Showing posts with label Islam. Show all posts
Showing posts with label Islam. Show all posts

Saturday, March 9, 2019

Kisah Perempuan Melayu Yang Bagi Anak Makan Babi


Aku mempersoalkan:

Dia tak ada agama ke?
Dia tak takut tuhan ke?
Dia tak percaya konsep dosa, pahala, syurga, neraka ke?
Dia tak tahu ke dia bagi anak dan suami dia makan makanan haram?
Dia tak rasa bersalah ke?
Dia tak tahu malu ke?


Sewaktu aku universiti dulu, aku ambik satu kelas elektif ni: penulisan kreatif. Salah seorang pensyarah bagi kami satu bahan bacaan ni. Pendek je. Tajuknya kalau tak silap: Petani dan babi. Sinopsisnya: Petani Melayu ni miskin jadi dia ambik kerja sampingan under sorang apek Cina ni dengan memburu dan memotong daging babi hutan. Selepas tu dia akan samak parang dan diri dia. Apek Cina pun bagi upah yang agak lumayan. So hari berganti hari bertukar minggu dan dia masih lagi buat benda yang sama. Satu hari selepas selesai kerja kerat mengerat daging, dia gantung kat pagar rumah dia dan dia pergi samak diri macam biasa. Malam tu, masa makan dia tanya isteri dia: Sedap awak masak malam ni. Mana awak dapat duit beli daging? Maka isterinya menjawab: Daging ni kan awak yang beli dan gantung kat pagar. Saya masakkan jer. So si petani pun terkesima.


Kat tempat kerja aku post tertinggi ialah supervisor. Dan di situ ada 2 supervisor. Aku dan sorang lagi yang senior 3 bulan dari aku sekaligus menjadikan ‘peranan’ dia lebih besar dari aku. Orang kenal aku tahu yang aku no big deal pun dengan pangkat or benda nama duit ni. Beberapa hari before raya dia bersalin, cuti 2 bulan dan kembali masuk kerja. Bulan September OK lagi. It started bulan Oktober. Dia datang kerja sekitar 7 hari jer. Bulan November dia masuk kerja sekitar 4 hari. Disember 5 hari. Januari kurang 10 hari. Februari baru lebih 2 minggu itupun sebab aku pergi umrah. Tapi dekat slip gaji, hanya stated yang dia ambik beberapa hari je cuti, unpaid leave pelbagai. Bersih je payslip worksheet. Dan hujung bulan tersenyum je kira gaji.

Alasan dia bagi: Anak sakit, anak meragam tak nak pengasuh, pengasuh buat hal, pengasuh temankan anak ambik keputusan PT3, kakak pengasuh masuk hospital, kakak pengasuh meninggal, kawan emak meninggal, suami sakit, dia temankan suami sakit, dia sakit gigi, ada urusan bank, susu anak habis, urusan bank lagi, orang atur rumah dan ada masa cerita di whatapps dan jumpa depan boleh berubah pulak bla-bla-bla.

Kalau aku budak naif umur 4 tahun then aku mungkin akan bersimpati dan kata dia ialah perempuan paling malang dalam dunia ni. Mana taknya dalam sebulan cuma turun kerja 4 hari je? Turun kerja 4 hari tu pulak bukannya 8am-5pm x 4 tapi ikut mood. Dia masuk kerja jam 8.30-9.00. Balik pulak jam 4. Ada masa dia nak kerja setengah hari then setengah hari je ar. And even ada masa tak sampai sejam je terus balik.








Yang buat kerja dia: AKU.






Aku tulis ni atas dasar saudara seagama. Duit yang dia dapat setiap bulan tu ialah haram. Dia nak pertikai dan bawak jumpa ustaz or mana-mana mufti pun memang akan tetap jatuh hukum haram. Dia tak tahu ke? Sekalipun dia guna alasan meyakinkan diri dia sendiri yang dia sakit but still dia tipu on payslip worksheet dengan menyatakan dia hadir pada selain 4 hari tu. Kau tak buat apa-apa, main dengan anak, ‘main’ dengan suami di rumah dan kau dapat duit. Dalam payslip kau kata kau kerja. Ia haram. Haram tetap haram. Bak kata orang Melayu: duit tu panas. Ia akan bagi effect pada rumah tangga, pada suami, pada anak, pada keluarga kau. Mungkin kau tak nampak sekarang tapi ia akan ambil masa. Duit tu diguna untuk beli makan anak-suami, ia akan jadi darah daging, ia akan hitam dan bila kau dah sedar ia terlambat.



Dan 1 benda yang paling senang untuk analogi haram: BABI. Kau sanggup suap anak suami kau makan babi?


Lalu aku mempersoalkan:

Dia tak ada agama ke?
Dia tak takut tuhan ke?
Dia tak percaya konsep dosa, pahala, syurga, neraka ke?
Dia tak tahu ke dia bagi anak dan suami dia makan makanan haram?
Dia tak rasa bersalah ke?
Dia tak tahu malu ke?











Dan dalam cerita ni aku juga sedang makan babi sebab bersubahat. Jadi aku perlu buat sesuatu..

Tips Pergi Umrah Seorang Diri

Pada 22 Februari yang lepas maka selamatlah perjalanan umrah pertama kali aku. Bagi aku umrah/haji adalah perjalanan kerohanian individu menuju pengabdian diri kepada tuhan. Jadi aku pilih perjalanan pertama kali tu untuk dilakukan seorang diri. Sekiranya korang sedang merancang or membuat research untuk pergi umrah seorang diri gak, so berdasarkan pengalaman aku yang terhad tu aku share tips dari aku. FYI aku ialah seorang lelaki berumur 34 tahun. Kalau kau seorang perempuan then kau perlukan mahram melainkan umur kau dah melepasi 45 tahun then kau boleh pergi umrah sesorang.



1. PERSEDIAAN KEWANGAN
Harga pakej umrah bergantung kepada beberapa faktor tertentu seperti jarak hotel dengan Masjid, jumlah katil perbilik dan masa umrah tu dibuat. Disebabkan aku masih lagi agak muda dan aku jenis tak banyak songeh so aku pilih jarak hotel paling jauh, ambik bilik yang ada empat orang (ini paling murah) dan pada bulan biasa-biasa je (bulan mahal adalah Ramadhan. Makin hujung Ramadhan then makin mahal). Budjet yang realistik ialah sekitar kurang/lebih RM6000. Kalau ada agensi yang menawarkan kurang dari RM5000 there something fishy about that package or with that agency. Next: pilih agensi umrah/ziarah yang dah ada nama atau jenama yang boleh dipercayai. Bukan tak nak support company yang baru nak up ke apa tapi ia atas tujuan keselamatan/keselesaan korang sendiri gak nanti. RM6000 tu banyak kot. Dengan harapan company yang dah pernah handle jumlah jemaah yang banyak then mereka punya sistem pengurusan yang lebih sistematik ar kononnya.

Setelah kau bayar pakej, then kau kena fikir tentang kewangan pre-umrah pulak. Yang belum ada passport kena buat baru, yang dah expired kena renew, suntikkan kesihatan antarabangsa wajib, gambar visa, kain ihram, pakaian, ubat-ubatan etc. Budjet aku RM2000 tapi realitinya tak ar banyak tu sangat pun yang dipakai. But still kau kena buat budjet ukur baju di badan sendiri.

Lastly jumlah duit yang perlu di bawa ke sana. Disebabkan aku pergi fokus sepenuhnya untuk beribadah dan tak plan untuk shopping sakan so aku just bawak 1000Riyal je. Bila balik check masih berbaki 220Riyal lagi. Sejujurnya banyak duit dibayar untuk kos pengangkutan ziarah luar yang tak ada dalam plan je. Kami melawat ke Taif 200Riyal dan Jaafariah 30Riyal. Tapi disebabkan kita pergi seorang diri so, kita tak tahu apa the worst thing that could happen. Mungkin kita kena jangkitan dan terpaksa masuk hospital ke plus kita berjuta-juta batu jauh dari tanah air, seorang diri tanpa ada yang kenal kita so untuk kecemasan, aktifkan kad atm kat luar negara je. Call bank-bank korang dan suruh mereka aktifkan. Setiap pengeluaran akan dikenakan caj 12Riyal kalau tak silap aku. Aku kata tak silap sebab aku tak keluarkan sesen pun guna ATM kat sana.


