Showing posts with label Facebook. Show all posts
Showing posts with label Facebook. Show all posts

Sunday, March 11, 2018

Kehidupan di Luar Media Sosial

1.
Korang pasti ada kawan yang punya akaun social media tapi tersangatlah tak aktif. Kalau dapat jumpa post dia setahun sekali dah kira cukup bernasib baik ar. Atau kalau upload pun langsung tak ada kaitan dengan kehidupan dia sebaliknya part kesedaran sosial atau isu kemanusiaan sehingga terdetik jauh di sudut hati kau berkata: OMG losernya makhluk ni. Dia tak ada kehidupan sodial langsung ke kat luar sana? 

atau

Korang pasti ada kawan yang punya banyak akaun social media dan dia tersangat ar aktif. Dalam setiap 15 minit dia akan upload satu post dari apa yang dia tak puas hati kat office, apa yang dia masak kat rumah dia, gambar dia sekeluarga bercuti, gambar anak dia, reupload status orang lain, dia wish birthday orang itu ini bla bla bla sehingga terdetik dalam hati kau seraya berkata: OMFG loserya makhluk ni. Dia tak ada kehidupan sosial langsung ke selain dari dalam social media ni?



2.
Kau pernah tak keluar dengan kawan yang since dari korang berjumpa sehingga korang berpisah sehari tu, dia langsung tak pernah keluarkan handphone dia? Membuatkan kau terfikir: dia miskin sangat ke tak mampu nak beli smartpone or terlalu kedekut untuk langgan mana-mana pelan internet. Kemudian dia asyik bercakap, tentang zaman sekolah ar, tentang review filem yang baru dilayan tadi, tentang makanan yang diorder sehingga membuatkan kau stress setiap kali nak upload status baru kat social media. Kemudian bila part ambik gambar then dia suruh orang sekitar tolong ambikkan. Malu wei, zaman sekarang ada yang tak tahu kaedah selfie, wefie tu semua dan paling pelik, dia tak pernah upload mana-mana gambar yang diambik tu kat akaun social media dia? Jangan kata dia print gambar tu kat kedai dan simpan dalam album kot. So zaman pak kaduk..


atau

Kau pernah tak keluar dengan kawan kau dan since korang jumpa sehingga korang berpisah sehari tu, dia tak lekang dengan handphone kat tangan dia je. Waktu dalam panggung wayang, dia main handphone, jalan-jalan pun dia main handphone, makan pun dia main handphone, ke tandas main handphone dan sikit-sikit selfie, wefie dan tengok handphone balik dan ketawa. Bila balik rumah, kau check akaun social media dia: WOW, kau rasa macam kau dah keluar dengan orang yang berbeza jer tadi. Dalam gambar tu, dia nampak bukan main happy dengan persekitaran yang cukup happening dengan caption: Ini hari terbaik aku untuk tahun ni, lama tak keluar dengan BFF, borak dan ketawa sampai pecah perut bla-bla-bla sedangkan realitinya selain hai, bye dia cakap tak sampai 20 patah perkataan pun sepanjang hari. Hmmm..



3.
Kau mesti pernah jumpa budak yang dah besar tapi bila tengok smartphone bukan main jakun lagi. Berebut adik beradik dari yang belum tadika sehingga ke sekolah menengah nak try main game dalam tu. Mak bapak tak mampu beli ke? Zaman sekarang smartphone dengan RM200 pun dah boleh beli. Jangan kedekut sangat ar parent oooi. Zaman teknologi tapi anak masih hidup zaman jurassic lagi. Bila datang beraya, rumah dah macam tongkang pecah. Melompat, menjerit, semua balang kuih dirasa, air habis mintak lagi dan yang paling ringgan mulut akan bersuara "Pak cik, tak ada duit raya ke?" Kau tersenyum tapi dalam hati dah meletus gunung berapi. Bila bawak bercakap then semua nak cakap sekali, cerita tentang main lumpur, belajar basikal hingga masuk longkang, kena kejar tebuan dan kau terfikir: Mak bapak diaorang tak nak anak mereka hidup seiring teknologi ke? Macam mana dengan masa depan diaorang?

atau

Kau mesti pernah jumpa budak seawal setahun lebih yang dah punya smartphone sendiri. Setiap adik beradik dari belum tadika sehingga ke sekolah menengah dah dibelikan seorang sebijik oleh mak bapak diaorang. Bila datang beraya, tangan hulur sebelah, tangan sebelah lagi main phone. Duduk lama dan tak jamah makanan or air. Mata asyik tertumpu kat skrin tu jer. Kemudian ada sorang mulut terlebih ringan bersuara "Pak cik, apa password wifi rumah ni eh" Kau senyum je tapi dalam hati geleng kepala. Bila bawak bercakap then dia asyik keluarkan isu tentang benda yang viral dan meme kat alam siber yang kau sendiri tak tahu. Cara bercakap dengan orang tua pun tak beradab. Tengok mak bapak dia, pun jenis mata melekat kat skin gak. Kau terfikir: apalah agaknya nasib generasi akan datang kalau penuh dengan manusia macam ni?

Monday, July 17, 2017

Life. Unfair & Lovely

Aku baru dapat tahu dari social media yang sorang kawan ni ada ketumbuhan dalam otak dan akan dibedah dalam masa terdekat. Terkejut wey. Aku kenal dia sebagai seorang yang cukup happy go lucky tahap ceria non-stop. Dia seorang yang good looking guy yang dah punya isteri dan anak (kalau tak silap) ada masa depan and suddenly SHIT happen. Teringat sebulan dua lepas dapat tahu sorang kenalan (unfortunately aku tak dapat nak classify dia as kawan) tiba-tiba meninggal. Dia seorang yang bijak, punya kerjaya yang cerah dan tuhan cabut nyawa pada usia 31 tahun. Hmmm..


Kalau kau jumpa budak upload status kata life unfair hanya sebab putus cinta siap letak seribu satu hashtag then dia such an attention seeker. Kalau kau dengar luahan manusia umur 20-an kata life unfair then ketahuilah yang dia baru belajar nak kenal dunia. Tapi kalau kau jumpa makhluk umur 30 tahun dan ke atas membebel kata hidup ni tak adil then dia sememangnya layak untuk menerima satu das selipar jepun kat pipi.


Saudara-saudari yang dihormati sekalian,
Hidup ni sebenarnya cukup adil namun dengan caranya yang tersendiri.




Aku ada sorang kawan ni dia educated, kerja bagus, selalu upload gambar aktiviti dia yang mengembirakan kat social media TAPI kepala dia semakin membotak. Or sorang kawan aku ni yang muka kacak tahap tak ada sorang pun yang tak pernah tak suka dia TAPI dia ada penyakit asthma yang teruk (selain kecacatan fizikal yang hanya orang tertentu je tahu). Or ada orang yang kaya tahap tujuh keturunan makan pun tak habis, dapat pangkat Dato TAPI tak dapat nak ada anak. Or isteri pemimpin politik yang dia boleh pergi shopping kat seantero dunia dengan makan duit rakyat TAPI dia gemuk dan pendek. Ataupun bukti paling jelas ialah pada Fatah Amin yang perempuan buta mana ntah kata dia kacak, menang anugerah popular itu ini TAPI bila masuk part berlakon, dia KAYU..!!









Adilkan?

Friday, August 19, 2016

Khai Bahar, Sarawak & ...

Mungkin tak ramai yang tahu kes ni, beberapa tahun lepas (agak lama) Nazim Othman keluar statement kat social media ni kata tentang bangunan UKM yang usang & haunted look alike. So bebudak & alumni UKM naik berang lalu serang online kat social media pelakon tu sehingga keluar ayat-ayat tak best. Orang luar yang tahu kes ni pulak naik hairan kenapa mereka-mereka yang sepatutnya ilmuan boleh bertindak macam tu sekali.

Or beberapa tahun lepas (juga agak lama), kita di Malaysia ni hairan apabila kat Indonesia bukan main hebat lagi rally menentang Malaysia dengan membakar bendera, baling telur busuk kat student Malaysia belajar sana dan malah mengancam akan mencederakan rakyat Malaysia dengan buluh runcing lagi. Dan semuanya dikhabarkan hanya disebabkan oleh dakwaan kata kita cuba mencuri tarian pendet milik mereka. Sedangkan realitinya banyak isu-isu lain sebelum ni yang turut membawa kepada insiden tu seperti kes orang gaji Indonesia yang didera malah ada sampai mati, kes kerabat diraja yang kahwin dengan model Indonesia kemudian kena sexual abuse, pertuduhan Malaysia curi lagu dan budaya dari sana etc.

