Showing posts with label Raya. Show all posts
Showing posts with label Raya. Show all posts

Wednesday, February 3, 2016

Saat Aku Menjadi Seorang Lelaki Gemuk

Aku pakai baju Melayu mostly hanya pada masa hari raya je. Plus disebabkan aku orang Sarawak dan berada di Sarawak so aku terpaksa pakai baju Melayu tu almost untuk setiap hari selama 30 hari. Gosh orang Sarawak sangat maniac bila masuk part raya (hmmm). Selain dari tu aku sangat jarang pakai baju Melayu. Realitinya ia selesa je, cumanya kalau cuaca kat Malaysia ni macam kat Korea sana so boleh ar pakai hari-hari. Last Friday, aku tetiba teringin nak pakai baju Melayu untuk solat Jumaat. Surprisingly something happen (based on tittle, dah tahu kan endingnya).


Baju Melayu direka longgar dan besar dari saiz badan seseorang. Itu tak termasuk kes untuk mamat hipster or lelaki perasan badan sado yang akan pakai rekaan baju Melayu ketat-ketat or sleeveless etc. So baju Melayu yang aku pakai Jumaat tu technically dah aku pakai since aku dari form 5 or form 6 lagi (konon cuba nak bagitau betapa fizikal badan aku tak banyak sangat berubah ar). Plus ia dari kain yang berkualiti, emak aku sendiri jahit dan dijaga dengan baik. Lagi pula aku bukan jenis yang sibuk 2-3 bulan sebelum puasa dah siap baju Melayu 3-4 pasang, pagi raya kena melaram habis, nak sedondon etc. Bagi aku, selagi ia masih muat, dalam kondisi yang bagus, so aku okey jer. TAPI... Jumaat tu, baju yang sama aku pakai untuk 10 tahun tiba-tiba ketat kat bahagian lengan. OMFG, itu petandanya yang aku sangat gemuk. Hmmm..


...


Seperti mana-mana rakyat Malaysia yang tipikal (gemuk tapi malas bersenam), permulaan tahun baru juga menjadikan aku untuk memasang niat untuk kurus. So aku download beberapa apps yang berkaitan (which end up dah bersarang labah-labah sekarang), jaga pemakanan bla-bla-bla and surprisingly sehingga 3 minggu terawal, aku kurang beberapa kg dan berat aku kembali di bawah 90kg. Sekali lagi cabaran paling genting ialah apabila kau pandai masak (or at least kau fikir kau pandai masak) ialah bila kau tahu definisi makanan yang sedap. Hmmm..

Thanks to rancangan realiti masakan plus Asia Food Channel yang menyiarkan makanan yang mengiurkan tanpa henti, so penghujung tahun lepas aku try nak grill steak, Disebabkan aku jobless, moneyless so aku tak pernah lagi merasa steak. Makanya aku tak tahu the proper taste of a real steak tapi based on percubaan pertama aku menghasilkan medium rare steak hingga seterusnya mengakibatkan penambahan dua saiz pada baju aku. Dari saiz M, next 2 weeknya aku hanya dapat pakai XL. Aku makan steak setiap selang seminggu. Sebab ia sangat sedap. Steak ialah penciptaan makanan yang paling agung sepanjang peradaban manusia. Luarnya yang panas, daging merah yang mencair dalam mulut, darah yang manis, Duh, setiap kali aku makan benda alah tu, aku rasa sangat barbarian. Betapa aku faham feel haiwan karnivor or raja bersiong masa tu.


Tapi as tahun baru, azam baru bermula, aku plan untuk mengehadkan kemasukan daging lembu tu ke dalam badan aku. Dari seminggu sekali, sekarang ni aku hanya boleh makan steak sebulan sekali je. Cumanya aku manusia yang lemah. Aku buat peraturan then aku sendiri langgar peraturan aku buat tu. Bulan Januari lepas, aku masak steak 2 kali dan pada hari ketiga bulan Februari ni tadi aku beli daging lagi dan aku tak pasti ia akan terhenti di situ je.









Maka pada saat ini, aku mendeclarekan bahawasanya aku ialah seorang lelaki gemuk yang akan bertambah kegemukkannya. Hmmm..

Tuesday, October 15, 2013

Ayam Kampoooong

Walaupun aku duduk kampung tapi rumah aku tak ada ayam. Sebab emak aku tak suka benda kecik yang bergerak dan berak merata (kecuali kalau benda tu ialah cucu-cucu dia). Plus kampung yang aku duduk sekarang ni pun cukup susah nak tengok ayam kampung yang betul-betul sooooo kampong. Mungkin sebab kampung kami ni dah kira sub-urban so ayamnya pun dah tak ada ciri-ciri kampung yang jelas kot. Mungkin. Hmmmm..


Kali pertama aku tengok ayam kampung yang betul-betul kampung ialah masa aku kanak-kanak dulu kat kampung emak aku kat Batu Pahat sana. Waktu tu aku sangat hairan, taksub dan sedikit takut sebab ayam-ayam peliharaan mak cik-mak cik aku semuanya tidur atas pokok. Mereka tak ada reban. Ayam kampung sooooo indiependence ar. Mereka boleh berdikari tanpa bantuan tuan mereka untuk bagi makan ar.

Aku suka makan ayam part tulang. Kalau setakat ayam KFC, aku akan makan licin ngan tulang-tulang sekali. Tapi bila emak aku masak ayam kampung tu. Dah ar dagingnya sikit, rasanya pulak liat dan tulangnya memang tak tersentuh sikit pun. Keras tahap besi. Bila nak buat telur masak mata lembu then kuning telur yang keluar jauh lebih besar dan warnanya merah hingga buat naik geli. Even arwah Mak Cik Mas aku sampai ke tua tak makan telur ayam sebab pernah satu hari masa nak pecah telur buat telur mata lembu yang keluar anak ayam terkulai yang siap berbulu lagi.







