Showing posts with label Adobe Photoshop. Show all posts
Showing posts with label Adobe Photoshop. Show all posts

Tuesday, January 17, 2012

As Cute As Korean Guy

Abang aku balik dari China atas urusan kerja dan berjumpa rakan seangkatan seorang lelaki dari Korea yang share a bit about Korean ni. Kata dia almost 90% Korean aka bukan Korea Utara pernah buat plastic surgery pada bahagian muka mereka sekaligus menjadikan almost semua minah-minah dan mamat-mamat Korea ni sangat jambu-jambu walaupun realiti masa kecik or zaman belum buat surgery tu muka sebijik cam jambu batu. But still walaupun masyakat dunia tahu yang kecomelan beliau-beliau tu tak asli tapi mereka masih lagi adore mereka tu semua.


So kali ni aku nak mengajar manusia-manusia Melayu yang kaki kipas susah mati K-POP ni melalui 2 cara iaitu 1st melalui Adobe Photoshop yang kedian korang leh upload jadi primary pic kat FACEBOOK korang untuk menunjok-nunjok kat dunia yang korang ni ada darah kacukan Korea ar sangat. Hmmm..





Wokey kali ni aku tak nak guna muka aku sendiri sebab aku bukan kaki K-POP so aku guna muka sorang kawan aku yang bernama Rizal Uray as model utama. Dalam bulatan kecil tu ialah gambar asal dia dan as usual aku guna teknik yang sama untuk hasilkan hasil cartoon look a like tu. Kalau korang still nak tau cam mana then rujuk previous post on Photoshop technique.




Teknik pertama untok nampak Korea ialah korang mesti ada asset rambut cam artis korea. 1st: panjang & kembang,  2nd: style kena sharp, 3rd: warna kena meriah. Kalau korang berani mati kena ceramah ngan parents or jiran tetangga then guna bleach color yang hasil blond habis-habis puteh baru K-POP sepenuhnya ar korang. Dan untuk impak gambar ni pulak aku guna brush yang korang leh search dan download percuma kat tenet untuk hasilkan effect rambut yang nampak a bit real tu. Hmmm..



Then beralih kepada muka. Lelaki Korea punya kening yang tebal, bulu mata yang lebat dan mata yang bolat (sebab surgery ar). Sebab most Malaysian memang punya mata bolat-bolat so korang tak perlu operate ar. Melainkan bab anak mata besar tu leh guna contact lense yang membesar dan menghitamkan anak mata tu ar. Solusi kening yang tebal then orang kata selalu cabut akan buat bulu yang baru lebih tebal dan lebat. Hmmm.. try je lah. Bulu mata lak? Guna maskara.. Wakaka..

Back to Photoshop untuk effect mata besar aku guna Filter> Liquify> Bloat Tool.



Yang terakhir ialah aksesori. Apakah K-POP tanpa aksesori yang pelik dan padat. Pakai cermin mata yang pelik, besar-besar ngan warna terang-terang, anting-anting yang padat kat telinga, baju penuh zip sat badan, seluar ketat warna terang-terang etc so terhasillah seorang Melayu yang berK-POP dan boleh ar korang memperagakan diri korang kat area Bukit Bintang etc dan menari ar K-POP kat situ ngan kekawan Super Junior korang tu.






Tapi 








Disebabkan aku seorang yang 'pelik' pada pandangan mata orang so aku pilih gaya-gaya yang berbeza cam kat bawak ni plak:


(Versi Indie cam Noh Hujan may be?)









Or jadi cam














Ni siap leh jadi mr Potato or even A. Galak pun kalah ar.. Wakaka














or jadi...
















Jadi cam rambut dr. Rozmey pun okey gak



















Kesimpulan di sini. Jadi diri sendiri jauh lebih better jadi jadi orang lain sebab kita tak perlu jadi orang lain semata-mata nak jadi orang. Kan?

Monday, January 9, 2012

Aku Mengajar Photoshop 04

Beberapa kawan ada tanya aku: kat mana or ngan siapa aku belajar Adobe Photoshop ni? Jawapan aku mudah jer: kat rumah dan aku belajar sendiri. Then mereka tanya lagi: cam mana aku leh hasilkan itu ini ngan fungsi Adobe Photoshop yang pelbagai dan rumit tu? Jawapan aku sekali lagi: aku cuba sendiri. It seems like kalau kita ada stuff rosak then kita akan cuba baiki sendiri dulu. Walaupun rupanya a bit cam 6 jahanam tapi as long ia berfungsi then cukuplah.

