Showing posts with label Teroris Bahasa. Show all posts
Showing posts with label Teroris Bahasa. Show all posts

Saturday, January 19, 2013

Mode Mat Salleh

Soalan Bonus:
Ko tengah berbaris nak order kat satu kedai makanan ringan ni. Then bila part mamat depan kau punya turn tetiba kau dengar dia cakap omputeh. Reaksi kau:

a) Ketawa terbahak-bahak then cuit bahu mamat tu sambil kata "Bro, kita kat Malaysia kot. Tak perlu ar nak speaking mat salleh pelbagai. Malu jadi orang Melayu ke dah buang tebiat..?"
b) Ko cuba sedaya upaya tahan ketawa tapi lepas ambik order dan duduk kat meja ngan kekawan then kau terus ketawa sambil kata "Mamat tadi tu dah ar muka cam Salleh Yaakob, baju lak Adidas yang sah-sah pirate tulis Adidos tapi ada hati nak cakap omputeh. Hancuuur..!!"
c) Kau tergamam, terkesima, terkedu then upload status kat FACEBOOK then layan jawapan orang lain.
d) Kau terdiam seketika tapi kemudian kau respect kat dia yang walaupun Englishnya tunggang langgang tapi dia ada usaha nak memperbaiki bahasanya.
e) Selepas mamat tu blah then kawan kau ketawa besar sambil tanya pendapat kau. Tapi kau punya reaksi lak "Seriously..? Aku tak perasan lak..." Hmmmm


Aku suka STARBUCKS. Sebab aku sorang yang maniac ngan kopi dan STARBUCKS menawarkan kepuasan kopi yang sebenar kepada aku. Ramai orang kata yang kopi STARBUCKS mahal. Just imagine sekitar RM17.00 (yang aku selalu order) untuk segelas kopi. Sedangkan kopi kedai mamak tu just RM0.80 secawan jer kot. So ngan nilai yang sama leh buat perut ko kembong ngan kopi. Memang ar RM17.00 ngan RM0.80 tu besar bezanya tapi sejujornya bagi aku rasa kopi tu senilai ngan harganya. Ia buat aku lebih addicted ngan kopi. Hmmm..

Plus tak lupa yang STARBUCKS punya customer service yang sangat terbaik ngan fasiliti tempat yang sangat selesa tahap cam berada kat rumah sendiri. 





Tapi ada satu part yang bagi aku cukup tak puas hati ngan STARBUCKS yang difokus lebihkan untuk STARBUCKS Kuching ni ar. Baristanya asyik cakap omputeh jer ngan aku. Sedangkan both orang Sarawak yang masing-masing tahu Dialek Melayu Sarawak. Sebab most of the time ot happens bila si Barista ambik order then cakap-cakap ngan staff lain in Dialek then bila aku cuba borak-borak in Dialek then dia kembali cakap omputeh. Or orang yang depan line kita dilayan ngan Dialek tapi bila turn aku lak dia cakap omputeh. Haaaa...?

Ia berbeza ngan STARBUCKS di Semenanjung. Ada barista yang cakap Bahasa Melayu or memula cakap omputeh then bila aku cakap Bahasa Melayu so dia switch language.










So adakah:
a) Muka aku ni cam orang yang tak tahu cakap Dialek or Bahasa Melayu...? Even recently ada beberapa orang Melayu Sarawak yang leh kata aku Cina lak. Dulu kat Semenanjung jer. Tapi tak pernah lak ada kes Barista Cina cakap Cina ngan aku. Hmmm..
b) Bahasa Inggerish menjadikan seseorang or satu tempat tu jauh lebih ada class tersendiri...?
c) Sarawakian can speak English well..? Buat aku teringat masa kerja operator TM dulu, awal-awal lagi manager training kata "Panggilan Bahasa Inggerish sebahagian besarnya akan dihantar ke Sarawak sebab 'mereka' kata orang Sarawak lebih pandai speaking.." Hmmm..

















