Showing posts with label Kerja. Show all posts
Showing posts with label Kerja. Show all posts

Saturday, March 9, 2019

Kisah Perempuan Melayu Yang Bagi Anak Makan Babi


Aku mempersoalkan:

Dia tak ada agama ke?
Dia tak takut tuhan ke?
Dia tak percaya konsep dosa, pahala, syurga, neraka ke?
Dia tak tahu ke dia bagi anak dan suami dia makan makanan haram?
Dia tak rasa bersalah ke?
Dia tak tahu malu ke?


Sewaktu aku universiti dulu, aku ambik satu kelas elektif ni: penulisan kreatif. Salah seorang pensyarah bagi kami satu bahan bacaan ni. Pendek je. Tajuknya kalau tak silap: Petani dan babi. Sinopsisnya: Petani Melayu ni miskin jadi dia ambik kerja sampingan under sorang apek Cina ni dengan memburu dan memotong daging babi hutan. Selepas tu dia akan samak parang dan diri dia. Apek Cina pun bagi upah yang agak lumayan. So hari berganti hari bertukar minggu dan dia masih lagi buat benda yang sama. Satu hari selepas selesai kerja kerat mengerat daging, dia gantung kat pagar rumah dia dan dia pergi samak diri macam biasa. Malam tu, masa makan dia tanya isteri dia: Sedap awak masak malam ni. Mana awak dapat duit beli daging? Maka isterinya menjawab: Daging ni kan awak yang beli dan gantung kat pagar. Saya masakkan jer. So si petani pun terkesima.


Kat tempat kerja aku post tertinggi ialah supervisor. Dan di situ ada 2 supervisor. Aku dan sorang lagi yang senior 3 bulan dari aku sekaligus menjadikan ‘peranan’ dia lebih besar dari aku. Orang kenal aku tahu yang aku no big deal pun dengan pangkat or benda nama duit ni. Beberapa hari before raya dia bersalin, cuti 2 bulan dan kembali masuk kerja. Bulan September OK lagi. It started bulan Oktober. Dia datang kerja sekitar 7 hari jer. Bulan November dia masuk kerja sekitar 4 hari. Disember 5 hari. Januari kurang 10 hari. Februari baru lebih 2 minggu itupun sebab aku pergi umrah. Tapi dekat slip gaji, hanya stated yang dia ambik beberapa hari je cuti, unpaid leave pelbagai. Bersih je payslip worksheet. Dan hujung bulan tersenyum je kira gaji.

Alasan dia bagi: Anak sakit, anak meragam tak nak pengasuh, pengasuh buat hal, pengasuh temankan anak ambik keputusan PT3, kakak pengasuh masuk hospital, kakak pengasuh meninggal, kawan emak meninggal, suami sakit, dia temankan suami sakit, dia sakit gigi, ada urusan bank, susu anak habis, urusan bank lagi, orang atur rumah dan ada masa cerita di whatapps dan jumpa depan boleh berubah pulak bla-bla-bla.

Kalau aku budak naif umur 4 tahun then aku mungkin akan bersimpati dan kata dia ialah perempuan paling malang dalam dunia ni. Mana taknya dalam sebulan cuma turun kerja 4 hari je? Turun kerja 4 hari tu pulak bukannya 8am-5pm x 4 tapi ikut mood. Dia masuk kerja jam 8.30-9.00. Balik pulak jam 4. Ada masa dia nak kerja setengah hari then setengah hari je ar. And even ada masa tak sampai sejam je terus balik.








Yang buat kerja dia: AKU.






Aku tulis ni atas dasar saudara seagama. Duit yang dia dapat setiap bulan tu ialah haram. Dia nak pertikai dan bawak jumpa ustaz or mana-mana mufti pun memang akan tetap jatuh hukum haram. Dia tak tahu ke? Sekalipun dia guna alasan meyakinkan diri dia sendiri yang dia sakit but still dia tipu on payslip worksheet dengan menyatakan dia hadir pada selain 4 hari tu. Kau tak buat apa-apa, main dengan anak, ‘main’ dengan suami di rumah dan kau dapat duit. Dalam payslip kau kata kau kerja. Ia haram. Haram tetap haram. Bak kata orang Melayu: duit tu panas. Ia akan bagi effect pada rumah tangga, pada suami, pada anak, pada keluarga kau. Mungkin kau tak nampak sekarang tapi ia akan ambil masa. Duit tu diguna untuk beli makan anak-suami, ia akan jadi darah daging, ia akan hitam dan bila kau dah sedar ia terlambat.



Dan 1 benda yang paling senang untuk analogi haram: BABI. Kau sanggup suap anak suami kau makan babi?


Lalu aku mempersoalkan:

Dia tak ada agama ke?
Dia tak takut tuhan ke?
Dia tak percaya konsep dosa, pahala, syurga, neraka ke?
Dia tak tahu ke dia bagi anak dan suami dia makan makanan haram?
Dia tak rasa bersalah ke?
Dia tak tahu malu ke?











Dan dalam cerita ni aku juga sedang makan babi sebab bersubahat. Jadi aku perlu buat sesuatu..

Saturday, November 17, 2018

How To Fired Your Co-Worker & Dont Feel Guilty About It

Jumaat ni tadi buat pertama kali dalam seumur hidup aku, aku telah mem'FIRED'kan seorang pekerja. Semua orang tahu yang hari tu akan tiba. Even dia sendiri dalam angkuhnya kena akui yang ia memang akan perlu berlaku gak. Malah aku sendiri dah jangkakan yang aku ialah orang yang akan jadi pengumum hukuman tu untuk dia. 

Dia start buat kesalahan demi kesalahan untuk 3 bulan kebelakangan ni. Dia mengamuk di tempat kerja, merosakkan asset dan barangan company, bergaduh dengan penyelia, menggugut mencederakan penyelia, menggunakan kata kasar/lucah terhadap penyelia dan kedatangan yang sangat-sangat teruk. By the way, penyelia a.k.a supervisor yang dimaksudkan ialah aku. 

