Showing posts with label Muhammad saw. Show all posts
Showing posts with label Muhammad saw. Show all posts

Wednesday, March 20, 2013

Lelaki - Lelaki Kacak

Siapa lelaki yang paling kacak yang pernah korang jumpa or siapa lelaki yang kau letakkan pada paras tertinggi dalam carta lelaki kacak korang? Adakah Aaron Aziz, Brad Pitt, Salman Khan, Jackey Chan, Won Bin etc? Kacak tu subjektif tapi cukup pasti recently otak aku asyik teringatkan tentang beberapa orang lelaki-lelaki kacak ni.


Kau pernah tak masa buat satu kerja ni then terlimpas ar sorang lelaki yang kacak sehingga buat kau terhenti dan menoleh seketika? Yap, lelaki tu kacak tapi adakah dia berada pada tahap kalau kau tengah potong sayur or buah or siang ikan then bila seorang lelaki tu muncul sehingga membuatkan kau tergamam tapi tangan kau masih terus memotong sehingga tanpa sedar pisau yang kau pegang tu dah memotong jari jemari kau. Dan disebabkan oleh paras wajah lelaki tu, kau tak berasa sakit sikitpun. Kalau event tu berlaku, then barulah lelaki tu benar-benar kacak.

Lelaki itu ialah Nabi Yusof A.S.



Atau kau pernah tengok bulan mengambang or masa bulan terang? Ia cukup indah sehingga buat sesiapa tergamam seketika. Membutkan sesiapa pastu akan terpesona dengan keindahan cahayanya. Tapi ada seorang lelaki yang kalau wajahnya dibandingkan dengan bulan mengambang terang tu then kau tak akan pedulikan sikitpun pada bulan tu lagi. Sebab wajah lelaki tu lebih indah dan lebih bercahaya daripada bulan tu. Then kalau kau boleh membandingkan mana-mana lelaki dengan lelaki tu then barulah ia benar-benar kacak.

Lelaki itu ialah Nabi Muhammad S.A.W











Atau kau pernah bakar unggun dan tengok percikkan apinya? Warna merah terang, besar, terbang lalu membuatkan kau terkesima dengan keindahan percikan api tu. Ada seorang lelaki yang paras wajahnya cukup kacak sehingga dibandingkan seperti percikkan api yang mampu menjadikan mata terpaku melihatnya. 

Lelaki itu ialah Abu Jahal. Bapa saudara Rasulullah yang terkenal kerana kejahilan dan kejahatannya. Betapa tak semua orang berwajah kacak tu baik. Tapi lebih elok kalau kita muka buruk tapi perangai baik. Kan?

Saturday, January 26, 2013

Manusia Agung

Pagi ni tadi aku gi ceramah Maulidurrasul. Yap, seperti yang aku jangka aku menitiskan air mata jantan aku twice part masa kewafatan Baginda S.A.W. Ia terlalu tak terkawal. Dalam dewan besar tu, aku dah tak peduli. Tak hilang jatidiri lelaki pun kalau mengalirkan air mata untuk kekasih Allah kan?


Cuma part yang kecewa tu bila leh ada antara hadirin tu tertidur, menguap or main game lak pada masa tu.













Plus soalan yang aku ajukan pada penceramah tak dapat dijawab. Salah satunya sebab jawatan dia as ustaz Majlis Mufti Sarawak tak membenarkan dia kuarkan statement. Hmmmm














Selamat menyambut kelahiran manusia agung.

Saturday, February 18, 2012

Ustaz Don Who?

Korang pasti percaya kalau aku kata yang aku tak pernah tengok rancangan Ustaz Don kat TV Al Hijrah or kat mana-mana siaran sekalipun tapi korang pasti tak akan percaya gak kalau aku kata yang aku baru balik dari ceramah Ustaz Don beru je tadi. Hmmmm.. Yap, korang percaya..


Aku ni bukanlah jenis manusia yang suka gi ceramah or what ever program berbentuk motivasi. Tapi kali ni aku terbuka hati pergi sebab 1st) ia membicarakan manusia agung yang paling aku sayang aka Nabi Muhammad S.A.W dan 2nd) penceramahnya bukanlah penceramah konventional. 

