Showing posts with label Infinity ltd. Show all posts
Showing posts with label Infinity ltd. Show all posts

Sunday, October 7, 2012

Awkward Momment

Awkward ialah frasa yang paling banyak aku dengar dan aku guna pada previous night meeting. Awkward pada definisi aku ialah feel kekok bila ada orang lain bersama kita yang buat gelisah tak tahu apa nak buat sehingga kita kuarkan statement or soalan yang pelik cam 'Hari ni panas kan..?'. Hmmm.. Awkward...


Previous night aku dan beberapa orang kawan lepak-lepak makan kat Mc D kira untuk majlis pra-perpisahan kepada Kaspalela Manja yang akan berpindah balik semula ke Miri. Kalau Kuching ni umpama Johor then Miri ni kira Perlis ar. So kalau korang dudok Perlis then korang tak kan turun ke Johor seminggu sekali semata-mata nak shopping kat Plaza Angsana ar kan kiranya. So rasanya it will take a while untuk berjumpa Kas pada masa akan datang kelak. Dan kalau korang ingat few month ago aku ada tulis post tentang kawan yang masuk hospital dulu then that her. Dan makan-makan ni kira untuk farewell khas untuk dia ar walaupun mostly ia lebih kepada perjumpaan kekawan yang dah lama tak jumpa.

There are 8 of us so memasing punya cerita sendiri. Walaupun tak de ar lama sangat tak jumpa. Paling lama pun setakat 4-5 bulan jer kot. But still banyak benda yang nak di share, gelak ketawa dan paling banyak imbas balik kenangan dulu-dulu. Kami sebenarnya tak da lah kenal lama sangat. Just around 3 tahun jer (kecuali sorang ni sebab dia tunang kepada salah sorang kawan) but still a lot things happens yang leh masok dalam kotak memori penting ar.

Makan dan lepak-lepak tu start dari jam 8 malam hingga 1 pagi cam tu. 






...







Im not kind of guy yang leh pretend like there nothing happens when there something happens. Contoh cam kalau kawan ko ketawa tapi korang perasan yang disebalik ketawa tu dia sedang menyimpan satu perasaan  yang sangat sedih tapi ko tahu dan apa yang ko buat ialah sesama ketawa then it  make you feel suck. Cuma most of kita lebih refer untuk buat-buat tak tahu daripada get involved with it. Memang ar jaga tepi kain orang tu tak best tapi kalau kita tak buat apa-apa then itu lagi tak best kan?

Even aku yakin most of masalah besar yang berlaku pada aku bermula dari sifat pelik aku tu. Tapi nak buat cam ne kalau itu ialah aku kan?








Tapi pada previous night aku pilih untuk tak bertindak seperti selalunya. Aku pilih bertindak untuk jadi seorang yang berpura-pura tak tahu apa-apa pada beberapa wajah, serta cerita dan rahsia mereka. Mungkin dah tiba masa untuk aku tak terlibat dalam apa-apa masalah besar lagi kali ni.














Dan OMG betapa it makes me feel so awkward. Hmmmm..

Monday, June 21, 2010

The Man That Hates REUNION

Last Friday night aku gi r satu REUNION ni dan secara x langsongnya ini ialah REUNION yang ketiga (satu aku x gi) dalam tempoh sebulan. Duh.. Apakah maknanya? Adakah aku terlalu aktif berkumpulan sosial? Hmmmm...

Aku x peduli kalu ada daripada ahli yang turon last REUNION tu terbaca post aku kali ni. I DONT CARE...!! That REUNION r sucks..!! May be sebab aku ni salah seorang ahli tetap ANTI-REUNION or memang last REUNION tu memang sucks... Duh...!!

Then pasti ada yang tanya " Apasal ko gi gak kalu ko x suka benda alah bernama REUNION nih?" Yap. Aku pon heran bin ajaib gak. Kenapa ek aku nak turon gak gi last REUNION. Leh2 jer aku relaks2 and enjoyed QUALITY TIME berbuka puasa ngan family kat rumah (Aku ngan MAK aku berpuasa sunat REJAB). Tapi still aku perlu berebut2 balik rumah petang tu dari kerja ngan JAM kat jalan yang panjang then sampai rumah: mandi, cari hadiah nak x-change ngan kkawan (as salah 1 aktiviti yang dirancang) dan teros turon berebot2. Last2 bukak posa dalam kereta minom AIR MINERAL dalam BOTOL jer.

