Showing posts with label Baby. Show all posts
Showing posts with label Baby. Show all posts

Saturday, March 9, 2019

Kisah Perempuan Melayu Yang Bagi Anak Makan Babi


Aku mempersoalkan:

Dia tak ada agama ke?
Dia tak takut tuhan ke?
Dia tak percaya konsep dosa, pahala, syurga, neraka ke?
Dia tak tahu ke dia bagi anak dan suami dia makan makanan haram?
Dia tak rasa bersalah ke?
Dia tak tahu malu ke?


Sewaktu aku universiti dulu, aku ambik satu kelas elektif ni: penulisan kreatif. Salah seorang pensyarah bagi kami satu bahan bacaan ni. Pendek je. Tajuknya kalau tak silap: Petani dan babi. Sinopsisnya: Petani Melayu ni miskin jadi dia ambik kerja sampingan under sorang apek Cina ni dengan memburu dan memotong daging babi hutan. Selepas tu dia akan samak parang dan diri dia. Apek Cina pun bagi upah yang agak lumayan. So hari berganti hari bertukar minggu dan dia masih lagi buat benda yang sama. Satu hari selepas selesai kerja kerat mengerat daging, dia gantung kat pagar rumah dia dan dia pergi samak diri macam biasa. Malam tu, masa makan dia tanya isteri dia: Sedap awak masak malam ni. Mana awak dapat duit beli daging? Maka isterinya menjawab: Daging ni kan awak yang beli dan gantung kat pagar. Saya masakkan jer. So si petani pun terkesima.


Kat tempat kerja aku post tertinggi ialah supervisor. Dan di situ ada 2 supervisor. Aku dan sorang lagi yang senior 3 bulan dari aku sekaligus menjadikan ‘peranan’ dia lebih besar dari aku. Orang kenal aku tahu yang aku no big deal pun dengan pangkat or benda nama duit ni. Beberapa hari before raya dia bersalin, cuti 2 bulan dan kembali masuk kerja. Bulan September OK lagi. It started bulan Oktober. Dia datang kerja sekitar 7 hari jer. Bulan November dia masuk kerja sekitar 4 hari. Disember 5 hari. Januari kurang 10 hari. Februari baru lebih 2 minggu itupun sebab aku pergi umrah. Tapi dekat slip gaji, hanya stated yang dia ambik beberapa hari je cuti, unpaid leave pelbagai. Bersih je payslip worksheet. Dan hujung bulan tersenyum je kira gaji.

Alasan dia bagi: Anak sakit, anak meragam tak nak pengasuh, pengasuh buat hal, pengasuh temankan anak ambik keputusan PT3, kakak pengasuh masuk hospital, kakak pengasuh meninggal, kawan emak meninggal, suami sakit, dia temankan suami sakit, dia sakit gigi, ada urusan bank, susu anak habis, urusan bank lagi, orang atur rumah dan ada masa cerita di whatapps dan jumpa depan boleh berubah pulak bla-bla-bla.

Kalau aku budak naif umur 4 tahun then aku mungkin akan bersimpati dan kata dia ialah perempuan paling malang dalam dunia ni. Mana taknya dalam sebulan cuma turun kerja 4 hari je? Turun kerja 4 hari tu pulak bukannya 8am-5pm x 4 tapi ikut mood. Dia masuk kerja jam 8.30-9.00. Balik pulak jam 4. Ada masa dia nak kerja setengah hari then setengah hari je ar. And even ada masa tak sampai sejam je terus balik.








Yang buat kerja dia: AKU.