Dan dia buat kesalahan demi kesalahan tu secara terang-terangan or in other wordnya hanya orang  yang betul-betul tak ada otak je yang akan buat benda ni. First dia mengamuk, merosakkan barang  company dan menggugut mencederakan aku di hadapan saksi yang cukup banyak. Second dia tinggalkan bukti yang sangat nyata. Selain ugut secara lisan, dia juga meninggalkan bukti yang lebih kukuh iaitu secara tulis dalam group Whatapps. OMFG right? Siapa orang yang punya akal cukup waras boleh terfikir untuk ugut seseorang guna Whatapps dan boleh totally get free out of it? But still aku bagi dia peluang before aku pergi buat report polis. Ooh wait, dia seorang attention seeker. No wonder dia buat terang-terangan iaitu dengan matlamat supaya orang boleh takut kat dia but unfortunately not me.


Aku berterima kasih pada tuhan sebab Dia bagi aku otak yang 'tak seberapa' nak normal ni. Waktu dia pertama kali mengamuk tu, aku tinggikan suara balik tanpa aku bagi ruang otak aku berfikir kesan apa aku akan terima the end of the day. Walaupun kat tangan dia pegang besi dan baru je guna untuk bengkokkan tangga besi company, still aku tak takut waktu tu. Thanks to the other worker yang halang, kalau tak then memang lumat ar aku. Second time beberapa hari je lepas tu, semua staff dah balik, tinggal aku sorang je dalam kereta dah nak keluar gate dan dia yang entah hilang dari mana satu hari tu tetiba muncul marah-marah siap ugut nak langgar kereta aku. Dia mengamuk, marah-marah bagi arahan supaya aku keluar dari kereta dan bukak pintu kilang supaya dia boleh thumbprint (supaya tak potong gaji) dan reaksi aku: tak peduli dan terus blah. Esok paginya dia datang office mengamuk lagi sekali dan terus rosakkan barang company. 


Aku tak tahu kenapa aku tak takut waktu tu. Aku fikir: What the worst thing could thing could happen? Mati? So what about it? Sebagai seorang mental illness patient yang pernah melalui fasa 'suicide thought', mati ialah satu perkara yang kita sentiasa dah lama kita nak buat tapi kita tak ada keberanian sebenar untuk melaksanakannya. So apabila ada orang boleh 'buat' untuk kita so apa yang kita boleh katakan ialah 'dipersilakan'. 











Sama macam pagi Jumaat tu masa terima email dari head quarters suruh bagitahu yang dia dah diberhentikan. Sebagai supervisor a.k.a jawatan tertinggi di kilang yang hanya ada 10 orang pekerja je tu plus the other supervisor obviously tak akan ada keberanian so hanya ada aku je lah. Walaupun bibir aku asyik kata perkataan takut.tapi dalam hati aku tersenyum, Ia macam rasa berbaris menungu giliran masa nak naik roller coaster. Aku boleh imagine drama yang bakal berlaku dan ia mengujakan.


So sebelum jam 3 petang Jumaat tu, berbekalkan pengalaman berteater selama 3 tahun dan kelas psikologi yang dianjurkan oleh arwah Little Finger dan Tyrion Lannister, so hanya ada aku dan dia. So it  finally happen. Dan sesi yang berlangsung selama lebih 30 minit tu aku gambarkan sebagai sesuatu yang hmmm..., membosankan. Nothing happen sejujurnya. Tak ada sikit drama pun. Rasa macam cikgu tadika yang buat-buat setia mendengar satu persatu alasan yang diberi oleh anak murid yang tak siap kerja sekolah je. 






Sejujurnya aku tak ada rasa bersalah sedikit pun. Sebabnya ia memang sepenuhnya kesalahan dia pun. Aku just buat apa yang aku patut buat jer.. 









Or mungkin sebab aku selalu sangat  reject cinta orang tanpa ada rasa bersalah menjadikan hati aku imun untuk punya rasa bersalah. Hmmm..

Monday, January 18, 2016

Kerja Gomen

Aku tak kata aku ada banyak pengalaman kerja tapi aku pernah buat beberapa kerja dalam tempoh yang agak terhad. Apa yang boleh aku rumuskan ialah setiap kali aku kerja sektor kerajaan (which orang kampung guna term kerja gomen) then berat badan aku akan bertambah. Manakala sebaliknya setiap kali aku kerja sektor swasta (which orang kampung gelar sebagai kerja kompeni) then berat badan aku akan menyusut. Last kerja aku dalam tempoh kurang 5 bulan, berat aku berkurang 20 kg and of coz ia adalah kerja swasta. Sebab apa? Sebab kerja gomen boleh mengular dengan mudah. Hmmm..


Kerja pertama official aku dulu ialah bawah sektor kerajaan. Waktu tu tak terasa sangat 'gomen effectnya'. Hanya selepas kerja gomen kedua dan ketiga baru ia benar-benar terasa. Masuk jam 8, on computer, check e-mail (or mostly FACEBOOK), jam 9.30 keluar minum pagi, lepak borak-borak ketawa sejam, masuk balik then ada meeting dan setiap kali meeting garenti ada makan-makan, jam 12 keluar lunch, masuk balik jam 2, jam 4 keluar minum petang, jam 5 punch kad balik rumah. Masa office ada mak cik yang jual tudung (kalau bulan puasa then jual kuih), ada yang asyik baca katalog make-up, borak lebat tentang drama jam 7 petang semalam, ada pak cik yang asyik baca news paper etc. Ada pulak yang keluar dari pagi sampai petang dengan alasan nak atur timing kereta. Ada masa kalau korang bernasib baik masa pergi jabatan kerajaan then kau perasan yang ia sangat lenggang macam bukan hari kerja je. Yang ada pun budak intern yang kau tanya soalan, dia tak tahu apa-apa sebab selama dia di situ, satu-satunya kerja yang dia buat ialah photostate kertas je. Itu belum masuk part pergi kaunter kerajaan yang jumpa akak muka masam sebab kalau dia main Candy Crush kat smartphone dia. Lepas tu kalau kau ada kawan kerja gomen then kau pasti akan dengar diaorang membebel kata kerja diaorang banyak sangat. Aku tak kata semua tapi perkara macam tu dah biasa kat office-office kerajaan.


...