Tadi aku gi airport nak ambik Uda, kakak ipar dan baby Adam. So before tu aku seperti kebiasaanya akan gi STARBUCKS dan kali ni order Soy Green Tea (yang better than ori green tea Frap) ngan free slice of cake. Dia cakap omputeh dan aku balas omputeh dan kami berbual agak panjang gak dalam bahasa omputeh. Bila semuanya dah siap aku blah dan teringat satu term orang-orang Sarawak ni:



LOBA






p/s: Loba ni kira adik beradik sombong, belagak, kekwat etc ar. Hmmm

Thursday, July 12, 2012

Ooh Mat Salleh Celop

Last week masa nak layan The Amazing Spiderman kat wayang, mood aku agak kurang stabil sikit. Semuanya gara-gara disebabkan oleh a group of bebudak baru masuk akil baligh (bebudak kolej sebenarnya) yang sesukahati buat panggung wayang nih cam mak bapak diaorang jer yang punya. Ngan bisingya, bawak makanan luarnya, perangai teruk etc. Biasa ar: rasa berani sebab dalam kumpulan. Kalau sesorang kat situ then jadi bodoh ar pulak kan..? Hmmmm..


There are 6 of them. All Chinese.Tapi yang tak leh blah semua speaking sesama sendiri. Then korang tanya: What the problem nya? Jawapan aku: they are not speaking in their mother tongue punya language. It seem teringat masa aku mengajar kat sekolah swasta satu masa dulu tu. Boleh katakan semua bebudak Cina kat situ tak tahu bahasa Ibunda diaorang. Semua ngan speaking London diaorang jer. Budak Melayu jangan cakap ar.

Then korang tanya lagi: Are you against Bahasa Inggeris dan dalam golongan yang beranggapan ia akan merosakkan minda orang Asia, Aj? So aku jawab: Nooo. Kita memasing ada bahasa Ibunda kita sendiri. Kalau kita nak menganggkat tinggi budaya bahasa orang lain then siapa yang akan mengekal dan menganggkat budaya bahasa kita sendiri? Mat salleh dari barat datang nak tengok budaya kita then tup tup bila datang tengok laa, budaya kita sama jer ngan diaorang. So what make us special and different then?

Korang pasti pernah jumpa jiran or sedara yang kalau ada family events bawak anak-anak diaorang balik kampung then opah diaorang dah x dapat nak berkomunikasi ngan cucu-cucu diorang sebab cucu dah sepatah haram tak tahu cakap bahasa Melayu. Semuanya sebab parents mereka ada idealogi kata Bahasa Inggeris ialah bahasa ilmu, bahasa perdagangan, bahasa maju. So imagine kalau semua parents kat Malaysia dah diterap ngan idealogi yang sama then what happens in the future then?













Korang tahu tak fakta since dari negara kita mencapai kemerdekaan sehingga sekarang, dah ada beratus bahasa dan subbahasa (dialek) yang terhapus di Malaysia nih. Semuanya bermula apabila government awal-awal kemerdekaan dulu menerapkan bahawa hanya Bahasa Melayu akan menjadikan Malaysia negara maju or in other wordsnya Bahasa Melayu dulu cam Bahasa Inggeris sekarang. Kalau korang still nak ngomong Jawa then korang hanya akan kekal ditampuk yang sama jer. Years pass by then sekarang ni orang Jawa haram tak tahu ngomong Jawa. Then sama gak ngan peranan Bahasa Inggeris sekarang yang dicanang-canang as bahasa ilmu untuk terus maju.












Then korang tanya lagi: Nak buat cam mana, Aj. Memang fakta apa? Kita perlu belajar Bahasa Inggeris untuk bersaing dalam dunia tanpa batasan sekarang ni. Satu dunia faham Bahasa Inggeris. Kalau kau gi luar negara kau cakap Bahasa Melayu tak ada sesapa yang akan faham ar. Or ko gi jer library universiti then semua buku ilmiah dalam bahasa omputeh. Nak wat cam ner?

So aku jawab sekali lagi: Korang tahu tak yang bahasa paling besar penggunaan di dunia ni ialah Bahasa Mandarin dan ekonomi China totally besar dan diramalkan bakal mengalahkan pasaran ekonomi barat. Even banyak jutawan besar dunia sekarang ialah dari China? Then kenapa ko tak belajar bahasa Cina jer untuk bersaing dalam dunia tanpa batasan korang tu? Or cuba ko gi Korea Selatan aka negara K-Pop korang tu, Jepun, Rusia, Italy, Spain, Portugal or negara latin then cakap ar English tu then sepatah haram mereka x paham. So mana idealogi satu dunia faham Bahasa Inggeris tu? Dan kenapa negara cam Jepun yang maju tu most semua buku ilmiah mereka dalam Bahasa Jepun? Lu fikirlah sendiri.














