Showing posts with label Santubong. Show all posts
Showing posts with label Santubong. Show all posts

Saturday, December 24, 2016

Gadis Kecil Tepi Jendela

Kalau baca tajuk post pasti ada terfikir ‘Hey, post ni tentang drama radio RTM zaman awal 90-an ke?’ Naa. Tolak markah. Langsung tak ada kaitan. Hahaha.


Semuanya bermula apabila aku makin gemok dan bila doctor check yang kadar kolestrol dan tekanan darah aku agak tinggi untuk lelaki muda (muda ke) seusia aku. Walaupun realitinya ramai orang yang aku kenal yang dah telan ubat kencing manis, darah tinggi secara berkala sejak dari 10 tahun lepas lagi. So doctor sarankan aku untuk jogging or paling bagus untuk berjalan laju 40 minit sehari. So untuk beberapa bulan kebelakangan ni aku dah start buat rutin dalam seminggu ada ar 3-4 hari berjalan laju or bahasa bebudak wechat as jogging kononnya keliling kampung berjarak masa 30 minit pergi balik. Dan disebabkan aku ada social anxiety yang ada masanya agak merungsingkan so aku pilih masa paling selamat untuk tak terserempak dengan mana-mana manusia iaitu awal pagi selepas waktu subuh sekitar 5.30 macam tu.

Permasalahan awal-awal dulu ialah anjing. Walaupun kampung aku 98% Melayu tapi anjing peliharaan non-Malay yang membiak dan membiak sehingga membentuk kumpulan-kumpulan anjing liar agak bermaharajalela gak ar. Kalau naik basikal memang garenti semput kena kepung ar. At least bila jalan kaki diaorang just menyalak beramai-ramai dalam jarak dekat ar. Menakutkan awal-awal dulu tapi sekarang aku dah jumpa trick and hint bila berjumpa anjing ar. The great part tentang anjing ialah mereka ni tak macam kucing yang main hendap-hendap then terus serang so mereka kalau terkejut or takut baru ar mereka GONG-GONG-GONG. Plus jangan lari sebab mereka akan kejar. Buat donno dan hush kan je diaorang then mereka akan boring dan bila hari-hari dah jumpa kau then mereka dah tak ambik port lagi dah (melainkan kalau mereka ada anak kecik then mereka akan jadi extra garang tanpa henti).

Beberapa bulan berlalu then aku dapat rasa perbezaannya. Berat badan aku tak turun ar malah makin naik sebab bila selera makan makin bertambah bila keletihan. Tapi benda yang aku tak boleh makan dalam kuantiti banyak sebelum ni such as ayam panggang, telur or makanan orang kahwin sebab boleh buat pening satu haru then aku dah boleh  mencekik sepuas hati tanpa apa-apa effect pada kepala hotak aku. Cumanya part tekanan darah tu susah gak ar nak turun. Hmmm..



Then korang tanya ‘So apa kaitan semua ni dengan drama radio RTM zaman awal 90-an tu tadi?’


That the paranormal partnya. Semuanya okey-okey je selama ni sehingga minggu ni tadi. Pagi Isnin lepas, entah kenapa mata aku pandai meliar pulak. FYI, aku seorang lelaki yang agak penakut but at the same time aku suka cabar diri aku buat benda yang aku takut tu. So mata aku tertenggok ar satu bintang ni kat atas bukit depan aku tu. Memang tak ada bintang-bintang lain ar malam tu. Mula-mula ia static tapi tiba-tiba bintang tu bergerak dalam formasi yang tak terkawal macam lalat dan suddenly out of nowhere ia hilang. Aku tak nak fikir pelik-pelik then aku bergerak makin laju walaupun bukit tu memang dah ada sejarah ‘spooky’nya yang tersendiri sebelum ni.

Kemudian pada hari Khamisnya pula another ‘thing’ happen. Tengah aku mengelamun jauh dalam kesejukkan dan kesunyian pagi sambil kaki aku berjalan laju tiba-tiba ada suara budak kecik menegur aku. Memang terkejut aku ar. Aku toleh pada suara tu, tengok ada silhouette sorang budak perempuan dari jendela yang terbuka. Aku tau pemilik rumah tu. Ia milik pasangan yang kiranya dalam list tertua gak ar kat kampung but still kesihatan mereka masih lagi tip-top. So seperti biasa mulut aku berfungsi lebih cepat dari otak so aku berbalas jawab ngan budak tu then blah.

Then aku terfikir, selalunya couple tu just tinggal berdua je. Anak-anak dah besar dan ada rumah sendiri kat bandar. Mungkin sekarang ni cuti sekolah so mungkin anak cucu mereka bermalam kat situ kot (walaupun aku tak nampak mana-mana kenderaan kat rumah tu pagi tu) still aku positifkan diri tak fikir pelik-pelik. Walaupun realitinya memang pelik pun untuk seorang budak kecik umur 4-6 tahun bangun seawal tu, buka tingkap dan menegur stranger yang dia nampak dalam gelap awal-awal pagi. But still ia tak semustahil manapun dalam masa yang sama.

Cumanya apa yang dia kata pagi tu agak creepy bila aku fikir-fikir balik. Dia kata:

“Kitak nak ke seney? Kitak mok ke kedey kah? Iboh jalan laju gilak. Kamek mok ikot..”
(terjemahan Bahasa Melayunya agak kurang creepy)
“Awak nak ke mana? Awak nak ke kedai ke? Jangan ar jalan laju sangat. Saya nak ikut.”






Then otak aku terfikir, kalau buat drama 1 episode or cerpen horror then pasti best kan? Narratornya lelaki yang jogging tu. Mamat tu pun macam kes aku yang obess, social anxiety so jogging awal pagi masa hari masih gelap untuk elak jumpa mana-mana manusia. Semuanya okey sehingga pada satu hari ni dia ditegur sorang gadis kecil di jendela sebuah rumah using ni. Dan kemudian hampir setiap pagi dia jumpa budak tu dan ada masanya dia berhenti, berborak singkat dan berjenaka ngan budak tu. Dan entah kenapa dia tak fikir apa-apa yang pelikpun. Sehingga pada part epilogue dari sudut pandangan ketiga.

Seorang perempuan tua muncul belakang gadis kecil tu tanya ‘Adik cakap ngan siapa tu?’. ‘Tu haa, ngan kawan adik’ Cucunya melambai-lambai ke luar tingkap. Diperhatikan ke luar dan dia tak nampak sesiapa. Hatinya berdebar kencang. Terus dia teringat kes seorang lelaki berjogging pada pagi hari yang dilanggar oleh kereta yang dibawa oleh pemandu mabuk beberapa minggu lepas. Dan ia berlaku kat jalan besar depan rumah tu. Tamat.


Sunday, March 13, 2016

The Viral 'Ngek'

Kalau korang ialah orang Sarawak or bermastautin lama di Sarawak then korang pasti tahu tentang kewujudan video pendek jenaka sarcasm/troll yang diusahakan oleh NgekTsai Army (search kat Facebook). Dia menggunakan dialek Melayu Sarawak yang agak 'pure & pekat'. Aku ada layan beberapa video dia dan ia totally kelakar tapi ada satu benda ni asyik menghantui kepala hotak aku iaitu frasa yang paling kerap keluar dari mulut dia ialah 'Ngek'. 

Ia membawa kepada kenangan 20 tahun yang lepas.


Aku anak bongsu kepada seorang anggota polis marin dan emak aku pula orang Johor. Yap, bapak aku orang Sarawak tapi sebagai polis marin dia banyak buat kerja out station berbulan, masuk pagi balik malam, bla bla bla. Aku membesar hampir 10 tahun kat flat polis. Kalau sesiapa yang pernah tinggal kat flat polis then mereka tahu yang ia adalah tempat tertutup dan anak polis hanya berkawan dengan anak-anak polis yang lain jer. Dan flat polis waktu aku membesar tu pula mostlynya ialah dari bumiputera Sarawak such as Iban, Bidayuh etc. Kawan-kawan emak selain jiran seflat (yang mostly bumiputera) ialah isteri-isteri polis dari Semenanjung. So bila dah berkumpul memang akan cakap BM Semenanjung ar. Plus aku bersekolah sampai darjah 4 di dua buah sekolah yang majoriti kawan-kawan berbangsa Cina & bumiputera sekali lagi. Kalau tak silap aku kat kelas, bebudak Melayu pun kurang 10 orang kot rasanya.

Then pada usia 11 tahun aku berpindah ke rumah aku sekarang, Santubong di mana majoriti adalah Melayu. Situasinya tak adalah cultural shock mana sangat kecuali part bahasa. Then sekali lagi ia tak adalah feel tengok drama Thai tanpa sarikata yang haram jadah tak paham. Ia lebih kepada tengok drama Indonesia tanpa subtitle je. Most of it aku faham tapi ada certain part tu bila tak faham then aku sesuaikan dengan kontak ayat. Cumanya tak semuanya berjalan lancar ar. Contoh macam tengok sinetron Indonesia tengok couple bercinta bukan main romantis dan tiba-tiba sebut kapan. Aih, ada yang mati perlu dikain kapankan ke?

