Showing posts with label musuh. Show all posts
Showing posts with label musuh. Show all posts

Saturday, April 6, 2013

Politik Lucah

Waktu aku universiti dulu ada sorang mamat ni entah apsal dia sangat tak suka aku. Kalau aku jalan then 5 meter depan tu dia ada then kita leh nampak mulut dia terkumat kamit. Kalau dia berada kat Salem, Massachussetts then pasti dia dah kena tangkap atas tuduhan witchcraft. Rerupanya bila dah dekat then dia tengah sumpah seranah aku. Reaksi aku waktu tu: Senyum menggada-ngada (cam bandboy K-Pop) sambil lambai-lambai dan matlamat aku buat dia bertambah sakit hati berjaya.


Aku sangat-sangat tak tahu kenapa dia tak suka aku. Asyik-asyik dia kata yang aku ni rosak, bagi influence buruk pada orang lain etc then dia sumpah seranah aku depan-depan. Even kalau dia bertembung ngan aku ngan kawan dia then depan-depan aku dengan suara kuat dia bagitahu benda-benda buruk tentang aku pada si kawan tu. Dan sekali lagi aku buat reaksi yang sama.

Mamat tu orang Kelantan tapi tahap Islamik dia cam mangsa-mangsa dalam series Tanah Kubur kat Astro Oasis tu ar. Oppss...

Satu malam ni masa aku tahun akhir then ada sorang kawan ni masok bilik aku dan mintak maaf betul-betul pada sebab selama ni dia dan si mamat tu mengata buruk tentang aku. Kesedaran tu berlaku pada dia bila si mamat tu pun mengata buruk tentang dia kat orang lain.









Kesimpulan cerita ni tadi: Mamat tu menggata buruk tentang aku dengan matlamat agar orang lain benci aku dan dalam masa sama suka lebih kat dia. Tapi realitinya kita cukup yakin yang orang yang share cerita buruk tentang orang lain tu sah-sah bukan orang baik. Kan...?











Pilihanraya dah dekat. Waktu ni ar semua benda-benda buruk tentang pemimpin itu ini keluar. Video lucah pun dah jadi cam benda biasa. Dicanang sana sini buat tontonan rakyat tanpa mengira usia. Seriusly: kalau matlamat nak sebar keburukkan orang lain tu ngan matlamat orang tak akan undi individu or parti tu dan dalam masa sama akan pangkah kat parti yang menyebar then ia adalah anggapan yang salah ar. Hmmmm





Kerajaan yang baik ialah kerajaan yang membenarkan rakyatnya berfikir dan bukan menentukan apa yang boleh rakyat fikir sebagai baik dan tidak. Hmmmm..

Monday, February 25, 2013

Hutang

Ada pepatah kata "Orang yang memberi hutang ialah orang yang baik tapi orang yang membayar hutang adalah orang lebih baik.." Sebab seingat aku setiap orang yang nak pinjam duit dari aku punya ar muka penuh manis ngan kata-kata terindah etc. Aku tolong jer ar sebab masa tu aku ada duit lebih tapi masalahnya bila aku perlu duit dan mereka dah ada kerja tetap dan aku nak mintak balik duit aku so waktu tu ar muka masam, buat tak kenal, blok FACEBOOK pemacam. 

Sebab tu aku tak pernah lagi jumpa 'orang yang lebih baik' sebab tak ada lagi yang mahu bayar hutang. Hmmm..






Hmmmm

Tuesday, November 13, 2012

An Indian Guy & Me

(this post might sound racist tapi percayalah yang aku seorang yang anti racist dan India dalam post ni merujuk kepada masyarakat India Malaysia that include yang beragama Islam, Hindu atau masyarakat Sikh)
 
Waktu aku mula-mula sampai kat UKM dulu then as usual bebudak Semenanjung yang tipikal akan kata Sarawakians akan sangat cultural shock tengok bangunan-bangunan di Semenanjung tinggi-tinggi as mereka fikir orang Sarawak still duduk kat rumah panjang (or atas pokok), cawat ialah pakaian rasmi dan kiri kanan still hutan tebal. What the F rite tapi aku memang ada 1 cultural shock masa tu: terlalu banyak orang India. Wakaka..