2. PERSEDIAAN FIZIKAL
Untuk pakaian, aku bawak sepasang kain ihram (atas satu bawah satu), 5 helai T-Shirt (2 untuk tidur), serban as neck warmer, 2 jeans dan 1 seluar tidur, 4 helai baju kurta (pakai 3 je), 2 helai kain pelikat (tak pakai pun), sehelai jaket (yang nipis je), sepasang stoking, sepasang kasut sukan, 3 pasang seluar dalam, 2 pasang selipar Jepun (pakai 1 je) dan sehelai tuala yang sangat menyesal sebab bawak. Kedua-dua hotel kat Mekah dan Madinah ada sediakan tuala. Next time mungkin aku akan bawak extra seluar tidur dan T-shirt kot.

Bapak suruh bawak jubah sebab semua orang sana akan pakai jubah. Dia kata nanti semua akan menjeling dengan pandangan menghukum kalau kita tak pakai jubah. Aku pulak sejenis anak yang keras kepala dan makhluk tak selesa nak pakai jubah so aku tak bawak sehelai pun. Kalau waktu solat siang aku pakai T-shirt dan jeans je. Malam pulak tukar pakai kurta. Tak ada sesiapa yang ada masa nak menjeling pun. Dan tak lupa jugak yang pemilihan pakaian kena sesuaikan dengan musim. Hujung tahun-awal tahun tu ialah musim sejuk. Aku pergi pertengahan February. Walaupun muttawif kata sekarang ni waktu peralihan musim sejuk ke panas tapi ternyata ia masih lagi sejuk. Kat Mekah paling sejuk ialah 18 darjah manakala kat Madinah paling sejuk ialah 8 darjah celcius. Dan kami buat ziarah luar ke Taif. Mutawwif kata sana kiranya macam Genting Highland untuk pak-pak Arab ar. Bila fikir kat negara arab yang penuh pasir dan gunung batu ada tempat sejuk then ia macam lawak je ar tapi bila dah sampai..: memang sejuk ar. Telinga pun sakit sebab perubahan tekanan graviti. Pendek kata kalau kau datang ketika musim sejuk then kau kena ready dengan kesejukan yang menggigit

Next ialah ubat-ubatan. Kita pergi seorang diri then kita kena sediakan semuanya dari A-Z from the worst case sehingga ke scenario biasa-biasa je. Kita tak boleh nak expect nak mintak ubat orang lain or expect mereka akan setiasa tolong kita. So kita kena bawak panadol, minyak angin, ubat gastik, ubat batuk, ubat sakit tekak, ubat sakit perut, pelembap bibir, ubat gigi ngilu etc. Dan kita kena ingat yang ia adalah benda biasa untuk kena demam, batuk & sakit tekak kat sana so kena ready. Aku sendiri kena demam 3 hari kat Madinah. Tips: Panadol Activefast pak Arab dijual dengan harga jauh lebih murah dan boleh didapati dengan mudah kat Bin Dawood.

Orang kalau pergi umrah (or haji) then nasihat orang yang dah pernah pergi akan suruh kita untuk perbanyakkan bersenam, jogging etc. It is penting sebab umrah (or haji) ialah aktiviti melibatkan perbuatan juga. Kau akan banyak berjalan dan berjalan. Dari tawaf sehingga ke Saie. Masalahnya aku bukan seorang yang physically healthy dan obviously gemuk dan malas nak bersenam. Akibatnya selepas umrah pertama, kaki rasa nak tercabut dan bila masuk bilik then terus tidur tak ingat dunia. Hahaha


3. PERSEDIAAN ROHANI
First rulenya: Sentiasa bersangka baik kepada Allah. Aku ada anxiety so selepas aku bayar full package, aku balik rumah dan apabila sorang diri dalam bilik, aku terus menanggis. Segala anxiousness dalam otak menyerang tiba-tiba. What if shit thing happen to me there, dah ar aku sorang diri kat tempat yang jauh dari rumah pulak tu, bagaimana kalau tuhan bayar ‘cash’ setiap perbuatan aku kat Malaysia dulu, macam mana kalau mulut aku yang memang dah cabul ni terus keluar ayat pelik-pelik, macam mana kalau aku tak ‘nampak’ Kaabah atau sesat tak jumpa pintu keluar, macam mana kalau aku masih lagi buat dosa yang sama bila dah balik Malaysia kelak atau macam mana kalau ibadah aku ditolak, aku tak ready dan aku nak ambik balik duit aku tu semua bla-bla-bla.

Alhamdulillah, sejak dari aku pergi airport sehingga balik semula ke airport KLIA, perjalanan umrah aku rasa cukup diberkati ar. Sentiasa bersangka baik kepada Allah. Walaupun aku demam 3 hari dan beberapa perkara berlaku tak seperti yang dikehendaki but still sentiasa bersangka baik kepada Allah dan kita hanya akan jumpa yang baik-baik je.

Umrah atau mana-mana ibadah sekalipun bukan benda yang sebab orang lain buat so aku pun ikut gak. Orang tunggang terbalik atas sejadah so kita ikut membabi buta tanpa kita tahu apa sebenarnya yang sedang berlaku. Sama gak umrah. Orang tawaf, kita tawaf. Orang berebut nak cium Hajar Aswad kita pun berebut sekali. Last-last orang sembah Allah, kita pulak sembah Kaabah. Sebab kat sana nanti, kita akan jumpa ramai manusia obses melampau pada semua perkara. So dapatkan sebanyak mana ilmu yang boleh.

Agensi biasanya akan adakan kelas umrah setengah hari untuk bakal jemaah tapi percayalah yang ilmu tu sikit sangat. Jabatan Agama Islam negeri dalam beberapa bulan sebelum musim haji akan adakan kursus haji secara percuma. Ia setiap hujung minggu, setengah hari untuk 2 or 3 bulan kalau tak silap. Then boleh juga dapatkan ilmu sampingan dari buku (rupanya banyak buku umrah/haji versi kontemporary/urban di pasaran), Youtube, blog segala. Setiap ilmu tu sangat berguna. Antara benda paling asas perlu google or tanya ustaz ialah: Sembahyang dalam kapal terbang, Solat Jamak & Qasar sebab kita akan selalu buat kat sana. Dan ketahui serba sedikit sejarah Kota Mekah, Kedatangan Islam dan Nabi Muhammad S.A.W sebab bila sampai sana kau akan dapat relate itu ini berlaku kat situ sini etc.



4. ETC
Beg Sandang. Agensi biasanya akan sediakan 3 beg kepada kita: 1 beg baju besar. 1 beg hand luggage & 1 beg silang bawak dokumen. Sebagai individu yang pergi seorang diri then kita sedaya upaya untuk memastikan perjalanan kita selancar yang boleh. Menarik 2 beg dalam 1 masa bukanlah kerja yang mudah. Perjalanan dari airport Malaysia ke airport Arab, nak keluar masuk dalam bas, naik turun lift, naik turun tangga, nak tarik masa luggage claim etc. Dalam team umrah kami ada 3 orang yang pergi sendiri (termasuk aku). Sorang lelaki & sorang perempuan ni masing-masing setuju yang dengan bawak beg sandang (which is aku) ialah sangat memudahkan.


Beg Selipar. Di Masjidil Haram tak ada ruang khas untuk simpan selipar/kasut. Kat Masjid Nabawi ada tapi agak limited so pilihan yang ada ialah bawa masuk selipar ke dalam tempat sembahyang. Kau boleh je bawak plastik sayur dari Malaysia yang charge 20sen tu. Cumanya kau sentiasa perlu pegang dengan tangan sepanjang masa ar. Aku bawak uncang beg sandang/drawstring bag yang aku beli kat Daiso. Ia ringan dan fokus kau pada ibadah lebih terarah ar sebab tak perlu fikir selipar dalam plastik kat tangan. So ia cukup praktikal masa tawaf dan saie cumanya masa sembahyang ia tak menjadi. Masa kita sujud, ia akan jatuh kat kepala kita. So roomate aku (yang pergi sorang diri tu) guna beg silang macam kat bawah ni dan ia menjawab permasalahan tempat simpan selipar dan praktikal masa sembahyang.