Ataupun apabila seorang pelukis Perancis buat komik tentang Nabi Muhammad s.a.w sehingga menimbulkan kebangkitan tunjuk perasaan aman/separa/ganas hampir di setiap tempat yang ada umat Islam yang tahu tentang kes tu. Ia membuatkan masyarakat luar naik hairan. Sedangkan ia sekadar comic satire je sekaligus membenarkan andaian bahawa umat Islam memang suka keganasan. Hmmm…


Semua kes tu berlaku disebabkan oleh ‘sense of belonging’ yang kuat.




Kalau kau peminat selebriti tu then rasanya korang memang dah  tahu, kalau ialah seorang Sarawakian then korang mungkin tahu or mungkin tak atau mungkin kau ambik peduli or mungkin gak kau tak tapi kalau kau bukan dari dua circle tu then korang mungkin akan kata ‘What the F yang sedang aku baca sekarang ni..’ Hmmm..

Semalam ada satu cebisan video tentang sorang penyanyi nama Khai Bahar (jujur aku tak tahu sapa) ni ditemubual kat rancangan Malaysia Hari Ini dan keluar satu statement yang membuatkan ‘percikkan api’ tu berlaku. Sedangkan semua orang tahu yang dia bukanlah penyanyi yang dilatih professional untuk jadi penyanyi dengan persediaan menghadapi gossip, wartawan, soalan-soalan panas etc. Ditambah pula ia rancangan siaran langsung so apa yang keluar dari mulut ialah benda yang tak dirancang yang keluar secara spontan je. Tapi disebabkan ia melibatkan Sarawak then it became a big deal. Hmmmm..

Macam contoh kes Indonesia tadi, banyak kes-kes lain sebelum issue ‘Khai Bahar’ tu yang membawa kepada kemarahan penduduk Sarawak. Mungkin kalau kau dari Semenanjung then kau tak akan faham situasi tu tapi kalau kau dari Sabah or Sarawak then kau pasti pernah melaluinya. Soalan-soalan macam: Kau duduk rumah panjang ke? Kau duduk atas pokok ke? Kau hari-hari pakai cawat ke? Kau setiap kali berak kena gali lubang ke? Kenapa orang Sarawak suka makan biawak? or statement paling biasa ‘Pertama kali datang Malaysia ke?’ or “Sabah Sarawak masuk Malaysia”. Yap, it does sound ridiculously hilarious tapi aku dan kawan-kawan Sarawak lain pernah kena tanya soalan tu. Lebih teruk apabila soalan-soalan tu bukannya dikeluarkan dari mereka-mereka yang terkandas SPM tapi oleh mereka yang berpendidikan tinggi.


Kalau korang jenis tak tidur masa subjek sejarah sekolah dulu then ada term ‘Bebanan Orang Putih’ which antara sebab kenapa orang putih nak menjajah negara-negara Asia adalah untuk mengajar ketamadunan kepada kita a.k.a in another wordnya: kita tak bertamadun. So dalam kes ni, ia sangat membencikan apabila terjumpa orang-orang dari Semenanjung (bukan semua) yang ke Sarawak atas tiket kerja or melancong datang sekali dengan ‘lagak lebih baik’ mereka tu. Kalau setakat jumpa budak askar (senang sangat nak bezakan askar dari Semenanjung) naik motosikal in group, dengan lagak rempit, parking sesuka hati, cakap besar, ketawa kat orang tempatan dah biasa sangat. Or pelancong dengan muka jelik tengok semua tempat, cakap sikit-sikit nak bandingkan Semenanjung lebih bagus, buang sampah sesuka hati, sikit-sikit tak kena terus kutuk itu ini pun dah biasa.







Masalahnya tak semua orang Semenanjung macam tu. Realitinya sikit je yang berperangai macam tu kot. Cumanya sebab sekor lembu bawak lumpur so semua lembu-lembu lain kat belakang pun terpalit sekali. Ada je orang Semenanjung yang datang bekerja kat Sarawak, kahwin dengan orang Sarawak dan terus menetap kat Sarawak. Even kalau kita dengar cara dia bercakap pun kita tak akan tahu yang dia asal dari Semenanjung. Mereka kata Sarawak lebih tenang, harmony dan tempat yang sesuai untuk membesarkan anak. Bak kata pepatah lagi ‘Kalau masuk kandang kambing then silalah belajar mengembek sekali’ sebab ‘Takkan hilang bisa ular kalau menyusur akar’ kan? (ceh, banyak pulak peribahasa aku pakai dalam post ni). Setiap tempat tak sama, budaya berbeza so sensitivity mereka juga tak sama.



Plus Sarawakian memang punya sense of belonging yang kuat pada Sarawak seperti budak UKM pada universiti mereka or seperti Indonesian pada negara mereka atau seperti umat Islam pada nabi mereka. Disebabkan rasa sayang so mereka mempertahankan negeri mereka.








Cumanya past paling sedih ialah bila baca komen-komen kat FACEBOOK. Orang kita sangat cepat melatah, sumpah seranah sana sini, guna ayat yang kita baca pun seram apatah lagi kalau dengar depan-depan which end up jadi cyber bully yang menyedihkan. Ada yang suka ambik kesempatan siram minyak kat bara api, ada yang komen sebab dahagakan like banyak-banyak, ada yang tanpa usul periksa terus serang dan serang dan ada yang rasa diri tu sempurna tahap tak pernah buat silap langsung dalam hidup. Dear my Sarawakians, apa yang korang buat sangat menyedihkan. Ia totally tak matang dan agak memalukan kot.







Kesimpulan di sini: 
Stop making stupid people famous a.k.a stop being stupid by making stupid people famous. Hmmm..

Monday, June 20, 2016

Hari Bapak

Apabila tiba hari-hari tertentu yang berbentuk personal seperti hari ibu, hari jadi, hari ulangtahun perkahwinan etc then akan timbul beberapa kumpulan manusia tertentu di social media. Disebabkan semalam 'Hari bapak' then kita ambil contoh utama dari kes tersebut. Antara golongan yang dimaksudkan ialah:


Golongan 1. 
Kau masih tinggal serumah dengan bapak kau, bapak kau tak ada akaun mana-mana social media dan apa yang kau buat ialah kau 'paksa' dia ambik wefie, senyum palsu untuk 5 saat, upload gambar dan buat ucapan se-gramatis yang mungkin. Tapi masalahnya kau tak ucap kat depan-depan dia pun. Hmmm..


Golongan 2.
Bapak kau ada akaun social media, kau wish kat wall Facebook dan upload untuk public view dan korang dua masing-masing reply komen dengan bukan main kencang lagi dan the end of the day korang berdua jumpa dan buat dono macam tak ada apa-apa pun yang berlaku atas dunia social media selama ni tadi.


Golongan 3.
Bapak kau dah meninggal so kau upload gambar masa bersama dia or gambar snapshot surah al-Fatihah dan tulis ayat sedih-sedih mendayu. Tamat kat situ. Sedangkan in reality kau tak sedekahkan apa-apa doa pun kat dia. What? Kau harap statement Facebook kau tu boleh ringankan beban siksaan kubur dia ke?


Golongan 4.
Kau ada bapak dan kau tak wish bapak kau apa-apa tapi kau asyik nak membebel je tentang mereka-mereka yang upload status kat social media. Kau kata dia tu sekadar nak mintak perhatian je ar, jenis manusia akhir zaman yang ketagih like je, just ikut trending semasa orang sambut itu ini dia pun nak sambut gak, hari bapa ialah sambutan untuk orang bukan Islam nak menyesatkan iman orang Islam etc a.k.a semua orang buat ada je yang tak betulnya. 









Kesimpulannya
Buat apa yang kau nak buat kepada orang yang kau sayang selagi kau yakin yang ia adalah perkara yang betul. Peduli ar orang nak kata apa. Mereka dah dibagi tuhan otak & mulut then mereka akan kata ar apa mereka nak. Tapi jangan yang tuhan juga dah bagi kita akal dan telinga untuk tapi apa yang terbaik untuk kita dengar. Cumanya setiap apa yang kita buat, niat kena betul ar.

