Showing posts with label Kakak ipar. Show all posts
Showing posts with label Kakak ipar. Show all posts

Thursday, February 6, 2014

Aku Nak Bagi Nama Anak Aku ....

Semalam kakak ipar melahirkan anak so abang aku, Uda dah jadi bapak kepada dua orang budak dan Adam Zaquan dah officially jadi abang walaupun sah-sah dia sangat cemburu pada kewujudan budak baru yang menjadikan semua orang dah tak fokus pada diri dia je lagi. Dan aku pula menambahkan bilangan anak buah kepada empat orang. Empat orang er...? Hmmm


Aku tak rancang untuk kahwin atau menjalinkan hubungan yang serius dengan sesiapa pllus even andai kata aku kahwen sekalipun then aku dah janji yang aku tak akan reproduce menghasilakn junior me jadi kebarangkalian aku untuk ada anak sendiri tu totally sifar ar (tapi tuhan tu Maha Mengetahui jadi apa-apa yang berlaku pada aku masa hadapan ialah perancangan Dia). But if in case aku ada anak then aku awal-awal dah letakkan specifikasi nama yang aku tak akan bagi pada anak aku kelak. Hmmm..


1. Nama yang terlampau banyak, terlampau panjang & terlampau pelik
Trend orang Melayu di Malaysia recently punya kecenderungan untuk letak nama anak tu panjang-panjang. Kalau setakat dua tiga nama macam Amar Daniel atau Muhammad Farish Haikal tu dah biasa sangat. Jadi now a day parentu tu sampai terlebih kreatif dan mahu letak nama anak sampai lima or enam nama yang setiap nama tu panjang-panjang dan susah nak sebut. Bila tanya then jawab sebab nak anak punya nama yang maksud cantik kononnya. Contoh gambar bawah ni ar:


Seriusly aku tak nak anak aku ambil masa yang panjang untuk tulis nama di setiap muka surat masa exam or aku tak nak bakal suami anak aku susah nak sebut masa akad nikah or menyusahkan imam masa nak baca talkin kat kubur nanti or paling koman tak cukup ruang masa nak isi nama kat borang kerajaan. Hmmm..



2. Nama gabungan emak plus bapak
Aku tak faham macam mana ada orang yang boleh tercetus idea macam ni. Mungkin dia seorang yang minat science yang hybridkan bahan chemistry. Kita boleh detect bina nama anak quite fishy then tengok nama emak bapak then kita akan mengangguk faham. Kemudian dia ada banyak anak sehingga kombinasi yang terhasil seterusnya sangat unik. Bagi contoh nama penuh aku Naziruddin then aku kawen dengan girl nama Siti Nurhaliza. Anak pertama aku akan jadi Siti Naharuza, anak kedua Sinuruddin, anak ketiga Sidihalizin, anak keempat aku dah out of idea.

Memang ar ada masanya kombinasi tu menghasilkan nama yang cantik serta punya makna yang hebat tapi tak semua nama parents mampu membentuk kombinasi tu. What if gabungan nama kau dan isteri menghasilkan bunyi seolah-olah macam penis, vargina, faraj or apa-apa benda yang lucah or taboo? Dah ar dekat sekolah kena main dek budak kelas then satu hari bila dah dewasa jadi orang penting or selebriti then nama Siti Nurvargina. Tak malu ke jadinya? Hmmm..



3. Nama Mix Antarabangsa
Dunia tanpa sempadan menjadikan nama anak-anak kita pun tanpa sempadan jugak. Tak dapat nak salahkan Aaron Aziz gak bila rata-rata baby yang baru lahir setahun dua ni pasti akan ada nama Aaron walaupun muka sah-sah layak untuk nama Salleh or Yaakob. Bila pergi ambik anak buah aku dari sekolah rendah then tengok nama kat tag budak-budak bukan main canggih manggih lagi. Nama mesti ada mix timur plus barat baru havoc. Aku bukan nak mengata or mengkeji or memperkecilkan sebab aku sendiri duduk kampung then bila ada budak kampung yang muka totally kampung yang Christina or Aaron then ia pasti akan buat kita speechless sedangkan minah muka sebijik mat omputeh lak bernama Siti Saleha. Hmmm..

