Showing posts with label Faizal Hussain. Show all posts
Showing posts with label Faizal Hussain. Show all posts

Sunday, July 4, 2010

Gossip-ing

Kalu korang jenis layan drama2 Melayu (bukan sinetron Indon r) kat local television dalam scene kampong or sub-urban area (aka bukan cerita korporat yang pakai kot 24/7) then korang pasti kenal nama2 tipikal cam Kak Kiah, Mak Bedah etc yang asyik melepak dan bergerak dari 1 tempat ke tempat laen ngan tugas utamanya iaitu menyebar berita lebih cepat dari internet aka kira cam series GOSSIP GIRL versi Malaysia r.


Tadi aku ngan parents ngan 3 aunts (ANJANG, UDAK & MAK NGAH) aku plus sorang relative jaoh (MAK AYANG) ni lepak r minom petang kat rumah the other aunt ni (ABOK). Pasal dia dah masak KEK CHEESE ngan cucur2 plus buah2an tempatan then dia panggil r llepak minom petang sana.

So korang leh agak r apa yang mereka adik beradik ni akan bwat bila dah berkumpol sekali ngan makanan dah tersedia depan diaorang. GOSSIP TIME.. wakaka.. Mereka bercakap dari issue2 kecik sampai r ke issue2 besar. Ngan gelak ketawanya. Memang best r layan walupon aku sekadar pendengar je ari tu. Malas nak sambong cerita orang tua. Pendek umor plak kang. Hmmmm...



Bila cerita pasal gossip ni then aku yakin r semua orang nak x nak musti mengaku pernah bergossip (or in local termnya dikenali sebagai ngumpat kecil2an). Either korang ni jenis yang banyak info untok mengata or korang just penerima info aka pendengar yang anggok2 then kuar sepatah dua kata jer.


Sememangnya ada part memang layan r bila berGOSSIP ni. Rehat jap: Jangan kata GIRLS jer yang kuat gossip yer even LELAKI pon jaoh lebih advance mengata orang sekarang. Hei, Im 25 wokey. Dah pernah jumpa yang lelaki2 yang nampak cam BUDIMAN sesangat tapi bila mengata orang belakang2 jaoh lebih TERBAKAR dari dengar dari mulot PEREMPUAN cakap. Sapa dia mereka ni? Biar r mereka dan keluarga mereka jer yg tau...

Aku pon secara x tersengaja (wakaka.. statement x nak mengaku depan2) memang r ada part akan tershare GOSSIP gak r ngan orang2 tertentu ni. Kalu boleh aku memang x nak r tapi itu r bak kata aku tadi as 'ter' aka dalam paper Bahasa Melayu SPTM bermakna telah dilakukan (bukan secara x sengaja r)..




Then issue rasmi bergossip tu biasa r nak share cerita2 pelik (tapi belom ditentukan kesahihkan ceritanya) plus mengata tentang mahkluk2 yang terserlah perangai x bagus diaorang or tentang issue semasa luar dan dalam negeri.. Kedian matlamatnya agak mampu memberi kesedaran pada diri (ceh.., ayat poyo) disamping dapat kata putus cam ne nak ajar makhluk2 yang tidak disukai tersebut. Wakaka..





Tapi aku ada beberapa orang ni aku sangat anti kalu berGOSSIP. Dia ni jenis yang sangat2 baek kat depan orang laen tapi bila mereka2 ni dah blah then teros je dia mengata setiap inchi keburokan diaorang. Bwat aku sangat yakin bahawa manusia2 macam ni d belakang aku pasti akan mengata terok tentang aku gak nanti.. garenti..











So manusia2 luar sana.. nak bergossip boleh je kot tapi korang kena ingat mengumpat tu sama cam membunoh sedara sedaging sendiri. Fikir2kan dan selamat beramal... Wakaka

Saturday, January 24, 2009

The Last Supper

Belakang dari kiri: Syikin, Inna, Romi, Man, Roland, Minor, Fendi, Charles, Aaron & Felix.
Dudok dari kiri: Haji Othman (pensyarah minggu ni), Bob (penghulu) & Khalik (penolong)
Yang x ada: Def, Marvin, Alistair & Aku. Wei mana aku? Amik gambar ker? X r. Aku malas nak datang kelas ni…!!


