Showing posts with label khidmat sosial. Show all posts
Showing posts with label khidmat sosial. Show all posts

Monday, July 20, 2015

Manusia Yang Punya Tarikh Luput

Ada sorang kenalan ni, umur awal 20-an dan dia baru je kahwin beberapa bulan yang lepas. Sebelum ni dia selalu ada migraine dan kurang beberapa hari sebelum raya ni tadi dia jumpa doktor pakar dan disahkan ada ketumbuhan dalam otak dan dianggarkan hanya akan dapat hidup untuk 7 bulan macam tu je (bunyi macam drama Melayu je kan?). Reaksi aku (selain terkejut dan sedih) ialah jealous. Jealous sebab tak semua orang boleh tahu bila masa mereka akan pergi. It seem like tuhan dah bagi kita jawapan bocor tentang soalan yang terlalu rahsia yang semua manusia lain cukup terdesak nak tahu.



Kau pergi mall dan kau pilih satu sardin dan kau tengok tarikh luputnya sebulan dari sekarang. Kau balik rumah, kehidupan berjalan macam biasa dan sedar tak sedar 2 bulan dah berlalu dan masa kau tengah nak kemas kabinet dapur tiba-tiba kau perasan kewujudan tin sardin yang terselindung disebalik set tupperware kau yang melambak. Kemudian timbul dalam kepala hotak kau "Nak kena buang ke ni? Membazir duit aku bayar GST kayakan first lady kedua tercantik di Asia je" so kau try buka. Rupa masih tak berubah. Kau cuba rasa hujung sudu dan tak ada apa-apa pun yang berbeza. Kau cuba panaskan dan makan. Beberapa hari berlalu dan kau tak pula mengalami kes cirit birit or keracunan makanan.

Or 

Kau pergi mall dan kau beli air susu kotak besar yang tarikh luputnya sebulan dari sekarang. Bila balik rumah kau buka dan minum seteguk dan simpan selebihnya dalam peti sejuk. Setiap selang sehari kau minum seteguk dan a week after bila kau minum ia dah rasa masam sikit. Even ada benda terapung-apung atas air tu lagi. Kau fikir "Tak mungkin basi kot sebab tarikh luputnya lama lagi. Malah ada banyak lagi baki susu dalam ni. Belajar U dulu aku dapat 3.85 then tak mungkin aku salah.." Kau teguk sampai habis, beberapa jam kemudian kau mulai masuk keluar toilet dan next few hour kau arwah. Tamat kronologi. Hmmm..




Realitinya tak semestinya apabila doktor kata kau akan mati 7 bulan kemudian then tepat hari ke 30 jam 12.01 am then kau terus arwah. Jawapannya mungkin berbeza kalau doktor tu ada Death Note then it totally a different kes. Mak cik aku ni dia ada ketumbuhan gak dan doktor estimate 2-3 bulan je tapi sekarang dah 5-6 tahun masih lagi sihat walafiat. Yap doktor bukan tuhan tapi kalau aku berada ditempat tu then reaksi aku bercampur baur antara sedih dan melonjak kegembiraan.

Korang ada layan cerita The Angriest Man In Brooklyn lakonan Robin William tak? Dia ada brain tumor dan doktor tersalah cakap yang dia hanya boleh hidup untuk beberapa jam je lagi. So dia bukan main gelabah dan cuba memperbetulkan setiap kesalahan yang dia pernah buat dalam masa yang cukup singkat. 

Kalau kita tahu the right moment kita akan di 'switch off' kan then kita pasti akan buat benda yang lebih kurang sama. Kita pasti akan ada Earl's List kita sendiri dari siapa yang kita perlu minta maaf, benda yang kita lama nak makan, tempat dah lama kita nak pergi dan paling last sekali of coz baru ingat tuhan dan beribadah 24/7 sehingga hari tu tiba. Or kalau kita ambik ia secara negatif then kita akan memberontak, maarah semua orang, moody sepanjang hari, have a sex with anyone, anywhere, anyhow without condom, bermurung dan menanggis atas katil etc.











