Showing posts with label Rajah Court Kuching. Show all posts
Showing posts with label Rajah Court Kuching. Show all posts

Tuesday, July 21, 2015

Hari Sarawak Merdeka

Amaran: Post kali ni mungkin berbaur agak racist especially untuk mereka-mereka yang suka berfikiran dan mengamalkan idealogi hidup seorang racist. 
Soalan cepu emas: Bilakah tarikh Sarawak merdeka? Adakah:
a. 31 Ogos 1957
b. 16 September 1963
c. Hey, Sarawak pernah merdeka ke? or
d. Sarawak tu dalam Malaysia ke? 


Usahkan tanya orang Semenanjung, kalau kau tanya secara random pada orang Sarawak sendiri pun garenti ramai yang tak tahu. Setiap tahun anak buah aku yang sekolah rendah bukan main seronok bila sambut tarikh 31 Ogos sebab katanya ia ialah tarikh Malaysia merdeka. Persekutuan Malaysia wujud pada 16 September 1963 so technically Malaysia hanya wujud untuk 52 tahun tapi tengok ar bulan lapan kelak then akan digembar-gemburkan yang Malaysia sambut kemerdekaan yang ke 58 tahun. Macam mana sebuah negara yang hanya wujud untuk 52 tahun boleh sambut kemerdekaan yang ke 58 tahun pulak? 

Membuatkan sesiapa yang pernah baca trilogi novel Hunger Game akan kata "OMFG, kita sekarang ni berada kat Panem ke? Manakala Sabah dan Sarawak pula ialah District 12 & 13(kebetulan?) yang dipaksa sambut 'kemerdekaan' Capitol? Najib pulak ialah President Snow yang mengaut kekayaan dari setiap district untuk kepentingan sendiri(Naa, Taib Mahmud lebih sesuai dengan watak tu sebab rambutnya totally putih)? Dan Akademi Fantasi pula ialah versi tempatan Hunger Game which is 11 tribute akan terkorban dan sorang akan jadi ultimate survivor?" LOL untuk statement terakhir tu.


Antara sebab utama kita tak tahu ialah kita tak dibagitahu. As simple as that. Tengok buku sejarah kita. Aku tak tahu tentang buku sejarah sekarang ni tapi buku sejarah zaman aku dulu memang tak ada sebut tentang part tu langsung. Yang ada tentang batu bersurat Terengganu, Lembah Bujang, Zaman Melaka-Portugis serang Melaka, Jepun masuk-Jepun keluar, Komunis, Onn Jaafar tubuh UMNO-Onn Jaafar keluar UMNO, Tanah Melayu Merdeka bla-bla-bla. Even kita siap belajar dan perlu hafal sejarah kat Eropah, India, China, Arab sana tapi sejarah yang cukup dekat pula diabaikan. Part kemerdekaan Sarawak hanya disebut masa subjek Pengajian Am form 6 je. Itupun beberapa baris ayat je. Persoalannya: Berapa kerat sangat rakyat Malaysia ambik form 6 dan berapa kerat yang ambik form 6 setakat tak nak ambik diploma dan perasan benda tu?

Hasilnya wujud ar sebahagian 'kecil' rakyat Malaysia yang kata Sabah & Sarawak join Malaysia ar or ucap selamat datang ke Malaysia kepada orang Sabah & Sarawak kat Semenanjung or aku sendiri pernah jumpa orang yang masih lagi tak tahu Sabah & Sarawak ialah sebahagian dari Malaysia. Sedih kan?





...





Hari ni tadi aku terbaca kat FACEBOOK satu post ni kata tentang pergerakkan Sarawak for Sarawakians yang buat perhimpunan aman kat Kuching menuntut kerajaan persekutuan untuk menjadikan 22 Julai setiap tahun sebagai cuti umum kepada Sarawak sebagai peringatan hari bersejarah kemerdekaan Sarawak. Dah beberapa tahun mereka mendesak tapi tak dilayan. Sedangkan Malaysia yang dah wujud untuk 52 tahun pun baru diambik peduli dan diberikan cuti umum. 

Aku support sepenuhnya apa yang mereka buat hari ni tadi tapi aku no komen tentang dasar penuh perjuangan Sarawak for Sarawakians yang lain. Aku tak nak jadi macam kes Scotland and United Kingdom tahun lepas. Tapi apa yang menjadikan aku panas ialah post kat FACEBOOK dari Sarawakians yang sangat racist dan kurang bijak. Yap kurang bijak ialah another word untuk the big B. Aku tak nak bagitahu apa yang berlaku secara detail tapi ia lebih kurang sama macam kes umum di Malaysia ar. Secara sarcasmnya ia berbunyi "Aku lebih rela punya pemimpin sama bangsa dengan yang sah-sah bodoh dan memperbodohkan aku serta curi duit aku terang-terangan daripada dipimpin oleh bangsa yang makan babi dan guna tisu lap punggung". Paham kan?






Aku orang Sarawak dan ada masanya aku sangat simpati pada orang Sarawak. Yap, sejarah ditulis oleh mereka yang menang jadi mungkin sebab tu mata kita dikaburkan oleh sejarah kita sendiri. Sewaktu sorang mat salleh dan bawa keluarga dia menjajah tanah ni, sebahagian dari nenek moyang kita sekadar biarkan diri kita dijajah and surprisingly boleh pula mengangkat orang asing menjadi raja. Ya, memang ada yang menentang dan kalah tapi masih ada yang bersatu dan menentang. Golongan ibu-ibu, cikgu-cikgu dan anak-anak muda melawan ketidakadilan pemimpin dengan cara sendiri. Masalahnya siapa antara kita yang tahu tentang kisah mereka? Sememangnya sejarah tak boleh ditipu tapi ia boleh disembunyikan. Menjadikan orang Sarawak yang ada sekarang hanya buat donno, bising mulut membiarkan seorang manusia jadi raja dengan tanah dan rumah sebesar istana ketika beberapa meter darinya rakyat biasa sekadar duduk dalam rumah saiz kotak. 







Paling sedih bila kita selalu kata yang Sarawak menentang racism tapi apa yang aku baca di FACEBOOK hari ni seem like kita sedang enjoy meratap semaian racist yang kita tanam sendiri.









Selamat hari kemerdekaan Sarawak untuk orang Sarawak.

Tuesday, December 11, 2012

3 Soalan Mencabar


Aku gi Borneo Convention Center hari ni tadi untuk event latihan dan kerjaya. Matlamat nak cari kalau ada kursus-kursus pendek cam bakery etc ke last-last mostly yang banyak hanya kolej-kolej swasta yang nak carik student lepasan SPM. So dalam kira-kira sejam tadi tu ada 3 soalan yang bagi aku a bit mencabar gak ar. Antaranya:


1. Adik tamat SPM ni nak sambung belajar lagi tak..?
Duh. May be sebab kebanyakkan target diaorang yang dapat ialah bebudak yang baru habis SPM tapi kalau tengok muka aku ni sah-sah dah leh jadi bapak orang ngan perut aku cam orang ngandong 3 bulan pun leh claim as budak habis SPM gak ke..? Hmmmm..


2. You are Malay (ngan muka tak seberapa nak yakin) then how come you can speak English so well?
Dia Cina dari Semenanjung tapi dah 3 tahun kat Sarawak. Kalau ada orang kata aku Chinese look then aku dah pernah dengar tapi aku x pernah lak tahu yang aa stigma orang Melayu tak tahu cakap omputeh langsung. Umor dia 40 tahun lebih dah wei. Tak kan sepanjang tempoh tu dia tak pernah jumpa sorang pun orang Melayu yang tahu cakap omputeh..? Hmmm


3. You're good in English, high confident, good in customer service but how come you're still not working..?
Soalan paling susah dan aku just balas ngan senyuman jer sambil dalam hati kata 'Saya siwazah pemilih..' wakaka.












Aku balik ngan tangan kosong dari event tu. Hmmm..

Sunday, July 10, 2011

Twenty What?

