Showing posts with label cerpen. Show all posts
Showing posts with label cerpen. Show all posts

Saturday, December 24, 2016

Gadis Kecil Tepi Jendela

Kalau baca tajuk post pasti ada terfikir ‘Hey, post ni tentang drama radio RTM zaman awal 90-an ke?’ Naa. Tolak markah. Langsung tak ada kaitan. Hahaha.


Semuanya bermula apabila aku makin gemok dan bila doctor check yang kadar kolestrol dan tekanan darah aku agak tinggi untuk lelaki muda (muda ke) seusia aku. Walaupun realitinya ramai orang yang aku kenal yang dah telan ubat kencing manis, darah tinggi secara berkala sejak dari 10 tahun lepas lagi. So doctor sarankan aku untuk jogging or paling bagus untuk berjalan laju 40 minit sehari. So untuk beberapa bulan kebelakangan ni aku dah start buat rutin dalam seminggu ada ar 3-4 hari berjalan laju or bahasa bebudak wechat as jogging kononnya keliling kampung berjarak masa 30 minit pergi balik. Dan disebabkan aku ada social anxiety yang ada masanya agak merungsingkan so aku pilih masa paling selamat untuk tak terserempak dengan mana-mana manusia iaitu awal pagi selepas waktu subuh sekitar 5.30 macam tu.

Permasalahan awal-awal dulu ialah anjing. Walaupun kampung aku 98% Melayu tapi anjing peliharaan non-Malay yang membiak dan membiak sehingga membentuk kumpulan-kumpulan anjing liar agak bermaharajalela gak ar. Kalau naik basikal memang garenti semput kena kepung ar. At least bila jalan kaki diaorang just menyalak beramai-ramai dalam jarak dekat ar. Menakutkan awal-awal dulu tapi sekarang aku dah jumpa trick and hint bila berjumpa anjing ar. The great part tentang anjing ialah mereka ni tak macam kucing yang main hendap-hendap then terus serang so mereka kalau terkejut or takut baru ar mereka GONG-GONG-GONG. Plus jangan lari sebab mereka akan kejar. Buat donno dan hush kan je diaorang then mereka akan boring dan bila hari-hari dah jumpa kau then mereka dah tak ambik port lagi dah (melainkan kalau mereka ada anak kecik then mereka akan jadi extra garang tanpa henti).

Beberapa bulan berlalu then aku dapat rasa perbezaannya. Berat badan aku tak turun ar malah makin naik sebab bila selera makan makin bertambah bila keletihan. Tapi benda yang aku tak boleh makan dalam kuantiti banyak sebelum ni such as ayam panggang, telur or makanan orang kahwin sebab boleh buat pening satu haru then aku dah boleh  mencekik sepuas hati tanpa apa-apa effect pada kepala hotak aku. Cumanya part tekanan darah tu susah gak ar nak turun. Hmmm..



Then korang tanya ‘So apa kaitan semua ni dengan drama radio RTM zaman awal 90-an tu tadi?’


That the paranormal partnya. Semuanya okey-okey je selama ni sehingga minggu ni tadi. Pagi Isnin lepas, entah kenapa mata aku pandai meliar pulak. FYI, aku seorang lelaki yang agak penakut but at the same time aku suka cabar diri aku buat benda yang aku takut tu. So mata aku tertenggok ar satu bintang ni kat atas bukit depan aku tu. Memang tak ada bintang-bintang lain ar malam tu. Mula-mula ia static tapi tiba-tiba bintang tu bergerak dalam formasi yang tak terkawal macam lalat dan suddenly out of nowhere ia hilang. Aku tak nak fikir pelik-pelik then aku bergerak makin laju walaupun bukit tu memang dah ada sejarah ‘spooky’nya yang tersendiri sebelum ni.

Kemudian pada hari Khamisnya pula another ‘thing’ happen. Tengah aku mengelamun jauh dalam kesejukkan dan kesunyian pagi sambil kaki aku berjalan laju tiba-tiba ada suara budak kecik menegur aku. Memang terkejut aku ar. Aku toleh pada suara tu, tengok ada silhouette sorang budak perempuan dari jendela yang terbuka. Aku tau pemilik rumah tu. Ia milik pasangan yang kiranya dalam list tertua gak ar kat kampung but still kesihatan mereka masih lagi tip-top. So seperti biasa mulut aku berfungsi lebih cepat dari otak so aku berbalas jawab ngan budak tu then blah.