Hari ni tadi aku pi temankan bapak aku check up biasa dia kat satu Klinik Kesihatan. Seperti biasa ada ramai orang, banyak kaunter tapi yang bukak cuma 2 je. Siap terlekat kat depan kaunter tu minta maaf sebab kekurangan staff untuk layan customer. Masalahnya bukan sekali dua aku pergi sana. Selalu sangat tengok pekerja kaunter yang datang awal sekadar nak punch kad dan lepas tu keluar balik. Tadi keluar dari klinik tu kami pergi makan-makan dan jumpa pulak seorang pekerja kaunter klinik tu. Jam belum pukul 10 dah mengular minum pagi (tapi makanan yang diorder dah tahap lunch. Nanti jam 12 pasti akan keluar sekali lagi untuk lunch sebenar). Kedai makan pulak punya ar jauh lokasinya dari tempat kerja. Duduk ketawa bersenang lenang macam orang tak bekerja pulak dia. Hmmm..



...



Hari ni kat FACEBOOK sorang kawan kerja polis membebel tentang perangai rakyat Malaysia yang tak hargai kerja polis. Waktu susah mintak tolong tapi waktu senang tak dihargai. Honestly dia memang seorang yang baik so sebab tu dia suarakan ketidakpuasan hatinya tapi dia baru beberapa tahun je kerja dalam bidang dia tu. Aku anak polis, mak cik aku dulu kerja koperasi polis, aku ada sedara mara, kawan-kawan yang dah lama jadi polis. Mereka akui memang susah nak cari polis yang benar-benar jujur. Bukan tak ada tapi susah. Even ada yang bangga mengaku benda tak bagus yang mereka dah buat semasa dalam bertugas sehingga kita as orang biasa yang mendengar pulak jadi terkejut 'Polis sendiri boleh buat kerja tu?'. Tapi sekali lagi, bukan semua. Sayangnya disebabkan kita dah pernah mengalami kes kereta kena tahan then polis tu tanya nak saman ke nak hulur duit kopi, pergi kaunter nak buat laporan tapi polis tu nak tak nak je layan kita, jumpa polis yang salah guna kuasa etc. Hmmm..












Korang pernah tak mempersoalkan sebagai tax payer (or GST payer) yang duit kita guna untuk bayar gaji menteri, supaya mereka boleh dapat CGPA bagus-bagus tapi pak menteri pulak fikir kita nak dengar lawak bodoh mereka je memanjang, duit untuk bayar gaji kakitangan kerajaan pulak supaya mereka dapat bagi service baik kembali kepada kita tapi mereka fikir supaya mereka boleh keluar makan sepanjang masa. Dan kepada pak polisi pulak, berkhidmat untuk rakyat dan bukan kepada ahli parti politik tertentu je.










Sekali lagi, post aku ni sedikit aku tak merujuk kepada semua tapi biasalah, aku sebagai salah seorang  dari golongan marhaen yang sentiasa ada je benda betul tak nampak dan nak komen sana sini. Hmmm

Thursday, December 12, 2013

By Choice of By Force

Tadi kawan lama SMS, then terjumpa kawan yang dah tak jumpa 3 tahun, last 2 weeks gi event kawan kawen dan jumpa beberapa orang kawan. Soalan tipikal yang ditanya: Apa kerja sekarang..? Dah Kawen belom..? Membuatkan aku rasa nak gantung je kat leher jawapan kepada FAQ tu semua. Malas dah senyum-senyum dan keluarkan jawapan yang sama je sepanjang masa.. Hmmmm..


Buat mereka yang dah kawen or in relationship yang tanya aku dah kawen ke belum, teringin je aku nak jawab: Kau agama apa ek..? Tuhan kita sama ke..? Kalau agama kita sama, tuhan kita sama then kenapa kau persoalkan aku tak kawen-kawen lagi..? Kau persoalkan kuasa tuhan ke sebab bagi jodoh kat kau dan tak kat aku..? Or mungkin kau fikir sebab kau jumpa pasangan kau masa umor kau 22 dan kawen pada 24, ada anak pada umor 25 so kau expect yang semua orang patut melalui frasa yang sama pada usia yang sama cam kau gak kot. What if kalau orang lain bermadu pada umur 27 dan bercerai umur 30 then kau pun nak ikut frasa tu jugak...? Patut lah negara kita makin mundur. Sebab bagi peluang pada orang kolot macam kau mengundi. Hmmmm..


Buat mereka yang asyik tanya aku kerja apa sekarang ni then aku teringin je nak jawab: Kau kerja apa sekarang ni..? Cikgu..? Ooo kau mesti antara salah seorang daripada ribuan siswazah yang melambak yang apply beberapa kerja tapi kena reject sebab kau tak milikki apa-apa yang diperlukan company tu. So kau gave up sebab kau jeles tengok orang lain dah ada kereta sendiri, rumah sendiri dan awek kau dah bising sebab kau tak ada duit untuk masuk meminang. So satu-satunya pilihan yang kau ada ialah jadi cikgu. Itupun bila dah mengajar kau masih lagi bising-bising kat FACEBOOK kata kerja cikgu banyak lah, gaji tak berbaloi ar, masa tak ada untuk keluarga lah, bebanan kerja melambak. Ooo shut up, man..!! Itu baru kerja pertama kau seumur hidup dan kau boleh kata yang kerja tu paling hazab..? Kau ialah kaki tangan kerajaan yang sangat spoil lah..  





...





Seriusly aku tak marah pun pada kawan-kawan yang bertanya. Mostly mereka sebab dah lama tak jumpa dan nak tahu perkembangan terkini. Dan dua soalan tu ialah soalan yang mesti tanya sama standard macam soalan 'Kau dah makan..?' or 'Hari ni panas ar..!!'. Bukannya mereka nak jatuhkan sesiapa pun. Cumanya.. itulah ada sorang dua yang rasa sebab diaorang dah kawen, ada anak sorang dua or ada kerja dan boleh beli sebijik kereta ngan sebijik rumah so mereka rasa orang yang single dan jobless tu sebagai useless or tak mengecapi keindahan dunia. Ooooh shut up..!!







