Showing posts with label minah Jawa. Show all posts
Showing posts with label minah Jawa. Show all posts

Thursday, November 22, 2012

Parit Jawa vs Orang Jawa

Kalau korang pernah tengok drama Parit Jawa kat ASTRO then korang pasti akan kata yang ia sebuah cerita sedih. Agak-agaknya apakah punca kesedihan tu berlaku..?
a) Eman Manan cakap Jawa yang totally cam Tomok masa nyanyi lagu raya...? (Korang nanggis bukan sebab lagu raya tu sedih tapi sebab Tomok merosakkan mood raya korang)
b) Pelakon yang jadi orang Jawa totally tak ada muka iras-iras orang Jawa akibatnya cam feel tengok Fasha Sanda bawak watak budak kampung yang naif.
c) Banyak pelakon hebat-hebat tapi watak tak dikembangkan ngan baik dan mendalam.
d) Ia kisah keluarga yang bergaduh hanya disebabkan oleh tanah pusaka.

Jawapan aku: A


Emak aku kata orang Jawa ni kulitnya putih dan mata diaorang a bit sepet tapi tak lah cam sepet mata Cina zaman dulu-dulu (sebab mata Cina sekarang pon dah bolat-bolat gak ar kan?). Dan kalau dia masih Jawa yang kuat then tengok nama pun dah tahu. Contoh cam Suhaimi. Sah-sah nama Jawa. Even aku ada sorang junior masa universiti dulu yang nama Suhaimi, asal Batu Pahat dan cakap Jawa memang lancar giler tapi tune jer yang jauh lari. By the way, emak aku yang kuar statement tu lak bukan orang Jawa tapi Banjar.

Tapi banyak gak family member sebelah emak yang kawen ngan orang Jawa. Waktu tu rasanya sifat tak boleh kawen ngan orang dari bangsa berbeza dah tak wujud sangat ar. Tapi effect paling pelik ialah mostly family member tu akan hilang Banjar namun berasimilasi jadi Jawa pulak. Ada sorang cousin aku ni (yang umor dia lebih kurang sama ngan umor emak aku) kawen Jawa then cakapnya totally Jawa.

Then korang tanya: ada beza ke Jawa dan Banjar ni? Pendek kata Jawa asal dari Pulau Jawa manakala Banjar lak dari Banjarmasin aka kat Borneo sana tu. Kalau kita tak perasan memang cam tak ada beza bunyik intonasinya tapi sebenarnya banyak perbezaannya tu. Contoh kalau kita orang luar then berbual ngan orang Jawa yang masih pekat then dia cakap BM standard then bunyiknya leh buat kita makan hati tau. Mungkin kita akan kata dia tu kasar or marahkan kita tapi sebenarnya tak. Sebab intonasi Jawa ni agak tegas dan penekanannya tinggi. Manakala Banjar lak lebih lembut sedikit.

Tapi sebab zaman dah berubah then bila jumpa bebudak muda Johor ni then kita cakap-cakap mereka mostly kata mereka Melayu jer. Even ada yang malu nak kata mereka tu Jawa ke, Banjar ke or Bugis etc. Or mereka-mereka tak totally hilang jati diri mereka. Jangan tengok jaoh-jaoh ar. Family emak aku jer. Adik beradik cakap guna bahasa Melayu. Yang tahu tak nak dia ajar ke anak. Last-last hilang. Emak aku sendiri pun cakap Banjar tak pandai. Setakat kalau orang cakap dia faham. Itu jer.

Sayang wei..












Back to cerita. Kita tengok Eman Manan dalam Parit Jawa tu. Duh, dengar dia cakap sebijik-sebijik ngan muka terlebih emosi buat aku rasa cam 'Leh tak aku nak tukar channel lain sebab cara dia cakap cukup menyedihkan dan memalukan..'. Sama cam dalam drama Keluarga Iskandar yang konon-kononnya mereka ni Jawa mix Bugis tapi langsung tak ada tune. Memang ar orang kata dialek Johor ni sama je cam BM standard tapi sebenarnya tak sama lah. Sebab setiap kali balik Johor antara perkara terawal yang aku rindu ialah tune mereka bercakap. Seriusly.

Dan lagi bagi aku kegagalan utama Parit Jawa ialah bila ia memilih banyak gandingan pelakon-pelakon hebat tapi watak mereka sangat tak berkembang. Sepatutnya ia dijadikan drama bersiri so setiap anak-anak ngan masalah mereka ada cerita sendiri. Ini tak: anak yang jual tempe just itu jer, anak yang nak beli rumah sebelah just kurang 10 minit scene, menantu kena tarik kereta pun situ jer. Konflik tak kuat. Watak antogonis Jalil Hamid yang suppose to be kita benci cam terbantut. Sama cam Namron yang cam tak bagi apa-apa konflik besar. Hmmm..