As time goes by ayam kampung dah tak macam dulu lagi. Last year rasanya ada orang kampung bagi beberapa ekor ayam kampung yang dah disembelih. Tapi bila makan, rasanya lebih kurang sama jer ngan ayam biasa. Mungkin sebab ayam kampung sekarang ni semuanya duduk reban dan makanan pun dibagi je so ayam-ayam ni just duduk goyang kaki tunggu makanan served jer. Hmmmm..








Semalam aku dan bapak gi pasar beli bekalan ayam untuk masak raya ni. Bapak aku beli 3 ekor ayam pencen. Mode nak merasa ayam kampung ar kiranya. Tapi beberapa kali beli memang fail ar. Pagi ni bangun awal sebab nak raya, tengok emak masih masak ayam. Tunggu setengah jam, api masih belom padam. Emak kata dah masak cuma ayamnya belum empuk. Aku seperti biasa tak mampu bersabar so aku tery ar makan. Memang rasa ayam kampung...!!! Hmmmm...










Selamat Hari Raya Aidiladha, Babe...!!

Monday, August 12, 2013

The Guy That Hates Raya

Kalau ada orang kata kat kau yang aku seorang yang sangat suka hari raya then orang tu ialah penipu besar sebab sesungguhnya lelaki bernama Naziruddin Abdullah aka AJ ni sangat-sangatlah tak suka kewujudan hari raya. Hari yang paling aku tak tunggu-tunggu kedatangannya aka hari yang paling aku tak suka ialah hari raya. Pendek katanya aku ialah The Grinch versi hari hari raya. Hmmm


Ada beberapa sebab kenapa aku x suka raya. Antaranya:

1. Ramadhan Vs Syawal
Tarikh yang paling aku tunggu-tunggu dalam setahun ialah bila diumumkan bila tarikh 1 Ramadhan. Betapa aku x sabar untuk kedatangan Ramadhan, aku buat persiapan 2 bulan awal untuk menyambutnya. So technicallinya 1 Syawal bermakna berakhirnya bulan yang aku suka tu. Even aku sangat moody bila Ramadhan baru je start ada orang yang dah tak sabar dan mengharap agar Ramadhan tu cepat-cepat tamat. Lebih suck bila minggu terakhir puasa, semua dah tak peduli sikitpun tentang Ramadhan. Hmmm..


2. Matlamat Raya
Ramai orang sambut raya tapi tak tahu apa yang mereka sambut. Buktinya bila ada orang yang tak puasa 1 hari pun dalam Ramadhan tapi beraya 30 hari tanpa henti. Bila tanya orang kenapa sambut raya then mereka kata untuk merapatkan siraturahim, bermaaf-maafan, menghias rumah, beli kueh etc. Duh, 1 Syawal tu ialah  hari untuk meraikan kemenangan mengharungi ujian sebulan puasa Ramadhan. So kalau kau tak berjaya semasa Ramadhan so apa yang kau raikan sakan-sakan sangat tu? Seriusly, I dont get it..!!


3. Channel Raya
Aku mostly dengar radio sewaktu memandu. Tapi 2 minggu before & 2 minggu after raya ialah moment aku paling tak suka dengar radio. 1st) Lagu raya yang sama dimain berulang-ulang, 2nd) Lagu raya baru yang mengarut entah apa-apa entah 3rd) Buka channel ni lagu tu, bukak channel lain pun lagu tu gak. Program raya kat TV pun lebih kurang sama. Cerita raya lebih kurang sama jer: Sikit-sikit anak tak dapat balik kampung, anak derhaka, kantoi tak puasa dan last-last insaf salam-salam mintak maaf. Buka channel lain program artis nyanyi, channel lain: konsert K-pop. At least selamat tak ada Sarkas. 


4. Makanan Raya
Sejujurnya aku hanya makan lemang pada hari raya jer. Walaupun lemang leh dapat kat mana-mana tapi lemang hanya ada feel kalau makan masa raya jer. So raya pertama ada lemang, ketupat, nasi himpit, rendang, ayam masak itu ini. Pergi rumah mak cik 1 pun makan lebih kurang sama. Rumah mak cik 2 pun sama. Rumah mak cik 3 pun sama gak. No big deal sebab setahun sekali je makan benda alah ni. Balik rumah-tidur-bangun-check dapur. Emak memang tak akan masak apa-apa sebab makanan semalam masih banyak dan ok lagi. Maka biasanya raya kedua-ketiga dan kalau nasih baik keempat kita akan makan benda yang sama untuk sarapan, tengahari dan malam. Naik muak wei makan benda berlemak tu semua..!! Itu belum masuk kuih, kek raya lagi. Hmmm..


5. Tetamu Raya.
Raya ialah hari yang cukup ramai orang datang ke rumah. As mak aku kata: Family hanya akan berkumpul masa 2 perkara jer: Raya or kalau ada kematian. So kalau familly kau besar so banyak ar rumah yang mesti kau pergi dan lebih ramai orang yang akan datang ke rumah kau. Thanks goodness family bapak aku kira still boleh diterima akal yang waras ar. Raya pertama aku terpaksa dan dipaksa untuk bersama adik beradik gi rumah family terdekat satu kampung. Itu still okey lagi sebab hubungan keluarga masih rapat lagi. Cumanya sebab bapak aku anak sulong dan quite dihormati among relative & orang kampong so ramai ar yang datang ke rumah. Disebabkan kakak aku ada rumah sendiri dan kakak ipar lah hanya beraya selang setahun, Along aku lah ada banyak masa keluar beraya so aku je lah yang tertinggal di rumah. So ada masanya aku tolong hidang air, duduk sekali, rupa-rupa senyum. Tapi most of the time aku sembunyi dalam bilik. Lebih sucks bila ada budak-budak kecik yang entah dari mana entah datang rumah, buat perangai macam kat rumah sendiri dan bila bagi duit terus blah. Hmmmm..



