Showing posts with label Abby Abadi. Show all posts
Showing posts with label Abby Abadi. Show all posts

Monday, January 18, 2016

Kerja Gomen

Aku tak kata aku ada banyak pengalaman kerja tapi aku pernah buat beberapa kerja dalam tempoh yang agak terhad. Apa yang boleh aku rumuskan ialah setiap kali aku kerja sektor kerajaan (which orang kampung guna term kerja gomen) then berat badan aku akan bertambah. Manakala sebaliknya setiap kali aku kerja sektor swasta (which orang kampung gelar sebagai kerja kompeni) then berat badan aku akan menyusut. Last kerja aku dalam tempoh kurang 5 bulan, berat aku berkurang 20 kg and of coz ia adalah kerja swasta. Sebab apa? Sebab kerja gomen boleh mengular dengan mudah. Hmmm..


Kerja pertama official aku dulu ialah bawah sektor kerajaan. Waktu tu tak terasa sangat 'gomen effectnya'. Hanya selepas kerja gomen kedua dan ketiga baru ia benar-benar terasa. Masuk jam 8, on computer, check e-mail (or mostly FACEBOOK), jam 9.30 keluar minum pagi, lepak borak-borak ketawa sejam, masuk balik then ada meeting dan setiap kali meeting garenti ada makan-makan, jam 12 keluar lunch, masuk balik jam 2, jam 4 keluar minum petang, jam 5 punch kad balik rumah. Masa office ada mak cik yang jual tudung (kalau bulan puasa then jual kuih), ada yang asyik baca katalog make-up, borak lebat tentang drama jam 7 petang semalam, ada pak cik yang asyik baca news paper etc. Ada pulak yang keluar dari pagi sampai petang dengan alasan nak atur timing kereta. Ada masa kalau korang bernasib baik masa pergi jabatan kerajaan then kau perasan yang ia sangat lenggang macam bukan hari kerja je. Yang ada pun budak intern yang kau tanya soalan, dia tak tahu apa-apa sebab selama dia di situ, satu-satunya kerja yang dia buat ialah photostate kertas je. Itu belum masuk part pergi kaunter kerajaan yang jumpa akak muka masam sebab kalau dia main Candy Crush kat smartphone dia. Lepas tu kalau kau ada kawan kerja gomen then kau pasti akan dengar diaorang membebel kata kerja diaorang banyak sangat. Aku tak kata semua tapi perkara macam tu dah biasa kat office-office kerajaan.


...


Hari ni tadi aku pi temankan bapak aku check up biasa dia kat satu Klinik Kesihatan. Seperti biasa ada ramai orang, banyak kaunter tapi yang bukak cuma 2 je. Siap terlekat kat depan kaunter tu minta maaf sebab kekurangan staff untuk layan customer. Masalahnya bukan sekali dua aku pergi sana. Selalu sangat tengok pekerja kaunter yang datang awal sekadar nak punch kad dan lepas tu keluar balik. Tadi keluar dari klinik tu kami pergi makan-makan dan jumpa pulak seorang pekerja kaunter klinik tu. Jam belum pukul 10 dah mengular minum pagi (tapi makanan yang diorder dah tahap lunch. Nanti jam 12 pasti akan keluar sekali lagi untuk lunch sebenar). Kedai makan pulak punya ar jauh lokasinya dari tempat kerja. Duduk ketawa bersenang lenang macam orang tak bekerja pulak dia. Hmmm..



...



Hari ni kat FACEBOOK sorang kawan kerja polis membebel tentang perangai rakyat Malaysia yang tak hargai kerja polis. Waktu susah mintak tolong tapi waktu senang tak dihargai. Honestly dia memang seorang yang baik so sebab tu dia suarakan ketidakpuasan hatinya tapi dia baru beberapa tahun je kerja dalam bidang dia tu. Aku anak polis, mak cik aku dulu kerja koperasi polis, aku ada sedara mara, kawan-kawan yang dah lama jadi polis. Mereka akui memang susah nak cari polis yang benar-benar jujur. Bukan tak ada tapi susah. Even ada yang bangga mengaku benda tak bagus yang mereka dah buat semasa dalam bertugas sehingga kita as orang biasa yang mendengar pulak jadi terkejut 'Polis sendiri boleh buat kerja tu?'. Tapi sekali lagi, bukan semua. Sayangnya disebabkan kita dah pernah mengalami kes kereta kena tahan then polis tu tanya nak saman ke nak hulur duit kopi, pergi kaunter nak buat laporan tapi polis tu nak tak nak je layan kita, jumpa polis yang salah guna kuasa etc. Hmmm..












Korang pernah tak mempersoalkan sebagai tax payer (or GST payer) yang duit kita guna untuk bayar gaji menteri, supaya mereka boleh dapat CGPA bagus-bagus tapi pak menteri pulak fikir kita nak dengar lawak bodoh mereka je memanjang, duit untuk bayar gaji kakitangan kerajaan pulak supaya mereka dapat bagi service baik kembali kepada kita tapi mereka fikir supaya mereka boleh keluar makan sepanjang masa. Dan kepada pak polisi pulak, berkhidmat untuk rakyat dan bukan kepada ahli parti politik tertentu je.










Sekali lagi, post aku ni sedikit aku tak merujuk kepada semua tapi biasalah, aku sebagai salah seorang  dari golongan marhaen yang sentiasa ada je benda betul tak nampak dan nak komen sana sini. Hmmm

Sunday, July 4, 2010

Gossip-ing

Kalu korang jenis layan drama2 Melayu (bukan sinetron Indon r) kat local television dalam scene kampong or sub-urban area (aka bukan cerita korporat yang pakai kot 24/7) then korang pasti kenal nama2 tipikal cam Kak Kiah, Mak Bedah etc yang asyik melepak dan bergerak dari 1 tempat ke tempat laen ngan tugas utamanya iaitu menyebar berita lebih cepat dari internet aka kira cam series GOSSIP GIRL versi Malaysia r.


