Showing posts with label Adam Zaquan. Show all posts
Showing posts with label Adam Zaquan. Show all posts

Thursday, February 6, 2014

Aku Nak Bagi Nama Anak Aku ....

Semalam kakak ipar melahirkan anak so abang aku, Uda dah jadi bapak kepada dua orang budak dan Adam Zaquan dah officially jadi abang walaupun sah-sah dia sangat cemburu pada kewujudan budak baru yang menjadikan semua orang dah tak fokus pada diri dia je lagi. Dan aku pula menambahkan bilangan anak buah kepada empat orang. Empat orang er...? Hmmm


Aku tak rancang untuk kahwin atau menjalinkan hubungan yang serius dengan sesiapa pllus even andai kata aku kahwen sekalipun then aku dah janji yang aku tak akan reproduce menghasilakn junior me jadi kebarangkalian aku untuk ada anak sendiri tu totally sifar ar (tapi tuhan tu Maha Mengetahui jadi apa-apa yang berlaku pada aku masa hadapan ialah perancangan Dia). But if in case aku ada anak then aku awal-awal dah letakkan specifikasi nama yang aku tak akan bagi pada anak aku kelak. Hmmm..


1. Nama yang terlampau banyak, terlampau panjang & terlampau pelik
Trend orang Melayu di Malaysia recently punya kecenderungan untuk letak nama anak tu panjang-panjang. Kalau setakat dua tiga nama macam Amar Daniel atau Muhammad Farish Haikal tu dah biasa sangat. Jadi now a day parentu tu sampai terlebih kreatif dan mahu letak nama anak sampai lima or enam nama yang setiap nama tu panjang-panjang dan susah nak sebut. Bila tanya then jawab sebab nak anak punya nama yang maksud cantik kononnya. Contoh gambar bawah ni ar:


Seriusly aku tak nak anak aku ambil masa yang panjang untuk tulis nama di setiap muka surat masa exam or aku tak nak bakal suami anak aku susah nak sebut masa akad nikah or menyusahkan imam masa nak baca talkin kat kubur nanti or paling koman tak cukup ruang masa nak isi nama kat borang kerajaan. Hmmm..



2. Nama gabungan emak plus bapak
Aku tak faham macam mana ada orang yang boleh tercetus idea macam ni. Mungkin dia seorang yang minat science yang hybridkan bahan chemistry. Kita boleh detect bina nama anak quite fishy then tengok nama emak bapak then kita akan mengangguk faham. Kemudian dia ada banyak anak sehingga kombinasi yang terhasil seterusnya sangat unik. Bagi contoh nama penuh aku Naziruddin then aku kawen dengan girl nama Siti Nurhaliza. Anak pertama aku akan jadi Siti Naharuza, anak kedua Sinuruddin, anak ketiga Sidihalizin, anak keempat aku dah out of idea.

Memang ar ada masanya kombinasi tu menghasilkan nama yang cantik serta punya makna yang hebat tapi tak semua nama parents mampu membentuk kombinasi tu. What if gabungan nama kau dan isteri menghasilkan bunyi seolah-olah macam penis, vargina, faraj or apa-apa benda yang lucah or taboo? Dah ar dekat sekolah kena main dek budak kelas then satu hari bila dah dewasa jadi orang penting or selebriti then nama Siti Nurvargina. Tak malu ke jadinya? Hmmm..



3. Nama Mix Antarabangsa
Dunia tanpa sempadan menjadikan nama anak-anak kita pun tanpa sempadan jugak. Tak dapat nak salahkan Aaron Aziz gak bila rata-rata baby yang baru lahir setahun dua ni pasti akan ada nama Aaron walaupun muka sah-sah layak untuk nama Salleh or Yaakob. Bila pergi ambik anak buah aku dari sekolah rendah then tengok nama kat tag budak-budak bukan main canggih manggih lagi. Nama mesti ada mix timur plus barat baru havoc. Aku bukan nak mengata or mengkeji or memperkecilkan sebab aku sendiri duduk kampung then bila ada budak kampung yang muka totally kampung yang Christina or Aaron then ia pasti akan buat kita speechless sedangkan minah muka sebijik mat omputeh lak bernama Siti Saleha. Hmmm..