Aku masih ingat hari pertama sekolah darjah 5 dulu. Cikgu matapelajaran pertama waktu tu (dah arwah dah) tanya kat sorang budak ni (pun dah arwah) tentang aktiviti waktu cuti sekolah dulu. Then dia keluar ayat 'Pergi meranto ka..?'. Meranto ni kalau direct translatenya ialah merantau. Aku gila tergamam, takut plus respect sebab aku membayangkan yang aktiviti cuti sekolah hujung tahun budak kampung sekecik-kecik usia tu ialah merantau. It either mereka sangat miskin or mereka sangat berdikari. Then as time goes by barulah aku tahu yang meranto tu ialah perbuatan menangkap ikan ke laut dan ia dilakukan balik hari je. Hmmm..

Kemudian hari demi hari perbendaharaan kata aku memang bertambah ar. Banyak benda yang aku tak pernah dengar yang bunyik sangat freaky lawak buat aku belajar ar. Tapi waktu darjah 6 tu ada lagi moment yang memang tak akan dapat lupa ar. Mereka asyik-asyik sebut something yang berbunyi macam satu jenama bedak/minyak wangi famous zaman 90-an Gervenne Bouquet ni. Mereka sebut dalam pronunciation tempatan ar. Bouquet tu dah bertukar jadi frasa yang bermula dengan P dan berakhir dengan KEK (kalau kat Semenanjung ia berakhir dengan KI). Budak lelaki asyik sebut, budak perempuan marah then sebut balik dan ia berterusan. It seem macam a secret game je. Dan aku pula masih lagi tak faham apa signifikasi jenama tu sebenarnya. Sehingga satu ketika ni masa iklan Gervenne Bouquet ni keluar kat tv, then aku sebut sebutan budak kat sekolah tu depan arwah nenek aku. Dan reaksi dia hanya tersenyum.

Then kat sekolah budak-budak kelas masih lagi sebut benda yang sama. So lastly aku tanya sorang budak ni tentang apa maksud frasa tu. Dia ketawa dan kata ia merujuk kepada alat sulit perempuan. Hmmm...






Tamat imbas kembali.






Situasi yang sama berlaku lagi selepas 20 tahun bila aku tengok video Ngek tu. Senang-senang je dia sebut ngek itu-ngek ini- ngek sana sini. Sebelum ni aku pernah dengar geng lelaki-lelaki lembut guna frasa tu sesama mereka. Golongan macam tu memang dah biasa ar kita dengar mereka selalu guna ayat lucah-lucah so aku cukup yakin yang Ngek ialah bahasa lucah yang merujuk kepada organ sulit wanita gak. Tapi semalam aku terdengar perbualan romantis satu couple ni dan si lelaki panggil aweknya dengan panggilan Ngek. Dan lebih pelik bila si perempuan tu okey jer. Gosh there something weird sedang berlaku ni. Sebelum tidor malam tadi aku mempersoalkan 'Orang Sarawak ni open minded sangat ke sampai okey je ke untuk pakai ayat lucah secara umum?' or 'Disebabkan aku dah single terlalu lama so ia adalah trend terbaru untuk panggil kekasih guna bahasa lucah?'. Itu belum masuk part aku sedikit emo sebab si lelaki tu guna organ sulit wanita sebagai jenaka. Kita semua lahir dari tempat tu dan anak kau pun akan keluar dari tempat isteri kau.



So awal-awal pagi tadi aku hantar mesej pada sorang kawan ni tanya tentang kekeliruan aku tu ar. Dia ketawa. Aku pun ketawa. Rupa-rupanya ada salah info pada perbendaharaan kata otak aku. Ngek tu rupanya sekadar kata panggilan je. Dan aku pula keliru antara Ngek & Ngeng. Duh...!!!

Sunday, January 4, 2015

Budak Sekolah Dulu VS Sekarang

Tak lama lagi kat jalan-jalan tertentu akan jam teruk terutama waktu pagi, tengahari dan petang. Parents kena set alarm setengah or sejam lebih awal untuk pastikan semuanya dah sedia. Mereka-mereka yang dah terbiasa tidur lewat-bangun lewat untuk sebulan lebih ni nak tak nak kena paksa bangun awal dan kembali menjalani rutin seperti tahun-tahun sebelumnya. Buat yang pertama kali then semangatnya bukan main hebat lagi. Sebabnya? Cuti sekolah dah nak tamat dan sesi pembelajaran akan bermula. Hmmm..


Teringat dulu-dulu masa sekolah rendah belanja emak bagi 20 sen jer. Imagine selama enam tahun dapat 20 sen sehari tapi itupun aku tak pernah belanja. Salah satu sebabnya ialah 2 sekolah rendah terawal aku tu majoriti non-Muslim. Rasanya dalam kelas aku tak sampai 10 orang Melayu. So kat kantin memang jual makanan non-Halal je ar. (macai UMNO dan PERKASA, tolong jangan jadikan perkara ni issue mainan politik korang ya). Lagipun waktu darjah 1-2 tu aku bawak bekal ke sekolah. Aku ingat lagi bekas makanan zaman tu memang kreatif habis. Aku punya bekas makanan berbentuk rumah. Ha ha ha. Sekolah menengah pun aku rasa duit belanja aku 50 sen jer dan still aku tak guna. Budak zaman sekarang ada yang berbekal RM2-RM5 sehari, itupun hanya dapat sebungkus nasi lemak yang 5 kali suap je. Tak dapat nak salahkan diaorang gak. Harga barang semua dah naik. Emak pun tak sempat nak masak sarapan or buat bekal. And even sekarang ni harga membeli makanan siap adalah jauh lebih murah dari memasak..



Dulu pagi-pagi air memang dimasak dalam kettle khas untuk mandi je. Air panas letak dalam besen, campurkan air paip dan baru boleh mandi. Kalau tak memang membeku sampai tulang temulang ar. Sekolah pertama dulu rumah kat Flat Polis Bintawa (sekarang next to tempat ambik ujian memandu) then ngan emak naik public bas nombor 19 ke SRB St Theresa Padungan. Kalau terlepas bas alamatnya lambar ar masuk kelas. Sekolah kedua firstly duduk kat kampung Melayu Jalan Abdul Rahman (sekarang dah penuh bangunan komersial) dan jalan kaki dengan emak melalui pasar then baru sampai ke SRB St Anne Sarikei. Balik emak ambik jalan kaki balik. Bila fikir-fikir balik sekarang ni, jauh tu wei. Tapi yang bestnya setiap kali balik pasti akan singgah kat satu kedai jual ice-cream local perisa asam boi ni. Kemudian pindah ke flat polis yang seberang jalan je dah sampai sekolah. Lastly pindah ke kampung sekarang ni. Sekolah rendah dekat dan sekolah menengah teramatlah dekat. Pendek kata jarak rumah ke sekolah menengah aku tu berjalan memang tak sempat berpeluh. Terlampau dekat sangat katakan.

Budak-budak sekarang ni, pergi balik naik van or bas sekolah. Bukan parents tak nak hantar tapi parents kerja kat tempat lain, sekolah lak arah lain. Plus kalau semua parents hantar, jalan garenti akan sesak tahap dewataraya ar. At least bila naik bas sekolah leh ambik feel jadi ahlli Geng Bas Sekolah ar kononnya. Hmmm.. 



Aku anak bongsu so bila abang or kakak aku ada beli beg baru so beg lama mereka akan dibagi kat aku. Sama gak baju dan seluar sekolah abang aku masih dalam kondisi yang bagus so ia akan diwarisi kepada aku. Kalau tak pun hujung tahun akan beli baju baru tapi bila dah tengah tahun then baju akan bertukar biru purple (faham kan kenapa) untuk parents yang rajin or kuning untuk parents yang malas. Dulu alat tulis digunakan semaksima mungkin. Aku pun tak tahu kenapa. Kalau pensil kayu tu, hujung pangkal akan disharpener kan. Bila dah pendek sangat then ambik penutup pen murah (batang warna putih, penutup warna biru) letak kat pensel dan masih lagi boleh guna. Pelik. Waktu aku darjah 4 dulu ada permainan getah pemadam. Getah pemadam siapa yang dapat menindih pemadam yang lain then dia owner benda alah tu. Then beberapa tahun kemudian timbul pula getah pemadam kecil bentuknya yang sangat2 comel sehingga tak dapat nak dijadikan pemadam. Dan bekas pensil yang boleh bukak depan belakang yang ada span tu pulak ialah aksesori yang wajib dimilikki.

Budak zaman sekarang (merujuk pada anak buah aku sendiri), baju sekolah, bekas minuman, bekas makanan. bekas pensil, kasut, beg, alat tulis semuanya berganti setiap bulan. Tak pasti sama ada budak sekarang makin aktif ataupun produk-produk sekarang makin tak berkualiti. Aku pun tak tahu. Hmmmm












Post ni aku upload bukan sebab nak kata sekolah zaman dulu lebih jauh best tahap nak mampus dan zaman sekarang haram jadah langsung tak. Tak. Sebaliknya setiap zaman ada pengalaman dan ceritanya yang tersendiri. Kan?