Hari ni tadi masa tengah lepak2 ngan group of new friends suddenly one of these girl kuar satu statement berbangkit "Itu ar tadi akak panggil tak nak bla bla bla.." plus "Kami ni (merujuk 3 orang girl) dah 24, kamu ni baru jer 23 bla bla bla.." Aku ketawa besar bila diorang kata umor aku masih 23 tahun dan muda berbanding diaorang.. Sama cam last two week bila ada sorang kenalan baru ni mati-masti sangka yang aku sebaya umor dia: 20. Wakaka..


Aku tak pasti sama ada perwatakkan aku yang menjadikan mereka nampak aku muda or pemakaian aku yang menjadikan aku tampak muda or muka aku yang menjadikan aku nampak muda or cara aku berfikir then bercakap yang menjelaskan mudanya aku or what..












Dan aku tak pasti either nak gembira or tak bila orang menilai kita lebih muda dari usia sebenar...













Especially bila ada yang kata: kau ni cam muka kaki enjoy, kaki clubbing, leh main-main all the time, otak lom matang, tak pernah nak serius anytime etc..













Im 26

Sunday, April 10, 2011

Mode Bersendiri

Last week ada satu gig ni dijalankan kat satu club di bandar Kuching ni. Sorang kawan aku ni ngan member dia ada band yang buat performance at that night at that gig. Aku sangat minat ngan muzik mereka and most of the band yang perform that night cuma masalahnya aku dah tak biasa gi mana-mana sesorang sebab mostly most events yang aku pergi recently mesti berkawan. Then korang tanya "Then what the problem?" Kalu aku bahagikan kkawan aku kepada beberapa bahagian: satu bahagian aku gaduh, satu bahagian lagi aku tak tegur lagi, satu bahagian tak minat genre muzik tu dan bakinya tak sesuai bawak gi club cam tu memalam hari. Akibatnya aku tak gi that gig. Hmmmm


A day before that event aku postkan dalam FACEBOOK tentang mencari sesapa kkawan yang rela hati temankan aku for the event. Realitinya Im quite desperate mencari teman that night for the event. Then ada seorang kawan yang balas kata: kenapa tak gi sesorang jer? Aku pun tak tahu kenapa aku tak leh gi sorang. Sedangkan ia sekadar di bandar Kuching jer. Even kalu kat event tu pasti akan jumpa kkawan lain yang kaki gig or kaki clubbing sekali. Not such a real big deal r kan tapi the end aku tak gi that gig sebab apa? SEBAB AKU DAH TERBIASA GI MANA-MANA NGAN KKAWAN. Hmmm.. Suck isnt it?


Sedangkan before aku sangat anti ngan mana-mana makhluk tuhan yang perangai sebijik cam tu. Teringat zaman universiti dulu banyak gila kkawan yang cam tu. Bila nak bungkus makanan kat kafe nak berteman. Bila gi foyer check surat nak berteman. Bila nak kunci motosikal nak berteman. Bila nak tengok TV nak berteman. Aku realitinya not such a real big deal pun sekali sekala nak temankan cuma bila setiap kali rasa rimas gak r. Then bila tanya kenapa tak leh gi sesorang? Bahaya sangat ke tempat tu? Ada musuh ke yang akan mencederkan ko kat sana? Jawapannya: sebab tak nak orang kata diri tu as LONER. LOSER, tak ada kawan etc.

Aku gelak besar ngan orang-orang cam ni. Cam mana nak buat apa-apa perkara kalu nak buat mesti ada teman baru nak start. Tak gi jauh r cam tu kan? Plus kalau korang lapar and harapkan berteman baru makan, then mati kebulur r engkau tau tak.


Sedangkan aku pulak dulu kalau kawan tak dapat then aku gi je r sesorang. Lepak makan sesorang, shopping sesorang, tengok wayang sesorang, buat everything sesorang. Then bila ada kenalan yang tengok start keluarkan statement simpati: Aj, ko tak ada kawan ker? Next time kalau ko nak gi memana ajak aku tau. Or ada yang kuar statement: kalau aku gi mana-mana sesorang then pasti orang akan tengok aku semacam. Rimas r..




WTF








But since setahun-dua-tiga kebelakangan ni fenomena bertentangan berlaku. Lepak Mc D ngan kekawan, tengok wayang ngan kekawan, shopping ngan kekawan, smoking ngan kekawan, lepak sana sini ngan kekawan, melancong ngan kekawan etc semuanya ngan kekawan. Sehingga ada part bila start nak gi mana-mana pun rasa pelik dan janggal r sesangat sesorang.

Just imagine r sekarang, bila kkawan tak minat benda yang sama cam aku such movie then selama-lamanya r aku tak akan tengok cerita tu sehingga DVD ia kuar or dah keluar kat TV masa raya nanti. Plus imagine r yang Mc D pun aku hanya keluar sebulan sekali jer. Bukan sebab aku tak ada duit tapi sebab aku rasa pelik orang tengok aku masuk sana and makan sesorang. 












Realitinya ada masa memang baik berkawan dan ada masanya lebih baik juga masa bersendiri itu ada. Kan?




















Better ikut nasihat Lukman Al Hakim pada anaknya bab naik unta tu. Buat yang tak tahu or lupa biar aku ringkaskan. Lukman dan anaknya membawa seekor unta mengembara ke satu kawasan dan berpaksa melimpas 3 perkampungan. Kat kawasan pertama Lukman menarik unta sementara anaknya diatas unta then penduduk kampung pertama marah pada si anak sebab menjadikan bapaknya yang tua as hamba. So si anak turun menrik unta manakala Lukman pula naik belakang unta. At the second kampung, penduduk situ pulak marah pada Lukman sebab membiarkan anak yang kecil menarik unta sedangkan dia bersenang lenang atas unta. So anak beranak ni turun r dan memasing tarik unta. Dan di lokasi ketiga, orang kampung tu pulak kata yang anak beranak ni bodoh sebab ada unta tapi tak nak naik.


So nasihat Lukman pada anak dia: kalau apa yang kita buat tu betul, jangan peduli apa orang disekeliling kita kata. Sebab manusia ni tak akan berhenti berkata-kata sampai bila-bila. Dan kalau kita terpengaruh oleh kata-kata orang, then kita tak akan ke mana-mana pun. Kan?

Wednesday, September 29, 2010

Not So Average Cat

What if I told you guys yang Im used to takut pada kucing? Even aku lebih berani ngan anjing rather than kucing. Then aku garenti akan ada yang ketawa plus kuat statement berbaur separa racist "Aj, ko nama jer dudok kat Kuching tapi kucing pun takut. Lom pernah ada kes lagi kucing peliharaan bunuh tuan nyer r..!!" Sukahati aku r nak takut kucing ker, badut ker, or what ever ker.. bukannya aku pernah menyusahkan hidup korang pun.. Hmmm...


Aku tak r takut tahap tengok kucing terus berpeluh cam banjir then lari 1 kilometer. Aku just takut kalu kucing datang pada aku. Aku leh jer pegang-pegang kucing tapi kalu ia start nak mengesel-gesel kat aku memang aku dah blah.

Semuanya mungkin sebab cara aku dibesarkan r kot. Emak aku jenis yang x suka mana-mana haiwan. Tapi sejak kami berpindah di Santubong (rumah sekarang) then banyak plak kucing buangan bermastautin tetap kat rumah kami. Antara sebabnya ialah bapak aku sayang kucing so selalu bagi diaorang makan. Then emak aku melarang kucing masuk rumah plus melarang aku pegang or rapat ngan mana-mana kucing.

Plus kat rumah aunt aku sebaliknya sangat banyak kucing. Mostlynya sangat manja yang teramat sehingga tergesel-segel dan asyik gigit kaki mereka. Then start andaian aku yang kucing ialah haiwan yang mampu mencederakan orang. Hmmm... Freak statement..

Tapi the end or awal 2009, sekor kucing liar separa kacukan kucing bulu lebat melahirkan sekor anak (yang previously x pernah ada sekor pun berjaya survive hidup) dan dia tinggalkan anak tu just like that. And miraclely baby kucing jantan tu survive membesar. Dan buat julung-julung kalinya selama 15 lebih kami berpindah sini, kucing tu satu-satunya kucing yang ada nama dan dibenarkan masuk ke dalam rumah ngan rasmi. Hmmm...