Monday, March 28, 2016

Projek Plushie oleh Aj Abdullah Part 3: The Plushie

Kau ada masalah setiap kali nak memilih hadiah untuk yang tersayang? Kau nak bagi anak patung tapi mostly semua toys yang ada di pasaran sekarang ni terlalu mainstream sedangkan kau nak sesuatu yang totally bertentangan. Kau nak sesuatu yang punya ciri-ciri personal dari kau khas untuk si dia yang tersayang tu. Kalau boleh kau nak tetapkan sendiri apa yang perlu ada pada hadiah tu sehinga ke sekecil-kecil detail. Tahniah kerana anda sedang berada di page yang tepat kerana aku akan cuba untuk menyelesaikan masalah korang tu. 


Projek Plushie oleh Aj Abdullah aku ni ada 2 produk utama: Plushie Kosong & The Plushie. The Plushie ni pendek katanya plushie ar. Panjang katanya pulak ialah

1. Kau create design plushie yang kau nak. Kau boleh lukis atas kertas then scan, lukis atas screen smartphone, kau ada gambar plushie yang kau jumpa kat internet or paling tak pun kau bagitahu aku apa yang ada dalam otak kau kat aku.
2. Kita bincang itu ini, apa yang dapat dan tak dapat dibuat dan akhir sekali kita sepakat.
3. Then kau bayar aku.
4. Aku jahit plushie seperti mana yang kau nak and lastly
5. Aku pos kat kau dan kau akan milikki The Plushie yang hanya ada satu-satu di dunia ni.


Q&A
1. Q: Dari sekecil sehingga ke sebesar mana saiz yang aku boleh demand?
Ia terpulang kepada kau. Yap, customer always right kan tapi jangan ar demand yang melampau-lampau sangat. Kau nak plushie saiz sebenar Ant-Man or Groot memang nak kena pelempang ar kan? Contoh macam gambar bawah ni kira kecil yang boleh diterima lagi ar. 


2. Q: Macam mana pula dengan standard price for the standard sizenya?
Harga bergantung kepada saiz dan complicated designnya. Tapi aku letakkan perbandingan untuk plushie saiz dibawah dengan harga RM30. Tapi sekali lagi semuanya bergantung pada saiz dan serumit mana design yang kau nak tu.


3. Q: Aku ada satu idea ni tapi aku tak pandai melukis so macam mana eh?
Kau just bagitahu aku apa kriteria or ciri-ciri yang kau nak. Kalau kau jumpa kombinasi gambar-gambar di internet yang boleh mengambarkan apa yang kau nak pun lebih baik. Contoh macam dalam gambar dibawah ni.


Dan hasil akhirnya seperti di bawah:




4. Q: Kalau plushie aku tu tak berbentuk manusia or binatang boleh tak?
Kenapa tidak. Aku sukakan cabaran. Kalau kau nak buat plushie pizza ke, jam ke etc aku on je. Kalau aku tak dapat buat then awal-awal lagi aku akan bagitahu kau.


5. Q: Anak aku yang umur 3 tahun tu baru pandai melukis dan dia lukis muka aku. Walaupun rupa aku dalam lukisan tu macam lelaki cacat yang dilanggar lori tapi ia sangat sweet. Boleh tak kalau kau realisasikan lukisan tu?
Ya, of coz la boleh sebab sejujurnya ia adalah antara inspirasi awal yang membawa kepada Projek Plushie oleh Aj Abdullah ni dulu.


6. Q: Aku ada simpan baju baby anak aku dulu. Boleh tak kau buat plushie baby ikut saiz baju anak aku tu.
Bak kata Ipin ‘Boleh-boleh-boleh’


7. Q: Aku ada jumpa satu gambar plushie ccantik kat internet ni. Kau boleh tolong buatkan tak?
Kalau boleh aku akan buat tapi kalau tak boleh then kita bincang untuk alter sana sini sampai boleh. Tapi kalau memang tak boleh tu, aku memang akan cakap awal-awal lagi ar.


8. Sample lain?
Kau suka kucing dan ada kucing belang-belang & kau minat character Puss in Boot dalam karya klasik. So kau nak mix semuanya so terhasillah imej di bawah:






So jadilah antara yang terawal untuk dapatkan the plushie korang tu dengan:



e-mail: projeckplushie@yahoo.com
Sms/Whatapps: 014-8865161
Facebook/ FB Messanger: Projek Plushie oleh Aj Abdullah
Instagram: projekplushie






Perhatian
Plushie yang dihasilkan oleh Projek Plushie oleh Aj Abdullah ni ialah produk handmade hampir sepenuhnya a.k.a ianya bukan buatan kilang dari China. Makanya ia sangat fragile, jahitannya takkan selamanya kemas, gamnya ada yang akan mudah tertanggal or in other wordnya ia tak sempurna. Sama macam manusia, tak kesempurnaan itulah yang menjadikan setiap seorang kita special ar kan (ayat poyo). Dan untuk sesesiapa yang dah pernah beli benda handmade then korang tahu yang setiap satu karya tu istimewa sebab ada raasa connection between you and si pembuat. Rahsianya? Ia dihasilkan dengan penuh kasih sayang (aaaa~~.., so poyo punya ayat)

Projek Plushie oleh Aj Abdullah: Part 2 Plushie 'Kosong'

Korang pernah terfikir tak yang mostly anak patung hari ni tak benar-benar berfungsi sangat. Balak beli teddy bear saiz gergasi bagi kat awek, awek peluk happy, ambik lebih 1000 selfie bersama then upload kat Instagram, bawa balik rumah letak atas katil then start main phone tanpa henti. Parents beli anak patung, mainan itu ini bagi kat anak, anak happy tapi tak sampai 5 minit then dah kembali bermain dengan tablet. Mungkin sebab teddy bear, anak patung or mana-mana permainan hari ni dah terlalu mainstream, banyak sangat melambak kat pasaran, senang didapati, murah dibeli, (plus imaginasi manusia dah terkikis oleh teknologi) sekaligus menjawab soalan kenapa ia tak dihargai sangat. So there come Plushie 'Kosong'.



There a wisdom word kata there are no two men alike or translate BMnya tak ada dua manusia yang secara fizikalnya sama. Tapi masalahnya semua teddy bear mukanya mostly sebijik je. Korang google je word teddy bear then kau pasti setuju kata-kata aku tadi. Barbie jangan cakap lagi ar. Dari zaman 50-an sampai sekarang memang sama je. Dah macam mangsa pembedahan plastic kat Korea pulak. Ia tak ada ciri-ciri special yang mampu membezakan patung A dengan patung B,C,D sampai Z langsung. So there come an idea of Plushie 'Kosong'.


Q&A:
1. Plushie 'Kosong' ni apa sebenarnya? 

Ia adalah Plushie plain satu warna (korang boleh minta lebih sebab you are the customer & customer always right plus korang yang bayar untuk semuanya) tanpa ada apa-apa rekaan atau apa-apa benda asing melekat padanya.






2. So kalau ia kosong then kenapa aku nak beli?

Sebab di dunia ni sentiasa ada manusia yang tak nak nampak sama dengan manusia-manusia yang lain. Dalam erti kata lain, mereka nak menghias sendiri plushie tu supaya ia nampak unik dan tak sama dengan mana-mana plushie yang ada di dunia ni. Cumanya mereka tak tahu nak jahit sendiri fizikal anak patung tu. Sama macam cupcake. Korang tak tahu or tak ada masa nak masak cupcake tapi korang nak hias sendiri cupcake tu dengan imaginasi yang dah ada dalam kepala hotak korang. So kau order cupcake kosong dari bakery, kau beli bahan-bahan hiasan, hias cantik-cantik, snap gambar dan berlagak kat Instagram. That it.


3. So apa yang aku perlu buat kalau aku nak Plushie 'Kosong' ni?

Korang just request reka bentuknya. Kau nak bentuk manusia muka segiempat, alien tangan panjang, kucing etc ke, kita bincang itu ini, aku jahit, pos kat kau dan selebihnya bergantung kepada kreativiti korang. Korang nak letak 3 mata ke, pakai tudung belit-belit ke, rambut terpacak, tahi lalat bawah bibir, ia adalah milik kau sepenuhnya. 


