Showing posts with label matluthfi. Show all posts
Showing posts with label matluthfi. Show all posts

Monday, July 20, 2015

Manusia Yang Punya Tarikh Luput

Ada sorang kenalan ni, umur awal 20-an dan dia baru je kahwin beberapa bulan yang lepas. Sebelum ni dia selalu ada migraine dan kurang beberapa hari sebelum raya ni tadi dia jumpa doktor pakar dan disahkan ada ketumbuhan dalam otak dan dianggarkan hanya akan dapat hidup untuk 7 bulan macam tu je (bunyi macam drama Melayu je kan?). Reaksi aku (selain terkejut dan sedih) ialah jealous. Jealous sebab tak semua orang boleh tahu bila masa mereka akan pergi. It seem like tuhan dah bagi kita jawapan bocor tentang soalan yang terlalu rahsia yang semua manusia lain cukup terdesak nak tahu.



Kau pergi mall dan kau pilih satu sardin dan kau tengok tarikh luputnya sebulan dari sekarang. Kau balik rumah, kehidupan berjalan macam biasa dan sedar tak sedar 2 bulan dah berlalu dan masa kau tengah nak kemas kabinet dapur tiba-tiba kau perasan kewujudan tin sardin yang terselindung disebalik set tupperware kau yang melambak. Kemudian timbul dalam kepala hotak kau "Nak kena buang ke ni? Membazir duit aku bayar GST kayakan first lady kedua tercantik di Asia je" so kau try buka. Rupa masih tak berubah. Kau cuba rasa hujung sudu dan tak ada apa-apa pun yang berbeza. Kau cuba panaskan dan makan. Beberapa hari berlalu dan kau tak pula mengalami kes cirit birit or keracunan makanan.

Or 

Kau pergi mall dan kau beli air susu kotak besar yang tarikh luputnya sebulan dari sekarang. Bila balik rumah kau buka dan minum seteguk dan simpan selebihnya dalam peti sejuk. Setiap selang sehari kau minum seteguk dan a week after bila kau minum ia dah rasa masam sikit. Even ada benda terapung-apung atas air tu lagi. Kau fikir "Tak mungkin basi kot sebab tarikh luputnya lama lagi. Malah ada banyak lagi baki susu dalam ni. Belajar U dulu aku dapat 3.85 then tak mungkin aku salah.." Kau teguk sampai habis, beberapa jam kemudian kau mulai masuk keluar toilet dan next few hour kau arwah. Tamat kronologi. Hmmm..




Realitinya tak semestinya apabila doktor kata kau akan mati 7 bulan kemudian then tepat hari ke 30 jam 12.01 am then kau terus arwah. Jawapannya mungkin berbeza kalau doktor tu ada Death Note then it totally a different kes. Mak cik aku ni dia ada ketumbuhan gak dan doktor estimate 2-3 bulan je tapi sekarang dah 5-6 tahun masih lagi sihat walafiat. Yap doktor bukan tuhan tapi kalau aku berada ditempat tu then reaksi aku bercampur baur antara sedih dan melonjak kegembiraan.

Korang ada layan cerita The Angriest Man In Brooklyn lakonan Robin William tak? Dia ada brain tumor dan doktor tersalah cakap yang dia hanya boleh hidup untuk beberapa jam je lagi. So dia bukan main gelabah dan cuba memperbetulkan setiap kesalahan yang dia pernah buat dalam masa yang cukup singkat. 

Kalau kita tahu the right moment kita akan di 'switch off' kan then kita pasti akan buat benda yang lebih kurang sama. Kita pasti akan ada Earl's List kita sendiri dari siapa yang kita perlu minta maaf, benda yang kita lama nak makan, tempat dah lama kita nak pergi dan paling last sekali of coz baru ingat tuhan dan beribadah 24/7 sehingga hari tu tiba. Or kalau kita ambik ia secara negatif then kita akan memberontak, maarah semua orang, moody sepanjang hari, have a sex with anyone, anywhere, anyhow without condom, bermurung dan menanggis atas katil etc.