So lepas Maghrib aku start gerak sebab aku plan nak jemaah kat Islamic Information Centre aka tempat yang bakal diadakan ceramah tu. Aku punya expectation awal yang orang just sekadar memenuhi ruang dalam tu je ar sebab as usual bila masok program agama pasti ramai x nak join BUT miracle happen sekaligus menjadikan expectation aku salah: tempat tu sangat penuh, kereta perlu park jauh dan berjalan kaki dan just dapat dudok luar bangunan jer. 

Pelbagai lapisan masyarakat datang. Dari yang bertudung labuh ke tudung siti Nurhaliza (yang tak bertudung pun ada), tua muda, lelaki perempuan (dan separa) pun datang dan tak kisah dudok kat tar jalan semata-mata tak nak melepaskan peluang menghadiri majlis agama ni sekaligus memperlihatkan bahawa kita ni dahagakan majlis-majlis seumpana ni. 






Dan tak lupa nak katakan yang ceramah Ustaz Don memang best. Memang tak rugi jalan kaki jauh-jauh bila dengar ceramah dia. 2 jam lebih rasa cam baru setengah jam jer, Banyak info-info berguna aku dapat malam ni tadi. 













Antaranya bila melibatkan golongan bernama Syed dan Syarifah ni. Jujor cakap yang aku before sangat kurang gemar ngan diaorang nih. Ada yang terlalu maniac ngan 'nama' tu sangat sebab desas desus bagitau yang mereka ni berasal dari keturunan Hasan Hussien aka keturunan nabi sedangkan perangai CENSORED ar..

Then Ustaz Don jelaskan yang yap, they do dari keturunan nabi. Dan lebih dasyat bila mereka perlu bawak tanggungjawab as pembawa nama keluarga nabi. So Syed dan Syarifah, please behave..















Tak dapat bayangkan kalau Ustaz Azhar Idrus plak yang bagi ceramah. Musti lagi ramai ar

Tuesday, February 14, 2012

How a Muslim Murtad?

My 10 years old nephew baca buku cerita tentang Puteri Santubong-Puteri Sejinjang tentang 2 orang puteri kayangan yang di turunkan ke Bumi untuk menjaga negeri Sarawak. Dipendekkan cerita satu hari kedua-dua puteri ni bergaduh as nenek aku kata disebabkan oleh fakta both x boleh menerima hakikat bahawa yang sorang tu lebih cantik dari yang sorang lagi (meanwhile dalam buku sekarang kata bergaduh sebab berebut lelaki. Hmmm) sehingga last-last both disumpah menjadi Gunong Santubong dan Gunong Sejinjang (tak lupa Pulau Kera) sekaligus menjadi penjaga gunong-gunong lain di Sarawak.


Lastly my nephew buat kesimpulan bahawa cerita tun nonsense. Gosh siapa nak percaya pada puteri kayangan or gunong yang selama ni depan rumah kamiorang ialah seorang puteri yang disumpah? Lain ar kalau ada arkeologi buat cari gali then akan jumpa tulang yang maha besar menyerupai sorang perempuan bersimpuh then it will turn a bit logic gak ar. Buat aku ketawa sebab masa aku kecik dulu aku dan adik beradik bukan main percaya lagi cerita nenek kami tu. Hmmm..

....

Aku pernah cakap-cakap ngan kawan aku kata kalau dia bukan sorang Muslim or dia sekadar Muslim yang hanya pada nama jer then kalau aku kata ada sorang laki ni dia claim dia naik ke langit guna berkepala manusia dan berbadan kuda plus bersayap then dia gak kawen ngan perempuan yang umor 9 tahun bla bla bla then korang akan kata ngan pasti yang lelaki tu bawah pengaruh ganja etc dan seorang pedofilia aka fanatik seks ngan budak-budak bla bla bla.

Then kalau aku kata bahawa lelaki itu ialah Muhammad S.A.W aka Nabi utusan Allah then effectnya either saki baki Iman dalam diri korang yang tipis tu akan terlucut sepenuhnya or Iman korang akan bertambah kuat.

Korang masih ingat selepas peristiwa Isra dan Mikraj ketika Nabi Muhammad mengumpulkan orang Mekah dan kata bahawa dia baru sahaja naik ke langit ke-7 menaiki seekor Buraq dan pergi ke Masjidil Aqsa dalam tempoh 1 malam dan effectnya ada yang beragama Islam terus murtad sebab merasakan Muhammad adalah penipu tapi sebaliknya Abu Bakar dengan yakin berkata kepada semua bahawa dia percaya dan beriman kepada setiap apa yang dikatakan Nabi Muhammad.