Bwat aku terfikir, may be sebab utama aku turon ialah sebab: kalu aku x turon then sorang kawan ni x ada transport dan the other kawan ni x akan turon. Apakah? Aku ni dah sampai tahap SAINT AJ ker? Duh... WHAT THE FUCK sunggoh saya ini.

Lepas MAGHRIB kat MASJID BAHAGIAN kami gi D11. Dan seperti yang dijangka, kami paling awal. Kedian kurang setengah jam baru ada sorang then setengah jam lagi sorang dan lagi2. Dan yang x datang plak kuar alasan yang pelik2 (better aku pon kuar alasan untok x datang gak)..

Then yang bwat aku rasa hyper SUCKS nya ialah ada r 1 bab ni (x nak r bagitau sesapa) bwat hati kecik aku terkilan r ngan beberapa ekor makhluk ni yang aku x sampai ati sebenarnya nak sumpah seranah pasal depa ni kawan aku tapi bwat aku rasa cam "Dude.... ^&$#%(*!... " Apakah korang ni...? Kawan ker bwat kerja cam ni depan2 kawan...?

May be semuanya sebab aku ni jenis ANTI REUNION (pasal to me there are no such thing as real 'UNION' in that such group). Or may be because Im not such a real GOOD person yang sesuai untok dijadikan KAWAN bwat orang2 yang baek dan prihatin cam korang2 semua kat luar tu kan...

Dear kekawan..,

What ever thing yang aku tulis dalam post ni totally sampah dan x leh guna pakai pasal aku tulis ngan perasaan yang penoh marah dan sakit hati. Aku mintak maaf untok setiap ayat mencarut yang aku guna dalam post ni. Mintak maaf pada sesapa yang aku bwat korang terpaksa turon. Realitinya yap... aku memang sakit hati yang teramat. Ngan guna alasan apa yang ada aku teros gi jer malam tu.

Then ada yang try nak tanya aku disaat2 emosi aku lom stabil: "Apa sebenarnya yang bwat ko rasa sakit hati sangat ni, bro..?"

Then aku jawab ngan ayat penoh sastera: "Sebelom ni Im invinsible... Im no body but then you make me be somebody but then you turn me invinsible again...!! Apakah...?"

Friday, April 30, 2010

Wan Azan Suffian

I still remember that nite, aku punya first impression tentang mamat bernama WAN AZAN SUFFIAN WAN ABDULLAH ni ialah dia seorang anak orang kaya yang manja dan slalu memberontak ngan parents dia ngan misi leh survive tanpa sediki bantuan pon dari diaorang. Then belajar di sekolah swasta (sebab keputusan peperiksaan awam yang terok) dan sangat2 liar dan bebas masa belajar. Pakaian branded2, ambik masa yang lama depan cermin dan akan berkawan ngan orang2 cam dia jer (poyo dan berlagak r). dan mereka akan tertarik ngan girls yang putih dan dahi licin plus x terkecuali jenis yang akan mengetawakan setiap orang yang pelik aka nerd or freak yang ada. Hmmmm…




As time goes by AZAN bukan lah cam yang aku sangka as my early impression. 2 bulan setengah bersama dalam kumpulan INFINITY di GEMS membuatkan ada part aku respect kat dia. Cam masa kat khidmat masyarakat in last JUNE. Dia sangat2 dedikasi bwat kerja bawah panas terik walaupon ramai yang dah berehat pasal dia dipertanggungjawabkan as ketua bahagian tu. Even in group dia antara penghibur suasana kami semua ngan jenaka yang sentiasa x pernah kering. Keluar MC D dan MOVIE beberapa kali bla..blaa..blaaa…

Tapi hubungan kami berdua just baek2 je r.. why am I say that? Sebab each time aku msj dia x akan balas melainkan ia perkara yang SANGAT-SANGAT-SANGAT penting, dia x pernah msj aku, kami x berhubong tru FACEBOOK dan dia x ingat apa yang dia pernah cakap dan each aktiviti yang pernah kami bwat bersama. Hmmmm….


