Showing posts with label Wan Azan. Show all posts
Showing posts with label Wan Azan. Show all posts

Sunday, October 7, 2012

Awkward Momment

Awkward ialah frasa yang paling banyak aku dengar dan aku guna pada previous night meeting. Awkward pada definisi aku ialah feel kekok bila ada orang lain bersama kita yang buat gelisah tak tahu apa nak buat sehingga kita kuarkan statement or soalan yang pelik cam 'Hari ni panas kan..?'. Hmmm.. Awkward...


Previous night aku dan beberapa orang kawan lepak-lepak makan kat Mc D kira untuk majlis pra-perpisahan kepada Kaspalela Manja yang akan berpindah balik semula ke Miri. Kalau Kuching ni umpama Johor then Miri ni kira Perlis ar. So kalau korang dudok Perlis then korang tak kan turun ke Johor seminggu sekali semata-mata nak shopping kat Plaza Angsana ar kan kiranya. So rasanya it will take a while untuk berjumpa Kas pada masa akan datang kelak. Dan kalau korang ingat few month ago aku ada tulis post tentang kawan yang masuk hospital dulu then that her. Dan makan-makan ni kira untuk farewell khas untuk dia ar walaupun mostly ia lebih kepada perjumpaan kekawan yang dah lama tak jumpa.

There are 8 of us so memasing punya cerita sendiri. Walaupun tak de ar lama sangat tak jumpa. Paling lama pun setakat 4-5 bulan jer kot. But still banyak benda yang nak di share, gelak ketawa dan paling banyak imbas balik kenangan dulu-dulu. Kami sebenarnya tak da lah kenal lama sangat. Just around 3 tahun jer (kecuali sorang ni sebab dia tunang kepada salah sorang kawan) but still a lot things happens yang leh masok dalam kotak memori penting ar.

Makan dan lepak-lepak tu start dari jam 8 malam hingga 1 pagi cam tu. 






...







Im not kind of guy yang leh pretend like there nothing happens when there something happens. Contoh cam kalau kawan ko ketawa tapi korang perasan yang disebalik ketawa tu dia sedang menyimpan satu perasaan  yang sangat sedih tapi ko tahu dan apa yang ko buat ialah sesama ketawa then it  make you feel suck. Cuma most of kita lebih refer untuk buat-buat tak tahu daripada get involved with it. Memang ar jaga tepi kain orang tu tak best tapi kalau kita tak buat apa-apa then itu lagi tak best kan?

Even aku yakin most of masalah besar yang berlaku pada aku bermula dari sifat pelik aku tu. Tapi nak buat cam ne kalau itu ialah aku kan?








Tapi pada previous night aku pilih untuk tak bertindak seperti selalunya. Aku pilih bertindak untuk jadi seorang yang berpura-pura tak tahu apa-apa pada beberapa wajah, serta cerita dan rahsia mereka. Mungkin dah tiba masa untuk aku tak terlibat dalam apa-apa masalah besar lagi kali ni.














Dan OMG betapa it makes me feel so awkward. Hmmmm..

Wednesday, September 29, 2010

Talent and Time

Tadi ada kawan tanya kat FACEBOOK aku either aku still ambik upah melukis lagi tak pasal dia nak aku lukis potret dia ngan balak dia. Last few month pun ada gak kawan sama belajar yang sanggup bayar lebih untuk aku lukis potret dia ngan awek dia then pos ke Semenanjung. Masa puasa and raya lepas, 2 orang kawan berbeza yang dah lama x berhubung tanya perkembangan dunia penulisan aku. Bila aku kata aku dah x menulis then hantar untuk publish lagi mereka quite hairan ngan tindakan aku. Sama seperti apabila aku kata aku dah x nak ambik gambar guna kamera lagi. Ada yang kecewa sebab aku dah janji banyak dengan mereka. Or ketika kawan-kawan mintak tolong buat poster, kad kahwin, edit grafik etc..

(gambar terakhir yang aku lukis. Seorang kawan)

Technically ada 2 cara untuk dapatkan bakat. Pertama: belajar either formal or x ngan bersusah payah dari orang yang berbakat or kedua: quite sucks iaitu secara semulajadi.

Tapi sejujurnya aku x pernah akui yang aku seorang yang berbakat. Aku cuma suka melukis then kedian ada orang mintak aku lukis muka diaorang dan mereka suka so mereka bayar. Sama gak aku menulis suka-suka then secara miracle nya ada orang suka baca. Aku ambik gambar then ada plak orang yang suka tengok. Aku buat design grafik then orang mintak bwat design mereka plak. So bakat aku ialah melalui pengiktirafan dari orang lain.

It seems semua orang boleh pegang pensil dan melukis tapi x semua lukisan tu leh lepas spesifikasi as lukisan yang sedap mata memandang aka niat nak melukis muka orang tapi hasilnya sebijik cam buah durian. Hmmm... but still seni itu umum. Ia still leh dinilai dan berharga untuk orang lain.

So aku menolak idea makhluk-makhluk yang berfikiran cetek beranggapan cam kita perlu DLSR yang extra canggih manggih, gi outing setiap hujung minggu, perlu latar belakang extra cantik mantik etc semata-mata untuk hasilkan gambar yang terbaik. Tapi bro, ketahuilah kalu dah x ada bakat then hasilnya biasa gak. Berbeza kalu sorang tu memang dah berbakat, guna kamera handphone or kamera labtop yang penuh noise pon leh jadi cantik. Kan?