Derma. Kita digalakkan buat apa-apa sahaja jenis ibadah dan kebaikkan kat sana. Kalau kat mekah, balasannya 10000kali ganda pahala. So nak bagi derma kat sapa? Jangan bagi pada perempuan yang bawak anak kecik menanggis-meraung-menyanyi siap anak-anak dia yang lain tak ada tangan merayu mintak duit. Itu scam. Pak Arab kata mereka tu sebenarnya scammer hebat and even dah jadi jutawan akibat duit orang bagi. Or kau akan jumpa pak Arab yang claimed dia dari Palestine dan tak ada duit nak makan. Another scam. So nak sedekah pada siapa? Pegang duit dalam tangan, aim sorang cleaner, bagi duit kat dia then terus blah. Jangan berhenti lama sebab nanti kawan-kawan dia akan serbu kat kau pulak. Or kau akan jumpa kedai makan yang orang berbaris panjang. Mereka berbaris bukan sebab makanan kat kedai tu rasa sedap nak mampus tapi sebaliknya mereka sedang tunggu makanan yang bakal disedekahkan. Konsepnya: Kita bagi 100Riyal so pemilik kedai akan sediakan makanan bernilai 100Riyal dan akan bagi orang miskin yang beratur tu makan.


Rambut. Untuk lelaki, sila gunting rambut anda pendek tapi jangan cukur ar sebab kita nak dapatkan pahala bercukur kat sana. Rambut aku sebulan sebelum pergi memang panjang tapi 2 minggu before flight aku potong dan tinggalkan sekitar 2 inchi lebih. Mula-mula aku fikir ia okey tapi sejujurnya still ia agak menyusahkan sebab flight aku terus ke Jeddah so dari KLIA lagi dah kena pakai ihram. FYI jangan tukar ihram kat atas kapal terbang sebab ia tak mudah. Walaupun flight 8 jam dan kau fikir masa lama lagi but still kau bukan satu-satunya manusia atas tu dan tandasnya sangat kecil. Kalau kau nak tukar dalam tandas kapal terbang, potensi untuk mengotorkan ihram sangat besar. Better tukar awal-awal kat lapangan terbang lagi. Sambung cerita: Flight aku sampai Jeddah jam 10 malam, sampai hotel jam 2 pagi dan jam 7 pagi baru buat umrah so potensi kita buat pantang larang ihram sangat besar. Kau nak mandi, tidur, kepala gatal or paling utama masa solat dan kau tak boleh pakai kopiah (menutup kepala or sebahagian) or buat pergerakkan lebih dari 3 kali.


Shopping. Nak tak nak kita kena akui yang kita kena beli souvenir untuk adik beradik, kawan sekerja, anak-anak etc. Madinah lebih murah dan peniaganya lebih ramah berbanding di Mekah. Tapi muttawif kami kata satu gudang bernama Jaafariah kat Mekah ni harganya murah dari Madinah. Masalahnya aku tak ada beli jubah, kekacang, tasbih or apa-apa benda typical orang balik umrah/haji akan beli so aku tak tahu harga barangnya. But still aku beli key chain, fridge magnet etc dan ada satu kedai ni yang jual benda alah tu semua dengan sangat murah: Kedai 2Riyal dan ia ada di mana sahaja dari Mekah sehingga ke Madinah.


Customer Service. Kalau kau jumpa customer service yang teruk kat Malaysia then bila kau sampai sana then kau realize yang customer service kita tak ar teruk mana sangat pun. Aku pergi Mc D sana, kedai makanan segera, kedai makan, mall dan ia totally menyedihkan ar. Aku pernah jadi mystery customer Mc D so kedai makanan segera tu memang ada garis panduan khusus dalam melayan customer. Tapi kat sana: Dia tengok kita atas bawah, nak tak nak je layan. Pergi kedai lain pun lebih kurang sama je peelnya. Nak kata masalah komunikasi tak jugak. Entah ar. Dah perangai mereka kot.

Makanan. Firstly kau bukan pergi haji selama sebulan setengah. Secondnya tanah haram Mekah dan Madinah ialah kawasan larangan bukan Islam so tak akan ada masalah susah nak cari makanan halal. Agensi & hotel biasanya memang akan sediakan pakej makanan sekali dari sarapan, tengahari sehingga ke malam. So tak perlu nak bawak mee segera, belacan, ikan bilis, kicap pelbagai. Semuanya hanya akan memberatkan beg. Kalau kurang 2 minggu tu buat kau rindu dengan makanan segera dari Malaysia, pergi je Bin Dawood. Semuanya ada. Harga pun lebih kurang sama. Susu segar murah sikit. Pringles mahal nak mampus. Barang dari Malaysia, Indonesia semua ada.

Benda-benda kecik yang perlu di bawak. Contoh: Pemotong kuku, gunting untuk bertahlul, botol semburan untuk wudhu perlu di bawak

Saturday, June 4, 2016

Mati Sebelum Ramadhan

Kalau korang seusia aku then korang pasti pernah melalui zaman sekolah rendah apabila cikgu BM suruh tulis karangan bertajuk 'Kemalangan yang saya saksikan' which is most of the kids at that time realitinya tak pernah berkesempatan pun melihat mana-mana kemalangan secara live and even kalau ada sekalipun then none of us akan punya detail tentang apa, kenapa, bagaimana ia benar-benar berlaku melainkan parents bebudak waktu tu ialah tipikal Malaysian yang akan busy body bawak perlahan or berhenti tepi jalan nak join crowd sekadar nak jadi penyiasat tanpa upah or kalau zaman sekarang sekadar nak snap gambar selfie then upload kat Instagram. Hmmm..


Pagi ni tadi aku, emak dan mak cik aku pergi pasar basah untuk beli persediaan Ramadhan so dalam perjalanan ni tengok depan ada beberapa kereta berhenti. Bila dekat tengok sorang mamat pangku kepala another mamat yang dah menggelupar macam ikan hidup yang dibiarkan atas darat dengan muka penuh darah mengalir. At that moment betapa kau cuba untuk ingat balik setiap scene kematian dalam filem or mana-mana drama then ia sedikitpun tak dapat nak dibandingkan dengan keadaan melihat saat manusia dihujung hayatnya dalam situasi yang sebenar. It totally different. 


Pada usia 31 tahun, aku mulai melihat mereka-mereka yang lebih muda sebagai 'jauh lebih muda' dari aku. Sama macam mamat tu. Dia masih muda. Perjalanan hidup dia panjang lagi kalaud ia masih hidup. Banyak yang dia boleh buat dan jauh dia boleh pergi dalam 5-10 tahun mendatang. Mungkin dia dah punya baju raya dengan dalam otaknya perancangan rumah siapa dia nak pergi raya kelak. Mungkin dia dah kahwin dengan anak kecil menanti di rumah. Atau macam mana kalau dia ada banyak dosa dan baru merancang nak kembali ke pangkal jalan pada Ramadhan kelak. Sayangnya dia sedikitpun tak mampu merancang yang hidupnya akan tamat di tepi jalan tu pada waktu tu. 












Ramadhan ialah satu anugerah dari tuhan untuk umat Islam. Pintu syurga akan dibuka seluas-luasnya dan setiap amal ibadah akan digandakan berlipat kali pahala. Jujur aku tak takut mati tapi aku takut kalau amal ibadah aku terlalu rendah sehingga aku tak mampu masuk syurga. Atau paling tidak aku takut kalau-kalau aku tersungkur ketika kaki selangkah lagi di depan pintu syurga. 

Monday, July 20, 2015

Manusia Yang Punya Tarikh Luput

Ada sorang kenalan ni, umur awal 20-an dan dia baru je kahwin beberapa bulan yang lepas. Sebelum ni dia selalu ada migraine dan kurang beberapa hari sebelum raya ni tadi dia jumpa doktor pakar dan disahkan ada ketumbuhan dalam otak dan dianggarkan hanya akan dapat hidup untuk 7 bulan macam tu je (bunyi macam drama Melayu je kan?). Reaksi aku (selain terkejut dan sedih) ialah jealous. Jealous sebab tak semua orang boleh tahu bila masa mereka akan pergi. It seem like tuhan dah bagi kita jawapan bocor tentang soalan yang terlalu rahsia yang semua manusia lain cukup terdesak nak tahu.



Kau pergi mall dan kau pilih satu sardin dan kau tengok tarikh luputnya sebulan dari sekarang. Kau balik rumah, kehidupan berjalan macam biasa dan sedar tak sedar 2 bulan dah berlalu dan masa kau tengah nak kemas kabinet dapur tiba-tiba kau perasan kewujudan tin sardin yang terselindung disebalik set tupperware kau yang melambak. Kemudian timbul dalam kepala hotak kau "Nak kena buang ke ni? Membazir duit aku bayar GST kayakan first lady kedua tercantik di Asia je" so kau try buka. Rupa masih tak berubah. Kau cuba rasa hujung sudu dan tak ada apa-apa pun yang berbeza. Kau cuba panaskan dan makan. Beberapa hari berlalu dan kau tak pula mengalami kes cirit birit or keracunan makanan.