Disebabkan tak ada sesiapa yang benar-benar boleh tahu bila mereka akan mati then semua orang sibuk nak update Instagram, letak hashtag sebanyak yang mingkin dan kutuk mana-mana selebriti perempuan yang masih lagi tak pakai tudung. What such a tipikal Malaysia ar kan? 

Sunday, February 12, 2012

Dah Nama Pun Pembangkang..

Korang mesti pernah dengar word ni 'Dah nama pun pembangkang then membangkang je ar kerja dia 24/7. Tak ada satu pun yang dibuat kerajaan pernah betul. Semuanya salah jer..' Habis tu? Takkan ar dia nak sokong dasar kerajaan plak then better dia tukar haluan jadi ahli kerajaan dan sama gak ngan ahli politik pro kerajaan then tak kan ar nak sokong pembangkang plak? Kan?


Walaupun aku ni based on previous post bunyik cam bukan pro kerajaan that doesnt mean aku ni pro pembangkang. Aku just berdiri on pendirian: tak sepanjang masa kerajaan tu betul dan tak sepanjang masa pembangkang tu salah. Dan tak sepanjang masa kerajaan tu salah dan tak sepanjang masa pembangkang tu betul.

Teringat masa sekolah dulu bila part syarahan or berdebat dalam kelas then ramai tak nak jadi group pembangkang sebab dalam mind set yang diterapkan zaman tu as pembangkang ialah salah dan akan kalah sepanjang masa.Sedangkan realitinya either pembangkang or pencadang both masing-masing ada idea pro and cons. Dan sama gak cam persamaan disebabkan 2 orang punya idea yang tak sama or berbeza menjadikan satu betul dan satu salah. Naaa..








Tadi terbaca satu comment kat FACEBOOK oleh sorang kenalan yang berpaksikan pro pembangkang ni menyangkal satu idea ni mentah-mentah disebabkan statement idea tu dikeluarkan oleh pro kerajaan sedangkan bagi aku statement idea tu sangat bernas. Dan aku terfikir kalaulah idea yang sama dikeluarkan oleh orang yang pro pembangkang then pasti dia akan setuju sepenuhnya ngan idea tu..












Buat aku terfikir sekali lagi: gosh kerajaan tak selamanya salah, pembangkang tak selamanya betul, kerajaan tak selamanya betul dan pembangkang tak selamanya salah.













Even dalam satu kumpulan idea yang rubbish pun kita boleh jumpa 1 piece of idea yang sangat bernas. Kita hanya perlu buang ego dalam diri kita dan mengaku bahawa that idea ar bernas. 

Kira cam PERKASA tu bagi aku sangatlah aku tak tahu apa matlamat perjuangan mereka but still kekadang Ibrahim Ali juga mampu mengeluarkan idea yang bernas (mungkin 1 dalam 10 juta idea ar) but still disebabkan people hanya melihat dia as pak lawak, kaki racist or someone yang tak penting sehingga mengakibatkan idea bernas  yang mampu digunapakai untok membangunkan negara just hilang, gone with the wind jer..



Or may be gak our first lady memang simpan duit dari zaman tadika dia lagi sehingga mampu menggunakan simpanan tu untuk beli cincin bernilai RM 24 juta dan baki simpanan tu dia gunakan untuk beli koleksi kain di Australia.. CHOOP, aku tak jumpa perkaitan contoh ni ngan cerita ni. Hmmmm..

























Btw apa yang aku nak moral valuekan hari ni ialah jangan terhadkan diri korang ngan jadi pro kerajaan or pro pembangkang sehingga korang tak nampak apa-apa melainkan apa yang korang sokong tu jer. Hmmm










Buat aku teringat video matluthfi title Lalang. Search kat YOUTUBE..