6.  Sarawak Beraya
Sarawakians sangat passionate bila it come part to raya. Aku pun tak tahu kenapa diaorang sangat melewah-lewah bila masuk bab raya ni. Orang Semenanjung pasti cultural shock ar bila tengok orang Sarawak beraya. Dari rumah, makanan, pakaian etc. FYI orang Sarawak ni menyambut raya selama 7 hari secara official. Maksudnya kalau korang berada di Sarawak pada hari ke tujuh so feelnya masih lagi macam raya hari pertama. Ke mana-mana je lelaki muda still akan pakai baju melayu lengkap dengan samping dan songkok, hiasan rumah ngan makan masih lagi sama dan tetamu yang datang tu still tak henti-henti. Dari hari ke 8 sampai 30, semuanya dah reda but still kuih masih ada atas meja dan tetamu still berkunjung. Imagine aku yang sangat tak suka raya perlu mengharungi 30 hari tanpa henti dengan siksaan ni semua. Hmmm..
















BTW selamat hari raya.. Kalau korang bukan friend aku di FACEBOOK so aku buat kad ucapan ni. Hmmm


Friday, August 10, 2012

Iklan Raya Sedih

Rasanya kalau dalam setahun x ada iklan raya yang mampu menyebabkan air mata kita mengalir, rasanya pasti akan ada cam rasa kehilangan pada raya tahun tu kan? Walaupun raya ni bermatlamat untuk merayakan kejayaan berpuasa selama sebulan but still kita harus disedarkan bahawa x semua orang mampu menyambut hari kejayaan tu sehebat orang kita. So kiranya iklan ni cam cuba nak kata "Shame on you..!!" ar. Hmmmm..


Bagi aku iklan raya yang paling best ialah iklan Petronas tahun apa tu ntah aku x ingat. Tapi yang pasti ia sewaktu aku masih belajar kat Bangi lagi. Waktu belajar dulu aku bukan jenis selalu tengok TV ar. Lagipun bukannya setiap bilik ada TV ni malah satu blok asrama ni cuma ada 2 TV berfungsi yang perlu dikongsi ngan beratus orang pelajar. So satu hari ni aku terbukak TV dan tertengok ar iklan Petronas ni. Iklan tentang bapak tua yang dilayan oleh menantu secara kureng ar sehingga one event happen buat si anak tersedar. Korang quaranty tau ar iklan tu ar.

Entah apsal air mata jantan aku terus mengalir dalam keadaan yang x comel untuk sorang lelaki dewasa ar. Cam x caya je iklan few minutes tu leh membawa mesej yang cukup besar. Dan aku tau yang aku ni bukan ar anak yang terbaek dan aku selalu bercanggah pendapat ngan bapak aku but still aku x akan buat benda yang sama pada dia. Tapi siapa untuk kata yang kita x akan berubah pada masa hadapan kan? Kekadang kita secara x sengaja akan berubah untuk menyesuaikan diri ngan persekitaran.










Dan first thing aku buat lepas tu ialah aku terus call rumah, tanya khabar etc. Rasanya tahun tu aku x balik raya kot. 













Dan malam tadi tertengok 1 lagi iklan raya ni. Once tengok terus jer air terjun mengalir dari mata aku. Ia adalah iklan raya by BERNAS tentang bebudak yatim piatu yang kurang upaya. Korang layan ar. Hmmmm..

Plus x lupa buat iklan raya mengarut cam burung apa tu: burung murai, mak okey jer, or yang Afdlin Shauki arahkan yang bapak niaga cempedak tu. Hmmmmm..

Tuesday, February 14, 2012

How a Muslim Murtad?

My 10 years old nephew baca buku cerita tentang Puteri Santubong-Puteri Sejinjang tentang 2 orang puteri kayangan yang di turunkan ke Bumi untuk menjaga negeri Sarawak. Dipendekkan cerita satu hari kedua-dua puteri ni bergaduh as nenek aku kata disebabkan oleh fakta both x boleh menerima hakikat bahawa yang sorang tu lebih cantik dari yang sorang lagi (meanwhile dalam buku sekarang kata bergaduh sebab berebut lelaki. Hmmm) sehingga last-last both disumpah menjadi Gunong Santubong dan Gunong Sejinjang (tak lupa Pulau Kera) sekaligus menjadi penjaga gunong-gunong lain di Sarawak.


Lastly my nephew buat kesimpulan bahawa cerita tun nonsense. Gosh siapa nak percaya pada puteri kayangan or gunong yang selama ni depan rumah kamiorang ialah seorang puteri yang disumpah? Lain ar kalau ada arkeologi buat cari gali then akan jumpa tulang yang maha besar menyerupai sorang perempuan bersimpuh then it will turn a bit logic gak ar. Buat aku ketawa sebab masa aku kecik dulu aku dan adik beradik bukan main percaya lagi cerita nenek kami tu. Hmmm..

....

Aku pernah cakap-cakap ngan kawan aku kata kalau dia bukan sorang Muslim or dia sekadar Muslim yang hanya pada nama jer then kalau aku kata ada sorang laki ni dia claim dia naik ke langit guna berkepala manusia dan berbadan kuda plus bersayap then dia gak kawen ngan perempuan yang umor 9 tahun bla bla bla then korang akan kata ngan pasti yang lelaki tu bawah pengaruh ganja etc dan seorang pedofilia aka fanatik seks ngan budak-budak bla bla bla.

Then kalau aku kata bahawa lelaki itu ialah Muhammad S.A.W aka Nabi utusan Allah then effectnya either saki baki Iman dalam diri korang yang tipis tu akan terlucut sepenuhnya or Iman korang akan bertambah kuat.