Im not against bahasa Inggeris. Sebaliknya bagi aku berbahasalah dalam bahasa korang. That it.












Soalan terakhir dari korang: Aj, apsal blog kau bahasa tongang langgang BM-BI bercampur? Itu kan ke merosak bahasa? Ko bukan budak linguistik ke?



Jawapan aku: .....

Sunday, April 17, 2011

Banjar

Teringat zaman universiti dulu ada sorang kawan nama SUHAIMI ni. Dia budak Jawa kalau tak silap area Batu Pahat tu r. One day ni kami berborak r. Then dia bagitahu satu perkara yang buat aku sangat respect pada dia: dia sangat pandai cakap bahasa ibunda dia aka BAHASA JAWA. Even dia kata dekat rumah mereka memang masih cakap bahasa tu lagi. So suruh dia cakap then WTF langsung tak dapat nak paham sebab sebijik tak ada bunyi cam SINETRON INDON kat TV3 tuh.. Hmmm...


Aku respect kat dia sebab sangat susah nak cari orang muda yang berpelajaran tinggi yang hidup tahun 2011 but still leh pertahankan bahasa ibunda diaorang. Contoh terdekat cam emak aku r. Dia BANJAR pure. Tapi among 8 adik beradik cuma 3 teratas jer yang leh cakap BANJAR dan selebihnya makin ke bawah makin hilang. Ada yang faham tapi tak boleh cakap dan emak aku hanya faham beberapa patah perkataan jer dan cakap: haram sepatah pun tak ada bunyi BANJAR langsung. 

Kalau balik kampung di JOHOR memang it seems cam PENGHAPUSAN ETNIK betol r. Cousin-mousin memang sebijik cam aku yang nama jer generasi BANJAR tapi cam dah MURTAD pulak. Harap pada Arwah MAK LONG, MAK NGAH or CHICEK jer untuk dengar cam mana intonasi BANJAR sebenarnya ni. Nak harapkan orang luar lagi r susah. Dengar BANJAR pun ramai yang buat muka pelik. Kalau JAWA or BUGIS ramai yang kenal. Siap selalu lagi promote kat TV sana sini. Hmmm...









Let back to history (kenyataan dibawah ni fakta wokey):
Kemerdekaan Tanah Melayu dan seterusnya pembentukkan Persekutuan Malaysia banyak bagi effect besar kepada terhapusannya bahasa-bahasa ni. Korang tanya cam mana? Penjelasannya sama cam mana Bahasa Melayu semakin terhakis then terhapus oleh peranan Bahasa Inggeris. Dahulu masyarakat disogok-sogokkan dengan perkhabaran bahawa Bahasa Melayu adalah bahasa ilmu, bahasa ekonomi aka bahasa untuk pergi maju. So mak bapak ni di-mind setkan dalam otak diaorang yang kalau anak mereka tak belajar Bahasa Melayu then mereka akan dianggap kolot, tak akan dapat pergi jauh, tak dapat belajar tinggi-tinggi, tak dapat berdagang sana sini etc. Bahasa ibunda? Mereka anggap: dude, aku orang BANJAR, anak aku orang BANJAR then mereka akan tahu sendiri r apa nak cakap nanti. Then ia start terhapus.

Betapa sejarah ni berulang so sama cam situasi Bahasa Inggeris sekarang ni gak. Kita semua dah terset dalam otak oleh golongan pemerintah menyatakan bahasa BI ni ialah bahasa ilmu, bahasa ekonomi etc. So parents start hantar anak gi kelas tuition BI then kat rumah pun speaking London. Sebab tak nak dianggap kolot, tak dapat belajar jauh-jauh, tak dapat kuasai ekonomi etc. Cam mana ngan Bahasa Melayu? Aku orang Melayu, anak aku orang Melayu then tahu lah mereka cakap sendiri nanti. Then tengok r sekarang: Melayu, Cina or India ada yang hanya tahu cakap English jer. Bahasa ibunda sendiri langsung tak tahu nak cakap.
Korang ketawa gelak-gelak tak percaya.