4. Mana nak beli barang-barang untuk mata, baju, segala benda alah hiasan pelbagai tu?

Laa, zaman sekarang semuanya boleh dapat dengan mudah. Kat kedai kain ada, kat mr. DIY ada, kat Daiso melonggok banyak dengan harga RM5 (dan GST 30 posen) satu bungkus of banyak colour, Kaison dan banyak ar lagi kedai dengan nama pelik-pelik jual benda ni.



5. Harga? Mesti mahal kan?

Harganya serendah RM15 jer. Tapi RM15 tu untuk saiz bermula sekitar14cm x 25cm dengan design mudah seperti contoh dalam gambar je ar (kalau semua murah then muflis ar pok cik). Makin besar saiz or makin complicated rekaan Plushie 'Kosong' tu then makin naik ar harganya. Tapi ia tak akan naik melampau mana sangat ar kalau tak melampau rekaanya. Lagipun ia kosong apa.







6. RM15 tu belum masuk delivery lagi kan? Lepas tambah itu ini pasti mahal.

Untuk permulaan aku letak harga RM15 (saiz yang dimaksudkan tu) termasuk delivery ke Sarawak je. Semenanjung & Sabah aku akan letak extra caj penghantaran bergantung pada saiz & berat permintaan kau ar (imagine paket prabayar Pos Malaysia je dah RM15 sebijik). Korang mesti kata ‘Macam terbalik je?’ Nak buat macam manalah kalau aku beroperasi dari Kuching, Sarawak. Tapi in the future aku tak boleh bagi kepastian sepenuhnya lagi ar. GST buat harga barang terus naik dan naik (thanks kepada certain pengundi). Kain felt permeter yang aku selalu beli pun dah naik hampir RM2 selang beberapa bulan. Hmmm..


7. Target market produk ni untuk siapa sebenarnya?

Untuk sesiapa pun boleh. Bagi parents yang ada anak-anak asyik melekat kat tablet 24/7 so korang boleh buat aktiviti 'quality time' sama-sama. Ia tak perlu siap sesegera mungkin sebaliknya mula dari pergi kedai pilih warna untuk rambut, lukis cadangan projek sama-sama, gunting mata, jahit baju, gam sana sini kat muka plushie. Saat tu pasti imaginasi kreatif anak kau yang kau sendiri tak perasan akan keluar. Of coz laa akan berlaku banyak episode gelak ketawa dan akhirnya kau dah menghasilkan memori terindah kat otak anak-anak kau dan siap dengan souvenir anak patung edisi satu-satunya di dunia lagi.

Untuk cikgu-cikgu sekolah, boleh buat aktiviti bersama anak-anak murid. Untuk anak murid boleh  buat plushie bagi kat cikgu sebagai hadiah penghargaan hari guru.

Untuk Hipster memang mainan diaorang ar benda ni kan?

Untuk yang suka mengamalkan ilmu hitam then boleh buat voodoo (dosa tanggung sendiri).

Untuk mereka yang mentally unstable then boleh puja plushie tu sampai jadi macam patung dalam filem Annabelle or The Boy ke..

Untuk otak asyik fikir 18SX memanjang then sukahati korang aar nak buat apa…


8. Sample Plushie Kosong yang dah tak kosong lagi?

Menggunakan sample atas tadi aku hasilkan 2 plushie:



1. Plushie Ipin dari animasi Upin & Ipin & kawan-kawan.





2) A hipster menggayakan fesyen 70-an.








So dah tak sabar nak decorate plushie korang sendiri then jadilah antara yang terawal untuk dapatkan plushie kosong korang tu dengan:

e-mail: projeckplushie@yahoo.com
Sms/Whatapps: 014-8865161
Facebook/ FB Messanger: Projek Plushie oleh Aj Abdullah
Instagram: projekplushie


Perhatian

Plushie yang dihasilkan oleh Projek Plushie oleh Aj Abdullah ni ialah produk handmade hampir sepenuhnya a.k.a ianya bukan buatan kilang dari China. Makanya ia sangat fragile, jahitannya takkan selamanya kemas, gamnya ada yang akan mudah tertanggal or in other wordnya ia tak sempurna. Sama macam manusia, tak kesempurnaan itulah yang menjadikan setiap seorang kita special ar kan (ayat poyo). Dan untuk sesesiapa yang dah pernah beli benda handmade then korang tahu yang setiap satu karya tu istimewa sebab ada raasa connection between you and si pembuat. Rahsianya? Ia dihasilkan dengan penuh kasih sayang (aaaa~~.., so poyo punya ayat)

Tuesday, March 22, 2016

Projek Plushie oleh Aj Abdullah Part 1: Pengenalan

Adakah korang mansia jenis yang punya citarasa unik & tersendiri sehingga apabila masuk part membuat pilihan dalam pembelian barang then kau akan jadi super selective. Contoh part pilih baju. Ada satu baju ni cantik tapi designnya nampak berserabut, bila dah jumpa design yang minimalist then kualiti kainnya pula yang tak elok sehingga pilih punya pilih the end kau dah jumpa baju yang punca semua ciri-ciri yang kau cari selama ni cumanya harga pulak out of budget. 


Or setiap kali kau nak beli hadiah untuk seseorang then masalah tu akan timbul. Kau nak sesuatu yang orang lain tak boleh dapat namun mostly hadiah yang ada di pasaran sekarang ni semuanya orang lain boleh dapat sekali. Pergi kedai exclusive sikit then beli satu teddy bear koleksi terhad ni dan bila check tag 'Made in China'. Then balik rumah search internet dan jumpa project DIY yang nampak mudah dan cantik. Lalu dalam otak kau dah terbayang apa kau nak buat kelak. Beli barang itu ini, dengan fokus dan istiqamah kau ikut langkah satu demi satu. Tapi sayang hasil akhirnya langsung tak sama macam dalam internet. Malah dah nampak macam projek budak tadika ar pulak. Tahniah. Selain dikencing oleh pak menteri, anda juga telah berjaya dikencing oleh internet. Hmmm..



Around 3-4 tahun lepas aku masuk kedai kain ni dan jumpa kain felt dalam kondisi yang besar. Aku beli semeter, balik rumah, buat design cantik-cantik, gunting, jahit dan dengan penuh semangatnya tapi ia tak menjadi. Aku buka balik, jahit semula dan ia tak menjadi lagi. Buat design baru, gunting, jahit dan akhirnya ia masih tak menjadi. Aku pergi beli kain felt lain dan kali ni buat pertama kalinya aku ada plushie pertama aku. 


Kemudian lepas tu aku buat plushie kedua dan kebetulan seorang kenalan internet, Megat Eusofe (a.k.a the famous Moribayu) datang ke Kuching waktu tu so aku siapkan plushie tu last minit dan bagi kat dia. Dia sangat happy sehingga setiap tempat dia pergi mengembara then dia akan bawak plushie tu sekali. Siap ambik plushie's selfie dan upload kat Instagram lagi. Plushie tu dah pergi jauh sampai ke Australia, Korea etc. Sedangkan creater plushie tu paling jauh pergi (selain Singapura & Brunei) pun setakat sempadan Indonesia je. But the greatest partnya ialah bila setiap kali ada orang kat tempat dia mengembara tu tengok plushie tu, then mereka sangat tertarik dan bagi positif review about it. Even ada yang nak tahu kat mana ia dibeli. Sayangnya plushie tu tak dijual kat mana-mana kedai di dunia ni so literally ia adalah satu-satunya yang ada kat alam semesta ni. Hmmm





So aku search internet, kat barat memang dah ada business buat custom made plushie ni dari sekecik-kecik sampai ke business berskala agak besar. Korang yang ada anak-anak kecik ni pasti selalu jumpa doodle-doodle anak korang buat yang ada masanya nampak creepy but adorable in the same time so mereka hantar design tu kat plushie maker ni dan mereka akan hasilkan sebijik sama macam doodle tu. Cool rite? Bila aku cari modus operandi yang sama kat Malaysia, ia belum ada lagi (or mungkin ada tapi tak fully commercialize lagi). So waktu tu aku terfikir, why dont I make my hobby/talent as an income then? (ya ya ya, korang dah selalu kata benda ni kat aku)

Projek tu sepatutnya bermula tahun lepas tapi tahun lepas juga ar berlakunya episode emotionally break down terbesar buat aku. So ia tertangguh sehingga sebulan dua ni. Gosh, gila panjang mukadimah aku kan? Tapi pendek katanya aku ambik upah buat plushie custom made plus handmade or dalam bahasa yang mudah (yang aku akan jelaskan kelak dalam other post) korang buat design anak patung yang korang nak, kita bincang itu ini, korang bayar, aku jahit dan lastly korang akan dapat satu-satunya plushie yang tak ada sorang pun manusia kat muka bumi ni ada.



