Showing posts with label Amy Winehouse. Show all posts
Showing posts with label Amy Winehouse. Show all posts

Saturday, October 15, 2016

Siti Nordiana, Tomok,.? Eeeww

Aku bersekolah form 1 sampai form 5 kat sebuah sekolah kampung (yang jarak sekolah ngan rumah tak sampai 5 minit pun) sekitar akhir 90-an dan awal 2000. Aku yakin tak kira kat mana kau sekolah (budak sekolah awam dalam Malaysia mostlynya) yang seusia aku then korang pasti faham apa yang aku nak cerita dalam post kali ni.


Kat zaman sekolah-sekolah dulu, kita suka sangat labelkan manusia. Yang duduk depan as kaki nerd, yang duduk belakang either kaki anarkis or geng budak popular dan yang tengah pulak golongan yang berkecuali yang mostly akan kerja kerani kat jabatan kerajaan. So tempat duduk yang kau pilih pada hari pertama setiap tahun sesi persekolahan bermula adalah sangat-sangat penting. Kau tak nak duduk ngan geng surau kalau kau jenis mudah terbakar setiap kali dengar bunyi azan, or kau sangat-sangat tak nak duduk sebelah mamat yang setiap kali satu subjek habis then dia berebut nak bawak buku cikgu ke bilik guru sebab jenis manusia kaki ampu mudah berjaya tapi sangat menyedihkan etc. 

Tingkatan 1 mungkin belum nampak sangat mode 'cinta' dalam udara. Mostly abang or kakak-kakak senior mudah tertarik kat korang sebab muka masih bersih tanpa noda jerawat or kesan jeragat so banyak ar jenis muka jambu, comel-comel, budget comel akan jadi mangsa adik-adik angkat. Buat kanak-kanak terpilih, jangan terlampau teruja sangat dan buat yang tak terpilih, jangan kecik hati sebab benda angkat-angkat ni biasanya tak tahan lama. Manusia hanya cenderung dengan benda-benda comel je but once switch 'aqil baligh' turn on then semua yang comel akan nampak macam muka pecah rumah dan semuanya akan tamat. Sepanjang 5 tahun aku kat sekolah menengah, aku tak pernah berada dalam permainan tu. Bukan tak ada pelawaan cuma aku tak tahu fungsi sebenar benda tu sebab aku dah ada abang dan kakak kandung so kenapa aku nak ada kakak or abang angkat pulak?


Tingkatan 2 bermula so bermula juga ar musim mengawan di sekolah. Budak perempuan dah start pakai wangi-wangi, bedak tacap sana sini, cakap pun dah lemah lembut dan budak lelaki zaman tu akan buat style rambut belah tengah guna minyak rambut jenama apa entah yang sangat licin sehingga kalau lalat hinggap then terus terkehel kaki lalu tergelincir, butang kemeja sekolah kancing sampai atas leher dan idola mereka: Tomok Newboyz or Naqiu Boboy. Damn, waktu tu ar muncul boyband dengan nama mostly start dengan S macam Spin, Scoin, Spoon etc yang so sure lagu diaorang sangat menyakitkan hati dan telinga yang mendengar. Dengan Tomok nyanyi dengan suara keluar dari hidung pada lagu-lagu meleleh habis memang tahap mati pucuk ar waktu tu. But still ramai gak yang menjadikan lagu diaorang as pujaan especially budak-budak yang tengah bercinta or masa putus cinta. Dan kalau tulis surat (yap, zaman tu belum ada apps or smartphone ya, adik-adik) so akan disertakan sekali dengan lirik lagu. Perlu ke?