Imagine 30 tahun akan datang, situasi dekat tandas awam ada dua orang mak cik cleaner warga tempatan yang sorangnya nama Britney Zulaika dan sorang lagi Siti Nur Aquilera yang mungkin akan buat kita ketawa terguling-guling kat lantai sekarang ni tapi tak ada sesiapa pun yang ambil peduli sebab pada masa tu ia dah terlalu biasa. Hmmm.. 



4. Ooooor
Or kita tak pernah lagi dengar orang kita yang letak junior pada anak.Contoh anak pertama aku ialah Naziruddin Junior dan anak kedua aku ialah Naziruddin The Second. Or aku patut startkan nama keluarga sendiri macam omputeh or macam orang Cina or macam Ustaz Don. Hmmm..






...



Waktu anak pertama dulu abang aku nak namakannya Malik tapi emak aku tak setuju sebab katanya Malik tu malaikat penjaga pintu neraka nanti mukanya masam je. Sedangkan Malik juga ialah salah satu nama Allah yang maknanya sangat hebat. Akibatnya nama tu jadi Adam Zaquan. Anak kedua ni pulak abang aku nak namakannya Mikail but still emak aku halang dengan sebab yang bagi aku still tak rasional dan abang aku  nak tak nak terpaksa setuju. Technically belum ada nama muktamad lagi ar.

Orang yang kenal family aku tahu yang abang aku ialah anak emas emak so dia memang nak tak nak kena tanya dan dapatkan persetujuan emak. Kesian lak kan? Sedangkan aku pulak anak yang tak ada apa-apa ciri logam plus aku jenis yang tak akan tanya pendapat orang bila buat keputusan so kalau aku ada anak satu hari kelak then aku tak akan tanya pendapat sesapa, just bincang ngan isteri je. Bila dah register nama baru bagitahu kat semua. Aku punya anak then aku punya suka ar. Wakaka..!!!

Tuesday, January 29, 2013

Bob..? Seriously...?

Nama penuh aku Naziruddin. Tapi since aku dari kecik lagi parents, family members, jejiran, kekawan sekolah, cikgu or mostly yang kenal aku panggil aku AJ sehingga menjadikan bukan sahaja ramai yang tak tahu siapa Naziruddin tu even kekadang aku pun dah tak ingat nama asal aku gak. Ia berbeza ngan siblings aku yang punya panggilan keluarga, panggilan kekawan or panggilan diri sendiri lain. Contoh cam abang aku sorang ni. Family panggil dia Uda. Dia panggil diri dia sendiri Eden. Kekawan dia lak panggil dia Maha. Aku lak just Aj. Yap, kecuali bila ada geng-geng tabligh datang then baru aku guna nama Nazir. Lebih Islamik. Wakaka.. Poyo jer..


Setiap nama punya konotasi sendiri. Cam nama Nazir tadi yang sound lebih Islamik berbanding Aj yang kalau orang tengok aku dan nama tu seem like ia seorang yang bebas, kaki clubbing, sosial etc. Even ada psikologi kata yang nama yang sering digunakan untuk diri tu punya effect besar pada personaliti individu.

Back to story, kira pendek kata sebab korang dah pernah terjumpa sorang mamat/minah bernama tertentu then terjumpa lagi orang lain ngan nama yang sama ngan perangai 2 x 5 gak then korang akan punya konotasi bahawa nama tu punya perangai yang sama. Even certain nama orang yang korang tak pernah kenal pun korang secara tak sengaja akan punya konotasi or prediction tertentu gak. 

Contoh:
Imagine kalau aku cerita sorang pompuan nama Salbiah kat kampung aku. Then pasti kat otak kau imagine yang Salbiah ni kira cam pakai baju cam mak cik-mak cik kampung standard ar. T-shirt ngan kain batik lusuh ngan rambut tak terurus. Hobi lak lepak kat rumah jiran sambil ngata anak jiran yang lain plus tengok sinetron Indon setiap petang ngan emosi tahap cerita tu real lak. 