So jadilah antara yang terawal untuk dapatkan plushie korang tu dengan:

e-mail: projeckplushie@yahoo.com
Sms/Whatapps: 014-8865161
Facebook/ FB Messanger: Projek Plushie oleh Aj Abdullah
Instagram: projekplushie


Then korang tanya "Aj, plushie tu apa kejadah sebenarnya?" Hmmm


(..bersambung..)

Sunday, March 13, 2016

The Viral 'Ngek'

Kalau korang ialah orang Sarawak or bermastautin lama di Sarawak then korang pasti tahu tentang kewujudan video pendek jenaka sarcasm/troll yang diusahakan oleh NgekTsai Army (search kat Facebook). Dia menggunakan dialek Melayu Sarawak yang agak 'pure & pekat'. Aku ada layan beberapa video dia dan ia totally kelakar tapi ada satu benda ni asyik menghantui kepala hotak aku iaitu frasa yang paling kerap keluar dari mulut dia ialah 'Ngek'. 

Ia membawa kepada kenangan 20 tahun yang lepas.


Aku anak bongsu kepada seorang anggota polis marin dan emak aku pula orang Johor. Yap, bapak aku orang Sarawak tapi sebagai polis marin dia banyak buat kerja out station berbulan, masuk pagi balik malam, bla bla bla. Aku membesar hampir 10 tahun kat flat polis. Kalau sesiapa yang pernah tinggal kat flat polis then mereka tahu yang ia adalah tempat tertutup dan anak polis hanya berkawan dengan anak-anak polis yang lain jer. Dan flat polis waktu aku membesar tu pula mostlynya ialah dari bumiputera Sarawak such as Iban, Bidayuh etc. Kawan-kawan emak selain jiran seflat (yang mostly bumiputera) ialah isteri-isteri polis dari Semenanjung. So bila dah berkumpul memang akan cakap BM Semenanjung ar. Plus aku bersekolah sampai darjah 4 di dua buah sekolah yang majoriti kawan-kawan berbangsa Cina & bumiputera sekali lagi. Kalau tak silap aku kat kelas, bebudak Melayu pun kurang 10 orang kot rasanya.

Then pada usia 11 tahun aku berpindah ke rumah aku sekarang, Santubong di mana majoriti adalah Melayu. Situasinya tak adalah cultural shock mana sangat kecuali part bahasa. Then sekali lagi ia tak adalah feel tengok drama Thai tanpa sarikata yang haram jadah tak paham. Ia lebih kepada tengok drama Indonesia tanpa subtitle je. Most of it aku faham tapi ada certain part tu bila tak faham then aku sesuaikan dengan kontak ayat. Cumanya tak semuanya berjalan lancar ar. Contoh macam tengok sinetron Indonesia tengok couple bercinta bukan main romantis dan tiba-tiba sebut kapan. Aih, ada yang mati perlu dikain kapankan ke?

Aku masih ingat hari pertama sekolah darjah 5 dulu. Cikgu matapelajaran pertama waktu tu (dah arwah dah) tanya kat sorang budak ni (pun dah arwah) tentang aktiviti waktu cuti sekolah dulu. Then dia keluar ayat 'Pergi meranto ka..?'. Meranto ni kalau direct translatenya ialah merantau. Aku gila tergamam, takut plus respect sebab aku membayangkan yang aktiviti cuti sekolah hujung tahun budak kampung sekecik-kecik usia tu ialah merantau. It either mereka sangat miskin or mereka sangat berdikari. Then as time goes by barulah aku tahu yang meranto tu ialah perbuatan menangkap ikan ke laut dan ia dilakukan balik hari je. Hmmm..

Kemudian hari demi hari perbendaharaan kata aku memang bertambah ar. Banyak benda yang aku tak pernah dengar yang bunyik sangat freaky lawak buat aku belajar ar. Tapi waktu darjah 6 tu ada lagi moment yang memang tak akan dapat lupa ar. Mereka asyik-asyik sebut something yang berbunyi macam satu jenama bedak/minyak wangi famous zaman 90-an Gervenne Bouquet ni. Mereka sebut dalam pronunciation tempatan ar. Bouquet tu dah bertukar jadi frasa yang bermula dengan P dan berakhir dengan KEK (kalau kat Semenanjung ia berakhir dengan KI). Budak lelaki asyik sebut, budak perempuan marah then sebut balik dan ia berterusan. It seem macam a secret game je. Dan aku pula masih lagi tak faham apa signifikasi jenama tu sebenarnya. Sehingga satu ketika ni masa iklan Gervenne Bouquet ni keluar kat tv, then aku sebut sebutan budak kat sekolah tu depan arwah nenek aku. Dan reaksi dia hanya tersenyum.

Then kat sekolah budak-budak kelas masih lagi sebut benda yang sama. So lastly aku tanya sorang budak ni tentang apa maksud frasa tu. Dia ketawa dan kata ia merujuk kepada alat sulit perempuan. Hmmm...






Tamat imbas kembali.






Situasi yang sama berlaku lagi selepas 20 tahun bila aku tengok video Ngek tu. Senang-senang je dia sebut ngek itu-ngek ini- ngek sana sini. Sebelum ni aku pernah dengar geng lelaki-lelaki lembut guna frasa tu sesama mereka. Golongan macam tu memang dah biasa ar kita dengar mereka selalu guna ayat lucah-lucah so aku cukup yakin yang Ngek ialah bahasa lucah yang merujuk kepada organ sulit wanita gak. Tapi semalam aku terdengar perbualan romantis satu couple ni dan si lelaki panggil aweknya dengan panggilan Ngek. Dan lebih pelik bila si perempuan tu okey jer. Gosh there something weird sedang berlaku ni. Sebelum tidor malam tadi aku mempersoalkan 'Orang Sarawak ni open minded sangat ke sampai okey je ke untuk pakai ayat lucah secara umum?' or 'Disebabkan aku dah single terlalu lama so ia adalah trend terbaru untuk panggil kekasih guna bahasa lucah?'. Itu belum masuk part aku sedikit emo sebab si lelaki tu guna organ sulit wanita sebagai jenaka. Kita semua lahir dari tempat tu dan anak kau pun akan keluar dari tempat isteri kau.



So awal-awal pagi tadi aku hantar mesej pada sorang kawan ni tanya tentang kekeliruan aku tu ar. Dia ketawa. Aku pun ketawa. Rupa-rupanya ada salah info pada perbendaharaan kata otak aku. Ngek tu rupanya sekadar kata panggilan je. Dan aku pula keliru antara Ngek & Ngeng. Duh...!!!

Monday, January 18, 2016

Kerja Gomen

Aku tak kata aku ada banyak pengalaman kerja tapi aku pernah buat beberapa kerja dalam tempoh yang agak terhad. Apa yang boleh aku rumuskan ialah setiap kali aku kerja sektor kerajaan (which orang kampung guna term kerja gomen) then berat badan aku akan bertambah. Manakala sebaliknya setiap kali aku kerja sektor swasta (which orang kampung gelar sebagai kerja kompeni) then berat badan aku akan menyusut. Last kerja aku dalam tempoh kurang 5 bulan, berat aku berkurang 20 kg and of coz ia adalah kerja swasta. Sebab apa? Sebab kerja gomen boleh mengular dengan mudah. Hmmm..