Tadi aku ngan parents ngan 3 aunts (ANJANG, UDAK & MAK NGAH) aku plus sorang relative jaoh (MAK AYANG) ni lepak r minom petang kat rumah the other aunt ni (ABOK). Pasal dia dah masak KEK CHEESE ngan cucur2 plus buah2an tempatan then dia panggil r llepak minom petang sana.

So korang leh agak r apa yang mereka adik beradik ni akan bwat bila dah berkumpol sekali ngan makanan dah tersedia depan diaorang. GOSSIP TIME.. wakaka.. Mereka bercakap dari issue2 kecik sampai r ke issue2 besar. Ngan gelak ketawanya. Memang best r layan walupon aku sekadar pendengar je ari tu. Malas nak sambong cerita orang tua. Pendek umor plak kang. Hmmmm...



Bila cerita pasal gossip ni then aku yakin r semua orang nak x nak musti mengaku pernah bergossip (or in local termnya dikenali sebagai ngumpat kecil2an). Either korang ni jenis yang banyak info untok mengata or korang just penerima info aka pendengar yang anggok2 then kuar sepatah dua kata jer.


Sememangnya ada part memang layan r bila berGOSSIP ni. Rehat jap: Jangan kata GIRLS jer yang kuat gossip yer even LELAKI pon jaoh lebih advance mengata orang sekarang. Hei, Im 25 wokey. Dah pernah jumpa yang lelaki2 yang nampak cam BUDIMAN sesangat tapi bila mengata orang belakang2 jaoh lebih TERBAKAR dari dengar dari mulot PEREMPUAN cakap. Sapa dia mereka ni? Biar r mereka dan keluarga mereka jer yg tau...

Aku pon secara x tersengaja (wakaka.. statement x nak mengaku depan2) memang r ada part akan tershare GOSSIP gak r ngan orang2 tertentu ni. Kalu boleh aku memang x nak r tapi itu r bak kata aku tadi as 'ter' aka dalam paper Bahasa Melayu SPTM bermakna telah dilakukan (bukan secara x sengaja r)..




Then issue rasmi bergossip tu biasa r nak share cerita2 pelik (tapi belom ditentukan kesahihkan ceritanya) plus mengata tentang mahkluk2 yang terserlah perangai x bagus diaorang or tentang issue semasa luar dan dalam negeri.. Kedian matlamatnya agak mampu memberi kesedaran pada diri (ceh.., ayat poyo) disamping dapat kata putus cam ne nak ajar makhluk2 yang tidak disukai tersebut. Wakaka..





Tapi aku ada beberapa orang ni aku sangat anti kalu berGOSSIP. Dia ni jenis yang sangat2 baek kat depan orang laen tapi bila mereka2 ni dah blah then teros je dia mengata setiap inchi keburokan diaorang. Bwat aku sangat yakin bahawa manusia2 macam ni d belakang aku pasti akan mengata terok tentang aku gak nanti.. garenti..











So manusia2 luar sana.. nak bergossip boleh je kot tapi korang kena ingat mengumpat tu sama cam membunoh sedara sedaging sendiri. Fikir2kan dan selamat beramal... Wakaka

Sunday, December 28, 2008

Good bye Disember

26 hb adalah ulangtahun ke 4 bagi fenomena TSUNAMI. Masih ingat masa tengok TV3 pagi hari 4 tahon lepas, belaku gegaran kecil di SELANGOR then petang sikit dah heboh ngan TSUNAMI yg belaku di ACHEH, SRI LANGKA dan ETC termasok r PULAU PINANG (dan LANGKAWI tp issuenya disembunyikan atas sebab2 tertentu). Then masa masok U kenal sorang kawan ACHEH (yg turut kehilangan sebahagian besar ahli keluarga) yg kongsi becerita dan sangat baek iaitu ODAN.

Semalam pulak NENEK aku (adik DATOK aku) masok WAD setelah beberapa hari sakit mata yg teramat sangat. Sorang SEDARA aka juga seorang PAKAR MATA bagitau yg ada tumboh nanah dlm mata dia dan nanah tu dah pecah. Dan kalau keadaan terok mungkin anak mata perlu dibuang. Duh..!! so dah 2 hari ni aku ngan ABOK (mak cik aku aka anak angkat NENEK aku) handle urusan itu ini. Mmg letih. Semoga x ada apa2 yg terok r belaku.

Hari yg sama gak birthday UDA aku (ya kakak ipar, dia suami anda) yg ke 26. Emak aku sepatotnya tahankan kandungan dia selama beberapa hari jer then dia akan jadi setahon lebeh tua. Akibatnya UDA aku akan sentiasa kata dia masih muda pasal lahir akher DISEMBER dan aku tua pasal aku lahir awal JANUARI. Huh…!!

Hari ni ttiba kaki jadi sangat sakit sampai tulang temulang. Huuu.. Tp nak x nak banyak gak urusan hospital yg perlu dbwat. X lupa bapak aku kata yg cousin aku (ya DIDI, budak tu) dah balik. May b next issue aku akan ungkit ttg cousin aku 2.

Esok tahun baru Islam: 1430 HIJRAH. Then tahun baru MASIHI: 2009. Duh...!! Dah tambah 1 angka lagi pada usia.



p/s: kamera aku dah rosak terok & hp aku pon rosak sikit. So aku perlu beli kamera or hp dlm jangka masa tdekat? ya..ya.. aku mmg akan beli kedua2nya sekali..