Or 

Kau pergi mall dan kau beli air susu kotak besar yang tarikh luputnya sebulan dari sekarang. Bila balik rumah kau buka dan minum seteguk dan simpan selebihnya dalam peti sejuk. Setiap selang sehari kau minum seteguk dan a week after bila kau minum ia dah rasa masam sikit. Even ada benda terapung-apung atas air tu lagi. Kau fikir "Tak mungkin basi kot sebab tarikh luputnya lama lagi. Malah ada banyak lagi baki susu dalam ni. Belajar U dulu aku dapat 3.85 then tak mungkin aku salah.." Kau teguk sampai habis, beberapa jam kemudian kau mulai masuk keluar toilet dan next few hour kau arwah. Tamat kronologi. Hmmm..




Realitinya tak semestinya apabila doktor kata kau akan mati 7 bulan kemudian then tepat hari ke 30 jam 12.01 am then kau terus arwah. Jawapannya mungkin berbeza kalau doktor tu ada Death Note then it totally a different kes. Mak cik aku ni dia ada ketumbuhan gak dan doktor estimate 2-3 bulan je tapi sekarang dah 5-6 tahun masih lagi sihat walafiat. Yap doktor bukan tuhan tapi kalau aku berada ditempat tu then reaksi aku bercampur baur antara sedih dan melonjak kegembiraan.

Korang ada layan cerita The Angriest Man In Brooklyn lakonan Robin William tak? Dia ada brain tumor dan doktor tersalah cakap yang dia hanya boleh hidup untuk beberapa jam je lagi. So dia bukan main gelabah dan cuba memperbetulkan setiap kesalahan yang dia pernah buat dalam masa yang cukup singkat. 

Kalau kita tahu the right moment kita akan di 'switch off' kan then kita pasti akan buat benda yang lebih kurang sama. Kita pasti akan ada Earl's List kita sendiri dari siapa yang kita perlu minta maaf, benda yang kita lama nak makan, tempat dah lama kita nak pergi dan paling last sekali of coz baru ingat tuhan dan beribadah 24/7 sehingga hari tu tiba. Or kalau kita ambik ia secara negatif then kita akan memberontak, maarah semua orang, moody sepanjang hari, have a sex with anyone, anywhere, anyhow without condom, bermurung dan menanggis atas katil etc.











Disebabkan tak ada sesiapa yang benar-benar boleh tahu bila mereka akan mati then semua orang sibuk nak update Instagram, letak hashtag sebanyak yang mingkin dan kutuk mana-mana selebriti perempuan yang masih lagi tak pakai tudung. What such a tipikal Malaysia ar kan? 

Monday, April 20, 2015

Sekolah Agama.., Kristian

Aku sampai sekarang sangat cemburu pada budak-budak sekolah agama. Aku selalu terfikir yang kalau parents aku hantar aku ke sekolah agama dulu then pasti aku akan jadi much better then dari aku yang ada sekarang ni. Aku tak ar kata aku teruk mana sangat tapi sekolah yang fokus pada agama kot. Walaupun realitinya lepasan sekolah agama tak semuanya dijanjikan syurga even banyak gak yang lepasan sekolah agama tapi pergi mana-mana just pakai skirt pendek, sembahyang jamak 2-3 tahun ke hadapan etc. Hmmm..


Tapi bila fikir-fikir balik, sebenarnya aku pun pernah belajar kat sekolah agama gak. Dua sekolah agama masa sekolah rendah dulu. Tapi sekolah agama Kristian ar. Beberapa bulan pada darjah 1 kat SRB St Theresa Padungan dan kemudian pindah ke SRB St Anne Sarikei sampai darjah 4. As bila aku kata kat kekawan semenanjung zaman universiti dulu as aku pernah belajar kat sekolah naungan gereja dan mereka punya ar cuak habis (and now I know why). Mereka tanya kenapa naungan gereja? Sebab pihak gereja memberi sedikit sebanyak bantuan kepada sekolah. So technically kedua-dua sekolah memang sebelah gereja jadi ia tempat laluan kami, tempat permainan kami, kat sekolah kita leh jumpa para-para sister, setiap pagi ada morning prayer, habis rehat ada satu lagi prayer, bila dah ada decoration beberapa patung dalam satu pondok kecil ni then kita dah tahu yang Christmas dah dekat etc. 


Then kawan-kawan tanya: Korang tak diajar pelajaran agama Islam ke? Korang ada dipaksa minum Holy Water ke? Korang ada diajar sembahyang cara mereka ke? Korang tak dipaksa murtad ke? Hmmm..


Kat sekolah kami tu ada beberapa orang ustaz dan ustazah, yap memang ada kelas agama Islam, even ada banyak cikgu-cikgu Islam yang lain jadi tak ada sesi memurtadkan sesiapa dengan memaksa mana-mana budak minum apa-apa air and even masa diaorang sembahyang, mereka yang agama lain seperti Islam akan hormat dengan berdiam diri. Malah sejujurnya kata disebabkan pernah bersekolah kat sekolah-sekolah tu menjadikan kita tak terlalu 'fobia' pada perbezaan bangsa dan agama sangat sebab sedikit sebanyak kita tahu basic kepercayaan dan amalan mereka.




...




Hari ni aku terkejut bila jumpa artikel kata sekumpulan Melayu di Semenanjung ni buat demontrasi depan gereja paksa lambang salib besar depan gereja tu diturunkan atas sebab mereka takut ia akan menganggu iman mereka dan seterusnya adalah dakyah Kristian untuk memurtadkan mereka. Duh..!! Seriusly? Ia membuatkan aku rasa yang aku sedang berada di Israel je. Bangsa dan agama kami ialah the choosen one then satu-satunya cara untuk membuktikan agama kami benar ialah kami akan musnahkan kepercayaan agama-agama lain.

Siapa idola mereka yang buat demonstrasi bodoh tu sebenarnya? Kalau Islam then automatically Nabi Muhammad S.A.W laa kan tapi setahu aku nabi kesayangan aku tak pernah kacau penganut agama-agama lain masa beribadah dan amat terkutuk ke atas umat Islam yang merosak rumah ibadah agama lain even masa perang sekalipun. 


Kemudian timbul lagi satu artikel jauh lebih menyakitkan hati apabila keratan akbar ni keluar statment dari sorang pok cik kata rekaan tingkap satu IPD polis ni menyerupai bentuk salib dan ia sekali lagi adalah dakyah Kristian. Tolol punya news paper yang keluarkan cerita ni. Tak cukup menteri-menteri dah bodoh, berita bodoh macam tu pun boleh lepas gak? 

As mungkin diaorang tak tahu, bentuk salib ialah bentuk yang cukup simple. Ia hanya perlukan satu garis vertikal dan satu garis horizontal bertindih je. Semua benda boleh jadi bentuk salib then. Jadi kenapa tak haramkan mata pelajaran math sebab campur (+) pun kalau salah tulis dah nampak macam salib or Malaysia harus haramkan penulisan huruf T kecik sebab dah sebijik macam salib or jangan ajar math part paksi X dan Y sebab ia salib yang disembunyikan etc. Hmmm








Tapi tak dapat nak salahkan mereka sepenuhnya gak. Terlalu banyak yang jadi tukang kipas dan menghasut dengan kepentingan sendiri. Sayangkan bila jadi manusia tapi tak nak guna otak?

Tuesday, January 13, 2015

Malaysia, K-POP & Islam

Sorang budak baru register darjah satu terus disuruh menjawab kertas peperiksaan UPSR. Hasilnya dia tak dapat jawab satu soalan pun dengan betul. Lepas tu semua cikgu-cikgu dan ahli sekolah tu tuduh dia bodoh nak mampus. Sedangkan A sampai Z pun dia belum hafal. Pelik kan? Tapi realitinya itu ialah benda yang sama ada kita sendiri buat secara sedar ataupunn tak. Kita menghukum orang atas perkara yang mereka tak tahu.


Aku ada baca satu novel tulisan seorang Jews ni. Dia kata tuhan mereka sangat suka menghukum (kalau dia menipu then itu salah dia. Aku just rewrite je). Setiap kesalahan yang dibuat oleh orang Yahudi akan dibalas balik dengan seteruk-teruknya. That why dalam sejarah peradaban dunia, golongan Jews banyak mengalami misfortune. That what their believe ar. Tuhan umat Islam pun Maha Menghukum jugak tapi Dia hanya akan menghukum manusia atas apa yang mereka ketahui sahaja. 