Buat mereka-mereka yang ada anak yang dah bersekolah, aku ucapkan kepada ibu bapa then sila simpan duit banyak-banyak. Jangan asyik nak bertukar smartphone setiap kali keluar model yang baru je. Buat anak-anak yang belajar, sila ke sekolah untuk mendapatkan ilmu agar jadi manusia dan jangan fikir nak cari awek-balak je. Buat kekawan yang jadi cikgu, selamat kembali ke neraka dunia. Wakaka

Wednesday, August 20, 2014

AJ yang Berbasikal

Korang pernah tengok rancangan 'Dengan Basikal Aku Mengembara' kat TV Al-Hijrah tak? Aku sangat jeles dengan mamat tu sebab dia berpeluang mengembara ke pelusuk dunia seorang diri dan berhenti untuk menghayati keindahan alam di sekitarnya. Best apa dengan hanya sebijik basikal dan bekalan terhad dan melancong ke negara asing buat pertama kali bersendirian. Plus setiap kali aku tengok rancangan tu akan buat aku resah gelisah sikit terfikir macam mana ketika dia berkhemah suddenly dia kena patuk ular, ada taufan, kena rompak pelbagai. Dah ar dia berseorangan kat tempat yang mostlynya kiri kanan ialah sama ada hutan, gunung batu, salji je dan jarak dengan penempatan manusia bertamadun pulak adalah jauh. Hmmm..


Waktu tu aku darjah satu lagi. Ketika penghujung zaman di mana perempuan kampung masih lagi pakai baju kurung kat kampung. Masa tu aku dan emak tengah duduk-duduk tengok jalan raya dan kebetulan lalu sorang perempuan ni, pakai baju kurung naik basikal dan tetiba dia terjatuh dengan basikal-basikalnya sekali kat atas jalan. Rupanya ia berpunca dari kainnya yang labuh sehingga termasuk ke dalam rim basikal. Dan akibatnya kainnya terkoyak sehingga menampakkan keseksian kepada perempuan tu. So emak aku tolong dia dan bagi sehelai kain batik. 


...


Basikal pertama aku ialah masa aku sekolah rendah dulu. Basikal 4 roda ar. Aku ni lambat and penakut sikit. Kali pertama aku belajar naik basikal 2 roda ialah darjah 4. Aku belajar guna basikal Uda aku. Memula dia tolong stabilkan kat belakang dan aku kayuh padlenya. Lepas tu dia tolak dan aku terus kayuh dan kayuh sambil feel Sembilu dengan angin sayup-sayup menampar pipi kononnya tapi perjalanan tu tak jauh. Aku mengakhiri perjalanan tu di dalam longkang. Aku nanggis dan marah-marahkan abang aku tu sebab dia tak ajar aku macam mana nak break. LOL kan? Tapi bila kenang-kenang balik, setiap seorang kali adik beradik semuanya pernah merasa masuk dalam longkang dan aku lebih bernasib baik sebab longkang tu kering. Sebab yang lain tu semua balik ke rumah dah macam orang minyak. Ha ha ha..


...


Aku pindah kampung aka rumah aku sekarang ni ketika habis sesi darjah 4. Sebelum tu kami duduk di bandar Sarikei untuk 4 tahun. Masa tu kalau nak bawak basikal masuk kawasan bandar then basikal tu kena register so setiap basikal kena ada macam plat number gak ar. So bila pusing-pusing kampung naik basikal yang ada plat number tu then bebudak kampung naik jakun so aku kena jadi mangsa road bully ar kiranya. Masa tu aku belum daftar masuk ke sekolah kampung tu lagi. Makanya makin syok ar mereka buli aku. Bila sesi persekolahan bermula aku tak dapat nak parking basikal kat sekolah sebab senior (yang juga kaki buli tu) nakal yang teramat. Sentiasa je ada kes tayar pancit, seat tercabut, tayar hilang etc. Angkara diaorang tu ar. 


...


Aku dah lama nak ada basikal. Kali terakhir aku naik basikal ialah masa zaman belajar dulu ke kot. Pusing-pusing UKM naik basikal. Bagi aku feel naik basikal ni lain sangat. Kalau kita naik motorsikal or kereta then ia ialah tentang tempat sampai tapi apabila naik basikal yang rasanya orang berlari pun boleh jauh lebih laju ialah tentang menghayati perjalanan tu. So aku beli ar basikal yang harganya murah je sebenarnya. Yap, sebab aku tak ada kerja dan duit dah makin tak banyak. Basikal ni sebenarnya ialah basikal secondhand dari Jepun. Basikal yang kalau kau tengok yang mak cik tua bawak tu ar yang aku beli tu. Cumanya owner kedai yang import basikal tu dia spray, tambah itu ini sehingga last-last ia nampak sangat rugged dan punya gear untuk naik bukit lagi. 





Hohoho..  

Sunday, May 11, 2014

Hutang & Teknologi

Soalan: What if jika dalam tengah bulan kereta suddenly meragam dan perlu duit untuk baiki, bill letrik dan air dah tertunggak beberapa bulan, boss kata lambat nak bayar gaji bulan tu, hutang itu ini lagi perlu dibayar dan masa kau tengah memikirkan masalah tu kat satu taman public ni tetiba kau perasan yang sebelah bangku kau duduk tu ada smartphone terbaru yang so sure mahal ditinggalkan di situ. Adakah

a) Kau biarkan benda alah tu di situ dan kau terus blah. Kau takut kalau-kalau ia hanya satu dirty trick di mana kalau kau ambik handphone tu suddenly tuannya datang dan tuduh kau mencuri, ugut nak lapor polis and lastly kau terpaksa bayar dia pulak. Paling tak pun kau imagine yang ada TV station yang nak buat prank candid camera. Naya je satu Malaysia tahu yang kau ni pencuri.

b) Kau terus mengangkat tangan dan bersyukur kepada tuhan sebab Dia faham keperluan kau masa tu. Lagipun dah lama kau usha handphone tu kat tenet cuma duit kau je tak membenarkan. Plus kau yakin ia adalah rezeki terpijak dan kau bukannya mencuri harta sesiapa pun. So ambik je ar.

c) Kau duduk dan tunggu sehingga someone call then kau jawab. Kau bagitahu ar owner tu kat mana handphone tu sekarang. Kau boleh imagine kalau kau berada di situasi dia: ada masalah duit dan kehilangan handphone pulak. Pasti kau nak orang yang jumpa handphone kau masa tu akan buat benda yang sama kau buat sekarang ni. But still terdetik gak dalam hati yang owner tu orang kaya dan tak ambik port setakat hilang sebijik handphone. Hmmm..

d) Tanpa banyak fikir kau terus ambik handphone tu, bukak cover belakang, cabut sim card then either kau masukkan sim card kau atau jual kat kedai untuk dapatkan duit. 

e) Kau ambik handphone tu dan terus buang kat dalam tong sampah. 


Jumaat lepas aku dengan happynya dah menyelesaikan hutang PTPTN aku. Betapa sekarang ni aku tak ada hutang dengan sesiapa lagi so aku boleh mati dengan aman ar konon ceritanya. Plus kalau sekarang ni kita masih ada susun lapis masyarakat macam kat zaman kegemilangan Melayu Melaka dulu then aku dah bebas dari layer paling bawah iaitu hamba berhutang dan dah jadi rakyat yang merdeka. Bila fikir-fikir balik zaman sekarang ni hampir semua orang terikat dengan hutang. Memanglah hawatan tinggi, gaji besar tapi hutang pun makin besar. Hutang pelajaran, hutang rumah, hutang kereta, hutang kahwin, hutang perabot, hutang barang kemas, hutang dengan kawan etc. Bak kata emak aku: makin banyak nasi makin banyak ar keraknya (walaupun kerak nasi ialah benda yang sangat rare sekarang ni but perumpamaan tu still valid ar). 


The not so great partnya pula, malam tadi aku kehilangan handphone aku. Dalam perjalanan aku nak pergi rumah mak cik aku, aku letak ia kat compartment belakang beg sandang dan aku lupa nak zip. So ia jatuh kat kawasan kampung je ar. Cumanya bila aku perasan, aku check sepanjang perjalanan memang tak akan jumpa ar dan bila aku call tak berjawab, the next time call terus hilang. Aku faham-faham je ar. Cuma part yang aku rasa pelik ialah pada reaksi aku yang terlalu pasif sangat. Aku tak marah or beremosi seperti biasa or berharap orang yang jumpa phone tu akan mati pucuk etc, sebaliknya reaksi aku just sekadar macam orang yang hilang berus gigi je. Hmmm..