Then aku terfikir, selalunya couple tu just tinggal berdua je. Anak-anak dah besar dan ada rumah sendiri kat bandar. Mungkin sekarang ni cuti sekolah so mungkin anak cucu mereka bermalam kat situ kot (walaupun aku tak nampak mana-mana kenderaan kat rumah tu pagi tu) still aku positifkan diri tak fikir pelik-pelik. Walaupun realitinya memang pelik pun untuk seorang budak kecik umur 4-6 tahun bangun seawal tu, buka tingkap dan menegur stranger yang dia nampak dalam gelap awal-awal pagi. But still ia tak semustahil manapun dalam masa yang sama.

Cumanya apa yang dia kata pagi tu agak creepy bila aku fikir-fikir balik. Dia kata:

“Kitak nak ke seney? Kitak mok ke kedey kah? Iboh jalan laju gilak. Kamek mok ikot..”
(terjemahan Bahasa Melayunya agak kurang creepy)
“Awak nak ke mana? Awak nak ke kedai ke? Jangan ar jalan laju sangat. Saya nak ikut.”






Then otak aku terfikir, kalau buat drama 1 episode or cerpen horror then pasti best kan? Narratornya lelaki yang jogging tu. Mamat tu pun macam kes aku yang obess, social anxiety so jogging awal pagi masa hari masih gelap untuk elak jumpa mana-mana manusia. Semuanya okey sehingga pada satu hari ni dia ditegur sorang gadis kecil di jendela sebuah rumah using ni. Dan kemudian hampir setiap pagi dia jumpa budak tu dan ada masanya dia berhenti, berborak singkat dan berjenaka ngan budak tu. Dan entah kenapa dia tak fikir apa-apa yang pelikpun. Sehingga pada part epilogue dari sudut pandangan ketiga.

Seorang perempuan tua muncul belakang gadis kecil tu tanya ‘Adik cakap ngan siapa tu?’. ‘Tu haa, ngan kawan adik’ Cucunya melambai-lambai ke luar tingkap. Diperhatikan ke luar dan dia tak nampak sesiapa. Hatinya berdebar kencang. Terus dia teringat kes seorang lelaki berjogging pada pagi hari yang dilanggar oleh kereta yang dibawa oleh pemandu mabuk beberapa minggu lepas. Dan ia berlaku kat jalan besar depan rumah tu. Tamat.


Wednesday, October 28, 2015

Buaya oleh Aj Abdullah

Teringat zaman universiti dulu, aku ambik satu kelas elektif ni (penulisan kreatif) dan antara berpuluh-puluh budak kelas yang dah 2 tahun belajar kesusateraan Melayu then penulisan aku yang terpilih as terbaik dan disiarkan kat salah satu majalah Dewan Bahasa dan review yang ditulis oleh pensyarah a.k.a juga seorang penulis terkenal negara sebagai seorang yang punya bakat seperti penulis era 70-an negara membuatkan aku rasa 'terbang'. Lepas tu era Blogging muncul dan ada pulak orang yang out of no where yang aku tak kenal follow dan puji gaya penulisan aku so aku makin 'terbang'


Years after, selepas kali terakhir aku berhenti kerja, zaman buku alternatif timbul dan aku cuba kembali nak menulis. Aku hantar manuskrip dan ketiga-tiganya diterima. TAPI novel pertama keluar jadi major disaster, yang kedua selepas setahun baru publisher teringat nak bagitahu yang ia dah kena reject dan ketiga pula kena reject dengan cara yang penuh budiman (which is aku akan promote lepas ni). So ketika aku yang sedang asyik 'terbang' selama ni tadi terus menjunam jatuh ke bumi. Semuanya seolah-olah membuktikan yang aku tak ada apa-apa bakat langsung pun selama ni. Terasa diri ni macam Najib yang berdiri dalam kelompok menteri-menteri pembodek je tanpa ada sesiapa berani bagitahu aku yang rupa-rupanya majoriti rakyat Malaysia langsung tak suka aku pun selama ni. Hmmm..


Then korang kata 'Aj, jangan putus asa. Kau tahu tak J.K. Rowling a.k.a penulis terkenal Harry Potter which is pernah jadi penulis paling kaya di dunia tu pernah kena reject lebih 12 kali. Dia tak putus asa dan kau tengok mana dia sekarang...?"