Sama gak ngan Adobe Photoshop ni, peduli what ever tool yang aku guna or orang kata itu tak boleh buat itu ini as kalau dalam kulinari ada berpuluh jenis pisau untok tujuan-tujuan tertentu but hei who care as long as hasilnya jadi siapa pedulik ar kan?

Dan sekali lagi aku nak bagitahu yang aku bukan profesional. Aku just ajar Photoshop untuk orang yang as Dummy as aku gak.. Huhuhu
.
.
 

Kali ni aku nak share cam mana aku buat design yang ada orang kata "Hei, Aj. Ko melukis cartoon kat Adobe Photoshop eh?" Naaa.. Aku tak tahu tahap tu. Aku just guna medium-medium yang ada untuk jadikan benda tu nampak cam cartoon jer.. Huhuhu..


Aku nak buat komik ala-ala Boboiboy TV3 tu ar. So guna rujukan kat gambar nombor 1 tu ar. Dan nombor 2 tu pulak ialah model utama aku iaitu babyboy aku: ADAM ZAQUAN (bukan anak aku daa) So as usual first step yang aku guna ialah aku guna Polygonal Lasso Tool kat box tepi tu untok crop dan delete latar belakang gambar 2 untuk menghasilkan gambar dibawah:





Kita tak perlu buat kemas sangat ar kecuali pada bahagian leher, telinga etc sebab bahagian lain akan ditutup oleh topi dan baju Boboiboy. Dan dalam bulatan besar tu pulak cam just line jer tapi aku sekali lagi guna Polygonal Lasso Tool untuk create effect yang sama. Aku buat pada telinga, mata dan mulut. Serta buat sekali untok topi Boboiboy yang seterusnya menghasilkan imej di bawah:




Then korang tanya "Then cam ne leh jadi effect ada tone tu pulak?" Jawapannya tetap guna Polyganol Lasso as sama korang remove background tadi jadi puteh. Cuma kali ni jadikannya satu warna. Contok untok topi guna warna oren biasa. Then guna Burn Tool untuk effect hitam dan Dodge Tool untok effect cerah. Just try slow-slow satu persatu. Dan hasil terakhirnya jadilah: Boboiboy versi Adam Zaquan.. Hohoho









Dan yang dua ni plak aku buat setahun yang lalu. Sewaktu Adam Zaquan ni baru beberapa bulan.











So.. selamat mencuba..

Tuesday, December 27, 2011

Aku Mengajar Photoshop 2

Aku sangat suka pada kamera sebab bagi aku kamera ialah medium untuk menangkap apa yang dilihat oleh mata aku dan ia disahihkan oleh hasil gambar tu. So gambar itu ialah dunia sebagaimana ia dilihat melalui pandangan mata aku. Then most of the time aku suka ambik gambar orang kedian mereka-mereka tu pun bertanya "Aj, tak nak aku ambik gambar ko ke?" then aku refuse atas few reasond:

a) It feel weirdo bila kita tak tahu what to do when orang tengah nak snap gambar kita
b) Biasanya jarang sangat-sangat gambar yang diaorang ambik tu berjaya aka tak cantek laa.Yap, mostly because of the second reason laa. Wakaka


Technically aku tak ada sijil or diploma dalam graphic design ni tapi sebaliknya aku just cuba-cuba then orang suka then diaorang upah aku buat itu ini, design itu ini etc. Then disebabkan aku bersimpati pada certain-certain individu yang cara sangat best edit gambar then upload jadi profail picture kat FACEBOOK tapi bila kita tengok then kita rasa cam simpati jer then dalam hati kata "Anak buah aku yang umor 5 tahun kalau guna aplikasi 'paint' yang sangat classic tu guaranty jauh lebih cantek dari kerja dia" so aku nak share basic things in Adobe Photoshop laa..


Berikut ialah gambar-gambar yang aku nak edit:


'a' ialah gambar yang aku ambik manakala 'b' ialah gambar yang DIDI, a friend ambik. Somewhere somehow gambar 'b' cantik tapi cam tak stabil. So aku ambik keputusan nak edit gambar ni. So pelajaran pertama yang nak aku ajar ialah guna Clone Stamp Tool yang ada kat Tools Box sebelah kiri Adobe Photoshop korang. Matlamat aku nak remove imej aku. 



Hasilnya ialah pada gambar 'c' di atas ni. Disebabkan real pic agak kusam then most of the time aku akan main guna Brightness, Contras, Saturation and Selective Color yang korang akan jumpa kat Image>Adjustment.


