Showing posts with label Fasha Sanda. Show all posts
Showing posts with label Fasha Sanda. Show all posts

Wednesday, May 9, 2012

Apsal Kau Asyik Nanggis Je Haa?

Korang pasti pernah tengok drama, drama bersiri or filem di mana watak utama perempuannya menanggis sama ada disebabkan kekejaman emak dan kakak tiri, dibuli penjahat, dirogol bapak tiri, ditipu oleh kawan baik, kekasih curang ngan perempuan lain, or paling koman jadi mangsa keadaan. Bila si heroin tu mengalirkan air matanya buat ko rasa cam rasa sedih tu berpindah pada kau sehingga tanpa sedar air mata ko pun mengalir gak bak Niagara Falls.


Kemudian babak demi babak berlalu then korang mulai perasan yang si heroin ni kerja dia asyik nak menanggis jer sepanjang masa. Dari benda besar sehingga ke benda yang remeh temeh pun leh buat dia nanggis. Tengok matahari terbenam, dia nanggis. Dapat birthday card, dia nanggis. Lelaki yang dia suka bagitahu perasaan pada dia pun dia nanggis. Cuci pinggan mangkuk pun dia nanggis. Membuatkan korang mempersoalkan either kelenjar air mata dia ada masalah ker? 

Memang ar kali pertama tengok rasa sedih, kesian, terharu tapi bila setiap scene pasti nak nanggis jer then ia dah membencikan. Minah ni tak pandai berlakon aksi lain selain menanggis ker? Bawah mata dia dah merah kembang dah sebab menanggis jer all the time. Kalau dia nanggis guna air mata Eye Mo then rasanya dah kaya raya dah syarikat Eye Mo tu.















Tak dapat imagine kalau orang cam tu betul-betul wujud kat dunia realiti then apalah yang akan terjadi pada dia ek? Either dah lama kena pelempang or mata dia dah buta cam Kassim Selamat dah.. Hmmmm..

Wednesday, April 25, 2012

Apabila Perempuan Menulis

Satu statement gender bias dari aku: Aku kurang membaca blog penulis wanita berbanding blog penulis lelaki. Sama seperti aku kurang membaca novel penulis wanita berbanding novel penulis lelaki. Tapi itu tak menjadikan aku tak baca langsung blog penulis wanita or novel penulis wanita sebab memang ada blog dan novel penulis wanita yang sangat best. Cuma most of the time aku lebih refer blog dan novel penulisan lelaki. Ops, ia lebih dari satu statement.


Aku seorang yang quite an ulat buku gak ar. Aku suka beli buku dan aku suka baca buku. Tapi aku agak pemilih dalam pembacaan. Kalau satu buku tu best ia akan ambik masa beberapa jam je leh habis. Kalau sedang-sedang then ia akan ambik masa beberapa hari. Kalau kureng then dalam kurang 20 muka surat aku dah letak kemas kat himpunan buku aku kat atas meja dan ia tak akan dibaca lagi.

...

Sewaktu zaman universiti dulu aku pernah tanya sorang kawan yang buat perbentangan dan dalam masa sama kepada seorang pensyarah satu soalan "Bagaimana kita nak mengkaji kesahihan bahasa seorang lelaki based on novel yang ditulis oleh seorang wanita..?" Aku tak ingat jawapan pensyarah tu sebab rasanya waktu tu pensyarah tu dah tak suka aku lagi kot. Jawapannya of course laa  penulis perempuan tu akan cuba berfikir cara lelaki berfikir dan bercakap aka in other wordsnya ia tak akan berjaya ar kan?

...

Aku beli Kelabu by Nadia Khan last 2 week sekali ngan Ngeri by Nina Yap Lai Yoong. Ngeri dah habis baca so minggu lepas aku beli No More Bullshit. Dan aku ulang balik Kelabu yang aku baru baca beberapa helai after tamat aku baca Ngeri. Goosh, aku tak dapat apa-apa feel. Novel tu rasanya tak berjaya buat aku.

