Showing posts with label Muzik. Show all posts
Showing posts with label Muzik. Show all posts

Saturday, April 20, 2013

Part Aku Nak Jadi Perempuan

Ada banyak kerja dan setiap kerja aku akan buat beberapa kawan. Salah satu tempat kerja ni lebih kurang gila gak ar kawan yang ada. Mereka gila tahap nak sangat aku jadi perempuan. Sorang ni namanya Fiona (yang perangai cam jantan) kata dia sanggup beli make-up dan baju mahal untuk aku kalau aku setuju jadi perempuan. Dan sorang lagi nama Kurt (yang gila seks) kata kalau aku sanggup operate tukar jantina dan tukar muka jadi Fauziah Gous then dia rela nak kawen ngan aku. Duh, mereka memang gila. Hmmm..



Aku sangat bersyukur sebab aku lahir sebagai seorang lelaki. Aku tak perlu fikir untuk penuhkan beg bimbit aku ngan barang pelik-pelik or moody-moody bila datang bulan or ada makhluk hidup yang berada dalam perut untuk tempoh 9 bulan dan keluar melalui alat sulit yang saiznya totally cam tak logik untuk keluarkan benda sebesar tu. 








Jadi lelaki lak sangat simple (Kecuali part tanggungjawab ar yang besar dan beratnya lebih besar dan lebih berat dari semua gunung yang ada di dunia) jadi aku tak ada sebab untuk nak tukar jadi perempuan.











Korang pasti pernah dengar perempuan membebel sorang diri kata 'Kan best kalau jadi lelaki sebab mereka boleh bla bla bla' tapi seriusly lelaki pun ada masanya akan berfikir benda yang sama gak (tapi tak ar sampai dioarang nekad sampai nak tukar jantina ke)

Malam tadi moment tu muncul pada aku masa tengah layan Versus 2 kat TV9. Aku sangat adore pada band-band muzik sebab diaorang sangat hebat bermalipulasikan muzik. Dan untuk Versus 2 lak aku sangat adore gila baboon pada band Kyoto Protocol sebab mereka hebat tahap mampu menghentikan masa ar. Then muncul ar hati aku berkata 'Kalau jadi girl mesti best sebab leh couple ngan diaorang yang sangat hot and awesome ni..!!'






Seriusly kat mana-mana pun kat dunia ni mana-mana pun ramai member band muzik yang rock especially punya awek giler hot. Tak caya tengok ar wife dan bekas-bekas wife Amy Search. Sedangkan kalau Amy tu just lelaki-lelaki biasa or mamat kilang or pak cik pejabat then tak ada mana-mana girl tertarik ar. Betapa band muzik ni memang ada enchanted power ar.








Dan cuba teka siapa mamat malang yang aku kelaskan hot and awesome tu? Fuad aka lelaki nerd yang pakai cermin mata tebal tu. Hmmmm..










Then korang kata "Aj, zaman sekarang ni rasanya kau tak perlu jadi perempuan semata-mata nak jatuh cinta dengan lelaki kot.." Ek...? Tapi aku tak dapat imagine band muzik lelaki bersama lelaki ar..

Thursday, July 29, 2010

Muzika

Apa definisi korang tentang MUZIK? Kalu korang kata ia sekadar KEBISINGAN yang TAK BERFAEDAH then what else can I say kalu itu ialah makna muzik bagi korang. Bagi aku MUZIK ialah something yang GHAIB, x nampak, x dapat disentuh tapi ia mampu MENYENTUH aku. It seem ia adalah MAGIS yang ada SOUL. Hmmmm
.


Korang layan program KEYNOTE kat ASTRO x? Last night ialah FINAL KONSERTnya. Aku dah cam budak lelaki yang baru first time layan BLUE. Dudok sangat dekat ngan TV ngan kadar keterujaan yang sangat tinggi. Pendek kata FAAN ialah pujaan hati aku di samping FEROZ. Something tentang FAAN ni muzik dia cam IWAN FALS (yang aku baru je last few month kenal dekat2 muzik dia) yang sangat JUJOR, BEBAS dan ada JIWA sendiri. Hmmmm
.
(This is Faan)

Talk about MUZIK, sejujornya aku seorang yang sangat BATU or KAYU. Korang bagi je what ever type of music instrumental pada aku then ia akan mencipta KEBISINGAN. Berbeza ngan my sis, ANGAH: dia just dudok2 then kita akan dapat dengar rentak irama baru either ngan MELODIAN lama di rumah or with nothing. Kalu ikut sejarah keluarga: arwah ATUK memang pemain BIOLA dan benda klasik bertali yang ada kepala kat hujungnya (yang aku x tahu namanya) PAK CIK aku ada band ROCK zaman AMY SEARCH dulu dan bapak aku teror menyanyi. Yang selebihnya still boleh kareoke sambil orang tepuk tangan kecuali aku yang bersuara persis FASHA SANDA versi lelaki. Hmmm..
.
.
Kekawan pun ramai gak yang terlibat secara aktif dalam dunia MUZIK ni cam AZAN, KURT HUSKY, NABIL dan beberapa lagi r secara x langsung. And tentang AZAN yang I used to bagitahu dia bercakap n muka sangat mengantuk all the time akan turn to be sangat bertenaga bila datang 2 perkara. First waktu bercakap tentang MALINI (awek dia) dan second: LUCILLE iaitu band muzik dia.







Kesimpulannya: MUZIK bukan sekadar FREQUENCY. Ia adalah jiwa yang menhidupkan seseorang. Ia adalah terapi yang mampu bwat kita tersenyum, marah, sedih, dan banyak emosi laen. May be that why aku sangat respect kat sesapa yang pandai cipta MUZIK ni.







Dan pengaruh MUZIK aku? As time goes by aku sentiasa bergerak. Tapi MUZIK tetap MUZIK. Aku akan mendengar dan menghayati dan menghormati MUZIK (kecuali lagu yang dinyanyi oleh MAWI) . Cuma yang evergreen di hati aku musti r EVANESCENCE.