Aku tulis ni atas dasar saudara seagama. Duit yang dia dapat setiap bulan tu ialah haram. Dia nak pertikai dan bawak jumpa ustaz or mana-mana mufti pun memang akan tetap jatuh hukum haram. Dia tak tahu ke? Sekalipun dia guna alasan meyakinkan diri dia sendiri yang dia sakit but still dia tipu on payslip worksheet dengan menyatakan dia hadir pada selain 4 hari tu. Kau tak buat apa-apa, main dengan anak, ‘main’ dengan suami di rumah dan kau dapat duit. Dalam payslip kau kata kau kerja. Ia haram. Haram tetap haram. Bak kata orang Melayu: duit tu panas. Ia akan bagi effect pada rumah tangga, pada suami, pada anak, pada keluarga kau. Mungkin kau tak nampak sekarang tapi ia akan ambil masa. Duit tu diguna untuk beli makan anak-suami, ia akan jadi darah daging, ia akan hitam dan bila kau dah sedar ia terlambat.



Dan 1 benda yang paling senang untuk analogi haram: BABI. Kau sanggup suap anak suami kau makan babi?


Lalu aku mempersoalkan:

Dia tak ada agama ke?
Dia tak takut tuhan ke?
Dia tak percaya konsep dosa, pahala, syurga, neraka ke?
Dia tak tahu ke dia bagi anak dan suami dia makan makanan haram?
Dia tak rasa bersalah ke?
Dia tak tahu malu ke?











Dan dalam cerita ni aku juga sedang makan babi sebab bersubahat. Jadi aku perlu buat sesuatu..

Sunday, March 10, 2013

Mode Happy

Aku bukak FACEBOOK, aku terkejut tapi aku sangat happy. Kawan yang aku kenal 4 tahun dulu yang kami roomate gelar as adik bongsu sebab dia paling muda dan paling 'bersih' antara kami semua then suka kat sorang girl tapi kena reject dan buat dia down seketika. Lama lepas tu dengar dia dah ada couple baru ngan girl yang kami semua tak pernah sangka. Sebab mereka both sangat berbeza. Tapi that why it call as LOVE ar kan? Perbezaan yang menjadikan mereka saling melengkapi dan sempurna. Aku sangat happy bila tahu dia couple then lepas tu aku dapat personal invitation untuk majlis perkahwinan mereka yang terhad untuk orang-orang terdekat jer. 






Dan berita FACEBOOK yang buat aku sangat-sangat happy tadi ialah bila diaorang baru jer dapat baby pertama. Aku sangat happy hingga air mata aku mengalir tanpa sedar.









Teringat betapa dulu kami selalu cakap belakang sambil bet yang dia ar yang terakhir kawen nanti tapi last-last dia paling terkehadapan. Hmmmm..










Tahniah Nazli dan Fressa sebab dah jadi ibu. So aku upgrade diri aku untuk jadi pok cik untuk anak korang..!! Wakaka

Monday, June 22, 2009

Al Fatihah

Semalam aku called Uda. Ask the real situation ttg baby dlm kandungan kakak ipar. Pasal emak cuma bgtau yg baby Uda ada masalah jantong. Suara Uda sangat berbeza. Selalunya Uda boleh cakap panjang2 tanpa henti. Tapi semalam semuanya jadi pendek2. Aku tahu Uda cukup lemah. Tp Uda masih still nak kuatkan diri.

Baby Uda ada masalah jantong. Jantongnya berhenti berfungsi. Penyelesaian hanya ada 2: selamatkan baby or emaknya. Uda jadi serba salah. Uda perlu pilih satu. Sbb ia akan menjejaskan either baby or emak. Sama cam drama Melayu.

Pagi Angah called bgtau yg baby Uda dah meninggal. Then Uda sms:

BELUM SEMPAT UDA MATI AKAL NAK MILIH. ANAK UDA DAH BERALAH AWAL PAGI TEK.

Al Fatihah untok baby Uda yang belom sempat aku kenal, yang belom melihat sesiapa atau melihat dunia. Allah terlalu berkuasa untok mencipta ketidaksempurnaan kepada sesiapa. Dan Allah juga jaoh lebih menyayangi baby Uda.

Dan aku berharap agar Uda dan kakak ipar akan teros bersabar dan menerima semuanya dengan redha.