bila dah masuk ruang kerja, ada yang just guna jersi bola, jeans, seliapar jepun lagi.



















So dia ni apa kes? Janji dia bahagia sudah r... Kan?

Friday, December 17, 2010

Menjadi Dewasa

My 20 years old cousin pernah merunggut apabila parents and most orang yang kenal dia kata her 18 years old sister jauh lebih matang berbanding dia. Aku just dengar. Sedikit tergelak. Teringin jer nak balas balik: Dont worry sis. Some people said aku jauh lebih matang dari my 33 years old brother. So kesimpulan umum di sini ialah matang bukan ditentukan oleh usia r kan? Cuma apa definisi matang yang korang rasa dan apa definisi matang yang sebenarnya?


Soalan:
Di mana garis sempadan jelas yang boleh membezakan bila seseorang masih lagi boleh digelar sebagai kanak-kanak dan bukan lagi kanak-kanak (remaja atau dewasa)? Kalau mengikut kumpulan sosiologinya usia sekitar 13 tahun sudah bukan lagi usia yang membenarkan korang mengkelaskan diri korang ass kanak-kanak lagi r kan?

Tapi as an English proverb kata: there always be a boy in every man yang mana kita semua sangat setuju bukan semua orang yang jauh lebih dewasa dari kita punya otak yang matang seiring dengan usia mereka kan. Kalaulah kes kematangan ni antara faktor yang boleh mempengaruhi saiz tumbesara manusia then aku yakin mostly kita akan jadi dunia neverland di mana semuanya masih lagi kanak-kanak. Selebihnya golongan yang matang yang mampu membesar seiring kematangan mereka plak sangat sedikit.

Entah r. Kekadang tu memang benar gak. Dari pemerhatian aku banyak sangat yang hanya dewasa pada tubuh badan tapi  perangai masih lagi macam budak kecil. It seem macam ada kanak-kanak yang terperangkap dalam tubuh dewasa mereka tu. Seterusnya mempengaruhi pemikiran dan tindakan seharian mereka yang so tak matang. Hmmm..



So apa itu matang?




Aku pernah tengok seorang lelaki yang nampak sangat matang tapi ooh shit realitinya sebaliknya. Aku pernah jumpa sorang yang nampak cam tak bertanggungjawab, suka enjoy main-main tapi disebalik sikap tu penuh dengan kematangan. Ada pulak yang matang dalam sudut tertentu tapi kurang matang dalam bab yang lain pulak.

Ada orang kata aku matang tapi aku sendiri tak mampu nak setuju sebab aku tahu aku sangat-sangat tak. As aku pernah kata in previous-previous post yang kita tak akan pernah tahu macam mana diri kita sebenarnya. So kita ialah siapa diri kita yang diadili oleh orang-orang sekeliling kita. Korang kata korang baik, bertanggungjawab or matang etc tapi korang hanya adili based on part korang buat baik, bertanggungjawab pada masa-masa tertentu or bertindak matang in certain event jer tapi orang-orang sekeliling korang sahaja yang dapat judge either korang betul-betul baik, bertangggungjawab, matang etc.. kan?





















Hari ni tadi ttiba aku rasa aku dah buat satu pilihan yang menjadikan aku rasa keputusan itu ialah pilihan hidup yang leh dikelaskan as matang. (tapi aku belum lagi matang r). Hmmm..

Sunday, December 12, 2010

Answering a Call

Apa perasaan korang sewaktu phone (home line of mobile) korang berbunyi? Adakah korang sangat cuak melampaui batas sehingga korang tak tahu macam mana korang nak startkan perbualan tu? Or korang akan kata "Jawab je r. Bukannya kita nak buat something big pun. Ia sekadar answering a call jer. Lagipun kebarangkalian untuk mendapat panggilan dari seorang psiko yang maniac suka kat korang sehingga sanggup nak mencederakan korang adalah sangat kecil peratusannya r kan?" Hmmm.. may be korang betul..

Last Thursday ialah hari pertama aku jawab call as an TM's operator under pemerhatian senior. Jujornya aku sangat-sangat tak ready tapi aku positifkan diri untuk terus sahaj jawab call. Sebab kalau nak menanti saat betul-betul ready tu memang bertahun-tahun pun belum tentu bersedia. Thanks God sebab call pertama berjaya, diikuti second call dan sehingga tamat jam 5 aku jawab 8 call. Duuh.. gelabah memang gelabah tapi trimas pada senior: bang fizul yang banyak menolong.

Second day plak aku jawab sekitar 13 call gak r. Kali ni under 2 senior: kak Cindy and kak Sandra.. Kalau bab fatal aka salah data and tertinggal info tu memang banyak gila r tapi itu r fungsinya belajar supaya akan jadi better in the future. Tapi sejujurnya senior-senior yang duduk sebelah masa tu memang asyik geleng kepala je r. Ngan ayat mengarut, salah data dan banyak lagi r kesalahan yang aku buat.