Kalau kau beriman pada tuhan yang sama aku beriman then kau kena terima hakikat yang jodoh, pertemuan dan apa-apa cabaran dan dugaan itu ialah atas kehendak Dia. Jangan ar sesekali kau rasa kau dah cukup bahagia sebab ada suami kacak Aaron Aziz dengan anak secomel Mia Sara or ada kerja cikgu yang gaji naik setiap tahun or jadi pengurus kat company besar tu dah menjadikan kerjaya kau stabil habis. Tuhan tu Maha Kuasa. Ketika kau makin lalai dari menggingati Dia then dia bagi kau satu kemalangan yang buat kau hilang kaki. Akibatnya suami kau cari isteri baru dan bawak anak kau sekali. Boss kau lak terpaksa lepaskan kau sebab kau dah tak dapat buat kerja macam org yang ada kaki. Insya-Allah waktu tu kau akan ingat Dia balik dan kau sedar yang ketika kau single and jobless akan buat kau ingat pada Maha Pencipta semula.


Tuhan bagi ujian berbeza pada setiap orang. Mungkin tak ramai yang sedar, dugaan yang kawen tu jauh lebih besar. Kau fikir ada bini dan buat aksi 18SX setiap malam Jumaat tu nikmat ke? Or kau fikir ada anak comel plus suara merdu then masuk rancangan realiti dari kecik sampai dewasa tu anugerah ke..? Tunggu hari pembalasan nanti bila masuk part tanggungjawab dan amanah then tengok part isteri tak sembahyang, anak perempuan dedah aurat, anak lelaki peluk bini orang etc. Or kalau kau tak dapat tengok part akhirat then tengok part dunia je. Kau nak bayar hutang kereta, hutang rumah, hutang PTPTN, bill anak sekolah, bill pengasuh, bill letrik, bill air, minyak kereta, perubatan etc. 



Then kau persoalkan "Kiranya kau nak bandingkan yang hidup single ni mudah dan tak perlu keluarkan banyak duit ar..?"

No.. Im not, mak cik. Tuhan bagi ujian berbeza. Mungkin kau hanya nampak part yang best-best jer tapi sentiasa ingat yang tuhan bagi dugaan yang mampu ditanggung oleh umatnya sahaja. So mungkin kalau kau berada ditempat aku then kau hanya akan termenung sehingga kemurungan dan tak mampu tersenyum sambil menari di khalayak ramai tanpa peduli orang kata pun. Hmmmm










Bak kata orang: Kalau ingat tuhan masa miskin, sakit, susah tu perkara biasa ar sebab mostly masa senang, kaya tu memang dah tak ingat tuhan ar. So persoalkan diri sendiri tu macam mana...

Monday, July 1, 2013

Earn & Manage

Sorry banyak-banyak sebab dah lama tak upload post baru. Nak check blog pun sangat jarang. Kau tanya aku dah bekerja ke..? Naa, aku masih lagi setia dengan kerjaya pengangguran aku. Cuma recently ni aku ada projek yang aku dah set kan due datenya yang perlu aku kejar. Projek apa..? Kalau korang follow Instagram (search aj_abdullah) aku then korang dah tahu ar tapi bagi yang tak tahu lagi tu, nanti kalau dah siap aku bagitahu ar.


Projek ni memerlukan aku menulis around 60 000 patah perkataan. Dan aku set dalam sebulan setengah, semuanya dah ready. Untuk menjayakan misi tu aku cuba paksa diri aku menulis 2000 patah perkataan sehari. Kalau ikut rasional matematik then ia memang logik untuk terlaksana ar tapi masalahnya aku ni manusia yang hidup based on mood. 

Imagine dalam satu hari ada 24 jam tapi aku hanya ada mood menulis pada waktu malam sekitar dari jam 9 hingga 12 malam jer. Itupun aku menulis depan TV so alamatnya hanya ketika iklan je lah baru aku start menulis. Itu belum lagi berlaku part otak jam tak dapat nak tulis sepatah haram. Sepanjang 3 hari lepas aku tak sentuh langsung penulisan tu. Jadi alamatnya macam mana aku selesaikan semua benda tu dalam sebulan setengah yang aku dah set kan tu..? Haram jawabnya.

Cumanya mood aku ni senang dibentuk. Aku boleh menulis dengan lancar plus panjang lebar pada waktu siang tapi pada tempat-tempat tertentu jer. Library..? HELL NO..!! Aku tak boleh buat apa-apa pun dalam keadaan yang terlampau sunyi termasuk baca buku. Library akan buat aku ngantok dan hilang fokus. So antara tempat yang cukup sesuai untuk aku menulis ialah di STARBUCKS Kuching International Airport. Tempat tu ramai orang lalu lalang, bising dan manusia buat perangai pelik-pelik. Di tempat macam inilah idea aku akan mengalir macam waterfall masa musim hujan. Hasilnya dari jam 9 sampai 1 petang tu menjadikan aku menulis lebih 3000 patah perkataan. 

Then kau tanya "3000 patah perkataan jer dalam 4 jam tu..?" So aku jawab: Bro, benda nama penulisan ni tak sama macam kau kena denda zaman sekolah dulu. Cikgu suruh tulis 'Saya berjanji tidak akan ponteng sekolah lagi' sampai penuh buku latihan sekolah tu tak sama, bro. Kau pejam mata sambil tidur pun boleh tulis lagi. 3000 patah perkataan dalam 4 jam tu macam kau nak keluarkan setitik air dari baju yang dah kering. Hmmm..





Tamat menulis, aku tengok jam: hari masih awal lagi so aku jalan-jalan ar. For your information, aku ni seorang yang kuat berbelanja. So recently bila aku masuk dan keluar dari satu kedai tanpa beli apa-apa then aku sangat berbangga dengan diri aku. Kiranya aku berjaya menolak godaan membeli belah ar. Tapi masalahnya ia tak berlangsung dengan jayanya ar. Contoh: bila masuk kedai pertama then aku berjaya tapi bila masuk kedai kedua pulak then mata jadi rambang dan aku beli lebih banyak. Just imagine je lah yang minggu lepas aku terbeli 2 t-shirt. Bila fikir-fikir balik, ada banyak t-shirt di rumah kot. Even ada baju yang tahun lepas aku beli tapi aku baru pakai sekali jer. 