Aku pernah jadi cikgu kat sebuah sekolah menenggah ni. Majoriti Chinese tapi nak cari yang leh cakap Mandarin or etc sangat susah. Sama gak yang Melayu or India kat situ. Langsung tak kenal bahasa ibunda diorang.







Disebabkan semua nak mengejar science side then mereka yang dari bidang lain dipinggirkan. Alasan: tak penting. Tapi mereka tak sedar basic bahasa ni kira cam bahasa=budaya=cara masyarakat tu berfikir. So contohnya: Bahasa Melayu=budaya Melayu=cam mana otak orang Melayu berfikir. Then bila bahasa sorang tu carca marba then budaya dia carca marba then otak dia pun sama gak. Contoh cam aku ni r: ayat Bahasa Melayu tunggang langgang so tengok r cara hidup aku ni bukan beradab sangat so maknya otak aku pun separa rosak gak r kan?








Aku tak menentang mana-mana bahasa pun. Aku ahli bahasa yang lesen dah expired pun. Tapi as generasi BANJAR aku rasa sangat cam kehilangan something yang ia ada dalam part diri aku tapi aku kehilangan benda tu before aku milikkinya lagi. Aku tak tahu bahasa BANJAR, aku tak tahu budaya BANJAR aku tak tahu sedikitpun tentangnya..
















So berbahasalah dalam bahasamu. Hmmmm..

Thursday, March 17, 2011

Bahasa Malaysia

Semalam baca news paper, tengok ada part tentang keputusan STPM yang dah keluar. Baca sepintas lalu then perasan something yang agak odd sikit. Baca lagi then aku tanya ALONG aku plak then aku baru sedar yang ia memang dah bertukar. Pada zaman ALONG aku ambik STPM dan zaman aku ambik STPM istilah yang digunakan ialah kertas Bahasa Melayu tapi sekarang dah jadi kertas Bahasa Malaysia. Hmmm..


Aku masih ingat satu diskusi antara beberapa orang ilmuan bahasa ni r. Definisi Bahasa Malaysia ialah bahasa yang dipertuturkan oleh masyarakat di Malaysia. Jadi ia mewakili Bahasa Melayu yang dituturkan oleh masyarakat Melayu di Malaysia, Bahasa Cina (Mandarin dan etc) yang dituturkan oleh masyarakat Cina di Malaysia, Bahasa Tamil  yang dituturkan masyarakat India di Malaysia dan bahasa-bahasa lain yang dituturkan oleh mana-mana masyarakat yang bermastautin tetap di Malaysia didefinisikan sebagai Bahasa Malaysia.

So aku bergurau r bagitahu ngan ALONG aku yang bbudak form 6 sekarang ni perlu belajar pelbagai bahasa yang ada di Malaysia plus sebab Malaysia hanya wujud 16 September 1963 then kajian mereka start sekitar tu je r. 


Sebab seingat aku semasa form 6 aku dulu, kami pada zaman aku tu belajar Bahasa Melayu. Noktah.


Kami perlu belajar sejarah Bahasa Melayu ngan teori Henry Kerk, teori Gelombang, golongan Melayu Proto, golongan Melayu Neutro, Tatabahasa Dewan, Nik Saffiah Karim etc yang gosh the end of 2 tahun penyiksaan tu aku berjaya beroleh 1 A dan 1 B- menjadikan keseluruhan paper Bahasa Melayu STPM aku hanya B+ jer. 


Cuma persoalan aku kenapa nak kena tukar istilah Bahasa Melayu kepada Bahasa Malaysia sedangkan kedua-duanya menjelaskan makna yang berbeza. Tak kan sebab sekarang ni semua nak guna 1 Malaysia, 1 Bangsa so ia pun terpaksa ditukar sekali. Atau bila guna istilah Melayu then ia mampu menimbulkan fahaman racism yang menentang idealogi 1 Malaysia ker? Dude, open your eye tengok r banyak persatuan, kelab-kelab dan parti politik yang pro kerajaan leh jer guna istilah Melayu ngan idealogi obses bangsa leh berdiri kukuh tapi bab ni kena tuduh racism ker?

Issue ni dah wujud since dari sekolah rendah dulu lagi. Ramai cikgu Bahasa Melayu yang bising: tahun ni guna istilah Bahasa Melayu, then tahun depan jadi Bahasa Malaysia dan tahun akan datang bertukar lagi. Dah sama cam dasar pengajaran Math and Science in English tu yang asyik bertukar-tukar jer. Hmmm...











