Showing posts with label Sarah Jessica Parker. Show all posts
Showing posts with label Sarah Jessica Parker. Show all posts

Saturday, March 9, 2019

Kisah Perempuan Melayu Yang Bagi Anak Makan Babi


Aku mempersoalkan:

Dia tak ada agama ke?
Dia tak takut tuhan ke?
Dia tak percaya konsep dosa, pahala, syurga, neraka ke?
Dia tak tahu ke dia bagi anak dan suami dia makan makanan haram?
Dia tak rasa bersalah ke?
Dia tak tahu malu ke?


Sewaktu aku universiti dulu, aku ambik satu kelas elektif ni: penulisan kreatif. Salah seorang pensyarah bagi kami satu bahan bacaan ni. Pendek je. Tajuknya kalau tak silap: Petani dan babi. Sinopsisnya: Petani Melayu ni miskin jadi dia ambik kerja sampingan under sorang apek Cina ni dengan memburu dan memotong daging babi hutan. Selepas tu dia akan samak parang dan diri dia. Apek Cina pun bagi upah yang agak lumayan. So hari berganti hari bertukar minggu dan dia masih lagi buat benda yang sama. Satu hari selepas selesai kerja kerat mengerat daging, dia gantung kat pagar rumah dia dan dia pergi samak diri macam biasa. Malam tu, masa makan dia tanya isteri dia: Sedap awak masak malam ni. Mana awak dapat duit beli daging? Maka isterinya menjawab: Daging ni kan awak yang beli dan gantung kat pagar. Saya masakkan jer. So si petani pun terkesima.


Kat tempat kerja aku post tertinggi ialah supervisor. Dan di situ ada 2 supervisor. Aku dan sorang lagi yang senior 3 bulan dari aku sekaligus menjadikan ‘peranan’ dia lebih besar dari aku. Orang kenal aku tahu yang aku no big deal pun dengan pangkat or benda nama duit ni. Beberapa hari before raya dia bersalin, cuti 2 bulan dan kembali masuk kerja. Bulan September OK lagi. It started bulan Oktober. Dia datang kerja sekitar 7 hari jer. Bulan November dia masuk kerja sekitar 4 hari. Disember 5 hari. Januari kurang 10 hari. Februari baru lebih 2 minggu itupun sebab aku pergi umrah. Tapi dekat slip gaji, hanya stated yang dia ambik beberapa hari je cuti, unpaid leave pelbagai. Bersih je payslip worksheet. Dan hujung bulan tersenyum je kira gaji.

Alasan dia bagi: Anak sakit, anak meragam tak nak pengasuh, pengasuh buat hal, pengasuh temankan anak ambik keputusan PT3, kakak pengasuh masuk hospital, kakak pengasuh meninggal, kawan emak meninggal, suami sakit, dia temankan suami sakit, dia sakit gigi, ada urusan bank, susu anak habis, urusan bank lagi, orang atur rumah dan ada masa cerita di whatapps dan jumpa depan boleh berubah pulak bla-bla-bla.

Kalau aku budak naif umur 4 tahun then aku mungkin akan bersimpati dan kata dia ialah perempuan paling malang dalam dunia ni. Mana taknya dalam sebulan cuma turun kerja 4 hari je? Turun kerja 4 hari tu pulak bukannya 8am-5pm x 4 tapi ikut mood. Dia masuk kerja jam 8.30-9.00. Balik pulak jam 4. Ada masa dia nak kerja setengah hari then setengah hari je ar. And even ada masa tak sampai sejam je terus balik.








Yang buat kerja dia: AKU.