Jawapan aku 'Talk to the hand, please..' (in annoying English accent)






Btw novel yang kena reject dengan cara budiman tu sekarang dah keluar kat Wattpad. Just search FIXI or buaya or Aj Abdullah or kau klik je link ni: BUAYA. Ia akan diupdate setiap Isnin, Rabu & Jumaat sehingga tamat. 4 novel yang senasib dengan aku dikeluarkan sekali tapi hanya 1 novel yang ada ramai reader, vote, viewer etc sahaja yang akan diterbitkan dalam bentuk buku fizikal. Yap, it does sound like Hunger Game (or worst: Akademi Fantasia). Jadi korang boleh check penulisan aku kat situ dan kalau kau ialah seorang ketua mafia yang punya ramai anak buah then kau boleh paksa diaorang vote novel tu. Paling tidak pun kalau kau budak IT then tolong hacks laman web tu supaya bilangan reader aku naik mendadak. Hmmmm


Monday, June 18, 2012

My Unborn Grandchildren

Mimpi kekadang sangat-sangat menarik dan leh capai box office kalau ditranskripkan ke dalam bentuk filem or drama sebab ia mostly sangat kreatif dan berbeza (walaupun kekadang mengarut). Yap, aku juga maksudkan selain dari Inception atau lagu Umpama Mimpi Dalam Mimpi (as kami adik beradik waktu kecik dulu kata Umpama Mimpi Coco Jelly). Cumas as kajian kata average manusia akan lupa separuh mimpi tu dalam kurang 3 minit after terjaga dan akan lupa keseluruhan selepas 5 minit berlalu. Hmmmm.


Contoh cam mimpi aku tadi yang bagi aku sangat menyentuh hati ar dan penuh sentimental value ar. It started apabila aku didatangi oleh 2 orang teens: sorang girl dan sorang boy. Based on pemerhatian aku that 2 teens tu cam adik beradik sebab muka satu acuan jer dan ompuan tu kakak ar sebab nampak lebih matang dan berkeyakinan diri. 

Kedian both kuar satu statement yang x leh blah kata "Kami cucu atok dari masa depan.." sedangkan umor aku still sama cam sekarang iaitu 27. Kalau standard cerita biasa then pasti aku akan terkejut tak percaya dan persoalkan itu ini tapi sebaliknya dalam mimpi tu pulak aku sangat cool. Mungkin sebab aku dah biasa sangat menjamukan otak aku ngan cerita science fiction cam tu selama ni kot. So aku balas balik kata:


"Kamu anak Iman atau Nurul Iman...?"
(sebab aku ada imaginasi kata kalau aku ada anak lelaki then aku namakannya Iman meanwhile kalau girl aku bagi nama Nurul Iman)

"Nurul Iman, atok..."

So aku panggil mereka dekat dan aku peluk dan cium fore head mereka. So yang lelaki tu pun terus jer lap dahinya lalu kata:

"Atok ni memang tak pernah berubar ar. Dari muda sampai tua asyik nak cium orang jer.." Then kami bertiga terhenti, saling memerhati dan ketawa besar.

Kemudian kami terus bercerita. Disebabkan aku x pernah plan untuk kahwin atau milikki keluarga sendiri so aku pun cuba nak korek cerita dari cucu-cucu aku dari masa depan ni. Aku nak tahu siapa isteri aku, cam mana  or kat mana kami berjumpa, dia apa khabar etc tapi both of mereka pilih untuk tak nak komen. Mereka kata takut nanti aku akan cuba mengubah masa depan. Entah apsal jauh dalam hati aku tahu apa sebenarnya yang berlaku even tho it not happen yet. So aku kuar statement kata:

"Korang tak nak komen apa-apa sebab korang tak pernah berkesempatan nak jumpa opah korang kan...?"

Mereka just mengangguk. Muka pun dah start nampak sedih so aku alihkan cerita. Aku tanya tentang ibu dan pak cik mereka. Apa khabar mereka, apa yang mereka buat etc. So mereka terangkan:

"Emak sihat-sihat jer. Dia jadi suri rumah sepanjang masa. Emak selalu kata jasa terbesar atok yang dia tak mampu nak bayar balik pada dia ialah mengajarnya ilmu agama.." waktu tu aku rasa terharu sangat. Sebab utama aku bagi nama anak-anak aku Iman ialah kerana walau ia pendek tapi maknanya cukup hebat. Aku mahu anak-anak aku jadi seorang yang beriman. Dan based on cerita mereka buat aku bertambah tenang. Kemudian si kakak meneruskan ceritanya:

"Tapi emak tak mewarisi bakat atok. Emak selalu kata dia nak pegang pencil pun tak mampu. Hanya Pak Ngah dan Pak Usu jer yang ...."