Kerja pertama official aku dulu ialah bawah sektor kerajaan. Waktu tu tak terasa sangat 'gomen effectnya'. Hanya selepas kerja gomen kedua dan ketiga baru ia benar-benar terasa. Masuk jam 8, on computer, check e-mail (or mostly FACEBOOK), jam 9.30 keluar minum pagi, lepak borak-borak ketawa sejam, masuk balik then ada meeting dan setiap kali meeting garenti ada makan-makan, jam 12 keluar lunch, masuk balik jam 2, jam 4 keluar minum petang, jam 5 punch kad balik rumah. Masa office ada mak cik yang jual tudung (kalau bulan puasa then jual kuih), ada yang asyik baca katalog make-up, borak lebat tentang drama jam 7 petang semalam, ada pak cik yang asyik baca news paper etc. Ada pulak yang keluar dari pagi sampai petang dengan alasan nak atur timing kereta. Ada masa kalau korang bernasib baik masa pergi jabatan kerajaan then kau perasan yang ia sangat lenggang macam bukan hari kerja je. Yang ada pun budak intern yang kau tanya soalan, dia tak tahu apa-apa sebab selama dia di situ, satu-satunya kerja yang dia buat ialah photostate kertas je. Itu belum masuk part pergi kaunter kerajaan yang jumpa akak muka masam sebab kalau dia main Candy Crush kat smartphone dia. Lepas tu kalau kau ada kawan kerja gomen then kau pasti akan dengar diaorang membebel kata kerja diaorang banyak sangat. Aku tak kata semua tapi perkara macam tu dah biasa kat office-office kerajaan.


...


Hari ni tadi aku pi temankan bapak aku check up biasa dia kat satu Klinik Kesihatan. Seperti biasa ada ramai orang, banyak kaunter tapi yang bukak cuma 2 je. Siap terlekat kat depan kaunter tu minta maaf sebab kekurangan staff untuk layan customer. Masalahnya bukan sekali dua aku pergi sana. Selalu sangat tengok pekerja kaunter yang datang awal sekadar nak punch kad dan lepas tu keluar balik. Tadi keluar dari klinik tu kami pergi makan-makan dan jumpa pulak seorang pekerja kaunter klinik tu. Jam belum pukul 10 dah mengular minum pagi (tapi makanan yang diorder dah tahap lunch. Nanti jam 12 pasti akan keluar sekali lagi untuk lunch sebenar). Kedai makan pulak punya ar jauh lokasinya dari tempat kerja. Duduk ketawa bersenang lenang macam orang tak bekerja pulak dia. Hmmm..



...



Hari ni kat FACEBOOK sorang kawan kerja polis membebel tentang perangai rakyat Malaysia yang tak hargai kerja polis. Waktu susah mintak tolong tapi waktu senang tak dihargai. Honestly dia memang seorang yang baik so sebab tu dia suarakan ketidakpuasan hatinya tapi dia baru beberapa tahun je kerja dalam bidang dia tu. Aku anak polis, mak cik aku dulu kerja koperasi polis, aku ada sedara mara, kawan-kawan yang dah lama jadi polis. Mereka akui memang susah nak cari polis yang benar-benar jujur. Bukan tak ada tapi susah. Even ada yang bangga mengaku benda tak bagus yang mereka dah buat semasa dalam bertugas sehingga kita as orang biasa yang mendengar pulak jadi terkejut 'Polis sendiri boleh buat kerja tu?'. Tapi sekali lagi, bukan semua. Sayangnya disebabkan kita dah pernah mengalami kes kereta kena tahan then polis tu tanya nak saman ke nak hulur duit kopi, pergi kaunter nak buat laporan tapi polis tu nak tak nak je layan kita, jumpa polis yang salah guna kuasa etc. Hmmm..












Korang pernah tak mempersoalkan sebagai tax payer (or GST payer) yang duit kita guna untuk bayar gaji menteri, supaya mereka boleh dapat CGPA bagus-bagus tapi pak menteri pulak fikir kita nak dengar lawak bodoh mereka je memanjang, duit untuk bayar gaji kakitangan kerajaan pulak supaya mereka dapat bagi service baik kembali kepada kita tapi mereka fikir supaya mereka boleh keluar makan sepanjang masa. Dan kepada pak polisi pulak, berkhidmat untuk rakyat dan bukan kepada ahli parti politik tertentu je.










Sekali lagi, post aku ni sedikit aku tak merujuk kepada semua tapi biasalah, aku sebagai salah seorang  dari golongan marhaen yang sentiasa ada je benda betul tak nampak dan nak komen sana sini. Hmmm

Tuesday, December 22, 2015

Being 30

Pada usia 30, sebahagian besar kawan-kawan or individu yang kau pernah kenal dah kahwin dan mostlynya yang perempuan annoyingly akan selalu update gambar anak mereka kat FACEBOOK. Gambar anak senyum, anak gosok gigi, anak senyum, anak pakai baju baru, anak lepas mandi, anak senyum, anak senyum dan lagi dan lagi. Manakala baki sebahagian lagi it either in relationship, desperately wish to be in relationship tapi sangat mengharapkan keajaiban agar the right guy/girl untuk turun dari langit or ketiga: mereka terlalu sangat selesa hidup solo. Tapi mostly number 2 laa. Hmmm..



Ada orang kata hidup bermula pada usia 30 tahun. Kalau ia belum bermula lagi then wait untuk another 10 year sebab ada bijak pandai lain (sapa entah) yang kata live starts at 40 (and some say at 50). Tapi bagi aku, 30 ialah satu episode baru yang totally berbeza berbanding chapter-chapter umur sebelum tu. Aku selalu mengibaratkan hidup ni macam sebuah novel dimana ia bermula ketika kita lahir, melalui beberapa klimaks (jangan fikir guna otak kotor) dan tamat ketika hidup kita tamat kelak. Dan entah kenapa it seem 29 ialah penamat buku yang lepas dan 30 ialah buku sequel kepada yang lepas. Sebabnya 30 ialah permulaan baru yang berbeza dan aku bermula dari level yang cukup rendah. 

Aku hidup bersama PSORIASIS selama sekitar 29 tahun. Pada usia 29 tahun it covered around 95% of my body. Surprisingly ia tak memberikan effect teruk kepada aku at least not as worst as the arthritis part yang aku sangat tak tahan. So aku dapatkan rawatan pakar, makan pill yang long term effectnya akan jadi lebih teruk dan pada usia 30 tahun, suddenly my PSORIASIS completely gone. Buat pertama kalinya aku rasa cukup pelik apabila pegang kulit aku sendiri. Sebab aku tak ingat or tak tahu macam mana rasa kulit manusia sebenar. It suppose to be the happy ending part but.. there alway be but.

Things are suppose to get better and Im suppose to be happier tapi entah kenapa ia tak berlaku macam tu. Ia bagi effect yang sangat besar kepada emosi aku. Berlaku 3 kali serangan dalam selang beberapa bulan. Aku menanggis untuk seminggu tapi alasan yang rasional bila fikir-fikir balik, Im avoiding everyone, jadi hyper moody dan lastly aku almost try to hurt myself. Dan semuanya aku tak dapat kawal. So aku dapatkan rawatan psychiatry dan being diagnose with depression & anxiety. So sekarang ni selang beberapa bulan aku perlu hadiri terapi dan setiap malam aku perlu telan pills untuk memastikan aku dapat tidur dan supaya otak aku tak terlebih berfikir sangat. And few month after, satu event pelik pulak berlaku. Aku jadi terlebih ceria, terlebih bertenaga, hyperactive in everthing untuk sekitar seminggu dan sekali lagi aku tak dapat nak kawal diri aku. Bila aku bagitahu doktor then aku diagnose with symptoms of bipolar pulak. Hmmm..


Last few month, projek novel aku yang sepatutnya keluar 2 tahun lepas dan setahun lepas then dapat update yang kedua-duanya kena reject atas alasan perubahan management. Entah kenapa semuanya macam dah dirancang dengan cukup kemas. Satu demi satu berlaku dan it totally not helping laa. As doktor kata pill yang membantu sekitar kurang 30% je so awan mendung yang memayungi aku bertambah gelap dan hitam.








Maka pada usia 30 aku ialah seorang lelaki yang jobless, hopeless, full of negativity, anti social, emotionally unstable, mentally unstable bla-bla-bla. 








Andai hidup aku bermula pada usia 30 tahun maka ia bermula dari level yang cukup bawah. Yap, thing can get worst tapi kalau jatuh pada peringkat ni then rasa sakitnya tak berasa sangat. Plus, I have nothing so I got nothing else to loose. Chapter 31 akan bermula tak lama lagi, as Im wishing all the best for you guys dengan harapan korang akan doakan perkara yang sama untuk aku juga. Bye.

Tuesday, July 21, 2015

Hari Sarawak Merdeka

Amaran: Post kali ni mungkin berbaur agak racist especially untuk mereka-mereka yang suka berfikiran dan mengamalkan idealogi hidup seorang racist. 
Soalan cepu emas: Bilakah tarikh Sarawak merdeka? Adakah:
a. 31 Ogos 1957
b. 16 September 1963
c. Hey, Sarawak pernah merdeka ke? or
d. Sarawak tu dalam Malaysia ke? 