Sama macam hari ni tadi. Masuk beberapa kedai (dengan matlamat just nak cuci mata tengok-tengok jer) then keluar tangan kosong. Bangga wei. Tapi masuk satu kedai lain lagi then terus sambar satu topi, gi depan cermin dan nampak cantik dan terus gi kaunter dan bagi duit. Bila dah dapat duit baki then waktu tu lah baru keluar dalam otak aku: Gosh, apa yang aku dah buat ni tadi? Apa faedah aku beli straw hats ni? Bila masa aku nak pakai benda alah ni? Walaupun harganya sekadar RM19.90 tapi aku dah menganggur lebih setahun setengah ni wei...












Menganggur untuk lebih setahun setengah dan kau masih lagi boleh shopping then ia adalah sesuatu yang hebat tapi tak ada sumber kewangan langsung untuk setahun setengah ialah super disaster...!!










Then aku realize yang Im good in money management but Im worst in earning it.. Hmmmm..

Tuesday, December 11, 2012

3 Soalan Mencabar


Aku gi Borneo Convention Center hari ni tadi untuk event latihan dan kerjaya. Matlamat nak cari kalau ada kursus-kursus pendek cam bakery etc ke last-last mostly yang banyak hanya kolej-kolej swasta yang nak carik student lepasan SPM. So dalam kira-kira sejam tadi tu ada 3 soalan yang bagi aku a bit mencabar gak ar. Antaranya:


1. Adik tamat SPM ni nak sambung belajar lagi tak..?
Duh. May be sebab kebanyakkan target diaorang yang dapat ialah bebudak yang baru habis SPM tapi kalau tengok muka aku ni sah-sah dah leh jadi bapak orang ngan perut aku cam orang ngandong 3 bulan pun leh claim as budak habis SPM gak ke..? Hmmmm..


2. You are Malay (ngan muka tak seberapa nak yakin) then how come you can speak English so well?
Dia Cina dari Semenanjung tapi dah 3 tahun kat Sarawak. Kalau ada orang kata aku Chinese look then aku dah pernah dengar tapi aku x pernah lak tahu yang aa stigma orang Melayu tak tahu cakap omputeh langsung. Umor dia 40 tahun lebih dah wei. Tak kan sepanjang tempoh tu dia tak pernah jumpa sorang pun orang Melayu yang tahu cakap omputeh..? Hmmm


3. You're good in English, high confident, good in customer service but how come you're still not working..?
Soalan paling susah dan aku just balas ngan senyuman jer sambil dalam hati kata 'Saya siwazah pemilih..' wakaka.












Aku balik ngan tangan kosong dari event tu. Hmmm..

Tuesday, July 10, 2012

Kerja Gomen

Kalau korang berada dalam persekitaran tipikal Malaysians then pasti family korang (terutama emak and aunts) akan selalu kuar statements aka membebel ngan words cam "Bertuahnya si Hussein Senget tuh. Anak dia baru habis SPM jer terus dapat kerja Gomen. Cerah masa depan dia. Mesti sejuk perut bini dia masa mengandungkan anak dia tu dulu kan? Bla bla bla..." Btw kalau korang bukan tipikal Malaysians then korang pasti hairan: WTF gomen tu? It singkatan bagi Government. Alaaa.., kerja kerajaan.


Then selagi korang kerja company (other word bagi kerja swasta) then selagi tu ar parents korang akan berterusan bimbang kat kau. Sebab bagi mereka, kerja company ni tak stabil aka kalu company korang tak berjaya then akan bankrupt, kedian bila-bila masa leh diberhentikan, tak ada pencen, masa depan tak cerah etc. So mereka akan sedaya upaya ar nak cerik sesapa yang ada link ngan orang dalam untuk masukkan korang ke government sector nih. Hmmm..



Aku kuarkan statement tu sebab itulah senario parents aku dan aku yakin other typical parents yang lain gak pun pernah kuarkan statement yang sama.



Sedangkan aku pulak sedaya upaya tak nak kerja government nih. Sebab apa? Bagi aku kerja government ni bagi aku ialah untuk orang yang tak nak berkerja saja. Mungkin bagi korang jawapan tu agak narrow minded, sempit, kolot etc tapi suka hati aku ar kan sebab itu jawapan aku. Aku pernah ada 3 kali pengalaman kerja government nih. So aku leh buat beberapa kesimpulan ar melalui pengalaman pendek aku tu. Antaranya:

a) Pekerja gomen ni lebih banyak menghabiskan masa selain dari kerja. Mereka masuk ontime then keluar balik jam 9 am kedian balik jam 11 then keluar balik jam 12 then masuk balik jam 2 then keluar balik jam 3 dan masuk balik jam 4 then balik lewat untuk elak jam dan ambik gaji kerja lebih masa. Masa keluar tu gi mana? Lepak cafe, ambik anak sekolah, gi bengkel repair kereta etc. Mostly lepak cafe. Hmmm..

b) Terlalu sikit kerja untuk jumlah pekerja yang banyak. Kalu tengok satu section nih ada 12 orang tapi kalu tengok jenis kerja yang dibuat sebenarnya cukup ar untuk 2-3 orang jer. So disebabkan banyak sangat pekerja then satu kerja tu terpaksa dipecahkan kepada individu-indivdu cam sorang photostate 2 keping paper sorang. Trolol jer.

c) Pekerja gomen kuat membebel kata kerja mereka banyak dan gaji mereka tak dibayar setimpal then  mengugut PM akan undi pembangkang sebab tak bagi bonus hujung tahun masa belanjawan. Chop: kerja mereka banyak? Gaji tak dibayar setimpal? Malas ar aku nak komen.








Pengalaman kerja swasta aku pulak lebih banyak sedikit dari kerja gomen ar. Dan aku pulak jenis workaholic so kalu aku betol-betol suka sesuatu kerja tu then aku akan bagi sepenuhnya dan aku sangat-sangat tak suka tak kerja waktu bekerja. Sebab aku nak dibayar based on what yang aku dah buat. Sebab kerja swasta ni, kita harus terus jadi asset kepada company dan bukan liability. Even kalau fikir-fikir balik setiap kali aku kerja swasta then pasti berat badan aku akan susut sebaliknya kalau kerja gomen then berat badan aku akan bertambah. Malah cam kat previous job disebabkan masa kerja yang cukup panjang sehingga effect kesihatan aku sekali duh.. wakaka











Memang ar kerja gomen lebih terjamin tapi ianya sekali lagi terpulang pada diri sendiri tentang matlamat kerja korang. Contoh cam aku: Im searching for a career and not a job only.