Kucing tu diberikan nama KUNING. Jangan tanya aku cam mana kami dapat nama tu. Plus something special tentang KUNING ialah ia dibesarkan ngan persekitaran manusa tanpa sekor kucing pun. Then sehingga zaman remaja KUNING, kami detect something kepelikkan pada dia: dia x macam kucing-kucing lain. Dia x mengesel badan, dia x mengiau sebab lapar, and worst part each time dia tengok kucing lain (even yang betina pun) then dia akan lari ketakutan. Then ALONG aku kata: may be sebab dia rasa dia bukan kucing sebaliknya as a part of our family. May be that why ada part KUNING cam bercakap ngan kami bila tengok TV sesama etc.. Wakaka... Fantasi sungguh..

Dan KUNING jugak menjadikan rasa takut aku pada kucing hilang. Aku start sikit-sikit pegang dia. Then dia start mencakar dan menggigit dan aku rasa cam sangat best dan sejujurnya aku ketagih. Sehingga aku x kisah dia tidur ngan aku sambil aku peluk-peluk dia masa tidur.. Plus emak aku pun menunjukkan tanda sayang pada KUNING bila ada part aku curik-curik dengar mak cakap sesorang ngan KUNING. wakaka..







Until last few month dia terjumpa sekor kucing betina. At first dia takut r. Kedian dia layan kucing tu as saingan sebab kucing tu sangat seducive ngan bapak aku bila bapak aku bagi makan. Tapi lama-lama dia start layan kucing tu as kucing betina. Sehingga kucing betina tu mengandung (aku syak KUNING bukan bapak budak dalam perut nya sebab KUNING terlalu lurus untuk tahu cam ne baby kucing leh terhasil) then bila almost cukup bulan ttiba kucing betina tu mati.

Then buat first time aku tengok KUNING cam gila meroyan. Asyik mengiau-ngiau kuat x tentu pasal all the time. Kesian gak r. Baru first time serius in relationship then couple dia mati plak. Plus si betina plak baru nak ajar dia cam ner nak jadi real kucing.. Kesian r tengok dia...

















Then hari ni tadi, pagi before aku hantar ANGAH gi airport suddenly aku lihat KUNING ngan perangai paling pelik. Buat first time dia tercium-cium kat dinding then kencing menandakan kawasan. Wow.. dia tak pernah belajar kod etika kucing cam tu before. So maknyanya ia bukan KUNING yang pernah aku kenal dulu lagi. Ia bukan a part of the family anymore. KUNING just turn to be an average cat jer. Betapa cinta leh membawa perubahan besar pada hidup manusia inikan pulak kucing. Hmmm...









Then kawan aku kata haiwan peliharaan ialah gambaran tuannya. WTF..!!

Tuesday, June 8, 2010

Drama KING

Tadi pagi lepak minom pagi ngan mamat muka tanpa emosi iaitu enche NAZLI. So kami cakap2 r tentang itu ini then ttiba kuar r kehidupan zaman UNIVERSITI ngan zaman di GEMS dulu. Dia kata zaman di GEMS jaoh lebih best pasal dia SARAWAKIAN yang belajar di UNIMAS dan dia banyak habiskan masa ngan DOTA dan berkawan di ALAM MAYA jer.. hmmm…



Bagi aku zaman UNIVERSITI memang memulakan segalanya. Segala apa? Segala apa yang ada pada hari ini. Then kalu korang nak salahkan what ever event yang berlaku melibatkan korang ngan aku then korang ambik sand time’s dagger dalam cerita PRINCE OF PERSIAN tu then jangan suroh aku gi UNIVERSITI tahun tu dulu. X paham? Hmmm…


It start with (aku rasa r), part aku sangat2 susah nak berkawan ngan bbudak MELAYU SARAWAK. Ia terbukti bila aku lebih rapat ngan bangsa laen dan ia mereka kekal kawan sehingga sekarang. Bukannya aku x ada cuma 1) Some tikam aku dari belakang, 2) Some terlalu obses as a SARAWAKIAN, dan lastly 3) Mostly mereka sangat suka berjenaka dan susah nak talk seriously.

May be sebab aku x berkesempatan untok jumpa keselurohan orang MELAYU SARAWAK di SARAWAK then aku judge semua cam tu. Or may be sebab aku ni HALF SARAWAK dan HALF JOHOR. Teringat 1 masa tu waktu ANGAH KAHWEN then ABAH HAJI (abang EMAK aku) dudok dan cakap ngan aku. Bwat pertama kalinya aku bercakap ngan FAMILY MEMBER secara seriously (bukan tegang) tanpa jenaka. It seems cam dalam DRAMA MELAYU kat dalam TV jer. Terkesima n tersentoh sangat2 aku. That things happen dalam keluarga sebelah emak. Sedangkan family sebelah bapak plak hanya berterusan berjenaka dan ketawa. Hmmm…


Then bila masok UNIVERSITI, start r kuar bunyik2 kata ‘AJ ni dah lupa diri’ pasal aku x berKRONI ngan GENG2 BUDAK SARAWAK. Masalahnya aku bukannya putos kawan ngan diaorang pon. Still ada masa lepak2 n share cerita ssama. Cuma banyak masa di habiskan bukan ngan GENG MELAYU SARAWAK. Lepak sana sini, bwat kerja itu ini, beraktiviti, and even some QUALITY saat yang besar pon ngan GENG2 dari SEMENANJONG ni. May be semuanya sebab: aku leh berjenaka ngan diaorang dan dalam masa sama I can talk seriously with them.

So orang2 tertentu tau r port2 tertentu mereka2 ni akan lepak and kami akan talks and share and listen pada setiap cerita masing2. Ada part kami akan ketawa. Ada part kami bercerita cerita duka. Sehingga ada gak ketika AIR MATA LELAKI mengalir (Hey, kalu ko still follow my blog then believe me: x ada apa2 yg salah pon kalu LELAKI menanggis. We r not SUPERMAN: bak kata LUCKY LAKI) Dan ada part kami just sekadar diam. Hmmm..

Then bermulalah hidop aku penoh berDRAMA. Bukanya aku bbwat hidop aku jadi drama or aku pon berdrama skali (be a DRAMA KING ker) tapi aku rasa ‘Hei, I like my life. It seem like a drama..’..




Kedian bila tamat zaman UNIVERSITI dan kembali menetap di SARAWAK, aku rasa aku terbawak2 perangai tu. Plus zaman GEMS plak membuatkan aku mulai rapat ngan kkawan MELAYU SARAWAK. Then siapa sangka aku leh bwat QUALITY TALKS ngan mereka gak. Disebalik gelak ketawa dan jenaka, mereka juga mampu talk seriously. Sehingga ada yang kuar statement aku ni sangat sukar dijelaskan: different in everything and that make me special than others.. BTW thanks kepada yg kuarkan statement tu…




So KESIMPULANNYA: it doesn’t matter either you’re EAST or WEST MALAYSIAN or warganegara mana2 sekalipon still korang perlu ruang untok bercakap secara serius dengan seseorang yang korang leh percaya dan dia akan dengar setiap cerita korang.. tapi don’t talks too much sebab ada yang kata ‘Orang yang banyak cakap x akan dengar suaranya sendiri’.. hmmmm….


















Then teringat kat sorang kawan yang DIE HARD FAN kat ZIZIE EZZETE. Agak2nya sekarang dia still minat kat isteri Mr. BUNG tu lagi ker?