...


Aku terbaca dalam novel American Gods by Neil Gaiman kata kalau Jesus benar-benar turun ke bumi dan berjalan kat jalan kaki di Amerika then percayalah most American tak akan buat apa-apa or tak peduli sedikitpun. Sebab mereka tak akan percaya bahawa that is the real Jesus sebab dah terlalu banyak Jesus look a like yang lain sebelum tu. 


...


1 thing about IMAN is not just only about trust jer or percaya sahaja tapi sebaliknya ia adalah tentang penyerahan diri sepenuhnya kepada apa yang kita percaya.




...




Islam ialah antara agama yang terbanyak bilangan penganutnya di dunia. Tapi antara banyaknya penganut Islam tu berapa banyak yang tahu cara sembahnyang? Dan antara yang tahu sembahyang tu pulak berapa banyak yang sembahyang? Dan dalam yang bersembahyang tu pulak ada berapa yang tahu kenapa dia sembahyang? Yap tak terlupa dalam banyak-banyak umat Islam satu dunia tu berapa ramai pula yang sekadar sembahyang seminggu sekali waktu Jumaat or sekali setahun masa sembahyang Raya Aidilfitri jer? 

Dan bila salah seorang dari mereka itu keluar dari Islam dan menyebar keburukan Islam: tentang lelaki yang berkhayal terbang ke angkasa dan mengahwini kanak-kanak perempuan berumur 9 tahun lalu semua penganut Islam yang hanya sembahyang seminggu sekali or setahun sekali itu pun mengamuk sana sini.








Sedangkan yang keluar itu sekadar Islam pada nama sahaja dan sembahyang entah ada sekali setahun dan tanpa tahu tujuan sebenar dia sembahyang. Hmmm

Thursday, July 7, 2011

M for Murtad

What if kalu aku kata aku ada sorang kawan yang murtad? Yap, aku maksudkan murtad dan bukan murtabak. So adakah korang akan suroh aku jangan kawan ngan dia, stoning dia dengan batu-bata, suroh satu kampong pulaukan dia, bakar rumah dia, ikat dia kat tiang bendera tengah-tengah panas sampai dia masok Islam balik, or just salahkan Ambiga? Hmmmm..


Korang suka tak tengok orang yang hanya Islam pada nama dan IC saja tapi badan penuh tatoo, jadikan arak as minuman harian, last time sembahyang waktu kelas agama kat sekolah dulu jer, ikut syariat Islam masa kahwin dan cerai (include poligami) jer, al-Quran hanya barang hantaran kahwin, pergi Mekah semata-mata nak dapat title Haji or Hajjah jer etc tapi bila keluar issue hotdog guna usus babi then terus mengamuk buat demonstrasi jalanan bakar poster itu ini then paling penting jerit Allahu Akhbar banyak kali tanpa tahupun apa makna sebenar apa yang dia sebutkan. Hmmm..

Yap, aku ada seorang kawan yang murtad. Reasonnya? Dia memeluk Islam sebab kahwin dengan perempuan Melayu. Faham kan kronologinya? Kalau nak kahwin dengan orang Melayu di Malaysia ni seseorang perlu convert masuk Islam. Alaa, bukannya susah mana pun, sebut je kat mulot kalimah tu then pergi pendaftaran tukar nama. So anda ialah seorang Islam. Selebihnya? Kekal dalam hidup lama pun tak akan ada sesiapa yang nak ambil tahu. Then bila bercerai, balik agama asal tanpa sedikit rugi pun. Dia bukannya ada belajar apa-apa tentang Islam pun, dia sekadar kahwin dengan orang Islam jer.. Kan?

Even kalau kita tengok kat dunia amnya, dah banyak sangat Muslim yang berpindah ke agama lain or jadi kumpulan yang tak percaya agama langsong. Korang google je apa-apa topik berkaitan then jumpa banyak persatuan ex-Muslim yang ada di dunia. Ada yang sembunyi-sembunyi identiti or tak terkecuali yang jadi pejuang terang-terangan mengutuk Islam balik. Bab tu paling aku tak suka, kira cam dulu korang parti KEADILAN then bila join BN then terus je kutok mati-mati parti lama korang (masok politik plak). Tak kira korang ex-Muslim ke or korang ex-Christian ke kalu korang kutok agama lama korang that mean there must be something wrong dengan agama baru korang tu..