"Pak Usu...?" aku potong kata si kakak. Aku tak tahu rerupanya ada yang ketiga. Dia just menangguk.

"Cuba teka namanya...?"

Dalam otak aku terfikir beberapa nama. Cukup pasti bukan nama yang panjang-panjang dan susah disebut. Aku hanya pentingkan makna disebalik nama tu jer.

"Islam...?"

Kedua-duanya menangguk. So kami berterusan bercerita dan ketawa sehingga aku tanyakan satu soalan terakhir sebelum aku beralih ke mimpi yang lain. Aku tanya mereka berdua:

"Kenapa kamu berdua datang jumpa atok hari ni yaa?"

It takes few minit untuk mereka berdua tergamam tanpa sebarang kata. Ia buat aku faham. So aku terus saja memeluk mereka. Dan kucium fore head mereka. Kali ni si kecik tu dah tak mengelapnya lagi. Sebaliknya dia yang selamanya berdiam akhirnya bersuara:






"Abang rindukan atok..."




Aku just senyum.

Thursday, April 26, 2012

Aku Menulis

Setiap kali baca novel yang best akan buat aku fikir cam nak buat benda yang sama gak. Tapi setiap kali baca novel yang tak seberapa nak best or memang tak best akan membuatkan rasa membuak-buak nak menghasilkan novel yang jauh lebih best dari tu sambil dalam otak kata "Novel tak best cam ni pun leh publish ?". Tapi bila dah start nak menulis then tak ada motivasi. Hmmm..


Aku nak menulis. Aku nak menulis satu novel yang lucah sepertimana ia menggambarkan otak aku yang lucah. Aku nak menulis menggunakan gaya bahasa yang berterabur, rojak, bercampur, rendah, hina, dina sama seperti ia menggambarkan otak aku gak. Aku nak menulis tanpa mempeduli sikitpun pada rumus tatabahasa Bahasa Melayu yang rumit lagi merumitkan. Aku nak menulis apa yang hati aku nak aku tulis so apabila orang baca then mereka akan faham apa yang aku rasa.

Dan apabila aku nak gambarkan sau scene tu then ia akan jadi satu yang sangat detail. Kalau satu adegan lucah tu then ia akan jadi betul-betul lucah. Aku akan gambarkan setiap anggota badan, setiap pergerakan, setiap bunyi yang terhasil, setiap titik peluh. Biar pembaca yang membaca scene tu jadi benar-benar ghairah dan berakhir dengan mandi wajib.. Hahaha..






























Tapi masalahnya aku tak ada motivasi nak menulis novel... Wakaka

Tuesday, November 29, 2011

Retold & Remixed

Ada ahli sejarah kata: history is written by the victors as kalau ditranslate (yang recently aku kononnya sangat fail nak translate statement oleh senior kaki bodek kat tempat kerja aku yang then report kat big boss yang cakap omputeh dia sendiri pun tak betul) akan jadi pemenang yang akan menentu or menulis sejarah. As sama gak cam antara baris awal buku teks sejarah aku masa form 1 dulu kata akan ada term 'BIAS' (bukan pembiasan cahaya yang kita akan belajar dalam subjek sains) di mana pejuang kita akan dianggap as wira oleh kita tapi as riot makers oleh penjajah. Hmmm..


Last week aku beli satu buku ni title Malaysian Tales: Retold and Remixed. Niat nak cari buku by authors favorite aku tapi masalahnya kat Kuantan cuma ada 1 kedai buku besar plus pilihan buku omputeh tak banyak plak. Disebabkan novel aku sebelum ni kena tahan oleh senior yang kononnya atas alasan aku baca buku masa layan customer yang sangat-sangat tak masuk akal so aku perlu buku bacaan baru. Or walaupun realiti aku tak ada masa nak baca buku but at least perlu ada 1 buku dalam beg harian aku sebab no body know kalau-kalau aku ada kelapangan masa secara tak sengaja then leh ar aku baca buku tu.