Disebabkan tak ada sesiapa yang benar-benar boleh tahu bila mereka akan mati then semua orang sibuk nak update Instagram, letak hashtag sebanyak yang mingkin dan kutuk mana-mana selebriti perempuan yang masih lagi tak pakai tudung. What such a tipikal Malaysia ar kan? 

Thursday, February 16, 2012

Cool Jobs?

Apa yang menjadikan korang mendefinisikan sesuatu pekerjaan tu as a cool jobs?
a) Pekerjaan yang buat korang bangga ngan pakaian seragam korang dan setiap kali korang dan group of rakan-rakan berjalan satu baris dalam pakaian seragam tu buat orang lain menoleh dan melihat ngan pandangan cemburu.
b) Pekerjaan yang orang sangat jarang-jarang pernah dengar apa nama pekerjaan tu (dan ia sangat susah disebut or nak dieja) dan vacancy kerja tu pulak bukan calang-calang orang leh buat sehingga buat orang lain rasa tergamam dan respect korang.
c) Pekerjaan yang buat korang lebih banyak masa minum kopi, lepak before lunch and after lunch, lepak minum petang, banyak meeting dan banyak makan masa meeting aka pendek katanya 8 jam lebih banyak dihabiskan kat kedai makan daripada di office. Hmmm
d) Pekerjaan yang orang lain tahu yang kerja tu tak bergaji besar, tak ada career masa depan, tapi korang tak pedulik sebab korang rasa kerja tu sangat cool bagi korang..


Bagi aku contoh pekerjaan yang cool ialah cam: vampire assistant (fantasinya),copy writer (yap, Razzy kerja ko sangat cool), coffee barista, baker, graphic designer, pelukis, penulis, assistant kedai buku, assistant kedai cd etc adalah sangat cool.

Then korang persoalkan "Aj, itu cool ker? Pilot, engineer, doktor bedah saraf, angkasawan bla bla bla barulah cool..!!"

Suka hati aku ar, aku punya definisi then aku punya suka ar..

Then korang balas balik "Aj, I tho ko punya previous job dulu as a library assistant, cikgu sekolah swasta, mr operator, penceramah kat PLKN and assistant manager kat cinema tu bukan dalam list cool job ko gak ker...?"



erk, itu...



Korang sambong balik "Ko pun pernah kerja kat Jabatan Ketua Menteri Sarawak gak kan? That cool what?"










Hmmmm..












What can I say? Cool job kekadang cepat membosankan especially bila ia dah terlalu cool sangat.




















BTW hari ni aku memasukkan satu aku kerja as a cool job iaitu TOURGUIDE. Yap, wishing me all the best sebab petang ni aku nak dapatkan kerja tu.. Hohoho

Thursday, August 11, 2011

The Weirdo Citizen

Ada beberapa kumpulan manusia yang boleh buat aku marah. 3 kumpulan utama ialah:
a) Orang yang curang pada pasangan,
b) Orang yang tahu buat anak tapi tak tahu nak jaga dan
c) Orang yang buat kemusnahan pada alam dan isinya. Hmmm


Kali ni aku nak share ciri kumpulan manusia ke-3: orang yang suka buat kemusnahan pada alam dan isinya.

...

Aku selalu kata pada kekawan yang aku sorang environmentalist. Most of the time it does sound funny sebab aku nyatakan dalam keadaan yang kurang serius ar. Tapi sejujornya aku memang sedaya upaya sedang dan telah melakukan aktiviti yang mesra pada alam. It might be just tindakan yang tak seberapa besar berbanding action yang pernah dilakukan oleh environmentalist besar dunia yang berjuang hidup mati untuk alam. But at least kalau kita buat dan kita mampu suroh sorang dua ikut sekali then it better than tak buat langsung. Kan?