Then aku sambung cerita: Dia sekarang dah kerja kat bandar. Nama sekarang dah jadi Sally. Then terus otak kau tukar image tadi jadi sorang girl yang pakai baju branded ngan make up merah pipi, makan kat restaurant ada kelas ngan bapak ikan. Betapa just nama jer leh bagi konotasi berbeza pada otak kita kan..?












Or masa abang aku x lama lepas kawen dulu dia ada balik rumah sekejap then dalam kereta aku ada cakap-cakap kosong ngan dia bab kalau ada anak then nama apa nak di bagi. Uda punya pilihan terawal ialah Malique (yang ditentang oleh emak aku bila baby boy dia lahir) Tapi kemudian teralih kepada nama-nama yang jangan dibagi cam Bob sebab takut budak tu akan jadi lelaki dewasa yang gemuk or Shafiq sebab tak nak budak tu akan jadi anak yang spoil manja. Sehingga last-last dia kata susah-susah sangat then letak je lah Maha Junior then perangai sebijik cam bapak. Wakaka.











...







Recently aku jumpa sorang lelaki. Nama dia Bob. Reaksi aku: tergamam dan terkesima. Dalam hati aku mempersoalkan "Apsal dia tak gemuk..?" I dont get it..!!!


Hmmmm..

Sunday, May 22, 2011

Kuching-KL-Kuantan

Selepas baby Adam demam dan ditahan di hospital beberapa hari, emak terus decide nak gi jumpa cucu dia. At first aku fikir emak akan pergi dengan bapak tapi last-last minute baru aku tahu yang aku yang akan menemani emak nanti. So that how perjalanan tu bermula.


Flight ke KLIA pada jam 9.15 pagi. Penumpang penuh dan cuaca sangat baik so perjalanan cam biasa. Dan ini first time guna FIREFLY tapi realitinya tak ada beza sangat ngan penerbangan perkhidmatan lain kecuali muka steward n stewardess diaorang agak 'kebanyakkan' r. Wakaka. Cuma penerbangan bila dah masok tanah Semenanjung, kapal terbang sedikit kurang stabil r. Tengok luar puteh jer. Tak pasti either awan tebal yang panjang or jelebu yang teruk. Tapi akhirnya selamat sampai ke KLIA gak. Tak ada apa pun yang berubah pada KLIA walau last time datang situ 3 tahun lepas.. Hmmm..


Aku berada di Kuala Lumpur sangat sekejap. Rasanya 2 jam cam tu jer. Sejam dalam bas dari KLIA ke KL Central dan kurang sejam tunggu bas di Pekeliling (tak jadi guna Pudu) before berangkat ke Kuantan. So tak sempat nak ke mana-mana or jumpa sesiapa pun. Tapi menjejak kaki jer aku di KL, benda pertama yang aku beli ialah Whooper BURGER KING.. Wakaka.. Rindu r pulok..


Perjalanan dari KL ke Kuantan sangat lancar. Al maklum guna lebuhraya. Perjalanan ambik masa 3 jam setengah jer. Dan kami tiba di Kuantan then tunggu Uda balik kerja then terus ke Kuantan Medical Centre  (KMC) tempat baby Adam kena tahan. Adam dah ditahan hari ke 4 waktu tu. Mukanya kembang sikit dan tumbuh ruam-ruam. Aku sangat tak tahan tengok bbudak kecik yang sakit. Adam still 9 bulan. Sejam lebih di hospital then tengok luar hari still cam siang sedangkan jam dah pukul 7 petang.. Wakaka (lawak kalu korang dari zon masa berbeza then korang faham r)


Second day, walaupun Adam still ditahan tapi aku dah memulakan aktiviti penjelajahan aku di Kuantan sebab nenek dia ada dan Uda pun ambik cuti gak. KMC terletak di tengah bandar or even dalam ayat yang lebih tepat lagi: SEMUAnya ada di bandar Kuantan. Hospital, balai polis, stadium, masjid, terminal bas etc semuanya berpusat di tengah bandar. Bagi aku Kuantan based on seminggu berada di sana kira cam bandar-bandar lain di semenanjung cam bandar Seremban, Kajang etc kecuali ia agak padat dan tak teratur sikit. Ada banyak shopping kompleks tapi mostly dalamnya banyak dah tutup or kosong plus sunyi sebab tengok Kuantan penduduknya pun tak banyak sangat. Tapi kalu keluar malam memang JAM jer jalan raya. Hmmm..