So petang tu before masuk kerja jam 4 petang aku sempat melencong jauh ke satu shopping complex lain dan masuk POPULAR Bookstore dan ada satu buku ni totally menarik perhatian aku. Selain ia ada 20% discount plus aku teringat yang abang aku ada specialty di mana office tempat dia kerja ada benefit di mana mereka akan bagi RM200 untuk pembelian bahan bacaan kepada pekerja. 

Buku ni as aku bagitahu title dia Malaysian Tales: Retold and Remixed. Tengok dari tajuk je pun leh tahu cam mana jalan cerita ni kan? Ia akan menceritakan semula beberapa cerita dongeng tempatan tertentu dalam versi mereka sendiri. So ada versi modern but ada gak versi lama tapi dari sudut pandangan yang berbeza tapi still ngan jalan cerita yang sama. 

Pendek kata macam cinetron Indoensia yang selalu di ulang tayang pada weekday masa cuti sekolah jam 3 petang yang merosakkan dongeng barat jadi versi indonesia yang merapu entah apa-apa entah tu ar. Or lebih dekat cam usaha TV3 untok menghidupkan dongeng lama dalam versi drama bersiri setiap petang. So ada ar cerita Merah Putih, Nenek Kebaya etc yang aku jarang ada masa nak layan.

Jujor kata idea yang cuba dibawak oleh buku ni sangat best: Kisah dongeng lama bawak pengajaran tapi mostly terhad kepada kanak-kanak sahaja sebab bagi orang dewasa cerita ni agak ketinggalan. So the idea is kenapa tak cerita tu dibawak ke versi yang lebih baru yang lebih dekat dengan pembaca sekarang?

Dan dalam berberapa siri yang aku dah baca memang ada yang buka minda aku untok melihat things in different point of view tapi tak terkecuali ada yang terlalu modern dan mengecewakan ar. Contoh terbaik cam retold story of Bawang Merah Bawang Putih yang boleh buat kita terfikir: kalau tolak unsur emak jadi ikan, buaian ajaib etc yang mostly kita tahu banyak unsur penambahan dari generasi ke generasi then apa unsur asalnya yang lebih realistik?


Tapi as a simple review: Malaysian need to read this book la. Walaupun ratenya aku just bagi 2.5-3 per 5 bintang tapi ia bukan buku yang akan buat korang rasa nilai duit tu tak berbaloi ngan  apa yang korang dapat ar.








...









Aku kerja kat tempat wayang so sepanjang 2 hari lepas baru layan Puss In Boots. Aku dibesarkan dengan  cerita dongeng tempatan dan tak terkecuali dari barat. One of my aunt sangat suka beli buku-buku cerita untok kami adik beradik. Thanks Abok. Sebab dialah yang menyemai sikap gemar membaca pada aku dan tahu pada tales dari barat ni. Antara buku yang dia pernah beli untok kami adik beradik ialah Puss In Boots. Dan bila tengok filem tu, yap ia menghiburkan tapi mana cerita asalnya?










...








Plus sejauh mana sejarah yang kita pernah baca dalam buku sejarah tu tulen sumbernya? Kita tak wujud pun pada era tu, kita bukan mata yang memerhati apa yang benar-benar berlaku pada zaman tu. So kita hanya menerima semuanya melalui buku sejarah dan gambar-gambar lama. Sama cam kalau pada zaman akan datang anak muda kata buku sejarah bagi tahu perhimpunan BERSIH 2.0 yang dilakukan pada 2011 ialah protes aman  yang dilakukan oleh segelintir masyarakat Malaysia yang mahukan pengajaran matapelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Melayu then boleh ar kita kata: FAKTA TU SALAH.














So sejauh mana sejarah kita di retold dan remixed.

Friday, August 26, 2011

Aku Mengajar Photoshop

Ada 2 sebab kenapa orang suka edit gambar sendiri:

First sebab dia ada bakat dalam edit gambar so dia editlah
Second sebab dia ada masalah dengan penerimaan realiti diri dia sendiri so dia terpaksa edit. Hmmm..



Orang selalu tanya aku cam mana aku edit gambar. So aku jawab ar dengan jujor yang aku guna adobe photoshop. Then diaorang mintak aku ajar so aku ajar ar tapi last-last diaorang persoalkan lagi: Apsal hasil yang mereka buat tak sama dengan apa yang aku buat. Mereka kata aku kedekut ilmu dan tak nak ajar sebenar-benarnya sebab takut mereka akan jadi lebih hebat dari aku. So aku tarik nafas dalam-dalam kedian kata: Kita guna semua tool yang sama tapi what else should I say- AKU KREATIF DAN KAU TAK. Itu ke yang kau nak dengar? Nokthah. 