Cuma sejujurnya aku terlupa betapa lukisan dan penulisan pernah bagi duit kepada aku. Pernah bawak rezeki kepada aku. Buat grafik design pun setakat dibelanja makan r (at least kenyang r wei). And photography almost buat duit gak untuk aku tapi dunia tu bukan rezeki aku then aku terima dengan hati terbuka.











So aku tadi dengan rasminya terima tawaran kawan tu. At least aku dapat duit gak. Walaupun kecik tapi lepas gak upah untuk makan Mc D dan sekotak rokok Benson.. wakaka..

Saturday, September 25, 2010

What The HELLBOY..!!

Realitinya post kali ni x ada kaitan sedikitpun tentang komik or filem title HELLBOY tapi jauh lebih rendah standardnya iaitu Lagenda Budak Setan.. Hellboy = Budak Setan? Hmmm... wakaka..


Ya ya ya. I know it sound cam "Ha..? ko layan cerita Lagenda Budak Setan ka? Cerita tu super picisan r.." What The Fuck who care aku layan cerita apa ker, ia ada effect on ko punya kehidupan ker?



 
So kalu korang pernah layan movie ni then korang layan plak seriesnya di ASTRO then aku yakin korang akan faham kenapa aku kuarkan post ni. Sejujurnya cerita Lagenda Budak Setan ni punya jalan cerita yang best tapi both movie and series nya tak berjaya aka fail. Hmmm...

Aku layan movie ni last few month kat wayang atas pengaruh 2 kawan: Wan Azan dan Kaspalela Manja yang kipas susah mati novelnya dulu. Aku walaupun memang kaki novel sejak dari zaman sekolah lagi tapi sejujurnya aku x pernah layan satu pun novel Ahadiat Akashah (susah nak menaib namanya) ni pasal punya dia reputasi as penulis picisan. Hmmm.. Plus aku terpengaruh gak oleh trailer dan soundtrack yang giler best.

Masa tengah layan movie ni, aku ngan Wan Azan leh ketawa mati-mati pada bab yang (sepatutnya) gila serius. Then bila keluar hall, ketiga-tiga kami setuju yang cerita tu x berjaya. Sangat sayang bila jalan cerita dah kira woke, cinematografi dah terbaik tapi arahan dan lakonan most pelakonnya sangat lemah. Most of the part aku x jumpa si setan lelaki bermuka kucing aka Farid Kamil dan kekawannya, bila masa si Akashah dan Ayu jatuh cinta ni, bila Ayu dan Azmie kahwin or tentang watak Katrina yang sekejap ada sekejap menanggis sekejap hilang terus. Hmmm... Mostly ia just cam kita koyak beberapa puluh keping muka surat novel dan baca bahagian yang tertinggal.

Tapi sekali lagi paling tabik ngan lakonan Que Haidar as Azmie yang each time part dia kita akan sangat suka terutama bab dis psiko then pukul Ayu lakonan Lisa Surihani. Poor girl.. Tabik r bab tu pasal most of the time dalam hall tu aku sangat gelisah kecuali babak tu aku jadi sangat fokus and feel.. hmmm..



Kedian kuar plak seriesnya yang gosh sangat-sangat tak berjaya. Why I say so..? Sebab si Farid Kamil, Amir Sofaz yang sangat tua then leh jadi budak sekolah menengah yang penuh berbulu di muka.. Watak si Ayu plak, cam patung yang kita jadikan as pelakon. Muka dan suara sangat x ada emosi. Dan lebih suck bila malam tadi aku tengok versi ulangan watak Azmie lakonan Nas-T duh.. hampagas r sesangat. Kalu dia belakon untok series and movie KAMI aku leh terima lagi sebab dia memang cam budak sekolah tapi bila dia pegang watak suami yang kaki curang, kaki minum (berjaya kot kecuali bab mabuk x menjadi), kaki pukul memang cam... dude, budak sekolah menengah kahwin ke nih?

Mungkin it not fair untok aku bandingkan lakonan mantap Que Haidar ngan Nas-T tapi kenapa tak masokan pelakon filem jadi pelakon series kecuali jangan r jadikan bapak budak as budak sekolah. Cari r muka lain or jangan jadikan latar sekolah. Hmmm...







Sangat sayang bila sebuah cerita yang punya jalan cerita cukup kuat tapi dipersembahkan ngan cara yang sangat lemah. Sepatutnya cerita ni membuatkan kita sangat benci Akashah ngan gengnya sebab perangai sangat setan, kita benci dia untuk suka ngan Ayu, kita rasa simpati ngan nasib Ayu yang jadi mangsa Azmie, kita benci Azmie etc.. Ini tak, most of the time, aku leh baca buku, masak, makan, check chanel lain masa tengah layan cerita ni...











Kesimpulannya, best lagi layan filem ALI SETAN ngan ayat-ayat poyo ALI pada ASMIDAR.. Hmmmm..

Thursday, July 29, 2010

Muzika

Apa definisi korang tentang MUZIK? Kalu korang kata ia sekadar KEBISINGAN yang TAK BERFAEDAH then what else can I say kalu itu ialah makna muzik bagi korang. Bagi aku MUZIK ialah something yang GHAIB, x nampak, x dapat disentuh tapi ia mampu MENYENTUH aku. It seem ia adalah MAGIS yang ada SOUL. Hmmmm
.