Usahkan tanya orang Semenanjung, kalau kau tanya secara random pada orang Sarawak sendiri pun garenti ramai yang tak tahu. Setiap tahun anak buah aku yang sekolah rendah bukan main seronok bila sambut tarikh 31 Ogos sebab katanya ia ialah tarikh Malaysia merdeka. Persekutuan Malaysia wujud pada 16 September 1963 so technically Malaysia hanya wujud untuk 52 tahun tapi tengok ar bulan lapan kelak then akan digembar-gemburkan yang Malaysia sambut kemerdekaan yang ke 58 tahun. Macam mana sebuah negara yang hanya wujud untuk 52 tahun boleh sambut kemerdekaan yang ke 58 tahun pulak? 

Membuatkan sesiapa yang pernah baca trilogi novel Hunger Game akan kata "OMFG, kita sekarang ni berada kat Panem ke? Manakala Sabah dan Sarawak pula ialah District 12 & 13(kebetulan?) yang dipaksa sambut 'kemerdekaan' Capitol? Najib pulak ialah President Snow yang mengaut kekayaan dari setiap district untuk kepentingan sendiri(Naa, Taib Mahmud lebih sesuai dengan watak tu sebab rambutnya totally putih)? Dan Akademi Fantasi pula ialah versi tempatan Hunger Game which is 11 tribute akan terkorban dan sorang akan jadi ultimate survivor?" LOL untuk statement terakhir tu.


Antara sebab utama kita tak tahu ialah kita tak dibagitahu. As simple as that. Tengok buku sejarah kita. Aku tak tahu tentang buku sejarah sekarang ni tapi buku sejarah zaman aku dulu memang tak ada sebut tentang part tu langsung. Yang ada tentang batu bersurat Terengganu, Lembah Bujang, Zaman Melaka-Portugis serang Melaka, Jepun masuk-Jepun keluar, Komunis, Onn Jaafar tubuh UMNO-Onn Jaafar keluar UMNO, Tanah Melayu Merdeka bla-bla-bla. Even kita siap belajar dan perlu hafal sejarah kat Eropah, India, China, Arab sana tapi sejarah yang cukup dekat pula diabaikan. Part kemerdekaan Sarawak hanya disebut masa subjek Pengajian Am form 6 je. Itupun beberapa baris ayat je. Persoalannya: Berapa kerat sangat rakyat Malaysia ambik form 6 dan berapa kerat yang ambik form 6 setakat tak nak ambik diploma dan perasan benda tu?

Hasilnya wujud ar sebahagian 'kecil' rakyat Malaysia yang kata Sabah & Sarawak join Malaysia ar or ucap selamat datang ke Malaysia kepada orang Sabah & Sarawak kat Semenanjung or aku sendiri pernah jumpa orang yang masih lagi tak tahu Sabah & Sarawak ialah sebahagian dari Malaysia. Sedih kan?





...





Hari ni tadi aku terbaca kat FACEBOOK satu post ni kata tentang pergerakkan Sarawak for Sarawakians yang buat perhimpunan aman kat Kuching menuntut kerajaan persekutuan untuk menjadikan 22 Julai setiap tahun sebagai cuti umum kepada Sarawak sebagai peringatan hari bersejarah kemerdekaan Sarawak. Dah beberapa tahun mereka mendesak tapi tak dilayan. Sedangkan Malaysia yang dah wujud untuk 52 tahun pun baru diambik peduli dan diberikan cuti umum. 

Aku support sepenuhnya apa yang mereka buat hari ni tadi tapi aku no komen tentang dasar penuh perjuangan Sarawak for Sarawakians yang lain. Aku tak nak jadi macam kes Scotland and United Kingdom tahun lepas. Tapi apa yang menjadikan aku panas ialah post kat FACEBOOK dari Sarawakians yang sangat racist dan kurang bijak. Yap kurang bijak ialah another word untuk the big B. Aku tak nak bagitahu apa yang berlaku secara detail tapi ia lebih kurang sama macam kes umum di Malaysia ar. Secara sarcasmnya ia berbunyi "Aku lebih rela punya pemimpin sama bangsa dengan yang sah-sah bodoh dan memperbodohkan aku serta curi duit aku terang-terangan daripada dipimpin oleh bangsa yang makan babi dan guna tisu lap punggung". Paham kan?






Aku orang Sarawak dan ada masanya aku sangat simpati pada orang Sarawak. Yap, sejarah ditulis oleh mereka yang menang jadi mungkin sebab tu mata kita dikaburkan oleh sejarah kita sendiri. Sewaktu sorang mat salleh dan bawa keluarga dia menjajah tanah ni, sebahagian dari nenek moyang kita sekadar biarkan diri kita dijajah and surprisingly boleh pula mengangkat orang asing menjadi raja. Ya, memang ada yang menentang dan kalah tapi masih ada yang bersatu dan menentang. Golongan ibu-ibu, cikgu-cikgu dan anak-anak muda melawan ketidakadilan pemimpin dengan cara sendiri. Masalahnya siapa antara kita yang tahu tentang kisah mereka? Sememangnya sejarah tak boleh ditipu tapi ia boleh disembunyikan. Menjadikan orang Sarawak yang ada sekarang hanya buat donno, bising mulut membiarkan seorang manusia jadi raja dengan tanah dan rumah sebesar istana ketika beberapa meter darinya rakyat biasa sekadar duduk dalam rumah saiz kotak. 







Paling sedih bila kita selalu kata yang Sarawak menentang racism tapi apa yang aku baca di FACEBOOK hari ni seem like kita sedang enjoy meratap semaian racist yang kita tanam sendiri.









Selamat hari kemerdekaan Sarawak untuk orang Sarawak.

Monday, July 6, 2015

Melayu vs Puasa vs Valentine Day

Tahun ni tahun pertama Amber Chia berpuasa dan tahun ke empat untuk Soo Winci berpuasa. Rata-rata kata mula-mula memang susah sikit tapi lama kelamaan dah biasa dan tak bagi apa-apa masalah pun. Aku kenal sorang kawan non Muslim yang setiap kali Ramadhan tiba je then dia pasti akan join puasa sekali. And the great part tentang mereka ni ialah diaorang bukan je sekadar lapar tak makan dan tak minum je malah turut sekali jaga kata-kata mereka. On the other part of the universe pulak, orang kita (mostly muda-muda) makin tak malu menunjukkan diri mereka tak berpuasa. Merokok kat public, minun secara terbuka, makan tanpa segan silu dan bila ditanya sebab tak puasa then jawapan mereka "Tak tahan sebab lapar.." OMG..!!


Puasa memang ar kena lapar. Dah namanya pun proses menahan diri dari lapar dan dahaga so puasa memang ar lapar. Tapi masih lagi ada persediaan dengan sahur dan berbuka. Bukannya puasa ni tak makan langsung 24 jam sehari selama sebulan. Itu penyeksaan namanya. Then keluar pulak iklan produk-produk Melayu yang claim kalau makan barang mereka tu waktu sahur then tak akan terasa lapar langsung a.k.a kenyang je sepanjang hari. Itu lagi pelik. Puasa dengan matlamat tak rasa lapar langsung. Sedangkan salah satu kesedaran yang cuba dibawa oleh amalan puasa ialah agar kita boleh rasa sedikit sebanyak (sedikit je pun) berkongsi penderitaan manusia-manusia in other part of world yang terpaksa berlapar sepanjang hari tanpa sempat nak sahur or berbuka dengan membeli makanan kat Bazaar lagi. Hmmm.


Tak salah kalau aku katakan yang puasa ni dah jadi macam aktiviti tradisi orang Melayu je berbanding sepatutnya sebagai amalan umat yang mengaku dirinya Islam. Lebih kurang macam sambutan Valentine Day gak ar. Kenapa kita sambut Valentine Day? Sebabnya orang lain sambut, kat TV ada banyak filem sambut dan ia nampak so romantis, dan kebetulan aku ada awek so aku kena beli bunga, kad, keluar makan dengan dia tanda bukti aku sayangkan dia dan kalau tak dia akan marah etc. Sebab sebenar kenapa perlu sambut Valentine Day? Entah. Sama gak  macam kenapa kita berpuasa? Sebabnya emak bapak aku suruh aku puasa sejak kecik (kalau tak puasa maka tak boleh raya) so puasa ialah benda yang aku dah biasa buat, kat TV ada banyak cerita tentang orang puasa jadi makin ramai yang puasa so puasa ialah aktiviti yang so trending so aku kena joun plus masa puasa kena pergi bazaar, pergi buffet, sembahyang tarawih etc dan kalau tak buat rasa macam rutin tak lengkap pulak. Sebab sebenar perlu puasa? Entah.