Sejujornya aku tak pernah belajar pun cara nak guna Adobe Photoshop. Bukan dari buku manual. Bukan dari Youtube or bukan gak dari sesapa yang master dalam Photoshop ni. Kebetulan perisian tu ada dalam komputer rumah aku sekitar 10 tahun lepas dan tangan aku gatal nak try itu ini and lastly ia become 'something' yang cantik dipandang mata. Kedian ada orang mintak buat design itu ini, upah itu ini, bla bla bla. 

Even sebenarnya aku ni sangat buta IT. Kalau kau sebut apa-apa istilah tentang graphic or komputer ni then jangan harap aku akan faham. Aku hanya tahu guna jer. 




...




Teringat aku pernah attend satu majlis ni. Seorang penulis yang terkenal ni share her experience in writing. Dia bekerja sebagai seorang nurse kat sebuah hospital swasta kat area Klang Valley. Dia tak pernah pergi mana-mana kelas menulis. Dia cuma menulis apa yang dia rasa dia nak tulis. Then dia hantar kat satu publication ni dan diterbitkan. Pembaca sangat suka. Dia menang banyak award dalam penulisan. Sebab penulisan dia diklasifikasikan as jujor. Tak ada unsur dari luar aka in other wordnya dia tak ikut skema penulisan yang sepatutnya pun sebab dia tak tahu skema tu apa. Hmmm..

Or

Ramai gila orang miliki DLSR sekarang ni. DLSR ni kira method ambik gambar yang lebih advance dari kamera biasa ar. So ramai ar muda mudi pergi outing reramai kat sana sini, snap sana sini, gantung kat leher sepanjang masa etc. Last-last bila tengok gambar, kalau orang tak tahu dia guna DLSR pasti akan tanya "Kau ambik gambar guna kamera handphone ker ni ?" Berbanding orang guna kamera biasa boleh hasilkan gambar jauh lebih baik apa..








Kesimpulan di sini ialah it doesnt care method or apa alat yang kita gunakan. Kalau korang guna aplikasi Paint kat Accessories yang sangat basic tu pun, kalau korang memang ada bakat semulajadi then percayalah yang ia akan jadi master piece yang sangat hebat. Dan kalau korang tak ada bakat sekalipun, this is nasihat aku: eksplorekan ia then lama kelamaan korang akan berjaya. 





P/S: lama kelamaan tu mungkin akan ambik masa yang cukup lama ar. Hmmm..






Berikut ialah karya contoh amatuere yang aku buat untuk jadi kad raya aku step by step. Layan:

(Ini versi asal)

(Ni aku crop latar belakang. Buat line dan adjust color)


(Ni aku tukar latar belakang ngan brush berkaitan ar)

(Ni hasil akhir dia. Jadi kad raya elektronik)

(Tapi kemudian tersasar jadi gambar poyo ni plak)












So selamat berkarya guna photoshop korang semua. Tapi kalau korang rasa aku edit gambar sebab reason kedua tu then korang salah ar.. wakaka

Friday, July 1, 2011

Kembali Menulis

I dont know y recently aku sangat tak ada mood nak update blog. Kalau aku paksa menulis blog ni then aku tak akan puas hati apa yang aku tulis dan pembaca tak akan puas hati apa yang mereka baca. Macam paksaan dalam memeluk Islam jer ar (hmmmm apa kaitan ni?). Cuma dalam masa aku tak ada mood nak update blog aku beralih kepada menulis something else. 


Bila fikir-fikir balik dah lama aku tak menghasilkan bahan penulisan cam dulu. Memang ar recently aku ambik upah buat tessis master sorang kawan ni tapi itu lain ar. Itu penulisan ilmiah. Maksod aku penulisan cam cerpen yang dihantar kat magazine then ada orang call kata cerpen tu akan dipublish on certain month so kedian check dalam akaun bank ada duit masuk upah menulis. Goosh aku rindu era tu.