Seorang muallaf antarabangsa ni pernah share pendapat dia tentang kes kumpulan ex-Muslim yang kipas susah mati kutuk Islam as agama yang suka perang, penindas wanita, kejam etc. Jawapan dia senang jer: Dulu dia bersekolah dari kecik di Catholic school tapi itu tak menjadikan dia seorang Christian kan? Dia pergi Church setiap ahad tapi dia tak baca pun keseluruhan Bible waktu tu. Tengok situasi kita plak: berapa ramai yang belajar di sekolah agama or betapa penuhnya masjid pada hari Jumaat or hari raya tapi berapa ramai yang dah baca habis al-Quran dan faham sepenuhnya isinya? So Islam ke kita or sekadar pada nama jer?













Aku bukan penyokong Islam Liberal or Pluralisme agama. Islam ialah agama aku sekarang dan aku berharap pada tuhan agar ia dikekalkan sebagai agama aku sampai bila-bila..














Katakanlah: Wahai orang-orang kafir, aku tidak akan menyembah apa yang kamu sembah. Dan kamu juga bukan penyembah Tuhan yang aku sembah. Dan aku tidak pernah menjadi penyembah apa yang kamu sembah. Dan kamu juga tidak pernah pula menyembah Tuhan yang aku sembah. Untukmulah agamamu dan untukku ialah agamaku.




al-Kafirun 109:1-6

Monday, June 27, 2011

Seks Bermaruah

Kalu aku sebut nama 'Adinda Evans' then pasti ada yang akan terus sumpah seranah dia tapi Im not gonna talks about her laa sekadar onething yang berkaitan dia je ar. Buat sesiapa yang tak tahu siapa 'Adinda Evans' ni sebenarnya bukan adik kepada Juliana Evans yang hot tu. Dia sekadar sorang girl yang wujud kat alam siber yang buat kenyataan terbuka yang dia dah tak ada dara, dia pernah kena rogol balak dia bla bla bla. And as usual rakyat Malaysia yang mudah melatah tak tentu pasal plak terus je serang dia bertubi-tubi just like that. Hmmmm...


Teringat pada sorang kawan baik aku ni. He is a gay ar. Dia punya first scene seks ni masa dia darjah 6 lagi. An anal seks je ar. So afterward dia terus jer 'bermain' ngan ramai lelaki tanpa henti. Sehingga ar setahun yang lepas, masa dia tengah 'start' ngan balak dia then balak dia kuar satu statement "Orang yang tak ada maruah macam kita ni bla bla bla bla". Dan bila dia dengar je word tu terus dia cold nak teruskan 'game' tu. A few day after dia share the story to me.

Bila aku dengar aku plak yang rasa hangin. So aku kata pada dia balik "Selama aku kenal kau even sejak aku tahu orientation seks ko dan aktiviti seks ko, aku tak pernah terfikir dalam diri aku nak kata kau tak ada maruah diri. Dia yang baru kenal ko berapa tahun ni plak yang senang-senang kata kau tak ada maruah..!!"

...

Memang ar secara logik akalnya tak best ar kalu orang tak kira laki or perempuan kuar statement bangga dah tak virgin plus kena rogol ngan balak then jaja merata tempat tapi orang yang balas balik ngan tomahan sumpah seranah tu lebih mulia ker?

Sama r macam tindakan PERKASA menentang demonstrasi BERSIH ngan bakar, pijak-pijak bendera  BERSIH. So apa yang memjadikan PERKASA lebih mulia dari  BERSIH ni?


































Masih ingat kisah Nabi Muhammad SAW kena lempar najis oleh perempuan Israel tu? Just imagine kalu Rasulullah balas balik ngan lempar semula najis pada perempuan tu balik then pasti Islam tak akan jadi semulia seadanya kan?

Jangan layan manusia lain ikut gerak hati korang jer, guna otak yang tuhan bagi.