Plus tentang Bible yang diterjemahkan dalam Bahasa Melayu then ramai r orang Melayu melenting tak tentu pasal. Dude, hanya kerana korang dudok Malaysia yang Melayu nya beragama Islam doesnt mean yang Melayu ialah Islam. Tengok kat Arab. Hanya sebab Islam datang dari Arab sana doesnt mean semua pak and mak arab tu beragama Islam. Agama Yahudi dan Nasrani (aka Kristian) pun asal dari Arab gak kan? Taurat and Injil (aka Bible) pun asalnya ditulis dalam tulisan Arab gak kan before ditukar ke Bahasa laen. Kesimpulannya bukan semua bangsa Melayu ni Islam. Banyak kat nusantara ni yang Melayu tapi agama lain. Bukan sebab mereka murtad tapi mereka memang bukan Islam dari since awal dulu lagi.




Untuk mengelakan korang terus melenting tak tentu pasal then biar aku set otak korang: jangan fikir Bible tu ditulis dalam Bahasa Melayu tapi dalam Bahasa Malaysia or lebih tepat lagi dalam Bahasa Indonesia. Sebab ia memang diimport dari sana kan? So ia lebih sarwajagat sikit r..







Then korang yang biol pun tanya penuh kehairanan "Tapi apsal semua nama pak and mak arab nama Iguna slam sedangkan mereka bukan Islam..?" So aku menjawab "Sebab ia bukan nama Islam tapi ia nama Arab, sayang.."

Friday, September 24, 2010

Inter View

Esok ada interview kerja. Fuuh. Dah  lama x gi interview kerja. Menganggur pun dah lama gak. Dah almost 3 bulan. Betapa duit simpanan aku memang cukup-cukup jer untuk tempoh terdekat ni. So aku sesangat desperate untuk pastikan yang aku akan dapat kerja ni. Hmmm...




Tapi realitinya interview tu dalam bentuk test: ada paper Bahasa Melayu, English, Math, typing, Excel dan sempat ada personality test lagi. Aku rasa pelik gak pasal ini first time interview macam tu. Rasa cam test SPA jer ada banyak paper. Before ni interview pun paling sengal ada test typing, words, excel je r.

Kedian bila fikir-fikir balik, jawatan yang aku mintak tu pun sekadar jawatan biasa-biasa je r. Tak perlu ditentukan jati diri melalui personality test r. Rasa terlampau sangat. Plus aku more refer pada interview rather than test ni. Kalu interview then leh r aku kelentong tapi kalu exam nak tipu cam ner. Dan gak kalu interview leh jer kipas sikit2 pada si juri. Kalu nampak interviewer kaki agama then leh kuar loghat pak Arab, kalu interviewer jenis ompuan (or lelaki ehem2) yang desperate then leh jer tunjuk body language tertentu.. Hmmm... desperatenya aku.. 



Ops.. lupa, aku mintak kerja as an OPERATOR TELEPON jer. Humble and down to earth sungguh r kerja tu kan? Alaa.. kerja orang yang kalu korang desperate dah lama tak menjalinkan hubungan sosial (disebabkan korang anti teknologi then korang x layan FACEBOOK) then korang sesaja nak call operator kat dalam telefon ngan harapan orang dalam tu akan memiliki paras rupa yang okey disebabkan suara mereka yang sangat okey.. Hmmm.. Loosernya bunyik..


Then korang yang sangat dengki pun berkata:
"Aj, kerja ni mana sesuai ngan ko. Ko terlalu 'good looking' untuk bersembunyi disebalik telefon (lalu hidung aku start mengembang) dan suara ko terlalu SUCKS sehingga sesiapa sahaja yang dengar garenti either ketawa or nak muntah...!!"


Ya ya ya..


Aku peduli apa tentang suara aku ni cam FASHA SANDHA ker.. korang ni ada peduli ke urusan kewangan aku? Wei, aku perlu beli monitor baru untok PC aku, kasut Converse baru, dan keperluan shopping aku perlu dipenuhi... Hmmmm...