On weekend kami berjalan lebih jauh: Pekan. Emak asyik cerita pengalaman zaman muda mudi dulu gi Kelantan dan singgah di Pekan. Emak cerita Pekan dulu as banyak tahi lembu di merata-rata tempat. Tapi sekarang dah tak ada r. Pekan ialah sebuah pekan (hmmm) yang kecik jer. Ia adalah bandar di Raja bagi negeri Pahang. Yap, kawasan kediaman di Raja dan persekitaran sangat besar. Namun di bandarnya tengah upgrade jalan so kami tak dapat singgah di banyak tempat. Tapi sempat lepak sambil makan cendol di pinggir sungai apa entah namanya menikmati angin sepoi-sepoi bahasa ngan suasana sekeliling yang sangat kurang sibuk..


Kemudian lepak di Teluk Cempedak yang suasananya totally cam berada di somewhere else bukan Malaysia jer. A bit cam bi Phuket, Thailand jer. Even kalu tengok reka bentuk KFC and Mc D nya pun berbeza sangat feelnya.Rasa cam kat Hawaii pun ada gak.. Wakaka.. Terlampau sudah

















(bersambong)











Plus trivia perkara yang aku first time alami dan aku alaminya di Pahang ialah:
i. First time terjumpa samseng jalan raya yang sesukahati break mengejut tengah line laju yang depan tak ada sesapa pun then slow pemanduan sebelah kita dah tunjuk lambang lucah.. Damn nervous.
ii. First time terjumpa pekerja yang customer servicenya sangat teruk. Aku tanya sorang minah ni then dengan kasarnya suroh aku gi tempat lain then sambong borak. OMG sangat SHIT.
iii. First time jumpa orang susah yang tak mampu (or tak nak) menyekolahkan anak-anak mereka sedangkan rumah ada ASTRO dan leh beli kereta jenama luar negara lagi.. Hmmm..

Friday, August 21, 2009

OGOS & Setahun Yang Lalu


Tengah dudok2 then bukak r laci meja. Ttiba nampak something ambik r: my first kamer- KODAK EASYSHARE C643. Dah lama rosak. Belek punya belek ttiba baru perasan yang kad SD 512 MB still ada dalam. Bukak computer nak tengok apa yang ada dalam then ttiba aku senyom. Memang dah takdir. Kamera ni rosak betol2 setahon yang lalu.

Still ingat 08 Ogos: hari tu Jumaat habis jer Jumaat kat Masjid UKM teros aku ambik beg sandang belakang ngan jubah konvo teros naik komuter then transit kat KL Central dan naek Putra LRT turon ke Kelana Jaya. Sampai je kat Hotel Tabong Haji, tengok ramai gila family yang dah datang. Rasanya semua dah happi n x sabar untok event malam tu. Even bila malam banyak lagi sedara yang datang bagi sokongan. Tp Uda kurang sihat malam tu. Kalu tengok gambar atas ni pon nampak muka dia sangat pucat. Mungkin sangat berdebar untok jadi dapat title SUAMI. Dan masa dalam surau nak ANGKAT NIKAH pon suara dia bergegar. Event aku sendiri ada rasa takot as an adik. BERSANDING pada next day. Raja sehari plak yang sibok uros itu ini. Aku pon bawak peranan besar gak. As the BEST MAN. X peduli r orang kata yang it a curse yang bestman akan lambat kawen but as long aku jadi pengapit untok abang tersayang itu dah cukop.

Setahon dah berlalu. Mereka masih lagi bersama menghadapi saat2 suka dan duka bersama. Wat ever happen in the future, im wishing them all the best. Semoga tuhan akan menjaga dan mengekalkan hubungan mereka. Amin.