So last few day aku cuba start menulis balik. Pasal tetiba ada mood yang betul pada masa yang betul. Idea ceritanya dah lama tersimpan dalam otak cuma tak pernah dikeluarkan je lagi. So beberapa jam aku terkurung dalam bilik dah 30 lebih muka surat aku tulis. Baru 15 000 patah perkataan. Aku target nak hantar satu novel kat satu local publisher yang fokus on penulisan pulp fiction ni. Kira aku bebas sikit tanpa skema-skema bahasa yang terikat ar.Bahasanya sesuka hati aku ar nak letak cam ner. As sorang pensyarah aku kata: Menulis ar tak kira kamu terpaksa bermula dengan penulisan picisan sekalipun lama-lama nanti kamu akan jumpa diri kamu kat situ nanti.









Kedian cam ada sesuatu cucok something yang negatif dalam otak.. What if kalu cerita aku tak diterima then susah-susah jer tulis, aku ni bukan berdisiplin sangat nak fokus menulis 2-3 jam setiap hari then what if aku buat kerja separuh jalan jer etc...












Membuatkan aku terhenti...












DAMN..

Sunday, March 20, 2011

Poser

Semalam tengah-tengah layan karenah si Puteri, my 5 years old princess yang tengah on the way nak tidur then kepala tertoleh ke arah rak buku. Then ambik satu buku. Tittle: STUMPS karya Shahnon Ahmad yang diterjemahkan ke English by Adibah Amin. Aku tak ingat bila tarikh sebenar aku beli buku ni. May be sekitar aku zaman form 6 dulu kot aka era aku sekali beli buku mesti banyak-banyak tapi mostlynya aku tak sempat nak baca semua. Salah satunya ialah buku ni yang terperap kat rak tu untuk beberapa tahun. Hmmm...


Membaca novel ni membuatkan aku teringat satu accident masa universiti dulu. Waktu tu aku jadi penceramah jemputan untuk satu kelas Penulisan Kreatif ni. Before sesi soal jawab aku bacakan r karya aku yang dipamerkan dalam satu majalah keluaran Dewan Bahasa ni r. Budak kelas tu sangat khusyuk dengar r then bila part soal jawab, these students tanya soalan yang agak serius gak r. Lastly pensyarah tu: Dr. Mawar Syafei buat ucapan penggulungan plak. Betapa dia bangga kat aku dan kata idea dan gaya aku cam penulis era eksperimenal sorang tu.Then dia tanya aku satu soalan bonus: siapa penulis idola anda? Jawapan aku: Shahnon Ahmad. 

Deng deng deng...


Dia kata patut r dia syak yang penulisan aku cam gaya penulisan Shahnon Ahmad. Im a POSER. Bukan nak kata aku ni peniru aka copycat habis gaya Shahnon Ahmad tapi sebab aku dah terbiasa baca karya Shahnon Ahmad, suka penulisan Shahnon Ahmad then bila aku menulis then sedikit sebanyak apa yang aku pernah baca dulu akan terikut sekali dalam gaya penulisan aku. Korang paham?

Korang pasti ada idola sendiri kan in what ever bidang sekalipun. Contoh kalau korang kaki bola then korang fanatik ngan Christiano Ronaldo then korang asyik tengok dia maen then bila korang sendiri main bola sedikit sebanyak korang akan terbawa-bawa lari cam Christiano Ronaldo, sepak bola cam Christiano Ronaldo. Even in what bidang sekalipun, korang mungkin tak akan perasan melainkan ada yang buat teguran. Korang pakai pakaian cam that person, korang ambik gambar cam gaya that photographer, korang edit gambar cam that grapher editer, korang melukis cam that artist. It normal.

Jadi POSER ni bukannya teruk pun. Cuma korang masih belum ada gaya korang sendiri jer. As sorang pensyarah penulisan ni pernah bagitahu aku: start lah menulis dalam apa-apa genre tak kira picisan sekalipun. Just tulis semua genre tu sebab lama-lama nanti korang akan jumpa what genre yang paling sesuai ngan orang dan kemudian korang akan cipta gaya korang sendiri.









A year before aku jadi penceramah jemputan tu, seorang penulis pernah jadi penceramah jemputan kelas tu gak. Dia seorang penulis yang agak ada nama besar gak dalam penulisan di Malaysia ni. Dan dia tak ada pengalaman menulis before. Dia tak pernah ikut mana-mana kelas penulisan, dia tak pernah geng mana-mana penulis hebat  dan dia tak minat membaca sebab dia ialah seorang NURSE. Dia jadi nurse pada usia yang muda. Dunia dia hanya hospital jer. Then satu hari pada usia 30 something dia start nak menulis apa yang dia lihat, dengar, lalui sepanjang hari di hospital. Dia hantar karya tu then ia bernilai tinggi. That r not POSER. She is karya asli.