Plus kerja swasta gajinya lebih besar. Wakaka

Friday, June 22, 2012

Kerja & Kawen

Sedar tak sedar , dah almost 7 bulan aku menganggur. Kalau perempuan mengandung then perutnya leh nampak gak besarnya. Dan ia adalah tempoh paling lama aku tak ada perkerjaan dalam sepanjang 3 tahun aku tamat belajar. Sepanjang tempoh tu aku dah reject 2 kali panggilan untuk jadi penceramah PLKN dan satu interview nih. Then still aku leh bising aku x ada kerja lagi…? Hmmmm..


Bagi aku kerja ni sama jer cam kawen. Sebab before sorang tu leh tie the knot, dia perlu melalui beberapa frasa terlebih dahulu. First dia perlu berkenalan ngan ramai orang dulu. Tak kan ar dia gi pasar ngan niat girl pertama dia jumpa dia akan tarik dan jumpa tok kadi buat isteri terus ar kan. Tolol jer namanya?

So dalam frasa pertama ni ada yang kenal sorang then break. Then kenal orang lain lagi then break lagi dan lagi. Tapi tak terkecuali ada yang first love terus kawen dan bahagia sampai bila-bila. Sama gak kerja. Buat satu kerja, then kalau rasa ia tak sesuai ngan jiwa ko then berhenti. Tak guna berada kat satu tempat lama-lama kalau ia menyeksa diri kau gak kan? Buat kerja kedua dan tengok ar sampai satu tahap kau rasa: Yap, ini ialah pekerjaan yang aku nak buat sehingga aku pencen or sampai aku tua nanti. Or kalau in relationship korang dah jumpa the right one then buat apa tunggu lama-lama then kawen jer terus ar.

Tapi tak kurang jugak ada yang jenis: Aku perlu kawen sebab aku x nak mati tua sorang diri atau kalau aku x kawen then generasi keluarga aku akan tamat kat aku jer so orang ni jenis tak kisah kawen ngan sorang dan stay sampai bila-bila walaupun pasangannya tak bawak apa-apa feel pada dia. Dia just nak kawen.

Orang jenis ni pada kerja ialah mereka yang datang setiap hari dan end of month hanya untuk gaji jer dan meneruskan kehidupan tanpa nak ambik cabaran bahawa there somewhere out there ada pekerjaan yang boleh mencabar kreativiti dan memenuhi kepuasan kerjaya dia. So orang ni akan stay pada satu-satu kerja yang membosankan dan berada pada tampuk yang sama, lepak kuar breakfast, branch, pre-lunch, lunch, tea time dan kemudian membebel dan bising pada boss all the time.





















Dan pada ketika ni aku masih lagi menganggur. Hmmmmm..

Tuesday, February 28, 2012

Multi Fungsi

Apakah fungsi handphone bagi korang hari ni selain daripada buat call dan sms-ing?

a) Kamera
b) Alarm watch
c) Video recorder
d) Voice recorder
e) Radio
f) TV
g) Games etc


Sekaligus memperlihatkan betapa banyak fungsinya satu gadjet pada zaman sekarang ni. Even ada handphone sekarang ni yang punya fungsi jauh lebih hebat ambik gambar daripada peranan kamera tu sendiri. So apa matlamat utama handphone tu sebenarnya? Or kenapa x buat gak kamera yang ada fungsi handphone sekali?

...

Aku pernah cakap-cakap ngan my crazy cousin kata zaman akan datang nanti guaranty ada peti sejuk yang multi function yang bukan setakat chill or frost barang makanan sahaja malah leh guna untuk cuci baju, main CD, tengok cerita, memanaskan makanan, masak makanan, mengeringkan baju etc. 

So cousin aku tanya then apa plak fungsi TV masa akan datang? Then aku jawab TV plak selain leh tengok cerita ia gak leh jadi tempat chill or frost foods, cuci baju, main CD, memanaskan makanan, masak makanan, mengeringkan baju etc. Or pendek katanya semua peralatan dalam rumah tu multi fungsi but still kita nak beli semua.


...


It seem like kalau lelaki leh mengandung tanpa perempuan dan perempuan leh mengandung tanpa lelaki then x ada sesiapa pun yang perlukan satu sama lain lagi. Sebab semuanya multi fungsi.













So kesimpulannya aku nak beli kamera yang hanya ada fungsi kamera sahaja. Nothing more.. !!



















Teringat kakak ipar pernah kata ada sorang pegawai Jepun ni datang pejabat dia dan hairan lihat cara kerja orang Malaysia nih. Sebab sorang pegawai di Jepun perlu handle porfolio yang banyak aka mereka ni multi fungsi bab kerja tapi kat Government Malaysia plak satu portfolio dihandle oleh ramai pegawai aka contoh nak photostate sekeping kertas pun perlu lebih dari 3 orang pekerja nak buat. Hmmm

Monday, January 23, 2012

Inter-view

Kekawan selalu tanya aku "Aj, apsal ko senang sangat dapat kerja but then senang sangat ko berhenti kerja?". Gosh aku wish sangat-sangat aku boleh jawab ngan angkuh dan berlagak "Dude, ko sendiri dah jawab soalan tu apa. Sebab aku senang dapat kerja ar aku ngan senang gak berhenti kerja. Plus sebab kalau aku susah sangat nak dapat kerja then bila dah dapat satu kerja so ever after ar aku terperangkap kat kerja tu. Wakaka" But disebabkan aku sorang yang sangat down to earth (lah sangat) so jawab "Dah bukan rezeki aku..." Hmmmm..