Korang layan program KEYNOTE kat ASTRO x? Last night ialah FINAL KONSERTnya. Aku dah cam budak lelaki yang baru first time layan BLUE. Dudok sangat dekat ngan TV ngan kadar keterujaan yang sangat tinggi. Pendek kata FAAN ialah pujaan hati aku di samping FEROZ. Something tentang FAAN ni muzik dia cam IWAN FALS (yang aku baru je last few month kenal dekat2 muzik dia) yang sangat JUJOR, BEBAS dan ada JIWA sendiri. Hmmmm
.
(This is Faan)

Talk about MUZIK, sejujornya aku seorang yang sangat BATU or KAYU. Korang bagi je what ever type of music instrumental pada aku then ia akan mencipta KEBISINGAN. Berbeza ngan my sis, ANGAH: dia just dudok2 then kita akan dapat dengar rentak irama baru either ngan MELODIAN lama di rumah or with nothing. Kalu ikut sejarah keluarga: arwah ATUK memang pemain BIOLA dan benda klasik bertali yang ada kepala kat hujungnya (yang aku x tahu namanya) PAK CIK aku ada band ROCK zaman AMY SEARCH dulu dan bapak aku teror menyanyi. Yang selebihnya still boleh kareoke sambil orang tepuk tangan kecuali aku yang bersuara persis FASHA SANDA versi lelaki. Hmmm..
.
.
Kekawan pun ramai gak yang terlibat secara aktif dalam dunia MUZIK ni cam AZAN, KURT HUSKY, NABIL dan beberapa lagi r secara x langsung. And tentang AZAN yang I used to bagitahu dia bercakap n muka sangat mengantuk all the time akan turn to be sangat bertenaga bila datang 2 perkara. First waktu bercakap tentang MALINI (awek dia) dan second: LUCILLE iaitu band muzik dia.







Kesimpulannya: MUZIK bukan sekadar FREQUENCY. Ia adalah jiwa yang menhidupkan seseorang. Ia adalah terapi yang mampu bwat kita tersenyum, marah, sedih, dan banyak emosi laen. May be that why aku sangat respect kat sesapa yang pandai cipta MUZIK ni.







Dan pengaruh MUZIK aku? As time goes by aku sentiasa bergerak. Tapi MUZIK tetap MUZIK. Aku akan mendengar dan menghayati dan menghormati MUZIK (kecuali lagu yang dinyanyi oleh MAWI) . Cuma yang evergreen di hati aku musti r EVANESCENCE.

Friday, June 25, 2010

Peluang KEDUA

Do you guys believe in peluang kedua? Kalu aku pasti akan kata tak tapi realitinya jauh dalam2 hati aku akan kata ‘Yap, semua orang layak untuk diberikan peluang kedua kerana setiap manusia berpotensi untok berubah.. kan..?’

Post kali ni (dan yang terdahulu) diposkan di office (disebabkan computer rumah aku tengah meragam) dan yang ini mungkin yang terakher. (Kalu aku x update post untok tempoh yang panjang then maksudnya computer aku still bwat hal lagi) Dan aku katakan terakher kerana aku baru jer menghantar resignation letter ke BOSS aku semalam. So aku hanya menghitung hari dan menyiapkan tugasan2 terakher before kembali ke tampuk asal: TANAM ANGGUR. Hmmm…



Post kali ni aku anggarkan akan jadi satu post yang panjang dan mendatar. Sebab post kali ni aku kuarkan untok share with you guys (if you guys attend to read laa) about why kita perlu bwat apa moto PENGAKAP MALAYSIA bagitau iaitu ‘BUAT SEHABIS BAIK’ supaya kita x perlu do it again dalam peluang kedua yang x garenti ada nanti.



It did post out the reason aku join PEMERKASAAN di JKM ni dulu kat previous post tapi not too detail r. Reality sebenarnya ialah sebab aku nak jadikan ia sebagai peluang kedua untok aku perbetolkan sesuatu.



1.


There r something about me kira cam kelemahan yang leh korang guna untok pergunakan aku (ceewah leh plak upload bagitau 1 dunia. Apakah..?). Bwat baek2 ngan aku (by be my friend) then kuarkan ayat power2 so kedian ask for anything (bukan ‘segala-galanya’ r) then aku akan cuba laksanakan or kalu x aku akan terus dibelenggu ngan permintaan tu atas dasar persahatan.



So Im joining this kerja sebab seorang kawan. Kawan yang sama yang membuatkan aku berpindah dari rumah yang cukup selesa ke sebuah rumah yang lantainya senget. Sebab he asked me untuk temankan dia. Aku ingat lagi masa tu. Betapa aku akan rasa SUCKS kalu aku biarkan dia berseorangan kat situ. Then aku temankan dia sehingga satu ketika aku rasa ‘Hey, he will be fine without me’ so kedian aku kuar.



Dan kemudian he asked me again (beberapa kali) untok join PEMERKASAAN ni tapi aku reject dan reject lagi. Sehingga almost 2 month after tamat kat PUSAKA ngan cerita2 dari kawan2 yang he not as the same person before. Duh… Im feel totally SUCKS. So aku apply join PEMERKASAAN di JKM semata2 kerana dia. Tapi as time goes by aku sedar yang he become more better without me.. aku rasa lega.



So.. kamu: KOLAND ANAK SEKIP. Aku tau ko akan baca blog aku, then Im sorry sebab aku x bersama2 ko dari saat2 awal lagi. As what you always said ngan poyonya ‘Susah senang kita hadapi bersama’. Im sorry cause Im not.