Dua tahun lepas Paul Walker meninggal then ada paranoid Muslim yang keluar statement Paul Walker pasti akan masuk neraka sebab dia bukan Islam (duh, manusia sangat suka ambik alih kerja tuhan kan?) so beberapa orang penceramah agama bidas sekeras-kerasnya. Tak semua yang bukan Islam akan masuk neraka. Sebabnya ada manusia kat dunia ni even pada zaman sekarang ni langsung tak pernah dengar Islam tu apa pun, ada yang pernah dengar tapi maklumat yang mereka dapat tu sama ada terlalu sikit ataupun salah dan ada pula yang tahu tentang Islam tapi tuhan tak bagi syahadah kepada mereka. Plus kau yang Islam sembahyang tunggang terbalik sehari semalam pun belum tentu akan terus masuk syurga. Mungkin orang yang kau rasa cukup teruk dan tak menjalankan cara Islam sebenar tu dulu yang masuk syurga lebih awal dari kau kot. Sebab syurga atau neraka tu tuhan yang tentukan. 



Sorang pelukis bukan Islam melukis kartun menghina Nabi Muhammad S.A.W. Ada kumpulan kecil penganut Islam melatah dengan marah dan carut mencarut sana sini. Kata dia harus direjam dikhalayak ramai, kalau jumpa kat public then dia pasti akan kena bunuh, dah mati pasti akan masuk neraka dan dihukum dengan hukuman paling teruk etc.


Sekumpulan penyanyi bukan Islam buat konsert dan dalam satu part tu mereka peluk peminat dan diantaranya ialah perempuan-perempuan bertudung. Ada kumpulan penganut Islam melatah lagi dan marah, carut mencarut sana sini. Kata merogol perempuan Islam laa, menghina kesucian Islam ar, K pada K-POP tu ialah satu dakyah Kristian nak memurtadkan Islam laa etc.



Mereka bukan Islam, pengetahuan mereka tentang Islam sama ada totally sifar, amat sedikit atapun tak betul. Cukup terkejut apabila mereka-mereka (yang mengaku Islam) yang dengan bangganya kata agama mereka ada agama paling suci, paling mulia, terpilih pelbagai tapi berfikir dan bertindak seperti manusia yang tak ada pendidikan agama langsung.








Tahun lepas or tahun sebelum tu (aku ada masalah ingatan) aku pergi satu ceramah agama ni. Salah seorang penceramah tu ialah seorang muallaf. Dia beri maklumat yang sangat jujur. Dia suka Nabi Muhammad S.A.W (melalui kelas Sejarah STPM) tapi dia tak nak masuk Islam sebab perangai orang Melayu kat Malaysia ni (thanks to our Politicians "sarcasm"). Kemudian bertahu-tahun lepas tu dia masuk Islam dan dia realize teori dan praktikal Islam adalah totally tak sama. Sebabnya orang-orang Melayu yang beragama Islam di sekitar dia masa tu hanya mengamalkan Islam masa kahwin, meninggal, puasa masa Ramadhan dan kemudian raya dengan sakan. Selebihnya mereka sama je macam orang bukan Islam yang lain. Unfortunately ia memang berlaku, Kan?








Kepada rakan-rakan bukan Islam, aku minta maaf sepenuhnya bagi mewakili mereka-mereka yang pernah bertindak or cakap benda-benda bodoh selama ni. Dan kepada rakan-rakan Islam, tolong guna otak dan jangan jadi bodoh dan kemudian tunjukkan kebodohan tu kepada semua. TQ

Tuesday, April 22, 2014

Ustaz Don, Wardina & ...

Kau mesti pernah jumpa manusia yang asyik dia je yang betul sepanjang masa kan? Especially kalau dia seorang senior kat satu-satu tempat, punya status pendidikan yang lebih tinggi, jawatan yang lebih besar, umur yang lebih tua dan etc sehingga menjadikan setiap soalan yang kau nak tanya or pendapat yang kau berikan seolah-olah bagi dia itu ialah ancaman maha dasyat yang cuba nak menjatuhkan kredibiliti dia. Then akan keluarlah argument demi argument dari mulut dia dan tak bagi kau sikit peluang pun untuk mencelah yang lastly kau akan gave up dan biarkan sahaja dia dengan perangai 'sentiasa betul' dia tu. Hmmm..


Aku ada beberapa pengalaman kerja dan percayalah yang ia berlaku setiap kali sesi kerja aku tu. Kerja terakhir aku contohnya aku perlu baca dan hafal standard operation procedure kerja tu dan aku perlu menjalani ujian lisan based on apa yang aku baca. Pendek ceritanya bila dia tanya soalan then aku jawab based on buku then dia kata aku perlu bagi jawapan based on realiti tempat kerja dan bila aku bagi jawapan based on realiti tempat kerja then dia kata aku perlu bagi jawapan based on buku. Sepanjang masa aku kerja kat situ, setiap apa yang aku buat tak pernah betul dan dia akan cuba cari sekecil-kecil kesalahan dalam setiap apa yang aku buat. Aku tak adalah sampai nak kata aku ni betul sepanjang masa tapi dia memang sentiasa betul sepanjang masa. Hmmm..

Itu belum masuk part jumpa orang 'penting' yang tanya pendapat kita tapi belum habis kita bagi then dia terus tolak dan dia terus jalankan idea dia je a.k.a jenis manusia yang sebenarnya tak peduli pun pendapat orang lain or jumpa manusia yang merupakan google bergerak dimana dia tahu semua benda, dia cakap seperti bertih jagung yang meletup tanpa henti dan sekali lagi: dia je yang betul. Hmmm..




...




Sejujurnya aku tak nak komen apa-apa pun tentang kes FACEBOOK Wardina dan Ustaz Don. Bagi aku ia lebih kepada tak ada sesiapa yang salah sepenuhnya dan tak ada sesiapa juga yang betul sepenuhnya. Bagi aku mereka berdua ialah dua wakil generasi muda yang punya 'suara matang' dan malangnya peminat-peminat mereka berdua pula yang nampak totally sangat kurang matang handle issue tu. 

Sebab rasanya tak salah pun tindakkan Wardina mempersoalkan kesahihan ceramah Ustaz Don. Ia memperlihatkan perbuatan betapa ambil peduli seseorang terhadap sesuatu issue daripada just duduk dan terima bulat-bulat semua benda. Mungkin sebab budaya tanya soalan ni belum ada dalam budaya kita lagi kot. Sejak dari sekolah lagi, setiap kali cikgu suruh tanya soalan then semua diam, muka tunduk bawah dan bila ada seorang yang angkat tangan then dalam hati masing-masing akan kata 'Soalan bodoh macam tu pun nak tanya ke?' or 'Nak tunjuk dia tu pandai sangat lah tu' or 'Duh, masa dah nak habis ar baru dia nak tanya soalan. Dah tak dapat nak balik awal..!!' etc. Dan buat benda tu seperti satu ke-tulah-an sebab mempersoalkan orang yang lebih banyak makan garam dari kita. Btw sapa suruh diaorang makan garam? Tak ada benda yang kurang bagi risiko darah tinggi lain lagi ke yang boleh dimakan?

Even aku kalau pergi majlis ilmu, kalau ada kesempatan then aku suka bertanya. Tanya soalan yang orang tak berani nak tanya or soalan yang orang leh label as berani mati or bodoh. Aku ingat lagi aku tanya soalan kesahihan Nabi Muhammad S.A.W buta huruf sebab pada umur 40-an dia masih lagi tak tahu membaca or menulis ketika masyarakat sekitar dia boleh or kenapa tak para sahabat tak ambik iktibar nak mengajar Rasulullah membaca? Tak pula penceramah tu kutuk aku ni kurafar, kafir or kata jangan pernah mempersoalkan perkara tu or terima semuanya dan diam je sebaliknya dia dengan tenang bagi jawapan yang paling logik aku pernah jumpa. Hmmmm..






Dan Ustaz Don pun tak salah sebab semua penjelasan dia dalam video or even masa dalam ceramah yang aku pernah pergi or dalam 30 minit program dia pun rata-rata dia kata ia berdasarkan dari sumber-sumber tertentu. Bukan dia yang keluarkan fatwa-fatwa or sunah-sunah or cerita-cerita tu. Ia sumber darimana cikgu dia ajar, buku dia baca, tempat dia pergi etc.