Imagine 30 tahun akan datang, situasi dekat tandas awam ada dua orang mak cik cleaner warga tempatan yang sorangnya nama Britney Zulaika dan sorang lagi Siti Nur Aquilera yang mungkin akan buat kita ketawa terguling-guling kat lantai sekarang ni tapi tak ada sesiapa pun yang ambil peduli sebab pada masa tu ia dah terlalu biasa. Hmmm.. 



4. Ooooor
Or kita tak pernah lagi dengar orang kita yang letak junior pada anak.Contoh anak pertama aku ialah Naziruddin Junior dan anak kedua aku ialah Naziruddin The Second. Or aku patut startkan nama keluarga sendiri macam omputeh or macam orang Cina or macam Ustaz Don. Hmmm..






...



Waktu anak pertama dulu abang aku nak namakannya Malik tapi emak aku tak setuju sebab katanya Malik tu malaikat penjaga pintu neraka nanti mukanya masam je. Sedangkan Malik juga ialah salah satu nama Allah yang maknanya sangat hebat. Akibatnya nama tu jadi Adam Zaquan. Anak kedua ni pulak abang aku nak namakannya Mikail but still emak aku halang dengan sebab yang bagi aku still tak rasional dan abang aku  nak tak nak terpaksa setuju. Technically belum ada nama muktamad lagi ar.

Orang yang kenal family aku tahu yang abang aku ialah anak emas emak so dia memang nak tak nak kena tanya dan dapatkan persetujuan emak. Kesian lak kan? Sedangkan aku pulak anak yang tak ada apa-apa ciri logam plus aku jenis yang tak akan tanya pendapat orang bila buat keputusan so kalau aku ada anak satu hari kelak then aku tak akan tanya pendapat sesapa, just bincang ngan isteri je. Bila dah register nama baru bagitahu kat semua. Aku punya anak then aku punya suka ar. Wakaka..!!!

Tuesday, January 29, 2013

Bob..? Seriously...?

Nama penuh aku Naziruddin. Tapi since aku dari kecik lagi parents, family members, jejiran, kekawan sekolah, cikgu or mostly yang kenal aku panggil aku AJ sehingga menjadikan bukan sahaja ramai yang tak tahu siapa Naziruddin tu even kekadang aku pun dah tak ingat nama asal aku gak. Ia berbeza ngan siblings aku yang punya panggilan keluarga, panggilan kekawan or panggilan diri sendiri lain. Contoh cam abang aku sorang ni. Family panggil dia Uda. Dia panggil diri dia sendiri Eden. Kekawan dia lak panggil dia Maha. Aku lak just Aj. Yap, kecuali bila ada geng-geng tabligh datang then baru aku guna nama Nazir. Lebih Islamik. Wakaka.. Poyo jer..


Setiap nama punya konotasi sendiri. Cam nama Nazir tadi yang sound lebih Islamik berbanding Aj yang kalau orang tengok aku dan nama tu seem like ia seorang yang bebas, kaki clubbing, sosial etc. Even ada psikologi kata yang nama yang sering digunakan untuk diri tu punya effect besar pada personaliti individu.

Back to story, kira pendek kata sebab korang dah pernah terjumpa sorang mamat/minah bernama tertentu then terjumpa lagi orang lain ngan nama yang sama ngan perangai 2 x 5 gak then korang akan punya konotasi bahawa nama tu punya perangai yang sama. Even certain nama orang yang korang tak pernah kenal pun korang secara tak sengaja akan punya konotasi or prediction tertentu gak. 

Contoh:
Imagine kalau aku cerita sorang pompuan nama Salbiah kat kampung aku. Then pasti kat otak kau imagine yang Salbiah ni kira cam pakai baju cam mak cik-mak cik kampung standard ar. T-shirt ngan kain batik lusuh ngan rambut tak terurus. Hobi lak lepak kat rumah jiran sambil ngata anak jiran yang lain plus tengok sinetron Indon setiap petang ngan emosi tahap cerita tu real lak. 

Then aku sambung cerita: Dia sekarang dah kerja kat bandar. Nama sekarang dah jadi Sally. Then terus otak kau tukar image tadi jadi sorang girl yang pakai baju branded ngan make up merah pipi, makan kat restaurant ada kelas ngan bapak ikan. Betapa just nama jer leh bagi konotasi berbeza pada otak kita kan..?