Tempoh 2 bulan di JKM jugak adalah 1 episode pendek yang penoh ngan peristiwa penting yang besar2 gak. It seem kalu aku tinggalkan tempoh 2 bulan ni then gantikan ngan event laen then aku akan kehilangan banyak perkara penting. So seolah2nya Maha Suci Tuhan dah meletakkan aku di sini seperti Dia mahu aku mesti melaluinya. So I will share tentang great person yang aku jumpa sepanjang tempoh di sini.



2. FIONA ANAK BLIN


Each time aku bersama dia aku pasti akan teringatkan kat MISS DIDI. Entah kenapa it seem dia ialah peluang kedua untok aku perbetolkan setiap ruang2 kosong yang aku x sempat bwat ngan DIDI dulu. Aku x pernah punya kawan wanita yang rapat (plus kureng) selepas DIDI. Aku fikir DIDI r one and only wanita yang leh jadi kawan kepada aku tapi kedian di sini aku jumpa FIONA. Ngan perangai hampagas x macam perempuan sepatutnya memang cam sama. Ketinggian pon cam sama then bwat aku teringat setiap kali aku jalan sebelah DIDI then aku akan letak tangan kat bahu dia sambil kata ‘Hei, budak kecik’.. wakaka.. Be with FIONA totally bwat aku rasa QUALITY time ngan DIDI.



Even be with FIONA (as kawan r) jugak bukak lembaran penting dalam diari hidup aku. Terlalu lama berada di samping kawan lelaki membuatkan aku leka tentang perempuan. Tapi bila bersama FIONA sepanjang 8 jam sehari, 5 hari seminggu bwat aku lebih menghayati wanita. Walupon dia kureng sikit ciri2 sepatutnya seorang perempuan tapi sejujornya aku rasa lebih berbunga2 bila dia ada. Dan lebih hebat dia menjadikan aku ANGGAU kepada wanita-wanita tertentu. Jujor wei, dia membuatkan aku lebih …. Duh speechless aku wei… membuatkan aku mahukan Miss S_______ lebih lagi.. lebih hangat dari biasa…



Mungkin sebab aku CAPRICORN dan dia VIRGO or kami memang ada aura serasi as kawan. Plus aku yakin ko pun akan baca gak blog aku. Just be yourself. Freely be you. People will always love you walupon perangei ko sebijik cam lelaki. So kalu aku gi nanti, musti aku akan rindukan ko r FIONA. Then aku akan perkenalkan r ladies yang bertuah tu nanti…




3. WAN AZAN SUFFIAN WAN ABDULLAH


I never tho that aku akan jumpa dia lagi. Tapi FATE lebih berkuasa. Kami bertugas di bahagian yang sama di JKM. Sebelom ni aku kenal dia just macam tu jer cuma perjumpaan seterusnya kami kenal lebih rapat sedikit lagi. Perjumpaan kedua (minggu2 terawal after ORIENTASI: pasal kami hanya kenal semula after that) membuatkan aku lihat dia cam KOLAND. Ngan sikap nakal2 childish plus sometime annoying, ngan sisi jenaka dan seriusnya memang sebijik cam KOLAND. So sekali lagi seolah2 ia cam peluang kedua untok aku.



Tapi as time goes by setiap kali aku tengok AZAN then apa yang aku lihat hanyalah diri aku. Entah kenapa aku pon x pasti apa. May b dari setiap cerita yang dia share, or dia punya pemikiran or what ever I don’t know what. I see him then I can see myself. It seem dia ialah another version untok aku or versi aku yang terdahulu. Hmmmm…



Dear AZAN, aku tahu ko akan baca blog aku (Cuma masa je r x tau bila), there something yang berbeza pada ko hari ni berbanding ko yang aku jumpa last few week. I don’t know for the reason what. If there r something that I did or something I said that aku mintak maaf. Ko ialah AZAN yang dikenali kerana banyak bercakap dan penoh ngan idea gelak ketawa. So just stay jadi cam tu.





Dan jugak kepada mereka2 yang laen.



KURT HUSKEY: seorang lelaki yang dalamnya masih ada seorang kanak-kanak. Jangan jadi orang laen ketika bersama orang laen.



SALMIAH: emak orang yang berjiwa remaja. Jangan biarkan sesapa buli ko. Youre somebody yang leh gi jauh ngan hati suci ko. Plus don’t think too much, just do whatever yang ko rasa ko nak bwat.



ISKANDAR: hei, this guy membuatkan aku teringat kat kawan aku HANIZAM OPON. Ngan suaranya, ngan tingkah lakunya. Memang sama.



YUN: gadis Sabah yang sentiasa manis ngan senyuman dan so soo sweet



RAJALI: lelaki kurus yang setia ngan warna pakaian yang sama. You’re 24 then be 24



Thanks. Last 2 and half month adalah tempoh masa yang pendek tapi bermakna atas kehadiran korang semua. As a KAWAN

Sunday, June 6, 2010

Cucok PONGGONG

Post yang bakal korang baca ni mengandungi aksi 18SG yg x sesuai untok golongan bawah 18 tahun tapi aku yakin semakin kita larang yang belom cukop akal ni baca then makin suka r diaorang baca. Sukati korang r…


Tapi aku kuar r lepak makan2 ngan group of kkawan ni then kedian plan nenggok wayang kat LOTUS FIVE STAR yang dah berkurun aku x tenggok sejak adanya MBO kat SPRING. Dipendekan cerita masa dah nak masok hall aku r yang paling belakang sekali dan masa tu plak mamat yang jaga ticket bukan maen berbudi bahasa aka lambat r sesangat nak check tiket yang sejempot tu. So berasak2 gak r manusia yang tahap BARBARIAN masa tu.