Salah satu fakta pelik tentang aku ialah aku sangat suka interview tapi aku tak seberapa sangat suka pada kerja. Weirdo rite? Then membuatkan aku rasa a bit pelik pada orang yang tak suka gi interview or mati-mati nervous before interview. Wei, korang just berbual-bual sesama manusia je ar dan bukannya ngan malaikat kubor ke. Hmmm

BTW salah satu sebab aku suka interview ialah sebab aku akan jumpa kawan-kawan baru. Cam biasa before giliran kita ditemuduga then akan ada barisan interviewee lain dan masa tu lah aku tak tahu apsal aku akan bertambah mesra ngan mereka. Sehingga as usualnya orang akan tanya "Korang sama sekolah ker?" or "Korang dah kenal lama ke?" Naaa, realitinya kurang 15 minit jer tapi mesra macam kembar pulak.

Dan entah apsal bila dah terlebih mesra ngan mereka-mereka di luar tu membuatkan bila dah dipanggil masuk then kemesraan tu terbawak sekali sehingga rasa gugup or nervous tu tak ada lagi. Hmmm..





































Minggu ni ada 1 interview dan aku harap-harap aku akan dapat kerja tu. I need a job even tho not so desperately but kerja yang aku akan interview ni kerja yang aku nak sangat-sangat. Satu kerja yang aku yakin it will be more than 3 month aku akan bertahan. So doakan kejayaan aku eh. Hmmm..

Thursday, January 5, 2012

Review 2011

Aku bukanlah jenis manusia yang mengagung-agungkan saat 11.59 minit malam pada 31 December setiap tahun tanpa tahu sebab musabab untuk aku meraikannya dan few minute after that thing berlalu sama saja seperti hari-hari biasa pada mereka. But still aku masih lagi sambut tahun baru tapi sambutan aku adalah beberapa hari lebih lewat dari hari yang sepatutnya. Whose care? My new year are depend on me laa kan? Hohoho


Tahun 2011 ialah tahun yang agak mendatar bagi aku. Nothing big happen. Tapi still setahun adalah tempoh  masa yang panjang dan kalau aku tak dapat lihat apa yang aku perlu belajar sepanjang tempoh tu or tak ada peningkatan pada diri aku then aku ialah seorang yang rugi. So aku nak buat review tentang graft hidup aku sepanjang setahun yang lepas.


a. KERJA
Aku buat 3 kerja untok tahun ni. First: Customer Service Representative aka mr. Operator di Call Center TM's Malaysia di Kuching selama almost 4 bulan. Second: Penceramah untok Modul Integrasi di PLKN Bintulu selama seminggu. Lastly: Cinema Assistant Manager di Golden Screen Cinema di Kuantan, Pahang selama almost 4 bulan.


As antara kata-kata yang selalu orang guna untok menenangkan hati aku setiap kali aku kata aku resign kerja  yang bagi aku a bit lawak ialah "Jangan risau. Yang penting kau boleh dapat pengalaman kerja yang banyak.." Ya ya ya.. And as aku perasan rupanya setiap satu kerja yang aku buat ialah dari bidang yang berbeza. Yap sekaligus aku memang dapat pengalaman kerja yang berbeza plus membuktikan bidang-bidang tu tak sesuai ngan aku. Hmmmm..


Hampeh rite?


b. KAMERA
Tahun ni aku beli 5 bijik camera. First: underwater film toy camera. Second: kamera CANON Powershoot A480 camera digital biasa sebab awal tahun tu kebetolan kamera aku buat hal. Third: CANONET Classic film camera. Keempat: CLAP digital camera. Kelima: FISHEYE2 Lomography camera. Wakaka.. Sesaja membazir duit..


Tahun ni aku mulai mengenali idealogi LOMO aka idea penggunaan filem rosak. Aku rasa ideanya cukup cool when kita akan back to basic aka guna filem tanpa tahu cam mana hasilnya then menimbolkan curiosity yang tinggi untok tengok hasil akhernya masa di cuci kelak tanpa perlu peduli nak buat effect-effect tambahan etc. Plus design-design luarannya sangat lari dari kebiasaan camera-camera biasa yang agak skema dan terkawal yang sangat sesuai ngan sifat diri aku yang agak menentang formality dan ciri-ciri normal.


Tak lupa aku masih lagi sangat anti pada DSLR. huhuhu


c. LOVE
Faezah dan Zack bertunang, Laila dah kahween dan dah mengandung and tunggu beberapa minggu lagi before tukar tittle, Kaspalela Manja dah dirisik, Nazz dan Fressa pun dah start nak beli barang hantaran, Asnida Alwie  yang gila ganas masa sekolah dulu pun dah kahween. Itu belum masuk yang couple sekian lama tapi masih belum lagi tukar-tukar status sebab takutkan komitmen. Even my 17 years old cousin yang belum keluar result SPM pun declare ngan balak dia.



(tak ada gambar)














Dan aku? Menyendiri lagi.. menyendiri lagi pada tahun lalu dan pada permulaan tahun ni lagi.. Hmmmm

Sunday, August 14, 2011

Pelajaran Vs Pengalaman

Aku ada degree in linguistics. Bila ada orang tahu academic degree aku then ada yang tak puas hati kata: apsal belajar bab lain tapi kerja bab lain or apsal x kerja jadi cikgu or kat Dewan Bahasa or ko ada bakat itu ini apsal itu ini etc. Ya ya ya. Suka hati aku ar nak ambik apa dan nak kerja apa kemudian ar kan. Ini kehidupan aku ar kan?


Tadi terbaca satu post kat FACEBOOK by sorang kenalan ni tadi. Dia kuarkan 2 statement: 
a) Jawatan yang sama tapi disebabkan taraf pendidikan yang berbeza menjadikan orang yang belajar lebih tinggi akan terima gaji lebih besar or
b) Pengalaman kerja menjadikan jadi orang berpengalaman lebih besar berbanding orang yang berpendidikan tinggi.

...

Waktu aku belajar kat U dulu, wujud certain golongan pelajar yang berpendapat: belajar di universiti kerajaan adalah bermatlamat untuk kerja kerajaan bila dah keluar nanti. WOW. Aku tak tahu plak akan benda tu sehingga aku masuk universiti. Sebab matlamat aku masok U dulu ialah untuk belajar so may be sebab tu aku tak guna apa yang aku belajar untuk jadikan as kerja aku kot. Wakaka..