Tuesday, May 18, 2010

Me & MY SHADOW

Semalam ada seorang kawan bertanya: ke mana hilangnya AJ yang dahulu? AJ yang sentiasa tersenyom dan ketawa. Dan membuatkan sesiapa sahaja tersenyum dan ketawa kerana senyumannya. Dia yang sentiasa memberi harapan dan kekuatan kepada setiap kawan yang memerlukan. Sentiasa ada untok jadi telinga untok mendengar setiap cerita mereka. Berkongsi jenaka dan cerita sedih bersama. Menjadi tempat untok mengeringkan air mata. Dan dia tanya lagi: kenapa AJ sekarang berbeza. Dia jadi cukop lemah…



Kemudian aku jawab. AJ yang ada sekarang masih lagi AJ yang dulu. AJ sekarang masih lagi ketawa. Ketawanya makin bertambah kuat. sekarang AJ dah mulai belajar untuk mengeluarkan emosi yang lain. Walau dia masih tersenyom tapi kita akan mudah membaca emosinya. Hanya melalui riak wajahnya. Dia tersenyom tapi kita tahu hatinya sedih. Dia tersenyom tapi kita tahu dia tersentoh. Dia tersenyom dan kita tahu betapa dia x ingin tersenyom dan betapa senyumanya itu cukop menyakitkan hati sesiapa yang melihat.

Mungkin sebab AJ yang dulu percaya bahawa dia boleh hidop sendiri tanpa perlu peduli tentang apa orang akan kata tentang dirinya. So he don’t believe in love (kecuali cinta sejati). He don’t believe in friendship. He don’t believe in any one. He just AJ yang mementingkan diri sendiri. He just accept everything people gave to him without turn it back to them. Lalu mungkin kerana itu membuatkan AJ yang dulu cukop kuat. Mungkin kerana pengalaman lalu membuatkan AJ sebegitu..







Tapi pada awal tahun yang lepas AJ asked his GOD for a favor. Dia x mintak TUHANnya untok sembohkan penyakitnya. Tapi dia mintak something else. He asked for a friend. Cukoplah hanya seorang kawan. Seorang kawan yang mampu menjadikan dia sempurna di sebalik kekurangannya.





Jadi 2009 adalah tahun TERBESAR untoknya. ‘THE BIG INCIDENT’ memang membuatkan dia benar2 jatoh. Benar2 kecewa. Jadi dia lari dan sembunyi. Dan pada waktu itulah AJ yang dahulu mulai berubah menjadi AJ yang kini. Semuanya kerana dia mulai percaya bahawa TUHANnya telah menunaikan impiannya. Dan kerana rasa percaya itulah menjadikan dia mulai berubah.






But still AJ yang dulu ada dalam dirinya. Dia masih lagi menjadi telinga untok setiap cerita tapi dia sendiri x pernah bercerita anything about him. Dia ingin bercerita tapi dia x tahu bagaimana. Dia ingin meluahkan perasaanya tapi still dia masih lagi diri yang x tahu cara memberi. So he still doing the same mistake berulang2 kali.















Then aku kata pada kawan tu: aku masih lagi merangkak untok memulakan semuanya dari mula. Jadi aku perlukan tangan yang mampu mengajar aku berdiri, berjalan dan seterusnya berlari. Then dia balas balik: Orang x akan beri tangan mereka melainkan kalau ko yang bagi dulu.









But I never gave my hand first…













*AJ ialah penulis aka aku

Friday, April 30, 2010

Wan Azan Suffian

I still remember that nite, aku punya first impression tentang mamat bernama WAN AZAN SUFFIAN WAN ABDULLAH ni ialah dia seorang anak orang kaya yang manja dan slalu memberontak ngan parents dia ngan misi leh survive tanpa sediki bantuan pon dari diaorang. Then belajar di sekolah swasta (sebab keputusan peperiksaan awam yang terok) dan sangat2 liar dan bebas masa belajar. Pakaian branded2, ambik masa yang lama depan cermin dan akan berkawan ngan orang2 cam dia jer (poyo dan berlagak r). dan mereka akan tertarik ngan girls yang putih dan dahi licin plus x terkecuali jenis yang akan mengetawakan setiap orang yang pelik aka nerd or freak yang ada. Hmmmm…




As time goes by AZAN bukan lah cam yang aku sangka as my early impression. 2 bulan setengah bersama dalam kumpulan INFINITY di GEMS membuatkan ada part aku respect kat dia. Cam masa kat khidmat masyarakat in last JUNE. Dia sangat2 dedikasi bwat kerja bawah panas terik walaupon ramai yang dah berehat pasal dia dipertanggungjawabkan as ketua bahagian tu. Even in group dia antara penghibur suasana kami semua ngan jenaka yang sentiasa x pernah kering. Keluar MC D dan MOVIE beberapa kali bla..blaa..blaaa…

Tapi hubungan kami berdua just baek2 je r.. why am I say that? Sebab each time aku msj dia x akan balas melainkan ia perkara yang SANGAT-SANGAT-SANGAT penting, dia x pernah msj aku, kami x berhubong tru FACEBOOK dan dia x ingat apa yang dia pernah cakap dan each aktiviti yang pernah kami bwat bersama. Hmmmm….


Last MONDAY tadi secara rasminya aku telah menambahkan list rumate aku yang terbaru. AZAN. Walaupon hanya sekadar untok 5 hari dan 4 malam tapi still ia adalah tempoh masa yang penting kalu dikira dari qualitinya. Sebab most of the nite kami x ada aktiviti then we have a PILLOWTALK (istilah yang dia guna. hmmm) and even bila kelas habis awal kami bwat aktiviti rumate yang x ada kenderaan untok keluar. Kami cerita perkara kecik2 sampai ke pembangunan negeri. Ada part cerita rahsia yang hanya kami sahaja yang tahu. Kami ketawa dan turn serius bila tiba masanya. Dan kami masok kawasan flat yang dilarang (sebab ada rumor kata someone died there), pergi kediaman yang ditinggalkan dan imagine malamnya ada benda datang ke bilik tidor kami dan jalan kaki keluar semata2 untok membeli sekotak rokok. Hmmm…

Something about AZAN yang dia akui sendiri ialah dia akan jadi berbeza jika berada dalam kumpulan berbanding jika bersendirian. Yap most people are like that tapi perbezaan pada AZAN agak laen. Dia seperti masih lagi lelaki yang sama yang pernah dia ceritakan berlaku pada zaman sekolah dahulu. Someone yang ko kata sendiri pernah berlaku dan kau tinggalkan tapi sebenarnya masih lagi ko bwat secara x sedar. Hmmm…





Then aku teringat ttg first impression aku dulu.. mungkin x semuanya betol dan x semuanya salah. Tapi terlalu singkat untok aku kenali dia hanya berdasarkan 5 hari 4 malam bersama sahaja.






AZAN ialah seorang lelaki yang most of the time akan bercakap ngan intonasi yang kurang jelas dan mata sangat2 mengantok. Cuma in certain past sahaja dia akan bercakap dengan bertenaga dan mata yang besar. Dan aku gembira bila dapat lihat sesuatu yang cukup jarang sesiapa lihat sebelom ni. Hmmm…

Thursday, April 22, 2010

Persahabatan 1 Tahun 3 Hari

PTtiba dapat msj dari KOLAND jam 11:24 am tadi berbunyi ‘J, mkn juh (jom makan) .. Mun (Andai) ko pentingkan psahabatan kita slama stahun 3hari trun la.. Aku ngan naz dh trn tk..’ Aku fikir apa r mamat sekor ni merepek.. then bila dah sampai café bawah, NAZ bagitahu yang dia baru teringat bahawa 3 hari lepas ialah tempoh setahun kami (AKU, WAHYU, NAZ dan KOLAND berkenalan)… hmmmm…



I still remember that Sunday, aku gi rumah PEEK aka FAEZAH tunggu punya r lama (kira 2 jam gak r tunggu) kedatangan ZAI dan IJAM before turon sesama gi RAJAH COURT. Then kami berempat gi naek kereta KENARI ANGAH agak lewat petang gak r. Walupon aku sangat2 bising pada mamat 2 ekor tu pasal x pernah tepati masa kalu berjanji tapi sekarang aku sangat2 bersyukor pasal sebab mereka gak aku dihantar ke bilik hotel tu. Aku first bercakap ngan WAHYU masa register kat dewan then NAZ kat bilik dan KOLAND kat pintu masok bilik.