Gambar 'd' ni plak aku kira pose okey sikit ar then aku guna Polygonal Lasso Tool untok crop bentuk badan aku slow-slow dan menghasilkan 'e' kat bawah ni


So aku just tindihkan 'e' pada background 'c' dan terhasillah imej bawah. Tapi ia seems a bit pelik ar kan. Yap, rule nak jadikan graphic yang diedit tu berjaya ialah pastikan ia tak terlalu sempurna. Yap, setiap gambar ada kecatatan. Plus buat apa kita nak edit gambar kalau orang tak tahu gambar tu gambar diedit ar kan?













Then aku edit-edit lagi, masukkan font etc menjadikan yang berikut plak.



















So selamat mencuba.. hohoho

Friday, August 26, 2011

Aku Mengajar Photoshop

Ada 2 sebab kenapa orang suka edit gambar sendiri:

First sebab dia ada bakat dalam edit gambar so dia editlah
Second sebab dia ada masalah dengan penerimaan realiti diri dia sendiri so dia terpaksa edit. Hmmm..



Orang selalu tanya aku cam mana aku edit gambar. So aku jawab ar dengan jujor yang aku guna adobe photoshop. Then diaorang mintak aku ajar so aku ajar ar tapi last-last diaorang persoalkan lagi: Apsal hasil yang mereka buat tak sama dengan apa yang aku buat. Mereka kata aku kedekut ilmu dan tak nak ajar sebenar-benarnya sebab takut mereka akan jadi lebih hebat dari aku. So aku tarik nafas dalam-dalam kedian kata: Kita guna semua tool yang sama tapi what else should I say- AKU KREATIF DAN KAU TAK. Itu ke yang kau nak dengar? Nokthah. 

Sejujornya aku tak pernah belajar pun cara nak guna Adobe Photoshop. Bukan dari buku manual. Bukan dari Youtube or bukan gak dari sesapa yang master dalam Photoshop ni. Kebetulan perisian tu ada dalam komputer rumah aku sekitar 10 tahun lepas dan tangan aku gatal nak try itu ini and lastly ia become 'something' yang cantik dipandang mata. Kedian ada orang mintak buat design itu ini, upah itu ini, bla bla bla. 

Even sebenarnya aku ni sangat buta IT. Kalau kau sebut apa-apa istilah tentang graphic or komputer ni then jangan harap aku akan faham. Aku hanya tahu guna jer. 




...




Teringat aku pernah attend satu majlis ni. Seorang penulis yang terkenal ni share her experience in writing. Dia bekerja sebagai seorang nurse kat sebuah hospital swasta kat area Klang Valley. Dia tak pernah pergi mana-mana kelas menulis. Dia cuma menulis apa yang dia rasa dia nak tulis. Then dia hantar kat satu publication ni dan diterbitkan. Pembaca sangat suka. Dia menang banyak award dalam penulisan. Sebab penulisan dia diklasifikasikan as jujor. Tak ada unsur dari luar aka in other wordnya dia tak ikut skema penulisan yang sepatutnya pun sebab dia tak tahu skema tu apa. Hmmm..

Or

Ramai gila orang miliki DLSR sekarang ni. DLSR ni kira method ambik gambar yang lebih advance dari kamera biasa ar. So ramai ar muda mudi pergi outing reramai kat sana sini, snap sana sini, gantung kat leher sepanjang masa etc. Last-last bila tengok gambar, kalau orang tak tahu dia guna DLSR pasti akan tanya "Kau ambik gambar guna kamera handphone ker ni ?" Berbanding orang guna kamera biasa boleh hasilkan gambar jauh lebih baik apa..








Kesimpulan di sini ialah it doesnt care method or apa alat yang kita gunakan. Kalau korang guna aplikasi Paint kat Accessories yang sangat basic tu pun, kalau korang memang ada bakat semulajadi then percayalah yang ia akan jadi master piece yang sangat hebat. Dan kalau korang tak ada bakat sekalipun, this is nasihat aku: eksplorekan ia then lama kelamaan korang akan berjaya. 





P/S: lama kelamaan tu mungkin akan ambik masa yang cukup lama ar. Hmmm..






Berikut ialah karya contoh amatuere yang aku buat untuk jadi kad raya aku step by step. Layan:

(Ini versi asal)

(Ni aku crop latar belakang. Buat line dan adjust color)


(Ni aku tukar latar belakang ngan brush berkaitan ar)

(Ni hasil akhir dia. Jadi kad raya elektronik)

(Tapi kemudian tersasar jadi gambar poyo ni plak)












So selamat berkarya guna photoshop korang semua. Tapi kalau korang rasa aku edit gambar sebab reason kedua tu then korang salah ar.. wakaka