Korang masih ingat selepas peristiwa Isra dan Mikraj ketika Nabi Muhammad mengumpulkan orang Mekah dan kata bahawa dia baru sahaja naik ke langit ke-7 menaiki seekor Buraq dan pergi ke Masjidil Aqsa dalam tempoh 1 malam dan effectnya ada yang beragama Islam terus murtad sebab merasakan Muhammad adalah penipu tapi sebaliknya Abu Bakar dengan yakin berkata kepada semua bahawa dia percaya dan beriman kepada setiap apa yang dikatakan Nabi Muhammad.


...


Aku terbaca dalam novel American Gods by Neil Gaiman kata kalau Jesus benar-benar turun ke bumi dan berjalan kat jalan kaki di Amerika then percayalah most American tak akan buat apa-apa or tak peduli sedikitpun. Sebab mereka tak akan percaya bahawa that is the real Jesus sebab dah terlalu banyak Jesus look a like yang lain sebelum tu. 


...


1 thing about IMAN is not just only about trust jer or percaya sahaja tapi sebaliknya ia adalah tentang penyerahan diri sepenuhnya kepada apa yang kita percaya.




...




Islam ialah antara agama yang terbanyak bilangan penganutnya di dunia. Tapi antara banyaknya penganut Islam tu berapa banyak yang tahu cara sembahnyang? Dan antara yang tahu sembahyang tu pulak berapa banyak yang sembahyang? Dan dalam yang bersembahyang tu pulak ada berapa yang tahu kenapa dia sembahyang? Yap tak terlupa dalam banyak-banyak umat Islam satu dunia tu berapa ramai pula yang sekadar sembahyang seminggu sekali waktu Jumaat or sekali setahun masa sembahyang Raya Aidilfitri jer? 

Dan bila salah seorang dari mereka itu keluar dari Islam dan menyebar keburukan Islam: tentang lelaki yang berkhayal terbang ke angkasa dan mengahwini kanak-kanak perempuan berumur 9 tahun lalu semua penganut Islam yang hanya sembahyang seminggu sekali or setahun sekali itu pun mengamuk sana sini.








Sedangkan yang keluar itu sekadar Islam pada nama sahaja dan sembahyang entah ada sekali setahun dan tanpa tahu tujuan sebenar dia sembahyang. Hmmm

Wednesday, December 14, 2011

Tempat Jumpa Tuhan

Di negara-negara barat yang maju, agama adalah satu entiti yang cukup terasing dengan gaya hidup sehingga banyak rumah-rumah keagamaan terutamanya gereja ditinggalkan. Disebabkan ramai yang dah tak nak pergi lagi ke gereja-gereja ni so banyaklah gereja-gereja yang kosong di barat dan ia terpaksa dibangunkan semula untuk tujuan lain cam dijadikan, perpustakaan, muzium, kelab malam etc daripada dibiarkan kosong terus. 


Realitinya pun tak jauh beza jer ngan tempat kita. Walaupun Islam adalah agama rasmi dan Melayu tu antara majoriti utama tapi Islam hampir menjadi agama yang dipisahkan dengan cara hidup masyarakat. Tanya pada orang-orang Melayu sekarang ni then ada yang sembahyang setahun sekali jer masa hari raya Aidilfitri or ada yang just seminggu sekali jer yang datang masjid. Itu belum lagi masuk mereka yang bising-bising bila tau ada sausage yang guna usus babi, or tengok minah pakai tudung pegang babi etc lagi. 

Aku tak ar kata yang aku ni Islamic sangat. Kadang kala dalam 5 waktu tu pun ada gak yang termiss. Kalu jalan-jalan then ada masa memang tertinggal sebab itu ini. Tapi most of the time aku memang akan sedaya upaya nak gak mesti buat solat kalau dah masuk waktu. Kalau selagi tak buat then rasa dalam hati rasa gelisah jer. 





Bagi aku kalau fizikal kita perlukan makanan then rohani kita juga perlukan makanan gak. So it unfair kalau aku bagi fizikal aku terlebih makan tapi biarkan rohani aku lapar tanpa sebarang makanan ar. Tapi seperti mana aku ada bagi benda tak berkhasiat untok fizikal aku so aku ada masa gak terbagi benda yang tak berfaedah untok rohani aku.











...












Sebenarnya perkara aku nak share dalam post kali ni ialah tentang surau-surau terdapat kat Malaysia hari ni or lebih specifiknya yang terdapat dalam shopping-shopping complex hari ni. 

Yap, memang ar kita tak datang ke shopping complex nak sembahyang tapi sebaliknya nak shopping barang. Cuma secara kebetulan waktu tu dah masuk waktu solat dan korang plak jenis yang tak nak terlepas waktu solat then korang terpaksa gak cari surau dalam mall tu kan?Dan sejauh mana keadaan surau yang terdapat di mall-mall di Malaysia pada pandangan korang?

Aku tadi baru balik dari Sungai Wang Plaza dan aku nak perform Zohor so aku tanya ar kaunter pertanyaan situ. Dan setelah aku almost sesat nak carik tempat yang dia nyatakan then aku jumpa. Alhamdulillah keadaannya better ar dari tempat-tempat lain.

Sebab previous day before aku gi Central Market then waktu tu Asar 1/2 jam lagi nak tamat so aku ikut ar sign surau dalam tu then lastly aku dibawa ke satu tempat yang jauh dan terasing. Suraunya agak daif (walaupun ada feel nostalgic dan photogenic) dan berada pada ruang luar atas Cenral Market. 











Memanglah it not fair tapi at least biarlah ada usaha nak menjadikan surau yang bagi most of as tak penting tu kalau tak sama cantik at least cantiklah sama taraf ngan mall tu. Sebab as aku dengar dan baca ada mall yang cukup hebat di Malaysia ni tapi jadikan ruang bawah tangga as surau. Then apa pandangan orang bukan Islam or pelancong Islam dari negara luar terhadap negara yang bertunjangkan Islam ni?