Tapi disebabkan aku dah bekerja di beberapa bidang industri dalam government, semi government dan swasta then wujud plak golongan pekerja yang berpendapat: aku kerja lama-lama ngan pengalaman ni so aku perlu dibayar lebih or aku belajar susah payah selama ni aku pun perlu dibayar lebih bla bla bla. Tapi disebabkan matlamat aku bekerja bukan untuk mendapatkan gaji sebaliknya kepuasan kerja so that may be the reason why aku selalu berhenti kerja. Wakaka..







Sejujornya memang rasa tak adil ar bila ada masa 2 orang yang buat kerja sama, dengan kadar stress yang sama, berdepan masalah yang sama tapi hujung bulan dia dibayar kurang hanya sebab dia tak berpendidikan tinggi or taraf pendidikan dia lebih rendah dari kita etc. Even scale gaji diploma dan degree pun almost RM200++ beza. Belum lagi yang sekadar sijil je ar kan?

Or sama gak bila kita masa 2 orang yang buat kerja sama, dengan kadar stress yang sama, berdepan masalah yang sama tapi hujung bulan dia dibayar kurang atas alasan dia tak ada pengalaman kerja. Sedangkan kalau dikira dari produktiviti kerja or achievement kerja yang si junior jauh lebih bagus dari senior. Hmmm...















So back to the basic: apa matlamat seseorang bekerja? Kalau semuanya berkisar dan kembali kepada duit then korang akan sentiasa lihat 2 perkara tu dan banyak benda lain as alasan demi alasan 'kenapa gaji korang sikit dari orang lain' dan sampai bila-bila korang tak akan puas hati. Kan?

Saturday, July 16, 2011

Malaysian

Apakah yang menjadikan Malaysia cukup istimewa bagi korang selepas video seks Anuar Ibrahim yang didedahkan oleh Trio yang mendakwa ia adalah tanggungjawab mereka untuk menyebarkan 'kebenaraan' dan pasukan bola sepak Malaysia yang makin best recently? Bagi aku Malaysia cukup istimewa sebab kita semua boleh hidup dengan aman damai walaupun mempunyai latar belakang dan fahaman yang berbeza. Tipikal answer kan tapi itulah realitinya.


Hari ni tadi pergi Pasar Minggu ngan parents beli bekalan barangan dapor. Pasar Minggu di Kuching ni kira cam pasar malam di Semenanjung ar cuma ia ambik masa 2 hari, literallynya ar. Ia jual segala barang yang terfikir di kepala otak korang start dari benda logik ke benda-benda mengarut pun ada. So dipendekkan cerita hari ni tadi banyak events yang menjadikan aku sangat happy berada di Malaysia bila pelbagai lapisan masyarakat leh kongsi ketawa, cerita, pengalaman, pendapat masing-masing bersama tanpa ada rasa perbezaan sedikitpun.
.







Membuatkan aku cuba mempersoalkan: siapa yang benar-benar mewujudkan perbezaan ni?



...



Aku bercakap dari pandangan mamat Melayu yang ada masa a bit hairan dengan sikap keBANGSAan mereka. Contoh cam situasi ni:

a) Kalau orang bangsa lain bagi komen tentang mereka then akan kuar ar caki maki kata mereka nak mencabar hak keistimewaan Melayu, hak Sultan, racist, dasar penumpang etc tapi bila orang sama bangsa komen tentang mereka then akan kena cop murtad, kurang ajar, tak sedar diri etc.


Lom lagi bab bab lain cam kalu kita refer tolong bangsa lain dari bangsa sendiri, rapat lebih ngan mereka etc.









Aku ada beberapa orang kawan bangsa lain yang kami sangat selesa mengutuk bangsa satu sama lain dengan terbuka. Ia sebenarnya bukanlah mengutuk tapi lebih kepada untuk tahu yang tak ada bangsa yang lebih mulia dan bertamadun tinggi dari bangsa-bangsa yang lain. Baik dan jahat ada pada semua kaum dan ia tergantung kepada individu itu sendiri.










Kami lepak sama, makan sama, tidor sama, did everything bersama. 











Bagi aku perbezaan hanya akan kelihatan pada orang yang mahu melihat perbezaan.












Aku sayang Malaysia. Next week aku akan share idealogi aku pada generasi-generasi yang akan membentuk negara pada masa akan datang. Harap aku berjaya.. Hmmmm..

Friday, July 15, 2011

Fakta ke-6

Korang pernah tak buat perkara ridiculous hanya sebab ia bunyi cam sangat best contoh korang berhenti kerja ke-5 korang semata-mata nak dapatkan pekerjaan ke-6 pada usia 26 tahun yang bunyi sangat cool je? Wait, kalau korang fikir aku berhenti previous job atas alasan tu then korang salah. Ia alasan yang terlalu ridiculous. Hmmmm.. Pasti..


Next few day maka aku akan melakukan pekerjaan ke-6 aku pada usia 26 tahun. Bila kenang-kenang balik aku dah bekerja dalam sektor kerajaan, semi govern, dan swasta dalam bidang yang tersendiri dan pengalaman yang berbeza. Termasok pekerjaan ke enam ni. Ia banyak cipta rekod baru alam pekerjaan aku ar. Contohnya ia adalah kerja pertama aku yang paling jauh dari rumah yang perlu naik flight ke tempat kerja.

Ia juga adalah rekod pekerjaan yang paling singkat yang pernah aku buat iaitu selama 5 hari jer. Or lebih tepat 9 jam sehari jer, belum masok waktu rehat minum pagi, rehat tengahari, dan rehat minum petang menjadikan aku hanya kerja sekitar 5 jam sehari dalam tempoh 5 hari.

Ia juga adalah kerja gaji hari yang paling besar yang pernah aku terima. Just imagine untuk 5 hari bekerja yang setiap harinya sekadar cakap-cakap, discuss dan buat kesimpulan dalam masa 5 jam dibayar dengan gaji equal sebulan. Hmmmm...










Masalahnya tamat 5 hari tu aku akan kembali kedunia pengangguran aku balik...















Tadi dapat SMS bagitahu interview aku pagi tadi berjaya. Akan ada second interview on next Monday aka hari pertama aku bertugas. Aku request tukar tarikh dan harap berjaya. Kalau berjaya pekerjaan ke-7 ni jugak satu pekerjaan yang cukup cool yang pernah wujud dalam list pekerjaan aku: charity work.. 




























hmmmm...