Few action yang selalu aku buat ialah cam:
a) Jangan buang sampah selain dalam tong sampah yang totally akan diambik oleh pihak majlis perbandaran. Mostly masyarakat kita lepas makan gula-gula yang paling kecik then terus je buang. Ada yg memandu, turunkan tingkap kaca then buang. Chewing gum lekat bawah seat public transport. Yang rumah atas air, buang terus dalam sungai etc. Then bila ada kesan global warming pada alam sekitar terus nak salahkan kilang-kilang besar. Sedangkan realiti, penyumbang sampah pepejal terbanyak ialah dari pengguna domestik aka kita ni ar. 

So what I did ialah simpan sampah tu sehingga kita jumpa tong sampah. Selalunya kalau setakat plastik gula-gula or puntung rokok (yang dah dibuang abu panasnya) aku akan masukkan dalam poket seluar. Yang besar sikit masok dalam beg. Tapi most of the time aku lupa nak buang bila dah jumpa tong sampah so poket seluar aku selalu penuh dengan sampah sarap. Hmmm..


b) Limit or stop the using of plastic bags. Scenario yang selalu berlaku kat kedai-kedai kat Malaysia ni kalau kita beli barang yang pelbagai ialah: Barangan makan basah 1 plastic, barangan makan sejuk beku 1 plastic, makanan kering 1 plastic, barang dapur 1 plastic, toiletries 1 plastic etc. Sedangkan semuanya boleh je dimasukkan ke dalam 1 beg plastic besar. Kekadang berlaku part kita just beli 1 chewing gum 80 sen tu pun, kita nak request plastic bag sedangkan kita just guna plastic bag tu kurang 15 minit then buang tong sampah. Belum masuk part customer bising-bising bila hypermarket charge 20 sen untuk satu plastic bag. Matlamatnya untuk kesedaran ar.

Aku plak jenis yang kalau shopping groceries ni aku request tak nak plastic bag. Ingat 2 kes bila aku kata tak nak plastic bag cashier satu tempat tu perli aku kata "Orang bagi plastic bag percuma pun tak nak" or satu tempat lain ni kata plak "Encik ambik je plastic bag ni, nanti boss saya marah.." Pelik. Or tadi masa aku beli 2 barang kat satu local supermarket ni, cashier tu dengan hairan kata "Awak satu-satunya customer rakyat Malaysia yang saya pernah jumpa selama saya kerja sini yang tak nak guna plastic bag" Hmmm..


c) Limit or stop buy mineral water. Walaupun ia sekadar RM1 or kurang tapi ia membunuh alam secara senyap. Bekal air dari rumah.

d) Limit or stop the using of bekas polistrine. Bawak bekas makanan kosong kalau nak tapau.

e) Jangan buat pembakaran terbuka.

f) Jangan beli produk or bulu or kulit haiwan. 

g) Jangan support aktiviti yang boleh merosakkan alam sekitar dan berkaitan.















Mungkin korang kata: tindakan tu terlalu kecil dan technically tak akan bagi effect apa-apa pun pada kepada kepanasan global sekarang ni. Ais di kutub sana masih lagi akan mencair etc. Memang ar kalau aku sorang yang buat then ia akan jadi sebiji pasir kat padang sahara. So that why aku ajak orang lain buat sekali.













Plus buat yang beragama Islam, korang kan individually ditugaskan menjadi khalifah di bumi Allah ni. So bukan ke tugas korang gak menjaga keamanan dan kebajikan ahli-ahli yang ada di bumi ni. Pada alam dan isinya sekali?










Better digelar sebagai seorang weirdo tapi techically korang ialah a good citizen yang sebenar

Thursday, August 4, 2011

Speciesism

Selama ni aku hanya pernah dengar istilah racism aka mistreated by race jer ar tanpa tahu kewujudan istilah speciesism. So speciesism ni pulak ialah mistreated by species. Tapi species mana yang dimaksudkan? Kalau ular makan katak then ular tu speciesism ke? Naa sebab "Katak memang makanan aku" as ular kata dalam lagu 'bangau oh bangau'. So speciesism ni ialah mistreated of animals by humans. So only humans did it..