Sayang, cerita yang sepatutnya leh jadi epic Jawa yang hebat jadi sekadar bolehlah jer. Hmmm

Sunday, April 17, 2011

Banjar

Teringat zaman universiti dulu ada sorang kawan nama SUHAIMI ni. Dia budak Jawa kalau tak silap area Batu Pahat tu r. One day ni kami berborak r. Then dia bagitahu satu perkara yang buat aku sangat respect pada dia: dia sangat pandai cakap bahasa ibunda dia aka BAHASA JAWA. Even dia kata dekat rumah mereka memang masih cakap bahasa tu lagi. So suruh dia cakap then WTF langsung tak dapat nak paham sebab sebijik tak ada bunyi cam SINETRON INDON kat TV3 tuh.. Hmmm...


Aku respect kat dia sebab sangat susah nak cari orang muda yang berpelajaran tinggi yang hidup tahun 2011 but still leh pertahankan bahasa ibunda diaorang. Contoh terdekat cam emak aku r. Dia BANJAR pure. Tapi among 8 adik beradik cuma 3 teratas jer yang leh cakap BANJAR dan selebihnya makin ke bawah makin hilang. Ada yang faham tapi tak boleh cakap dan emak aku hanya faham beberapa patah perkataan jer dan cakap: haram sepatah pun tak ada bunyi BANJAR langsung. 

Kalau balik kampung di JOHOR memang it seems cam PENGHAPUSAN ETNIK betol r. Cousin-mousin memang sebijik cam aku yang nama jer generasi BANJAR tapi cam dah MURTAD pulak. Harap pada Arwah MAK LONG, MAK NGAH or CHICEK jer untuk dengar cam mana intonasi BANJAR sebenarnya ni. Nak harapkan orang luar lagi r susah. Dengar BANJAR pun ramai yang buat muka pelik. Kalau JAWA or BUGIS ramai yang kenal. Siap selalu lagi promote kat TV sana sini. Hmmm...









Let back to history (kenyataan dibawah ni fakta wokey):
Kemerdekaan Tanah Melayu dan seterusnya pembentukkan Persekutuan Malaysia banyak bagi effect besar kepada terhapusannya bahasa-bahasa ni. Korang tanya cam mana? Penjelasannya sama cam mana Bahasa Melayu semakin terhakis then terhapus oleh peranan Bahasa Inggeris. Dahulu masyarakat disogok-sogokkan dengan perkhabaran bahawa Bahasa Melayu adalah bahasa ilmu, bahasa ekonomi aka bahasa untuk pergi maju. So mak bapak ni di-mind setkan dalam otak diaorang yang kalau anak mereka tak belajar Bahasa Melayu then mereka akan dianggap kolot, tak akan dapat pergi jauh, tak dapat belajar tinggi-tinggi, tak dapat berdagang sana sini etc. Bahasa ibunda? Mereka anggap: dude, aku orang BANJAR, anak aku orang BANJAR then mereka akan tahu sendiri r apa nak cakap nanti. Then ia start terhapus.

Betapa sejarah ni berulang so sama cam situasi Bahasa Inggeris sekarang ni gak. Kita semua dah terset dalam otak oleh golongan pemerintah menyatakan bahasa BI ni ialah bahasa ilmu, bahasa ekonomi etc. So parents start hantar anak gi kelas tuition BI then kat rumah pun speaking London. Sebab tak nak dianggap kolot, tak dapat belajar jauh-jauh, tak dapat kuasai ekonomi etc. Cam mana ngan Bahasa Melayu? Aku orang Melayu, anak aku orang Melayu then tahu lah mereka cakap sendiri nanti. Then tengok r sekarang: Melayu, Cina or India ada yang hanya tahu cakap English jer. Bahasa ibunda sendiri langsung tak tahu nak cakap.
Korang ketawa gelak-gelak tak percaya.




Aku pernah jadi cikgu kat sebuah sekolah menenggah ni. Majoriti Chinese tapi nak cari yang leh cakap Mandarin or etc sangat susah. Sama gak yang Melayu or India kat situ. Langsung tak kenal bahasa ibunda diorang.







Disebabkan semua nak mengejar science side then mereka yang dari bidang lain dipinggirkan. Alasan: tak penting. Tapi mereka tak sedar basic bahasa ni kira cam bahasa=budaya=cara masyarakat tu berfikir. So contohnya: Bahasa Melayu=budaya Melayu=cam mana otak orang Melayu berfikir. Then bila bahasa sorang tu carca marba then budaya dia carca marba then otak dia pun sama gak. Contoh cam aku ni r: ayat Bahasa Melayu tunggang langgang so tengok r cara hidup aku ni bukan beradab sangat so maknya otak aku pun separa rosak gak r kan?