Or masa abang aku x lama lepas kawen dulu dia ada balik rumah sekejap then dalam kereta aku ada cakap-cakap kosong ngan dia bab kalau ada anak then nama apa nak di bagi. Uda punya pilihan terawal ialah Malique (yang ditentang oleh emak aku bila baby boy dia lahir) Tapi kemudian teralih kepada nama-nama yang jangan dibagi cam Bob sebab takut budak tu akan jadi lelaki dewasa yang gemuk or Shafiq sebab tak nak budak tu akan jadi anak yang spoil manja. Sehingga last-last dia kata susah-susah sangat then letak je lah Maha Junior then perangai sebijik cam bapak. Wakaka.











...







Recently aku jumpa sorang lelaki. Nama dia Bob. Reaksi aku: tergamam dan terkesima. Dalam hati aku mempersoalkan "Apsal dia tak gemuk..?" I dont get it..!!!


Hmmmm..

Monday, January 9, 2012

Aku Mengajar Photoshop 04

Beberapa kawan ada tanya aku: kat mana or ngan siapa aku belajar Adobe Photoshop ni? Jawapan aku mudah jer: kat rumah dan aku belajar sendiri. Then mereka tanya lagi: cam mana aku leh hasilkan itu ini ngan fungsi Adobe Photoshop yang pelbagai dan rumit tu? Jawapan aku sekali lagi: aku cuba sendiri. It seems like kalau kita ada stuff rosak then kita akan cuba baiki sendiri dulu. Walaupun rupanya a bit cam 6 jahanam tapi as long ia berfungsi then cukuplah.

Sama gak ngan Adobe Photoshop ni, peduli what ever tool yang aku guna or orang kata itu tak boleh buat itu ini as kalau dalam kulinari ada berpuluh jenis pisau untok tujuan-tujuan tertentu but hei who care as long as hasilnya jadi siapa pedulik ar kan?

Dan sekali lagi aku nak bagitahu yang aku bukan profesional. Aku just ajar Photoshop untuk orang yang as Dummy as aku gak.. Huhuhu
.
.
 

Kali ni aku nak share cam mana aku buat design yang ada orang kata "Hei, Aj. Ko melukis cartoon kat Adobe Photoshop eh?" Naaa.. Aku tak tahu tahap tu. Aku just guna medium-medium yang ada untuk jadikan benda tu nampak cam cartoon jer.. Huhuhu..


Aku nak buat komik ala-ala Boboiboy TV3 tu ar. So guna rujukan kat gambar nombor 1 tu ar. Dan nombor 2 tu pulak ialah model utama aku iaitu babyboy aku: ADAM ZAQUAN (bukan anak aku daa) So as usual first step yang aku guna ialah aku guna Polygonal Lasso Tool kat box tepi tu untok crop dan delete latar belakang gambar 2 untuk menghasilkan gambar dibawah:





Kita tak perlu buat kemas sangat ar kecuali pada bahagian leher, telinga etc sebab bahagian lain akan ditutup oleh topi dan baju Boboiboy. Dan dalam bulatan besar tu pulak cam just line jer tapi aku sekali lagi guna Polygonal Lasso Tool untuk create effect yang sama. Aku buat pada telinga, mata dan mulut. Serta buat sekali untok topi Boboiboy yang seterusnya menghasilkan imej di bawah:




Then korang tanya "Then cam ne leh jadi effect ada tone tu pulak?" Jawapannya tetap guna Polyganol Lasso as sama korang remove background tadi jadi puteh. Cuma kali ni jadikannya satu warna. Contok untok topi guna warna oren biasa. Then guna Burn Tool untuk effect hitam dan Dodge Tool untok effect cerah. Just try slow-slow satu persatu. Dan hasil terakhirnya jadilah: Boboiboy versi Adam Zaquan.. Hohoho









Dan yang dua ni plak aku buat setahun yang lalu. Sewaktu Adam Zaquan ni baru beberapa bulan.











So.. selamat mencuba..