Sedangkan kalau ikut sejarahnya ia adalah benda paling mahal (mahal standard aku ar) yang aku beli dengan duit aku sendiri secara tunai dan kurang sebulan je lagi umur Galaxy Note tu dua tahun di tangan aku. Mula-mulanya aku imagine yang smartphone yang cukup terkenal sebagai gadget fragile tu akan sama ada pecah skrin or rosak teruk bila dalam tempoh beberapa bulan terawal je bila aku own it sebab aku memang pengguna extreme ar. Handphone-handphone aku sebelum ni memang pendek umur dan calar balar ar. Setakat cium jalan or jatuh sana sini tu biasa sangat ar. Tapi untuk tempoh hampir dua tahun ni, smart phone tu totally tak bagi apa-apa masalah pada aku. 


Mungkin aku memang jenis yang ambik semua benda secara positively then reaksi aku nampak sangat pasif kot. Benda yang dah ditakdirkan bukan milik aku lagi so redha je lah. Lagipun dalam phone tu bukannya ada benda-benda yang orang boleh guna untuk scam aku ke apa. Aku tak simpan porn dalam tu or aku tak ada buat 3GP video aku masturbate ke or gambar aku bogel depan cermin ke apa. So aku tak perlu risau apa-apa pun kot. Dia hanya ada direct access ke e-mail dan social network aku je serta koleksi lukisan dan gambar-gambar aku je. Nothing else. Makanya aku berharap agar orang yang terjumpa handphone ni memang worth it laa. Harap dia memang mampu menggunakan handphone aku secara total ar.


Plus bila fikir-fikir balik aku memang tak nak married to technology sangat. Aku memang dah tak aktif di FACEBOOK, tak ada masa sangat di blog dan bila dah tak ada smartphone then no more Instagram dan no more addiction to technology. So nak beli another smartphone? Naa, aku tak ada duit. Or may be aku tak perlukan handphone lagi kot. Imagine lelaki yang hidup pada tahun 2014 yang tak ada handphone. Cool apa jadi hippies. Dan menjadikan harta paling mahal yang aku own sekarang ni ialah kamera aku yang harganya tak jauh beza sangat dengan cermin mata yang aku pakai sekarang ni.









Kau tak perlu takut kehilangan apa-apa sekiranya kau tak milikki apa-apa kan?






Dan tentang soalan kat atas tadi, pilihan aku ialah C. Aku terlalu baik untuk buat kerja jahat. Wakaka

Wednesday, May 7, 2014

Al Fatihah Untuk Seorang Kawan

Part yang tak best tentang mati ialah kita tak tahu bila, di mana dan macam mana ia akan berlaku. At least kalau kita tahu awal then kita akan buat persediaan banyak-banyak or paling tidak pun cuba untuk mengelak daripada ia terus berlaku. Part yang best tentang mati pula ialah kita tak tahu bila, di mana dan macam mana ia akan berlaku kepada kita. Menjadikan kita perlu bersedia untuk menghadapinya sepanjang masa. Hmmm..


Bila usia terawal kawan kau meninggal? Kawan pertama aku meninggal masa aku di tadika dulu. Dia seusia dengan aku dan kami berjiran duduk satu level dalam flat polis. Aku yakin aku tahu meninggal tu apa waktu tu tapi aku masih terlalu kecil untuk faham emosi apa yang perlu diletakkan pada ketika tu. Then sewaktu aku di sekolah menengah pula senior setahun atas aku terlibat dalam kemalangan jalan raya dan meninggal. Aku tak rapat pun dengan dia and even dia jenis budak 'nakal' dan pembuli sikit masa di sekolah. But still aku tak terfikir untuk kata padan muka or he deserved it sebaliknya aku sedih dan bersimpati sebab dia pergi pada usia yang terlalu awal. Dia tak sempat nak menikmati keindahan dunia remaja pun. 

Then pada penghujung sekolah menengah ada sorang senior yang setahun lebih muda dari abang aku pula meninggal. Dia seorang yang baik dan bijak dan disenangi ramai. Aku memang tak rapat dengan dia pun tapi kami sempat bersekolah sama untuk beberapa tahun. Even aku kenal adik-adik dia. Dia meninggal masa tahun dua di universiti kalau tak silap aku pada sehari before raya (or sehari before puasa). Emak dia meninggal beberapa tahun sebelum tu dan dia bawak peranan sebagai anak sulong dan tak lama lepas tu dia meninggal pula. Dia seorang yang berpotensi untuk bawak something great for the community tapi tuhan sayangkan dia lebih. 


Tahun lepas pula kenalan satu universiti meninggal. Dia dah kahwin dan dah ada kerjaya sebagai seorang pensyarah dan dia meninggal disebabkan serangan jantung. Realitinya aku tak rapat pun dengan dia. Rasanya sepanjang 3 tahun di universiti, kami hanya bercakap kurang 20 patah perkataan je kot. But still berita kematian dia ialah satu yang mengejutkan ar.







...







Pagi ni aku dikejutkan berita tentang seorang kawan yang aku dah kenal sejak dari darjah 5 yang duduk selang beberapa rumah je dari rumah aku meninggal dunia hari ni semasa bertugas sebagai anggota polis di Putrajaya. Dikatakan yang dia rebah semasa bertugas dan meninggal semasa dalam perjalanan ke hospital. Dia seorang yang baik. Seorang kawan, seorang anak, seorang suami yang baik. Dia periang, suka berjenaka dan akan menyakat aku setiap kali berjumpa. Kali terakhir aku bercakap dengan dia ialah sewaktu kat LCCT masa aku masih belajar dulu. Kebetulan kami nak balik ke Sarawak. 



Untuk sesiapa yang baca post ni, sila sedekahkan al Fatihah untuk seorang sahabat bernama Herman Shah bin Bujang. Al Fatihah

Tuesday, January 21, 2014

Lelaki Yang Terlebih Bijak

Aku ada seorang jiran yang among tetangga cukup dikenali sebagai 'terlebih bijak'. Biasanya orang suruh berfikir di luar kotak tapi dia pula mampu berfikir terlalu jauh dari kotak. Dia seorang yang ramah dan ringan mulut so dia selalu je tak kedekut untuk berkongsi ideanya yang 'terlebih bijak' tu. (p/s: aku bukan nak making fun of him tapi it a fun story to share laa). Dipendekkan cerita hari ni tadi dia lepak-lepak kat rumah dan borak-borak ngan parents aku. Aku lak just pasang telinga dari dalam bilik ar. So cakap punya cakap then emak aku keluarkan topik tikus yang sangat banyak kat rumah. Hampir setiap hari pasti ada je tikus yang masuk perangkap. Maka disitulah dia start bagi idea bernasnya.


Dia bagitahu yang dia ada buat kajian sendiri dan dapat tahu yang tikus ni rupa-rupanya sangat suka makan makanan kucing. Jadi apa yang dia buat ialah dia tabur makanan kucing di sekeliling rumah. Katanya: bila makanan dah ada di luar rumah so tikus tak akan masuk rumah lagi. Maka selesailah masalah tikus bermaharaja lela di rumah. Malah membuktikan dia sangat komited dengan projeknya tu dalam setiap bulan dia berbelanja banyak untuk beli makanan kucing dalam karung besar. 

Korang faham apa yang sedang dia maksudkan kan? Dia bukannya letak makanan kucing keliling rumah supaya tikus jadi takut sebab kucing dah jaga sekeliling rumah sebaliknya dia beli makanan kucing banyak banyak dan letakkanya di sekeliling rumah supaya tikus tak akan masuk rumah lagi sebab di luar dah ada banyak makanan yang diaorang suka..








Waktu tu aku dah memang tak tahan ar. Aku memang nak ketawa besar tapi nanti parents aku kata aku kurang hajar lak. So aku diam je ar ketawa dalam hati. Idea dia memang tersangat tak tercapai dek akal manusia yang biasa-biasa. Dia memang tahap genius habis ar. 
















Bila fikir-fikir balik, orang macam dialah yang perlu kita bawa ke tengah untuk jadi pemimpin negara. Sebab kita tak cukup Ibrahim Ali dan Bung Mokhtar serta menteri-menteri lain yang boleh keluarkan idea 'terlebih bijak' untuk mewarnai alam Maharaja Lawak's Malaysian Leaders Edition. Tak kering gusi waa cakap sama luu..

Monday, August 12, 2013

The Guy That Hates Raya

Kalau ada orang kata kat kau yang aku seorang yang sangat suka hari raya then orang tu ialah penipu besar sebab sesungguhnya lelaki bernama Naziruddin Abdullah aka AJ ni sangat-sangatlah tak suka kewujudan hari raya. Hari yang paling aku tak tunggu-tunggu kedatangannya aka hari yang paling aku tak suka ialah hari raya. Pendek katanya aku ialah The Grinch versi hari hari raya. Hmmm


Ada beberapa sebab kenapa aku x suka raya. Antaranya:

1. Ramadhan Vs Syawal
Tarikh yang paling aku tunggu-tunggu dalam setahun ialah bila diumumkan bila tarikh 1 Ramadhan. Betapa aku x sabar untuk kedatangan Ramadhan, aku buat persiapan 2 bulan awal untuk menyambutnya. So technicallinya 1 Syawal bermakna berakhirnya bulan yang aku suka tu. Even aku sangat moody bila Ramadhan baru je start ada orang yang dah tak sabar dan mengharap agar Ramadhan tu cepat-cepat tamat. Lebih suck bila minggu terakhir puasa, semua dah tak peduli sikitpun tentang Ramadhan. Hmmm..


