Showing posts with label Suphia. Show all posts
Showing posts with label Suphia. Show all posts

Sunday, October 7, 2012

Awkward Momment

Awkward ialah frasa yang paling banyak aku dengar dan aku guna pada previous night meeting. Awkward pada definisi aku ialah feel kekok bila ada orang lain bersama kita yang buat gelisah tak tahu apa nak buat sehingga kita kuarkan statement or soalan yang pelik cam 'Hari ni panas kan..?'. Hmmm.. Awkward...


Previous night aku dan beberapa orang kawan lepak-lepak makan kat Mc D kira untuk majlis pra-perpisahan kepada Kaspalela Manja yang akan berpindah balik semula ke Miri. Kalau Kuching ni umpama Johor then Miri ni kira Perlis ar. So kalau korang dudok Perlis then korang tak kan turun ke Johor seminggu sekali semata-mata nak shopping kat Plaza Angsana ar kan kiranya. So rasanya it will take a while untuk berjumpa Kas pada masa akan datang kelak. Dan kalau korang ingat few month ago aku ada tulis post tentang kawan yang masuk hospital dulu then that her. Dan makan-makan ni kira untuk farewell khas untuk dia ar walaupun mostly ia lebih kepada perjumpaan kekawan yang dah lama tak jumpa.

There are 8 of us so memasing punya cerita sendiri. Walaupun tak de ar lama sangat tak jumpa. Paling lama pun setakat 4-5 bulan jer kot. But still banyak benda yang nak di share, gelak ketawa dan paling banyak imbas balik kenangan dulu-dulu. Kami sebenarnya tak da lah kenal lama sangat. Just around 3 tahun jer (kecuali sorang ni sebab dia tunang kepada salah sorang kawan) but still a lot things happens yang leh masok dalam kotak memori penting ar.

Makan dan lepak-lepak tu start dari jam 8 malam hingga 1 pagi cam tu. 






...







Im not kind of guy yang leh pretend like there nothing happens when there something happens. Contoh cam kalau kawan ko ketawa tapi korang perasan yang disebalik ketawa tu dia sedang menyimpan satu perasaan  yang sangat sedih tapi ko tahu dan apa yang ko buat ialah sesama ketawa then it  make you feel suck. Cuma most of kita lebih refer untuk buat-buat tak tahu daripada get involved with it. Memang ar jaga tepi kain orang tu tak best tapi kalau kita tak buat apa-apa then itu lagi tak best kan?

Even aku yakin most of masalah besar yang berlaku pada aku bermula dari sifat pelik aku tu. Tapi nak buat cam ne kalau itu ialah aku kan?








Tapi pada previous night aku pilih untuk tak bertindak seperti selalunya. Aku pilih bertindak untuk jadi seorang yang berpura-pura tak tahu apa-apa pada beberapa wajah, serta cerita dan rahsia mereka. Mungkin dah tiba masa untuk aku tak terlibat dalam apa-apa masalah besar lagi kali ni.














Dan OMG betapa it makes me feel so awkward. Hmmmm..

Saturday, June 30, 2012

Kasfalela Manja

Entah apsal hati aku tergerak berkata "Apsal Kasfalela Manja ni dah lama x upload status FB?" Kebarangkaliannya it either dia dah bubarkan account FACEBOOKnya or dia dah remove aku dari friend list dia or dia sangat busy. Sebab Kas seorang engineer yang selalu travelling sana sini but still dia sangat active update kat FACEBOOK. So aku check wall dia dan heran apsal ramai yang wish dia semoga semboh dan apsal dia sekarang kat Hospital Umum Sarawak (HUS)? 


So aku tanya Suphia (another friend) dan dia pun x tahu so dia call handphone Kas dan kakak Kas jawab dan mengesahkan rasa curiosity kami cuma dia tak menjelaskan secara detail what happen. So tadi malam aku ngan Phia (beberapa kawan x dapat join dan Koland x lupa datang last minit) pergi ke HUS.

At first bila sampai katil dia, Kas just berbaring. I tho dia keletihan ar tapi realitinya dia memang x dapat duduk pun. Rerupanya dah 3 minggu dia ditahan kat HUS. 8 day earlier dia masuk ICU. That mean masa dia SMS ajak aku dan kekawan lain kuar malam tu ialah hari-hari terakhir before unfortunate event ni berlaku.

Menurut kata emak Kas, memula it just batuk-batuk biasa yang berpanjangan selama 5 hari. Then dia start rasa lemah-lemah sehingga bapak dia paksa buat check up. Then doctor cakap selamat mereka datang awal sebab ada kuman pada darah Kas yang dah effect sistem sarafnya. Kalau lambat then x tahu ar apa yang akan berlaku.

Sekarang ni Kas totally helpless ar. Kalau word yang tak bestnya dia lumpuh hampir sepenuhnya. Sebab 2 part pada dia yang leh bergerak hanya bibir yang tak bersuara dan tangan. Itupun dalam tempoh 3 minggu kemajuan yang baru berlaku ialah tangan kirinya baru bergerak dan ia cukup lemah. Dia x dapat merasakan kaki dia pun malah menelan air liur pun x dapat. 














Sedangkan sebelum 3 minggu ni or hampir 3 tahun mengenalinya, Kas seorang gadis periang, banyak cakap, x suka duduk diam, yang suka tengok wayang, main bowling, kareoke, mc d etc. Tapi satu perkara yang masih ada pada Kas yang kami lawati tadi ialah: Dia masih lagi tersenyum.

















Aku yakin Tuhan x ada menurunkan satu-satu ujian melainkan Dia yakin umatNya mampu menghadapi ujian itu. Plus sekarang Tuhan sedang memberi tumpuan lebih kepadanya. Dan aku berdoa serta aku nak kekawan yang mengenali or tak mengenali dia please doakan agar dia kembali sihat seperti dulu. Ameeen