Saturday, September 3, 2011

Orang Melaya

Few years ago, few of my family members dari Johor datang ke Sarawak untok majlis resepsi kahwin Uda. So satu part ni one of the local guy sana bercakap ngan cousin aku ni so aku kata ngan diaorang dalam dialek Melayu Sarawak "Sik nya tauk apa dikelakar kitakorang ya sebab nya Orang Melaya" aka in translationnya berbunyi dia tak akan faham apa yang korang cakapkan sebab dia 'Orang Melaya'. So cousin aku dengan curious cakap yang 'Orang Melaya' ialah istilah yang digunakan untuk mengutuk orang dari Semenanjung. Wakaka


Realiti sebenarnya ialah 'Orang Melaya' ni merujuk kepada orang dari Semenanjung. Aku tak tahu asal usulnya dari mana. Mungkin berasal dari Tanah Melayu ----> Malaya -----> Orang Melaya. Kira sama cam  istilah Harimau Malaya yang mostly Sabah-Sarawak kurang setuju sebab it seems cam ia lebih merujuk kepada perjuangan bola sepak di Semenanjung Malaysia sahaja tanpa include geng Borneo sekali. Or apa salah kalau just guna Harimau Malaysia etc ker?

Or sama cam sambutan kemerdekaan Malaysia yang ke-54 tahun sedangkan 54 tahun dahulu Malaysia belum wujud lagi then macam mana nak sambut kemerdekaan one thing yang belum wujud. Sedangkan usia Malaysia baru je sekitar 48 tahun. Or bila ada aktivis poser yang kuar statement 'Sabah Sarawak menyertai Malaysia' tapi persoalannya cam mana Sabah dan Sarawak nak menyertai Malaysia yang technicallynya belum lagi wujud before 1963? Realitinya Sabah dan Sarawak dan Tanah Melayu dan Singapuralah yang membentuk gagasan Persekutuan Malaysia. 





Aku dah start melalut jauh.








Kadang-kadang Laut China Selatan yang tak seberapa nak besar tu bagi jurang yang a bit besar pada penduduk di west and east Malaysia ni. Semasa aku belajar di Selangor dulu, dapat lihat dengan jelas wujud certain golongan masyarakat yang punya mentaliti dan perspektif yang kurang best terhadap kumpulan masyarakat dari Sabah dan Sarawak. Dari sekecik-kecik issue yang sound quite lawak sehingga issue-issue besar yang sangat menyedihkan.

Ada yang kuar statement kata Sarawakian ni still hidup atas pokok or dalam gua then pakai cawat dan sangat jakun tengok bangunan tinggi kat KL kedian berak gali lubang kat tanah etc. Or worst kata Sabah Sarawak menumpang kekayaan dari Semenanjung bla-bla-bla yang aku sendiri pun sangat tak suka nak tulis sebab ia sangat menyakitkan hati. 

Ada kawan yang sangat sakit hati ngan kumpulan manusia tu. Aku plak x layan sangat sebab aku tahu kumpulan tu biasanya memang dari jenis yang x betul sangat pun. Cuma dari effect jangka masa panjang  terhadap kesejahteraan Malaysia memang tak best ar terutama kalu mereka leh recruit lebih banyak lagi team sehaluan. Hmmmm...











...





Tadi keluar beraya di rumah kawan Uda: seorang lelaki dari Perak yang berkahwin dengan wanita dari Sarawak. Then dia bawak Adam sambil kata "Datoknya dari Sarawak kahwen dengan orang Johor yang anak mereka kahwin dengan orang Selangor. Memang dah banyak campur-campur budak ni..."
















Kadang-kadang aku keluar, orang akan keliru apa bangsa aku or dari mana aku asal. Bagi aku, aku ialah rakyat Malaysia tanpa peduli apa bangsa or dari mana aku berasal. So tak terlalu awal untuk aku wish SELAMAT HARI MALAYSIA kan?

Thursday, August 4, 2011

4 Ogos

Dalam satu-satu masa, ada berjuta-juta aktiviti berlaku disetiap tempat. Ada kelahiran dan ada kematian yang berlaku serentak tanpa kita sedar berlaku setiap saat, minit, jam, hari, minggu, bulan tahun di sekeliling kita. Cuma most of time kita buat tak ambik peduli sangat. Yap, it quite impossible untuk ambik tahu apa yang sedang berlaku diseluruh dunia dalam satu masa kan? Hmmmm..