Tapi it better punya surau daif tapi masih dikunjungi daripada masjid cantik berjuta-juta ringgit tapi kosong kan?

Saturday, September 3, 2011

Orang Melaya

Few years ago, few of my family members dari Johor datang ke Sarawak untok majlis resepsi kahwin Uda. So satu part ni one of the local guy sana bercakap ngan cousin aku ni so aku kata ngan diaorang dalam dialek Melayu Sarawak "Sik nya tauk apa dikelakar kitakorang ya sebab nya Orang Melaya" aka in translationnya berbunyi dia tak akan faham apa yang korang cakapkan sebab dia 'Orang Melaya'. So cousin aku dengan curious cakap yang 'Orang Melaya' ialah istilah yang digunakan untuk mengutuk orang dari Semenanjung. Wakaka


Realiti sebenarnya ialah 'Orang Melaya' ni merujuk kepada orang dari Semenanjung. Aku tak tahu asal usulnya dari mana. Mungkin berasal dari Tanah Melayu ----> Malaya -----> Orang Melaya. Kira sama cam  istilah Harimau Malaya yang mostly Sabah-Sarawak kurang setuju sebab it seems cam ia lebih merujuk kepada perjuangan bola sepak di Semenanjung Malaysia sahaja tanpa include geng Borneo sekali. Or apa salah kalau just guna Harimau Malaysia etc ker?

Or sama cam sambutan kemerdekaan Malaysia yang ke-54 tahun sedangkan 54 tahun dahulu Malaysia belum wujud lagi then macam mana nak sambut kemerdekaan one thing yang belum wujud. Sedangkan usia Malaysia baru je sekitar 48 tahun. Or bila ada aktivis poser yang kuar statement 'Sabah Sarawak menyertai Malaysia' tapi persoalannya cam mana Sabah dan Sarawak nak menyertai Malaysia yang technicallynya belum lagi wujud before 1963? Realitinya Sabah dan Sarawak dan Tanah Melayu dan Singapuralah yang membentuk gagasan Persekutuan Malaysia. 





Aku dah start melalut jauh.








Kadang-kadang Laut China Selatan yang tak seberapa nak besar tu bagi jurang yang a bit besar pada penduduk di west and east Malaysia ni. Semasa aku belajar di Selangor dulu, dapat lihat dengan jelas wujud certain golongan masyarakat yang punya mentaliti dan perspektif yang kurang best terhadap kumpulan masyarakat dari Sabah dan Sarawak. Dari sekecik-kecik issue yang sound quite lawak sehingga issue-issue besar yang sangat menyedihkan.

Ada yang kuar statement kata Sarawakian ni still hidup atas pokok or dalam gua then pakai cawat dan sangat jakun tengok bangunan tinggi kat KL kedian berak gali lubang kat tanah etc. Or worst kata Sabah Sarawak menumpang kekayaan dari Semenanjung bla-bla-bla yang aku sendiri pun sangat tak suka nak tulis sebab ia sangat menyakitkan hati. 

Ada kawan yang sangat sakit hati ngan kumpulan manusia tu. Aku plak x layan sangat sebab aku tahu kumpulan tu biasanya memang dari jenis yang x betul sangat pun. Cuma dari effect jangka masa panjang  terhadap kesejahteraan Malaysia memang tak best ar terutama kalu mereka leh recruit lebih banyak lagi team sehaluan. Hmmmm...











...





Tadi keluar beraya di rumah kawan Uda: seorang lelaki dari Perak yang berkahwin dengan wanita dari Sarawak. Then dia bawak Adam sambil kata "Datoknya dari Sarawak kahwen dengan orang Johor yang anak mereka kahwin dengan orang Selangor. Memang dah banyak campur-campur budak ni..."
















Kadang-kadang aku keluar, orang akan keliru apa bangsa aku or dari mana aku asal. Bagi aku, aku ialah rakyat Malaysia tanpa peduli apa bangsa or dari mana aku berasal. So tak terlalu awal untuk aku wish SELAMAT HARI MALAYSIA kan?

Thursday, September 1, 2011

Forget & Forgive

Aku masih ingat lagi setahun yang lepas. Aku tunggu depan rumah kau almost or may be lebih dari setengah jam. Dah berapa batang rokok dah masok paru-paru aku malam tu. Lastly kau keluar tanpa nak mintak maaf or try to explain apa yang menjadi punca kelambatan kau tu. Kau panggil aku masuk rumah cam tu jer dari jauh. Then bila aku masuk rerupanya sebab kau lambat ialah kau tengah layan kawan-kawan kau membuatkan aku berfikir: aku ni siapa?. Dan sepanjang tempoh tu aku je yang terhegeh-hegeh nak join 'the group' tapi kau pulak try to create the gap.


And suddenly kau boleh jemput aku datang lagi rumah kau tahun ni? 





















Aku mungkin dah maafkan semua SHIT things that you did to me before tapi aku tak mungkin akan lupa semua benda tu.. sampai bila-bila..

























Hmmmm...

Monday, August 29, 2011

Salam Raya & Kemerdekaan


&

















But still aku sedang bersedih atas pemergian Kuning the cat. Hmmm

Monday, August 22, 2011

Suram & Muram

Aku seorang lelaki yang sangat suka color gelap, kelam, suram, muram etc. Tengok jer blog aku yang dipenuhi warna hitam. Even in real life aku punya banyak baju dan barang-barang yang berwarna hitam, kelabu, biru tua, unggu, hitam lagi etc. Warrna-warna yang terlalu ceria or terang-terang seems sangat tak match with my mood. May be that why dalam previous blog aku kuarkan issues blog terang yang menyakitkan mata dan sanubari aku.. Wakaka..