Pernah tak korang tengok ada certain masyarakat yang makan benda-benda pelik yang dikatakan exotik yang kononnya leh bawak fungsi-fungsi tertentu terutamanya berkhasiat untuk tujuan seksual kononnya. So ada yang makan otak monyet yang still hidup etc. Belum lagi part makan haiwan-haiwan yang hanya dibunug semata-mata nak makan certain part jer. Part lain dibuang. Most of kita bila sebut part ni lebih refer untuk rasa geli daripada rasa tanggungjawab as manusia yang ada otak. 


Pernah tengok certain manusia yang suka jadikan part of haiwan as perhiasan such as tanduk rusa, gading gajah, tanduk badak etc. Sama gak. Part tu dipotong hidup-hidup dari haiwan dan kemudian biarkan haiwan tu mati just like that jer. 


Or certain manusia lain yang suka jadikan bulu-bulu haiwan as fesyen untuk bermegah-megah. Sedangkan proses nak matikan haiwan semata-mata untuk bulu tu sangat damn tak ada perikemanusiaan. DAMN.







...






Just imagine kalau manusia bertindak yang sama ke atas manusia. Yap memang ada manusia yang dah makan manusia lain dan jadikannya hidangan cam gulai, masak merah, panggang, kari, kurma etc. Tapi what if one day korang kena tangkap then kepala korang dikerat dan otak korang dididih ketika korang masih hidup dan ada orang lain makan otak korang. Or dia just potong tangan korang semata-mata nak jadikan koleksi kat dinding dan kemudian biar kau terkurung mati semata-mata untuk tangan jer. Or kulit korang disiat ketika korang hidup-hidup lagi semata-mata untuk fashion yang sekali dua je orang pakai?













Watch this video. Sangat penting untuk korang agar jangan jadi speciesism.





Hmmmmm...

Saturday, July 30, 2011

Ligers

Apa haiwan yang sangat comel bagi korang? Pernah tak terfikir kalau korang ada anak nanti korang nak anak korang comel as haiwan tu so korang sanggup buat pembedahan masokkan genetik haiwan tu dalam kandungan korang or isteri korang semata-mata korang nak anak cute as haiwan tu? Noop isnt it melainkan korang sangup culik one girl yg korang tak kenal dan jual anak separuh kucing tu kat pasaran gelap lain cerita t r kan?

Liger ialah salah satu antara hasil genetik hibrid lion dan tiger yang diubah untuk kepuasan manusia-manusia tertentu yang mostlynya untuk tujuan keuntungan or sekadar keseronokkan memiliki something yang unik dan tak dimiliki oleh orang lain. Read wiki or banyak lagi lawan web yang menceritakan tentang issue ni secara lebih detail dan terperinci lagi.

Mungkin bagi certain akan kata: Wei, aku dah lama terfikir cam mana ar kalau harimau kawen ngan singa or mesti comel kalau leh tengok species baru ni etc. Then korang ialah mungkin antara faktor yang memungkinkan lebih banyak bangsa liger dan tigon or what ever generasi hibrid or mutasi berlaku pada masa hadapan.

Sama cam certain haiwan yang dihasilkan semata-mata untuk daging, telur dan susu jer. Just imagine kalau manusia pun dilayan macam tu. Kita ternak manusia then bagi makanan penggemuk pada peringkat usia tertentu kita bunuh dia untuk daging. Or kita ternak perempuan-perempuan leh letak dalam kandang then suntik hormon tertentu semata-mata nak dapatkan susu dia jer.

Try layan video yang pendek kat atas ni sekejap. Walaupun ia sekadar memaparkan issue ni secara basic tapi dengan harapan ia sebagai khidmat sosial aku kepada masyarakat di luar tentang: apa kuasa kita untuk mencipta satu makhluk baru aka nak melawan makhluk yang sedia ada dicipta oleh tuhan. 










Adakah kita nak mencipta kesempurnaan or nak kekal hidup selama-lamanya?












As dalam video ni kata mostly manusia cipta liger semata-mata nak lihat something yang berbeza, unik tapi bila sesuatu yang berbeza dan unik pada manusia then ia dianggap kecacatan or sumpahan..











manusia..