Im saying that ialah sebab dia tak dipengaruhi oleh mana-mana unsur luar sikit pun. Dia sekadar menulis sahaja tanpa tahu macam mana nak menulis, apa yang tak boleh buat, apa yang perlu buat. Dia tak tahu sikitpun tentang peraturan tu.Waktu tu kalau korang dia dia bercakap then korang sangat yakin yang dia asli sangat.

Tengok pada diri kita sekarang ni r. Kita always ada mentor untuk kata mesti buat macam tu baru bagus, jangan buat macam ni, dia ialah contoh terbaek dalam bidang ni etc membuatkan kita cam ada garis panduan iaitu nak jadi terbaek cam si anu or si anu ialah standard berjaya so menjadikan kita POSER sangat-sangat nak jadi cam mereka. Aka contoh lain: Siti Nurhaliza ialah penyanyi yang hebat ngan gaya dia sendiri. Masih ingat era ketika zaman kegemilangan Siti Nurhaliza awal-awal dulu? Ramai sangat yang nak jadi Siti Nurhaliza ngan gaya budak baek, suara lenggok Siti, fashion cam Siti tapi di mana mereka sekarang ni? Sebab Malaysia hanya perlukan sorang sahaja Siti Nurhaliza. Kalau ada banyak Siti Nurhaliza then apa keistimewaannya? Kan?















Akher kata just buatlah apa sahaja yang korang nak. Contoh cam sekarang ni asyik semua orang nak ada DSLR sendiri. Buat gantung di leher sepanjang masa. We know most of them just mangsa trend and we know most of them r POSER tapi REALITInya ada antara mereka yang temui apa bakat sebenar mereka yang tersembunyi. selama ni. That apa moral value aku hari ni: it doesnt matter kita jadi POSER sebab antara banyak perkara yang kita cuba then mungkin salah satunya akan menjadikan kita PRO in it. Kan?

Dan untuk DSLR sekalian, you dont need a teacher to tell you apa gambar yang bagus dan apa kreteria gambar tak bagus, perlu tekan itu ini untuk kualiti baek, perlu barang itu ini untuk effect terbaek, posting sana sini. Why dont korang  pedulikan semua peraturan tu. Just snap a shoot. Korang akan jadi berbeza... Hmmm...

















Nampak sangat aku ni anti DSLR kan? Wakaka

Monday, March 14, 2011

Drama-tik

Aku sekadar memerhati pada tingkah lakunya dari jauh. Memerhati pada setiap kesibukannya. Memerhati pada setiap ruang sudut wajahnya. Pada mata. Pada bibir. Pada gelak ketawanya. Wajah yang sama itu pernah wujud dalam episod kehidupan aku yang terdahulu.Cuma pada kehidupan aku yang terdahulu, mata itu, bibir itu dan gelak ketawa itu jauh lebih hidup dan bertenaga berbanding dia pada hari ini.


Tiba-tiba dalam kesibukannya itu dia menoleh. Dia menoleh ke arah aku. Dan dia melihat aku. Matanya melihat aku. Benar-benar melihat aku. Lalu pandanganya itu terhenti buat seketika. Mungkin jauh difikirannya sedang menganalisa sesuatu. Ada sesuatu pada wajah itu. Wajah yang terlihat olehnya itu tidak terlalu asing. Wajah itu pernah muncul dalam kehidupan terdahulunya juga. Cuma wajah itu telah lama hilang. Tidak pernah muncul-muncul lagi. Lalu mungkin kotak ingatanya sudah tidak ada lagi tersimpan memori tentang lelaki itu. 



Kemudian bibirnya itu mulai membentuk senyuman. Senyuman itu bukan senyuman kosong. Aku tahu  dan aku yakin. Kerana ada sesuatu pada matanya yang tiba-tiba bersinar setelah melihat aku. Lalu senyuman itu tidak kosong. Senyuman yang cuba memberitahuku seuautu. Cuba memberitahu bahawa dia masih ingat wajah lelaki itu dan dia sudah memaafkan setiap apa yang pernah dilakukan oleh lelaki itu kepadanya.








Dan aku tersenyum. Membalas senyumannya dan kemudian berlalu pergi. 









Membiarkan dia kembali kepada urusannya.














Membiarkan kenangan silam kekal menjadi kenangan silam dan hari ini adalah episod baru untuk semua.