Cumanya aku a bit terkilan sedikit dengan penjelasan Ustaz Don malam semalam yang walaupun sah-sah dinyatakan dengan tenang pada awalnya but still separuh masa penghujung tu nampak ia melibatkan emosi sikit. Ia bukan tentang jawapan tapi tentang cara nak menjelaskan jawapan tu agak sedikit 'melatah'.









Dan kalau kita tengok betul-betul pun Wardina bukannya menyerang individu tapi the problem 'Mempersoalkan kesahihan sumber supaya kita tak terima sesuatu bulat-bulat tanpa kaji selidik dulu' 













p/s: Aku tak dibayar untuk menyokong or menentang mana-mana pihak dan isi post dan blog ni sekadar pendapat peribadi aku. Plus jangan terlalu obses sehingga kita boleh sesat dengan jalan yang lurus pulak. Hmmm..

Saturday, January 4, 2014

Tuhan & Harga Naik

Imagine kalau kau ialah kumpulan minoriti di tempat kau tinggal. Kau dibenarkan bebas mengamalkan ajaran agama kau dengan syarat-syarat tertentu yang setiap hari semakinditambah dan ia jadi agak ridiculous dan mengarut sehinggalah terkini apabila kau dilarang menyebut nama tuhan kau sendiri di tempat ibadah kau. Pemimpin negara tempat kau tinggal tu bagi pilihan nama-nama lain yang kau boleh guna untuk sebut nama tuhan kau. Atau paling tidak pun kau kena keluar dari negeri tu dan pergi ke negeri lain then barulah kau bebas guna nama tuhan kau tu. But still pemimpin kau dengan muka tersenyum kat TV kata "Bersyukurlah kerana kami masih lagi memberikan anda kebebasan dalam beragama" Bullshit rite?


Pada usia 29 tahun ni (yap, aku dah tua but still muka muda remaja) aku tak nak guna istilah BODOH lagi so aku nak katakan yang betapa pemimpin kita sangat kurang bijak (or berpura je) dan nak sangat rakyat kita join sekali tak bijak bersama mereka. Seriusly kalau aku bukan Islam, apa yang sedang berlaku sekarang ni akan menjadikan aku makin tutup hati nak kenal Islam. Sebabnya orang Melayu ni dengan kurang bijaknya cuba sedaya upaya untuk kata yang Allah ialah tuhan untuk bangsa Melayu. Noktah. Dan bukannya tuhan untuk seluruh alam. Sebab as aku yang agama kurang dan still jahil ni yakin dan beriman sepenuhnya bahawa Allah ialah tuhan yang sama mencipta semua termasuk yang bukan sama agama dengan aku.

Aku teringat sorang pak cik yang tolong atur paip rumah abang aku kata "Kalau semua bangsa ada tuhan mereka sendiri maka atas sana tuhan akan gaduh sesama sendiri. Sebabnya tuhan orang Melayu nak tolong orang Melayu sebab diaorang minta hujan. Tuhan orang Cina pulak tak setuju sebab orang Cina sebelah rumah tu nak hari panas. Gaduh punya gaduh last-last dua tuhan tu setuju bagi hujan untuk rumah orang Melayu dan panas untuk rumah sebelahnya" LOL isnt it?







Sekalipun tuhan mereka sama nama dengan tuhan kita tapi kita tahu konsep tuhan mereka dan tuhan kita tu tak sama. Tapi jangan ar sampai tak boleh sebut nama tuhan kat rumah agama mereka or sampai nak tahan, bakar kitab suci mereka. Then piket sampai menampakkan kekurang bijakkan diri tu sekali. Hmmmm..










Sekali lagi aku nak tegaskan: Menghina agama lain sedikitpun tak membuktikan yang agama kau jauh lebih suci. Sebaliknya ia membuktikan yang agama kau jauh lebih teruk sebab ia dah mengajar benda yang tak betul. 











Dan part harga naik tu pulak, aku malas nak komen. Sebab ada yang kurang bijak dan keluarkan statement yang lebih kurang sama tak bijaknya. Hmmmm

Saturday, September 28, 2013

Lelaki Yang Berputus Asa Untuk Hidup

Aku sangat berharap satu hari sedang aku tengah duduk-duduk dengan otak kosong tak fikir apa-apa tetiba datang beberapa orang lelaki terus tarik kolar baju aku, tampar-tampar pipi or letak pisau kat leher then mintak duit. Bila aku kata aku tak ada duit so diaorang tak percaya. Aku bagi wallet aku dan bila diaorang check cuma ada RM7 then diaorang lagi marah dan sepak terajang aku. Waktu tu pasti dada aku akan naik turun dengan kadar jantung aku mengepam udara keluar masuk tahap tertinggi. Bila diaorang blah then aku pasti leh tersenyum lega sebab aku masih lagi hidup. Duh, aku rindu moment macam tu untuk berlaku. Hmmmm..


Setiap manusia ada masalah yang mereka sendiri tak akan pernah dapat tahu. Masalah yang mereka sendiri tak sedar sikitpun sehingga ada orang bagitahu or sehingga dia terbukak hati dan perasan sendiri. Sekitar 2 bulan lepas aku komen satu gambar di Instagram ni. Kemudian dia balas. Ayat balasannya simple jer. Tapi effectnya sangat kuat. Aku rasa seperti aku ditampar oleh seorang gadis manis dengan kata-katanya yang manis. Ia buat aku terfikir tentang situasi aku sekarang ni. Aku rasa aku mungkin dah berputus asa untuk hidup.




Aku dah almost dua tahun tak berkerja. Dan aku macam tak ada usaha yang serius untuk bekerja lagi. Aku tak tahu kenapa. Aku habiskan duit gaji aku beli benda yang merepek. Buat benda-benda yang merepek. Ketika semua orang sibuk kumpul harta, tukar kereta, beli rumah, beli tanah, kumpul duit semua benda tapi aku kosong. Kalau orang kata gaji RM2000 tu dah tahap miskin, aku yang sifar pendapatan ni apa kes? Aku terfikir kalau parents aku tak ada then aku mungkin akan jadi gelandangan kot dan entah kenapa ia tak menakutkan aku.

Dan awal tahun ni tadi aku start mendedahkan kulit PSORIASIS aku pada umum. Aku fikir mungkin ia petanda positif yang aku dah boleh terima diri aku seadanya 100%. Sehingga aku tak peduli apa orang fikir, apa orang nak kata. Tak ada apa-apa yang orang boleh buat untuk menyakitkan aku lagi. Aku just buat semuanya tanpa peduli apa-apa lagi. Dan hari makin hari tompok merah pada kulit aku dah makin banyak dan satu-satu perkara yang aku fikir ialah: Hey, aku makin jadi diri aku. 

Relationship? Aku memang tak nak kawen dan tak nak fikir sikitpun tentang kawen. Im single by choice. So aku tak nak buat apa-apa yang membolehkan aku berakhir dengan berada dalam sebuah relationship yang serius. Korang mungkin leh kata: sapa perlu kawen kalau ada kawan kan? Isunya bila aku selalu gaduh dengan kawan-kawan berpotensi aku so sekarang ni aku sangat berseorangan and suprizingly it not such a big deal for me. Aku cukup enjoy hidup mati bersendiri. 









Banyak lagi perkara yang bila aku fikir-fikir balik ia akhirnya menjurus kepada kesimpulan yang sama: Aku tak ada motivasi untuk terus hidup. Thanks goodness aku ada agama, kalau tak dah lama kot blog ni tak bertuan lagi kot. Hmmm..







Then kau kata, peduli ar pasal kawen sebab ramai yang kawen luar sana pun bukannya garenti bahagia pun. Ada yang jauh lebih merana dari orang yang hidup solo dan sendirian berhad. Tapi at least kau perlu kerja. Dunia tak akan bergerak kalau tak ada duit. Kau boleh imagine apa yang akan berlaku pada kau 5 tahun akan datang..?


Kau tahu tak yang 5 tahun lepas ada orang tanya soalan yang sama and how much I wish aku waktu tu boleh bagi jawapan exactly macam apa yang berlaku pada aku hari ni dan aku harap aku yang 5 tahun akan datang akan bagi jawapan yang sama pada aku hari ni. Tapi 5 tahun lepas aku sangat takut nak jawab soalan simple tu. Takut hingga menggeletar. Membayangkan masa depan seo lah-olah membayangkan hukuman kejam yang belum pasti berlaku. Thanks God sebab 5 tahun yang dah berlalu tak seteruk yang otak aku mampu bayangkan seperti mana 5 tahun akan datang aku harap situasinya akan jadi lebih kurang  sama.