WAHYU ialah anak polis yang entah kenapa aku dan dia x pernah sama kepala in wat ever thing sekalipon. Bukan sengaja nak carik gadoh tapi memang kami sentiasa berlawan cakap. X ada sesiapa yg nak kalah. Mungkin sebab dia sangat2 negatif dalam setiap perkara, banyak merunggut di belakang, mengadili sesuatu tanpa fikir panjang dan semua tu bwat aku sentiasa nak bangkang semuanya. Tapi aku x pernah membenci dia sedikitpon aku rasakan kesemuanya cam brother yang gadoh2 then baek balik. Hmmmm…

NAZ plak anak polis yang x ada emosi dan kkadang sangat2 fresh. Mungkin sebab dia yang paling muda antara kami berempat. Dan bab yang x ada emosi plak ialah muka dan reaksi dia untok what ever thing yang kita bwat. He’s not cold cuma itu ialah dia. Kita bwat lawak dia ketawa tapi kita x pasti either dia betol2 ketawa or dia paham jenaka kita. Or kita x dapat bezakan reaksi muka marah, sedih kecewa, in love or apa2 emosi dia sekalipon. Dan bab yg fresh plak pasal dia akan tanya banyak soalan tentang apa perkara sekalipon untok dapatkan pendapat kita. Hmmm…

KOLAND plak ialah bukan anak polis yang agak berbeza pada saat2 awal dahulu. Awal2 dulu dia bukan maen pendiam lagi. Kalu kita tanya ayat penoh then jawapan dia sangat2 pendek ngan muka serius. Tapi as time goes by, kita akan sangat2 berharap yang dia akan diam dan jadi serius cukop untok seketika. Sebab dia akan bercakap, bwat lawak dan bergerak ngan reaksi yang almost ‘annoying & irritating’ sejak dari saat dia bangon sampai r masa dia tidor balik. Then sekarang dia dah kembali reda sikit. Hmmm…


Dan kemudian pada kumpulan APPRENTICE, ahli kelas MR VISNU, INFINITY LTD. FUNKRAZE dan keselurohan GEMS..








Seorang kawan pernah berkata pada aku ‘There are such friends yang sangat berbaloi untok kita perjuangkan dan berkorban semuanya untok mereka..' lalu menolak kata2 WAHYU supaya aku jangan rapat dengan sesiapa pon sepanjang kursos GEMS sebab nanti aku akan menyesal pada penamatnya kelak…. Naaa, youre wrong again, Wahyu.. Mereka ialah kawan yang cukup berbaloi untok aku perjuangkan dan berkorban semuanya untok mereka.. then aku ttiba teringat plak kata2 emak aku masa aku nak pindah rumah sewa ngan kkawan: ‘Sejaoh mana aku sangup berkorban untok orang yang aku gelar as kawan dan sejaoh mana mereka sangup berkorban untok aku?’








Hmmm…

Thursday, January 14, 2010

Untitled

Teringat sewaktu darjah 4 dulu. Waktu tu kami sekeluarga dudok di flat polis marine Sarikei. Ada 1 hari tu masa nak gi sekolah aku terjatoh dari tangga flat. Dan bila balik rumah, emak bising2 pasal aku x bagitau dia pon. Dia dapat tahu accident tu pon tru jiran tingkat bawah. Even as time goes by, emak pernah menanggis kata aku x percayakan dia sebab aku x pernah share apa2 pada dia. Aku x macam Uda yang share almost everything pada dia. Tapi bukan aku. Then bila fikir2 balik, aku lah satu2nya ahli yang paling kurang bersuara dalam family. Hmmm…

Among friends, aku ialah telinga. Mereka akan bercerita, bercerita dan bercerita. Then bila turn aku nak bercerita, mereka akan potong dan terus bercerita, terus bercerita dan berterusan bercerita. At the end they will thanks me sebab sudi mendengar dan kongsi rahsia. So aku senyom. Then mereka akan kata betapa mereka jealous nak jadi aku. Sebab aku x ada masalah pasal aku sentiasa senyom dan ketawa. Sentiasa bwat orang laen senyom dan ketawa. So aku berjenaka dan ketawalah sepertimana yang mereka mahu.

Dan masa berlalu dan aku kekal sebegitu: sepertimana yang mereka mahu.

Bercerita pada apa yanbg mereka mahu dengar..

Tersenyum

Dan ketawa…



So in the middle of last March, bila aku dapat tahu tentang ‘rahsia besar’ tu… aku jadi sangat2 takot. Sangat2 takot. Aku x mampu nak tanggong bebanan tu sesorang tapi dalam masa yang sama gak, aku x mampu nak share benda tu pada sesapa pon. Not even to Uda: orang yang paling aku percaya. Pasal waktu tu dia dia sangat2 bahagia. Sangat2 gembira ngan kandungan kakak ipar masa tu. Then aku decide yg aku x nak share probs tu pada dia or pada sesiapa pon. Sebab aku x nak kegembiraan yang ada pada Uda or sesiapa pon hilang hanya sebab bebanan tu. So aku simpan ‘rahsia’ tu sesorang untuk satu tempoh. Kemudian aku berhenti kerja dan lari dan bersembunyi di RRC.








Tadi entah kenapa ttiba hati aku tergerak untuk bukak salah satu buku yang dihadiahkan oleh seorang kawan. Rrupanya ada tertulis sesuatu pada halaman belakang buku tu. Kalau aku x tergerak hati nak belek2 buku tu tadi pasti aku x akan tahu tentang nota tu sampai bila2.

Aku mintak maaf andai selama ni aku bwat ko marah, kecewa, terluka etc. Aku boleh bersumpah atas nama tuhan ko dan atas nama tuhan aku: aku bukannya x nak share story of my life sebab aku x percayakan ko. Aku sangat2 percayakan ko. Cuma aku bukan jenis yang nak share cerita hidop aku pada semua orang. Ko tanya r pada parents aku or pada family aku. Mereka hanya tahu aku pada bahagian yang mereka oerlu tahu saja. Sebab cerita aku bukan cerita gembira. Bukan cerita yang akan bwat orang ketawa. Dan kalu ko fikir ngan share cerita tu leh release bebanan tu then ko salah.. it will turns worst.. sama cam situasi aku x nak share ‘rahsia’ tu ngan my bro: Uda… sebab aku sangat2 sayang bro aku then aku x nak masalah aku akan bwat kegembiraan dia diragut. So aku bwat perkara yang sama pada ko dan kkawan yang laen gak..




Dan mungkin gak sebab aku dah terbiasa melarikan setiap perasaan serius dengan senyuman dan gelak tawa.




I still remember sewaktu di RRC, pada malam aunt ko meninggal. Aku tanyo ko apsal ko x balik sedangkan saat tu may be saat terakhir ko akan tengok aunt ko. Then jawapan ko: tengok orang sedih dan menanggis akan bwat ko sedih dan menanggis gak. Kedian kita lepak Mc D ngan kkawan laen. Aku sangat marah pada ko sebab ko boleh ketawa dan bwatkan yang laen ketawa gila2 seolah2 x ada apa2 yang berlaku sedangkan yang pergi hari tu ialah orang yang sangat rapat ngan ko.




So, can I do the same to you? Sebab aku nak teros tengok ko tersenyom dan ketawa..

















Tahun ni aku mulakan kisah hidop aku ngan berkongsi dengan dunia 1 perkara yang selama ini aku cukop2 rahsiakan: hari jadi aku. Mungkin ia sekadar 1 langkah kecil tapi setiap perjalanan yang panjang juga perlu bermula dari langkah pertama kan.. berhenti berlari... berhenti bersembunyi...

Thursday, January 7, 2010

Koland Sekip

Part 2
Kalu ada korang suroh aku bagi senarai nama yang mengingatkan aku pada 2009 (not including family) then top of the list ialah Koland anak Sekip. Nokhtah.


On GEMS RRC last day, bila aku dapat tahu Koland pon di attach ke tempat praktikal yg sama: STIDC, aku sangat gembira plus yakin God dah plan something BIG on me. Then I promise myself 1 thing (yg aku x leh nak share ngan korang kat sini) dan kemudian aku sendiri langgar janji yang aku bwat pada diri aku sendiri.