2. Matlamat Raya
Ramai orang sambut raya tapi tak tahu apa yang mereka sambut. Buktinya bila ada orang yang tak puasa 1 hari pun dalam Ramadhan tapi beraya 30 hari tanpa henti. Bila tanya orang kenapa sambut raya then mereka kata untuk merapatkan siraturahim, bermaaf-maafan, menghias rumah, beli kueh etc. Duh, 1 Syawal tu ialah  hari untuk meraikan kemenangan mengharungi ujian sebulan puasa Ramadhan. So kalau kau tak berjaya semasa Ramadhan so apa yang kau raikan sakan-sakan sangat tu? Seriusly, I dont get it..!!


3. Channel Raya
Aku mostly dengar radio sewaktu memandu. Tapi 2 minggu before & 2 minggu after raya ialah moment aku paling tak suka dengar radio. 1st) Lagu raya yang sama dimain berulang-ulang, 2nd) Lagu raya baru yang mengarut entah apa-apa entah 3rd) Buka channel ni lagu tu, bukak channel lain pun lagu tu gak. Program raya kat TV pun lebih kurang sama. Cerita raya lebih kurang sama jer: Sikit-sikit anak tak dapat balik kampung, anak derhaka, kantoi tak puasa dan last-last insaf salam-salam mintak maaf. Buka channel lain program artis nyanyi, channel lain: konsert K-pop. At least selamat tak ada Sarkas. 


4. Makanan Raya
Sejujurnya aku hanya makan lemang pada hari raya jer. Walaupun lemang leh dapat kat mana-mana tapi lemang hanya ada feel kalau makan masa raya jer. So raya pertama ada lemang, ketupat, nasi himpit, rendang, ayam masak itu ini. Pergi rumah mak cik 1 pun makan lebih kurang sama. Rumah mak cik 2 pun sama. Rumah mak cik 3 pun sama gak. No big deal sebab setahun sekali je makan benda alah ni. Balik rumah-tidur-bangun-check dapur. Emak memang tak akan masak apa-apa sebab makanan semalam masih banyak dan ok lagi. Maka biasanya raya kedua-ketiga dan kalau nasih baik keempat kita akan makan benda yang sama untuk sarapan, tengahari dan malam. Naik muak wei makan benda berlemak tu semua..!! Itu belum masuk kuih, kek raya lagi. Hmmm..


5. Tetamu Raya.
Raya ialah hari yang cukup ramai orang datang ke rumah. As mak aku kata: Family hanya akan berkumpul masa 2 perkara jer: Raya or kalau ada kematian. So kalau familly kau besar so banyak ar rumah yang mesti kau pergi dan lebih ramai orang yang akan datang ke rumah kau. Thanks goodness family bapak aku kira still boleh diterima akal yang waras ar. Raya pertama aku terpaksa dan dipaksa untuk bersama adik beradik gi rumah family terdekat satu kampung. Itu still okey lagi sebab hubungan keluarga masih rapat lagi. Cumanya sebab bapak aku anak sulong dan quite dihormati among relative & orang kampong so ramai ar yang datang ke rumah. Disebabkan kakak aku ada rumah sendiri dan kakak ipar lah hanya beraya selang setahun, Along aku lah ada banyak masa keluar beraya so aku je lah yang tertinggal di rumah. So ada masanya aku tolong hidang air, duduk sekali, rupa-rupa senyum. Tapi most of the time aku sembunyi dalam bilik. Lebih sucks bila ada budak-budak kecik yang entah dari mana entah datang rumah, buat perangai macam kat rumah sendiri dan bila bagi duit terus blah. Hmmmm..



6.  Sarawak Beraya
Sarawakians sangat passionate bila it come part to raya. Aku pun tak tahu kenapa diaorang sangat melewah-lewah bila masuk bab raya ni. Orang Semenanjung pasti cultural shock ar bila tengok orang Sarawak beraya. Dari rumah, makanan, pakaian etc. FYI orang Sarawak ni menyambut raya selama 7 hari secara official. Maksudnya kalau korang berada di Sarawak pada hari ke tujuh so feelnya masih lagi macam raya hari pertama. Ke mana-mana je lelaki muda still akan pakai baju melayu lengkap dengan samping dan songkok, hiasan rumah ngan makan masih lagi sama dan tetamu yang datang tu still tak henti-henti. Dari hari ke 8 sampai 30, semuanya dah reda but still kuih masih ada atas meja dan tetamu still berkunjung. Imagine aku yang sangat tak suka raya perlu mengharungi 30 hari tanpa henti dengan siksaan ni semua. Hmmm..
















BTW selamat hari raya.. Kalau korang bukan friend aku di FACEBOOK so aku buat kad ucapan ni. Hmmm


Saturday, June 22, 2013

Jerebu 1997

Aku masih ingat lagi waktu tu. Aku belajar darjah 6 di SRK Santubong. Jerebu waktu tu sangat teruk. Aku ngan abang aku naik motosikal round-round kampung memang nampak puteh jer. Pemandangan kurang 2 meter. Macam feel hujan lebat di Tanah Tinggi Genting. Yap, masa aku gi Genting tu kebetulan hujan lebat.  (part tak best mestilah semua game luar tak dapat main) Semuanya putih sehingga last-last kerajaan isytiharkan cuti darurat. Hmmm..


Cuti darurat tu diisytiharkan tepat-tepat lepas tamat cuti pertengahan tahun. Budak-budak biasa happy sebab cuti sekolah (seminggu or dua tu aku tak ingat) yang baru habis then sambung cuti tambahan selama seminggu. Aku lak happy sebab aku tak sempat bercuti untuk sepanjang cuti sekolah tu so kiranya cuti darurat tu memang khas untuk aku je lah. Sebab aku tak bercuti ialah sebab aku join kursus motivasi dan persediaan UPSR di MRSM Kuching.

Kursus tu dianjurkan untuk pelajar-pelajar yang bakal menghadapi ujian UPSR tapi hanya beberapa orang wakil dari sekolah-sekolah tertentu di bandaraya Kuching je yang leh join. Sekolah aku hantar 8 orang wakil. Dan aku mostly hampir tak tercalon untuk pergi.



Aku pindah ke sekolah tu darjah 5. Aku bukan budak yang bijak sangat. Sepanjang darjah 5 aku hanya dapat nombor 7 untuk kedua-dua semester. Even semester pertama darjah 6 pun aku still dapat nombor 7. Plus aku dont mix well sangat ngan bebudak kelas aku. Ada orang kata aku ni budak bandar yang pindah kampung sehingga ada masa aku tak paham apa mereka cakap. Memang ar aku cakap dialek Melayu Sarawak yang sama tapi banyak istilah-istilah yang lebih dark dan pekat tu memang first time dengar yang parents aku sendiri pun tak tuturkan di rumah. And among cikgu-cikgu pun aku tak popular.

So satu hari tu beberapa orang cikgu darjah 6 ni masuk kelas dan pilih 8 orang pelajar untuk wakil sekolah ke kursus tu. Kalau ikut rasionalnya aku selalu nombor 7 dalam kelas then mesti automaticnya akan terpilih tapi tak. So sorang cikgu ni bersuara dan suggest nama aku. Reaksi yang berlaku: Cikgu-cikgu tu debat kecik-kecik among mereka depan kelas. Most cikgu kata aku ni tak nampak potensi besar pada result UPSR sekolah but still cikgu tu pertahankan aku sehingga lastly cikgu besar separa terpaksa masukkan aku dalam list yang akan pergi kursus tu.








Btw cikgu tu namanya Cikgu Siah. Dia totally macam Fran Drescher dalam The Nanny laa. Dengan rambut kembang, baju ketat yang menampakkan susuk badan, heel yang setiap kali jalan pasti akan bunyi, make up, minyak wangi. Dan dia ajar kami math darjah 6. Seriusly aku bukan kaki math sebelum tu tapi bila dia ajar then aku jadi sangat suka math. Hasilnya math aku lepas dia ajar mesti either 100% or satu dua soalan je salah. 









Bila result UPSR keluar, aku gi sekolah, tak ada sorang cikgu pun percaya yang pada result aku. Aku antara terbaik sekolah dengan result 4A 1B sehingga guru besar pergi rumah aku lagi.










Apa yang aku nak share hari ini ialah: Walau betapa satu dunia menentang engkau dan kata kau tak ada apa-apa kelebihan or kau hanya menyusahkan, sampah or etc sekalipun then betapa bestnya kalau ada seorang yang kata sebaliknya dan mempertahankan kau. Hmmm..






Sekalipun orang macam tu belum datang dalam hidup kau then why not buat untuk orang lain dulu..