Dan nak dijadikan cerita plak belakang aku ni ada r 2 ‘lelaki’ yang kurang ciri2 kelelakian beliau. So dalam situasi rapat2 ni tadi ttiba beliau sorang tu berlanggar r aku. Still NO BIG DEAL. Tapi kedian adegan tersebut berulang 2-3 kali. Sambil beliau MENGESEL2KAN DADA beliau yang x cukop sifat tu kat badan aku. Then boleh plak beliau yang kedua tu bwat bunyi MAK NYAH tengah layan ONANI.

Duuh…

Aku x pasti apakah OBJEKTIF beliau2 itu buwat benda cam tu. Beliau fikir aku akan berkata sambil tersenyom “Ooh tahniah sebab korang dah berjaya bwat aku GHAIRAH. So sebagai HADIAHnya apa kata kita gi TOILET pasal aku nak COCOK PONGGONG korang..!!” Oooh Shitnya statement tu.

Based on appearance luaran ngan gaya percakapan, diaorang either MELAYU or BUMIPUTRA still sekolah menengah yang pada tahap usia teringin sangat MERASA kena COCOK. Tapi penampilan hancus. Wei bro, kalu dah teringat nak merasa jadi PEREMPUAN then OPERATE r tukar jadi TRANS. Jangan setakat makan PILL HORMON nak bwat DADA nampak lebih besar jer. Then balik rumah berLAKON JANTAN depan parents sebab takot STIGMA masyarakat.

Kalu ko nak sangat then aku leh kenalkan r RELATIVE or KKAWAN aku as a MENTOR yang dulu zaman sekolah bukan maen LELAKI tapi sekarang dah jadi PEREMPUAN tulen. Ni x, setkdar bwat aksi GESEL2 DADA korang yang BONJOL sikit tu jer then dalam bilik kat rumah COCOK TIMUN dalam PONGGONG sendiri. Dude, x dengar ke orang putih dah kata ‘As COOL as CUCUMBERthen mana SYIOK kalu benda SEJOK cam tu masok PONGGONG. Cari r real ‘cucumber’ yang PANAS yang at the end leh kuar susu segar dari ladang ker. Kalu ko fikir dah nak bwat dosa sangat then jangan dudok atas pagar r. x ada tempat tengah2 antara SYURGA dan NERAKA r.. choose either one jer..


Entah apsal memang HANGIN gak r aku petang tadi. Realitinya aku x kisah pon ngan NYAH, LESBIAN or mmamat GAY ni ker. That their orang punya pilihan sendiri. Even ramai kawan aku yang cam tu tapi aku NO BIG DEAL pasal aku x pilih kawan. Tapi jangan r bwat perkara cam tu tadi kat orang2 awam yang orang laen x suka. Yaap.. in realitinya memang aku pasti ada yang suka diLAYAN cam tu tapi aku x… DAMN..




Then teringat kata AZAN: “Entah kenapa susah betol PEREMPUAN suka kat aku tapi kalu mamat GAY ramai plak berminat kat aku..” (realitinya PONGGONG AZAN telah diiktiraf oleh kkawan girls n lelaki-s as TERLALU UNIK untok sorang lelaki… hmmmm) Itu r aku pon heran. Sejak dari zaman sekolah sampai r sekarang. Kalu gi lepak2 kat shopping2 komplek ssorang then garenti ada jer mmamat yang ringan mulot ASKING FOR A SEXS WITH.. Apsal? Muka aku ni cam bagus bwat aksi COCOK PONGGONG or PONGGONG aku ni cam sesuai diCOCOK ker?










Then teringat plak kata RADZI: “Aj, dulu aku fikir ko ni GAY r…!!” Then dalam hati aku kata ‘Patot r ko takot semacam ngan aku. Ko fikir aku teringin sangat ngan PONGGONG BERBULU ko tu ker?’… Then suara jahat pon tanya ‘Btw cam ne ko tau ponggong dia berbulu…?’… shut up..!!!

Wednesday, May 26, 2010

3D

Last night layan SHRIEK: The Final Chapter dalam bentok 3D. And kalu x silap ini first animation aku layan kat wayang. Walupon effect 3Dnya kurang berkesan sikit tapi mmg ada part yang leh bwat kita terkesima dan terdiam (even AZAN yang leh cakap 24/7 tanpa henti pon leh diam gak semalam).



Bab tu ialah pada masa SHRIEK dan FIONA tengah bergadoh semasa first anniversary babies diaorang. So then FIONA kata r kira cam ni “Ko (SHRIEK ni r) dah ada family yang sayangkan ko, kkawan yang sayangkan ko and even ramai lagi sayangkan ko cuma masalahnya sekarang ni Cuma ko sahaja yang x nampak..”

Kira hebat r statement tu. Plus bila fikir on what happens lately bwat aku terfikir “Hei, Im not invinsible anymore..!! Im somebody now” Why Im saying that? Sebab aku rasa kewujudan aku ttiba penting bwat orang2 tertentu. Mereka menghargai aku sehingga mengakibatkan aku rasa betol2 alive.