Still remember hari2 terawal di STIDC dulu: pada pandangan mata dia yang akhirnya berjaya bwat lawan cakap parents (bukan berkali2nya) dan aku pindah masok ke GREENVILLA. Walupon aku x lama di sana tp quality time tu yang penting (kan Azan.. wakaka). Antara event yang still aku ingat cam hari dia ambik barang2 dari rumah aku (then dia terpaksa patah balik sekali lagi dan lagi pasal ada jer barang2 yang tertinggal), pada stiap malam dia bising pasal aku tidor x guna tilam (yang dia bawak khas untok aku including kipas skali), pada ayat dia untok pujok Nita agar gi skali makan STEAMBOAT tu : ‘Susah senang kita hadapi bersama’ (WTF), pada malam aku sangat malas nak simpan motosikal aku then dia pulak yg tolak, pada ketika dia sangat2 pemilih bab makanan (dia x suka makanan yang aku masak plus cuma nak beras yang emak dia tanam jer), pada mug lembu dia dan banyak lagi..

Sesiapa yang kenal Koland pasti akan setuju bila aku kata bahawa dia ialah seorang kawan yang baek. Betapa walau dia dah x tahan and nak berhenti di STIDC, tapi dia terpaksa tolak tepi pasal fikirkan transport kkawan dia nak ke office, walau kkawan laen tengah marah tentang ‘other kawan’ yang makan duit diaorang (including dia) tapi still dia x nak carik gadoh ngan kawan tu, plus Koland sangat2 risau masa rumor mak Radzi accident dulu, then dia sangat2 marah and protective bila si ZAMRI ttiba serang kkawan kami dan banyak lagi event2 laen.




Cuma aku bukan kawan yang terbaek untoknya.. Aku x berada disisinya ketika dia perlukan aku. Malah aku pilih untok x mendengar ketika dia perlukan seseorang untuk bercerita. Sehingga 1 ketika aku mulai perasan pandangan dia mulai berbeza. Seperti ada pintu besar yang tertutup dan menghalang aku untok masok dunia dia. Since then aku rasa aku sangat2 x tahu apa2 tentang dia. Aku hanya akan dapat tahu setiap apa yang berlaku pada dia tru kkawan lain. Dan yang paling sucks bila Radzi berhenti, aku rasa cam sangat2 loser bila masa aku lihat pandangan Koland sama cam pandangan dia pada hari2 terawal dia di RRC dulu: keseorangan dan mencari2 wajah2 yang boleh membuatkan dia selesa bersama dan boleh bwat dia ketawa besar2. Cukup pasti ia bukan aku…






Mungkin kau bukan lagi Koland yang sama yang pernah membuatkan aku menyesal bangun pagi sehingga tidor balik sebab perangai kau yang annoying and irritating. Tapi still aku akan rindukan kau as a kawan selama mana kau still anggap aku as a kawan. Aku akan rindukan pada buih teh tarik yang kau x nak then ko akan letak pada kopi aku, pada pickle yang ko x nak makan pada burger ko then ko pass kat aku, pada timun, sayor2 or wat ever makanan yg ko x nak makan then ko pass pada aku, pada tattoo ko yang menjadikan aku kawan terakher yang melihatnya, pada kakak ko yang belom pernah aku jumpa, pada setiap cerita yang pernah kau share bersama aku, pada semuanya…







Then aku ttiba teringat jenaka kau malam tadi b4 aku balik “Semoga kita tak akan jumpa lagi..”



Sorry coz Im a jerk…

Tuesday, July 28, 2009

Hilang Dalam Ramai

Entah apsal hari ni bbangun jer dari tidor aku teros bersemangat. Masak air. Sapu peanut butter kat roti. Makan. Sangat bersemangat. Then otak aku teros terfikir something.


Aku sorang yang sangat suka cabaran. Aku bukan jenis yang selesa hidup ngan hidup dalam safety zone. Sbb safety zone adalah zone yang sangat berbahaya. Bwat kita terlampau selesa pada something yang at the end yang kita tahu apa yang akan berlaku. So y not cabar diri bwat something berbeza. Something yang akan jadikan masa depan kita berada pada tangan kita sekarang. Kalu kita berusaha kita akan berjaya. Tapi kalau kita berhenti berusaha then masa depan kita akan gelap.



It happen when aku sekarang ni tengah praktikal kat satu GLC di Kuching untok tempoh 6 bulan. Aku dudok rumah sewa ngan kekawan even tho rumah x jaoh pon. Pasal aku nak cabaran. Aku x nak keselesaan di rumah yang akan bwat aku terlampau berkhayal.



Sekarang ni sebulan dah berlalu. Mostly kami macam budak praktikal U. Hanya akan bekerja bila ada kerja dan disuroh bekerja. Ada kawan yang kena key in data yang sangat bertimbun2. Bila fikir balik, kami pelajar management under program GEMS. Tahap yang membezakan antara management dan pekerja ialah bila masa ada golongan yang akan hanya berfikir idea2 baru manakala bahagian lain akan bekerja atas idea tu.



Kami masih muda. Masih ada idea2 segar yang kalau x dikeluarkan then akan hilang sia2. Even bak kata Uda, bila dah kerja then jadilah ASET yang berharga dan bukannya LIABILITI yang membebankan. So aku ada idea. Idea yang akan jadikan kami ASET (aku guna kami sebab aku x nak berdiri sendiri dalam perjuangan ni). Idea yang akan jadikan bila masa 6 bulan ni berakhir, then pihak management skarang akan fikir 2-3 kali either nak buang kami just like that or perlu sambong kontrak.



Kita dah sebulan kat sini. Kita kena hantar ke bahagian yang berbeza. At least kita boleh juga kelemahan dan kekurangan each department. Kita boleh kuar proposal perbaiki each kekurangan or keluarkan 1 idea yang jaoh lebih segar.









Dear friends,

mungkin sebulan yang dah berlalu dah hilangkan sebahagian mood korang. Bwat korang lupa apa yang kita belajar di RRC dulu. Cuma tinggal 5 bulan lagi. 5 bulan bukan tempoh yang panjang dan bukan juga tempoh yang pendek. Kita harus bertindak sekarang. Bwat draf minggu ni dan hantar proposal next week. B4 idea yang maish banyak dalam otak kita ni hilang d sebabkan bebanan kerja dan tanggungan laen, then y not kita kerjasama as a team?





Even kita x akan rugi pon kalu idea kita x diterima. Even bila fikir balik, even tho korang dah kerja kat tempat laen nanti korang fikir korang nak bwat kerja dan bwat kerja yang disuroh jer? Or korang kena tunggu peluang yang betol2 sesuai baru nak bertindak? Or pada masa tu cuma hanya ada korang sorang jer dan x ada team yang support.















Jangan tunggu esok. Nanti semangat kita akan hilang. Kalu waktu tu dah datang, kita x ada nilai. 6 bulan akan berlalu sia2. Kita akan nampak sama seperti mereka yang ada di sekitar kita. Then kita akan hilang dalam ramai. We r no one

Wednesday, June 24, 2009

Good Bye Infinity

Akhirnya semuanya dah tamat. 2 bulan setengah dah berlalu.

Bak kata enche Hashim: di mana saat program GEMS ini benar2 bermula? Jawapan aku ialah ketika air pool membasahi dan menyejukan keseluruhan badan aku. Dan kemudian aku mulai merasai setiap bahang kepanasan dan kedinginan setiap mereka yang ada.


Pada hari terakhir, mood aku masih x berubah. Still down. Otak still fikir ttg hal Uda n krisis yg berlaku to Infinity lately. Aku sedaya upaya untok bwat2 happi tapi still aku x dapat paksa diri. At least itu antara yg aku belajar sepanjang 2 bulan di sini: aku dah x nak paksa happi kalu aku x. Cuma akibatnya aku x dapat habiskan kualiti time terakhir bersama Infinity Ltd. Aku x dapat kongsi perasaan terakhir kami. Aku x dapat lihat girls kat Infinity nanggis puas2. Hanya sempat untok 2 minit terakhir dengan salam dan pelukan beberapa org ahli.