Monday, February 11, 2013

Tag Sekolah

Aku terbaca satu local Sarawakian blog ni. Dia upload post tentang tag sekolah aka ada few stupid people upload tags of question dan dia jawab. Entah apsal post tu membuat aku teringat kembali tentang zaman sekolah aku. So aku kuarkan balik soalan asal tu dan aku terjemahkan dan aku jawab tag sekolah aku lak.

Here we go..!!


1. Sene ko sekolah dolok? (mana kau sekolah dulu)
SRB St Theresa Padungan (few month)
SRB St Anne, Sarikei (1-4)
SRK Santubong (5-6)
SMK Santubong (1-5)
SMK Tun Abang Haji Openg (lower & upper 6)


2.Dolok (dahulu) bekal apa ke sekolah? Dolok selalu beli apa di kantin?
Dulu 4 tahun sekolah majoriti non-Muslim so kantin pun hanya jual benda yang non-Halal. Aku ingat lagi sesekali akan bawak bekal makanan dari rumah dan aku ingat scene makan rehat ngan cinta monyet pertama. Dan sebab aku membesar era 90-an so bekal duit lak sekadar beberapa puluh sen jer tapi itupun tak beli. Even bila dah pindah sekolah majoriti Melayu still aku tak berbelanja dan dah tahan tak makan apa-apa masa rehat. Hmmmm..


3. Favourite subjek?
Math since dari darjah 6 sebab waktu tu aku punya potential dalam math mulai berkembang. Thanks cikgu Siah sebab ajar aku. Sebab bagi aku math ni cam teka teki yang jawapannya cukup objektif walapun form 4 math aku jatoh sebab pengaruh rakan sebaya yang suka main. Hmmm..


4. Bag sekolah jenis apa?
Sebab aku anak bongsu so aku recycle beg abang kakak aku dulu. Diaorang dapat beg baru tapi aku dapat beg diaorang. Plus sebab aku membesar zaman 90-an so beg sekolah tak ar hyper berat cam budak sekolah sekarang. Plus masa sekolah menengah, pergi balik melenggang ngan beg kosong jer sebab semua buku tinggal kat dalam laci meja. Wakaka


5. Tempat duduk dalam kelas?
Darjah 1 hingga 5 kat tengah. Darjah 6 dudok depan sebab mata dah start buta. Form 1-5 dudok almost belakang dan tepi tingkap ngan matlamat leh nyandar dinding dan tengok orang lalu lalang kat luar. Plus aku dah agak tinggi so kalu dudok depan then penglihatan terganggu. Form 6 lak kena duduk 2 baris depan sebab cikgu kelas cukup Islamik aka lelaki kalau dudok belakang then nafsu mudah naik. Hmmm..


6. Jenis penselkes?
Kalu korang membesar era 90-an then tahu ar jenis penselkes besar yang leh bukak depan belakang (tapi bahagian belakang dia nipis sikit) yang penutup dia ada span nipis. Tapi bila sekolah menengah just main bawak pen dalam posket seluar jer or paling tak just campak dalam ruang kecik depan beg. Kecuali pada masa form 6 aku create pencil case aku sendiri. Hmmm


7. Kelab, Persatuan, Permainan?
Darjah 1-4: Kelab permainan dalam (catur, scrabble, dam etc) + darjah 4 join pengakap
Darjah 5- form 5: PBSM


8. Favourite cikgu?
Cikgu Hazani Mahadi. Kita pasti akan suka pada cikgu yang kita paling benci sebab suka menyusahkan kita. Hmmm..


9. Classmate yang boleh buat kau tetak (ketawa)?
Aku banyak pindah sekolah dan kekawan pun asyik pindah randah. So kawan paling lama ialah kazen aku sendiri kot yang kami banyak kali gaduh tapi last-last gelak ketawa, sakat menyakat sesama kot.


10. Perkara yang buat cikgu kau bengang ngan kau?
Aku mostly budak baik yang bijak dalam kelas. So cikgu tak ada sebab untuk benggang ngan aku kecuali masa form 4 & 5 yang aku berada dalam circle of friend yang tak digemari cikgu. So banyak kali gak cikgu merajuk tak nak ngajar kelas kami. Dan form 6 aku banyak memberontak dan membangkang arahan cikgu kelas. Hmmm..


11. Pernah jadi AJK dalam kelas?
Pernah jadi ketua kelas untuk 2 tahun. Kalu tak jadi ketua kelas so jadi ajk keceriaan kelas. So kelas jadi mangsa eksperimental yang bertema pelik-pelik setiap tahun. Hmmm..


12. Bekas botol air?
Bekas air mineral standard tu ar kot.


13. Transport pergi dan balik sekolah?
Darjah 1-3: Emak hantar dan ambik
Darjah 4: Jalan kaki sendiri.
Darjah 5: Basikal
Darjah 6 - form 5: Jalan kaki sendiri sebab sekolah menenggah tu just 5 minit jer dari rumah.
Form 6: Motosikal


14. Pernah ekot (join) sukan?
Masa sekolah menengah masok lontar peluru dan lempar cekera masa hari sukan. Selalu dapat tempat ke-4 jer ar. Pernah sekali terpaksa join lari tapi masa orang lain dah lengkap 3 kali pusing padang, aku lak masih 1 setengah pusingan. Hmmm..









Hmmmm..

Tuesday, January 29, 2013

Jahil Agama

Ada 2 situasi ni pernah berlaku dalam hidup aku yang bagi aku walaupun ia boleh jadi bahan ketawa tapi sebenarnya agak menyedihkan sebab ia melibatkan agama iaitu bila ada orang yang agak jahil tentang agama kata:
i) Bersentuhan antara adik beradik lelaki dan perempuan boleh membatalkan air sembahyang dan
ii) Makan juga antara perkara yang boleh membatalkan wudhu gak. Hmmm..


Bapak aku antara orang yang agak penting gak ar di kampung tempat aku tinggal sekarang ni. So bila it come part to agama then bapak aku antara tempat rujukan mereka. Plus since bapak pencen dia dah start mengajar anak-anak jiran mengaji. Tapi dia tak pegang apa-apa jawatan agama pun kat kampung. Pernah dicalonkan tapi dia tak nak. Dia pilih untuk jadi orang biasa-biasa jer.

So disebabkan peranan dia yang agak penting tu menjadikan aku jumpa ramai orang gak yang datang ke rumah kami untuk perkara-perkara berkaitan agama. Mostlynya menyedarkan gak ar. Cam end of last year satu malam ni ada sorang pemuda kampung datang ngan sedara dia ke rumah kami. Aku as usual just dalam bilik jer dengar apa yang berlaku kat luar. Rerupanya dia datang sebab nak belajar perkara yang perlu dia tahu untuk menjalani kehidupan selepas berkahwin. Or in other wordsnya untuk sesi soal jawab before akad nikah kat majlis agama nanti. 

Jadi bapak aku ajar ar dari benda-benda basic such as Rukun Islam, Rukun Iman sampai bab ibadah. Bagi aku part yang menyedihkan bila dia tak tahu pun cara mandi wajib. Duh, umor dia sekitar 2-3 tahun muda dari aku. So around 25 tahun tu dia tak pernah mandi wajib ar..? Kalau dia tak pernah mandi wajib then cam mana ngan solat or ibadah-ibadah dia yang lain..? Hmmm..










Last week ada sorang emak ni datang jumpa bapak aku ngan matlamat nak hantar anak dia mengaji kat rumah kami. Anak dia dah form 1 tapi hari ni tadi datang mengaji dan baca Iqra pun tak lancar. Aku rasa sedih lak.

Teringat kami adik beradik masa mengaji ngan bapak dulu menanggis macam kena rotan. Sedangkan bapak mencuit pun tak pernah. Hasilnya belum habis sekolah rendah dah tamat Quran (kecuali aku sebab aku anak bongsu). Walaupun bapak sibuk as Polis tapi masa Maghrib dan Isyak mesti berjemaah. But what happen to parents zaman sekarang: hantar anak kelas mengaji tapi emak bapak tak pernah berjemaah sekeluarga. Then bila keluar issue penggunaan nama Allah oleh penganut agama lain then start marah-marah kat wall FACEBOOK. Apa kes..?










Aku kuarkan post ni bukan untuk mengaibkan sesiapa sebaliknya untuk teguran diri aku dan semua umat Islam yang lain. Sejauh mana kita mementingkan agama dalam hidup kita..? Apa yang kita ajar pada anak-anak kita..? Kalau kita rasa kita tersasar then ubah sekarang. Biar umor kita 25 tahun or biar anak kita dah form 1 then berubah ar pada masa tu. Jangan kata nanti umor aku 50 tahun then baru aku start nak belajar mandi wajib or anak aku kat sekolah ada kelas agama then biar ar ustaz-ustazah sana yang ajar. Hmmmm..