Aku tulis ni atas dasar saudara seagama. Duit yang dia dapat setiap bulan tu ialah haram. Dia nak pertikai dan bawak jumpa ustaz or mana-mana mufti pun memang akan tetap jatuh hukum haram. Dia tak tahu ke? Sekalipun dia guna alasan meyakinkan diri dia sendiri yang dia sakit but still dia tipu on payslip worksheet dengan menyatakan dia hadir pada selain 4 hari tu. Kau tak buat apa-apa, main dengan anak, ‘main’ dengan suami di rumah dan kau dapat duit. Dalam payslip kau kata kau kerja. Ia haram. Haram tetap haram. Bak kata orang Melayu: duit tu panas. Ia akan bagi effect pada rumah tangga, pada suami, pada anak, pada keluarga kau. Mungkin kau tak nampak sekarang tapi ia akan ambil masa. Duit tu diguna untuk beli makan anak-suami, ia akan jadi darah daging, ia akan hitam dan bila kau dah sedar ia terlambat.



Dan 1 benda yang paling senang untuk analogi haram: BABI. Kau sanggup suap anak suami kau makan babi?


Lalu aku mempersoalkan:

Dia tak ada agama ke?
Dia tak takut tuhan ke?
Dia tak percaya konsep dosa, pahala, syurga, neraka ke?
Dia tak tahu ke dia bagi anak dan suami dia makan makanan haram?
Dia tak rasa bersalah ke?
Dia tak tahu malu ke?











Dan dalam cerita ni aku juga sedang makan babi sebab bersubahat. Jadi aku perlu buat sesuatu..

Monday, March 2, 2009

Aku vs MOTIVASI

Kalu org bagitau yg aku sorang lelaki yg bermotivasi then aku akan ketawa depan org tu sampai muntah2. Pasal aku sorang makhluk yg x ada binatang peliharaan bernama motivasi. Masih ingat masa form 6 dulu, cikgu kelas sangat susah untok paksa aku pergi mana-mana program motivasi. Siap boleh panggil bapak aku pergi sekolah lg untok pastikan aku pergi ke 1 kem motivasi ni tp akhernya aku x gi gak. Even kursus motivasi yg melibatkan sorg pakar motivasi (yg cukop terkenal 1 Malaysia) pon aku sekadar tunjok muka pagi tu then rehat minom pagi aku teros blah. Dan keesokan harinya terpaksa kena menghadap cikgu kelas sekali lg pasal dia dah tau aku blah awal (dia hantar spy plak ari tu cari mana aku). Duh…

Aku bwat benda2 cam 2 bukan pasal aku sengaja nak tunjok belang tp pasal aku x pernah percaya bhw motivasi akan datang mlalui kursos2 or seangkatannya. Bak kata Ali (jiran tahun 3 di U dulu), pakar motivasi ni kebetolan punya kemahiran bercakap dengan baik dan org suka dengar apa di cakap so org sangop bayar mahal semata-mata nak dengar apa dia cakap je. Bukannya pakar motivasi ni nak bwat pon apa yg dia cakap. Duh…!!

Pasal apa aku kuarkan post ni? Pasal dlm tempoh 2 minggu lepas aku sangat2 hilang motivasi. Sangat2 x ada mood. Sepatotnya dah start praktikal tp management tempat aku belajar tu amat %$%^@ (ayat yg x leh dtonton oleh kanak2) sekali. Minggu first ada 5 org je yg dapat pasal diaorg ada link ngan org dalam. Then minggu lepas cuma tinggal 3 org je yg x ada tmpat praktikal dan aku antara 3 org tu. Bukan maen putos asa dah aku. Dah bbrapa kali ualang alik handle benda tu. Last2 ari Jumaat lepas, miss yg handle praktikal pelajar tu senang2 je kuar statement “Maaf ya Naziruddin, kami masih belom dapat tempat praktikal untok awak. Kalau RTM dan BOULEVARD awak nak tak?”. So jawapan aku yg dah putos asa “Letak lah saya mana2. Saya redha…!!” Duh…….!!!!