Im 3D now. Aku bukan sahaja boleh dilihat malah aku dah boleh disentoh. Dan aku dapat rasa haba dari semua. Gosh.. Im totally alive.







(then ada akan kata ‘Mamat ni gila di bawah pengaruh media masa yang sangat hebat sehingga dia leh fikir yang dia ada supernatural invincible power r plak’)







Then aku jawab ‘What ever…!!”

Sunday, May 23, 2010

Reason to Quit

Kalu korang tanya aku: a) Kenapa aku join form 6 dulu then jawapannya sebab aku x nak kerja. b) Kenapa aku masok universiti then jawapannya sebab aku nak lari dari rumah. c) Kenapa aku joins GEMS then jawapannya sebab aku nak lari dari masalah. d) Kenapa aku join PEMERKASAAN di Wisma Bapa sekarang then jawapannya….


Bila aku berhenti mengajar di LODGE dulu bwat aku terfikir sekarang betapa keputusan tu adalah looser sangat2. Im not even been there untok 2 bulan pon. Biasa r persekitaran baru perlukan penyesuaian. Then kalu aku kata reason aku berhenti hanya sebab umpatan dan gosip2 liar yang dihantar ke Mr CHAIRMAN memang aku rasa sangat bodoh r kalu aku berhenti. Even aku x join pon politik office sana lagi teros mengalah. Tapi realitinya aku berhenti sebab betapa aku sayang pada students2 aku. Then aku nak ada proper guru yang leh ajar mereka perkara yang aku x mampu ajar. May be that a good reason untok mengundor diri. Hmmm…




The same situation happen again. Aku rasa betapa aku perlu berhenti. Sekali lagi mungkin setahun yang akan datang aku akan kata betapa keputusan berhenti hanya kurang 2 bulan adalah keputusan yang sangat2 looser. Kalu aku kata gosip2 dan umpatan kakak dan abang2 seniar kat sana pada aku jadi reason untok aku berhenti sangat2 r lemah. Kat mana2 pon politic office cam tu memang akan ada. Kita Cuma perlu berdepan ngan mereka ni ngan cara bijaksana jer. hmmm..

Then aku aku kata aku x pernah bwat kerja ngan betol sehingga ada 1 ketika tu PENGURUS BESAR kena effect bila surat yang dihantar tersalah data. Orang yang baru kerja govern kuarang sebelas tahon ttiba data kata dia dah kerja start umor 2 tahun lagi (might sound funny tapi reality sangat sucks bila kena tegor by Pengurus Besar that day) dan aku yang handle and sent that letter. Sekarang kena handle beratos2 lagi application pekerja govern di Sarawak yang nak naek gaji dan pangkat. Prosedurenya mukan mudah pon. What if I make another mistake again and again. Besar wei tanggungjawabnya. Then pasti ada akan kata gak ‘Biasa r baru 2 bulan mana leh master in everything. Orang yg kerja bertahon pon x perfect mana pon..’.


Then aku persoalkan balik : When are the rite time untok berhenti? Selepas 2 tahon kahwen dan ada anak sorang or pada usia 58 tahun? Duh.. aku rasa tempoh 2 bulan adalah masa yang terbaek untok aku lihat bagaimana aku di persekitaran ni. Sama ada ia sesuai ataupon x. Dan aku x nak bazir masa aku yang ada. Kan…?



REASON TO STAY
CHIN dan PIZA (Pelajar praktikal KAUNSELING dari UNIMAS) tanya kenapa aku pilih PEMERKASAAN di JABATAN KETUA MENTERI. Jawapan dari aku bwat mereka terkejut. They don’t even think that reason adalah jawapan yang mereka harus dengar. Walupon awal2nya mereka kata reason tu x kukoh then bila aku jelaskan then mereka setuju. So as time goes by, walupon hanya dalam 2 bulan aku rasa aku dah fulfill the reason. So may be pada saat aku accomplish it so aku dah boleh berhenti dengan lega hati.

Dalam tempoh kurang 2bulan ni jugak aku temui kawan2 baru. Kali kedua aku rapat dengan seorang wanita yang aku anggap as kawan (yang harapnya x ada perasaan lain) selepas DIDI. Seorang wanita yang menjadikan aku lebih dalam memahami wanita (may be next post akan cerita tentang FIONA). Dan juga SALMIAH dan KURT HUSKY. Malah aku juga mulai mengenali WAN AZAN yang selama ini hanya wujud pada rupa dan nama sahaja.




















Lalu aku mungkin akan berhenti sebelum aku melakukan kesalahan dan kesalahan lagi melainkan akan ada seseorang yang berjaya menahan aku. Or may be benar kata NAZ, it it is in our genetic bila kami kata ya that mean ya and not even anyone can stop us..




Mungkin tertutupnya pintu ini, akan terbuka pintu lembaran yang baru.. Hmmmm…

Friday, May 21, 2010

knowingMeknowingYOU

Last Wed masa rehat lunch, aku dan WAN AZAN ngan baju office wear gi layan maen. Walupon reality dia jer yang maen n aku just penyokong tapi at the end of the session dia asyik itok (local dialect yang I do not sure translation dalam Bahasa Melayu standard). Dia asyik berkira nak bayar balik RM10 yang aku bayar untok maen bowling tu tapi aku plak x nak terima. So last nite dia ajak kuar tengok wayang n layan Mc D (tempat makan utama).