Buktinya lagi, siapa yang tak pernah pergi bazaar dan tak pernah berlaku kes: karipap inti angin, rupa cantik tapi rasa macam tayar basikal, lauk dihiasi ulat, terberak-berak sepanjang malam sebab lauk dah basi, beli banyak tapi tak habis makan then buang, makan banyak sampai terlebih kenyang dan terlepas ibadah etc. Or kat FACEBOOK sentiasa je ada komen-komen lucah, caki maki bila tengok Rosmah tak pandai sarung kasut sendiri, Najib curi duit rakyat sekali lagi untuk sekian kalinya, tengok muka Ahmad Maslan tersenyum. Or terkini aktiviti keganasan bersama ayat caki maki menyerang Lim Kit Siang kat kedai kopitiam. Kata Islam agama keamanan, kata Melayu bangsa berbudi bahasa, Ramadhan pulak sepatutnya adalah bulan untuk fokus beramal ibadah. Jadi siapa yang buat semua benda tu? Atau paling koman ar siapa yang puasa penuh sebulan tapi sembayang langsung tak buat? Hmmm..















Kemudian pada 10 hari terakhir ni pulak ramai yang berharap Ramadhan cepat pergi. Sebab mereka dah tak sabar nak sambut raya. Pelik kan? Sepatutnya kita nak Ramadhan berterusan biar sampai setahun dan Syawal tak pernah muncul tiba sebab ketika Ramadhan je ar Tuhan jadi lebih pemurah untuk melipatgandakan setiap amalan. Tapi sebaliknya. Kan?

Monday, June 15, 2015

Penceramah Kaki Putar Belit Alam

Semalam aku pergi satu event ni. Ia sepatutnya satu talk about art and etc tapi entah kenapa ia dimulakan dengan seorang lelaki jenis yang kita selalu jumpa kat program MLM pulak (aku tak pernah join apa-apa MLM tapi aku dah biasa sangat dengar ayat klise diaorang). Sebabnya korang pasti dah biasa sangat dengar statement macam "Saya dulu tak pandai masa sekolah, waktu universiti dulu pun berhenti tengah jalan, keluarga pula miskin, dengan bermodalkan duit yang sikit saya buat semua kerja dari bawah, malah pernah ada malam-malam hari saya geledah tong sampah untuk cari barang yang boleh saya guna, saya korbankan masa lepak-lepak malam hari dengan kawan kat kedai mamak dan akhirnya saya dah berjaya hari ni bla bla bla" Klise kan?


Yap, kita kena akui yang Mark Zuckerberg memang bagi banyak pengaruh besar kepada dunia tapi disebabkan dah ramai sangat tahu siapa mamat tu plus dah tengok filem The Social Network then statement 'tak tamat universiti tapi boleh kaya dan berjaya' tu totally dah basi kot especially bila ceramah tu melibatkan manusia-manusia yang hidup mereka tak pernah berenggang dengan teknologi. Lain ar kalau ayat yang sama digunakan untuk mak cik-mak cik kampung yang fanatik dengar ceramah Ustaz Kazim Elias then barulah ia akan berjaya kot. 

Plus satu perkara tentang manusia yang banyak cakap ni ialah mereka biasanya akan terkehel lidah. It either statement mereka kedengaran boleh dipertikaikan or dua statement sama yang bercanggah. Aku referring ayat bro tu semalam. Dia kata dia tak pandai masa sekolah, selalu gagal ujian dan kemudian berhenti tengah jalan masa universiti. Ia membuatkan aku terfikir: Kenapa seorang yang selalu gagal ujian masa sekolah boleh terfikir untuk masuk universiti dan berfikir yang dia tak akan gagal lagi masa unversiti kelak? Ooh wait manusia macam tu memang wujud kat dunia ni sebab aku sendiri pernah jumpa. Mereka dengan yakin kata 'Aku Melayu dan UiTM sentiasa terbuka untuk orang-orang macam aku' Ayat kejam tapi aku no komen. Hmmm..

Kemudian ada part dia kata keluarganya sangat miskin tapi dia sangat bersyukur yang keluarga mereka bertutur dalam bahasa Inggeris di rumah dan ia sangat membantu proses komunikasi dalam perniagaannya. Waktu tu teringin je aku nak angkat tangan dan tanya "Define miskin please.." Mungkin ia wujud dalam dunia zaman sekarang ni tapi miskin yang aku pernah nampak ialah bila si bapak keluar ketika dunia masih gelap dan terpaksa balik sebelum air surut dengan rumah mereka dari papan nipis dengan satu bilik yang dikhaskan untuk anak yang dah kahwin yang kalau ada anak lain lagi yang akan kawen then the previous one akan tidur bersama ahli keluarga lain sama-sama di ruang tamu dan lokasi dan permainan anak-anak kecil mereka bermain ialah sampah sarap yang ada disekitar rumah. That is miskin..!! Tapi siapalah aku nak mempersoalkan apa kemiskinan dah memberi effect kepada keluarga dia kan? Mungkin parentnya sangat positif dan punya visi dan misi yang jauh dan melihat betapa bahasa Inggeris (dan universiti) mampu mengubah kemiskinan yang sedia ada kan? 

Kemudian dia kata "Saya masih ingat lagi sewaktu saya berumur 6 tahun, ayah saya pernah berkata kepada saya bla-bla-bla.." Ooh seriusly? Korang masih ingat apa serious talk yang bapak kau pernah kata kat kau masa umur kau 6 tahun dulu? Aku dah lupa apa yang bapak aku pernah bagitahu minggu lepas. Yap, aku different case tapi korang pernah tak cuba buat serious talk dengan anak or anak buah korang yang umur 6 tahun dengan harapan dia akan duduk diam, buat muka serius dan kemudian hadam satu persatu ayat yang keluar dari mulut kau. Naa sebab pada usia 6 tahun setiap benda yang ada disekitar kau akan ganggu fokus dia. Hmmm




Tapi part tak boleh blah (selain dia tunjuk beberapa slide gambar dia shirtless angkat barang kononnya dia juga boleh buat kerja orang bawahan walaupun dah kaya) ialah bila dua statement yang sama bercanggah. Salah satunya ialah bila dia kata dia bukak business muzik tanpa dia tahu apa-apa tentang muzik malah langsung tak tahu bermain apa-apa instrument muzik. Dia terpaksa belajar dari Youtube cara main gitar untuk tarik orang masuk studio dan beli gitar dari dia. Kemudian dia bla-bla-bla cakap puji-puji diri dan  dia keluar statement kata dia mulai main gitar pada usia 18 tahun (disebabkan dia sama umur aku then macam mana dia boleh belajar dari Youtube kalau Youtube belum lagi wujud pada zaman tu?) dan dia tubuhkan band dan disitu dia mulai ada minat nak buat business muzik. Tapi bukan ke sebelum tu dia kata dia mulai business muzik tanpa tahu apa-apapun tentang muzik? Hmmm.







Realitinya mungkin dia seorang manusia jujur yang bernasib baik sebab walaupun miskin tapi still boleh masuk universiti walaupun result sekolah tak bagus (still English dia boleh bunyi cam mat salleh habis) kemudian buat business tanpa pernah mengalami muflis sekalipun dan dia punya ingatan yang cukup bagus. It could happen. Dan aku pula sekadar salah seorang dari jutaan tipikal Malaysian yang ada masanya memang gemar berfikiran negatif. Mungkin sebab aku dah biasa sangat jumpa manusia-manusia jenis yang banyak mulut, sikit-sikit nak up diri sendiri puji kata itu ini, tapi last-last tin kosong. Or individu yang gelar diri jutawan muda yang nak kongsi petua jadi kaya kepada orang ramai tapi realitinya korang yang bayar beratus-ratus ringgit untuk hadir event tu lah yang menjadikan dia sebenarnya kaya. No komen ar kan?