 
4 Ogos ialah satu tarikh besar yang mempunyai event-event besar berlaku dalam hidup aku.

Pada tahun 2002, waktu tu aku sorang di rumah then around jam 8 or 9 pm cam tu then ada satu call. Selepas dia share the story aku terus call handphone Angah. Aku tak tahu apa reaksi emak waktu tu. Dia kehilangan antara abang yang dia paling rapat dan dalam masa sama dia akan menerima cucu pertama dia. Pada jam 10 cam tu, Angah lahirkan baby pertama dia. Al Fatihah untuk arwah pak cik Ramlee selamat datang ke dunia untuk Amir Habeeb.


4 tahun kemudian. Pada tahun 2006. Waktu tu aku berada di lobi aras tiga sambil tonton tv pagi-pagi hari sebab waktu tu aku dah start gaduh ngan roomate aku. Bila sorang junior tu tahu aku ada kat sana terus dia berlari dari aras bawah terus jumpa aku. Dengan  nafas naik turun dan reaksi muka yang sangat gembira kata "Tadi ex aku called..". Kemudian x lama lepas tu, dapat satu sms bagitahu Angah selamat lahirkan baby keduanya. Pada tarikh yang sama. Amira Hanani.




































Setahun yang lepas pada tanggal 10 Ogos lahir pula anak buah aku yang ke 4. Adam Zaquan

Sunday, May 29, 2011

The Nanny Named Aj

Soalan Bonus:
Korang tengah memandu. Suddenly traffic merah and kereta depan korang ada few kids umur area 2-4 tahun tengok arah korang. Apa reaksi korang?
a) Korang tersenyum sambil tunjuk aksi 18SG sebab korang sangat muak tengok muka innocent tu
b) Korang tunjuk muka tak ada reaksi
c) Korang lambai-lambai kat budak tu then main ba-ba-cak ngan diaorang etc
d) Korang keluar dari kereta, gi kat kereta tu then advice parents tu agar pakaikan seat belt pada anak diaorang kalau sayangkan nyawa mereka. Hmmm


Cikgu aku masa form 6 dulu ada satu nasihat pada kami in advance tak suruh kami kahwin dulu aka sambong belajar jauh-jauh, kenal dunia ngan isinya lebih dalam etc. Nasihat dia: ambik anak abang or kakak korang. Then dukung or bawak niece or nephew korang depan cermin yang besar yang leh nampak korang semua tu ngan jelas. Kedian tanya dalam diri korang "Adakah imej dalam cermin tu sesuai ngan aku? Adakah aku dah ready being a parent of these kids?"




Aku seorang yang entah apsal budak kecik sangat suka ngan aku cuma aku agak mudah boring ngan mereka. Karenah mereka. Tangisan mereka. Kencing, berak etc lagi. Yap Im that type of man yang suka main ngan bbudak tapi after 5 minit aku dah hilang. Kid like a kitten r: cute but turn into a monster bila dah besar.. Hmmm..







Tapi bila bab melibatkan kanak-kanak leh buat aku jadi sangat marah: orang yang buat anak jer tahu tapi bila jaga tak tahu. Bapak bawak motosikal, anak kecil dibiarkan kat belakang tanpa helmet. Or mereka yang membiarkan anak-anak kat belakang kereta ngan tingkap terbukak besar. Aku most of the time akan horn kat mereka. 













Tapi after seminggu bersama Adam Zaquan feelnya lain. Budak 9 bulan tu terus ketawa bila aku panggil nama dia. Dan dia tidur dalam pelukan aku. ngan air liur dia. ngan kencing dia yang bocor dari pampers dia. I dont care...













Oooh aku rindu budak tu...

Sunday, May 22, 2011

Kuching-KL-Kuantan

Selepas baby Adam demam dan ditahan di hospital beberapa hari, emak terus decide nak gi jumpa cucu dia. At first aku fikir emak akan pergi dengan bapak tapi last-last minute baru aku tahu yang aku yang akan menemani emak nanti. So that how perjalanan tu bermula.


Flight ke KLIA pada jam 9.15 pagi. Penumpang penuh dan cuaca sangat baik so perjalanan cam biasa. Dan ini first time guna FIREFLY tapi realitinya tak ada beza sangat ngan penerbangan perkhidmatan lain kecuali muka steward n stewardess diaorang agak 'kebanyakkan' r. Wakaka. Cuma penerbangan bila dah masok tanah Semenanjung, kapal terbang sedikit kurang stabil r. Tengok luar puteh jer. Tak pasti either awan tebal yang panjang or jelebu yang teruk. Tapi akhirnya selamat sampai ke KLIA gak. Tak ada apa pun yang berubah pada KLIA walau last time datang situ 3 tahun lepas.. Hmmm..