Kelabu ada idea. Sama cam Ngeri. Cuma kedua-duanya kurang berjaya dalam memberikan detail kepada cerita masing-masing. Ngeri tak ada detail ngeri yang mampu mengerikan pembaca. Kelabu pulak tak ada detail lucah untuk pembaca. Aku kata lucah sebab Kelabu punya idea cerita yang sepatutnya kotor tapi melalui gaya bahasa watak yang digunakan seem terlalu mulia. Terkawal. Tak bebas. It seem like kita tengok Fasha Sanda bawak watak orang kampung buat kita rasa janggal semacam. Plus plot-plot yang digarap cam melangkau babak demi babak dengan pantas sehingga kita rasa cam cepatnya masa berlalu tanpa sebarang detail yang menjelaskan apa berlaku dalam babak tu. Penulis gak cam cuba nak memberikan semuanya pada bab-bab awal.





Aku seorang pembaca yang cukup memilih bahan bacaan aku. Aku tak suka sesuatu yang biasa-biasa aka konventional. Aku tak suka something yang rutin aka berulang dengan jalan cerita yang sama. Kalau sebuah cerita tu temanya pembunuhan then biar ia penuh darah yang berlumuran membasahi muka, pisau yang perlahan-lahan menghiris daging mangsa bla bla bla dan detailnya sehingga membuatkan pembaca rasa nak muntah, marah ngan pembunuh or paling tidak mampu membuatkan pembaca rasa mereka ialah pembunuh tu.









So kalau cerita tu sebuah cerita bertema lucah then biar ia lucah betul-betul dengan adegan panas yang dinyatakan satu persatu, bahasa yang tatabahasanya tunggang langgang dan bercelaru, ayat yang betul-betul kotor, jijik, hina sehingga pembaca rasa ghairah membaca. Even kita leh fikir secara logik akal jika watak tu playboy, fucking pussy every night, clubbing, social etc tapi punya otak yang totally bertentangan aka gramaticaly errornya sifa. Tak logik ar kan? Otak, bahasa, kelakuan ialah something yang selari. Kira cam kalau kelakuan bercelaru, bahasa pun guaranty celaru so otak jangan cakap lagi ar..












Cerita Kelabu ni mungkin best untuk orang lain (terutama wanita) tapi bagi aku ia tak. Mungkin it hard untuk penulis wanita tempatan mampu memenuhi keperluan bacaan aku. As my gay cousin said: Men know how to serve other men better than a women.











hmmm

Friday, September 24, 2010

Inter View

Esok ada interview kerja. Fuuh. Dah  lama x gi interview kerja. Menganggur pun dah lama gak. Dah almost 3 bulan. Betapa duit simpanan aku memang cukup-cukup jer untuk tempoh terdekat ni. So aku sesangat desperate untuk pastikan yang aku akan dapat kerja ni. Hmmm...




Tapi realitinya interview tu dalam bentuk test: ada paper Bahasa Melayu, English, Math, typing, Excel dan sempat ada personality test lagi. Aku rasa pelik gak pasal ini first time interview macam tu. Rasa cam test SPA jer ada banyak paper. Before ni interview pun paling sengal ada test typing, words, excel je r.

Kedian bila fikir-fikir balik, jawatan yang aku mintak tu pun sekadar jawatan biasa-biasa je r. Tak perlu ditentukan jati diri melalui personality test r. Rasa terlampau sangat. Plus aku more refer pada interview rather than test ni. Kalu interview then leh r aku kelentong tapi kalu exam nak tipu cam ner. Dan gak kalu interview leh jer kipas sikit2 pada si juri. Kalu nampak interviewer kaki agama then leh kuar loghat pak Arab, kalu interviewer jenis ompuan (or lelaki ehem2) yang desperate then leh jer tunjuk body language tertentu.. Hmmm... desperatenya aku.. 



Ops.. lupa, aku mintak kerja as an OPERATOR TELEPON jer. Humble and down to earth sungguh r kerja tu kan? Alaa.. kerja orang yang kalu korang desperate dah lama tak menjalinkan hubungan sosial (disebabkan korang anti teknologi then korang x layan FACEBOOK) then korang sesaja nak call operator kat dalam telefon ngan harapan orang dalam tu akan memiliki paras rupa yang okey disebabkan suara mereka yang sangat okey.. Hmmm.. Loosernya bunyik..