Plus banyak lg unfortunate event blaku sepanjang tempoh 2 minggu lepas. Ngan rokok Bensons aku slalu hisap x ada then beli rokok yg x pernah beli yg rasa sebijik cam Gudang Garam. Hampeh. Then try beli pizza local (yg dah 3 tahon x makan) yg kawan promote sedap tapi reality rasa cam makan roti ngan air ngan nanas ngan tuna (pasal semua benda tu unsur yg terasing). Then Uda membebel dlm telefon (kakak ipar, please suroh suami anda bputos asa). Then jumpa kawan sama sekolah yg dah nak tukar kereta bwat kali ke-2. Then jumpa other kawan yg sama sekolah yg nak bercuti kat London, nak amik master. Kalu aku tulis semua then motivasi aku akan teros hilang lg.

Tp start beberapa hari lepas something happens… Bak kata sapa yg aku x tau tp dia cakap sesuatu bunyi cam ni “Kalu 1 pintu tertutop then tuhan akan bukak pintu2 laen untok kita”. Entah apsal bila aku dah tawar hati sangat pada kursus safety ni yg makin membuang aku makin jaoh ttiba aku ddekatkan ngan banyak pilihan baru. Start ngan kursos biasiswa ni, then kawan bgtau ttg 1 kerja kosong ni, then aunt bgtau ttg other kerja then kawan call ttg other kerja, apiz ninja msj bg 1 peluang kerja ni plak yg semuanya aku minat. (X lupa aku bwat patty burger stebal 0.8 inchi x diameter 4.5 inchi. Duh.. sedap)

Dan br tadi ada call untok temuduga atas e-mail resume yg aku hantar berebot2 Jumaat ni tadi (n tarikh akhernya hari ni dan aku x pasti ia akan sampai). Yang lebih melucukan ialah bila masa kat resume tu aku letak statement “Saya seorang siswazah yang berMOTIVASI TINGGI”….!! Mungkin statement tu yg bwat dia tertarik pada aku kot. Wakaka.. sejak bila aku ada binatang motivasi ni?

Monday, January 12, 2009

7 Perhentian

Hujan berterusan turon tanpa henti untok 2 hari then air laot plak pasang besar. So banjir r d Bandar Kuching. Tp still bersyukor psl rumah aku terselamat. Cuma air belakang rumah jer bergelombang besar. Dan hari ni amat meletihkan psl aku bwat bberapa hentian sbelom sampai balik k rumah.

Hentian pertama:
PPKS, Tabuan: 8.30 am- 4.30 pm
Kelas Health in Occupational. Sangat meletihkan.

Hentian kedua:
Rumah aunt d Kampong Semarang: 12.00 noon- 2.00 pm
Semalam rumah dia d masoki air. Kira 1 kaki. Terok gak r. kotor 1 lantai. Selamat rumah 2 tingkat then boleh r pindah barang naek atas.

Hentian ketiga:
Choice Supermall: 5.00 pm – 5.30 pm
Beli barang2 keperluan termasok Cheesy Wedges KFC. Then dlm pejalanan balik ttiba tengok ada blok jalan. Banyak kereta. Duh..!! air laot naek jalan r. so aku terperangkap r. naya r kalu nak jalan gak. Rosak r motosikal kang.

Hentian keempat:
Hentian bas Sungei Lumut: 6.00 pm -7.00 pm
Selamat ada bekalan makanan dan bahan bacaan. Baca buku Stephen King: IT

Hentian kelima:
Surau Sungei Lumut: 7.00 pm -8.30 pm
Sembahyang Maghrib then check balik, air still naek. So tunggu sampai jemaah Isya’. 1 keajaiban hari ni ialah aku boleh bwat something yg aku paling susah nak bwat: bersalam. Tp arini tadi aku leh bsalam ngan semua jemaah kat surau tu. Then bwat aku brfikir ‘kalu aku x bwat benda2 jahat then aku boleh menjadi idola modal insan r…’ wakaka. Tamat Isyak air dah surot

Hentian keenam:
Rumah aku: 8.40 pm- esok ari r
Balik rumah. Rehat. Layan tenet

Hentian ketujoh:
Mimpi…!!! Zzzzz



Kesimpulan: punya banyak event blaku dlm hari ni dan aku x amik gambar 1 poon. Ceh…!! Kamera yg x berfungsi…!!!