Kau pernah mempersoalkan: Kenapa kau hidup? Apa matlamat kau hidup? Tak ramai manusia yang jumpa soalan ni dalam hidup mereka. Dan jika mereka jumpa pun, tak ramai antara mereka yang jumpa jawapannya. Sebab banyak manusia yang lahir, pergi tadika, sekolah rendah, sekolah menengah, kawen, ada anak, pagi pergi kerja, balik malam, hujung bulan terima gaji, pencen, mati. Kitaran orang-orang biasa yang sepanjang masa hidup sehingga titik nafas terakhir, mereka tak pernah jumpa soalan: Kenapa mereka hidup. Kau?










Walaupun post kali ni nampak macam aku dah gila tapi realitinya aku dah jumpa soalan tu. Aku yakin aku tak diciptakan secara tak sengaja atau sia-sia. Jadi sekarang masa untuk cari jawapan. 

Wednesday, March 20, 2013

Lelaki - Lelaki Kacak

Siapa lelaki yang paling kacak yang pernah korang jumpa or siapa lelaki yang kau letakkan pada paras tertinggi dalam carta lelaki kacak korang? Adakah Aaron Aziz, Brad Pitt, Salman Khan, Jackey Chan, Won Bin etc? Kacak tu subjektif tapi cukup pasti recently otak aku asyik teringatkan tentang beberapa orang lelaki-lelaki kacak ni.


Kau pernah tak masa buat satu kerja ni then terlimpas ar sorang lelaki yang kacak sehingga buat kau terhenti dan menoleh seketika? Yap, lelaki tu kacak tapi adakah dia berada pada tahap kalau kau tengah potong sayur or buah or siang ikan then bila seorang lelaki tu muncul sehingga membuatkan kau tergamam tapi tangan kau masih terus memotong sehingga tanpa sedar pisau yang kau pegang tu dah memotong jari jemari kau. Dan disebabkan oleh paras wajah lelaki tu, kau tak berasa sakit sikitpun. Kalau event tu berlaku, then barulah lelaki tu benar-benar kacak.

Lelaki itu ialah Nabi Yusof A.S.



Atau kau pernah tengok bulan mengambang or masa bulan terang? Ia cukup indah sehingga buat sesiapa tergamam seketika. Membutkan sesiapa pastu akan terpesona dengan keindahan cahayanya. Tapi ada seorang lelaki yang kalau wajahnya dibandingkan dengan bulan mengambang terang tu then kau tak akan pedulikan sikitpun pada bulan tu lagi. Sebab wajah lelaki tu lebih indah dan lebih bercahaya daripada bulan tu. Then kalau kau boleh membandingkan mana-mana lelaki dengan lelaki tu then barulah ia benar-benar kacak.

Lelaki itu ialah Nabi Muhammad S.A.W











Atau kau pernah bakar unggun dan tengok percikkan apinya? Warna merah terang, besar, terbang lalu membuatkan kau terkesima dengan keindahan percikan api tu. Ada seorang lelaki yang paras wajahnya cukup kacak sehingga dibandingkan seperti percikkan api yang mampu menjadikan mata terpaku melihatnya. 

Lelaki itu ialah Abu Jahal. Bapa saudara Rasulullah yang terkenal kerana kejahilan dan kejahatannya. Betapa tak semua orang berwajah kacak tu baik. Tapi lebih elok kalau kita muka buruk tapi perangai baik. Kan?

Sunday, March 3, 2013

Islam & Psoriasis

Aku pernah kuar statement yang aku tak perlu bimbang kehilangan apa-apa sebab aku tak punya apa-apa untuk dibimbangkan. Bila aku kata aku tak ada apa-apa then ia hanya bermakna bahawa aku tak ada harta kekayaan, material yang mahal or wang ringgit yang banyak. Tapi sebalik tu aku ada perkara yang tak boleh dibeli ngan wang ringgit cam keluarga dan kawan-kawan yang sentiasa ada disisi. Still kalau aku kehilangan mereka still aku leh terima ngan hati yang terbuka dan redha. Cuma ada satu harta yang paling mahal dan besar yang kalau aku hilang then aku totally nothing iaitu agama.


Aku bukan sorang alim warak yang hafal al-Quran or tunggang terbalik solat or menyampaikan dakwah sana sini. Aku sekadar sorang lelaki yang Islam melalui kelahiran dari ibu bapa yang Islam, aku mengamalkan kewajiban yang diwajibkan ke atas aku tapi still amal ibadah aku masih jauh dari sempurna untuk aku banggakan. Tapi aku masih lagi cuba untuk merangkak perlahan lahan setapak demi setapak ke arah pengabdian diri sepenuhnya kepada tuhan yang Maha Esa. And so sure perjalanan tu masih jauh dan ianya tak mudah. Hmmm..

Aku beriman kepada Qada & Qadar Allah. Aku percaya bahawa masa aku kerja, berhenti dan mengganggur ni ialah laluan yang dah ditentukan olehNya ke atas aku. So sepanjang tempoh tu aku mulai attend kelas-kelas ilmu (yang bukan radikal ar) dan tahun ni makin kerap. Dalam tempoh sebulan ni at least attend sebuah kelas ilmu sekali seminggu. Dan aku belajar dan belajar.












Aku menghidap psoriasis sejak dari kecik lagi. Plus aku melalui psoriasis pada persekitaran masyarakat yang tak membantu so bila aku berada tahap remaja maka aku menyalahkan tuhan dan melabel psoriasis sebagai sumpahan. As time goes by: masyarakat masih tak jauh berubah, psoriasis aku makin teruk tapi reaksi berbeza berlaku pada aku. Aku lak boleh menerima psoriasis aku sepenuhnya. Sehingga pada tahap kalau aku diberi peluang untuk lahir semula then aku akan pilih untuk hidup sebagai seorang psoriasis semula. 

Sebabnya: aku ada agama. Islam ialah agama yang cukup indah. Ia mengindahkan hidup aku. Walaupun orang masih lagi mengata belakang aku, tengok aku ngan pandangan yang geli dan hina or makin sakit aku berdiri tegak or berjalan bengkak bengkok or kulit aku terik sehingga berdarah tapi aku makin gembira dan makin aku bersyukur. 






Sebab aku beriman bahawa kesakitan itu ialah ganjaran pahala dan menghapus dosa serta Allah tak akan bagi ujian hebat melainkan hanya kepada orang yang hebat. Betapa sejak aku umur 2 tahun sehingga 28 tahun ni, psoriasis aku tak pernah hilang dan betapa rahmat tuhan yang Maha Pengasih & Maha Penyayang telah menurunkan pahala ke atas aku tanpa henti untuk tempoh 26 tahun. Dan 26 tahun tu gak tempoh dosa-dosa aku terpadam sikit demi sedikit. Betapa aku bukan orang biasa-biasa. Betapa psoriasis ini ialah anugerah yang menjadikan aku manusia terpilih. Betapa bertuahnya aku sebab sentiasa dalam jagaan Allah selama ni dan kalau aku masih lagi pilih untuk tak beriman maka aku ialah manusia yang benar-benar rugi. Hmmm..










Kalau kekayaan dikira melalui harta dan wang ringgit maka aku ialah manusia yang cukup miskin tapi kalau kekayaan dikira melalui kebahagiaan, kegembiraan dan ketenangan maka akulah manusia terkaya di dunia. TQ Allah

Tuesday, January 29, 2013

Jahil Agama

Ada 2 situasi ni pernah berlaku dalam hidup aku yang bagi aku walaupun ia boleh jadi bahan ketawa tapi sebenarnya agak menyedihkan sebab ia melibatkan agama iaitu bila ada orang yang agak jahil tentang agama kata:
i) Bersentuhan antara adik beradik lelaki dan perempuan boleh membatalkan air sembahyang dan
ii) Makan juga antara perkara yang boleh membatalkan wudhu gak. Hmmm..


Bapak aku antara orang yang agak penting gak ar di kampung tempat aku tinggal sekarang ni. So bila it come part to agama then bapak aku antara tempat rujukan mereka. Plus since bapak pencen dia dah start mengajar anak-anak jiran mengaji. Tapi dia tak pegang apa-apa jawatan agama pun kat kampung. Pernah dicalonkan tapi dia tak nak. Dia pilih untuk jadi orang biasa-biasa jer.