Then korang yang sangat dengki pun berkata:
"Aj, kerja ni mana sesuai ngan ko. Ko terlalu 'good looking' untuk bersembunyi disebalik telefon (lalu hidung aku start mengembang) dan suara ko terlalu SUCKS sehingga sesiapa sahaja yang dengar garenti either ketawa or nak muntah...!!"


Ya ya ya..


Aku peduli apa tentang suara aku ni cam FASHA SANDHA ker.. korang ni ada peduli ke urusan kewangan aku? Wei, aku perlu beli monitor baru untok PC aku, kasut Converse baru, dan keperluan shopping aku perlu dipenuhi... Hmmmm...







Realitinya aku terima kerja ni gak sebab kawan aku yang mengoffer post ni kata kerja ni x banyak. Most of the time aku x akan buat apa-apa. Dan gajinya cukup r untuk aku bwat simpanan, pelaburan, bayar PTPTN dan shopping.. Hmmm... Doakan aku berjaya esok...

Thursday, July 29, 2010

Muzika

Apa definisi korang tentang MUZIK? Kalu korang kata ia sekadar KEBISINGAN yang TAK BERFAEDAH then what else can I say kalu itu ialah makna muzik bagi korang. Bagi aku MUZIK ialah something yang GHAIB, x nampak, x dapat disentuh tapi ia mampu MENYENTUH aku. It seem ia adalah MAGIS yang ada SOUL. Hmmmm
.


Korang layan program KEYNOTE kat ASTRO x? Last night ialah FINAL KONSERTnya. Aku dah cam budak lelaki yang baru first time layan BLUE. Dudok sangat dekat ngan TV ngan kadar keterujaan yang sangat tinggi. Pendek kata FAAN ialah pujaan hati aku di samping FEROZ. Something tentang FAAN ni muzik dia cam IWAN FALS (yang aku baru je last few month kenal dekat2 muzik dia) yang sangat JUJOR, BEBAS dan ada JIWA sendiri. Hmmmm
.
(This is Faan)

Talk about MUZIK, sejujornya aku seorang yang sangat BATU or KAYU. Korang bagi je what ever type of music instrumental pada aku then ia akan mencipta KEBISINGAN. Berbeza ngan my sis, ANGAH: dia just dudok2 then kita akan dapat dengar rentak irama baru either ngan MELODIAN lama di rumah or with nothing. Kalu ikut sejarah keluarga: arwah ATUK memang pemain BIOLA dan benda klasik bertali yang ada kepala kat hujungnya (yang aku x tahu namanya) PAK CIK aku ada band ROCK zaman AMY SEARCH dulu dan bapak aku teror menyanyi. Yang selebihnya still boleh kareoke sambil orang tepuk tangan kecuali aku yang bersuara persis FASHA SANDA versi lelaki. Hmmm..
.
.
Kekawan pun ramai gak yang terlibat secara aktif dalam dunia MUZIK ni cam AZAN, KURT HUSKY, NABIL dan beberapa lagi r secara x langsung. And tentang AZAN yang I used to bagitahu dia bercakap n muka sangat mengantuk all the time akan turn to be sangat bertenaga bila datang 2 perkara. First waktu bercakap tentang MALINI (awek dia) dan second: LUCILLE iaitu band muzik dia.







Kesimpulannya: MUZIK bukan sekadar FREQUENCY. Ia adalah jiwa yang menhidupkan seseorang. Ia adalah terapi yang mampu bwat kita tersenyum, marah, sedih, dan banyak emosi laen. May be that why aku sangat respect kat sesapa yang pandai cipta MUZIK ni.







Dan pengaruh MUZIK aku? As time goes by aku sentiasa bergerak. Tapi MUZIK tetap MUZIK. Aku akan mendengar dan menghayati dan menghormati MUZIK (kecuali lagu yang dinyanyi oleh MAWI) . Cuma yang evergreen di hati aku musti r EVANESCENCE.