Aku berada di Kuala Lumpur sangat sekejap. Rasanya 2 jam cam tu jer. Sejam dalam bas dari KLIA ke KL Central dan kurang sejam tunggu bas di Pekeliling (tak jadi guna Pudu) before berangkat ke Kuantan. So tak sempat nak ke mana-mana or jumpa sesiapa pun. Tapi menjejak kaki jer aku di KL, benda pertama yang aku beli ialah Whooper BURGER KING.. Wakaka.. Rindu r pulok..


Perjalanan dari KL ke Kuantan sangat lancar. Al maklum guna lebuhraya. Perjalanan ambik masa 3 jam setengah jer. Dan kami tiba di Kuantan then tunggu Uda balik kerja then terus ke Kuantan Medical Centre  (KMC) tempat baby Adam kena tahan. Adam dah ditahan hari ke 4 waktu tu. Mukanya kembang sikit dan tumbuh ruam-ruam. Aku sangat tak tahan tengok bbudak kecik yang sakit. Adam still 9 bulan. Sejam lebih di hospital then tengok luar hari still cam siang sedangkan jam dah pukul 7 petang.. Wakaka (lawak kalu korang dari zon masa berbeza then korang faham r)


Second day, walaupun Adam still ditahan tapi aku dah memulakan aktiviti penjelajahan aku di Kuantan sebab nenek dia ada dan Uda pun ambik cuti gak. KMC terletak di tengah bandar or even dalam ayat yang lebih tepat lagi: SEMUAnya ada di bandar Kuantan. Hospital, balai polis, stadium, masjid, terminal bas etc semuanya berpusat di tengah bandar. Bagi aku Kuantan based on seminggu berada di sana kira cam bandar-bandar lain di semenanjung cam bandar Seremban, Kajang etc kecuali ia agak padat dan tak teratur sikit. Ada banyak shopping kompleks tapi mostly dalamnya banyak dah tutup or kosong plus sunyi sebab tengok Kuantan penduduknya pun tak banyak sangat. Tapi kalu keluar malam memang JAM jer jalan raya. Hmmm..


On weekend kami berjalan lebih jauh: Pekan. Emak asyik cerita pengalaman zaman muda mudi dulu gi Kelantan dan singgah di Pekan. Emak cerita Pekan dulu as banyak tahi lembu di merata-rata tempat. Tapi sekarang dah tak ada r. Pekan ialah sebuah pekan (hmmm) yang kecik jer. Ia adalah bandar di Raja bagi negeri Pahang. Yap, kawasan kediaman di Raja dan persekitaran sangat besar. Namun di bandarnya tengah upgrade jalan so kami tak dapat singgah di banyak tempat. Tapi sempat lepak sambil makan cendol di pinggir sungai apa entah namanya menikmati angin sepoi-sepoi bahasa ngan suasana sekeliling yang sangat kurang sibuk..


Kemudian lepak di Teluk Cempedak yang suasananya totally cam berada di somewhere else bukan Malaysia jer. A bit cam bi Phuket, Thailand jer. Even kalu tengok reka bentuk KFC and Mc D nya pun berbeza sangat feelnya.Rasa cam kat Hawaii pun ada gak.. Wakaka.. Terlampau sudah

















(bersambong)











Plus trivia perkara yang aku first time alami dan aku alaminya di Pahang ialah:
i. First time terjumpa samseng jalan raya yang sesukahati break mengejut tengah line laju yang depan tak ada sesapa pun then slow pemanduan sebelah kita dah tunjuk lambang lucah.. Damn nervous.
ii. First time terjumpa pekerja yang customer servicenya sangat teruk. Aku tanya sorang minah ni then dengan kasarnya suroh aku gi tempat lain then sambong borak. OMG sangat SHIT.
iii. First time jumpa orang susah yang tak mampu (or tak nak) menyekolahkan anak-anak mereka sedangkan rumah ada ASTRO dan leh beli kereta jenama luar negara lagi.. Hmmm..