So wujud ar edisi label melabel lagi based on music mereka layan. Yang suka dengar lagu Siti Nordiana, Syura, Achik, Bola-bola Api tu akan digroup as soo kampung (bila fikir balik, jahat pulak kan?), yang layan Back Street Boys, Britney Spears or mana-mana penyanyi omputeh tu kira group budget modern sangat ar, yang layan group yang kita jarang or tak pernah dengar langsung waktu tu macam Dead Mushroom or Butterfingers pulak ialah group budget diri cool and lastly mereka-mereka yang tak ikut mana-mana genre specific sebaliknya minat semua lagu mainstream yang dimain kat radio yang sekali lagi akan berakhir kerja as government servant sampai hari pencen. Hmmm..

Teringat kazen aku tu tulis surat untuk ex dia dan dia tulis ayat buat kekasih gelapku (yap, pengaruh Sheila On 7 sangat kuat waktu tu) dan bila kami geng tahu then sampai sekarang ar dia kena bahan. Hmmm







Lebih 10 tahun berlalu, pada usia 30an tiba-tiba nama Siti Nordiana muncul balik, lagu Memori Berkasih yang pernah buat telinga menanah dulu dah jadi siulan ramai balik. Then muncul entah dari mana ada sorang mamat nama Aiman Tino dengan penampilan macam Tomok dulu-dulu, nyanyi lagu macam Tomok dulu-dulu gak (jenis lagu layak kena panah petir) tu semula dan anak buah aku yang umur 10 tahun tu asyik-asyik nyanyi lagu-lagu tu berulang-ulang kali manakala anak buah lelaki aku yang umur 14 tahun pergi sekolah dengan rambut licin guna benda alah pomade tu. DAMN.., sejarah memang akan berulang kembali.










But at least Tomok dah tak nyanyi macam Fran Drescher lagi. Hmmmm 

Wednesday, May 7, 2014

Al Fatihah Untuk Seorang Kawan

Part yang tak best tentang mati ialah kita tak tahu bila, di mana dan macam mana ia akan berlaku. At least kalau kita tahu awal then kita akan buat persediaan banyak-banyak or paling tidak pun cuba untuk mengelak daripada ia terus berlaku. Part yang best tentang mati pula ialah kita tak tahu bila, di mana dan macam mana ia akan berlaku kepada kita. Menjadikan kita perlu bersedia untuk menghadapinya sepanjang masa. Hmmm..


Bila usia terawal kawan kau meninggal? Kawan pertama aku meninggal masa aku di tadika dulu. Dia seusia dengan aku dan kami berjiran duduk satu level dalam flat polis. Aku yakin aku tahu meninggal tu apa waktu tu tapi aku masih terlalu kecil untuk faham emosi apa yang perlu diletakkan pada ketika tu. Then sewaktu aku di sekolah menengah pula senior setahun atas aku terlibat dalam kemalangan jalan raya dan meninggal. Aku tak rapat pun dengan dia and even dia jenis budak 'nakal' dan pembuli sikit masa di sekolah. But still aku tak terfikir untuk kata padan muka or he deserved it sebaliknya aku sedih dan bersimpati sebab dia pergi pada usia yang terlalu awal. Dia tak sempat nak menikmati keindahan dunia remaja pun. 

Then pada penghujung sekolah menengah ada sorang senior yang setahun lebih muda dari abang aku pula meninggal. Dia seorang yang baik dan bijak dan disenangi ramai. Aku memang tak rapat dengan dia pun tapi kami sempat bersekolah sama untuk beberapa tahun. Even aku kenal adik-adik dia. Dia meninggal masa tahun dua di universiti kalau tak silap aku pada sehari before raya (or sehari before puasa). Emak dia meninggal beberapa tahun sebelum tu dan dia bawak peranan sebagai anak sulong dan tak lama lepas tu dia meninggal pula. Dia seorang yang berpotensi untuk bawak something great for the community tapi tuhan sayangkan dia lebih. 


Tahun lepas pula kenalan satu universiti meninggal. Dia dah kahwin dan dah ada kerjaya sebagai seorang pensyarah dan dia meninggal disebabkan serangan jantung. Realitinya aku tak rapat pun dengan dia. Rasanya sepanjang 3 tahun di universiti, kami hanya bercakap kurang 20 patah perkataan je kot. But still berita kematian dia ialah satu yang mengejutkan ar.