Walaupun most of the time aku sangat tak bersependapat ngan bapak aku tapi aku sangat berterima kasih pada parents aku sebab mengajar kami basic agama. Parents aku tak kaya tapi agama tu ialah harta yang cukup besar yang mereka pernah bagi kepada kami adik beradik. Kalau semua harta dunia ni dirampas dari aku then aku masih okey lagi tapi kalau agama ni dirampas dari aku then aku ialah orang yang paling miskin di dunia. Hmmm

Sunday, November 4, 2012

Tips Memilih Durian

Musim durian tiba lagi di Sarawak. Dan aku ialah seorang lelaki yang sangat maniac ngan durian. Menjadikan keadaan jauh lebih best apabila family aku ada kebun durian dari pokok bukan kacukan lalu menghasilkan buah yang rasanya totally yummy. So kalau korang jenis yang duduk bandar dan tak pernah tengok pokok durian tu cam ne tapi sangat suka durian dan nak beli durian tapi takut kena tipu then post kali ni aku nak share few tip memilih buah durian tahap amature. Hmmm...


1. MUSIM DURIAN
Durian ialah buah-buahan bermusim tak macam sengkuang or timun yang ko leh dapat hari-hari. So tip pertama yang korang perlu tahu ialah beli durian bila tiba musim durian. Tapi kau tak ar perlu susah payah nak search google or sampai nak upah penyiasat persendirian semata-mata nak tahu bila musim buah ni. Caranya senang jer. Tengok kalau banyak orang jual durian then maknanya tu musim durian ar. Hmmmm..

So andai kata kau terjumpa satu-satunya kedai jual durian sedangkan 2-3 minggu before and after tak ada kedai lain pun jual durian then aku tak cadang untuk kau beli ar melainkan bini kau mengidam sebab mengandung then tu lain cerita ar. Jadi kalau nak beli then beli waktu ia terjual banyak-banyak ketika musimnya tengah kemuncak. Jangan beli terlalu awal or terlalu lewat sebab masa durian jatuh ni dibagikan kepada 3 time: awal-tengah-hujung then masa awal dan hujung buah durian selalunya dah sejuk dan tak sedap lagi. Hmmm..


2. BUAH BERAT
Kalau korang terfikir kalau sebijik durian ni berat disebabkan buahnya yang besar dan banyak sehingga menjadikannya berat then aku lebih kepada tak setuju daripada setuju ar. Durian ni buah yang banyak main trick ar. Sebab mostly buah durian yang berat ialah durian yang mentah or muda or sejuk. Alaaa, jenis buah yang rupa bukan main perfect lagi tapi kalau gigit rasa cam batu.

Tapi tak semua durian yang berat tu mentah. Kekadang memang durian berat sebab isinya yang berat dan still ia cukup masak. But berat durian mentah biasanya jauh lebih berat daripada durian yang masak tapi berat. So tips nombor 2 ialah cari buah yang ringan sebab selalunya buah ringan tu memang guaranty cukup masak.


3. BUAH DITEBUK TUPAI
Kalau korang jenis perfectionist dan lihat durian yang ada lobang ditebuk tupai dan korang terus mati-mati reject ngan alasan yang buah tu dah buruk, rosak etc then itu satu kesilapan paling besar dalam proses memilih buah durian ar. Kalau aku dibagi pilihan ngan 10 biji durian dan satunya ada kesan ditebuk tupai then aku akan pilih buah tu. Sebab mostlynya buah yag ditebuk tupai ialah buah yang sedap.

Tupai punya deria hidu yang cukup hebat. Jauh lebih hebat dari manusia. Then tupai hanya akan makan durian yang terbaik jer. Lagipun dia bukannya akan makan keseluruhan durian tu tapi hanya satu pangsa tu jer. Plus selalunya penjual akan jual buah ni ngan harga murah sebab orang tak nak beli tapi bagi mereka yang tahu then ia satu advantage. So tip nombor 3 ialah beli buah yang dah ditebuk tupai dan bukan perempuan yang dah ditebuk tupai. wakaka


4. BUAH BERBAU
Duh, apakah durian jika ia tak berbau? So kalau ada orang yang nak makan duriant tapi tak berbau senang jer bagi dia durian muda. Sebab durian muda yang sejuk dan keras tu tak berbau.Tapi jangan lak kau gi satu gerai dan bila hidu buah durian tak berbau then kau marah-marah tuduh owner gerai tu nak menipu korang lak.

Sebab setiap pokok durian menghasilkan buah yang berbeza dan ada durian yang berkulit tebal yang menghasilkan bau yang kurang. Kalau korang dah terbiasa ngan durian then kau tau bau tu ada beberapa jenis tapi cukup untuk aku katakan yang bau tu mesti bergas dan jangan terlampau masam sebab tu dah kira korang beli tempoyak lak dah.


5. TANGKAI BUAH
Durian yang dijual ada masa bertangkai dan ada masa tak. Kalau yang bertangkai then kalau ada yang sampai sejengkal panjang tangkainya then jangan ar beli ngan niat senang nak bawak. Tu maknanya buah tu masih muda lagi. Muda sangat-sangat. Tapi tak semua buah yang tangkai tahap biasa tu dah masak semuanya. Sebab zaman sekarang ni penipu bukan main banyak lagi. Senang jer cara nak ambik buah durian muda-muda dan peram.

Wait seminit, buat mereka yang tak tahu: kita tak jolok durian cam kelapa or petik cam cili tapi durian yang masak akan jatuh ke tanah automaticallynya. That where ada orang otak kotor ni yang tak sabar nak tunggu durian jatuh then guna kaedah tertentu untuk buat durian jatuh awal . Tapi rasanya sangat tak best ar.


6. PLAN B
Andai kata semua tips yang aku bagitahu kat atas ni semuanya fail then jangan risau sebab durian muda ke durian rosak ke durian masam ke semuanya leh direuse jadi TEMPOYAK. Sekalipun ko tak makan then ko leh jual gak.














So selamat makan durian.

Wednesday, October 3, 2012

Bestnya Dudok Kampoong

Aku pindah ke kampung Santubong aka rumah aku sekarang (so aku tak balik kampung just hari raya jer tapi hari-hari aku balik kampung. Hmmmm) pada penghujung tahun 1995. Waktu tu aku darjah 4, kami pindah few day sebelum sesi sekolah tahun tu tamat so aku tak sempat gi majlis penyampaian hadiah sekolah rendah kedua aku tu pon. Hmmmm..


Setiap kali orang luar datang kampung kami then ramai yang sangat-sangat teruja sebab kat sini ianya berhadapankan Gunong Santubong dan membelakangkan Laut China Selatan. Tapi bagi aku yang hidup kat sini lebih 17 tahun ni, it not such a big deal untuk jadi jakun tahap cam tu sekali.

Sebab bagi aku perkara yang paling best terasa bila dudok kat kampung ialah saat-saat makan benda-benda yang fresh dari sumbernya. Contoh cam ikan ar. Walaupun jumlah nelayan kat kampung kami amat-amatlah berkurangan tapi sekali pulang laut, dapat ikan, beli, dan terus masak. Kalau korang asyik-asyik makan ikan kat GIANT yang diura-urakan as segar tapi mata dah pakai contact-lense merah tu dan korang kata ikan tu sedap lagi segar then aku ucap takziah ar. Sebab ikan yang fresh tanpa merasa ais dan terus dimasak even ngan goreng biasa-biasa jer akan terasa JUICY dan MANIS. Memang speechless ar.

Rumah kami pulak ada kawasan yang luas. Emak aku pulak memang aktif menanam sayur-sayur dan buah-buahan. Rumah kami ada mangga, jambu air, jambu batu, belimbing besi, mata kucing kelapa, limau, limau kasturi, lemon, rambutan, delima, ciku etc. Kekadang tu bila buah dah cam masak just petik, basuh dan makan jer. Sayur-sayur jangan cakap lagi ar. 



















Bagi aku selain dapat benda-benda tu secara fresh then part paling kita hargai bestnya kampung ialah bila kita berjauhan dari kampung. Pernah aku beberapa kali hidup kat tempat jauh dari rumah then saat-saat nak masak dan perlukan benda-benda simple cam serai, cili, daun bawang, bunga kantan, limau kasturi, ulam raja pun terpaksa beli. Dah ar benda tu dijual sikit, layu lak tu. Or masa tengok ikan kat pasar. Aku  ni jenis yang pandai pilih ikan so agak sedih ar bila tengok ikan yang dah berapa kali keluar masuk freezer pun still dijual dan ada gak yang sanggup beli.















Dan tak lupa udara kampung segar, tak bising dan bebas dari pencemaran. Hmmmm

Tuesday, October 2, 2012

Memori Bersama Jerebu

Keadaan di Kuching sekarang ni saling tak ubah seperti berada di kawasan tanah tinggi yang berkabus sebab di mana-mana pemandangan seperti berkabus putih jer. Sehinggakan gunung yang ada di hadapan rumah aku dah x nampak puncaknya lagi. Cuma masalahnya keadaan cam kabus ni menjadikan feel yang kering dan panas. Yap, ianya jerebu.