Aku tak menentang mana-mana bahasa pun. Aku ahli bahasa yang lesen dah expired pun. Tapi as generasi BANJAR aku rasa sangat cam kehilangan something yang ia ada dalam part diri aku tapi aku kehilangan benda tu before aku milikkinya lagi. Aku tak tahu bahasa BANJAR, aku tak tahu budaya BANJAR aku tak tahu sedikitpun tentangnya..
















So berbahasalah dalam bahasamu. Hmmmm..

Tuesday, September 9, 2008

Kakak iparku seorang minah Jawa

Blog untok kakak ipar Mak dan bapak aku orang Banjar (walupun Banjar bapak agak jaoh r) suddenly ada sorang minah Jawa masok dalam family kami. Hu hu. Realitinya ini bukan kali pertama orang Jawa masok dalam family kami. Even orang kat Banjarmasin pon ramai gak kawen ngan orang Jawa apa..

Hari ni genablah sebulan abang aku kawen ngan gadis pilihan hatinya iaitu seorang minah Jawa. Reality kejutan abang aku kawen mungkin dah hilang. Tapi shock untok menerima kakak ipar adalah jaoh lebeh besar berbanding masa menerima abang ipar 7 tahon dulu. May b pasal family kecik kami ramai ngan anak lelaki so menerima sorang lagi abang: not so big thing laaa. Kakak plak sorang then bila Uda kawen dapat plak sorang lagi bunga (ceh ayat org lama2) dalam family ni.

First time jumper dier masa sebelom nak bertunang dulu. Then keluar ngan dier, Uda dan mak bapak gi KL jalan2. Waktu 2 lebeh kepada nak memikat hati emak dan bapak mertua lah. Then in the middle of Mei kami keluar untok cuba baju kawen Uda (pasal Uda x dapat amek cuti). Masa 2 baru ar ada quality time sikit ngan dier. Jalan2, makan, dalam kereta adalah cakap sikit2. Then bwat orang2 yg kenal aku pasti akan bagitau bhw aku ni cukop suka bagi penilaian awal ttg orang laen. So masa 2 penilaian aku tentang dier ialah:

Kalu kita kat zaman sekolah2 dulu, watak dier ialah ketua pengawas perempuan yg sangat d anti oleh semua pelajar lelaki pasal suker lawan cakap dan nak menang dalam mana2 hal. Uda aku pulak jenis pelajar poyo yg dgilai bbudak ompuan kat sekolah, selalu kena puji cikgu2 (pasal pandai bodek diaorg) ngan kkawan lelaki yg bising dan suke carik pasal. (plus x lupa watak aku as mamat freak dudok kat belakang kelas ngan kkawan freak yg x akan carik pasal slagi org x carik pasal.. Ceh). So aku agak hairan gak r ngan pilihan Uda aku 2.

Tapi early July masa aku amik Uda dari airport Kuching balik ke rumah, Uda jelaskan semua reason tu. Aku tersenyum. Buwat aku menganggok setuju. Memang pilihan abang aku 2 terbaek. Reasonnya? Biarlah aku dan Uda sahaja yg tahu.

Dear sis in law, I know that u will read this blog. So I wanna u know a little bit about my family.
a) Bapak orangnya agak serius. Tapi cukop penyayang. Even sejak pencen dia suka bwat lawak. Ada masa cukop keras kepala dan bwat keputusan yg pelik2.
b) Emak sangat sayang menantu baru dier. Mana2 pasti akan cerita ttg menantu baru dier. Sangat beruntong ssapa yg kawen ngan anak emas dia 2.
c) Along jenis yg banyak cerita boleh share. Dia cukop mudah mesra ngan sesapa. Mudah berjenaka tp ada masa a little bit sensitive. I don’t know my Along sangat pasal x membesar sama.
d) Angah seorg cukop kuat suara ngan anak2 dier. Tapi dia sayang anak2 dier. Sangat suka bila angah guna bahasa diri as kakak untuk adik ipar dier.
e) Uda? U ll know u husband. Everybody love him (bunyi cam prog Everybody love Raymond) .
f) Aku? Nothing interesting
g)Habeeb agak manja xspecially bila dapat adik. Agak nakal. Biasa r nak amik perhatian pasal dia selalu fikir emak dia sayangkan adik dier lebih dr dier.
h) Puteri plak sangat sukerkan mak Uda baru dier.
i) yang laen biarlah masa yg akan tentukan..