Then on 11 ogos sesi pagi. Aku konvo. Akhirnya 3 tahon belajar dah berlalu. Kami sampai agak awal. Dan kepala aku cukop pening dan mood nak konvo pon kurang. Entah kenapa stiap kali aku terfikir konvo aku akan ingat DAOS. Dia pernah bwat lawak ttg janji kami bertiga akan masok DECTAR lambat, dudok tempat paling belakang dan buat bising sama as tiap kali masa kuliah. Tapi dia berhenti pada tahun kedua. Dan masa konvo ni aku terpisah jaoh dari DIDI. Kami jumpa pon cukop jarang hari tu. Dia terlalu gembira. Dan aku terlalu moody.

Setahon dah berlalu. Aku dah 2 kali bekerja. 2 kali sambong belajar dan sekarang tengah praktikal. Jumpa ramai orang dan buat banyak kawan2 baru. Aku semakin terpisah jaoh ngan DIDI. Mungkin sbb masa dan jarak. Tp aku x mungkin akan lupakan ko sampai bila2.

X lupa gak nak wish kkawan n junior yg konvo penoh gaya (bak kata bekas rumate) yang konvo tahon ni.. all the best 4 the future. Yang belom konvo pasal coz 4,5 tahon or terkantoi, sabar je r. Bak kata EPONG, perjuangan belom berakher di sini.


Then puasa datang . Gambar ni d ambik dalam kereta bapak Laila. Plan keluar ni memang mengejot. Semuanya terburu2. Laila ambik aku then pergi ambik Peek, Ramlah dan Ijam yang nun sangat jaoh. Akibatnya kami berbukak dalam kereta ngan minom air kosong dan buah2an potong. Pergi kedai makan satu2 penoh. Last2 makan kat CHICKEN HARTZ kat Satok.

Setahon dah berlalu. LAILA kerja di Putra Jaya. RAMLAH kekal ngan kerja cikgu. PEEK dan IJAM bakal bergelar cikgu ngan pengajian KPLI dan DPLI diaorang. So still aku masih main2 x nak bekerja.


Bila masok RAMADHAN maknanya memang setahon dah berlalu. Bak kata2 masa Jumaat kat Jamek tadi: bila kita jumpa Ramadan yang baru maka maknanya setahun dah berlalu, setahun usia kita bertambah dan setahun kematangan kita bertambah. Tapi x pasti sama ada kita akan sempat lagi jumpa Ramadan setahun kemudian. Mungkin bagi ramai, Ramadan ialah bulan yang menyeksa mereka tapi bagi aku Ramadan ialah anugerah tuhan pasal padanya pahala cukop mudah diperoleh..hanya bergantong pada kita saja samada nak kerjakannya or tak..




Then x lama lepas gambar raya ni di ambik kamera pon rosak.












Dan sekarang aku dah ada kamera baru.

Monday, June 22, 2009

Al Fatihah

Semalam aku called Uda. Ask the real situation ttg baby dlm kandungan kakak ipar. Pasal emak cuma bgtau yg baby Uda ada masalah jantong. Suara Uda sangat berbeza. Selalunya Uda boleh cakap panjang2 tanpa henti. Tapi semalam semuanya jadi pendek2. Aku tahu Uda cukup lemah. Tp Uda masih still nak kuatkan diri.

Baby Uda ada masalah jantong. Jantongnya berhenti berfungsi. Penyelesaian hanya ada 2: selamatkan baby or emaknya. Uda jadi serba salah. Uda perlu pilih satu. Sbb ia akan menjejaskan either baby or emak. Sama cam drama Melayu.

Pagi Angah called bgtau yg baby Uda dah meninggal. Then Uda sms:

BELUM SEMPAT UDA MATI AKAL NAK MILIH. ANAK UDA DAH BERALAH AWAL PAGI TEK.

Al Fatihah untok baby Uda yang belom sempat aku kenal, yang belom melihat sesiapa atau melihat dunia. Allah terlalu berkuasa untok mencipta ketidaksempurnaan kepada sesiapa. Dan Allah juga jaoh lebih menyayangi baby Uda.