...







Pagi ni aku dikejutkan berita tentang seorang kawan yang aku dah kenal sejak dari darjah 5 yang duduk selang beberapa rumah je dari rumah aku meninggal dunia hari ni semasa bertugas sebagai anggota polis di Putrajaya. Dikatakan yang dia rebah semasa bertugas dan meninggal semasa dalam perjalanan ke hospital. Dia seorang yang baik. Seorang kawan, seorang anak, seorang suami yang baik. Dia periang, suka berjenaka dan akan menyakat aku setiap kali berjumpa. Kali terakhir aku bercakap dengan dia ialah sewaktu kat LCCT masa aku masih belajar dulu. Kebetulan kami nak balik ke Sarawak. 



Untuk sesiapa yang baca post ni, sila sedekahkan al Fatihah untuk seorang sahabat bernama Herman Shah bin Bujang. Al Fatihah

Sunday, July 4, 2010

Gossip-ing

Kalu korang jenis layan drama2 Melayu (bukan sinetron Indon r) kat local television dalam scene kampong or sub-urban area (aka bukan cerita korporat yang pakai kot 24/7) then korang pasti kenal nama2 tipikal cam Kak Kiah, Mak Bedah etc yang asyik melepak dan bergerak dari 1 tempat ke tempat laen ngan tugas utamanya iaitu menyebar berita lebih cepat dari internet aka kira cam series GOSSIP GIRL versi Malaysia r.


Tadi aku ngan parents ngan 3 aunts (ANJANG, UDAK & MAK NGAH) aku plus sorang relative jaoh (MAK AYANG) ni lepak r minom petang kat rumah the other aunt ni (ABOK). Pasal dia dah masak KEK CHEESE ngan cucur2 plus buah2an tempatan then dia panggil r llepak minom petang sana.

So korang leh agak r apa yang mereka adik beradik ni akan bwat bila dah berkumpol sekali ngan makanan dah tersedia depan diaorang. GOSSIP TIME.. wakaka.. Mereka bercakap dari issue2 kecik sampai r ke issue2 besar. Ngan gelak ketawanya. Memang best r layan walupon aku sekadar pendengar je ari tu. Malas nak sambong cerita orang tua. Pendek umor plak kang. Hmmmm...



Bila cerita pasal gossip ni then aku yakin r semua orang nak x nak musti mengaku pernah bergossip (or in local termnya dikenali sebagai ngumpat kecil2an). Either korang ni jenis yang banyak info untok mengata or korang just penerima info aka pendengar yang anggok2 then kuar sepatah dua kata jer.


Sememangnya ada part memang layan r bila berGOSSIP ni. Rehat jap: Jangan kata GIRLS jer yang kuat gossip yer even LELAKI pon jaoh lebih advance mengata orang sekarang. Hei, Im 25 wokey. Dah pernah jumpa yang lelaki2 yang nampak cam BUDIMAN sesangat tapi bila mengata orang belakang2 jaoh lebih TERBAKAR dari dengar dari mulot PEREMPUAN cakap. Sapa dia mereka ni? Biar r mereka dan keluarga mereka jer yg tau...

Aku pon secara x tersengaja (wakaka.. statement x nak mengaku depan2) memang r ada part akan tershare GOSSIP gak r ngan orang2 tertentu ni. Kalu boleh aku memang x nak r tapi itu r bak kata aku tadi as 'ter' aka dalam paper Bahasa Melayu SPTM bermakna telah dilakukan (bukan secara x sengaja r)..




Then issue rasmi bergossip tu biasa r nak share cerita2 pelik (tapi belom ditentukan kesahihkan ceritanya) plus mengata tentang mahkluk2 yang terserlah perangai x bagus diaorang or tentang issue semasa luar dan dalam negeri.. Kedian matlamatnya agak mampu memberi kesedaran pada diri (ceh.., ayat poyo) disamping dapat kata putus cam ne nak ajar makhluk2 yang tidak disukai tersebut. Wakaka..