Hari terakhir ni jugak Tuan Haji asyik beberapa kali tegor n panggil nama aku.

Pelukan terakhir dengan roommate: Wahyu dan Naz.

Dapat tempat praktikal di STIDC sama ngan Radzi, Jane, Phia dan paling hebat sekali bersama Koland. Entah kenapa takdir meletakkan kami bersama lagi. Pasti semuanya ada sebab dan musabab. Cukop pasti akan ada Mc D & movie night lagi..

Dan kemudian aku mendaftar keluar dari hotel dan pergi tanpa menoleh sedikitpon ke belakang.


Hidop harus diteroskan..


Tinggal 5 hari sahaja lagi untok peperiksaan NIOSH. Duh.. Im not ready for the test. Terlalu banyak fakta untok di baca dan di hafal..


1 Radzi
2 Daisy
3 Fifi
4 Azan
5 Sall
6 As
7 Atul
8 Dess
9 Kay
10 Anna
11 Jane
12 Phia
13 Erwan
14 Elvin
15 ?
16 Suzilawaty
17 David
18 Fhat
19 Suzy Anding
20 Emmer

Friday, June 19, 2009

Koland Sekip

How does it feel when kita down tapi terpaksa tersenyom dan ketawa? It feel sucks isnt it? So amcam plak kalu kita tahu yang kawan kita yang tengah down tapi dia still leh bwat orang laen tersenyom dan ketawa? It bwat kita rasa double n triple time down..!!



Untuk minggu terakhir program GEMS ni aku nak buat post khas tentang rumate aku a.k.a ahli satu kompeni aku gak iaitu mr. KOLAND SEKIP. Sapa mamat ni sebenarnya? Biar kita cerita...




Aku masih ingat first time aku jumpa dia iaitu masa aku nak masok bilik 212 Regency Rajah Court dulu dan kebetolan dia plak keluar. Firstly rasa cam pelik r bila masa ada sorang budak laki Iban leh share satu bilik ngan 3 mamat Melayu. Bila dia balik bilik then kami cakap2 r sikit2. Dia mula2 memang sangat cakap sikit. Tanya satu ayat then balasan dia just satu patah perkataan jer. Tapi then bila masa dah berlalu semuanya pon dah tunjok belang masing2. Mamat nama Koland rrupanya jenis yang leh cakap dan bergerak tanpa henti. Wakaka.




Koland seorang yang berbeza. Dia Iban yang bukan Iban. Dia x layan lagu Iban. X ada koleksi lagu Iban pon. Even cuma dengar lagu Iban pon masa Gawai. Even dia x suka pon sambot Gawai. Paling best bila dia mengingau pon x cakap Iban. Cakap Dialek Sarawak plak. Awek pon bukan Iban. Kawan Iban kat GEMS pon sangat sikit then nak dengar dia cakap Iban pon kurang r. Even aku pangil dia via nama Melayu: LAN jer. Tapi bukan sebab tu dia berbeza. Tp sbb dia memang berbeza r. Perbezaan yang x dapat dluahkan melalui tulisan. Kena jumpa sendiri r.



Banyak event ngan dia yang aku x akan lupa r. Saat dia mengenakan aku 24/7 sejak dari bangon tidor sampai r dia tidor balik. Saat dia bwat aksi dan kata2 yang sangat annoying n irritating. Saat dia x leh bwat aku dudok diam dengan aman.


Tp yang syok bila dia kata last few day dalam 'list secret' betapa dia sangat thanks pada aku sebab leh terima sikap kurang ajar dia. Duh.. Betapa aku terdiam. Dia bwat aku teringat ttg Isyraf, rumate terakher aku kat U dulu. Cuma Koland ni jenis yang terlebih makan gula r then dia jadi hyperaktif r. Bukan senang wei nak cari orang yang leh terima and create idea ssama ngan kita.


Plus bila dia share 1 thing yang dia x share ngan sesapa lagi. Hari aunt dia meninggal. Dia bagitau aku yang aku satu2nya orang yang dia bagitau ttg tu. Then kami keluar satu company layan wayang. Entah apsal malam tu aku jadi sangat emo. Bilamasa dia still boleh bwat lawak ngan semua kkawan cam x ada apa2 berlaku. Sedangkan dia sangat rapat ngan aunt dia. Bila dia paksa happi dalam masa dia x sepatotnya happi, bwat aku sangat sakit. Bila kami berdua, aku suroh r dia ambik cuti, balik rumah. Tp jawapan dia: "Aku x boleh tengok orang menanggis, nanti aku jadi lemah..."


Mungkin pada semua orang, Koland hanya seorang penghibor. Lelaki yang hanya tahu menyakat sesiapa sahaja. Lelaki yang ditakdirkan untok membuatkan semua orang tersenyom dan ketawa. Tapi semua orang harus tahu bahawa dia ada sisi lain yang x semua orang sempat kenal. Sisi lain yang dia x nak semua orang tahu..





Wahyu, the other rumate pernah bagi amaran supaya jangan terlalu rapat sangat ngan sesapa untok sepanjang 2 bulan ni then aku ketawa kat dia. Wahyu mmg jenis negatif thinker r. Terlalu negatif kalu kita nak jadikan alasan masa as halangan untok kita kenal orang. Sebab bagi aku tempoh masa tu x penting tp quality time tu yang penting (cam pernah dengar je ayat ni kan, Azan?)











Mungkin 2 bulan ni akan jadi bosan dan mendatar jika dia x ada. Terutama jika dia bukan roomate aku. Thanks Koland. Thanks a lot..!!

Monday, June 8, 2009

Gawai Project

Last 3rd of June kami group Infinity Limited bwat sambutan Gawai di rumah Carol. Biar gambar menerangkan wat happens during the night. Memang happening r. X tipu...

Kesimpulan sepanjang malam tu memang best. Ngan makanan yang extra banyak, parents Carol yang extra sporting layan karenah kami yang pelbagai, ngan xtiviti berterusan sepanjang malam memang x akan lupa r sampai bila2.


Thursday, June 4, 2009

How Do You Define A Good Life

Ada pepatah lama kata "Hanya orang yang mengalami kedukaan sahaja yang akan memahami nilai sebenar kegembiraan". So post kali ni aku nak share cam mana aku nak mengambarkan 'my good life' dari pandangan mata aku..



Ada orang yang lahir dalam keluarga kaya raya, itu bukan aku. Ada yang lahir dalam keluarga yang bahagia, itu pun bukan aku. Ada yang lahir sempurna sifat luarannya, dan finally itu juga bukan aku. Dan kisah ini bermula di sini...



Last few day ada sorang peserta GEMS tanya satu soalan kat aku. Dia tanya "Kenapa aku still join Community Service & Team Building kalu ia boleh beri effect terok pada kesihatan aku?"



Aku tersenyum. Aku jawab " Takkan aku nak jadikan faktor kesihatan aku as halangan untok aku buat semua benda...!!" Dia teros blah tanpa cakap banyak.


Realitinya aku memang terfikir awal2 untok mengelakan diri dari semua benda tu. Aku tahu bahawa badan aku dah x mampu nak menampong semua bebanan tu. Sakit yang amat sangat pada kaki rasa cam ada 1 batalion anai-anai sedang korek kayu pada kaki aku. Dengan lebam satu kaki, sakit yang amat sangat sampai bwat aku memang dah nak putos asa. Tapi bila fikir-fikir balik, aku x pasti bila tempoh masa aku jadi normal ni akan tamat then aku bwat keputusan: aku mesti pergi gak. Aku musti simpan memori yang terbaek untok simpanan hari tu kelak.




Frasa terakher: Bagaimana jika anda ketahui bahawa tarikh kematian anda ialah pada sebulan yang mendatang? Soalan yang sama aku ajukan untuk diri aku: Seperti mana aku cukop yakin bahawa penyakit aku ni satu hari nanti akan jadikan aku lemah dan hanya mampu terbaring kaku di atas katil bwat aku teros nak berdiri selagi berdaya.