Korang masih ingat lagi tak incident jerebu paling teruk yang berlaku pada tahun 1997 dulu sehingga satu Malaysia darurat seminggu? Waktu tu scene nya seperti berada kat Genting Theme Park sewaktu hujan lebat. Waktu tu pandangan kurang 2 meter. Putih jer. Yap, aku pernah berada kat Genting waktu hujan lebat. Waktu tu ia berkabus penuh dan of coz x leh main mana-mana outdoor game. Punah hancur jer tiket. Hmmmm..

Waktu tahun 1997 tu aku masih belajar di darjah 6. Malaysia diisytihar darurat tepat-tepat lepas cuti pertengahan tahun pada tahun tu ar. Aku masih ingat ngan jelas sebab sewaktu cuti seminggu tu aku berada kat kem UPSR di MRSM Kuching. Antara 8 orang calon wakil sekolah aku tu, aku ialah calon yang mostly  ditentang oleh cikgu-cikgu darjah 6. Sebabnya aku baru jer setahun pindah ke sekolah tu dan prestasi aku biasa-biasa jer. Even rasanya subjek aku yang okey pun lukisan jer. 

Tapi ada sorang cikgu math darjah 6 aku ni mati-mati pertahankan aku. Cikgu math tu kalau tak silap aku nama dia Cikgu Siah. Dia punya dressing totally cam Fran Dresher dalam The Nanny ar. Ngan rambut kembang dan baju ketat masa ngajar memang cikgu yang berbeza ar especially untuk sebuah sekolah kampung. Mungkin sebab dia tengok potensi aku kira okey ar. Even rasanya darjah 6 gak ar math aku jadi okey. Bila exam almost nak 100 markah jer.











Seminggu di kem UPSR tu memang best ar tapi bab yang tak bestnya ialah bila cuti seminggu kami hilang. So rasa sedih gak ar tapi bila balik rumah after kem tu terus je next Mondaynya diistiharkan cuti darurat. Kira mengantikan cuti seminggu yang tak dapat dinikmati tu ar.















Dan result UPSR aku pulak ialah 4A, 1B. Second terbaik sekolah. Dan cikgu-cikgu yang tak tahu kewujudan aku  or yang memandang rendah aku sebelum ni pun dah start tabik diri bangga sebab pernah mengajar aku. Even cikgu besar antara yang tak nak aku jadi antara wakil 8 orang pelajar ke kem UPSR tu pon leh datang rumah untuk congratulate aku. Hmmm..














(cuma kedian result peperiksaan-peperiksaan awam aku makin merosot dan merosot. Hmmmm)

Wednesday, August 15, 2012

Makanan Exotik: Tombong

Apa makanan erotic.. er I mean makanan exotic or makanan yang bagi korang cukup rare untuk dimakan ke or makanan yang rasanya ada waktu korang kecik-kecik dulu tapi dah jarang makan masa korang dah dewasa ni ? (either sebab ia dah pupus or korang sekarang dah belagak hebat sangat nak makan benda tu lagi). Hmmmm..


Semalam masa berbuka puasa then ada ar satu benda berwarna putih kekuning-kuningan bersaiz sama cam epal atas satu piring ni. Duh, rasanya lebih 6 tahun x tengok benda alah ni. TOMBONG. Duh, aku x tau apa nama benda ni kat tempat korang tapi dari kecik dulu lagi aku dan adik beradik dah menamakannya tombong. Chop, sebelum kami adik beradik menamakan benda alah ni, kami terlebih dahulu akan berebut nak makan benda alah tombong ni. Hmmmm..

Tombong ni benda yang ada dalam kelapa tua dan saiznya akan bergantung pada usia kelapa tu. So makin tu kelapa tu so makin besar ar tombongnya. Ia kira macam buah kepada buah kelapa dan rasanya ia terbentuk dari air kelapa tu sendiri kot. Sebab ia menyejat air kelapa tu dan yang cukup pasti makin besar tombong ni then makin kurang manis ar rasanya. So petuanya kena ar berebut ambik yang kecik dulu dan jangan ar fikir part kali ni nak tamak ambik yang besar pulak. Hmmmm..

Tak tahu apsal sekarang ni dah jarang jumpa tombong. Even 2 anak buah aku yang 10 dan 6 tahun tu buat muka sangat pelik tengok tombong tu semalam. Sedangkan waktu kecik dulu, tombong ialah benda yang cukup dinanti-nantikan semasa orang tua nak potong buah kelapa tua.

Mungkin sebab dulu dudok kampong (sekarang masih duduk kampung lagi apa), kalau nak buat santan kena ambik buah kelapa tua (yang dah disimpan belakang rumah), then belah dan parut sendiri dan kemudian baru leh perah santannya. Sedangkan zaman sekarang ni kalau nak santan just hidupkan enjin kereta, gi kedai, bayar kat kaunter dan potong pek so kuar ar santan. 

As aku kata tadi, aku still duduk kat rumah di kampung. Kat belakang rumah masih ada lagi pokok kelapa tapi buahnya memang x akan sempat tua sebab buahnya hanya digunakan masa muda jer untuk air. Air tu untuk apa pulak? Untuk minum ar, buduh. Hmmmm..




















Rasanya tombong kelapa ni dah jadi makanan yang agak rare dewasa ni. Bila cam peristiwa semalam aka terjumpa balik then waktu tu ar baru teringat balik kenangan masa dulu-dulu dan teringat sekali rasanya waktu ia mulai masuk ke dalam mulut ngan rasanya yang manis tu. Duh, aku puasa.









So korang pernah makan benda nama tombong kelapa ni? Yap honey, ia bukan sombong atau tombol pintu yaa.

Thursday, July 19, 2012

Mata Aku Lihat Sesuatu

Recently ada sekor anjing liar melahirkan babies area kejiranan kami. So setiap petang aka heboh bunyi si anak-anak anjing dan ibunya melolong bersama suara gelak ketawa anak-anak jiran mengejar dan membaling kumpulan anjing tu ngan batu dan kayu. Entah apsal dalam bulan-bulan kebelakangan ni banyak betul anjing liar yang berkeliaran kat kampung ni. Setiap malam aku keluar dan setiap pagi aku balik semula ke rumah, anjing-anjing dan anjing di mana-mana. Tapi pagi ni tadi berbeza.


Entah apsal pagi tadi berbeza. Aku x nampak sekor ajing pun yang bersantai kat simpang jalan besar or sepanjang jalan seperti pagi-pagi biasa. Aku x ambik port pun even aku rasa lega sebab aku takut-takut gak kalau ada-ada anjing yang gila dalam big group tu yang suddenly menyerang aku. Sehingga selekoh nak masuk ke rumah suddenly aku tengok ada bayang-bayang sekor anjing.

Jarak kami just kurang 3 meter. Based on lampu jalan yang warna oren tu aku boleh anggarkan yang ia sekor anjing dewasa. Sekor jer dan bila berdekatan pintu pagar rumah ia menghilang. Aku anggarkan ia dari jalan besar menggunakan corridor jalan kaki ke rumah jiran sebelah. Before aku matikan enjin aku pastikan yang ia tak ada disebalik pokok-pokok bunga besar dan rendang yang ditanam emak kat situ. Mati aku kalau anjing tu rerupanya just bersembunyi jer kat situ. 

Bila aku dah yakin ia tak ada so aku matikan enjin. Aku search kunci pagar rumah yang melekat sekali ngan kunci motosikal. Rumah cukup gelap. Tapi sebab aku dah terbiasa so aku just main raba-raba jer dan cari satu bentuk kunci yang ganjil sehingga suddenly mata aku melihat ke dinding rumah dalam kepekatan pagi tu. Cahaya lampu dari rumah depan jiran membiaskan satu bentuk bayang-bayang:


Anjing tadi ada dalam kawasan dalam rumah..!!


Aku tergamam seketika. Otak aku cuba berfikir sewaras yang mungkin. Cam mana ia leh masuk dalam? Sedangkan pagar rumah aku yang vertikal tu terlalu kecil untuk saiz anjing tu. Cam mana ia leh masuk...? Serentak bulu-bulu sekitar leher dan tengkuk aku goosebumps. Dalam ingatan aku terfikir dua perkara: satunya sewaktu masa zaman belajar dulu ada jiran bilik aku bernama Ali yang before masuk bilik satu awal pagi around 4 am tu terlihat bayang aku kat luar bilik, melihat dia. Waktu tu dia heran apsal aku just pegun dan tampak cukup gelap. Sekali lagi dia menoleh, bayang tu hilang..










Aku yakin apa yang aku lihat tadi tu anjing. Dan pagar rumah aku terlalu kecil untuk anjing sebesar tu masuk.  Hmmmm..














Then korang tanya apa benda kedua yang aku fikir tadi? Aku terfikir word yang keluar dari mulut chef Michael masa chef Zubir dan chef Jo tanya resepi ayam yang sedap tu. Aku tak tahu kenapa benda tu leh keluar dari otak aku waktu secemas tu. Hmmm..