Wednesday, June 8, 2011

Dajjal al-Masih

Dajjal digambarkan sebagai seorang lelaki yang buta sebelah mata, pendek, berkulit merah, berambut kerinting plus-plus-plus. So ditakdirkan last few year di sebuah negara arab lahir seorang budak yang cyclops dan memiliki basic ciri-ciri Dajjal lalu dibunuh oleh masyarakat tempat tu atas alasan: that little boy could be Dajjal aka tanda-tanda besar kiamat nanti.. Hmmm...


Aku pernah berdiskusi di Sungai Sarawak ngan sorang kawan ni. Ada part aku tanya dia: macam mana Abu Bakar leh percaya bila sorang lelaki tu kata satu malam dia menaiki seekor haiwan yang berbentuk cam kuda, bersayap dan berkepala manusia menaiki 7 peringkat langit, melawat syurga dan neraka, pergi ke Palestine dan kemudian balik semula ke Mekah just like that jer? 

Akibat dari peristiwa tu, ramai yang mempersoalkan kewarasan Muhammad S.A.W. dan ia terus dijadikan issue oleh pihak-pihak tertentu sehingga ke hari ni. Pada waktu tu jugak ramai yang keluar dari Islam. Selebihnya yang percaya bertambah kuat keimanan mereka.

Just imagine kalu ttiba satu hari dekat area Bukit Bintang suddenly ada sorang lelaki buat statement yang hampir serupa. Apa reaksi korang? Korang akan berlalu pergi tanpa fikir panjang or worst korang fikir ada rancangan tengah trick korang ngan camera tersembunyi. Then tak lama pas tu orang tu kena tahan van bawak ke hospital sakit mental. 

It sound funny isnt it? Tapi kenapa sewaktu Ayah Pin kata dia pernah berjumpa dengan tuhan di langit lalu membentuk kerajaan langitnya sendiri dan ramai yang percaya? Bukan sahaja orang kampung berfikiran tahap SPM jer percaya malah ustazah, peguam, orang kaya yang berfikiran global pun leh ikut sama percaya.. Hmmm.. 

...

Bagi sesiapa yang tak tahu, Dajjal dari perspektif Islam adalah ciri-ciri besar yang menunjukkan kiamat akan tiba. Even Christian pun wujud satu watak yang hampir sama iaitu Antichrist aka Man of Sin. Plus Jewish pun ada jugak yang sama. Tak kira apa pun kepercayaan korang, kalau korang ialah seorang Believer then korang perlu tahu yang bahawasanya Dajjal itu sesuatu yang pasti.

Teringat sewaktu Sai Baba masih hidup dulu, ramai yang kata dia adalah Dajjal. Konon-kononnya dia memiliki ciri yang dimiliki Dajjal. Belum lagi masok bab dia leh hasilkan tepung dari tangan, menukar besi kepada emas,  menyembuhkan orang buta dan lumpuh etc. Tapi bila dia mati, orang pertikaikan statement tu balik sebab Dajjal takkan mati sebab sakit tua or kegagalan fungsi organ or etc. Aku just ketawa besar. 

Aku pernah terbaca satu blog yang aku tak dapat nak link-kan sebab dah lama dulu aku baca then tak ingat lagi mana entah hilangnya link tu. Blog tu kata kalau Dajjal betul-betul muncul dalam keadaan bermata satu (or buta sebelah), rambut kerinting, pendek, gemuk, hodoh then aku pasti tak akan ada sesiapa pun yang akan nak dengar kata-kata dia. Or awal-awal lagi dah ramai orang fanatik akan bunuh dia sebab tahu dia dajjal. 

Dajjal dari pendapat blog tu dan aku setuju jugak dikatakan akan muncul sebagai seorang yang boleh diterima oleh semua orang dengan senang. Ciri-ciri tu still ada cuma ia dikaburi oleh wajah lain: wajah yang orang beriman sahaja dapat bezakan. Just imagine kalau ada seorang lelaki yang kacak, berpakaian kemas, budi bahasa baik, disenangi ramai then bila dia keluarkan 'fitnah-fitnah'nya semua orang akan percaya dengan mudah kan? kecuali oleh orang-orang yang beriman sahaja.
















Dikatakan bahawa Dajjal telah lama hidup. Dia tak mati-mati lagi. Dia berada dalam persembunyiannya. Memerhati masyarakat dunia. Dan dia akan keluar bila masanya dia dah bersedia. Kita dah bersedia ke menerimanya? Hmmmm...