Memang r ada customer yang marah-marah kat aku masa tu membuatkan perut aku kecut gak r sehingga tak terkeluar sepatah haram pun word dari mulut. Then bila ada yang membebel then standard jawapan "Saya faham, cik..." Tapi paling happy bila ada customer yang happy ngan services yang kita bagi..












So kalau korang antara rakyat Malaysia yang menerima call dari aku or the other 12 TM's new apprentice ni then kami mintak maaf r sebab kami ni baru jer belajar. Tapi kalau korang still nak dengar suara FASHA SANDRA jantan aku nih so dial r 100 dari talian tetap, tekan 1 untuk Bahasa Melayu or 2 untuk Bahasa Inggeris (better tekan 2 kot pasal ia mostly akan di sent tempat kami) dan 3 untuk Sales and services.. Ready untuk sahut cabaran?






























Tapi kesan paling nyata ialah masa aku tidur then ada yang kata aku start cakap cam dalam telefon ngan ayat skema TM's "Thank you for calling TM. Nazir speaking. May I help you?" Wakaka

Wednesday, December 8, 2010

Robot

Aku ialah seorang lelaki yang berdiri pada prinsip: peraturan ialah something yang dicipta oleh manusia untuk dilanggar either oleh manusia lain or diri dia sendiri. So aku akan sentiasa guna excuse tu setiap kali aku langgar mana-mana peraturan. Realitinya it true what. Ia sama cam burung yang dilahirkan bukan untuk dijadikan hiasan dalam sangkar. Ia ada sayap dan ia perlu terbang melihat dunia seluas yang mungkin. Dan bukan hanya hidup, makan dan mati hanya dalam sangkar sambil diperhati oleh orang ramai then hilang pengertian yang perlu dijalani oleh burung-burung lain. Hmmm..


Hari ni our first OJT aka persediaan tahap awal before kami boleh dibenarkan bebas bersendirian jawab soalan dari customer. Each one of 13 of us ditetapkan bersama seorang MENTOR. Aku diletakan under a young CSR name PIJAN. Dia boleh dikatakan as satu kepala gak r ngan aku. Biasa r orang muda-muda yang kuat memberontak dan akan langgar setiap peraturan. Basic peraturan untok today ialah: no talk between mentor and mentee. So what else can you expect untuk diam dan buat donno pada someone yang duduk disebelah kita untuk masa satu hari? Naaa..

Kami bercakap, make fun about certain customer tertentu yang perangai cam lawak, share some info, tukar maklumat etc. Then bila kena tegur so baik sekejap then cakap-cakap lagi. So kedian kena tegur lagi so kami baik sekejap dan kembali seperti sediakala. Bila difikir-fikir balik kami bukannya talk nonsensely about crabby things pun. And make things SUCKS bila didapati either one of us tersenyum pun terus kena tegur gak. Wooow.. Peraturan kerja mana yang tak membenarkan pekerjanya supaya tak boleh senyum nih? Kerja kat Palestine dibawah cengkaman Israel ka?

Realitinya banyak gak suara-suara kasar aku dengar dari pekerja-pekerja sedia ada. Tapi suara-suara kasar tu tak dibawa jauh sebab mereka hanya pekerja bawahan jer. Peraturan yang extra ketat cam: panggilan tak boleh ada fatal, tak boleh bercakap dalam ruang kerja, tak boleh ada cuti, tak boleh pergi toilet lebih masa, masa makan sekejap, masa sembahyang sekejap, tak boleh itu, tak boleh ini.. Dude.., it seems like the management nak jadikan pekerja manusia ni jadi cam robot dah..


Memang r matlamat utamanya nak memastikan kualiti kerja yang jauh lebih sempurna tapi masalahnya manusia ni tak ada seorang pun yang sempurna. As aku kata manusia ni bukan robot yang tak akan buat salah selagi dah diprogram untuk tak buat salah.









And Im not perfect to and I dont want to be perfect. Plus Im enjoy making a mistake so dont ever-ever try to make me stop from doing it. By doing mistake make me learn better about it...
















Mungkin disiplin mampu menjadikan manusia lebih terlatih tapi aku lebih percaya yang persekitaran yang tenang dan mengembirakan jauh lebih berjaya membentuk kejayaan berbanding persekitaran yang tegang dan penuh tekanan dan rasa marah serta benci... Hmmm..




















I do believe that I will not stay long in this organisation. Jika that organisation cannot change then aku yang akan mengalah. Yang pasti ia bukan pekerjaan pertama yang aku dah pilih untuk berhenti r kan? Hmmm