Emak aku pernah persoalkan yang pemilihan warna pada pakaian aku sangat muram. It seems to her pemilihan warna aku cam orang tua plak. Even tho aku sangat suka gaya vintage tapi naa, Im not that old laa. Bak kata sorang psikologi kata warna yang sering kita guna aka warna yang kita rasa sebati dengan diri kita akan represent siapa diri kita. For example: seorang yang 'hitam' ialah seorang yang friendly, a bit rigid, lurus  bla bla bla..

...

Tadi siang aku pi temankan aunt aku shopping raya. Yap, korang tak salah baca. Terlalu banyak tempat yang kami singgah dan banyak gak barang yang aunt aku beli. Dan aku bertindak as kelindan dan tukang bawak barang je ar. Tapi the end of the session dia kuar statament nak belikan baju raya untuk aku.

Duh..

Aku baru je plan x nak ada baju baru tahun ni. Memula aku x nak ar tapi kedian dia paksa gak. So bermula lah episode kami pergi satu ke satu shopping complex dan butik-butik pilih baju raya. 


Tapi sebelum tu aku ni jenis yang sangat pemilih terutama bab baju. Orang sangat boleh jadi gila kalau ikut aku pilih baju. Sebab tu selalunya bila aku nak shopping baju aku akan pergi sesorang jer tapi kalau pergi tempat lain leh ajak kekawan. Aku kalau shopping baju akan ambik masa try baju, pusing-pusing, try lagi baju lain, then pusing semula try baju yang awal tadi lagi..




Dan masalah hari ni tadi bila most semua tempat baju yang ada semuanya warna-warna yang ceria.. Bukan warna aku...












So aku rasa aunt aku a bit menyesal kot sebab it takes masa jauh lebih lama berbanding dia beli baju sendiri..
















Last-last aku pilih satu baju. Itupun sebab aku dah kesian aunt aku keletihan jalan jauh-jauh, kuar masuk shopping complex, naik turun tangga, tunggu aku luar fitting room lagi. 










Buat pertama kali aku ada baju raya pasang siap (sebelum ni upah orang lain jahit) dan berwarna ceria. Warna apa? Warna aku guna dalam pic kali ni.















Hmmmmm..

Monday, August 8, 2011

Baju Raya

Gosh aku rasa sangat malas nak menekan-nekan punat pada keyboard labtop komputer sepanjang Ramadhan ni. (But still aku leh main game plus menyiapkan salah satu tessis master tu) Aku lebih refer untuk berbaring dalam bilik sambil menyerap kesejukkan lantai. Tapi Ramadhan bukan masa bermalas-malas. So dalam tempoh minggu pertama aku jalani kehidupan yang sama gak include ambik niece-nephew balik sekolah, gi kebun tebang pokok hutan etc. Hmmmm...


Hari ni tadi aku ke bandar Kuching. Matlamat asal just nak photostate beberapa dokumen ni. Tapi bila selesai rasa cam sangat cepat berlalu so takan ar terus nak balik. Dan kebetulan plak aku tertengok ada fishtail iklan rebate until 90% discount buku kat Popular. So pergi je ar. Kot-kot jumpa buku best-best ker. 

Yap, bila masok Popular Book Store kat Tun Jugah tu memang jadi rambang mata. Aku syak kedai tu dah nak tutop so sebab tu ia buat clearance sale yang terlampau-lampau. Ada novel tu discount sampai jadi RM3 lebih jer. So hours ar aku dalam tu tapi last-last beli 2 buah buku sekaligus menjadikan dalam tempoh sebulan ni aku dah beli 4 buah buku yang 3 darinya aku belum sentuh lagi. Hmmm..

Turun dari escalator plak melimpasi area baju. Dan tertarik plak ngan satu baju ni. Try beberapa helai, then tengok sale 50%. So rembat ar satu baju East Indian Company nih yang sebijik leh jadi cam Baju Melayu sekaligus leh jadi baju raya aku.. Wakaka..


...


Fikir-fikir balik dah lama aku tak ada Baju Melayu baru nih. Rasanya masa masok form 6 emak dah tak buat lagi Baju Melayu untuk aku. Sepanjang zaman universiti pun ada 1 pasang sebab family angkat dari Kelantan bagi kain Baju Melayu. Kalau tak then jangan harap aku akan ada Baju Melayu. Kedian Baju Melayu aku yang terakhir sekali ialah Baju Melayu untuk majlis resepsi Uda. Dan kebetulan waktu tu aku jadi pengapit. It was in 2008.




Aku sejujornya suka pada Baju Melayu tapi aku sangat-sangat jarang pakai Baju Melayu. It seems aku cuma pakai masa hari raya or kalau ada kematian jer. Sembahyang Jumaat pun dah jarang nak pakai Baju Melayu.  









Sayangkan kalau budaya yang ada pada pakaian tu hilang as masa berlalu.. 












hmmmmm

Monday, September 13, 2010

Isteri

Last few day 3 kawan datang beraya with their couple. Semalam plak kuar ber-RAYA with kekawan sama belajar di UKM dulu yang sorangnya dah kahwen, sorang almost nak kahwen dan sorang lagi in couple. So most of the day, kami akan menyakat kawan yang nak kahwen tu or mereka akan menyakat balik aku: supaya cepat2 carik couple then leh join group mereka kelak. Hmmm...