Realitinya aku terima kerja ni gak sebab kawan aku yang mengoffer post ni kata kerja ni x banyak. Most of the time aku x akan buat apa-apa. Dan gajinya cukup r untuk aku bwat simpanan, pelaburan, bayar PTPTN dan shopping.. Hmmm... Doakan aku berjaya esok...

Monday, March 9, 2009

Aku vs BAHASA MELAYU

Semalam akhirnya aku dapat gak naskah terbaru KOMIKOO. Still SIAPA? by ADIJIN x ada. Duh..!! Tp Kolum WAWANSABDA kali ni ttg SAHARIL HASRIN SANIN bwat aku lahir ingin tahu. So malam smalam browse tenet nama dia dan TERORIS BAHASA yg dgembar-gemburkan oleh KOMIKOO as ‘sangat bagus sehingga memukul semua esei yg lain…’. Bila dah jumpa bberapa bahagian ttg TERORIS BAHASA tu bwat aku terdiam dan berfikir.

Ayat dia yg plng aku suka ialah “Ketika kamu membaca ini, ada bahasa yang sedang mati dibunuh.” Dia sangat protes trhadap certain ahli bahasa n org MELAYU yg menentang proses revolusi n perubahan yg telah dan teros akan berlaku terhadap BAHASA MELAYU. BAHASA MELAYU x leh teros berdiri sorang2 as bahasa yg TULEN sedangkn bhs laen sedang bergerak seiring ngan dunia. Dia menerima SLANGA, BHASA ROJAK, BAHASA SMS, TEKNOTORJAN etc as KEPELBAHAGAIAN bahasa yg perlu diterima. Itu kata dia r.

Then terjumpa beberpa site yg cambest plak. Antaranya NOKTAHHITAM yg kuar post menentang PEMBELAJARAN SAINS DAN MATEMATIK DLM BAHASA INGGERIS. Banyak gak yg bagi respond yg mostly setuju r. Nak memperkasakan BAHASA INGGERIS x semestinya guna subjek MATE n SAINS jer. Perkuatkn subjek BI tu teros. Pasal pembelajaran mate n science dlm BI bwat student jd x paham n then x berminat nak belajar. Alasan PIHAK TERTENTU plak untok mewujudkan daya saing pd masa akan datang, dunia akan datang akan jadi jaoh lebih global. Tp ada 1 comment by ORG PUTEH kata x semestinya bila dunia dah global then semua perlu cakap OMPUTEH gak. Tengok JEPON n certain NEGARA maju yg boleh berjaya dlm banyak bidang n still guna bahasa NATIF diaorg. Even JEPON ni leh bwat terjemahan sepenohnya buku2 ilmuan ke dlm bhs diaorg untok tujuan memartabatkan bhs diaorg. Itu pon kkata diaorg gak r.

Kmudian teringat cakap2 ngan cikgu2 kat tempat bakal mengajar last FRIDAY. Betapa diaorg concern ttg situasi pelajar sekolah tu yg dah x nak ckp dlm BAHASA MELAYU lg. (even yg CHINESE pon dh x nak ckp MANDARIN lg: more refer INGGERIS jer) Aku tergamam r bila statement tu dikeluarkn oleh 2 org cikgu CINA. Betapa diaorg pon prihatin ttg isu kematian BAHASA MELAYU ni. At the end diaorg suroh aku as bakal CIKGU BAHASA MELAYU supaya jangan ikot rentak student yg cukop pasti akan ckp OMPUTEH dlm kelas nanti. Kekal mengajar dlm BAHASA MELAYU in what ever situation pon. Cuma masalahnya diaorg n aku skali r ckp ttg isu tu pon guna cakap OMPUTEH gak. Duh…!!

Sejak 2 menjak ni heboh ttg DEMONTRASI yg melibatkan masyarakat n ahli2 bahasa menentang PEMBELAJARAN SAINS DAN MATEMATIK DLM BAHASA INGGERIS. Aku as ahli bahasa then sokong r. Even kalu aku ada kat KL masa tu pon then aku akan ikot skali bwat PIKET. Cuma yg x bestnya bila benda baek cam ni melibatkan unsur POLITIK dan kemudian diPOLITIKan plak oleh orang2 POLITIK yg duhhh…., mengecewakan.



Then aku mengulang balik kata2 encik SAHARIL : “Ketika kamu membaca ini, ada bahasa yang sedang mati dibunuh.”