Last MONDAY tadi secara rasminya aku telah menambahkan list rumate aku yang terbaru. AZAN. Walaupon hanya sekadar untok 5 hari dan 4 malam tapi still ia adalah tempoh masa yang penting kalu dikira dari qualitinya. Sebab most of the nite kami x ada aktiviti then we have a PILLOWTALK (istilah yang dia guna. hmmm) and even bila kelas habis awal kami bwat aktiviti rumate yang x ada kenderaan untok keluar. Kami cerita perkara kecik2 sampai ke pembangunan negeri. Ada part cerita rahsia yang hanya kami sahaja yang tahu. Kami ketawa dan turn serius bila tiba masanya. Dan kami masok kawasan flat yang dilarang (sebab ada rumor kata someone died there), pergi kediaman yang ditinggalkan dan imagine malamnya ada benda datang ke bilik tidor kami dan jalan kaki keluar semata2 untok membeli sekotak rokok. Hmmm…

Something about AZAN yang dia akui sendiri ialah dia akan jadi berbeza jika berada dalam kumpulan berbanding jika bersendirian. Yap most people are like that tapi perbezaan pada AZAN agak laen. Dia seperti masih lagi lelaki yang sama yang pernah dia ceritakan berlaku pada zaman sekolah dahulu. Someone yang ko kata sendiri pernah berlaku dan kau tinggalkan tapi sebenarnya masih lagi ko bwat secara x sedar. Hmmm…





Then aku teringat ttg first impression aku dulu.. mungkin x semuanya betol dan x semuanya salah. Tapi terlalu singkat untok aku kenali dia hanya berdasarkan 5 hari 4 malam bersama sahaja.






AZAN ialah seorang lelaki yang most of the time akan bercakap ngan intonasi yang kurang jelas dan mata sangat2 mengantok. Cuma in certain past sahaja dia akan bercakap dengan bertenaga dan mata yang besar. Dan aku gembira bila dapat lihat sesuatu yang cukup jarang sesiapa lihat sebelom ni. Hmmm…

Thursday, January 7, 2010

Koland Sekip

Part 2
Kalu ada korang suroh aku bagi senarai nama yang mengingatkan aku pada 2009 (not including family) then top of the list ialah Koland anak Sekip. Nokhtah.


On GEMS RRC last day, bila aku dapat tahu Koland pon di attach ke tempat praktikal yg sama: STIDC, aku sangat gembira plus yakin God dah plan something BIG on me. Then I promise myself 1 thing (yg aku x leh nak share ngan korang kat sini) dan kemudian aku sendiri langgar janji yang aku bwat pada diri aku sendiri.


Still remember hari2 terawal di STIDC dulu: pada pandangan mata dia yang akhirnya berjaya bwat lawan cakap parents (bukan berkali2nya) dan aku pindah masok ke GREENVILLA. Walupon aku x lama di sana tp quality time tu yang penting (kan Azan.. wakaka). Antara event yang still aku ingat cam hari dia ambik barang2 dari rumah aku (then dia terpaksa patah balik sekali lagi dan lagi pasal ada jer barang2 yang tertinggal), pada stiap malam dia bising pasal aku tidor x guna tilam (yang dia bawak khas untok aku including kipas skali), pada ayat dia untok pujok Nita agar gi skali makan STEAMBOAT tu : ‘Susah senang kita hadapi bersama’ (WTF), pada malam aku sangat malas nak simpan motosikal aku then dia pulak yg tolak, pada ketika dia sangat2 pemilih bab makanan (dia x suka makanan yang aku masak plus cuma nak beras yang emak dia tanam jer), pada mug lembu dia dan banyak lagi..

Sesiapa yang kenal Koland pasti akan setuju bila aku kata bahawa dia ialah seorang kawan yang baek. Betapa walau dia dah x tahan and nak berhenti di STIDC, tapi dia terpaksa tolak tepi pasal fikirkan transport kkawan dia nak ke office, walau kkawan laen tengah marah tentang ‘other kawan’ yang makan duit diaorang (including dia) tapi still dia x nak carik gadoh ngan kawan tu, plus Koland sangat2 risau masa rumor mak Radzi accident dulu, then dia sangat2 marah and protective bila si ZAMRI ttiba serang kkawan kami dan banyak lagi event2 laen.