So start r si kawan yang nak kahwen ni kata yang aku nih cukup pemilih then sebab tu r sampai sekarang masih solo and sendirian berhad jer. Habis tu, x kan r aku just tarik mana-mana perempuan yang aku jumpa kat pasar malam then terus ajak kawen je r kan? Kawen ini cam hidup mati. Kita ni hidup sekali then mati sekali so kahwen tu biar je r sekali (ayat dalam cerita Kuch-Kuch Hota Hei)

So biar aku bwat senarai ciri-ciri wanita idaman aku yang aku nak jadikan isteri then korang sendiri decide either aku ni pemilih or x. Tapi before tu aku akan bahagikan kepada 2 bahagian:


1) DREAM WIFE
Aku suka girl yang berambut panjang, original curl (x maen r jenis lurus guna seterika) pasal rambut berombak ni seksi, ketinggian sederhana, badan x nak r kurus sangat: chubby2 sikit dah woke r, kulit x nak yang pucat, suka yang banyak cakap, selalu pakai flannel sebab girl in flannel r always hot then pakai lagi beg silang: memang damn hot, x suka yang muka 1 inchi make up: kecantikan tanpa make up r better, bukan gedik, bukan mangsa fashion, bukan puteri lilin, bukan tangan licin : x mahu bwat apa2 kerja etc.

Then kalu lepas kawen, musti type 'pengguna active' so kami (aku dan dia r) bukan hanya 'menikmati saat gembira' kat katil jer even kat dapur, toilet, bilik mandi, dapur, dalam stor, dalam kereta dan kat mana-mana pun all day long. Hmmm..


Tapi disebabkan si gadis ni berada pada tahap DREAM WIFE jer then ia ditakdirkan untuk berada dalam mimpi jer. Kalu wujud tu memang fantasi masturbasi je r.. 



2) REALITY WIFE
Aku x mahu seorang isteri hanya kerana kecantikan paras rupanya atau kerana hartanya. Then aku x peduli pun kalu dia x sempurna kerana aku tahu bahawa kesempurnaan itu hanya milik ALLAH sahaja. Aku mahukan seorang isteri yang ada agama. Aku mahu isteri yang akan merapatkan aku kepada ALLAH. Seorang isteri yang kami akan saling tegur menegur, saling nasihat menasihati sekiranya kami lalai dan terlupa dan saling belajar untuk mendekatkan diri kepada Maha Pencipta. 

Aku mahu seorang isteri yang akan menjadi sahabat kepada aku. 

Aku mahu seorang isteri yang akan menjadi kekuatan kepada aku dan aku akan jadi kekuatan kepada dia.

Dan aku kekal berada bersamanya selama Tuhan mahu aku bersamanya..






Lalu aku juga mahukan seorang wanita yang mahukan suami bukan kerana parasnya, hartanya tetapi kerana agamanya.



...



Mungkin selama ini aku telah menutup pintu hati untuk menerima CINTA tapi berfikir: Siapa aku untuk menentang ketentuan-Nya dengan menolak wanita yang telah menerima satu bahagian dari rusuk kiri aku? Jadi aku di sini, menunggu kehadirannya.












So, kamu. Adakah aku seorang yang pemilih atau aku memang berhak untuk memilih?
  

Pilih Kawan

Entah kenapa aku masih lagi x dapat lari dari 1 issue ni. Issue yang aku sangat x tahu kenapa people asyik nak hukum aku by that way walaupun aku yakin aku x buat. Then mulut tempayan dapat r aku tutop tapi kalu mulut orang and pemikiran mereka cam ne aku nak kawal rite? People asyik2 kata yang aku ni kaki pilih kawan.. Hmmmm...


Mereka keep saying yang aku hanya akan kuar ngan orang-orang tertentu jer: orang2 yang sama 'bulu' or ada 'kelas' ngan aku jer. Ngan others plak aku akan reject. Then aku tanya balik: ko pernah tengok ngan sapa aku berkawan ke? Aku berkawan ngan semua orang yang nak berkawan ngan aku r.









































Then bila part aku kuar raya ngan kumpulan kawan-kawan tertentu bukan sebab aku pilih mereka tapi sebab mereka yang ajak aku kuar bersungguh-sungguh. Bukan macam ko: ajak-ajak ayam, or x da perancangan susulan or paling suck: korang nak kuar ngan aku tapi korang just simpan niat korang dalam hati jer then mengata belakang2. Hmmmm...

Sunday, August 8, 2010

Re-Schedule RAMADHAN

RAMADHAN ialah bulan yang paling aku nanti2kan dalam tempoh setahun. Betapa kedatangan RAMADHAN dah start terasa 2 bulan sebelum RAMADHAN lagi bwat aku try nak puasa sunat sepanjang REJAB & SYA'BAN. Sekarang it just around the corner. Sebab RAMADHAN ialah bulan mulia umat ISLAM yang dijanjikan oleh ALLAH SWT ngan banyak PAHALA yang melimpah ruah. So sangat rugi bagi orang yang x merebut peluang ni dan sangat terkutuk bagi orang yang rasa RAMADHAN ialah bulan yang membebankan. Hmmmm..


It seems everything seperti dah dirancang.Tuhan meletakkan aku pada 1 perancangan yang aku sendiri x tahu endingnya. Cukup pasti aku berjalan pada laluan yang dah ditentukan olehNya. Banyak events2 tersirat yang seterusnya membawa aku lebih dekat kepadaNya. Mungkin Dia telah memberikan aku Nur Hidayah disebalik segala2nya. Mahukan aku duduk lebih erat di sisiNya. Mahu aku sedar bahawa Dia sentiasa dekat pada aku. Malah ngan hidup as penanggur sekarang ni aku boleh fokus lebih kepada Dia.

Dan berikut ialah plan and janji2 aku pada diri untuk memastikan bahawa RAMADHAN kali ni x kan berakher ngan kegagalan sebaliknya akan jadi permulaan RAMADHAN yang paling berjaya dalam hidup aku. InsyaALLAH..

1. No more outing, happy hour, movie-nite, lepak2, quality time at Mc-D or what ever nama seangkatan sekalipun yang digunakan untuk keluar malam lagi. Yap, I did promised to some fellow friends akan berbukak puasa sesama but lepas makan sikit semayang MAGHRIB dulu baru sambong makan. Hmmmm...