So malam tadi, masok je dia ke dalam kereta teros dia kuarkan 1 statement ‘Aku x pernah sangka yang kita akan keluar sama (sebelom ni memang pernah kuar sama tapi in group with other friend r) pasal aku fikir yang ko jenis yang akan keluar ngan kawan2 tertentu je”. Then jalan2 sekitar Spring sambil cakap2, kami lepak makan Mc D sambil cakap2, lepak kat Kuching Waterfront sambil cakap2, tengok cerita ROBIN HOOD sambil cakap2, and lastly lepak minom kat Benteng sambil cakap2. Dalam masa tu dia kuar statement lagi ‘Next time kita kena bawak kuar 2-3 kawan lagi tapi ada masa kalu perlu keluar berdua pon wokey gak. Best gak pasal ada geng yang ada persamaan dan leh faham dan ketawa pada cerita aku..”. Aku ketawa.


In realitinya statement cam tu memang dah kira cam tipikal statement yang aku sentiasa dengar dari mulot2 kawan lelaki yang kuar lepak bersama. Pasal before, mereka akan judge aku differently: before and after lepak kuar malam bersama. Before just kenal biasa2 then mereka fikir aku itu ini r tapi bila ttiba 1 malam mereka ajak lepak kuar malam (mostly atas alasan x da kawan laen yg free masa tu) then mereka akan ajak kuar lagi dan lagi dan lagi. Then lepak merokok kat rumah sampai 1-2 pagi etc. So standard words mereka ialah:

Aku x sangka akan kuar ngan AJ

Aku fikir AJ ni x mungkin akan nak lepak sama2 aku.

Aku x sangka yang kita ada banyak pesamaan.

Aku x sangka AJ akan nak dengar and share cerita ngan aku.

Bla..bla..bla…








Duh.. may be that why dalam keputusan LEONARD PERSONALITY TEST bagitau bahawa sifat aku akan sentiasa disalah anggap oleh orang laen. So it not fair to judge me tanpa kenal aku sebenarnya kan?


Cuma kekadang sakit hati gak r kalu ada yang guna alasan sebab kawan laen x free baru terfikir nak ajak aku r, or sebab terhutang duit n budi baru ajak kuar. Then bila dah lepak kuar ssama baru kuar balik statement ‘AJ, ko kawan yang baek r rrupanya. Menyesal aku x ajak ko keluar awal2 dulu’ yang seterusnya buat aku kata ‘ERK…’

Friday, April 30, 2010

Wan Azan Suffian

I still remember that nite, aku punya first impression tentang mamat bernama WAN AZAN SUFFIAN WAN ABDULLAH ni ialah dia seorang anak orang kaya yang manja dan slalu memberontak ngan parents dia ngan misi leh survive tanpa sediki bantuan pon dari diaorang. Then belajar di sekolah swasta (sebab keputusan peperiksaan awam yang terok) dan sangat2 liar dan bebas masa belajar. Pakaian branded2, ambik masa yang lama depan cermin dan akan berkawan ngan orang2 cam dia jer (poyo dan berlagak r). dan mereka akan tertarik ngan girls yang putih dan dahi licin plus x terkecuali jenis yang akan mengetawakan setiap orang yang pelik aka nerd or freak yang ada. Hmmmm…




As time goes by AZAN bukan lah cam yang aku sangka as my early impression. 2 bulan setengah bersama dalam kumpulan INFINITY di GEMS membuatkan ada part aku respect kat dia. Cam masa kat khidmat masyarakat in last JUNE. Dia sangat2 dedikasi bwat kerja bawah panas terik walaupon ramai yang dah berehat pasal dia dipertanggungjawabkan as ketua bahagian tu. Even in group dia antara penghibur suasana kami semua ngan jenaka yang sentiasa x pernah kering. Keluar MC D dan MOVIE beberapa kali bla..blaa..blaaa…

Tapi hubungan kami berdua just baek2 je r.. why am I say that? Sebab each time aku msj dia x akan balas melainkan ia perkara yang SANGAT-SANGAT-SANGAT penting, dia x pernah msj aku, kami x berhubong tru FACEBOOK dan dia x ingat apa yang dia pernah cakap dan each aktiviti yang pernah kami bwat bersama. Hmmmm….


Last MONDAY tadi secara rasminya aku telah menambahkan list rumate aku yang terbaru. AZAN. Walaupon hanya sekadar untok 5 hari dan 4 malam tapi still ia adalah tempoh masa yang penting kalu dikira dari qualitinya. Sebab most of the nite kami x ada aktiviti then we have a PILLOWTALK (istilah yang dia guna. hmmm) and even bila kelas habis awal kami bwat aktiviti rumate yang x ada kenderaan untok keluar. Kami cerita perkara kecik2 sampai ke pembangunan negeri. Ada part cerita rahsia yang hanya kami sahaja yang tahu. Kami ketawa dan turn serius bila tiba masanya. Dan kami masok kawasan flat yang dilarang (sebab ada rumor kata someone died there), pergi kediaman yang ditinggalkan dan imagine malamnya ada benda datang ke bilik tidor kami dan jalan kaki keluar semata2 untok membeli sekotak rokok. Hmmm…

Something about AZAN yang dia akui sendiri ialah dia akan jadi berbeza jika berada dalam kumpulan berbanding jika bersendirian. Yap most people are like that tapi perbezaan pada AZAN agak laen. Dia seperti masih lagi lelaki yang sama yang pernah dia ceritakan berlaku pada zaman sekolah dahulu. Someone yang ko kata sendiri pernah berlaku dan kau tinggalkan tapi sebenarnya masih lagi ko bwat secara x sedar. Hmmm…





Then aku teringat ttg first impression aku dulu.. mungkin x semuanya betol dan x semuanya salah. Tapi terlalu singkat untok aku kenali dia hanya berdasarkan 5 hari 4 malam bersama sahaja.