So disebabkan peranan dia yang agak penting tu menjadikan aku jumpa ramai orang gak yang datang ke rumah kami untuk perkara-perkara berkaitan agama. Mostlynya menyedarkan gak ar. Cam end of last year satu malam ni ada sorang pemuda kampung datang ngan sedara dia ke rumah kami. Aku as usual just dalam bilik jer dengar apa yang berlaku kat luar. Rerupanya dia datang sebab nak belajar perkara yang perlu dia tahu untuk menjalani kehidupan selepas berkahwin. Or in other wordsnya untuk sesi soal jawab before akad nikah kat majlis agama nanti. 

Jadi bapak aku ajar ar dari benda-benda basic such as Rukun Islam, Rukun Iman sampai bab ibadah. Bagi aku part yang menyedihkan bila dia tak tahu pun cara mandi wajib. Duh, umor dia sekitar 2-3 tahun muda dari aku. So around 25 tahun tu dia tak pernah mandi wajib ar..? Kalau dia tak pernah mandi wajib then cam mana ngan solat or ibadah-ibadah dia yang lain..? Hmmm..










Last week ada sorang emak ni datang jumpa bapak aku ngan matlamat nak hantar anak dia mengaji kat rumah kami. Anak dia dah form 1 tapi hari ni tadi datang mengaji dan baca Iqra pun tak lancar. Aku rasa sedih lak.

Teringat kami adik beradik masa mengaji ngan bapak dulu menanggis macam kena rotan. Sedangkan bapak mencuit pun tak pernah. Hasilnya belum habis sekolah rendah dah tamat Quran (kecuali aku sebab aku anak bongsu). Walaupun bapak sibuk as Polis tapi masa Maghrib dan Isyak mesti berjemaah. But what happen to parents zaman sekarang: hantar anak kelas mengaji tapi emak bapak tak pernah berjemaah sekeluarga. Then bila keluar issue penggunaan nama Allah oleh penganut agama lain then start marah-marah kat wall FACEBOOK. Apa kes..?










Aku kuarkan post ni bukan untuk mengaibkan sesiapa sebaliknya untuk teguran diri aku dan semua umat Islam yang lain. Sejauh mana kita mementingkan agama dalam hidup kita..? Apa yang kita ajar pada anak-anak kita..? Kalau kita rasa kita tersasar then ubah sekarang. Biar umor kita 25 tahun or biar anak kita dah form 1 then berubah ar pada masa tu. Jangan kata nanti umor aku 50 tahun then baru aku start nak belajar mandi wajib or anak aku kat sekolah ada kelas agama then biar ar ustaz-ustazah sana yang ajar. Hmmmm..














Walaupun most of the time aku sangat tak bersependapat ngan bapak aku tapi aku sangat berterima kasih pada parents aku sebab mengajar kami basic agama. Parents aku tak kaya tapi agama tu ialah harta yang cukup besar yang mereka pernah bagi kepada kami adik beradik. Kalau semua harta dunia ni dirampas dari aku then aku masih okey lagi tapi kalau agama ni dirampas dari aku then aku ialah orang yang paling miskin di dunia. Hmmm

Saturday, January 26, 2013

Manusia Agung

Pagi ni tadi aku gi ceramah Maulidurrasul. Yap, seperti yang aku jangka aku menitiskan air mata jantan aku twice part masa kewafatan Baginda S.A.W. Ia terlalu tak terkawal. Dalam dewan besar tu, aku dah tak peduli. Tak hilang jatidiri lelaki pun kalau mengalirkan air mata untuk kekasih Allah kan?


Cuma part yang kecewa tu bila leh ada antara hadirin tu tertidur, menguap or main game lak pada masa tu.













Plus soalan yang aku ajukan pada penceramah tak dapat dijawab. Salah satunya sebab jawatan dia as ustaz Majlis Mufti Sarawak tak membenarkan dia kuarkan statement. Hmmmm














Selamat menyambut kelahiran manusia agung.

Thursday, January 10, 2013

Isu Tuhan

Sekarang ni keluar lagi issue kalimah Allah tak boleh digunakan oleh penganut agama selain Islam. Lebih teruk bila ada jenis-jenis manusia yang suka forward apa-apa jer yang berkaitan issue ni kat FACEBOOK tanpa usul periksa dan melatah bila ditegur.


Antara tu ada yang kata Allah ialah tuhan umat Islam maka tuhan umat lain ialah bukan Allah.



Jadi adakah mereka cuba nak kata yang Allah hanya menghasilkan manusia yang beragama Islam sahaja manakala tuhan lain pula menghasilkan umat agama lain..? Atau mereka percaya bahawa Allah jugalah yang menghasilkan semua manusia tanpa kira apa agama mereka. Lalu kalau kau percaya statement kedua then kenapa kau tak benarkan mereka percaya sebegitu..?









Yap, memang Allah mereka dan Allah kita adalah berbeza. Unsur tuhan mereka ada tiga (trinity) tapi kita pula satu. Sama seperti Isa pada mereka adalah anak tuhan namun bagi kita pula adalah antara rasul utusanNya. Dan pemahaman kita terhadap agama masing-masing juga tak sama. Tapi kalau kita hanya melihat perbezaan semata-mata then kita tak akan jumpa sebarang baris persamaan sikitpun.















Sorang uncle India ni pernah cakap ngan aku "Kalau tuhan tu banyak then pasti diaorang akan gaduh tentang follower mana yang lebih banyak menyembah siapa.." Hmmm..












Harus sentiasa ingat bahawa agama Islam itu liberal tapi Islam Liberal itu bukan Islam yang sebenarnya.

Saturday, December 22, 2012

Perempuan, Islam & Tudung

Soalan: 
1. Susah ke jadi seorang yang berjantina perempuan ? 
2. Susah ke jadi seorang yang beragama Islam? 
3. Susah ke jadi seorang yang berjantina perempuan, beragama Islam dan memakai tudung ?


Kampong aku majoriti Melayu tapi ada gak Cina dan Iban. So satu hari ni aku hantar mak aku gi satu kenduri dalam kampong ni. Then terlintas ar sorang mak cik ni. Memula cam tak kenal tapi bila toleh rerupanya nenek kawan aku yang Iban ni. So aku dan emak saling tertanya ar either dia dah masuk Islam ke apa. Kedian balik dari kenduri tu emak aku kata rerupanya si nenek Iban tu pakai tudung sebab dia kat itu trend fashion sekarang ni. Hmmm..

...

Aku quite open then bila sorang perempuan Islam tu nak bertudung or tak then itu ialah pilihan dia. Cuma issue yang aku nak bawak kali ni ialah tentang perempuan Islam yang memilih untuk bertudung. Aku jelaskan situasi ni dan please kata kau pun pernah alami gak.

a. Pakai tudung mini yang nampak rantai, sebahagian leher dan bahagian atas dada.
b) Pakai tudung tapi baju ketat, legging or pendek cam baby-t
c) Pakai tudung tapi jambul rambut keluar.
d) Pakai tudung atas paras dada
e) Pakai tudung guna kain jarang yang sah-sah nampak rambut
f) Pakai tudung cuma kat office tapi keluar then freehair
g) Pakai tudung tapi datang bulan jer sentiasa aka tak sembahyang
h) Pakai tudung tapi dating tempat gelap then siap rakam aksi 3GP lagi.


Bagi aku once sorang perempuan Islam memilih untuk pakai tudung then ia dah jadi satu bentuk aku janji bahawa dia komited untuk menutup aurat dan menjalani cara hidup Islam yang sebenarnya. Sebaliknya now a day ramai yang beranggapan bahawa tudung ialah fashion menutup rambut dan bukannya amalan menutup aurat. Sekaligus membenarkan kata-kata nenek kawan aku yang Iban tu: semua orang leh ikut trending pakai tudung. Hmmm

Then pasti ada yang kata: Perempuan Islam hari ni dah tak boleh berpakaian cam tudung labuh ustazah sekolah ngan baju kurung jer lagi. Nanti masyarakat dunia akan pandang kita sebelah mata. Kita perlu memperbanyakkan gaya-gaya muslimah termasuk transformasi tudung mereka sekali. Yap, aku tak menentang lumrah wanita mahu nampak cantik tapi sejujurnya ramai jer orang luar sana or selebrity yang bertudung ngan elok: labuh dan tak berpakaian ketat dan still menutup aurat mengikut kehendak Islam.













It seem like tengok perempuan bertudung yang nampak jambul. Dah alang-alang tutup sebahagian besar rambut then kenapa susah sangat nak tutup keseluruhan? Apsal takut hilang imej datin ke? Btw, Islam tu agama yang sempurna tapi penganutnya saja yang kekadang lupa dan merosakkan kesempurnaan tu. Hmmm