Tapi aku ada beberapa orang ni aku sangat anti kalu berGOSSIP. Dia ni jenis yang sangat2 baek kat depan orang laen tapi bila mereka2 ni dah blah then teros je dia mengata setiap inchi keburokan diaorang. Bwat aku sangat yakin bahawa manusia2 macam ni d belakang aku pasti akan mengata terok tentang aku gak nanti.. garenti..











So manusia2 luar sana.. nak bergossip boleh je kot tapi korang kena ingat mengumpat tu sama cam membunoh sedara sedaging sendiri. Fikir2kan dan selamat beramal... Wakaka

Monday, June 7, 2010

Mr. Pretend-er

NAZLI (seorang kawan) yang kalu korang kenal dia then pasti akan setuju kalu aku kata yang dia ialah seorang lelaki yang punya muka yang tanpa emosi. Then ahli Bahasa Melayu pon pasti akan setuju bahawa ayat di atas tadi bukanlah ayat yang gramatis kerana banyak pengulangan aka redundancy kata hubung pancangan relative ‘yang’ dalam satu klausa. Hmmm….


Kembali ke cerita asal. Why aku kata si NAZLI ni mamat muka tanpa emosi? Sebab kalu dia gembira, muka dia cam tu. Then kalu dia bad mood pon muka dia still cam tu gak. And even in what ever emotion, muka dia tetap sama gak. Plus ngan cara percakapan dan gaya yang INNOCENCE, kita pasti akan syak yang dia ni ialah kelahiran semula VIRGIN MARIA versi moden pasal ketulusan purely extra mukanya yang BERSIH tu. Tapi sekali lagi: NEVER EVER JUDGE A BOOTH JUST BY IT COVER.. hmmm…

Then sejujornya sangat sukar untok baca EMOSI sebenar si NAZLI ni. Even when KOLAND kata dia merajok then baru aku tahu yang dia merajok (walaupon dia kata x). it seem like ia memerlukan seorang pakar untok interpret makna mukanya tu Sama gak cam masa kami share SEKS story ngan dia then dia dengar cam budak umor 5 tahun dengar cerita SANG KANCIL dan BUAYA ngan penoh khusyok sekali cam itulah pertama kalinya dia dengar tentang HUBUNGAN SEKS . Kesimpulannya: walaupon still sukar untok mengesan PURITY INNOCENDE si NAZLI ni kami still tahu yang there r no body totally pure nor innocence (bak kata cerita dalam PRINCE OF PERSIAN yang totally membosankan) walupon matanya bersinar2 bak PUSS ni SHERK




Then back to my life plak. Aku sangat2 happy lately pasal muka aku ni dah leh kuarkan pelbagai emosi. (sehingga ada yang dah label aku as mr. EMO plak)Cam kawan2 tertentu ni and aku yakin sesiapa pon dah leh tahu yang mana senyuman aku paling ikhlas dan yang mana di bwat2. Ketawa setakat ambik hati ker. Muka senyom tapi dalam hati tengah sumpah seranah. Yang PRO nya ialah aku x perlu bagitahu bila masa aku ni GOOD MODE or BAD MODE ker then oranbg sekitar leh paham2 jer r either masa tu leh bwat lawak bodoh or akan kena pelempang. Then yang CONS nya plak ialah aku makin susah nak menipu then pasti akan ada yang kata “AJ, nampak sangat ketawa ko tu tipu..” DAMN..








Cuma ada masa tu aku x pasti either orang2 tertentu ni tahu or pepura x tahu emosi yang ada pada muka aku masa2 tertentu tu. Muka berpura2. Pura2 x peduli.


















Bak kata AMY WINEHOUSE dlm lagu BESTFRIEND "You just too good at pretend that you don’t care… " hmmmm