AZAN ialah seorang lelaki yang most of the time akan bercakap ngan intonasi yang kurang jelas dan mata sangat2 mengantok. Cuma in certain past sahaja dia akan bercakap dengan bertenaga dan mata yang besar. Dan aku gembira bila dapat lihat sesuatu yang cukup jarang sesiapa lihat sebelom ni. Hmmm…

Tuesday, March 30, 2010

Seriously serious

Aku pernah tanya beberapa orang kawan tentang persepsi pertama diaorang masa first2 jumpa aku dulu. Mostlynya akan kata aku ni mamat yang sombong. Even some akan kata yang mereka sangat takot nak tegor aku. Then bila aku bwat muka serius kat depan cermin, memang berlagak dan ganas. hmmmm… .



Petang semalam aku gi taklimat program penempatan siswazah (or also known as pemerkasaan among Sarawakian r). Gi ssorang je ke Dewan Undangan Negeri Sarawak (DUN) yang baru. Entah kenapa start dari parking motosikal skitar 2PM sampai masa balik 5PM, aku boleh bercakap tanpa henti. Jumpa je ssapa teros ringan mulot cakap dan cakap. Is seem that cam dah kenal lama sedangkan baru first time jumpa. Then gi tempat laen lagi cakap lagi ngan orang laen. Cakap benda yang terlalu camx sesuai cakap ngan orang2 yang pertama kali jumpa… hmmm….

Then terjumpa 2 orang kawan 1 sekolah menengah dulu yang bothnya sangat2 rapat iaitu ROZANNA YUSOF aka JUERA yang dah kahween last APRIL (yang saiz badan dia double or triple berbeza dari saiz dia sekolah dulu dan dah hampir nak menyamai saiz emak dia) dan ASMAH ARIFFIN (yang sedikitpon x berubah.. Hmmmm). So makin rancak r idea perbualan aku.

Kedian terjumpa plak ngan angkatan seGEMS iaitu AMIROL (‘ustaz’ yang aku pasti dia x kenal aku pon), AZAN (yang tengah berbahagia ngan awek dia plus x berenggang sikit pon wei) dan SHAH REEZA. Dan yang pelik gak semalam ni, sewaktu 2 bulan kat GEMS dulu leh kira r patah perkataan aku cakap ngan mamat ni. Kira kurang 5 patah perkataan dalam tempoh 2 bulan r tapi semalam cakap ngan dia ngan gelak ketawa cam dunia tanpa sempadan r (plus aku x tau r plak ko baca blog aku ni.. hmmm..)



So ada r yang kuar statement ‘So apa masalahnya kalu aku ni nak cakap banyak?’


Sepanjang tempoh 25 tahun hidop ni, pola aku bercakap agak pelik sikit r. Contoh cam kalu kkawan masa GEMS jumpa kkawan masa Universiti jumpa kkawan masa sekolah menengah jumpa family jumpa lagi orang2 yang aku kenal kat what ever event aku pernah gi then pasti mereka akan bagi persepsi yang berbeza tentang aku.

Pendek katanya in certain2 events aku sangat2 diam dan menyendiri tapi event laen plak sangat2 ramah dan happening. Cam orang yang berbeza.

Sejujornya aku x perasan r sehingga ada yang mulai kuar statement cam tu. Contoh cam semalam kawan yang bernama Juera ni kata aku sangat2 senyap masa sekolah dulu tapi sekarang mulot x berhenti bercakap 24/7. Sama cam kkawan yang kenal aku masa form 6 dulu pasti akan kata aku ni sangat2 sombong dan bawak kepala sendiri tapi bila zaman U, aku jadi someone yang totally different.

Ingat lagi pernah date ngan sorang girl ni. most of the time dia memang banyak cakap ngan ayat2 chomel yang menceriakan r tapi 1 hari tu dia leh diam then aku persoalkan r. jawapan dia ‘sebab aku banyak cakap ari tu..’ even entah apsal semester tu gak aku sangat2 banyak cakap sehingga family hairan sikit ngan ‘keceriaan’ aku yang pelik masa cuti 2 bulan (pasal kalu kat rumah aku sangat2 kurang2 bercakap).. tapi the next sem aku kembali reda.. hmmm…



Kadang2 aku sendiri pon x paham. May be sebab aku ni manusia yang hidop based on mood. Bila mood aku baek then aku bercakap r tanpa henti tapi kalu aku moody then jangan harap nak kuar 1 frasa or praklausa pon (ayat seorang linguist). Or may be sebab persekitaran or orang2 yang berada kat situasi tu..


Or ia adalah cara aku untok mengalih tekanan dan stress yang ada. Cam masa aku joins GEMS dulu aku jadi sangat2 hyperceria disebabkan tekanan yang besar masa tu.. tapion what ever reason sekalipon, yang pastinya stress dan perasaan give-up yang terpendam sekitar sebulan lebih tu dah hilang sedikit sebanyak....


















Thanks untok kkawan yang sudi bercakap, mendengar dan ketawa bersama.. dan yang menghantar sms dan mms… hmmm…