Sarawak mempunyai populasi masyarakat India yang cukup kecil. But still kat Kuching jer ada India Street, Masjid India, beberapa kuil Hindu dan sebuah kuil Sikh. Even aku pernah sekali masa Thaipussam tertembong ar marching mereka yang sangat banyak buat aku persoalkan: mana mereka bersembunyi selama ni? Sebab kalau korang gi Sarawak then kebarangkalian untuk korang jumpa an Indian sangat kecil tau (melainkan korang gi India Street) sama cam kebarangkalian untuk korang jumpa burung kenyalang liar kat Sarawak. Yaa, aku hanya pernah tengok kenyalang liar kat Bangi dan Kuantan jer pun. Hmmm..

Malah masyarakat India di Sarawak pun rasanya dah berasimilasi dengan budaya Sarawak. Contoh masa aku jadi penceramah PLKN last year ada sorang mamat India dari Sarawak ni. Jangan katakan budaya even bahasa tamil pun dia tak tahu. Dia hanya cakap dialek Melayu Sarawak jer. Hmmm...

So bila aku belajar kat Bandar Baru Bangi (yang lebih dekat ngan Kajang berbanding Bangi) then populasi masyarakat India dalam life aku bertambah mendadak. Lebih-lebih lagi Kajang seems like little India ar. Aku kenal beberapa rakan India dan budaya mereka. Yap, tarian ialah a part of their life dan mereka masih kuat mengamalkan budaya tradisonal mereka kecuali budak English Language Study dan Literature In English yang lebih modern and open. 



...




Tahun lepas ialah tempoh aku agak kureng ngan masyarakat India (tak ar semua) bila ada 2 orang senior  India tempat kerja aku ni sangat maniacly tak suka aku tanpa aku tahu sebab kenapa. Even bebudak-bebudak lain pun kata benda yang sama. Dia marah and malukan aku depan pekerja & customer, dia mengapi-apikan aku depan bos etc. Dan next to mall aku kerja tu lak ada kedai mamak yang aku kekadang akan makan kat situ. As bebudak kata yang may be senior tu dah berkomplot ngan mapley tu kot sebab bila aku datang situ: mereka x layan aku bila aku nak order, order aku sangat lambat sampai, bila dah sampai then makanan yang salah. 

Sehingga sorang budak situ kata: may be kelahiran aku sebelum ni aku ialah musuh kepada masyarakat India or senior tu pernah ada classmate masa sekolah dulu yang buat dia teringat kat aku. Dia sangat benci mamat tu sebab dia disukai cikgu dan semua pelajar, selalu kena puji etc sehingga walau betapa bijak or betul si senior tu still mamat yang cam muka aku tu akan dipilih oleh cikgu. Gosh, jauhnya imaginasi kan?


Tapi sejujornya aku x menyerang seluruh masyarakat India hanya sebab tindakan dia. Aku hanya serang dia as an individu. Sebab aku tahu baik or jahat tu ada dalam diri setiap individu yang kira apa kepercayaan or warna kulit mereka. Aku hanya bersimpati sebab dia punya pengalaman hitam as kanak-kanak yang akhirnya membentuk dirinya yang cukup menyedihkan as hari ni. Hmmm..












Selamat hari Devali.

Friday, June 29, 2012

Bully

My 10 years old nephew yang aku panggil as 'abang' semalam ada bagitahu yang dia dan kawan dia aka jiran sebelah rumah ternampak guru besar menangkap senior yang ponteng kelas. Disebabkan menjadi saksi secara kebetulan then senior tu pun ugot ar lepas ni kalu diaorang ternampak nephew aku then dia akan mengapa-apakan dia berdua ar. So nephew aku ni apa lagi terus cuak x nak gi kelas petang tu dan x nak main luar rumah langsung. Hmmmm..


Uda aka abang atas aku selalu cerita waktu dia sekolah rendah dulu kalau ada sesapa yang cuba or dah pernah buli dia then mereka x akan selamat sebab Angah aka kakak aku yang brutal akan buli balik or gaduh ngan mamat-mamat tu. Tapi aku x berkesempatan melalui era tu ar sebab beza usia aku dan Angah agak jauh. Then aku hanya bersama ngan Uda kat sekolah rendah untuk 3 tahun jer.