Kebahagian adalah satu frasa yang berbeza berbanding antara satu dan individu yang lain. Mungkin bagi mereka yang lain jika berada di tempat aku maka satu-satunya pilihan ialah berputus asa, marah atau kecewa pada kehidupan. Aku dah lalui semua tu sebelom ni. Semuanya tak membawa aku ke mana-mana. Lalu aku memilih jalan untuk menjadikan hidop aku lebih bermakna dengan mencipta kebahagian sementara.




Sekurang-kurangnya itulah bagaimana aku mendefinasikan kebahagian.


Friday, May 22, 2009

Freddy Mawar

Dah lama rasanya aku x post blog ttg individu tertentu. Last blog ialah ttg 2 orang kawan masa kat U dulu: DIDI n DAUS. Sepatutnya aku upload post ni beberapa hari terdahulu tp masalahnya internet kat tempat aku ni ttiba bwat hal plak. Baru dua hari lepas jer intenet wokey so aku pilih untuk post. (ya, Fazlee... tentang roomate ko. May b next ttg cousin ko r plak)

Aku x tahu kenapa aku boleh tulis 1 post khas tentang dia. Tentang seorang lelaki yang aku x pernah kenal walaupun dia ada berhampiran aku setiap hari. Bila masa aku boleh ramah n main-main ngan sesapa saja tapi bila berada berhampiran dia then aku jadi x tahu apa nak bwat. Mungkin ada beberapa kali aku tegor dia tapi bila reaksi di yang sangat dingin bwat aku rasa cam hampagas plak.

Manusia biasanya akan menilai seseorang berdasarkan pengalaman yang pernah berlaku pada mereka. Akan ada ciri-ciri tertentu yang boleh di kaitkan kepada orang lain. Even dari pandangan psikology pon perkara cam ni ialah normal. So x pelik r kalu kita boleh detect tindakan orang yang baru kita kenal hanya based on pengalaman kita handle orang yang kita rasa ada persamaan ngan orang tu.

Tapi yang pelik ttg lelaki bernama Freddy ni ialah: aku or sesapa pon x dapat nak relate dia ngan sesiapa or apa2 pon. Dia jenis orang yang berada di luar fikiran sesiapa. X ada sesiapa pon yang leh jangka tindakan dia. X ada sesiapa pon yang leh tahu ttg apa yang dia fikir. Just imagine dalam tempoh sebulan berada dalam kelas, semua ahli kelas sangat2 leh mesra kecuali ngan dia. Dia jalan sorang2. Dia makan seorang2. Dia keluar kelas bila masa dia nak. Dia x berkomunikasi ngan budak kelas. Bila ada xtiviti then dia x nak terlibat. Bila semua ketawa then dia cuma bwat donno. Seolah2 dia memang x pernah wujud dalam kelas.

Aku masih ingat pada minggu lepas bila kelas bwat ice breaking. Then fasilitator suroh kami tulis something ttg diri sendiri yang orang laen tak tahu pada a piece of paper. So as usual r kertas tu akan d bagi secara rambang. Ttiba kawan sebelah aku jadi hairan. Kat piece of paper dia tulis something yang bunyi 'HOW DO I DEFINE A GOOD LIFE?'. Ayat tu sendiri dah bwat aku terhenti. Bwat aku berfikir panjang. Kalu yang lain akan tulis ttg berat, tinggi, hobi, warna kegemaran tp bila kat kertas tu tulis cam tu untuk describe diri dia aku dapat rasa something pelik.

Aku masih ingat pada hari orientation dulu. First impression aku tentang dia ialah sorang mamat yang berada dalam khalayak popular. Musti kaki perempuan. Musti akan bergaul ngan kelompok sejenis ngan dia je r. Ngan muka yang woke dan body yang muscle plus tatoo kat tangan lg... duh, bila dah lebih sebulan berlalu aku rasa bhw dia adalah sangat2 berbeza. Bila aku kata sangat2 berbeza then aku maksudkannya dgn SANGAT2 BERBEZA.


Aku tak tahu kenapa aku leh jadi sangat2 fokus kat dia. Even aku sendiri x tahu kenapa aku leh post blog yang khas tentang dia. Something tentang perbezaan dia. Sesuatu yang menjadikan aku lihatnya berbeza. Cukop pasti bukan sebab tarikan seksual r. Bukan juga sebab simpati.


Sesuatu tentang dia.

Dia bwat aku ingat tentang seseorang.


Seorang yang cukop dekat tapi aku dah lupa tentangnya...






Dia bwat aku ingat tentang . . . . .

Thursday, May 21, 2009

Mr. Apple Juice

Apakah itu Apple Juice? Something yg juicy. Rasa masam sikit tp kepuasan rasa juice yang berbeza.




Siapa itu Mr. Apple Juice? Aku..!! Someone yang juicy. May be agak masam sikit tapi akan beri kepuasan yang berbeza. Nama yang diberikan masa joins kursus GEMS ni..




TALENTDAY
19.05.2009


Bawah ni plak gambar masa TALENTDAY







Tuesday, May 12, 2009

How To Loose Your Virginity In 30 Days

Pada awalnya aku x bercadang nak menulis blog ... at least sehingga KURSUS GEMS yang aku ambik skarang ni berakher. That y last post aku letak title 2 bulan setengah: sebab kursus ni akan ambik masa sepanjang tempoh tu. So aku fikir aku akan berehat dari dunia luar sepanjang aku berada kat sini.


What happen to me lately?



Pernah imagine x kalu SNOW KING (versi lain untok Snow Queen), jadi ramah a.k.a warm? Pasti r dia akan cair. So this post akan cerita ttg benda tu)



Resign je aku dari jawatan CIKGU di LOGDE tempohari, aku terus joins GEMS (Graduate Employability Management Scheme) di Rajah Court Kuching. Sebab aku join benda ni? Aku nak lari dari masalah. Yap,.. aku sedaya upaya bagitau sesapa yg ada masalah supaya jangan lari dari masalah tapi skarang benda tu dah balik pada aku. (Tapi masalah ni x ada kaitan pon dengan kerja aku yang terdahulu iaitu di LODGE. Walaupun ttiba dapat called dari LODGE bagitau yang aku d suspect mencuri duit pelajar plak. Duh.. Sakit hati r ).




Bila join GEMS jer, something happen to me. Mungkin sebab tekanan yang amat kuat bwat aku jadi sorang yang sangat berbeza. Aku sendiri perasan perbezaan tu. Aku jadi sangat2 ceria. Aku jadi sorang yang banyak cakap. Aku jadi someone yang bukan aku. Mungkin cara tu pilihan terbaik yang boleh buat aku melupakan apa yang berlaku pada aku di realiti kehidupan: mencipta dunia khayalan sendiri (pilihan seorang looser).


Tapi at the end of the day: bila aku ssorang or bila time hujong minggu dah nak sampai then aku jadi takot... Aku jadi sangat2 takot sebab aku perlu balik pada realiti sebenar.




Sejujornya aku sangat2 stress. Ada something berlaku yang aku sangat2 nak share pada semua tapi masalahnya aku x dapat nak share masalah tu. So aku terpaksa pendam semua tu untuk satu tempoh masa yang panjang hingga at the end kesannya sangat teruk berlaku pada aku. Aku x pernah menanggis seterok tu sebelum ni (even dah cukop lama aku x menanggis). Hari tu aku menanggis macam budak kecik. Air mata yang mengalir tak henti2. Pasti orang sekitar jadi sangat2 hairan lihat seorang lelaki berusia 24 menanggis cukop lama. At least skarang aku dah ada 3 sebab untok menanggis.



Masalah ini adalah masalah yang paling besar dan memberi tekanan terhebat kepada aku sepanjang aku hidop 24 tahun ni. Mungkin selama ni aku pejam sebelah mata bila ia berlaku pada orang laen tp bila ia berlaku pada aku, aku jadi tergamam. Aku x tahu nak bwat apa2. Aku x tahu peranan apa yang perlu aku bawak untuk masalah ni. Dan lebih teruk lagi, aku x boleh nak share benda ni ngan sesapa pon..










Damn..!!