Dan aku berharap agar Uda dan kakak ipar akan teros bersabar dan menerima semuanya dengan redha.

Tuesday, September 9, 2008

Kakak iparku seorang minah Jawa

Blog untok kakak ipar Mak dan bapak aku orang Banjar (walupun Banjar bapak agak jaoh r) suddenly ada sorang minah Jawa masok dalam family kami. Hu hu. Realitinya ini bukan kali pertama orang Jawa masok dalam family kami. Even orang kat Banjarmasin pon ramai gak kawen ngan orang Jawa apa..

Hari ni genablah sebulan abang aku kawen ngan gadis pilihan hatinya iaitu seorang minah Jawa. Reality kejutan abang aku kawen mungkin dah hilang. Tapi shock untok menerima kakak ipar adalah jaoh lebeh besar berbanding masa menerima abang ipar 7 tahon dulu. May b pasal family kecik kami ramai ngan anak lelaki so menerima sorang lagi abang: not so big thing laaa. Kakak plak sorang then bila Uda kawen dapat plak sorang lagi bunga (ceh ayat org lama2) dalam family ni.

First time jumper dier masa sebelom nak bertunang dulu. Then keluar ngan dier, Uda dan mak bapak gi KL jalan2. Waktu 2 lebeh kepada nak memikat hati emak dan bapak mertua lah. Then in the middle of Mei kami keluar untok cuba baju kawen Uda (pasal Uda x dapat amek cuti). Masa 2 baru ar ada quality time sikit ngan dier. Jalan2, makan, dalam kereta adalah cakap sikit2. Then bwat orang2 yg kenal aku pasti akan bagitau bhw aku ni cukop suka bagi penilaian awal ttg orang laen. So masa 2 penilaian aku tentang dier ialah:

Kalu kita kat zaman sekolah2 dulu, watak dier ialah ketua pengawas perempuan yg sangat d anti oleh semua pelajar lelaki pasal suker lawan cakap dan nak menang dalam mana2 hal. Uda aku pulak jenis pelajar poyo yg dgilai bbudak ompuan kat sekolah, selalu kena puji cikgu2 (pasal pandai bodek diaorg) ngan kkawan lelaki yg bising dan suke carik pasal. (plus x lupa watak aku as mamat freak dudok kat belakang kelas ngan kkawan freak yg x akan carik pasal slagi org x carik pasal.. Ceh). So aku agak hairan gak r ngan pilihan Uda aku 2.

Tapi early July masa aku amik Uda dari airport Kuching balik ke rumah, Uda jelaskan semua reason tu. Aku tersenyum. Buwat aku menganggok setuju. Memang pilihan abang aku 2 terbaek. Reasonnya? Biarlah aku dan Uda sahaja yg tahu.

Dear sis in law, I know that u will read this blog. So I wanna u know a little bit about my family.
a) Bapak orangnya agak serius. Tapi cukop penyayang. Even sejak pencen dia suka bwat lawak. Ada masa cukop keras kepala dan bwat keputusan yg pelik2.
b) Emak sangat sayang menantu baru dier. Mana2 pasti akan cerita ttg menantu baru dier. Sangat beruntong ssapa yg kawen ngan anak emas dia 2.
c) Along jenis yg banyak cerita boleh share. Dia cukop mudah mesra ngan sesapa. Mudah berjenaka tp ada masa a little bit sensitive. I don’t know my Along sangat pasal x membesar sama.
d) Angah seorg cukop kuat suara ngan anak2 dier. Tapi dia sayang anak2 dier. Sangat suka bila angah guna bahasa diri as kakak untuk adik ipar dier.
e) Uda? U ll know u husband. Everybody love him (bunyi cam prog Everybody love Raymond) .
f) Aku? Nothing interesting
g)Habeeb agak manja xspecially bila dapat adik. Agak nakal. Biasa r nak amik perhatian pasal dia selalu fikir emak dia sayangkan adik dier lebih dr dier.
h) Puteri plak sangat sukerkan mak Uda baru dier.
i) yang laen biarlah masa yg akan tentukan..