Walaupun hard disc memory otak aku tak cukup kuat tapi still aku yakin x ada apa-apa yang tak best berlaku sepanjang tempoh 3 tahun tu. Bukan sebab ada Uda as protector tapi mungkin disebabkan zaman tu manusia masih baik-baik lagi kot. Plus aku x ingat sangat pun kewujudan Uda pada masa sekolah rendah melainkan satu hari Jumaat masa darjah 2, Uda tunggu aku luar kelas before balik rumah sesama then bila kelas terakhir tamat Uda ikat tali kasut aku. Itu jer memori aku yang berbaki.

By the way, kembali kepada topik. Hanya waktu darjah 4 jer aku ingat kes buli berlaku. Entah ar, darjah 4 ni buat perangai manusia pelik-pelik. Budak kelas kami dah start berjudi guna game pemadam (pemadam yang tindih pemadam lain akan menang dan akan owning pemadam yang kalah), budak kelas ponteng sekolah dan jumpa hisap rokok kat bawah jambatan, dalam hati start ada projek tamanan bunga dan paling utama sorang mamat gemok bernama David Ong iaitu kaki buli among class members.

Waktu aku sekolah rendah dulu aku seorang yang kecik, kurus dan pendek (family aku selalu kata diaorang x expect aku leh tinggi cam hari nih) so apa lagi bagi David Ong tu pulak gemuk dan besar akan membuli sesapa sahaja yang ia suka. Dia suka rampas barang orang, dia suka tolak orang, dia suka menghuru harakan hidup orang. Dan lebih suck dia sama kelas ngan aku tapi good partnya aku bukanlah fokus utama dia.

Hujung darjah 4 aku pindah ke Kuching dan form 6 aku balik semula ke sana (Sarikei) dan aku bernasib baik sebab aku terjumpa dia dan lebih bernasib baik sebab dia tak kenal aku lagi.Guess what happen to him? Bertambah gemuk dan jadi penyanggak. That what happens to kaki buli sekolah. 








Puncanya:
Parents bermasaalah-effect keluarga-anak kurang kaseh sayang-buli orang lain-last-last penyanggak.

So aku blame parents yang buat anak jer tahu tapi membesarkan anak fail.















Then korang tanya what happens to me yang bekas kaki buli tu? Pun gemok gak.. wakaka

Friday, January 20, 2012

Lelaki Mulot Jahat

Korang mesti pernah jumpa 'kawan' yang sangat enjoy share keburukan orang lain depan korang. Dan korang yang sangat yakin plak bertambah syok ar dengar cerita itu ini tentang dia yang kebetolan ko pun sekali tak suka. But suddenly entah apsal satu hari korang terdengar cerita dari mulot orang bagitahu yang perangai ko pulak itu ini then bila ko kaji-kaji rerupanya ia berpunca dari mulot si 'kawan' tu tadi. Rerupanya dia juga enjoy share setiap keburukan ko di depan orang lain gak.. Hmmmm.. Kawanlah tu.


Ada ar sorang mamat ni, aku kenal beberapa tahun lalu. Aku memula just kenal cam tu je ngan dia. Kedian dia start ajak keluar, lepak sana sini etc then kami start rapat. Sebenarnya dia okey jer sebab dia pun ada kegilaan dan kongsi minat yang sama ngan aku so dalam masa sekejap jer kami dah leh mesra. Dan aku ni pulak jenis yang tak pernah fikir panjang bila berkawan ngans sesapa ar so everything went smooth ar..

Sehingga ar satu hari tu terserempak ngan korang kawan yang dah lama x jumpa then kebetolan mamat tu kenal plak ngan kawan aku tu tadi. Dan start ar dia cerita benda yang buat aku tergamam ar sangat-sangat. Bukan sebab cerita keburukan kawan lama aku yang buat aku tergamam tapi word jahat dari mulot tu yang buat aku shock. 

Kedian lama lepas tu dalam borak-borak aku terungkit tentang x-awek dia yang kebetolan pun kawan aku jugak. Dan sekali lagi mulot dia share semua benda yang tak best telinga mendengar dan tak best lagi bahu yang memikulnya. 