Once again tajok aku x ada kaitan ngan apa yg aku nak tulis kali ni. Pasal ia bukan ttg supper pasal ia still masih dinner. Malam tadi bbudak kelas kamiorg rancang keluar makan2 pasal cuma tinggal skitar 3 minggu jer lagi b4 tamat kelas ni. Cam x pcaya 4 bulan dah nak berakher. Dan dlm masa yg sama gak kami bwat dinner ni ialah pasal elaun dah masok. So apa lagi, kami kluar r makan ramai2 kat sebuah kedai steamboat ni. Diaorg terutama Bob bukan maen pulon habis2 r. Tp cuma 11 org yg dtg malam tadi(tmasok adik Bob dan kawan Syikin). Yg x datang ada alasan balik cuti tahon baru Cina, family business, dan jugak yg x ada apa2 sbb.

Budak kelas aku ni perangai macam2. Tp baek2 semuanya. 4 bulan sangat singkat untok kenal ngan lebeh dekat. Dan ngan sikap aku yg DINGGIN, UNFRIENDLY, MOODY x tentu pasal bwat diaorg makin susah nak rapat ngan aku. Tp still x ada r yg jadi musoh. Still tahap alias r. Even boleh bwat lawak2, sakat2 n berjenaka lagi stiap masa.

So x lama lagi tamat r episode pelajar INSEP SAFETY & HEALTH OFFICER di PPKS/ ICATS bagi sesi 2008/2009.

Huu.. aku dah ngantok. Pasal perot ni dah masok beberapa ekor udang, sotong, bbola ikan, daging, ayam, ice cream dll.. duhh…!!




Wei aku lupa nak amik gambar lg r masa dinner tadi.. kamera yg x berfungsi . Sekali lagi (ya…. Razy, next time aku akan gantong kamera 2 kat leher aku r)

Tuesday, December 30, 2008

23 Years Old VIRGIN



Hari ni NENEK aku bwat pembedahan. Awal pagi semalam, mata dia keluar darah. Dan kebetolan kelas aku dbatalkan so aku berada di hospital sampai jam 6 pm. Dia sangat2 keletihan. Dan ramai gak sedara mara yg datang. Dan antaranya KAZEN aku 2. Then kami keluar dan cakap2. Aku x nak ungkit apa yg dah dia bwat ari tu. So kami cakap2 ttg apa yg belaku sepanjang tempoh lepas. Dia as usual cerita ttg kerja dia, ttg kekasih dia, ttg kekasih dia, ttg kekasih dia (ini bukan typing error tp mmg sengaja buat penegasan) & ttg skandal dia, ttg skandal dia dan ttg skandal dia.

Then satu bab dia tanya ttg status sorang kazen kami yg kerja as doctor specialist. Jawapan aku pendek: DIA GAY. Pasal apa aku tau? Hari tu dia bawak ANAK IKAN dia pergi tempat kerja dan belaku 1 incident yg mmbuatkan belakunya syak wasangka yg jelas lagi nyata. GOTCHA..!!

Pas 2 kazen aku bgitau r plak cerita ttg salah sorang UNCLE kami ni yg bwat aku ketawa kecil. Dia penah bwat hubungan ngan antara mamat paling MACHO kat kampong. Bab yg bwat aku ketawa ialah mamat 2 ialah ANAK CIKGU yg kami kureng suka kat sekolah dulu. Dulu bangga kat anak sangat then br tau yg anak dah kena COP.

Even budak LOOSER yg x pernah bjaya untok ada couple masa sekolah dulu (kawan baek aku gak r) pon baru hilang teruna tahon ni ngan sorang mamat (yg kira looser jugak r) dlm aksi 1 nite stand. Wakaka..

So kesimpulannya: cuma aku satu2nya budak llaki yg still teruna pada usia 23 tahon. Cis.. LOOSER..!! Dan untok kazen2, kawan2, uncle2 aku yg dah bwat sekali dan nak lagi tu.. aku nak bagitau yg aku still hormat korang x kira apa pon pilihan yg korang bwat. Walaupun aku x menentang tp still aku x menyokong. Plus untok MIZZ DIDI, sori r pasal aku mungkin akan tolak balik isu OPEN DOOR dulu 2 r. Im still straight. Totally so sure..!!(dan aku akan pastikan ko orang petama yg aku bagitau kalu aku nak berubah jadi queer or saat2 hilang teruna kelak wokey)


Then kazen aku akan kata the magic words ‘Ko x kan x ada cinta hati kot. Ompuan ke? Llaki ker?’






Aku malas nak layan soalan berulang...!!