Cuma aku bukan kawan yang terbaek untoknya.. Aku x berada disisinya ketika dia perlukan aku. Malah aku pilih untok x mendengar ketika dia perlukan seseorang untuk bercerita. Sehingga 1 ketika aku mulai perasan pandangan dia mulai berbeza. Seperti ada pintu besar yang tertutup dan menghalang aku untok masok dunia dia. Since then aku rasa aku sangat2 x tahu apa2 tentang dia. Aku hanya akan dapat tahu setiap apa yang berlaku pada dia tru kkawan lain. Dan yang paling sucks bila Radzi berhenti, aku rasa cam sangat2 loser bila masa aku lihat pandangan Koland sama cam pandangan dia pada hari2 terawal dia di RRC dulu: keseorangan dan mencari2 wajah2 yang boleh membuatkan dia selesa bersama dan boleh bwat dia ketawa besar2. Cukup pasti ia bukan aku…






Mungkin kau bukan lagi Koland yang sama yang pernah membuatkan aku menyesal bangun pagi sehingga tidor balik sebab perangai kau yang annoying and irritating. Tapi still aku akan rindukan kau as a kawan selama mana kau still anggap aku as a kawan. Aku akan rindukan pada buih teh tarik yang kau x nak then ko akan letak pada kopi aku, pada pickle yang ko x nak makan pada burger ko then ko pass kat aku, pada timun, sayor2 or wat ever makanan yg ko x nak makan then ko pass pada aku, pada tattoo ko yang menjadikan aku kawan terakher yang melihatnya, pada kakak ko yang belom pernah aku jumpa, pada setiap cerita yang pernah kau share bersama aku, pada semuanya…







Then aku ttiba teringat jenaka kau malam tadi b4 aku balik “Semoga kita tak akan jumpa lagi..”



Sorry coz Im a jerk…

Wednesday, June 24, 2009

Good Bye Infinity

Akhirnya semuanya dah tamat. 2 bulan setengah dah berlalu.

Bak kata enche Hashim: di mana saat program GEMS ini benar2 bermula? Jawapan aku ialah ketika air pool membasahi dan menyejukan keseluruhan badan aku. Dan kemudian aku mulai merasai setiap bahang kepanasan dan kedinginan setiap mereka yang ada.


Pada hari terakhir, mood aku masih x berubah. Still down. Otak still fikir ttg hal Uda n krisis yg berlaku to Infinity lately. Aku sedaya upaya untok bwat2 happi tapi still aku x dapat paksa diri. At least itu antara yg aku belajar sepanjang 2 bulan di sini: aku dah x nak paksa happi kalu aku x. Cuma akibatnya aku x dapat habiskan kualiti time terakhir bersama Infinity Ltd. Aku x dapat kongsi perasaan terakhir kami. Aku x dapat lihat girls kat Infinity nanggis puas2. Hanya sempat untok 2 minit terakhir dengan salam dan pelukan beberapa org ahli.

Hari terakhir ni jugak Tuan Haji asyik beberapa kali tegor n panggil nama aku.

Pelukan terakhir dengan roommate: Wahyu dan Naz.

Dapat tempat praktikal di STIDC sama ngan Radzi, Jane, Phia dan paling hebat sekali bersama Koland. Entah kenapa takdir meletakkan kami bersama lagi. Pasti semuanya ada sebab dan musabab. Cukop pasti akan ada Mc D & movie night lagi..

Dan kemudian aku mendaftar keluar dari hotel dan pergi tanpa menoleh sedikitpon ke belakang.


Hidop harus diteroskan..


Tinggal 5 hari sahaja lagi untok peperiksaan NIOSH. Duh.. Im not ready for the test. Terlalu banyak fakta untok di baca dan di hafal..


1 Radzi
2 Daisy
3 Fifi
4 Azan
5 Sall
6 As
7 Atul
8 Dess
9 Kay
10 Anna
11 Jane
12 Phia
13 Erwan
14 Elvin
15 ?
16 Suzilawaty
17 David
18 Fhat
19 Suzy Anding
20 Emmer