Zaman bercinta bukan main terbaek lagi tapi bila dah break then semuanya burok-burok. X leh ke just simpan dalam hati jer semua keburukan tu. Semua orang tak ada yang sempurna ar. Sama gak bab berkawan, aku ni jenis kalau dah putus kawan ngan sesapa pun percaya ar yang semua rahsia dan keburukan dia just terkunci dalam perut yang boroi ni. To me, kawan will always be kawan no matter what shit happen.




















Dan aku sangat yakin pada orang yang kaki sebar keburukan orang pada kita akan share keburukan kita pada orang lain gak.
























Dan tadi aku jumpa dia, awal-awal lagi dia suroh kawan sebelah dia buat cam biasa cam x nampak aku. Aku yang jenis x nak burok sangka awal-awal kata: mesti dia sedang start buat cerita tak best tentang aku depan kawan dia. How do I know? Sebab dia pernah buat benda yang sama pada kawan dia lain depan aku gak dulu. Hmmm..

Thursday, September 1, 2011

Forget & Forgive

Aku masih ingat lagi setahun yang lepas. Aku tunggu depan rumah kau almost or may be lebih dari setengah jam. Dah berapa batang rokok dah masok paru-paru aku malam tu. Lastly kau keluar tanpa nak mintak maaf or try to explain apa yang menjadi punca kelambatan kau tu. Kau panggil aku masuk rumah cam tu jer dari jauh. Then bila aku masuk rerupanya sebab kau lambat ialah kau tengah layan kawan-kawan kau membuatkan aku berfikir: aku ni siapa?. Dan sepanjang tempoh tu aku je yang terhegeh-hegeh nak join 'the group' tapi kau pulak try to create the gap.


And suddenly kau boleh jemput aku datang lagi rumah kau tahun ni? 





















Aku mungkin dah maafkan semua SHIT things that you did to me before tapi aku tak mungkin akan lupa semua benda tu.. sampai bila-bila..

























Hmmmm...

Saturday, July 30, 2011

Muka Hilang Seri

Kadang-kadang aku fikir yang aku seorang yang a bit (yap) kejam masa sekolah menengah dulu. May b that why some (or most) juniors hate me that era. It seems most of the time aku hilang ingatan tentang macam mana ar aku sebenarnya masa sekolah menengah dulu? Adakah aku sangat berbeza sekarang or sebenarnya sama jer. I need someone untuk ingatkan aku balik era tu. Hmmmm..


I got a friend (friends sebenarnya) yang hilang teruna pada usia yang cukup muda. Dia 'bermain' dengan ramai orang dari that day sehingga sekarang. So masa sekolah dulu kami cukup rapat. So ada part dia memang arif tentang SEKS. Dan salah satu benda yang dia selalu share ialah tentang cara nak tahu either sorang tu masih 'suci' or tak.

Dia kata just tengok certain part of the body je kita leh tahu. Contoh cam bibir, muka, punggung, belakang etc.  Kadang-kadang melalui cara jalan pun dapat detect. Paling clear bila tengok muka then dapat tahu yang muka tu dah tak ada seri lagi dah. Tapi kena hati-hati sebab ada orang tertentu yang lahir dengan ciri-ciri tu sejak kecil lagi. Mungkin sebab dia dah tak suci lagi so mungkin sebab tu aku a bit percaya cakap dia masa tu. 










Tapi as time goes by otak pun dah berkembang seiring usia menjadikan kita dah tak ambik peduli sangat tentang 'suci' or tak individu tu. Some people memang dilahirkan tanpa 'selaput', some pernah dirogol or diliwat, some pernah ter'serah body' sebab fikir itu ialah cinta mati dia, some did it sebab ia adalah pekerjaan etc.






One word: RESPECT









Cuma tadi masa tengah layan FB, then jumpa satu page sorang kenalan ni. Tak ar sebulu sangat pun. Sebab dia a bit berlagak masa U dulu.Tengok muka dia buat aku tersenyum, dulu kaki kuat gi surau, tengok orang dating bukan main cam nak muntah lagi tapi sekarang..







"Muka dia nampak lain"