2. No more smoking, blue-ing or what ever gejala kurang sihat yang berakhir ngan -ing. Ya..ya..ya... including masturbating, dildo-ing, fucking, licking, cumming, deep throat-ing in car, public toilet or bla bla blaa..
.
3. Each nite after MAGHRIB then baca YAASIN sehingga ISYAK guna masa untok tamatkan pembacaan AL-QURAN sepanjang RAMADHAN ni.

4. Semayang 5 waktu jangan perlambat2kan. Banyakkan solat sunat gak.

5. Meninggalkan larangan or perkara yang boleh membawa kepada kurangnya pahala puasa dan mengamalkan perkara sunat yang boleh menambahkan pahala puasa.







Tak nak r janji banyak2 tapi last2 x menjadi. So korang itu ini tolong bagi bantuan ek..!! Aku sangat2 wishing RAMADHAN ni akan jadi sangat2 berjaya. Wassalamu






p/s: Based on pengalaman RAMADHAN silam, biasanya sepanjang bulan ni aku akan cepat MOODY n tahap KESABARAN aku sangat tipis then jangan carik pasal ngan aku r. Antara perkara yang paling bwat aku sakit hati ialah bila korang maen lagu RAYA pasal it seems korang sangat2 x sabar RAMADHAN ni nak berakher. Sedangkan aku wishing sesanggat agar RAMADHAN ni akan kekal sepanjang tahun. Hmmm

Thursday, August 5, 2010

Soto

SOTO mesti ada sup (ayam or daging) plus ada nasi himpit or mee plus daging ayam goreng yang dicarik-carik, daun sup, bawang goreng, laksa dawai yang digoreng then lastly kalu nak pedas musti letak kicap bercili. Kelazatan SOTO yang x da tandingan. Hmmm..



Semalam birthday my NIECE & NEPHEW then ANGAH aka emak dia aka kakak aku masak SOTO AYAM untok mereka. Dah lama rasanya x layan SOTO ni. Last time rasanya masa OPEN HOUSE RAYA kat rumah sorang kawan ni. Tapi rasa SOTO dia x ori sangat. Mungkin banyak sangat unsur2 moden kot.  Or pasal mak dia Chinese kot. Pasal kalu ANGAH dan EMAK yang masak then baru terasa sup yang sangat BEST tak terkata.

Teringat masa kecik dulu2 kalu balik JOHOR kat rumah ARWAH MAK LONG kat BELAHAN TAMPUK yang mostlynya masa RAYA HAJI aka kebetolan hari birthday ANGAH dalam tahun Islam then mereka akan masak SOTO. Memang sedap ngan meriah suasana rumah penoh ngan sedara mara yang still kecil n aktif masa tu. Hmmmm...






Sangat sedap benda nama SOTO ni. Lebih sedap dari BAKSO ataupon SOHO.. Hmmmm

Saturday, October 4, 2008

RAYA

oh la la Raya @ mynameisnazir.blogspot.com

Entah apsal raya tahon ni sangat2 kureng best (mcm r rraya tahon seblom ni best sangat pon). Mungkin pasal Uda x balik then mood emak pon x ada sekali (udakan anak kesayangan mak), may b gak pasal pada 8hb ni bapak aku operate, or may b pasal aku dah besar (then x akan dapat ang pow lagi)

Even start raya lagi feelnyer langsong x ada. Mungkin gak kkata kkawan yg dulu kan kami ni jadi perantauan at least raya akan ada feel masa nak beli tiket balik, dengar lagu etc. mmg r masa 2 jer yg akan terasa raya tapi then bila d rumah as usual teros boring.

Mungkin pasal biler raya ni kena kemas rumah, kena buat itu buat ini, then kena layan budak2 yg datang ke rumah yg haram jadah sorang pon x kenal. Perangai jangan r cakap bukan maen nakal lagi. Itu beloom lagi kes semalam datang then hari ni datang lagi semata2 nak dapatkan ang pow.

Then raya ketiga as been planed b4 aku dan kkawan gi r jalan2 di hari raye yg ke3. Ada r beberapa rumah kawan. Setiap rumah at least stengah jam gak r. dari pagi sampai malam. Cerita itu cerita ini. Ada kawan yg dah kerja. Ada kawan yg stahun lagi kat U. ada yg kena x-tend. Ada yg dah kawen. Ada yg dah ada baby. Ada yg dah kuros. Ada yg dah gemok. Ada perangai masih sama. Ada yg dah berubah.

(gambar atas ni n atas skali ni amik masa nak gi rumah sorang kawan ni r. area BAKO. terpaksa lalui sungai yg agak besar ngan perahu yg kecil. nervous gak r. maunya x pasal sungai ni famous gak r ngan BUAYA)
(gambar kanan rombongan kereta aku yg bawak. diaorg asyik cakap yg aku bawak bahaya. then aku kata uda aku bawak lebeh terok dr aku. plus angah aku bawak double terok dr uda aku)
(gambar kiri masa gi rumah kawan yg dah kawen: paling atas kiri n husband bawak kiri. Gambar kanan plak kereta Laila yg agak sluw muhsin)
(ni rombongan ngan ahli terakher. Mizz Sumie aka minah yg kami datang rumah dia jam 7 pm, dia br jer bangon tidor dr malam.. Huuu)

Raya ke 5 layan Kami The Movie ngan kkawan. Review check kat friendster aku.

Raya ke 6 plak sekali lagi keluar ngan kkawan lain. still makin banyak info baru yg ada best plus yg kureng. Kerja kilang. mengajar sekolah lama. cikgu dibenci dah pakai tudong. Jiran bunoh diri b4 raya. Masa berubah so manusia pon berubah lah. Bila nak amik gambar ttiba kamera bwat pasal plak..